daya tujahan

Upload: qeena-qaleesya

Post on 06-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    1/16

    PCK 2: Keapungan, timbul dan tenggelam.

    Hasil pembelajaran: Untuk menyiasat keadaan utama untuk keapungan,

    timbul dan tenggelam.

    Pengenalan/teori:

    Daya tujah dan keapungan

    Satu objek yang berada dalam air secara amnya akan mengalami dua daya,

    iaitu berat objek yang bertindak ke bawah dan daya tujah yang bertindak ke atas.

    Daya hasil daripada berat objek Daya tujah yang bertindak ke atas

    Daya tujah adalah satu daya yang menghasilkan tolakan ke atas terhadap

    sutu objek yang berada dalam air. Tidak mengira sama ada objek tersebut berada di

    dalam permukaan air atau tenggelam ke dalam permukaan air.

    Hal ini dapat dibuktikan dalam keadaan kita menolak satu gabus ke dalam

    air, selepas seketika kita lepaskan gabus tersebut, gabus itu akan naik ke

    permukaan air dengan serta merta kerana gabus itu mengalami daya tujah dri air

    yang lebih kuat daripada daya hasil dari berat gabus. Kekuatan data tujah

    sebenarnya dapat dirasai semasa kita memegang gabus tersebut di dalam air lagi.

    Secara teorinya, objek yang mempunyai ketumpatan kurang daripada

    ketumpatan cecair yang mengapunginya, daya tujah keatas akan menyebabkan

    objek tersebut terapung di atas permukaan cecair. Walaubagaimanapun, jika objek

    tersebut lebih tumpat daripada cecair yang mengapunginya, daya tujah ke atas tetap

    wujud tetapi objek tersebut tidak akan timbul sebaliknya akan tenggelam ke bawah

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    2/16

    kerana magnitud daya tujah yang bertindak ke atas tidak cukup untuk mengatasi

    daya yang di hasilkan oleh berat objek.

    Prinsip archimedes.

    Prinsip archimedes menyatakan bahawa jasad yang terendam sepenuhnya

    atau separa rendam akan mengalami satu dayah tujah ke atas yang sama magnitud

    dengan dengan berat bendalir yang disesarkan oleh jasad tersebut. oleh kerana

    cecair bertambah beratnya maka ia akan mengalami satu tekanan yang lebih besar

    di bahagian bawahnya dan tekanan yang yang lebih kecil di bahagian atasnya.

    Dengan ini ia akan menghasilkan satu tekanan yang berkadar langsung dengan

    daya pada luas permukaan yang sama.

    F=ma F= Daya (sama ada ke atas atau ke bawah)

    m= Jisim cecair yang disesarkan.

    a= Isi padu kuboid.

    Ringkasnya prinsip archimedes adalah daya tujah ke atas sama dengan berat

    yang hilang atau berat cecair yang disesarkan.

    Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi daya tujah. Pertama, isipadu

    jasad yang lebih besarkan menghasilkan daya tujah yang lebih besar. Kedua ialah

    kekuatan medan graviti. Medan graviti yang kuat akan menghasilkan daya tujah

    yang lebih besar. Ketiga ialah, ketumpatan cecair. Cecair yang lebih tumpat akan

    menghasilkan daya tujah yang lebih besar.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    3/16

    Prinsip keapungan.

    Prinsip keapungan menyatakan bahawa berat satu jasad yang terapung pada

    permukaan cecair adalah sama nilai dengan berat cecair yang disesarkan.

    Terdapat tiga prinsip keapungan dalam air. Pertama ialah, jasad akan terus

    timbul tau naik ke atas permukaan air jika daya tujah ke atas melebihi berat jasad.

    Kedua, satu objek atau jasad akan tenggelam atau jatuh ke bawah air jika berat

    jasad melebihi daya tujah ke atas. Ketiga, satu jasad akan terapung atau pegun di

    permukaan air jika daya tujah ke atas adalah sama dengan berat objek. Fenomena

    keapungan ini menyebabkan sampan dan perahu dapat terapung dalam air.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    4/16

    Radas dan bahan:

    Dua silinder penyukat, larutan garam, dua biji telur, besen air, dan lima bebola

    plastisin (setiap satu 50 g).

    Aktiviti: Menyiasat mengapa sesuatu benda terapung atau tenggelam dalam

    cecair.

    Prosedur:

    1. Dua silinder penyukat diisi penuh dengan, satu silinder mengandungi larutan

    garam manakala satu silinder lagi menggandunggi air pili. Letakkan telur

    kedalam kedua-dua bekas dan perhatikan apa yang berlaku.

    2. Tiga bebola plastisin diambil, setiap satu mengandungi berat 50 g. Dua

    bebola plastisin dibentuk menjadi bentuk perahu. Satu perahu dengan sisi

    rendah dan satu lagi dengan sisi tinggi.

    3. Kedua-dua perahu dan bebola plastisin diletakkan ke dalam besen air yang

    mempunyai air. Pemerhatian kemudian direkodkan.

    4. Dua biji bebola plastisin 50 g diambil dan diletakkan secara perlahan-lahan ke

    dalam kedua-dua perahu tadi setiap satu. Pemerhatian direkodkan.

    5. Inferen dinyatakan untuk setiap pemerhatian.

    6. Laporan aktiviti ditulis dengan menggunakan format berikut: Menggenal pasti

    masalah, membuat hipotesis, menguji hipotesis, merekod dan menganalisis

    data dan kesimpulan.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    5/16

    Keputusan.

    Laporan prosedur 1: Keapungan telur.

    Mengenal pasti masalah: Adakah cecair yang berlainan jenis dan ketumpatan akan

    menghasilkan kesan keapungan yang berlainan?

    Hipotesis: Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek (telur).

    Keputusan

    Pemerhatian

    Air pili + telur telur tenggelam ke dasar air pili.

    larutan garam + telur Telur hanya tengelam di bawah permukaan air.

    Inferen:

    Telur lebih tumpat dari air pili tetapi air pili kurang tumpat berbanding dengan larutan

    garam.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    6/16

    Rajah 1: Keputusan keapungan telur dalam air pili dan larutan garam.

    Perbincangan.

    Telur tenggelam sepenuhnya dalam air pili menunjukkan bahawa telur lebih

    tumpat daripada air pili tetapi telur berada pada pemukaan larutan garam

    menunjukkan bahawa ketumpatan larutan atau cecair mempengaruhi daya

    keapungan telur. Hal ini kerana jika makin tumpat sesuatu cecair tersebut atau

    larutan maka ketumpatan cecair akan menghasilkan daya tujah air yang lebih kuat

    yang boleh mengatasi berat sesebuah objek. Dalam aktiviti ini, larutan garam

    membuktikan bahawa ia mempunyai daya tujah yang kuat hingga telur tersebut tidak

    tenggelam sepenuhnya. Berbanding dengan air pili, yang mempunyai ketumpatan

    yang kurang menyebabkan daya tujah air pili tidak mampu untuk mengatasi berat

    objek menyebabkan objek tenggelam sepenuhnya.

    Dalam experimen ini, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik.

    Antaranya ialah menambah satu jenis larutan lagi seperti larutan air kolam untuk

    membandingkan dari segi keperbagaian cecair yang digunakan. Ini membolehkan

    pelajar menggembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka kerana terdapat

    lebih banyak contoh yang boleh membolehkan pelajar melakukan perbandingan

    dengan lebih baik.

    Kesimpulan:

    Hipotesis diterima, di mana Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar

    keapungan objek. Ini dibuktikan dalam larutan garam yang lebih tumpat kerana

    terdapat banayk bahan lain seperti garam yang menambahkan lagi ketumpatan air

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    7/16

    menyebabkan telur tidak tenggelam sepenuhnya, sebaliknya hanya berada di bawah

    permukaan larutan garam sahaja berbanding dengan air pili.

    Laporan Aktiviti 2:

    Manggenalpasti masalah: Adakah bentuk dan ketinggian sisi perahu mempengaruhi

    keapungan dan tenggelam sesuatu objek.

    Hipotesis: Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan

    sesuatu objek.

    Keputusan.

    Pemerhatian Inferens.

    Perahu sisi rendah Perahu terapung tetapi apabila

    bola 50 g bola plastisin diletakkan

    di dalam perahu, perahu

    tenggelam sepenuhnya ke dalam

    dasar besen kerana tebing perahu

    di masuki air.

    Oleh kerana perahu sisi

    rendah, maka apabila

    terdapat muatan yang

    berat, sisi perahu tidak

    dapat menampung atau

    menghalang air masuk

    mneyebabkan perahu

    karam. Sisi perahu yang

    rendah menyebabkan

    perahu karam walaupun

    pada awalnya perahu

    terapung di atas air.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    8/16

    Perahu sisi tinggi Perahu terapung dalam besen.

    Apabila bola plastisin 50 g

    diletakkan, sisi perahu tenggelam

    sedikit tetapi perahu masih berada

    dalam keadaan terapung. Tidak

    terdapat kemasukan air ke dalam

    perahu.

    Disebabkan sisi perahu

    yang tinggi, walaupun

    terdapat muatan yang

    dimasukkan, perahu

    masih mampu untuk

    menampung berat

    bebola 50 g. Sisi yang

    tinggi menyebabkan

    perahu tidak karam

    seperti perahu sisi

    rendah.

    Bola plastisin 50 g Bebola plastisin tenggelam sebaik

    sahaja diletakkan di atas

    permukaan air.

    memandangkan bentuk

    bebola plastisin yang

    bulat dan tidak

    mempunyai tapak yang

    luas untuk menghasilkan

    daya tujah yang tinggi

    maka bebola plastisin

    tenggelam.

    Inferen keseluruhan:

    Bentuk amat mempengaruhi keapungan sesuatu objek kerana berat yang sama

    tetapi berlainan bentuk menyebabkan terdapat tiga keadaan yang berbeza berlaku.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    9/16

    Perbincangan.

    Dalam experimen ini, ia telah membuntikan beberapa faktor yang

    mempengaruhi keapungan sesuatu objek. Berdasarkan pemerhatian di atas. Dapat

    kita simpulkan bahawa dengan jisim yang sama iaitu plastisin 50 g tetapi bentuk

    berlainan di mana bentuk perahu dengan sisi rendah dan sisi tinggi serta bentuk

    sfera tetapi menghasilkan tiga keadaan yang berbeza dimana bebola plastisin yang

    berbentuk sfera terus tenggelam kedalam air. Manakala perahu masih terapung.

    Kemudian perahu di tambah dengan jisim yang sama iaitu 50 g lagi tetapi perahu

    sisi rendah tenggelam. Keadaan ini sudah jelas menunjukkan bahawa bentuk

    sesuatu mempengaruhi keapungan. Walaupun perahi sisi tinggi mempunyai jisim

    keseluruhan 100 g masih terapung berbanding dengan bebola plastisin yang

    berbentuk sfera dan jisim 50 g sahaja tetapi masih tenggelam.

    Experimen ini boleh ditambah baik untuk memperkukuhkan kefahaman dan

    teori yang diperolehi oleh pelajar, bentuk untuk di uji boleh kita tambah seperti

    bentuk segi empat, segi tiga, bebola tetapi dalamnya kosong(rongga udara), tanah

    liat yang dileperkan nipis-nipis hingga menjadi besar. Ini bukan sahaja menambah

    daya tarikan experimen ini tetapi memperkukuhkan lagi pemahaman dan ilmu yang

    diperolehi.

    Kesimpulan:

    Hipotesis diterima, bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan

    sesuatu objek. Hal ini dibuktikan dalam keputusan dimana sama jisim 50g tetapi

    bebola yang berbentuk sfera dan dimampatkan tenggelam manakala perahu tidak

    tenggelam tetapi apabila ditambah beban sebanyak 50 g perahu sisi rendah tidak

    mampu bertahan dan akhirnya karam, manakala perahu sisi tinggi mampu bertahan.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    10/16

    Refleksi.

    Dalam experimen ini, terdapat banyak perkara yang saya pelajari. Antaranya

    ialah bagaimana pentingnya bentuk dalam mempengaruhi daya keapungan objek.

    Sesungguhnya, keapungan objek amat penting dalam kehidupan seharian. Dalam

    experiment ini, terdapat beberapa kelemahan yang saya kenal pasti. Antara

    kelemahannya ialah, pertama perahu yang dibina tidak sama bentuk. Hal ini kerana

    pelajar harus mencipta perahu yang sama besar tetapi walau bagaimanapun

    memandangkan tanah liat amat mudah berubah bentuk maka perahu yang dicipta

    tidak akan sama. Ini juga boleh mempengaruhi keputusan dimana walaupun perahu

    bersisi tinggi ia akan tenggelam juga. Hal ini terjadi dengan kumpulan kami kerana

    kerahu yang bersisi tinggi yang kami bina adalah tidak stabil menyebabkan ia juga

    tenggelam di dasar air. Kelemahan ketiga ialah bahan uji kaji untuk ketumpatan

    hanay dua sahaja. Jika kita hendak sesuatu experimen itu lebih tepat sekurang-

    kurangnya bahan yang diuji hendaklah ada tiga.

    Walaupun terdapat kelemahan tetapi setiap kekurangan ada cara

    penyelesaiannya. Saya mencadangkan agar untuk membuat perahu, satu acuan

    harus disediakan.ini membolehkan pelajar membina perahu yang sama saiz tetapi

    mempunyai sisi tinggi.

    Experimen ini membolehkan kami mencipta sebuah perahu yang selamay

    dalam masa yang sama membolehkan kami memahami akan ciri-ciri keselamatan

    dalam bentuk perahu seperti tebing tinggi, tapak yang tirus dan luas serta tapak

    yang kuat agar tidak mudah pecah atau bocor.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    11/16

    Soalan.

    1. kenapa objek boleh terapung atau tenggelam di dalam cecair?

    Hal ini kerana setiap objek terdapat ketumpatannya. Jika cecair lebih tumpat

    daripada objek maka objek akan terapung kerana terdapat daya tujahan yang

    bertindak dari cecair manakala jika objek lebih tumpat daripada cecair maka

    objek tersebut akan tengelam kerana daya tujahan cecair tidak mampu untuk

    mengatasi berat objek. Formula untuk keapungan objek ialah Ff = mv iaitu

    daya keapungan adalah berkadar terus dengan m, jisim objek dengan v,

    isipadu .

    2.bolehkah objek yang lebih tumpat daripada air terapung? Jelaskan.

    Secara teorinya objek yang lebih tumpat daripada air akan tenggelam kerana

    daya tujahan cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek tetapi terdapat

    faktor lain yang membolehkan objek tersebut terapung. Antaranya ialah

    bentuk objek. Cuba bayangkan kapal laut yang diperbuat daripada besi itu

    digumpalkan maka kapal itu akan tengelam tetapi oleh kerana kapal yang

    diperbuat daripada besi itu diubah bentuknya menjadi seperti perahu dan

    terdapat rangga udara dibawah kapal maka kapal yang diperbuat daripada besi

    yang lebih tumpat daripada air mampu untuk terapung. Apatah lagi di tambah

    dengan sisi yang tinggi maka kapal tersebut yang diperbuat daripada besi

    mampu timbuk atau terapung kerana telah diubah suai bentuknya. Tetapi jika

    besi itu tidak diubah bentuk dan hanya digumpalkan sahaja maka iai akan

    tenggelam. Kesimpulannya, objek yang lebih tumpat boleh terapung dengan

    syarat diubah suai bentuknya.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    12/16

    3.Nyatakan faktor yang mempengaruhi keapungan objek.

    Antara faktor keapungan objek ialah pertama bentuk, dimana jika bentuknya

    terdapat ruang udara atau berbentuk perahu yang mempunyai sisi maka

    perahu tersebut mampu untuk terapung tetapi jika ebntuknya sfera maka objek

    itu kemungkinan akan tenggelam. Kedua berat. Jika objek tersebut makin

    berat maka makin mudah untuk tenggelam. Sebagai contoh bebola plastisin

    50 g tenggelam apabila diletakkan di atas pemukaan air. Ketumpaan juga

    mempengaruhi daya keapungan objek di mana jika cecair lebih tumpat dari

    objek maka objek akan timbul tetapi jika cecair kurang tumpat dari objek maka

    objek akan tenggelam.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    13/16

    SOALAN MASTERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN.

    1. Di akhir aktiviti ini jawab soalan berikut.

    a. Apa yang telah anda pelajari dari aktiviti ini?

    (10 markah)

    Saya telah mempelajari bagaimana konsep keapungan itu berlaku. Dimana

    keapungan terdapat tiga faktor utama di experimen ini iaitu ketumpatan cecair

    dimana cecair yang lebih tumpat akan menyebabkan objeknya timbul manakala jika

    ketumpatan cecair kurang daripada objek maka obek akan tengelam. Selain itu

    bentuk dan saiz dan berat juga mempengaruhi keapungan sesuatu objek iaitu objek

    yang sama berat tetapi saiz berlainan maka ia akan menyebabkan keputusan yang

    berlaianan. Contohnya jisim yang sama iaitu plastisin 50 g tetapi bentuk berlainan di

    mana bentuk perahu dengan sisi rendah dan sisi tinggi serta bentuk sfera tetapi

    menghasilkan tiga keadaan yang berbeza dimana bebola plastisin yang berbentuk

    sfera terus tenggelam kedalam air. Manakala perahu masih terapung. Kemudian

    perahu di tambah dengan jisim yang sama iaitu 50 g lagi tetapi perahu sisi rendah

    tenggelam. Keadaan ini sudah jelas menunjukkan bahawa bentuk sesuatu

    mempengaruhi keapungan. Walaupun perahi sisi tinggi mempunyai jisim

    keseluruhan 100 g masih terapung berbanding dengan bebola plastisin yang

    berbentuk sfera dan jisim 50 g sahaja tetapi masih tenggelam. Oleh yang demikian

    saya mempelajari akan ciri-ciri utama kapal yang selamat seperti mempunyai

    rongga udara yang banyak di bawah perahu, tebing yang tinggi keadaan tapak yang

    tirus. Ini merupakan satu pengetahuan yang penting kerana keselamatan adalah

    bergantung kepada ciri-ciri di atas.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    14/16

    b. bahagian manakah dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah mengajar topik

    ini?

    (2 markah)

    Tahap 1, Tema mengenai mempelajari dunia sekeliling kita dalam topik mengenal

    pasti bahan yang timbul dan sengelam.

    c. Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini dalam pembelajaran

    dan pengajaran?

    (10 markah)

    Aktiviti dalam set induksi dimana kita membawa pelajar kita untuk memahami

    bagaimana bahan seperti telur dan tanah liat boleh terapung, dalam masa yang

    sama kita boleh menggunakan aktiviti ini untuk mengajar bagaimana sesebuah

    bahan itu boleh terapung. Apakah fungsi utama kapal laut yang membolehkan ia

    terapung walaupun diperbuat daripada besi. Aktiviti ini boleh digunakan dalam

    membuat pojek kelas di mana kita mmeberi murid kita bahan dan mereka akan

    mencipta kapal serta mereka bentuk kapal laut yang selamat. Menurut laman web

    http://www.super-science-fair-projects.com/ aktiviti seperti ini baik untuk

    mempamerkan hasil ciptaan pelajar dalam mencipta kapal laut. Ia mampu untuk

    membina sikap inovatif dalam diri pelajar. Sikap inovatif dan kreatif pelajar akan

    terserlah dan persaingan yang sihat akan berlaku jika kita menggunakan aktiviti ini

    sebagai pertandingan pelajar sains kreatif dalam pameran sains tersebut. Aktiviti ini

    juga amat sesuai digunakan sebagai tugasan projek kepada pelajartahun enam

    kerana bersesuaian dengan aras pemikiran mereka, mereka boleh mencipta sebuah

    kapal yang selamat di masa hadapan.

    http://www.super-science-fair-projects.com/http://www.super-science-fair-projects.com/
  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    15/16

    d. apakah peranan guru dalam hal aktiviti ini?

    (3 markah)

    Peranan guru dalam hal ini ialah sebagai seorang yang mampu memberi inspirasi

    kepada pelajar agar mereka mampu untuk mengembangkan kreativiti mereka

    hingga berdasarkan aktiviti ini, mereka mampu untuk mencipta sebuah kapal laut

    yang selamat berdasarkan daripada experimen yang telah mereka lakukan. Kita

    sebagai guru harus membawa pelajar tetapi membiarkan pelajar memikirkan apa

    ciri-ciri keselamatan utama kapal laut hingga mampu memampung berribu-ribu tan

    berat kapal di atas laut.Selain itu peranan guru juga sebagai pemerhati di mana kita

    memerhatikan bagaimana pelajar melaksanakan aktiviti dan memastikan mereka

    tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ketiga, peranan guru hanya

    sebagai sumber rujukan sahaja dan memastikan kita memimpin pelajar ke arah

    bagaimana menjawab soalan dan bukannya memberi jawapan dengan

    semudahnya.

  • 8/2/2019 DAYA TUJAHAN

    16/16

    RUJUKAN

    1. laman wed.

    www.thefreedictionary.com/floating

    http://www.spartechsoftware.com/reeko/experiments/floating.htm

    http://www.super-science-fair-projects.com/

    http://www.kids-science-experiments.com/cat_floating.html

    http://www.kids-science-experiments.com/diverinabottle.html

    http://www.kids-science-experiments.com/floatorsinkexercise.html

    http://www.thefreedictionary.com/floatinghttp://www.thefreedictionary.com/floatinghttp://www.spartechsoftware.com/reeko/experiments/floating.htmhttp://www.super-science-fair-projects.com/http://www.kids-science-experiments.com/cat_floating.htmlhttp://www.kids-science-experiments.com/diverinabottle.htmlhttp://www.kids-science-experiments.com/floatorsinkexercise.htmlhttp://www.thefreedictionary.com/floatinghttp://www.spartechsoftware.com/reeko/experiments/floating.htmhttp://www.super-science-fair-projects.com/http://www.kids-science-experiments.com/cat_floating.htmlhttp://www.kids-science-experiments.com/diverinabottle.htmlhttp://www.kids-science-experiments.com/floatorsinkexercise.html