daya irnesia mass

14
BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9 STESEN 1 TAJUK : Daya, Mass, Inersia dan Berat OBJEKTIF : Mengenalpasti dan memahami daya dan tindakannya. AKTIVITI : Membuat rujukan. PROSEDUR : Pelajar perlu mencari rujukan bagi menjawab soalan-soalan yang diberi. SOALAN : Nyatakan dengan ringkas, apakah :- i) Fungsi daya ii) Magnitud iii) Titik aplikasi iv) Daya ‘concurrent’ v) Daya ‘parellel’ vi) Daya dalaman vii) Daya luaran JAWAPAN : I) Daya berfungsi untuk menghasil, menghenti dan mencegah pergerakan dan membantu dalam

Upload: mohd-imm

Post on 08-Apr-2016

239 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

INERSIA

TRANSCRIPT

Page 1: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 1

TAJUK : Daya, Mass, Inersia dan Berat

OBJEKTIF : Mengenalpasti dan memahami daya dan tindakannya.

AKTIVITI : Membuat rujukan.

PROSEDUR : Pelajar perlu mencari rujukan bagi menjawab soalan-soalan yang diberi.

SOALAN : Nyatakan dengan ringkas, apakah :- i) Fungsi daya ii) Magnitudiii) Titik aplikasi iv) Daya ‘concurrent’v) Daya ‘parellel’ vi) Daya dalamanvii) Daya luaran

JAWAPAN : I) Daya berfungsi untuk menghasil, menghenti dan mencegah pergerakan dan membantu dalam meningkatkan dan mengurangkan kelajuan atau menukar arah pergerakan jasad terlibat.

ii) Magnitud adalah satu kuantiti atau jumlah daya yang dikenakan terhadap sesuatu objek.iii) Titik aplikasi adalah satu titik pada objek di mana daya dikenakan samada di COG atau di luar COG.iv) Daya ‘concurrent’ adalah dua daya dari arah yang berlainan, yang dikenakan pada satu titik aplikasi.v) Daya ‘parellel’ ialah daya yang dikenakan pada satu garisan sejajar tetapi di titik aplikasi yang berlainan.vi) Daya dalaman didefinisikan sebagai daya yang dikenakan ke atas otot dari satu segmen badan ke segmen

badan yang berlainan. Ia akan menyebabkan perubahan pada bentuk tubuh badan.vii) Daya luaran adalah daya yang dikenakan dari luar tubuh badan, di mana ia akan menyebabkan perubahan

kedudukan dan lokasi asal tubuh badan iaitu dari satu tapak ke tapak yang lain.

Page 2: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 2

TAJUK : Daya, Mass, Inersia dan Berat

OBJEKTIF : Mengenalpasti dan memahami daya dan tindakannya.

AKTIVITI : Pukulan pada bola dalam permainan bola tampar.

PROSEDUR : a) Pelajar dikehendaki melakukan pukulan pada bola di titik aplikasi yang berbeza.b) Pelajar perlu memerhatikan apa yang berlaku pada bola tersebut setiap kali titik aplikasi dikenakan tindakan.c) Ulangkaji aktiviti.

SOALAN : I) Nyatakan melalui gambarajah kedudukan 3 titik aplikasi pada bola yang berkemungkinan besar dikenakan daya.

II) Melalui gambarajah, nyatakan apakah yang akan berlaku pada bola yang telah dikenakan daya.a) Titik COG bola.b) Luar titik COG bola.

JAWAPAN : I)

COG

II) a) Titik COG bola tidak akan berubah dari tempat asalnya (tengah) disebabkan bola berbentuk bulat.b) Luar titik bola akan berubah bertentangan dengan arah titik aplikasi bola.

Page 3: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 3

TAJUK : Daya, Mass, Inersia dan Berat

OBJEKTIF : Mengenalpasti jenis kesan tindakan dua atau lebih daya yang terlibat.

AKTIVITI : Mengangkat beberapa lapis ‘mat’.

PROSEDUR : a) Pelajar dan pasangan dikehendaki untuk mengangkat kedua-dua hujung lapis ‘mat’ yang disediakan.b) Pelajar perlu memerhatikan apa yang berlaku pada ‘mat’ ketika ia diangkat.c) Pelajar juga perlu mengenalpasti bahagian yang dikenakan daya ke arah pusat bumi.

SOALAN : I) Nyatakan daya yang terlibat dalam aktiviti yang telah dilakukan.II) Nyatakan ciri-ciri daya tersebut.III) Beri satu contoh aktiviti sukan yang melibatkan daya ini.

JAWAPAN : I) Daya “parallel”II) Daya ini dikenakan pada satu garisan sejajar tetapi di titik aplikasi yang berlainan. Terdapat tiga aplikasi

dalam daya ini di mana dua darinya dikenakan daya yang sama arah, manakala satu lagi dikenakan dari arah yang berlainan.

III) Contoh aktiviti sukan : Acara angkat berat.

Page 4: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 4

TAJUK : Daya, Mass, Inersia dan Berat

OBJEKTIF : Mengenalpasti jenis kesan tindakan dua atau lebih daya yang terlibat.

AKTIVITI : Pelajar bertembung dan berselisih bahu.

PROSEDUR : a) Pelajar dan pasangan perlu menghadap antara satu sama lain dalam jarak tertentu.b) Kedua-dua pelajar dikehendaki berjalan ke arah pasangan dan menselisih bahu antara satu sama lain.

SOALAN : I) Nyatakan apakah jenis daya yang telibat dalam perlakuan ini.II) Nyatakan ciri-ciri daya ini.III) Berikan dua contoh sukan di mana daya ini sering digunakan.

JAWAPAN : I) Daya “concurrent”.II) Daya ini bertindak dari dua arah yang bertentangan atau berlainan yang dikenakan pada satu titik aplikasi.III) Dua contoh sukan yang sering gunakan daya ini : Permainan Ragbi dan Bola baling.

Page 5: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 5

TAJUK : Daya, Mass, Inersia dan Berat

OBJEKTIF : Mengenalpasti jenis daya yang terlibat.

AKTIVITI : Permulaan lari pecut.

PROSEDUR : Pelajar perlu memerhatikan gambarajah yang disediakan dan jawab soalan yang diberi.

SOALAN : I) Nyatakan jenis daya yang terlibat.II) Nyatakan bahagian yang terlibat.III) Nyatakan (a) dan (b).

JAWAPAN : I) Daya Tindakbalas.II) Blok permulaan dengan kaki.III) (a) tindakan tolakan atau tindakbalas. (b) Daya luaran

Page 6: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 6

TAJUK : Daya dan jenisnya.

OBJEKTIF : Pelajar dapat mengetahui dan memahami tentang konsep daya.

AKTIVITI : Menarik kad manila dengan pantas yang diatasnya mempunyai objek.

PROSEDUR : Pelajar :- a) Dengan menggunakan dua jari (ibu jari dan jari telunjuk) tarik dengan pantas kertas manila tersebut. b) Perhatikan, apa yang berlaku pada objek yang berada di atas kad manila.

SOALAN : I) Kenapakah duit syiling itu jatuh ke dalam bekas tersebut.II) Nyatakan sifat daya tersebut.

JAWAPAN : I) Kesan ini berlaku disebabkan daya Inersia.II) Sifat daya Inersia ialah menentang sebarang perubahan yang berlaku.

Page 7: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 7

TAJUK : Daya dan jenisnya.

OBJEKTIF : Di akhir sesi ini pelajar dapat memahami konsep jisim dan daya.

AKTIVITI : Ayunan botol.

PROSEDUR : a) Tiga orang pelajar dikehendaki menarik ketiga-tiga botol ke belakang.b) Ayunkan botol itu serentak.c) Perhatikan sehingga ketiga-tiga botol itu berhenti.

SOALAN : I) Botol manakah yang mula-mula akan berhentui.II) Botol manakah yang paling lambat berhenti.III) Kenapa botol ‘A’ lambat berhenti.

JAWAPAN : I) Botol ‘C’ II) Botol ‘A’III) Kerana objek yang mempunyai jisim yang lebih besar menghasilkan daya yang lebih besar.

Page 8: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 8

TAJUK : Daya dan jenisnya.

OBJEKTIF : Di akhir sesi ini pelajar akan dapat memahami konsep daya putaran ke dalam dan ke luar.

AKTIVITI : Memutar bekas yang mengandungi air.

PROSEDUR : a) Pegang bahagian hujung tali.b) Putarkan bekas secara menegak.c) Kemudian putarkan bekas secara melintang.d) Perhatikan air di dalam bekas itu.

SOALAN : Namakan dua jenis daya yang terlibat.

JAWAPAN : I) Daya CentrifugalII) Daya Centripetal

Page 9: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 9

TAJUK : Daya dan jenisnya.

OBJEKTIF : Di akhir sesi ini pelajar dapat memahami konsep daya dan jenisnya.

AKTIVITI : Menendang bola ke dinding.

PROSEDUR : a) Berdiri di belakang bola.b) Tendang bola menggunakan sebelah kaki secara sederhana ke dinding.c) Perhatikan arah bola itu bergerak.

SOALAN : I) Daya apakah yang menyebabkan bola itu melantun.II) Berikan 2 contoh daya tersebut dalam aktiviti sukan.

JAWAPAN : I) Daya tindakbalas (Aksi reaksi)II) a) Tolakan kaki pelari (Starting Blok) dalam acara 100m semasa memulakan pecutan.

b) Tempat melonjak ( Take Off ) dalam acara lompat jauh.

Page 10: Daya Irnesia Mass

BIOMEKANIK SJ 2103 LAB 9STESEN 10

TAJUK : Daya dan jenisnya.

OBJEKTIF : Di akhir sesi ini pelajar dapat memahami konsep berat dan jisim serta dapat membandingkanya.

AKTIVITI :

PROSEDUR : a) Gantungkan dua ketul batu dengan benang yang sama jenis dan sama panjang.b) Angkat kedua-dua batu tersebut dan lepaskan ke bawah.c) Perhatikan, apakah yang berlaku pada benang tersebut.

SOALAN : I) Kenapa benang pada batu ‘B’ putus.II) Nyatakan kekuatan daya tarikan gravity di Garisan Khatulistiwa.

JAWAPAN : I) Kerana batu ‘B’ mempunyai berat yang lebih besar berbanding dengan batu ‘A’.II) 9.8 m/s ( dalam ukuran Newton)