debat mirza & atikah

15
ISI MULA Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah.Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,barisan para pembangkang, guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Tajukperbahasan saya pada pagi ini ialah 'Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal dirumah'.Hadirin sekalian, Tinggal di asrama lebih baik jika dibandingkan dengan tinggal di rumah kerana mengajar murid-murid berdikari. Para pelajar perlu melakukan kerja-kerja harian sepertimembasuh baju, menggosok baju, membersihkan tempat tidur dan lain-lain lagi tanpabantuan daripada sesiapa. Oleh itu, para pelajar lebih cepat matang dan berkeyakinandalam membuat sebarang keputusan.Kehidupan di asrama dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk memupuknilai-nilai persahabatan yang kukuh. Para pelajar dapat bergaul dengan rakan-rakan,berkongsi masalah, saling bantu-membantu dan lain-lain lagi.Hadiri sekalian,Para pelajar yang tinggal di asrama dapat belajar secara berkumpulan. Oleh itu, parapelajar dapat berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan tidak mudah rasa bosan dalampelajaran. Oleh itu, mereka akan lebih cemerlang dalam pelajaran.Pelajar yang tinggal di asrama juga akan lebih berdisiplin. Di asrama terdapat pelbagaiperaturan yang mesti dipatuhi seperti menepati masa, menepati jadual yang ditetapkan,menghormati ketua dan lain-lain

Upload: dz-shalehah

Post on 22-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Debat Mirza & Atikah

ISI MULA Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah.Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,barisan para pembangkang, guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Tajukperbahasan saya pada pagi ini ialah 'Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal dirumah'.Hadirin sekalian,

 Tinggal di asrama lebih baik jika dibandingkan dengan tinggal di rumah kerana mengajar murid-murid berdikari. Para pelajar perlu melakukan kerja-kerja harian sepertimembasuh baju, menggosok baju, membersihkan tempat tidur dan lain-lain lagi tanpabantuan daripada sesiapa. Oleh itu, para pelajar lebih cepat matang dan berkeyakinandalam membuat sebarang keputusan.Kehidupan di asrama dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk memupuknilai-nilai persahabatan yang kukuh. Para pelajar dapat bergaul dengan rakan-rakan,berkongsi masalah, saling bantu-membantu dan lain-lain lagi.Hadiri sekalian,Para pelajar yang tinggal di asrama dapat belajar secara berkumpulan. Oleh itu, parapelajar dapat berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan tidak mudah rasa bosan dalampelajaran. Oleh itu, mereka akan lebih cemerlang dalam pelajaran.Pelajar yang tinggal di asrama juga akan lebih berdisiplin. Di asrama terdapat pelbagaiperaturan yang mesti dipatuhi seperti menepati masa, menepati jadual yang ditetapkan,menghormati ketua dan lain-lain lagi.Kesimpulannya saya bagi pihak pencadang tetap menyatakan bahawa tinggal di asramalebih baik daripada tinggal di rumah.Sekian, terima kasih

Asrama adalah suatu tempat penginapan yang ditujukan untuk anggota suatu kelompok, umumnya murid-murid sekolah.

Asrama biasanya merupakan sebuah bangunan dengan kamar-kamar yang dapat ditempati oleh beberapa penghuni di setiap kamarnya. Para penghuninya menginap di asrama untuk jangka

Page 2: Debat Mirza & Atikah

waktu yang lebih lama daripada di hotel atau losmen. Alasan untuk memilih menghuni sebuah asrama bisa berupa tempat tinggal asal sang penghuni yang terlalu jauh, maupun untuk biayanya yang terbilang lebih murah dibandingkan bentuk penginapan lain, misalnya apartemen.

Selain untuk menampung murid-murid, asrama juga sering ditempati peserta suatu pesta olahraga.

Banyak sekolah dan perguruan tinggi di Indonesia yang memiliki asrama. Salah satunya adalah asrama Universitas Airlangga Surabaya. Asrama itu bernama asrama Bhinneka Tunggal Ika. Contoh lainnya adalah asrama ITS, asrama UI, asrama UGM, asrama UB, dan lain sebagain

BANGKANG MIA

Kebanyakan murid sekolah harian tinggal di rumah dengan keluarga masing-masing. Hanya segelintir murid yang berpeluang atau sanggup tinggal di asrama sekolah yang tertentu. Maka, murid perlu ke sekolah dengan menggunakan pengangkutan sendiri atau awam.

Jika penghuni asrama harus berkongsi kemudahan kamar, bilik air dan sebagainya secara beramai-ramai, murid di sekolah harian menikmati keselesaan di rumah. Pengalaman yang berbeza sudah tentu membawa natijah yang juga berbeza. Dengan itu, murid sekolah harian tidak perlu berasa rendah diri atau terkilan kerana tidak merasa pengalaman di sekolah berasrama.

Di rumah, murid sentiasa bersama anggota keluarga yang lain dan meniti usia remaja di bawah bimbingan orang tua masing-masing. Mereka mempunyai kesempatan yang lebih kerap untuk melakukan kegiatan keluargaan bersama, termasuk di meja makan, solat berjemaah, menonton rancangan televisyen yang bermanfaat, riadah dan menziarahi jiran tetangga atau sanak saudara tanpa terikat kepada sekatan masa. Tempat meluahkan perasaan, terutama dengan ibu, sentiasa ada.

Page 3: Debat Mirza & Atikah

Marcapada ini ,masyarakat pembangun modal insan berazam dan berusaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama yang akan menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.‘Minda Kelas Pertama’ merupakan modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia yang merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.

‘Minda Kelas Pertama’ memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat untuk melahirkan modal insan. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini.Terdapat beberapa kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkannya. Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang mampu berdaya saing dan berdaya maju dengan negara-negara membangun yang lain agar mampu dijadikan contoh oleh negara-negara di rantau Asia.Hal ini kerana modal insan kelas pertama adalah merupakan golongan tenaga muda yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan bagi memajukan lagi segala sektor-sektor yang penting di Malaysia .Golongan ini menjadi tulang belakang bagi memastikan negara Malaysia akan sentiasa membangun seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan negara. Kedua, modal insan kelas pertama amat penting untuk menjana kemajuan negara Malaysia dalam semua bidang agar mampu menempa kemajuan serta perubahan keatas negara Malaysia dari pelbagai aspek penting.Hal ini terbukti apabila golongan minda kelas pertama ini telah mencuba untuk melakukan tranformasi secara total atau perubahan drastik yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,adat resam, budaya,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan eletronik terhadap masyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tindakan golongan ini melakukan tranformasi adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia agar selaras dengan taraf hidup masyarakat di negara-negara membangun yang lain. Strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui pendedahan meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang oleh golongan modal insan.Hal ini menunjukkan bahawa

Page 4: Debat Mirza & Atikah

golongan ini perlu menyediakan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran dalam pelbagai bidang untuk melahirkan golongan modan insan kelas pertama.Melalui penguasaan ilmu pengetahuan ini,kita dapat mendedahkan bidang sains dan teknologi kepada seantero masyarakat Malaysia.Tindakan ini merupakan cara bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

Perkembangan era globalisasi adalah merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh modal insan agar mampu menghasilkan modal insan kelas pertama yang berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi. Seterusnya,melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan modal insan kelas pertama yang memiliki keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan fizikal.Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan berminda kelas pertama bukan sahaja melalui pencapaian akademik malah melalui pencapaian dalam bidang sukan.

Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Melalui dasar ini juga kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan. Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan modal insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Melalui program ini,modal insan dapat dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.Golongan yang menyertai PLKN ini adalah golongan sasaran utama bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh daya pemikiran yang dinamik,progresif dan eksklusif yang ada pada mereka. Dengan itu,mereka telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.

Kesimpulannya,dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan modal insan bermindakan kelas pertama amat penting bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja negara maju yang beridentitikan diri sendiri,malah akan menjadi contoh bagi negara-negara di seluruh pelosok dunia . Dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan dan kemegahan. Oleh itu,bersama-samalah kita melangkah maju ke hadapan berpaksikan pengetahuan serta bukan sahaja sekadar semata-mata ingin menjadi negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu melahirkan lebih ramai lagi modal insan kelas pertama

Page 5: Debat Mirza & Atikah

Masalah displin

MASALAH disiplin di kalangan pelajar bukan isu baru. Seminar dan konvensyen mengenai disiplin sudah banyak kali diadakan bagi merumus serta mencari pendekatan terbaik menangani gejala ini. Masyarakat juga turut memberi pandangan dan cadangan melalui media mengenai isu disiplin.

Dari semasa ke semasa, Kementerian Pelajaran melaksanakan pelbagai langkah dan pendekatan bagi menangani masalah ini. Pada 1996 misalnya, kementerian mewujudkan jawatan kaunselor sepenuh masa di sekolah rendah dan menengah untuk memberi khidmat kaunseling kepada pelajar bermasalah.

Sekolah juga tidak terkecuali melaksana dan mematuhi arahan pekeliling dan peraturan mengenai disiplin yang dikeluarkan. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, membuat kenyataan bahawa Kementerian Pelajaran dijangka mewujudkan warden tetap atau sepenuh masa di semua sekolah berasrama penuh bagi memantapkan lagi pengawasan ke atas pelajar.

Kenyataan itu adalah ekoran beberapa insiden buli dan serangan yang dilaporkan berlaku di asrama atau di kawasan sekolah sejak kebelakangan ini. Insiden terburuk yang dilaporkan media bulan lalu membabitkan kematian ke atas seorang pelajar setelah koma beberapa hari akibat diserang oleh sekumpulan pelajar senior.

Rencana ini tidak bertujuan untuk menghuraikan punca atau sebab berlakunya masalah disiplin. Ia juga tidak bertujuan untuk membahaskan aspek kesan positif dan negatif tindakan punitif yang dilaksanakan sebagai langkah menangani pelanggaran disiplin.

Ruangan ini sekadar berkongsi sedikit pandangan mengenai keperluan mewujudkan guru asrama sepenuh masa di asrama. Pertama, saya melihat syor Timbalan Menteri Pelajaran sebagai suatu pendekatan positif.

Page 6: Debat Mirza & Atikah

Dr Wee juga pernah memberikan reaksi positif terhadap syor dibangkitkan seorang Pegawai Pelajaran Daerah ketika sesi perjumpaan antara Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pegawai kanan Jabatan Pelajaran Pahang di Temerloh baru-baru ini.

Kedua, dalam situasi dilema yang dihadapi sekolah berasrama pada masa ini, saya berpendapat jawatan guru asrama sepenuh masa adalah langkah tepat dalam mengatasi bukan saja masalah pengurusan sekolah untuk melantik warden sambilan di kalangan guru mata pelajaran, malah sudah sampai masanya kita memikirkan kepentingan aspek pembangunan keperibadian dan sahsiah dapat diterapkan secara berkesan di sekolah melalui pendekatan baru dan berbeza.

Tumpuan kepada pendidikan watak hendaklah dijadikan anjakan strategik bagi mencapai kecemerlangan diri pelajar di asrama.

Ketiga, saya juga melihat pendekatan ini sebagai suatu pendekatan berhemah dalam mendepani isu keruntuhan disiplin pelajar di asrama. Jika asrama mempunyai guru asrama sepenuh masa yang terlatih dengan model latihan bagi menzahirkan pembangunan karakter pelajar, saya yakin guru ini dapat memainkan peranan lebih fokus dalam aspek pembangunan karakter pelajar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menegaskan bahawa pendidikan perlu berpaksikan di atas dua tiang iaitu character pillar dan intellectual pillar. Kecemerlangan akademik boleh dibangunkan di atas ciri-ciri keperibadian yang penting seperti sifat boleh dipercayai menghormati, bertanggungjawab, adil, penyayang, kecintaan kepada tanah air dan berpegang kepada nilai-nilai keagamaan.

Ciri-ciri karakter ini mampu membantu menangani kemerosotan disiplin dan keciciran moral pelajar dan seterusnya dapat menjana kecemerlangan akademik. Justeru, pendidikan moden hari ini amat memerlukan pendidikan idealis yang holistik, mencakupi aspek kerohanian, moral dan intelektual bagi mengimbangi pengaruh negatif yang melanda generasi pelajar hari ini.

Tidak dapat dinafikan semua guru memainkan peranan sebagai the moral crusaders. Namun demikian, dalam keadaan seperti dihadapi sekolah hari ini, tidak mungkin guru kelas yang memegang jawatan warden sambilan dapat memberi fokus kepada pengajarannya dan membantu pembangunan intelektual jika mereka ini dalam keadaan tertekan setelah berdepan tugas di asrama yang semakin mencabar.

Peranan ‘dua dalam satu’ ini tidak lagi sesuai dalam konteks situasi persekolahan hari ini. Kajian mengenai kesan tanggungjawab sebagai warden sambilan ke atas proses pengajaran dalam kelas di kalangan kelompok warden elok juga dilakukan bagi menyokong pandangan ini secara lebih saintifik.

Baru-baru ini saya cetuskan perkara ini kepada seorang guru yang baru bertugas di sekolah berasrama di kawasan Felda yang dilantik sebagai warden di sekolah berkenaan. Apabila dicetuskan kepada beliau syor Timbalan Menteri Pelajaran, reaksi spontan guru ini memperlihatkan dirinya sangat gembira dan menggesa supaya syor itu dilaksanakan segera. Saya dapat memahami konflik peranan dilalui guru baru berkenaan. Elaun RM240 sebulan yang diberikan kepada warden tidak menjadi daya penarik kepada guru, lebih-lebih lagi guru lama dan

Page 7: Debat Mirza & Atikah

berpengalaman untuk memikul tanggungjawab sebagai warden. Lantas guru yang baru sajalah pilihan yang ada. Masalah mengisi jawatan warden ini sering kali dibangkitkan oleh pengetua.

Justeru, syor Dr Wee perlu diteliti secara serius. Aspek latihan guru dan keperluan jawatan menjurus kepada keperluan melaksanakan pembangunan karakter pelajar bukan saja bagi sekolah berasrama penuh, malah asrama lain perlu diperincikan. Kesedaran terhadap pembangunan karakter sebagai strategi menghadapi gejala sosial demi kecemerlangan insan harus menjadi dimensi baru dan pegangan semua pihak yang boleh mengubah hala tuju dan amalan pendidikan.

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005

PERMASALAHAN PELAJAR ASRAMAPerkhidmatan kaunseling merupakan suatu perkhidmatan yang penting di sectorkerajaan, sektor swasta, NGO dan sebagainya. Menurut Ee Ah Meng (2002)perkhidmatan ini bukan kepada individu yang menghadapi masalah tetapi bolehdiberikan kepada mereka yang tidak mempunyai masalah. Menurutnya lagi,perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga boleh digunakan untukmeningkatkan motivasi dan mencapai tahap perkembangan diri yang maksima.Kajian permasalahan dan keperluan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajarasrama di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ini dijalankan keranapenyelidik mempunyai pengalaman belajar dalam jurusan teknik ketikaditingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani, Kedah. MenurutMohamad Najib (2002) faktor pengalaman seseorang individu boleh dijadikansebagai suatu sumber untuk dijadikan masalah kajian. Di samping itu, bidangpengajian penyelidik pada masa sekarang juga merupakan bidang teknik danvokasional iaitu kejuruteraan mekanikal. Berdasarkan pengalaman penyelidik,pelajar asrama memang disediakan kemudahan asas seperti tempat tinggalyang selesa, perpustakaan, perpustakaan, dan alat untuk belajar ke sekolah.Walaupun kemudahan yang diberi sempurna dan mencukupi, pelajar-pelajarturut menghadapi permasalahan dalaman seperti konsep kendiri, akademik,wang saku, kerjaya, masalah diri, asrama, keluarga, penyesuaian, komunikasidan sebagainya.Justeru itu, permasalahan ini menimbulkan minat kepada penyelidik untukmelakukan Kajian Permasalahan Dan Keperluan Perkhidmatan Bimbingan DanKaunseling Terhadap Pelajar Asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru,Johor Darul Takzim. Oleh itu, sekiranya kajian

Page 8: Debat Mirza & Atikah

permasalahan dan keperluanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat diketahui sudah tentulah ia akandapat menangani permasalahan dan apakah keperluan sebenar yang diperlukanoleh para pelajar asrama Sekolah teknik berkenaan. Justeru itu, sudah tentulahia akan dapat membantu meningkatkan keputusan pencapaian akademik pelajar,

. Masalah konsep kendiriKeputusan kajian ini menunjukan bahawa jenis permasalahan konsep kendirimerupakan masalah utama mengikut urutan yang dihadapi oleh pelajar-pelajarasrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Data menunjukan purataperatusan adalah 70 % yang menunjukan mereka menghadapi masalah dari6

Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005konsep kendiri. Dapatan penyelidik menunjukan 81.4% diantara merekamenunjukan mereka tidak yakin untuk belajar disini. Sedangkan konsep kendiribagi pandangan Aminah (1994) merupakan pandangan dan kepercayaanseseorang terhadap diri sendiri. Menurut beliau, konsep kendiri seseorangbanyak mempengaruhi tingkahlaku atau amalannya sehari-hari, contohnya,seseorang pelajar mengganggap dirinya tidak pandai membaca, dia sentiasamengelak dari membaca atau sebarang aktiviti. Kajian Chiam dalam Aminah(1994) merumuskan bahawa kaum remaja di sekolah adalah kurang yakin, rasarendah diri, tidak bersemangat, mudah tersinggung dan mudah malu.b. Masalah tingkah lakuKeputusan kajian ini menunjukan bahawa kategori tingkahlaku merupakan jenispermasalahan yang kedua. Purata peratusan adalah

Page 9: Debat Mirza & Atikah

64% menunjukan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru menghadapi masalah tingkahlaku. Data menunjukan 53.6% daripada pelajar asrama Sekolah Menegah Teknik johor Bahru bermasalah dari segi tingkahlaku kerana data menunjukan banyakdaripada mereka lebih suka keluar di hujung minggu jika tidak pulang ke rumahmasing-masing dan 58.8% daripada mereka tidak menyukai aktiviti-aktiviti yangdianjurkan di asrama. 49% pelajar menyatakan kadangkala mereka tidak akanmenghadiri kelas. Sapora (2000) menyatakan masalah disiplin merupakansesetengah kes yang melibatkan tingkah laku. Beliau menyatakan lagi dalamkajiannya didapati masalah masalah disiplin yang selalu dirujuk kepadakaunselor adalah seperti menghormati guru, ponteng sekolah, masalah dalambilik darjah, pergaduhan, merosakan harta benda sekolah dan menyertaikumpulan-kumpulan haram. Bakhtiar dalam Aminah dan rakan-rakan (1987)mendapati masalah ponteng pelajar di sekolah menengah adalah disebabkanoleh faktor pengunduran dari sekolah. Ini menyebabkan segelintir pelajar gagalmenyesuaikan diri kepada segala cabaran di dalam dan di luar sekolah.7

  Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005c. Masalah kerjayaKeputusan kajian sebanyak 62.5% ini menunjukan jenis permasalahan yangketiga yang dihadapi oleh pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik JohorBahru ialah dari kategori kerjaya. Data sebanyak 98.5 % bersetuju inginmendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). dan91.8 % bersetuju menunjukan mereka bercita-cita untuk melanjutkan pelajaranke institut pengajian tinggi. Sebanyak 79.9% pula menunjukan mereka sukamempelajari matapelajaran teras atau elektif disekolah. Walaupun begitu 72.2%bersetuju bahawa tidak pasti sama ada dapat pekerjaan yang sama dengankerjaya yang diminati. Mirzan (1992) menyatakan bahawa guru boleh membantupelajar melihat ke arah manakah seseorang pelajar itu boleh membawa dirinyake alam pekerjaan nanti. Menurut beliau lagi, kelab bimbingan dan kaunselingdisekolah membantu para pelajar berpeluang untuk meningkatkan lagikemampuan untuk menhalakan diri mereka dalam peluang kerjaya yang sesuaidengan kebolehan. Abu Zahari dalam Suradi (1994) menyatakan bahawa minatberperanan penting kerana minat dapat mempengaruhi dan mendorong pelajarberusaha dengan gigih

Page 10: Debat Mirza & Atikah

untuk menguasai serta mandapatkan apa yangdikehendaki. Kajian penyelidik menunjukan pelajar meminati setiapmatapelajaran yang diajar oleh guru, walaubagaimanapun mereka tidakmempunyai kepastian bahawa mereka boleh menceburi bidang pekerjaan yangsama dengan minat mereka suatu hari nanti.d. Masalah kewanganKeputusan kajian ini menunjukan 59% (Graf 4.12)kategori permasalahan untukkewangan sebenarnya merupakan permasalahan keempat. Jadual 4.18 telahmenunjukan 75.3 % pelajar memerlukan wang untuk membeli peralatan belajar.Pelajar menyatakan 56.2 % daripada mereka tidak bersetuju bahawa merekaterdiri daripada latar belakang keluarga yang mempunyai tanggungan yangramai. Sikap 61.3 % pelajar yang tidak suka menabung merupakan masalah8

  Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005kepada mereka. Asfalela (2003) menyatakan ibu bapa perlu prihatin terhadapsebarang perancangan yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya dapatmembimbing serta serta memberi sebarang bentuk bantuan kewangan terhadappemilihan mereka. Imam al-Ghazali menyatakan setiap tindakan manusia adalahberasaskan dorongan dan motivasi. (Ee Ah Meng ,1989). Oleh itu setiap pekarayang memerlukan wang untuk pelajar itu belajar merupakan dorongan kepadamereka untuk belajar dan wang itu merupakan motivasi kepada mereka apabilamemperolehi wang untuk membeli pekara yang didorong.e. Masalah aspek asrama dan guru-guruKeputusan kajian ini menunjukan 58% daripada kategori permasalahan asramadan guru-guru merupakan masalah yang kelima. Data pada Jadual 4.17 ini telahmenunjukan 53.6% daripada sebahagian pelajar tidak menyenangi guru-guru disekolah tersebut. Walaupun begitu 57.2 % menyatakan warden selalumengambil berat tentang diri mereka di asrama. 142 % menunjukan pelajar tidakberpuas hati dengan penyediaan makanan di asrama. Melalui hasil dapatanmenunjukan sebilangan besar daripada pelajar mereka tidak mempunyaihubungan yang baik dengan guru mereka. Mereka hanya mempunyai hubunganyang baik dengan warden asrama. Tetapi kehidupan pelajar diasrama kurangmemuaskan kerana penyediaan makanan tidak dilakukan dengan baik. Faktormakanan juga sebenarnya merupakan

Page 11: Debat Mirza & Atikah

faktor penting pertumbuhan otak kanak-kanak atau remaja tersebut.(Zuraidah, 1990)f. Masalah rakan-rakan asramaKeputusan kajian ini menunjukan 46.5% kategori rakan-rakan tidak membawamasalah kepada mereka, data daripada Jadual 4.16 menunjukan 76.8 %menyatakan rakan-rakan banyak memberi motivasi. Data juga menunjukan 54.1% menyatakan rakan-rakan mempengaruhi dan 82.5% menyatakan merekabersemangat untuk belajar disebabkan oleh rakan-rakan. Ibrahim (2003)9

  Seminar Kebangsaan Pendidikan JPPG pada 28-30 Ogos 2005menyatakan masalah yang paling kurang dihadapi oleh pelajar adalah denganrakan-rakan. Katanya lagi, rakan sebaya dianggap pelajar sebagai tempatmengadu. Dapatan kajian Aminah (1994) menunjukan seramai 37% daripadapelajar menafikan mereka hilang sabar dengan rakan sebaya dan 29.3 % pulamenunjukan ahli keluarga mereka selalu membuatkan mereka marah. KajianIbrahim pula menunjukan 45 % pelajar akan berjumpa kawan rapat, 38 % kawanbiasa dan 9.6 % adalah guru sebagai tempat untuk meluahkan masalah.Daripada ketiga-tiga kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa hampir kesemuapelajar asrama tidak menghadapi masalah bersama rakan-rakan.Walaubagaimanapun, mereka tetap akan dipengaruhi oleh rakan-rakan samaadakearah kebaikan atau keburukan.

KESIMPULANKajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan kaedah deskriptif. Soalselidik digunakan sebagai instrumen. Soal selidik itu terbahagi kepada 3bahagian.bBahagian A merupakan latar belakang responden, Bahagian Bmerupakan jenis permasalahan manakala, akhir sekali merupakan keperluanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bahagian B terdapat 6 permasalahanyang dikemukana iaitu tingkah laku, konsep kendiri,

Page 12: Debat Mirza & Atikah

kerjaya, rakan-rakan,asrama dan guru-guru dan kewangan. Manakala, Bahagian C pula terbahagikepada 3 kategori iaitu pengetahuan, penglibatan dan pengetahuan untukmelihat apakah keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepadapelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Keseluruhan data yangdiperolehi menunjukan pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahrumenghadapi pelbagai masalah sepanjang mereka tinggal diasrama.Permasalahan utama adalah berkenaan konsep kendiri, kedua , tingkah laku,ketiga, kerjaya, keempat, kewangan, kelima asrama dan guru-guru dan akhirsekali rakan-rakan kurang memberikan masalah kepada pelajar-pelajar asrama.Data yang dikumpul juga menunjukkan pelajar mempunyai pengetahuan ,penglibatan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan keperluanpelajar asrama Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru yang tinggi menunjukanperkhidmatan itu penting di asrama. Oleh itu, pihak perkhidmatan bimbingan dankaunseling dapat ditingkatkan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi.