definisi kaunseling islam

8
DEFINISI KAUNSELING ISLAM Kaunseling Islam boleh didefinisikan sebagai satu proses dan aplikasi elemen psikologi dan kaunseling berdasarkan citra manusia menurut Islam,yang menyelidik keunikan,pola tingkahlaku,pemikiran dan pencapaian tingkatan kerohanian manusia bersumberkan pengalaman hablun minallah,hablun minan nas dan hablun minal kauniyah dengan tujuan untuk meningkatkan potensi fitrah manusia bagi mencapai kesempurnaan hakiki (insan kamil), meningkatkan kesihatan mental dan kualiti beragama. Dalam konteks kaunseling Islam juga , keputusan atau pemilihan klien hendaklah berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunnah Nabi, dan ijmak ulama’. Ini disebabkan manusia yang bersifat lemah boleh membuat keputusan atau pilihan sendiri secara sedar dan terbuka, tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah. Dalam melakukan sesuatu, kita tidak boleh lupa daripada mengingati Allah. Allah yang kita sembah dan kepada-Nyalah kita meminta hidayat dan pertolongan. Sebagaimana Firman Allah s.w.t : Maksudnya: “Berdoalah kamu kepadaKu, nescayai Aku perkenankan doa permohonan kamu.” Takhrif Kaunseling islam menurut Kamal Abdul Manaf (1995), kaunseling Islam ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face)

Upload: ummi-ain

Post on 23-Jun-2015

3.679 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi kaunseling islam

DEFINISI KAUNSELING ISLAM

Kaunseling Islam boleh didefinisikan sebagai satu proses dan aplikasi elemen

psikologi dan kaunseling berdasarkan citra manusia menurut Islam,yang menyelidik

keunikan,pola tingkahlaku,pemikiran dan pencapaian tingkatan kerohanian manusia

bersumberkan pengalaman hablun minallah,hablun minan nas dan hablun minal

kauniyah dengan tujuan untuk meningkatkan potensi fitrah manusia bagi mencapai

kesempurnaan hakiki (insan kamil), meningkatkan kesihatan mental dan kualiti

beragama. Dalam konteks kaunseling Islam juga , keputusan atau pemilihan klien

hendaklah berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunnah Nabi, dan ijmak ulama’.

Ini disebabkan manusia yang bersifat lemah boleh membuat keputusan atau pilihan

sendiri secara sedar dan terbuka, tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah.

Dalam melakukan sesuatu, kita tidak boleh lupa daripada mengingati Allah. Allah yang

kita sembah dan kepada-Nyalah kita meminta hidayat dan pertolongan. Sebagaimana

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:

“Berdoalah kamu kepadaKu, nescayai Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Takhrif Kaunseling islam menurut Kamal Abdul Manaf (1995), kaunseling Islam

ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk

bersemuka (face to face) antara seorang yang pakar dalam psikologi

kaunseling(kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunselinh itu (klien). Menurut

Abdul Halim Othman (1996 ),kaunseling Islam ialah satu usaha menyedarkan

masyarakat Islam terhadap satu bentuk pertolongan,bantuan atau nasihat yang

digalakkan oleh Islam.

Page 2: Definisi kaunseling islam

DEFINISI KAUNSELING UMUM

Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku antara dua

orang individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di dalam ‘setting’ profesional,

dan dimula dan dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkah laku

  ( Pepinsky,H.&Pepinsky,P.1953:3)

Good ( dalam Sipora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman 2002 ) menyatakan

kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah perubahan individu yang

dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehan

sehinggalah seorang itu boleh membuat keputusannya dengan baik.

Untuk memahami dengan lebih jelas definisi kaunseling, dipetik definisi daripada

dua tokoh iaitu Patterson (1995) dan Corey (1977).Patterson ,  mendefinisikan

kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara

kaunselor dan klien  yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek tingkah laku,

kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan. Corey pula menekankan tentang

proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan

kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.

Krumboltz ( George & Cristiani, 1990 ) pula mengertikan   kaunseling

merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha

membantu klien melibatkan diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkan

penyelesaian kepada masalah klien.

Ahli psikologi pula berpendapat kaunseling sebagai ‘...satu proses di mana

kaunselor menolong kaunselee membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan,

perancangan atau penyesuaian yang perlu dibuat’

( Smith,G.E.,1955: 6)

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang

bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

KEPENTINGAN KAUNSELING

Page 3: Definisi kaunseling islam

1. Perkara-Perkara Penting Dalam Kaunseling

Fiedler, 1950:

Perhubungan yang empati.

Perhubungan yang baik.

Kaunselor mendengar masalah klien dengan baik.

Klien bebas bercakap apa yang dia suka.

Ada perasaan percaya mempercayai antara satu sama lain.

Carl Rogers, 1957:

Dua manusia yang mempunyai hubungan psikologikal.

Peringkat awal klien berkeadaan serba salah, cemas.

Kaunselor adalah kongruen dan memberi tindakbalas dalam hubungan.

Kaunselor menerima tanpa syarat.

Kaunselor empati terhadap klien.

ISI KANDUNGAN

Page 4: Definisi kaunseling islam

BIL PERKARA MUKA SURAT1. DEFINISI

- Kaunseling Islam- Kaunseling Umum

1-2

2. Kepentingan Kaunseling 33. Persamaan dan perbezaan :

- Kaunseling individu- Kuanseling kelompok

4-6

4. Bibliografi 7

DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ”counselling”. Melihat kepada

makna perkataan ”counseling” iaitu “professional advice and help given to people with

problems” (New Oxford Dictionary: 2005) yang difahami sebagai nasihat dan bantuan yang

diberi secara professional kepada orang-orang yang bermasalah. Kamus “Steadman's Medical”

menakrifkan kaunseling sebagai "a professional relationship and activity in which one person

Page 5: Definisi kaunseling islam

endeavors to help another to understand and to solve his or her adjustment problems; the giving

of advice, opinion, and instruction to direct the judgment or conduct of another" (Stedman's

Electronic Medical Dictionary, 1994). Iaitu aktiviti dan perhubungan professional di mana

seseorang membantu orang lain memahami dan menyelesaikan atau memberi nasihat,

pendapat dan tunjuk ajar dalam memandunya memperimbangkan penyelesian masalah.

Kaunseling menurut Krumboltz (1965) adalah apa sahaja aktiviti yang beretika yang

dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien yang menunjukkan tingkah laku

yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Menurut Burks dan Stefflre (1979),

kaunseling merujuk kepada perhubungan professional antara seorang kaunselor terlatih dan

klien. Perhubungan ini biasanya bersifat person-to-person, walaupun kadangkala melibatkan

lebih dari dua orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan

menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan mempelajari mencapai matlamat

pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah

yang bersifat emosional dan interpersonal.

Boy dan Pine (1968) menjelaskan bahawa kaunseling merupakan satu hubungan

bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan dari seorang kaunselor. Perhubungan

ini mempunyai ciri seperti komunikasi yang efektif, saling hormat menghormati, penerimaan

klien secara tulin oleh kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan-keperluan,

masalah serta perasaan klien.

Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong

individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas

dalam alam persekitarannya. . James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu

proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk

mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. 

Sementara itu dari perspektif Islam pula, Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa

kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien  yang mempunyai

masalah psikologikal dengan seorang

kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling

Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih

besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat,

dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

Page 6: Definisi kaunseling islam

Takrif kaunseling menurut Jabatan Perkhidmatan Awam ialah proses perhubungan

menolong sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional

bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan

menyeluruh berlandaskan etika kaunseling.

Merumus definisi yang telah dinyatakan, kesemua takrifan kaunseling menyentuh

berkenaan proses membantu menyelesaikan masalah secara sistematik dan beretika. Ianya

juga dibuat secara perhubungan profesional dan Amalan kaunseling Islam bermula dengan

taaruf. Taaruf ertinya pengenalan. Pada pertemuan yang pertama kali, seorang klien datang

berjumpa dengan kaunselor tentulah banyak perkara yang tidak diketahui antara satu sama

lain. Oleh itu masing-masing akan cuba mengenali antara satu sama lain seperti bertanyakan

nama, alamat tempat tinggal dan lain-lain perkara yang asas dalam perkenalan. Konsep taaruf

dilihat sama dengan membina hubungan yang mana proses ini menggalakkan interaksi awal

antara kaunselor dan klien. Persamaan ini juga ada pada amalan memulakan sesi kaunselor

pelajar sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggunakan borang

latar belakang Ala Konseptualisasi Kes Lewis – Fessel dan borang catatan pertemuan.

BIBLIOGRAFI

1. www.geocities.ws/norlionline/assg_ kaunseling .doc

2. pkmains.mmu.edu.my/.../kaunseling_kepim

3. Majalah al- islam- Hj Zainuddin Ali

4. http://ctmserver.kkr.gov.my/kaunseling/kaunseling.php