dce3418 kepelbagaian budaya dalam organisasi ... amalan hrd dan pe… · pengaruh pelbagai budaya...

6
1 DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI (Multiculturalism in Organization) BAHAN BACAAN: PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN 1. PENGENALAN Budaya individu mempengaruhi amalan pembangunan sumber manusia dan pengurusan dalam organisasi. Semua individu pekerja samada di peringkat atasan atau bawahan, akan membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi. Istilah ini dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage). Bagasi budaya ialah kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan amalan budaya masyarakat masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan membawa bersama budaya masyarakat mereka kepada organisasi. Kecenderungan ini meresapi pemikiran, pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut. Pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu mungkin membawa budaya ke dalam organisasi bagi mempengaruhi cara kerja dilakukan. Pengurus Melayu menjangkakan tenaga kerjanya memperlihatkan kelakuan yang biasanya dikaitkan dengan beberapa nilai dihormati seperti kolektivisme, rasa hormat kepada orang yang lebih tua, hubungan harmoni dan orientasi agama. Bagi memahami tenaga kerja Melayu di tempat kerja intrabudaya dan bagaimana ia berbeza daripada kumpulan etnik lain, kepimpinan, komunikasi dan motivasi akan dihuraikan dengan lebih lanjut. 2. KEPIMPINAN Masyarakat Melayu pada asalnya telah menetapkan bahawa individu yang menjadi pemimipin atau ketua kebanyakannya berdasarkan status dan keluarganya ataupun status yang kemudiannya dianugerahkan kepadanya. Apabila pemimpin diberikan pangkat yang tinggi oleh syarikat, kerajaan atau kerabat diraja, orang Melayu lain mengiktiraf pangkat itu dan menjangkakan pemimpin itu melaksanakan kepimpinan. Orang Melayu cenderung melihat perhubungan mereka dengan orang yang berada dalam jawatan kepimpinan mengikut ukuran peribadi mereka. Mereka mahukan

Upload: hoangquynh

Post on 07-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI ... AMALAN HRD DAN PE… · PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN ... Di dalam organisasi, ... daripada pembelajaran

1

DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI

(Multiculturalism in Organization)

BAHAN BACAAN:

PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN

1. PENGENALAN

Budaya individu mempengaruhi amalan pembangunan sumber manusia dan

pengurusan dalam organisasi. Semua individu pekerja samada di peringkat atasan

atau bawahan, akan membawa budaya masyarakat masing-masing ke organisasi.

Istilah ini dinamakan Bagasi Budaya (cultural baggage). Bagasi budaya ialah

kecenderungan bagi seseorang untuk membawa nilai dan amalan budaya masyarakat

masing-masing ke tempat kerja. Pekerja akan membawa bersama budaya

masyarakat mereka kepada organisasi. Kecenderungan ini meresapi pemikiran,

pertuturan dan tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan penyerapan

tersebut.

Pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu mungkin membawa

budaya ke dalam organisasi bagi mempengaruhi cara kerja dilakukan. Pengurus

Melayu menjangkakan tenaga kerjanya memperlihatkan kelakuan yang biasanya

dikaitkan dengan beberapa nilai dihormati seperti kolektivisme, rasa hormat kepada

orang yang lebih tua, hubungan harmoni dan orientasi agama. Bagi memahami

tenaga kerja Melayu di tempat kerja intrabudaya dan bagaimana ia berbeza daripada

kumpulan etnik lain, kepimpinan, komunikasi dan motivasi akan dihuraikan dengan

lebih lanjut.

2. KEPIMPINAN

Masyarakat Melayu pada asalnya telah menetapkan bahawa individu yang menjadi

pemimipin atau ketua kebanyakannya berdasarkan status dan keluarganya ataupun

status yang kemudiannya dianugerahkan kepadanya. Apabila pemimpin diberikan

pangkat yang tinggi oleh syarikat, kerajaan atau kerabat diraja, orang Melayu lain

mengiktiraf pangkat itu dan menjangkakan pemimpin itu melaksanakan kepimpinan.

Orang Melayu cenderung melihat perhubungan mereka dengan orang yang berada

dalam jawatan kepimpinan mengikut ukuran peribadi mereka. Mereka mahukan

Page 2: DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI ... AMALAN HRD DAN PE… · PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN ... Di dalam organisasi, ... daripada pembelajaran

2

pemimpin yang dipercayai dan dalam kedudukan yang dihormati. Mereka lebih suka

dipimpin oleh orang yang dirasakan komited dengan objektif mereka menerusi kata-

kata yang diucapkan dan tindakan yang ditunjukkan. Reputasi atau harga diri

seseorang pemimpin termasuk rasa hormat yang diberikan oleh kumpulan

berdasarkan nilai moralnya dan juga reputasi profesional serta penghormatan.

Sifat peribadi seseorang pemimpin Melayu termasuklah yang berikut:

1. Mempunyai tapak kuasa yang besar dan tidak formal bagi membolehkannya

mencapai matlamatnya, kebanyakannya menerusi pujukan.

2. Bekerja secara tidak menonjolkan diri dan mendapatkan bantuan serta

sokongan moral daripada orang lain seperti imam.

3. Warak dalam kepercayaan agamanya dan bersifat hemat (warak alim) dalam

mengamalkan adat dan upacara tradisional.

4. Bersifat benar-benar Melayu dan dapat menyumbang kepada perpaduan

kumpulan.

5. Ikhlas, rendah diri dan bijaksana kerana orang yang bersifat pendesak

dianggap menjelekkan.

Berhubung dengan kemahiran sosialnya pula, dia mesti memperlihatkan sifat yang

berikut:

1. Kesanggupan untuk mengambil risiko dan menyahut cabaran.

2. Kebolehan bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan perbalahan

atau persengketaan sosial.

3. Menyumbangkan masanya bagi mempertahankan kebaikan bersama.

4. Kesanggupan untuk mengorbankan kepentingan peribadi demi kebajikan dan

kepentingan kumpulan.

5. Menunaikan komitmen dan janji yang dibuat kepada orang lain.

3. KOMUNIKASI

Masyarakat melayu mengamalkan komunikasi berkonteks tinngi. Melayu mempunyai

sistem kesopanan yang merangkumi tatalaku khusus yang berkait dengan pernyataan

lisan dan bukan lisan, yang digunakan semasa berinteraksi dengan orang lain.

Kategori lisan seringkali dinyatakan dalam pola pertuturan dengan menggunakan

bentuk berikut bagi menunjukkan perhubungan antara pengirim dengan penerima:

Page 3: DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI ... AMALAN HRD DAN PE… · PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN ... Di dalam organisasi, ... daripada pembelajaran

3

1. Bagi menunjukkan rasa hormat kepada orang lain, bentuk kata ganti ‘cik, puan,

tuan, saya, beta, saudara, kamu, kita’ digunakan.

2. Bagi mengiktiraf kedudukan hierarki anggota keluarga yang luas, bentuk

panggilan ialah ‘datuk, pak cik, mak cik, abang, kakak dan mak su’.

Aspek-aspek komunikasi lisan dalam budaya Melayu:

1. Orang Melayu juga berasa tidak selesa dalam memberi dan menerima kritikan

lisan secara langsung kerana ia menyebabkan penerima berasa malu. Apabila

kritikan cukup teruk, ia mungkin merosakkan hubungan dan ini biasanya tidak

dapat dibaiki lagi.

2. Bersifat tidak menyembunyikan perasaan dan berterus terang dalam

menyatakan niat seseorang biasanya bercanggah dengan sifat dihormati. Oleh

yang demikian, seseorang itu perlulah bijaksana dan berhati-hati semasa

menyatakan pendapat yang positif dan juga negatif kepada orang Melayu.

Individu yang dilihat sebagai telalu berterus terang, meskipun dikatakan

bercakap secara ringkas dan kasar, biasanya dianggap sebagai individu tidak

beradab atau tidak berpekerti halus. Orang Melayu yang lain menganggap

orang itu tidak mendapat asuhan yang betul.

3. Orang Melayu juga bersifat tidak berterus terang apabila menolak permintaan

orang lain yang menyuruhnya melakukan sesuatu perkara, menolak untuk

menjanjikan sesuatu dan memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan oleh orang

lain.

4. Dalam usaha untuk mengelak daripada berkata ‘tidak’, orang Melayu seringkali

memberikan jawapan dengan mengemukakan hujah, menghuraikannya dan

menukar topik perbualan.

5. Nilai hormat kepada orang yang lebih tua dan hierarki cenderung membuatkan

orang Melayu berasa tidak selesa apabila berinteraksi secara bersemuka

dengan individu yang berada dalam kedudukan hierarki yang berbeza.

6. Orang Melayu lebih selesa menawarkan cadangan daripada berhujah apabila

berhubungan dengan pemimpin mereka. Orang Melayu yang mengutarakan

permintaannya secara berterus terang kepada orang lain mungkin tidak

meninggalkan kesan yang baik ke atas pihak yang lain.

Page 4: DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI ... AMALAN HRD DAN PE… · PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN ... Di dalam organisasi, ... daripada pembelajaran

4

7. Idea atau sudut pandangan yang mungkin tidak dapat diterima dengan begitu

baik oleh individu Melayu mungkin lebih baik disampaikan oleh pihak ketiga

yang dihormati, yang dapat bertindak sebagai orang tengah bagi

menyampaikan mesej dan melicinkan proses komunikasi. Dengan cara ini,

perhubungan yang mesra dan bersifat jangka panjang terpelihara.

8. Apabila meminta orang Melayu melaksanakan sesuatu urusan, elakkan

daripada bersikap terlalu agresif kerana individu jenis ‘memerintah’ mungkin

tidak dapat memastikan tugas dijalankan dengan mudah, tidak seperti orang

yang menggunakan pendekatan yang lebih lembut. Komunikasi lisan yang

lantang tidak dapat diterima secara sosial dan nada suara bertekak serta gerak

isyarat tangan yang berlebihan tidak disukai.

9. Komunikasi dengan orang yang lebih tua biasanya diungkapkan secara sopan

dan penuh hormat.

10. Orang Melayu juga mempunyai kecenderungan untuk menyembunyikan emosi

mereka dengan senyuman atau ketawa mengekek apabila mereka merasa

keliru ataupun malu.

11. Orang Melayu tidak menyuarakan perasaan mereka dalam sesutu

perhubungan kerana mereka percaya bahawa kelakuan seseorang itu sudah

menunjukkan isi hatinya.

12. Orang Melayu seringkali bersikap tidak berterus terang dalam penyataan lisan

mereka apabila kandungan mesej itu tidak positif.Apabila menyampaikan

mesej yang mungkin tidak diterima dengan begitu baik oleh penerima,hasrat

sebenar orang yang bercakap itu lebih baik disembunyikan dengan

mengungkap mesej dengan cara yang tidak menyakiti perasaan penerima itu.

Penggunaan intonasi yang betul amat penting ketika berkomunikasi. Individu yang

bersopan santun dan bersuara lembut dalam penyampaian lisannya menjadi lebih

efektif kerana orang Melayu lebih suka menerima arahan daripada mereka yang

sopan dan mengambil berat tentang rasa dan perasaan mereka.Seseorang itu perlu

berhati-hati supaya tidak menyinggung persaan pihak lain dengan menggunakan

frasa yang berikut:

‘Boleh saya tumpang tanya?’

‘Jangan marah kalau saya beri pendapat.’

‘Boleh saya beri pendapat?’

Page 5: DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI ... AMALAN HRD DAN PE… · PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN ... Di dalam organisasi, ... daripada pembelajaran

5

Menunjukkan gerak badan yang sesuai juga penting kerana ia memperlihatkan sifat

rendah hati dan rasa hormat kepada orang lain. Kedua-dua elemen kelakuan lisan

dan bukan lisan digunakan bagi menunjukan kepentingan adab sopan, kelakuan

yang sesuai dan sensitiviti kepada orang lain sepanjang masa.

4. MOTIVASI

Motivasi pekerja adalah didorong oleh hubungan antara kawan, ketua, kumpulan,

keluarga, individu dan sebaginya. Bagi masyarakat Melayu pula penggabungan

mereka dengan kumpulan, keluarga dan individu adalah merupakan strategi motivasi

yang penting. Mereka prihatin terhadap kumpulan yang dianggotai – iaitu lingkungan

keluarga dan rakan sekampung serta saudara seislam.

Perkataan kejayaan juga tidak mempunyai makna yang konkrit dan tidak cukup

menambat perhatian ataupun memberikan motivasi.Orang Melayu berasa selamat

apabila mereka yakin bahawa mereka dihormati oleh orang yang dikenali.

Keazaman yang kuat terhadap perkongsaian di kalangan orang Melayu diperoleh

daripada latar belakang patriotik dan tradisi perkkhidmatan kerajaan.

Masyarakat Melayu seringkali berasa tertarik dengan ganjaran yang konkrit dan nyata

ia itu simbol, seperti ganjaran wang dan ganjaran yang boleh dilihat-sekeping

tanah,menunaikan ibadat haji di Mekah, dan lingkungan kawan dan kenalan yang

berpengaruh. Setiap satu mempunyai nilai intrinsik. Menyampaikan mesej

pengiktirafan dalam majlis khas yang turut menjemput keluarga pekerja merupakan

cara meningkatkan dorongan motivasi mereka.

Memandangkan wujudnya orientasi antara perorangan mereka, orang Melayu tertarik

dan amat berminat dengan kehalusan dan potensi perhubungan.

Oleh sebab orang Melayu mengambil berat dalam mengekalkan hubungan mereka

cenderung menggunakan kepercyaan untuk menilai kapasiti orang terhadap kesetiaa,

komitmen dan persahabatan.

Dalam banyak cara, hubungan orang Melayu dengan pemimpinnyalah yang

menentukan motivasinya. Ramai orang Melayu berasa, “Apabila saya mempunyai

pemimpin yang baik,saya bekerja bersungguh-sungguh untuknya.” Oleh itu, motivasi

bermakna menunjukkan rasa ambil berat bagi membina dan mengekalkan hubungan

antara perorangan yang baik.

Page 6: DCE3418 KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM ORGANISASI ... AMALAN HRD DAN PE… · PENGARUH PELBAGAI BUDAYA DALAM AMALAN HRD DAN PENGURUSAN ... Di dalam organisasi, ... daripada pembelajaran

6

Pengurus yang mengguna dan memahami elemen penting dalam sistem kesopanan

tempatan mendapat ganjaran dari segi komitmen yang lebih besar daripada pekerja,

seperti yang ditunjukkan apabila pekerja sanggup bekerja sehingga larut malam tanpa

merungut dan menyumbang dengan lebih banyak kepada produktiviti unit kerja.

5. KESIMPULAN

Di dalam organisasi, pekerja akan cenderung membawa bersama budaya masyarakat

mereka dalam melaksanakan amalan HRD termasuk pemikiran, pertuturan dan

tingkah laku tanpa individu berkenaan menyedari akan penyerapan tersebut seperti

yang disebut dalam konsep Bagasi Budaya (cultural baggage).

Di dalam organisasi intrabudaya Melayu, pemimpin dan pengurus Melayu yang kanan

perlu menjadikan kelakuan mereka sebagai model peranan, sejajar dengan nilai

budaya dan agama bagi memenangi hati dan minda orang bawahan mereka. Tidak

ketinggalan juga adalah penting untuk pengurus mewujudkan suasana kekeluargaan

di kalanga pekerja mereka kerana ini akan menanamkan rasa komitmen kepada

organisasi dalam diri mereka. Pemimpin Melayu perlu menunjukkan pemahaman,

keupayaan dan ketekunan mereka berdasarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh

daripada pembelajaran menerusi minda dan intelek, dan menyatupadukannya dengan

ilmu pengetahuan yang berasal daripada wahyu.

Golongan generasi baharu Melayu yang berjaya memperoleh keperluan kebendaan

dan simbol status baharu mungkin perlu mengimbangi kehidupan mereka dengan

rasa komitmen yang diperbaharui kepada agama dengan pencarian kekayaan yang

biasanya dihasilkan oleh kuasa perubahan.

SUMBER RUJUKAN:

1. Asma Abdullah (2009). Ke Arah Glokal, Dimensi Budaya dalam Pengurusan

Malaysia. Institut Terjemahan Malaysia Berhad.

2. Asma Abdullah (1996). Going Glocal. Malaysian Institute of Management. Shah

Alam. Malaysia