debat pelajar

18
DEBAT PELAJAR (I) Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara Hujah Pencadang Hujah Pembangkang Hujah Pencadang Pertama : Muliati bt Jahadi P-RM0533 Untuk membincangkan tajuk "Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara" adalah baik kita memahami maksud ayat tersebut. Huraian terhadap istilah menurut Kamus Dewan adalah: Pembangunan Perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan) Usaha atau kegiatan membangun ( memajukan dan mengembangkan). Oleh itu dapat dikatakan bahawa pembangunan bandar sebagai perihal untuk membangun atau proses membangun dalam konteks dari kawasan mundur kepada kawasan maju. Warisan Harta peninggalan, harta pusaka Sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun temurun ( Peninggalan ) Warisan negara boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti alam semulajadi, bangunan, monumen, kesenian, adat resam dan tradisi yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi akan datang. Menjejaskan Melukakan, merosakkan. Mendatangkan ( meninggalkan kesan tidak baik atau merosakkan ) Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah tidak baik dan membawa kepada kelukaan dan kerosakan kepada warisan negara. Menurut ‘The World Convention’, warisan boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu warisan kebudayaan dan warisan alam semulajadi. Dengan merujuk kepada ketiga-tiga istilah ini, persoalannya, Mengapakah pembangunan bandar untuk kemajuan ini dikatakan akan menjejaskan warisan negara?

Upload: ericoon83

Post on 02-Jul-2015

58 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEBAT PELAJAR

DEBAT PELAJAR (I)

Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara

Hujah PencadangHujah PembangkangHujah Pencadang Pertama : Muliati bt Jahadi P-RM0533

Untuk membincangkan tajuk "Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara" adalah baik kita memahami maksud ayat tersebut.

Huraian terhadap istilah menurut Kamus Dewan adalah:

PembangunanPerihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan)Usaha atau kegiatan membangun ( memajukan dan mengembangkan).

Oleh itu dapat dikatakan bahawa pembangunan bandar sebagai perihal untuk membangun atau proses membangun dalam konteks dari kawasan mundur kepada kawasan maju.

WarisanHarta peninggalan, harta pusakaSesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun temurun ( Peninggalan )

Warisan negara boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti alam semulajadi, bangunan, monumen, kesenian, adat resam dan tradisi yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi akan datang.

MenjejaskanMelukakan, merosakkan.Mendatangkan ( meninggalkan kesan tidak baik atau merosakkan )

Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah tidak baik dan membawa kepada kelukaan dan kerosakan kepada warisan negara. Menurut ‘The World Convention’, warisan boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu warisan kebudayaan dan warisan alam semulajadi.

Dengan merujuk kepada ketiga-tiga istilah ini, persoalannya, Mengapakah pembangunan bandar untuk kemajuan ini dikatakan akan menjejaskan warisan negara?

Alam semulajadi adalah warisan negara dan izinkan saya mengupas sudut ini dengan lebih mendalam untuk menunjukkan ianya telah dijejaskan akibat pembangunan bandar. Melalui kategori warisan alam semulajadi yang dirujuk oleh General Conference Of UNESCO pada tahun 1972, membawa maksud bahawa ciri-ciri fizikal,biologikal dan geografi yang unik, habitat baka tumbuhan dan binatang yang hampir pupus dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik dari pandangan pemuliharaan. Tiga unsur alam semulajadi yang penting ialah hutan, air dan udara.

Hutan penyimpan khazanah alam semulajadi semakin berkurangan dan terputus-putus akibat pembangunan bandar

Page 2: DEBAT PELAJAR

Hutan berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu, sumber ekonomi, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna. Pembangunan bandar hanya melihat hutan dari segi ekonomi untuk tuntutan pembangunan fizikal.

Berdasarkan fungsi inilah warisan hutan perlu dikekalkan, sebagai contohnya sedikit masa lalu negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan Negara sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-besaran. Ini merupakan satu petunjuk bahawa mereka telah melalui pengalaman pahit membangunkan negara dengan memusnahkan hutan sebagai warisan alam semulajadi negara mereka.

Pembukaan bandar baru Seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Ini memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air larian dipermukaan bumi tidak dapat dihalang dan sejumlah besar tanah yang berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan keladak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadiaan banjir kilat terutama di kawasan rendah seperti Lembah Kelang. Sejak tahun 1992, kerajaan persekutuan membelanjakan RM 760 ribu untuk Mendalamkan sungai Kelang sepanjang 43 kilometer.

Contonhnya petambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi disebabkan pembinaan Leburaya Kuala Lumpur–Karak. Di samping itu juga, pembinaan leburaya turut memusnahkan habitat hidupan liar yang terancam dan dilindungi seperti Tapir dan Gajah. Fenomena ini jelas apabila terdapat kes-kes haiwan ini dijumpai mati akibat dilanggar oleh kenderaan ketika melintasi leburaya.

Kualiti air terjejas teruk akibat pembangunan pembangunan bandar

Air diperlukan dalam semua jenis aktiviti bandar seperti industri, pertanian, perumahan, perdagangan, perkhidmatan dan rekreasi. Pembangunan bandar turut meningkatkan permintaan air bersih dari semasa ke semasa, manakala sumber air bersih semakin berkurangan dan berada di lokasi yang jauh. Ini memnyebabkan peruntukan kewangan yang banyak diperlukan untuk mencari bekalan dan pengagihannya. Para hadirin sekalian mungkin masih ingat apa yang terjadi di Lembah Kelang baru-baru ini yang merupakan kawasan bandar yang sesak mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi walaupun terdapat tiga empangan yang membekalkan air iaitu Empangan Kelang Gate, Empangan Semenyih dan Empangan Hulu Langat.

Sumber air sedia ada dari sungai atau tasik turut tercemar apabila bahan buangan industri, domestik dan pertanian tidak diolah dengan baik dan dialirkan terus ke sungai dan pantai. Di beberapa batang sungai khasnya di bahagian muara seperti Sungai Juru, Sungai Sepang dan Sungai Kelang, menjadi seperti sungai mati kerana bahan pepejal terampai telah tepu dan tidak dapat dialirkan.

Begitu juga halnya dengan kawasan perairan negara yang tercemar. Aktiviti perdangangan yang pesat di bandar-bandar Pantai Barat Semenanjung Malaysia menyebabkan Selat Melaka menjadi satu-satunya jalan air yang paling tercemar di dunia. Pencemaran ini datangnya dari aktiviti cari gali minyak, pembuangan sisa minyak dan tumpuhan minyak dari pelanggaran kapal-kapal dagang yang melaluinya. Dalam akhbar The News Strait Time 1972, melaporkan pelanggaran kapal tangki minyak milik Filipina ( Diego Silang ) telah menumpahkan 6000 tan minyak di perairan Batu Pahat Johor dan sebahagian tumpahan itu telah memasuki Sungai Muar dan terperangkap di kawasan paya bakau yang tentunya menjejaskan ekologi perairan pantai.

Kemajuan yang di bawah oleh pembangunan bandar turut meningkatkan pembaziran air. Rekreasi yang bertaraf mewah contohnya pembinaan padang golf 32 lubang mengunakan air sebanyak 1 juta liter sehari hanya untuk menyiram pokok-pokok. Air ini pula akan mengalir terus ke saliran utama seperti sungai yang membawa kandungan kimia beracun daripada penggunaan baja kimia dan racun serangga.

Page 3: DEBAT PELAJAR

Adakah kita perlu menunggu kejadian seumpama di Teluk Minamata Jepun Berlaku di negara ini baru timbul kesedaran untuk memelihara warisan negara yang terjejas oleh pembangunan bandar.

Pencemaran udara dan peningkatan suhu akibat pembangunan bandar

Kita masih beruntung hadirin sekalian kerana masih boleh menyedut udara tanpa dikenakan bayaran. Udara segar yang dihasilkan secara semulajadi oleh proses fotosintesis tumbuhan penting untuk pernafasan yang menjamin kelangsungan hidup. Tetapi bagaimana sekiranya udara yang kita sedut ini tidak segar lagi dan mengandungi bahan-bahan kimia yang tentunya tidak boleh di terima oleh tubuh badan.

Bahan-bahan pencemaran seperti karbon monoksida, sulfur oksida, plumbum, nitrogen oksida dan hidrokarbon terdapat dalam udara akibat aktiviti bandar seperti pengangkutan, asap dari industri, pelupusan sisa domestik dan stesyen janakuasa.

Pembangunan bandar yang pesat menampung sejumlah besar penduduk yang mengamalkan cara hidup moden dan perkhidmatan bandar seperti kereta dan peralatan rumah ( peti sejuk , penyaman udara dsb memberi kesan rumah hijau ). Kesemua ini akan menyumbang kepada peningkatan bahan cemar di udara seperti plumbum dan CFC ( cloro floro carbon ) yang secara langsung membantu proses penipisan ozon. Kesan seterusnya menyebabkan peningkatan pelbagai penyakit barah kerana pancaran sinar ultra unggu tidak dapat di biaskan oleh lapisan ozon.

Suhu bagi kawasan bandar kini tidak berada ditahap normal akibat kandungan pelbagai jenis karbon di udara. Keadaan ini menyebabkan kejadian jerubu sering berlaku terutama di kawasan bandar. Pada tahun 1997 jerubu paling teruk melanda oleh Malaysia dengan IPU ( Indeks Pencemaran Udara ) menunjukkan paras bacaan melebihi had bahaya iaitu 500ppm sebagaimana yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( PBB ). Darurat terpaksa diistiharkan di Kuching Sarawak dengan menutup beberapa sekolah dan orang ramai terpaksa mematuhi perintah berkurung kerana jarak penglihatan kurang 100 meter dan masalah kesihatan. Sektor ekonomi turut terjejas dengan penutupan kedai, penurunan sektor pelancongan dan penangguhan penerbangan serta menjalankan pembebihan awan yang menelan belanja kira-kira RM 50,000 untuk setiap kali pembenihan dijalankan.

Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas jelas dilihat bahawa pembangunan bandar akan menjejaskan warisan negara dari segi warisan alam semulajadi.

BAHAN RUJUKAN

1. Sham Sani dan Abdul Samad Hadi, Jabatan Geografi UKM, Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia ; isu dan Pengurusannya . Dewan Bahasa dan Pustaka 1990.

2. Jamaluddin Jahi dan Sham Sani, Development Prosess, Soil Erosion and Flash in the Kelang Valley Region, Peninsular Malaysia; A General Consideration. Kertas kerja dibentangkan di Regional Workshop on Limnology and Water Resources Management in Developing Countries of Asia and the Pasific, Kuala Lumpur 29 November – 5 Disember 1982.

3. Berry, B.J.L, City size and Economic development ; Ekconomic developmentand Cultural Change . 1961.

4. Sham Sani, The Climate of Kuala Lumpur - Petaling Jaya Area, Malaysia ; A study of the Impact of Urbanization on Local Climate within the Humid Tropics, Kuala Lumpur, UKM Press 1980.

5. Rahmid Kidam, Forest Hydrology Studies at Jengka and Bukit Berembun Hill Forests, dalam Asean Workshop on Watershed Conservation and Management Research Program, Kuala Lumpur 1976.

Page 4: DEBAT PELAJAR

6. Ooi Jin Bee, Land, people and Economy in Malaya. Geographies for Advanced Study Series, London 1963.

7. Kamus Dewan, Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1980

...........................................................................

Hujah Pencadang Kedua : Lai Koon Hon P-RM0529

Pembangunan bandar adalah perubahan yang berlaku kepada suatu lokasi geografi, daripada kawasan mundur kepada kawasan maju atau kawasan tersebut menjadi lebih maju berbanding dengan dahulu. Perubahan ini akan menjejaskan atau meninggalkan pengaruh yang buruk kepada warisan negara. Warisan negara ditakrifkan sebagai suatu entiti kekal yang ditinggalkan turun-temurun dari generasi ke generasi.

Pembangunan bandar merupakan suatu arus perubahan yang akan membawa pengaruh buruk kepada cara hidup manusia di kawasan tersebut. Ini jelas ditunjukkan dalam nilai-nilai kebudayaan golongan hidup di bandar yang mengalami pembangunan.

Merujuk kepada Encik Kwok Kian Woon, seorang pensyarah sosiologi di National University of Singapore,

There is no denying it. We are in a cultural predicament of some sort. As ‘modern’ as we are- and like to be- we don’t feel quite at home in modern world, especially when being modern at the same time seems to mean that we are somehow torn away ‘tradition’, from our ‘heritage’, and our ‘roots’.

Tradisi telah ditakrifkan sebagai "the past living on in the present" manakala pemodenan ditakrifkan sebagai "historical discontinuity".

Ini jelas mengambarkan keadaan bahawa kita akan hilang nilai-nilai tradisi dan kebudayaan dalam proses pemodenan arus pembangunan bandar. Dalam lain perkataan, cara hidup masa silam akan berubah dan tidak diteruskan lagi.

Sebagai contohnya, pertalian antara ahli-ahli komuniti telah berubah menjadi jauh dan tidak lagi rapat dalam arus pembangunan bandar. Pada masa dahulu, penduduk di Malaysia adalah rapat di antara satu sama lain. Ini boleh dilihat dalam kehidupan penduduk yang suka melawat kepada jiran-jiran yang sudah lama dikenali dengan mengetuk pintu rumah jiran dan bertegur-sapa sambil menlaungkan pepatah "Assamualaikum". Manusia kini lebih mementingkan diri dan tidak mengenali jiran-jiran secara amnya. Ini lebih ketara berlaku di bandar yang amat maju seperti Kuala Lumpur di Malaysia.

Satu iklan televisyen telah menggambarkan keadaan dengan jelas dan benar sekali. Dalam iklan tersebut, beberapa kawan berumur belasan hingga dua puluhan telah berkumpul di gerai dan berbual. Salah seorang telah mengeluarkan gambar foto seorang pemuda dan memulakan percakapan mengenai pemuda tersebut;

"Remember that Ahmad? He had left to town for almost 2 months."

"Ya, I am wondering how is he doing?"

"He should be fine, I guess!"

"Maybe he has adapted to the new life there."

Page 5: DEBAT PELAJAR

"Maybe he had a girl friend there, ha..ha..haha!"

"Maybe he had got a new gang of friends!"

"Ya, maybe. Maybe he never remember about us anymore….."

"He never call…."

Akhirnya, setiap orang telah diam dan memandang sesama diri apabila mengingati seorang kawan yang nampaknya semakin kabur dalam hidupan mereka. Iklan telekomunikasi ini telah membawa mesej: If you don’t take up the phone to dial, nobody know that you still care about it.

Iklan ini telah jelas mengilustrasikan keadaan jurang perhubungan di antara manusia pada masa kini. Sungguhpun kemudahan telekomunikasi telah merapatkan jarak antara manusia, manusia sendiri telah semakin jauh dan tidak rapat kerana nilai-nilai tradisi yang amat mementingkan pertalian persahabatan telah berubah.

Dalam model-model orang terpelajar, kita juga mendapati jelas bahawa perubahan nilai-nilai hidup ini telah digambarkan dengan sempurna sekali sahaja. 2 model yang boleh dirujukkan adalah seperti Model "Gemeinschaft and Gesellschaft" oleh Tonnies dan Model "Mechanical and Organic Social Solidarity" oleh Durkheim.

Ferdinand Tonnies (1855-1936) telah mengambarkan perubahan dalam komuniti petani di Eropah Barat dalam model "Gemeinschaft and Gesellschaft". Dalam komuniti Gemeinschaft, manusia diikat oleh nilai-nilai umum sama, tradisi dan pertalian darah. Manusia juga berkongsi suatu wilayah fizikal, pengalaman sama dan pemikiran sama. Lantaran itu, persahabatan, pertanian dan kejiranan adalah nilai-nilai yang penting.

Dalam komuniti Gesellschaft pula, manusia dalam organisasi sosial yang berkait dengan kapitalisme dan fahaman industri, kurang pertalian dan persahabatan. Perhubungan manusia adalah berdasarkan perjanjian dan undang-undang. Ringkasnya, wang menjadi elemen yang penting.

Emile Durkheim (1858-1917) pula menceritakan bahawa komuniti akan berubah dari "Mechanical solidarity" kepada "Organic Solidarity" dalam model "Mechanical and Organic Solidarity". Dalam komuniti "Mechanical solidarity", komuniti adalah homogenius secara rohani dan moral serta ia tidak dipecahkan (atomized). Dalam komuniti "Organic Solidarity" pula, kesamaan rohani dan moral komuniti telah hilang dan pembahagian atau pengkhususan buruh telah menggalakkan "individualism". Oleh itu, manusia telah berbeza berdasarkan fungsi dan tanggungjawabnya.

Secara ringkasnya, komuniti dalam model ini telah berubah dari bentuk organisasi sosial yang berdasarkan kesatuan pemikiran, kepercayaan dan tingkah laku kepada yang berdasarkan kesatuan individu heterogenius yang diikat oleh tanggungjawab atau kerja yang diintegrasi oleh fungsi masing-masing.

Kita jelas melihat perubahan komuniti masyarakat dalam pertaliannya dalam arus pembangunan yang mengakibatkan komuniti telah meninggalkan nilai-nilai budaya mereka asal yang amat mementingkan pertalian persahabatan, nilai-nilai umum dan tradisi.

Nilai-nilai budaya yang merupakan suatu entiti tetap yang telah diturunkan dari generasi ke generasi telah berubah atau lesap akibat pembangunan bandar. Biarlah kita melihat pula kepada cara pemakaian golongan manusia kini. Baju-baju yang dikatakan mengikut ‘trend’ baru telah mendapat sambutan baru. Baju-baju yang ketat badan, yang mempunyai warna menjolok, yang mempunyai lengan yang jauh lebih panjang dan sebagainya menjadi impian muda-mudi. Selain itu, golongan bekerja juga mengamalkan

Page 6: DEBAT PELAJAR

kemeja bersama tali leher sebagai pakaian formal. Adakah kemeja bertali leher ini satu nilai budaya negara kita? Adakah ia sesuai untuk dipakai di Malaysia yang mempunyai iklim Khatulistiwa yang mempunyai cahaya matahari teriak dan banyak hujan?

Jelas di situ bahawa nilai-nilai budaya kita telah berubah akibat proses pembangunan bandar. Contoh-contoh lain adalah seperti kemunculan budaya hippies dan golongan sesat (dari segi kepercayaan dan agama). Semua ini berasal daripada proses pembangunan bandar yang telah mengabaikan segi rohani manusia.

Memang jelas sekali bahawa proses pembangunan bandar akan membawa kepada pengaruh atau kesan buruk kepada warisan negara dari segi nilai-nilai budaya. Dalam lain perkataan, pembangunan bandar akan menjejaskan warisan negara.

...........................................................................

Hujah Pencadang Ketiga : Ho Lip Wah P-RM0525

Warisan merupakan objek, adat-resam atau kualiti yang diturunkan secara berterusan sejak masa lalu, selama berabad-abad atau berkurun-kurun di dalam satu keluarga, kumpulan masyarakat atau bangsa dan dianggap sebagai kepunyaan kesemua ahli di dalam kumpulan tersebut.

The World Heritage Convention, yang dirujuk oleh "General Conference of Unesco" pada tahun 1972, mengelaskan warisan dalam dua kategori:

a. Warisan Kebudayaan

Sesuatu monumen, kumpulan bangunan atau tapak yang mempunyai nilai sejarah, estetik, kaji purba, saintifik, ethnologi atau anthropologi.

b. Warisan Alam Semulajadi

Ciri-ciri fizikal, biologi dan geografi yang unik, habitat baka tumbuhan dan binatang yang hampir pupus dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik atau pandangan pemuliharaan.

Hujah saya merujuk kepada warisan kebudayaan berdasarkan penjelasan-penjelasan berikut:

nilai-nilai sejarahidentiti

Nilai-nilai sejarah hilang dalam arus pembangunan bandar

George Yeo(Menteri Dalam Negeri, Singapura) mengatakan bahawa untuk sesuatu bangsa menjadi gagah, mereka mesti mempunyai pengetahuan terhadap hala tujunya. Apabila kita meninjau kembali asal-usul kita menerusi artifak yang menerangkan kewujudan kita di sini, apabila kita mempelajari dan mengubah nilai-nilai yang diwarisi, kita dapat membentuk wawasan yang lebih jelas terhadap masa depan kita.

Page 7: DEBAT PELAJAR

Maknanya artifak-artifak dalam bentuk monumen, kumpulan bangunan atau tapak mempunyai nilai-nilai sejarah yang penting. Pengekalan artifak tersebut tidak bermakna penjajahan semula tetapi sebagai satu ingatan dan penjelasan terhadap sesuatu lokasi dan peristiwa yang pernah berlaku serta benar. Kesemua ini akan memberi kesan terhadap psikologi bangsa. Namun apabila terdapatnya kekaburan identiti bangsa(seperti yang berlaku kepada bangsa Singapura) hasil pembangunan bandar, itu adalah bukti yang jelas bahawa nilai-nilai asal masyarakat telah hilang; sepertimana hilangnya komuniti asal di sesuatu lokasi akibat pembangunan bandar yang mencetuskan tekanan yang kuat terhadap mereka. Roboh atau runtuhnya sesebuah atau sekumpulan bangunan atau monumen merupakan petunjuk yang jelas terhadap penjejasan warisan bangsa/negara.

Pembangunan bandar mengaburkan identiti bangsa

Warren, 1986 mengatakan bahawa dengan wujudnya satu Singapura baru tanpa kesan-kesan masa lalu, pengwujudan semula warisan yang hilang mula menjadi satu kepentingan. Tindakan ini mula dicetuskan di kalangan golongan elit kerajaan akibat Pembaratan masyarakat Singapura.

Sebenarnya pernyataan Warren telahpun menunjukkan bahawa pembangunan bandar memang menjejaskan warisan negara. Ini bukan hanya merujuk kepada monumen, kumpulan bangunan atau tapak dan mana-mana objek fizikal sahaja tetapi keseluruhan aktiviti atau gerakan yang dibawa bersamanya. Maknanya masyarakat dan jenis aktiviti yang wujud di dalam atau sekitar objek bangunan. Bentuk(Form) cumalah suatu perantaraan yang membolehkan fungsi(Function) dijalankan dan kedua-duanya saling berhubung kait.

Contohnya kewujudan kompleks membeli-belah berbanding dengan rumah kedai tradisional. Masyarakat telah mengalami perubahan dari segi cara hidup, corak perbelanjaan, interaksi sosial, cara berekreasi dan sebagainya. Contohnya Singapura yang mewujudkan ‘pedestrian-mall’ dengan kedai-kedai dua tingkat yang dibuat seolah-olah sama dengan rumah kedai tradisional tidak lari daripada hakikat bahawa kedua-duanya memang benda yang berlainan. Wujudnya bangunan yang seakan-akan sama dengan bangunan bersejarah tidak menjamin pengekalan warisan. Ini kerana segala-gala gerakan, kehidupan dan komuniti yang wujud bersama-sama bangunan tersebut pada zaman dulu telah hilang. Warisan negara telah terjejas!

Misalnya ‘pedestrian-mall’ tersebut menggunakan penghawa dingin dan cerminan daripada itu adalah penumpuan yang kurang terhadap pengudaraan semulajadi. Perkara yang dianggap remeh-temeh ini jika diperincikan akan menampakkan bahawa masyarakat kini telah kehilangan keprihatinan terhadap alam sekitarnya yang mana masyarakat dulu mempunyai pandangan yang agak berbeza. Selain daripada ini, terdapat banyak lagi "remeh-temeh" yang dibawa sekali oleh pembangunan bandar. Namun faktor yang lebih penting adalah aktiviti manusia di dalam kawasan tersebut. Komuniti asal telah digantikan oleh pelancong dan pengunjung. Selepas waktu perniagaan, kawasan tersebut menjadi kosong, berbeza dengan masa lalu di mana terdapatnya kehidupan malam yang menghidupkan kawasan tersebut. Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dihasilkan menerusi undang-undang atau sebarang dasar yang dibawa bersama dalam pembangunan bandar. Inilah yang dikatakan sebagai penjejasan warisan.

Melihat daripada perspektif yang lain pula, peranan kerajaan, isirumah dan corak perdagangan wujud sejajar dengan pembangunan bandar. Kehadiran pembangunan bandar juga menjemput konsep-konsep pemuliharaan, pembangunan semula bandar, penggiatan semula bandar, desentralisasi bandar dan sebagainya. Misalnya pemuliharaan; yang diwujudkan kononnya atas kesedaran masyarakat terhadap sesuatu – kesedaran terhadap pemusnahan artifak berharga – kesedaran terhadap penjejasan/pemusnahan warisan negara. Itulah bukti yang paling nyata bahawa pembangunan bandar menjejaskan warisan negara! Isunya di sini bukan berkenaan wujudnya kesedaran, kawalan atau apa-apa pun yang boleh mengekalkan warisan(sekiranya ada), ia berkenaan masyarakat sedar bahawa pembangunan bandar memang menjejaskan warisan negara. Itulah rasional di sebalik wujudnya konsep pemuliharaan pada mulanya.

Page 8: DEBAT PELAJAR

Walaupun adanya campurtangan kerajaan melalui dasar dan undang-undang atas usaha pemuliharaan namun matlamat pemuliharaan yang kuat dilaungkan masih tidak menampakkan hasil yang memuaskan. Sesuatu bangunan yang dicat semula dan diperbaiki tanpa nilai-nilai sejarah serta keseluruhan kehidupan dan aktiviti yang wujud bersamanya langsung tidak bermakna. Ia akan kehilangan fungsinya sebagai warisan, bukankah ini penjejasan warisan namanya?

Dalam kes yang lebih serius lagi, bangunan warisan langsung tidak dapat dikekalkan. Ia terpaksa diruntuhkan atas desakan tekanan pembangunan dan kuasa membeli isirumah(ini tidak merujuk kepada bangunan yang telah usang dan langsung tidak dapat diperbaiki). Apabila kuasa pasaran meminta kompleks membeli-belah maka akan wujudlah ejen yang mengwujudkannya. Proses ini dipercepatkan lagi oleh media massa. Kesemua ini mengubah warisan negara dalam bentuk kos tanah, sewa yang tinggi, persaingan yang semakin hebat, pemindahan modal asing, pergantungan, penjejasan nilai matawang, pengugatan kuasa ekonomi dan sebagainya. Sekiranya ini bukan penjejasan warisan, apakah nama yang lebih sesuai?

Contoh-contoh pemusnahan bangunan warisan dan kesan pembangunan bandar terhadap bangunan warisan.

1. Di antara tahun 1960-1970, strategi pembangunan semula bandar Singapura telah memusnahkan rumah kedai untuk blok perumahan dan perdagangan moden. Penghalauan penjaja jalan juga telah memusnahkan sebahagian daripada ‘fabrik’ kawasan tersebut7.

2. Chinatown (Singapura) : rumahkedai sebagai bentuk senibina yang membekalkan kebanyakan ciri-ciri tempat tersebut selepas pemuliharaan telah kehilangan penduduk asalnya. Komuniti asal yang dikait dengan interaksi sosial telah hilang. Akibatnya tiada penduduk yang cukup untuk menampung pembangunan pusat perkhidmatan atau menyumbang kepada kehidupan bandaraya7.

3. Eu Court, sebuah bangunan dengan kualiti mercu tanda di Singapura dirobohkan pada tahun 1993 untuk pelebaran jalan sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut7.(Roots, 1993)

4. No, 3 Jalan Coleman, bangunan Anglo-India abad ke-19 yang dibina oleh arkitek terkemuka British J.D. Coleman, terserah kepada jentolak atas nama penghapusan kawasan setinggan7.(The Straits Times, 5-12-1965)

5. Rumah pangsa Cresent di jalan Meyer, dipercayai blok rumah pangsa tertua di Singapura, tidak dapat dikekalkan akibat pembangunan kondominium.(Roots, 1992)

6. Perancang bandar Hong Kong gagal dalam pengekalan bangunan yang mempunyai nilai-nilai sejarah, samada bangunan penjajah atau tradisional China. Kesemuanya dirobohkan untuk pembinaan bangunan rumah/pejabat dengan senibina moden yang nampak sama dengan mana-mana bangunan di mana-mana tempat.

###################################################

DEBAT PELAJAR

Pembangunan Bandar Menjejaskan Warisan Negara

Hujah PembangkangHujah Pembangkang 1 – Chong Chee Kit P-RM 0502Pengenalan

Page 9: DEBAT PELAJAR

Pembangunan bandar adalah proses perkembangan dan perubahan corak kehidupan dalam bandar meliputi pertambahan penduduk, keluasan kawasan dan perubahan ini melibatkan proses luputnya ciri-ciri kehidupan desa, melibatkan pertukaran pekerjaan daripada yang bercorak pertanian kepada kegiatan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, perindustrian, serta mengalami perubahan sosial penduduk bandar..

Perubahan demikian memberi implikasi kemakmuran, kemajuan, dan pemodenan; berbeza dengan kehidupan desa yang dianggap sebagai miskin, mundur, ketinggalan, tradisional dan statis.

Warisan Negara boleh diintepretasikan sebagai "apa-apa yang diwariskan dari dahulu", atau mengikut Lord Charteris (Chairman of National Heritage Memorial Fund) memberi definisi "Anything you want", iaitu apa-apa maksud yang boleh diberikan bergantung kepada apa yang kita ingin pilih. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula mendifinisikan warisan budaya dalam persidangan 1972 bahawa, warisan budaya adalah seperti yang berikut:

Monuments : architecture works, works of monumental, sculpture and painting, elements of structures of an archaeological nature, inscriptions, cave dwellings and combination of features, which are of outstanding universal value from the point of view of history, art or science;

Groups of buildings : groups of separate or connected buildings which, because of their architecture, their homogeneity or their place in the landscape, are of outstanding universal value from the point of view of history, art of science;

Sites : works of man or the combined works of nature and man, and areas including archaeological sites which are of outstanding universal value from the historical aesthetic, ethnological or anthropological points of view.

Definisi warisan kedua pula merujuk kepada warisan alam semulajadi (Natural Heritage)

Dalam pendebatan yang diadakan, fokus warisan telah menumpu kepada sektor budaya dan cara hidup, bangunan dan monumen, dan alam semula jadi.

Hujah 1

Seperti yang kita maklum, penghayatan warisan memerlukan minat terhadap sejarah dan zaman lampau, kajian telah menunjukkan tiada kolerasi atau hubungan antara kejayaan ekonomi dan kepesatan pembangunan bandar dengan kehilangan minat terhadap sejarah dan warisan negara. Minat terhadap warisan lahir daripada terdapatnya pertambahan masa lapang penduduk dan peningkatan kuasa beli. Sudah pasti bahawa pertambahan masa lapang penduduk dan peningkatan kuasa beli datang daripada kejayaan ekonomi, yang memerlukan pembangunan bandar.

Bagaimana kita boleh menyalahkan pembangunan bandar akan menjejaskan warisan negara sedangkan pembangunan bandar yang dapat meningkatkan ekonomi negara, yang dapat membekalkan sokongan kewangan dan meninggikan minat penduduk untuk melindungi warisan negara, kerana pemuliharaan warisan negara memerlukan sokongan kewangan, galakan kerajaan dan minat penduduk tempatan terhadap warisan mereka.

Maka dengan ini dapat disimpulkan bahawa pembangunan bandar dapat memajukan ekonomi negara, dan kemajuan ekonomi adalah penting untuk melindungi warisan negara.

Kita boleh lihat terdapat banyak contoh negara maju yang mempunyai warisan dan budaya yang kaya seperti Jepun, Itali, Perancis, Amerika Syarikat, dan Australia.

Page 10: DEBAT PELAJAR

Pada masa kini, Jepun bukan sahaja sebagai sebuah negara yang begitu maju dalam ekonomi dan teknologi, juga tidak ketinggalan dari segi warisan dan budaya. Banyak bangunan, tokong, monumen yang mempunyai nilai sejarah masih dilindungi dan dipelihara, dengan adanya usaha dan sokongan kewangan dan dasar dari kerajaan. Budaya hidup Jepun yang berkenaan dengan makanan, pesta, pemikiran, seni, kraf tangan dan sebagainya, masih unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan bahawa pembangunan bandar akan menjejaskan warisan negara. Jepun berjaya membangunkan negara di samping dapat mengekalkan warisan dan budaya, apakata dengan negara lain tidak boleh?

Negeri Thai misalnya, banyak tempat dan tapak bersejarah seperti monumen Ayuthaya dan Kanchanaburi merupakan tempat pelancongan yang terkenal yang menerima banyak pelancong setiap hari. Apakan pembangunan bandar iaitu pembangunan Bangkok khususnya dapat menjejaskan tempat bersejarah ini, tentunya tidak kerana tempat-tempat ini terletak jauh dari Bangkok. Pembangunan bandar sememangnya tidak akan menjejaskan tempat bersejarah dengan membangunkan bandar di luar daripada tempat bersejarah.

Pelindungan dan pemeliharaan warisan yang fizikal memerlukan perhatian orang. Walaupun bandar dibangunkan di kawasan bersejarah, contohnya Kota Melaka, Georgetown, pembangunan bandar dapat memberi nyawa baru kepada tempat bersejarah ini dengan usaha pemuliharaan bangunan. Usaha pemuliharan bangunan ini lebih bermakna berbanding dengan mengabaikan dan membiarkan tempat bersejarah ini tanpa penjagaan. Pemuliharaan dapat melindungi bangunan lama daripada rosak dan runtuh.

Kesimpulannya, pembangunan bandar adalah satu langkah membangunkan ekonomi negara, dapat menjanakan kewangan untuk melindungi warisan fizikal negara, dan menigkatkan taraf hidup penduduk seterusnya dapat memupuk minat dan kesedaran penduduk terhadap warisan, kerana terdapat pertambahan masa lapang dan peningkatan kuasa beli.

Hujah 2

Pembangunan bandar sebenarnya tidak bermaksud akan merosakkan warisan negara. Kerosakan warisan negara adalah disebabkan oleh kekurangan kesedaran di kalangan penduduk, kekurangan undang-undang dan pelaksanaan untuk melindungi warisan negara.

Kesedaran penduduk adalah penting untuk memelihara warisan negara. Kesedaran penduduk lahir daripada pengenalpastian masalah yang timbul seperti pencemaran udara, air dan bunyi; yang mana kesedaran ini lebih senang dirasai iaitu apabila banjir berlaku, tanah runtuh, ataupun menghidap penyakit akibat pencemaran, catuan air, kesan rumah hijau dan sebagainya.

Pembangunan bandar memerlukan sumber alam semulajadi seperti balak, pasir, tenaga; yang memerlukan kayu balak dari hutan, sumber tenaga daripada galian petroleum atau pembinaan empangan, yang mana akan merosakkan jutaan spesis flora dan fauna. Penggunaan sumber alam semula jadi tidak dapat dielakkan, tetapi apa yang penting ialah langkah pemuliharaan seperti penanaman semula, kawalan pembalakan, yang memerlukan kawalan kerajaan dari segi akta-akta dan garis panduan.

Kesedaran rakyat dan kerajaan lebih dijumpai pada negara yang maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun. Negara yang maju telah banyak merosakkan sumber hutan, dan kini mereka berusaha untuk menyelamatkan warisan alam semula jadi mereka. Bagi negara yang mundur seperti Indonesia, India, Negara-negara Afrika dan sebagainya, rakyat negara ini tidak ada kesedaran tentang pemuliharaan, kerana bagi mereka, mencari rezeki lebih penting daripada alam semula jadi. Mereka cenderung membalak pokok berlebihan untuk mendapat pulangan lebih, membakar hutan untuk mendapatkan

Page 11: DEBAT PELAJAR

tanah pertanian, membuang sampah ke dalam sungai dan laut kerana tiada sistem pembuang sampah yang sempurna. Contoh-contoh ini telah menunjukkan bahawa bukan pembangunan bandar sahaja yang akan menjadikan warisan negara terjejas, faktor tiada kesedaran atau kejahilan penduduk terhadap alam semula jadi boleh menjadi faktor perosak utama.

Hujah 3

Sebenarnya, pembangunan bandar pada zaman moden adalah terkawal dan dijalan dengan sistematik serta mengambil kira aspek astetika bandar di samping aspek sosio budaya. Sejak tahun 60-an, pembangunan bandar di negara-negara Eropah telah dikawal oleh sistem perancang bandar berkanun. Perancangan bandar bertujuan menyusun atur kegunaan tanah dan petempatan supaya dapat mencapai darjah ekonomi, keselesaan dan keindahan alam bina. Dalam pembangunan bandar moden terdapat elemen-elemen pemuliharaan dan pemeliharaan yang menjurus kepada pengekalan warisan bukan sahaja dari segi alam semula jadi, monumen, tetapi juga mengekalkan ciri-ciri budaya masyarakat yang ada.

Di negara-negara Eropah, usaha pembangunan bandar selepas Perang Dunia I banyak menampakkan percubaan untuk memelihara warisan seperti bangunan dengan seni bina Greek dan Rome yang didirikan di Zaman Renaissance. Di bandaraya yang sangat pesat pembangunan iaitu kadar urbanisasi telah mencapai 100% seperti Paris, warisan yang mempunyai sejarah selama beratus-ratus tahun masih dipelihara seperti L’Arc de Triomphe, La Tour Eiffel (1889), Notre-Dame de Paris (1163), Le Palais de Chaillot (1937), La Bastille (1789). Ini jelas menunjukkan pembangunan bandar tidak menjejaskan warisan negara.

Di Amerika Syarikat, sejak tahun 1949, taman negeri dan taman negara telah bertambah daripada 19 juta ekarkepada 116 juta ekar, dan kawasan hidupan liar bertambah daripada 9 juta ekar kepada 96 juta ekar. Di Malaysia, pembangunan bandar dari segi tanah dan bangunan adala dikawal oleh Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) dan undang-udang yang berkaitan seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta127). Malaysia yang masih mentah dari segi sistem perancangan bandar telah menampakkan keprihatinan untuk memulihara warisan negara dalam pembangunan bandar

Hujah 4

Bagi pencemaran budaya, susah untuk kita mendefinisikan pencemaran budaya dalam alaf dunia yang mementingkan konsep teknologi maklumat, globalisasi, dan dunia tanpa sempadan. Apakah kita mesti mewariskan segala-gala cara hidup yang diwariskan oleh nenek moyang kita, sedangkan kita mendapat cara hidup moden yang lebih berkesan dan praktikal? Tidak dinafikan bahawa cara hidup kita pada hari ini telah banyak berubah berbanding dengan zaman dulu. Kita tidak lagi memakai baju tradisional, tidak makan makanan kampung, tidak bercakap bahasa ibunda, dan yang paling ketara tidak berfikir seperti nenek moyang kita. Falsafah hidup kita kini lebih mirip kepada barat yang mementingkan gaya, individulistik, budaya "fast food", budaya serba membuang (seperti yang ditulis oleh Alvin Toffler dalam buku "Kejutan Masa Depan"). Dengan mengamal gaya hidup seperti inilah yang menjadikan kita hilang akar. Kita telah lupa tentang falsafah hidup, seni, ajaran moral dan pemikiran yang diwariskan oleh nenek moyang kita.

Bagi kaum Cina misalnya, banyak kelebihan dan falsafah hidup yang boleh kita rujuk, seperti ajaran Confucious, ajaran Tao, yang mementingkan corak kehidupan berbentuk "spiritual" dan tidak mementingkan corak kehidupan material. Pengamalan gaya hidup ini dapat mengurangkan keperluan dan nafsu dari segi fizikal dan material, tetapi mengejar kepuasan dari segi mental. Banyak orang lupa atau langsung tidak tahu dengan ajaran ini, kerana dalam masyarakat kini yang banyak dipengaruhi oleh pemikiran barat, yang mementingkan kejayaan material.

Page 12: DEBAT PELAJAR

Berbanding dengan negara barat pula, keadaan ini adalah sebaliknya. Negara barat yang telah mencapai kemajuan yang pesat, telah menyebabkan mereka hilang akar mereka. Mereka kini pula lebih cenderung mencari kehidupan "spiritual", dengan mengkaji ajaran zaman purba China seperti Confucious, dan Tao. Buku yang paling diminati oleh mereka ialah "Tao Te Ching" yang ditulis oleh Lao Tze, pengasas ajaran Tao. Fahaman orang barat tentang ajaran China kadang-kadang melebihi orang timur. Orang barat kini ingin mencari kehidupan dan corak hidup yang leih harmoni dengan alam semula jadi, dan fahaman Tao dapat memenuhi kehendak mereka. Orang timur atau penduduk dari negara miskin belum mencapai tahap ini kerana asas kehidupan mereka belum kukuh, iaitu masih mengejar rezeki hidup yang tidak menentu.

Mengikut teori keperluan segi tiga Maslow (Maslow triangle of needs), manusia hanya akan ingin mencari kehidupan aman, merealisasikan diri apabila kehidupan asas dapat dipenuhi. Oleh itu, manusia akan berusaha mengejar kemakmuran dan kejayaan ekonomi, membangunkan negara dan membaiki taraf kehidupan, selepas itu barulah mereka sedar dan ada masa lapang untuk mencari warisan negara terutamanya budaya hidup mereka.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hujah Pembangkang 2 – Izzamir Ismail

Sebelum saya sebagai pembangkang kedua memulakan hujah, izinkan saya menanyakan satu soalan kepada saudara pencadang iaitu Tahukah saudara bahawa berapa banyak bandar di dunia yang menjejaskan warisan negara? Seterusnya, saya berbalik kepada hujah-hujah saya iaitu pembangunan bandar tidak menjejaskan warisan negara. Hujah saya yang pertama, walaupun pembangunan bandar giat dijalankan terutamanya di Malaysia namun cara hidup dan budaya masyarakat Malaysia yang majmuk tidak terjejas. Hal sedemikian dapat dilihat dari segi sambutan perayaan, contohnya Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Apabila menjelang perayaan yang tertentu masyarakat Malaysia masih memakai pakaian tradisional masing-masing seperti baju Melayu, chongsam dan sari, ia jelas menunjukkan bahawa warisan negara masih dikekalkan. Selain itu, dari segi sosial terutamanya pada musim perayaan juga masyarakat Malaysia yang menetap di bandar saling kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain yang dapat mengeratkan hubungan siratul rahim dan telah diwarisi sejak dahulu lagi. Ia juga jelas menunjukkan bahawa budaya masyarakat Malaysia pada era menuju alaf baru masih mengamalkan budaya dan warisan keturunan bangsa masing-masing bak kata pepatah Melayu; Budaya Terletak Pada Nilai Bangsa dan Agama. Seiringan itu, cara hidup masyarakat Malaysia masih menggunakan tangan untuk makan iaitu warisan sejak dahulu lagi dan salah satu restoran yang terkenal di peringkat antarabangsa pula, iaitu Kentucky Fried Chicken yang menggunakan tema ‘Finger Likin Good’ mengukuhkan lagi kenyataan saya kerana restoran itu terletak di kawasan bandar namun ia masih berbalik kepada budaya tradisi masyarakat Malaysia.

Hujah saya yang kedua, dari segi alam sekitar bahawa pembangunan bandar tidak menjejaskan warisan negara sebaliknya ia merangsang dan membantu pertumbuhan ekonomi di negara yang membangun seperti Malaysia. Di samping itu, dalam melaksanakan sesuatu cadangan projek pembangunan, penilaian kesan-kesan alam sekitar akan dilakukan. Selaras itu, terdapat prosedur penilaian yang disepadukan ke dalam proses perancangan dan kelulusan projek yang dikenali sebagai prosedur yang ‘implicit’ manakala prosedur yang tidak disepadukan sebagai prosedur ‘explicit’. Ia bermakna sebelum pembangunan bandar dijalankan, penilaian kesan-kesan alam sekitar akan diambilkira agar ia tidak menjejaskan warisan negara seperti Perancis yang mengamalkan prosedur formal dan ‘implicit’ bermakna prosedur yang mempunyai kuasa undang-undang dan disepadukan ke dalam proses perancangan.

Hujah saya yang akhir sekali ialah dalam mengharungi era pembangunan bandar, warisan negara tetap dikekalkan contohnya, Bandar Georgetown yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi kepada Negeri Pulau Pinang yang mempunyai warisannya yang tersendiri seperti Kota Cornwallis yang sering dikunjungi pelancong dan terletak di Esplanade. Di samping itu, terdapat juga garispanduan rekabentuk untuk kawasan pemeliharaan dalam kawasan dalaman Bandaraya Georgetown seperti

Page 13: DEBAT PELAJAR

barisan rumah teres halaman Seh Tan dan Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh yang mengekalkan dan membaik pulih bangunan sama ada dari segi mengecat atau membaiki kerosakan bangunan itu. Justeru itu, sebelum saya mengakhiri hujah saya, ingin saya sekali lagi menegaskan bahawa Pembangunan Bandar Tidak Menjejaskan Warisan Negara.

Sekian, terima kasih.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hujah Pembangkang 3 – Lim Yee WeiFaktor lain yang menjejaskan warisan negara

Tiga faktor lain yang mungkin menjejaskan warisan negara adalah faktor media massa, faktor peperangan dan faktor pihak pemerintah.

Faktor 1

Media massa melalui televisyen, radio, video dan sebagainya membawa masuk pengaruh barat dari segi seni muzik, gaya berpakaian, budaya hidup; dan faktor inilah yang menjejaskan warisan budaya kita. Pengaruh barat ini dikukuhkan lagi oleh pelancong asing yang melawat negara kita. Kemajuan teknologi maklumat menyediakan jaringan global atau internet yang membolehkan perhubungan secara langsung dengan dunia luar. Perubahan ini menjadikan kuasa media massa meresap ke seluruh negara termasuk desa yang tidak diharungi arus pembangunan. Ini membuktikan bahawa warisan negara tidak dijejaskan oleh pembangunan bandar tetapi faktor media massa.

Faktor 2

Faktor peperangan dan kemusnahan yang dibawakan akan menjejaskan warisan negara. Contohnya dala Perang Dunia I, banyak bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah seperti seni bina Greek, Rome, Baroque telah musnah. Bukan warisan Eropah sahaja termusnah dalam peperangan tetapi banyak harta benda budaya Jepun yang hilang atau termusnah oleh serangan udara dalam Perang Pasifik. Di akhir Perang Pasfik, hampir semua bandaraya di Jepun telah musnah dibom. Banyak harta benda budaya yang tidak boleh dipindah seperti castle, temple, rumah berhala (shrines) dan bangunan bersejarah telah termusnah oleh serangan udara.

Faktor 3

Telah dibuktikan bahawa pembangunan bandar zaman moden dikawal sistem perancangan bandar berkanun yang mengambil kira warisan negara yang bernilai. Soalannya bagaimana pembangunan bandar yang dikawal oleh set undang-undang boleh menjejaskan warisan negara jika bukan disebabkan oleh keputusan pihak pemerintah yang boleh mempengaruhi keputusan pembangunan? DiMalaysia mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling di bawah seksyen 34A, satu perintah kualiti Alam Sekeliling (akta yang ditetapkan) telah menyenaraikan 19 aktiviti yang dikehendaki menjalani kajian EIA, salah satu aktiviti ini adalah penjana an pemancaran kuasa. Menurut akta, EIA perlu dikemukakan kepada JAS dan diluluskan sebelum projek pembangunan boleh dilaksanakan. Malangnya projek Empangan Bakun tetap dilaksanakan walaupun EIA belum diluluskan. Projek ini telah mengorbankan warisan negara yang tidak ternilai dengan pembersihan hutan rimba primer seluas 80,000 hektar (saiz Singapura) di samping peralihan keluar keluarga orang asli sebanyak 5000 buah yang terdiri daripada etnik Kenyah, Kayan, Lahanan, Ukit, Penan. Kesimpulannya, keputusan pemerintah menjejaskan warisan negara dan bukan sistem pembangunan bandar.

Page 14: DEBAT PELAJAR

Rujukan

Heritage Interpretation volume I, The Natural and Built Environment edited by David L.Uzzell, Belhaven Press,1989. (No. panggilan CC135H548, PU1, USM)

Preservation of Cultural Heritage, Cultural and Social Centre. (No. panggilan N9054P933, PU1, USM)

Garispanduan Rekabentuk Untuk Kawasan-Kawasan Pemeliharaan Di Dalam Kawasan Dalaman Bandaraya Georgetown, Penang oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Penilaian Kesan-Kesan Alam Sekitar oleh Abdullah Mohamad Said, BIROTEKS Institut Teknologi Mara.