datuk seri najib folio

6
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak [1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.

Upload: noor-harlina-jalil

Post on 20-Jul-2015

92 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Datuk seri najib folio

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953)

adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan

ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia

yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.

Page 3: Datuk seri najib folio

TEMPAT LAHIR DAN LATAR BELAKANG DATUK SERI NAJIB

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan

mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa

Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Page 4: Datuk seri najib folio

SEMANGAT POLITIK DATUK SERI NAJIB

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut

kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga,

Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai

Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos

Page 5: Datuk seri najib folio

1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan

1982-1986 - Menteri Besar Pahang 1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan

1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk

pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis

Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar

Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden

UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket

Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah.

SUMBANGAN DATUK SERI NAJIB KEPADA NEGARA

Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan

yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui

biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan

pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA,

Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim

penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak

mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah

Page 6: Datuk seri najib folio

KESAN SUMBANGAN DATUK SERI NAJIB KEPADA NEGARA