12 berita harian pandangan banyak daerah di indonesia ...€¦ · muslim. datuk najib menganggap...

1
EDR LEO SURYADINATA PERKEMBANGAN politik di Indonesia dan Malaysia sejak kebela- kangan ini menyaksikan kuasa Islam dalam mempengaruhi atau menentu- kan proses politik. INDONESIA Indonesia merupakan negara Pan- casila yang mempunyai enam agama rasmi termasuk Islam. Walaupun ma- joriti ataupun 87 peratus daripada warga Indonesia menganut agama Islam, ia tetap bukan agama negara tersebut. Namun, undian daripada Muslim penting dalam politik Indone- sia. Selepas jatuhnya pemerintahan Suharto, Islam semakin digunakan oleh elit politik sebagai wahana atau senjata untuk meraih matlamat poli- tik. Contohnya, sewaktu Pilihan Raya Presiden 2014, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, yang mendahului pesaing- nya, Encik Prabowo Subianto, dalam tinjauan pendapat hampir tewas dek kempen kotor yang menggambarkan beliau (Encik Jokowi) sebagai “Cina- Kristian”. Contoh kedua ialah pilihan raya gabenor Jakarta 2017. Encik Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok merupa- kan penyandang jawatan gabenor berketurunan Cina-Kristian. Beliau bertanding dalam pilihan raya tersebut. Akibatnya, calon pili- han raya yang lain seperti Encik Agus Yudhoyono, anak lelaki mantan Pre- siden Susilo Bambang Yudhoyono yang juga pengerusi parti Demokrat, dan Encik Anies Baswedan, calon daripada Parti Gerindra, sama seperti Encik Prabowo, tidak mempunyai banyak peluang dipilih sebagai ga- benor. Pesaing Ahok juga menggunakan taktik yang sama untuk menyingkir beliau daripada pertandingan pilihan raya itu. Mereka menuduh Ahok menghina Islam dalam satu ucapan kempennya. Front Pembela Islam (FPI), yang dikenali ramai kerana mempunyai pandangan radikal mengenai Islam, menyokong mereka yang anti-Ahok dan anti-Jokowi. Malah, kumpulan tersebut juga telah mengadakan ban- tahan dengan menggesa supaya Ahok ditahan dan digulingkan daripa- da jawatan gabenornya. Mereka berjaya mengadakan dua bantahan “Islamik” secara besar-be- saran di Jakarta pada 4 November dan 2 Disember 2016. Kejadian terse- but telah memaksa polis menamakan Ahok sebagai suspek kes hina Islam. MALAYSIA Malaysia merupakan “negara Mus- lim” dengan Islam agama Persekutu- an Malaysia. Dengan kata lain, Islam mempunyai kedudukan yang istime- wa di negara itu. Dalam pada itu, bilangan Muslim di Malaysia mencakupi 60 peratus daripada jumlah penduduk. Menurut Perlembagaan, Melayu adalah Mus- lim tetapi Umno bukan parti Islam. Hal ini berbeza bagi Parti Islam SeMa- laysia (PAS). Matlamat akhir PAS adalah menubuhkan sebuah negara Islam. Umno merupakan parti nasionalis Melayu. Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini berpihak kepa- da nasionalisme Melayu radikal. Pesaing Datuk Najib, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, telah meninggalkan Umno dan menubuh- kan sebuah parti Melayu yang baru. Malah, mereka juga bekerjasama de- ngan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mempunyai ramai anggo- ta Cina. Mereka mencuba beberapa kali untuk menyingkir Dauk Najib de- ngan menggunakan skandal 1Ma- laysia Development Berhad (1MDB). Akan tetapi, Datuk Najib menggunakan Islam sebagai senja- ta apabila berurusan dengan pem- bangkang Melayu. Terdapat dua isu yang sedang di- gunakan. Isu pertama ialah Akta Mahka- mah Syariah (Bidang Kuasa Jena- yah) (RUU 355) atau hudud yang diusulkan oleh pemimpin PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, un- tuk digunakan dalam kalangan Muslim. Datuk Najib menganggap uru- san undang-undang Syariah 355 sebagai milik Umno dan menyokong usulan tersebut secara terbuka supaya dapat meraih soko- ngan daripada PAS. Menurutnya, urusan undang-undang itu hanya akan melibatkan orang Melayu dan tiada kaitan dengan yang bukan Melayu. Hal ini tidak mengambil kira ba- hawa Malaysia merupakan masya- rakat berbilang etnik dan agama dan kes jenayah boleh melibatkan lebih daripada satu kumpulan et- nik. Datuk Najib juga menggambar- kan dirinya sebagai ‘Pembela Islam’ agar dapat meraih sokongan daripada penyokong Islam dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Isu kedua ialah masalah pelarian Muslim Rohingya. Pada 9 Oktober, serangan peng- ganas di bahagian utara Rakhine, Myanmar, meragut nyawa sembi- lan polis Burma. Tentera pemerin- tah negara itu telah melancarkan se- rangan tindak balas sehingga mencederakan dan dislokasi ramai daripada masyarakat Rohingya. Akibatnya, ramai penduduk Rohingya lari meninggalkan Myan- mar ke Bangladesh dan Asia Teng- gara. Persengketaan antara kumpu- lan etnik Rohingya dengan penga- nut Buddha Rakhine yang bermula pada 2012 menyebabkan pening- katan dalam bilangan pelarian Ro- hingya yang baru di Asia Tenggara terutama sekali di Thailand, Malay- sia dan Indonesia. Datuk Najib, yang disokong oleh Datuk Hadi, menyertai banta- han besar-besaran pada 4 Disem- ber bagi mendesak pihak berkuasa Myanmar supaya menghentikan penindasan ke atas masyarakat Rohingya. Hal ini menyeleweng daripada prinsip Asean iaitu ‘dasar tidak cam- pur tangan’. Sewaktu krisis pelari- an Rohingya pada 2015, tiada kes campur tangan sebegitu berlaku kerana tiada pilihan raya yang bakal berlaku di Malaysia. RUMUSAN Apabila kita membandingkan ‘peranan’ Islam dalam politik Indo- nesia dan Malaysia, kita akan mendapati bahawa elit politik di kedua-dua negara itu telah meng- gunakan agama sebagai senjata politik. Di Indonesia, pihak pembang- kang menggunakan Islam untuk melemahkan atau menjatuhkan elit pemerintah. Di Malaysia pula, agama di- gunakan oleh elit pemerintah un- tuk mengekalkan kuasa politik dan menyokong pilihan raya yang akan datang. Hakikatnya, dalam permainan kuasa, kedua-dua negara itu kian memajukan agenda “Mengislam- kan Politik” yang boleh memusnah- kan sifat majmuk dalam masya- rakat tersebut. E Penulis Zamil Pelawat Kanan Institut Yusof Ishak-Iseas. Elit politik Indonesia dan Malaysia guna agama sebagai senjata EDEASY SIMANDJUNTAK PERKEMBANGAN terkini me- nunjukkan bahawa ideologi dan sikap tidak bertolak ansur kian me- nerima tentangan dan bantahan daripada kumpulan etnik dan aga- ma di kebanyakan kawasan kepu- lauan ini. Kumpulan yang membantah ideologi tersebut termasuk etnik Dayak di Kalimantan, Sunda di Jawa Barat dan kumpulan Muslim sederhana seperti Gerakan Belia Ansor daripada Nahdlatul Ulama (NU). Pada 12 Januari di lapangan ter- bang Sintang di Kalimantan Barat, sekumpulan orang berpakaian tra- disional Dayak telah menghalang Naib Setiausaha Besar Majlis Ula- ma Indonesia (MUI), Tengku Zul- karnain, yang baru sahaja tiba dari Jakarta, keluar daripada pesawat. Akibatnya, beliau terpaksa pulang ke ibu kota. Menurut kumpulan tersebut, Tengku Zulkarnain telah memang- gil Dayak, kumpulan etnik terbe- sar di Kalimantan, dengan panggi- lan “kafir dan tidak layak memasu- ki syurga”. Kata-kata tersebut me- nyinggung perasaan kaum Dayak yang mengamalkan agama Kris- tian, Islam atau Kaharingan iaitu suatu kepercayaan tradisional. MUI kerap memanggil mereka yang bukan Muslim dengan panggi- lan kafir – satu perkataan yang membawa konotasi negatif. Sementara itu, petempuran antara kumpulan Front Pembela Islam (FPI) dan kumpulan Sunda yang dipimpin oleh Gerakan Kelas Bawahan Indonesia (GMBI) telah berlaku di Jawa Barat ketika polis menjalankan pemeriksaan ke atas pemimpin FPI, Habib Rizieq, yang didakwa menghina Pancasila iaitu ideologi negara Indonesia. Kejadian tersebut juga berlaku kerana Habib Rizieq menghina bu- daya Sunda, kumpulan etnik terbe- sar di Jawa Barat, dengan mem- buat lawak mengenai salam tradi- sional mereka. FPI, yang kerap mencetuskan masalah, terkenal dengan penga- wasan moral. Mereka sering terli- bat dalam kejadian sektarian seper- ti penutupan paksa gereja di Suma- tera dan Jawa dan kekerasan ter- hadap kumpulan minoriti seperti Syiah dan Ahmadiyah. Malah, FPI dan Gerakan Na- sional Pengawal Fatwa Majlis Ula- ma Indonesia (GNPF-MUI) meru- pakan kuasa utama yang mendo- rong bantahan besar-besaran an- ti-Ahok. Pada masa yang sama, pertubu- han lain turut menentang ideologi dan sikap tidak bertolak ansur itu. Pada 11 Januari di Balikpapan di bahagian timur Kalimantan, per- tubuhan belia yang diselaraskan oleh Ansor daripada NU, pertubu- han Muslim sederhana yang terbe- sar di Indonesia, menggesa peme- rintah setempat supaya menyekat kumpulan FPI dan GNPF-MUI ke- rana mereka mengancam kestabi- lan agama dan perpaduan kawa- san tersebut. Hakikatnya, semakin ramai yang kini menolak sikap FPI. Ba- ru-baru ini, cabang Ansor dan NU di beberapa kawasan di Jawa, Bali, Sulawesi, Lampung, Maluku Utara, Papua dan Papua Barat menolak rancangan menjadikan Habib Rizieq sebagai Imam Besar kerana pengajaran tidak bertolak ansurnya tidak mencerminkan Islam Indonesia yang menghor- mati kepelbagaian. Dalam ucapannya baru-baru ini, pemimpin Parti Demokrasi In- donesia-Perjuangan (PDI–P), Cik Megawati Sukarnoputri, mengge- sa golongan majoriti pasif agar be- kerjasama bagi melindungi Pan- casila dan “Perpaduan dalam Ke- pelbagaian” iaitu cogan kata nega- ra, Bhinneka Tunggal Ika. Tambahan pula, sememangnya wajar bagi PDI-P, penyokong uta- ma Ahok dalam pilihan raya Jakar- ta, menentang FPI sebagai satu langkah politik. Meskipun demikian, seruan daripada Cik Megawati ternyata menunjukkan bahawa ramai yang semakin berwaspada dengan pen- dirian kumpulan tidak bertolak ansur itu. Perkembangan terbaru ini wa- jar mendapat perhatian daripada pemerintah tempatan dan pusat di Jakarta yang tampak tidak lagi berupaya memerangi kumpulan agama tersebut. Tugas pihak berkuasa adalah membendung sebarang sikap tidak bertolak ansur, dan tugas ini tidak boleh dibiarkan sahaja kepada kumpulan sosial serantau. Peme- rintah pusat perlu tegas dan konsis- ten apabila menangani kumpulan tidak bertolak ansur itu agar pihak berkuasa setempat dapat ikut sama. E Penulis Zamil Pelawat Kanan Institut Yusof Ishak-Iseas. BERSIFAT TEGAR: Habib Rizieq merupakan pemimpin kumpulan Front Pembela Islam (FPI) yang kerap mencetuskan masalah dan terkenal dengan pengawasan moral. Kumpulan ini sering terlibat dalam kejadian sektarian seperti penutupan paksa gereja di Sumatera dan Jawa dan kekerasan terhadap kumpulan minoriti seperti Syiah dan Ahmadiyah. – Foto REUTERS Banyak daerah di Indonesia bantah sikap tidak bertolak ansur Untuk melanggan Berita Harian, orang ramai boleh melungsuri laman www.bhsub.sg atau menghubungi talian 6319-1800. 12 Berita Harian | Sabtu, 4 Februari 2017 Wacana PANDANGAN

Upload: others

Post on 14-Nov-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 12 Berita Harian PANDANGAN Banyak daerah di Indonesia ...€¦ · Muslim. Datuk Najib menganggap uru-san undang-undang Syariah 355 sebagai milik Umno dan menyokong usulan tersebut

EDR LEO SURYADINATA

PERKEMBANGAN politik di Indonesia dan Malaysia sejak kebela-kangan ini menyaksikan kuasa Islam dalam mempengaruhi atau menentu-kan proses politik.

INDONESIA Indonesia merupakan negara Pan-

casila yang mempunyai enam agama rasmi termasuk Islam. Walaupun ma-joriti ataupun 87 peratus daripada warga Indonesia menganut agama Islam, ia tetap bukan agama negara tersebut. Namun, undian daripada Muslim penting dalam politik Indone-sia.

Selepas jatuhnya pemerintahan Suharto, Islam semakin digunakan oleh elit politik sebagai wahana atau senjata untuk meraih matlamat poli-tik.

Contohnya, sewaktu Pilihan Raya Presiden 2014, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, yang mendahului pesaing-nya, Encik Prabowo Subianto, dalam tinjauan pendapat hampir tewas dek kempen kotor yang menggambarkan beliau (Encik Jokowi) sebagai “Cina-Kristian”.

Contoh kedua ialah pilihan raya gabenor Jakarta 2017. Encik Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok merupa-kan penyandang jawatan gabenor berketurunan Cina-Kristian.

Beliau bertanding dalam pilihan raya tersebut. Akibatnya, calon pili-han raya yang lain seperti Encik Agus Yudhoyono, anak lelaki mantan Pre-siden Susilo Bambang Yudhoyono yang juga pengerusi parti Demokrat, dan Encik Anies Baswedan, calon daripada Parti Gerindra, sama seperti Encik Prabowo, tidak mempunyai banyak peluang dipilih sebagai ga-benor.

Pesaing Ahok juga menggunakan taktik yang sama untuk menyingkir

beliau daripada pertandingan pilihan raya itu. Mereka menuduh Ahok menghina Islam dalam satu ucapan kempennya.

Front Pembela Islam (FPI), yang dikenali ramai kerana mempunyai pandangan radikal mengenai Islam, menyokong mereka yang anti-Ahok dan anti-Jokowi. Malah, kumpulan tersebut juga telah mengadakan ban-tahan dengan menggesa supaya Ahok ditahan dan digulingkan daripa-da jawatan gabenornya.

Mereka berjaya mengadakan dua bantahan “Islamik” secara besar-be-saran di Jakarta pada 4 November dan 2 Disember 2016. Kejadian terse-but telah memaksa polis menamakan Ahok sebagai suspek kes hina Islam.

MALAYSIA Malaysia merupakan “negara Mus-

lim” dengan Islam agama Persekutu-an Malaysia. Dengan kata lain, Islam mempunyai kedudukan yang istime-wa di negara itu.

Dalam pada itu, bilangan Muslim di Malaysia mencakupi 60 peratus daripada jumlah penduduk. Menurut Perlembagaan, Melayu adalah Mus-lim tetapi Umno bukan parti Islam. Hal ini berbeza bagi Parti Islam SeMa-laysia (PAS). Matlamat akhir PAS adalah menubuhkan sebuah negara Islam.

Umno merupakan parti nasionalis Melayu. Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini berpihak kepa-da nasionalisme Melayu radikal.

Pesaing Datuk Najib, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, telah meninggalkan Umno dan menubuh-kan sebuah parti Melayu yang baru. Malah, mereka juga bekerjasama de-ngan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mempunyai ramai anggo-ta Cina.

Mereka mencuba beberapa kali untuk menyingkir Dauk Najib de-

ngan menggunakan skandal 1Ma-laysia Development Berhad (1MDB). Akan tetapi, Datuk Najib menggunakan Islam sebagai senja-ta apabila berurusan dengan pem-bangkang Melayu.

Terdapat dua isu yang sedang di-gunakan.

Isu pertama ialah Akta Mahka-mah Syariah (Bidang Kuasa Jena-yah) (RUU 355) atau hudud yang diusulkan oleh pemimpin PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, un-tuk digunakan dalam kalangan Muslim.

Datuk Najib menganggap uru-san undang-undang Syariah 355 sebagai milik Umno dan menyokong usulan tersebut secara terbuka supaya dapat meraih soko-ngan daripada PAS. Menurutnya, urusan undang-undang itu hanya akan melibatkan orang Melayu dan tiada kaitan dengan yang bukan Melayu.

Hal ini tidak mengambil kira ba-hawa Malaysia merupakan masya-rakat berbilang etnik dan agama dan kes jenayah boleh melibatkan lebih daripada satu kumpulan et-nik.

Datuk Najib juga menggambar-kan dirinya sebagai ‘Pembela Islam’ agar dapat meraih sokongan daripada penyokong Islam dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Isu kedua ialah masalah pelarian Muslim Rohingya.

Pada 9 Oktober, serangan peng-ganas di bahagian utara Rakhine, Myanmar, meragut nyawa sembi-lan polis Burma. Tentera pemerin-tah negara itu telah melancarkan se-rangan tindak balas sehingga mencederakan dan dislokasi ramai daripada masyarakat Rohingya.

Akibatnya, ramai penduduk Rohingya lari meninggalkan Myan-mar ke Bangladesh dan Asia Teng-gara. Persengketaan antara kumpu-lan etnik Rohingya dengan penga-nut Buddha Rakhine yang bermula pada 2012 menyebabkan pening-katan dalam bilangan pelarian Ro-hingya yang baru di Asia Tenggara terutama sekali di Thailand, Malay-sia dan Indonesia.

Datuk Najib, yang disokong oleh Datuk Hadi, menyertai banta-han besar-besaran pada 4 Disem-ber bagi mendesak pihak berkuasa Myanmar supaya menghentikan penindasan ke atas masyarakat Rohingya.

Hal ini menyeleweng daripada prinsip Asean iaitu ‘dasar tidak cam-pur tangan’. Sewaktu krisis pelari-an Rohingya pada 2015, tiada kes campur tangan sebegitu berlaku kerana tiada pilihan raya yang bakal berlaku di Malaysia.

RUMUSANApabila kita membandingkan

‘peranan’ Islam dalam politik Indo-nesia dan Malaysia, kita akan mendapati bahawa elit politik di kedua-dua negara itu telah meng-gunakan agama sebagai senjata politik.

Di Indonesia, pihak pembang-kang menggunakan Islam untuk melemahkan atau menjatuhkan elit pemerintah.

Di Malaysia pula, agama di-gunakan oleh elit pemerintah un-tuk mengekalkan kuasa politik dan menyokong pilihan raya yang akan datang.

Hakikatnya, dalam permainan kuasa, kedua-dua negara itu kian memajukan agenda “Mengislam-kan Politik” yang boleh memusnah-kan sifat majmuk dalam masya-rakat tersebut.

E Penulis Zamil Pelawat Kanan Institut Yusof Ishak-Iseas.

Elit politik Indonesia dan Malaysiaguna agama sebagai senjata

EDEASY SIMANDJUNTAK

PERKEMBANGAN terkini me-nunjukkan bahawa ideologi dan sikap tidak bertolak ansur kian me-nerima tentangan dan bantahan daripada kumpulan etnik dan aga-ma di kebanyakan kawasan kepu-lauan ini.

Kumpulan yang membantah ideologi tersebut termasuk etnik Dayak di Kalimantan, Sunda di Jawa Barat dan kumpulan Muslim sederhana seperti Gerakan Belia Ansor daripada Nahdlatul Ulama (NU).

Pada 12 Januari di lapangan ter-bang Sintang di Kalimantan Barat, sekumpulan orang berpakaian tra-disional Dayak telah menghalang Naib Setiausaha Besar Majlis Ula-ma Indonesia (MUI), Tengku Zul-karnain, yang baru sahaja tiba dari Jakarta, keluar daripada pesawat. Akibatnya, beliau terpaksa pulang ke ibu kota.

Menurut kumpulan tersebut, Tengku Zulkarnain telah memang-gil Dayak, kumpulan etnik terbe-sar di Kalimantan, dengan panggi-lan “kafir dan tidak layak memasu-ki syurga”. Kata-kata tersebut me-nyinggung perasaan kaum Dayak yang mengamalkan agama Kris-tian, Islam atau Kaharingan iaitu suatu kepercayaan tradisional.

MUI kerap memanggil mereka yang bukan Muslim dengan panggi-lan kafir – satu perkataan yang membawa konotasi negatif.

Sementara itu, petempuran antara kumpulan Front Pembela Islam (FPI) dan kumpulan Sunda yang dipimpin oleh Gerakan Kelas Bawahan Indonesia (GMBI) telah

berlaku di Jawa Barat ketika polis menjalankan pemeriksaan ke atas pemimpin FPI, Habib Rizieq, yang didakwa menghina Pancasila iaitu ideologi negara Indonesia.

Kejadian tersebut juga berlaku kerana Habib Rizieq menghina bu-daya Sunda, kumpulan etnik terbe-sar di Jawa Barat, dengan mem-buat lawak mengenai salam tradi-sional mereka.

FPI, yang kerap mencetuskan masalah, terkenal dengan penga-wasan moral. Mereka sering terli-bat dalam kejadian sektarian seper-ti penutupan paksa gereja di Suma-tera dan Jawa dan kekerasan ter-hadap kumpulan minoriti seperti Syiah dan Ahmadiyah.

Malah, FPI dan Gerakan Na-sional Pengawal Fatwa Majlis Ula-ma Indonesia (GNPF-MUI) meru-pakan kuasa utama yang mendo-rong bantahan besar-besaran an-ti-Ahok.

Pada masa yang sama, pertubu-han lain turut menentang ideologi dan sikap tidak bertolak ansur itu.

Pada 11 Januari di Balikpapan di bahagian timur Kalimantan, per-tubuhan belia yang diselaraskan oleh Ansor daripada NU, pertubu-han Muslim sederhana yang terbe-sar di Indonesia, menggesa peme-rintah setempat supaya menyekat kumpulan FPI dan GNPF-MUI ke-rana mereka mengancam kestabi-lan agama dan perpaduan kawa-san tersebut.

Hakikatnya, semakin ramai yang kini menolak sikap FPI. Ba-ru-baru ini, cabang Ansor dan NU di beberapa kawasan di Jawa, Bali, Sulawesi, Lampung, Maluku Utara, Papua dan Papua Barat

menolak rancangan menjadikan Habib Rizieq sebagai Imam Besar kerana pengajaran tidak bertolak ansurnya tidak mencerminkan Islam Indonesia yang menghor-mati kepelbagaian.

Dalam ucapannya baru-baru ini, pemimpin Parti Demokrasi In-donesia-Perjuangan (PDI–P), Cik Megawati Sukarnoputri, mengge-sa golongan majoriti pasif agar be-kerjasama bagi melindungi Pan-casila dan “Perpaduan dalam Ke-pelbagaian” iaitu cogan kata nega-ra, Bhinneka Tunggal Ika.

Tambahan pula, sememangnya wajar bagi PDI-P, penyokong uta-ma Ahok dalam pilihan raya Jakar-ta, menentang FPI sebagai satu langkah politik.

Meskipun demikian, seruan daripada Cik Megawati ternyata menunjukkan bahawa ramai yang semakin berwaspada dengan pen-dirian kumpulan tidak bertolak ansur itu.

Perkembangan terbaru ini wa-jar mendapat perhatian daripada pemerintah tempatan dan pusat di Jakarta yang tampak tidak lagi berupaya memerangi kumpulan agama tersebut.

Tugas pihak berkuasa adalah membendung sebarang sikap tidak bertolak ansur, dan tugas ini tidak boleh dibiarkan sahaja kepada kumpulan sosial serantau. Peme-rintah pusat perlu tegas dan konsis-ten apabila menangani kumpulan tidak bertolak ansur itu agar pihak berkuasa setempat dapat ikut sama.

E Penulis Zamil Pelawat Kanan Institut Yusof Ishak-Iseas.

BERSIFAT TEGAR: Habib Rizieq merupakan pemimpin kumpulan Front Pembela Islam (FPI) yang kerap mencetuskan masalah dan terkenal dengan pengawasan moral. Kumpulan ini sering terlibat dalam kejadian sektarian seperti penutupan paksa gereja di Sumatera dan Jawa dan kekerasan terhadap kumpulan minoriti seperti Syiah dan Ahmadiyah. – Foto REUTERS

Banyak daerah di Indonesiabantah sikaptidak bertolak

ansur

Untuk melanggan

Berita Harian, orang ramai

boleh melungsuri

laman www.bhsub.sg

atau menghubungi

talian 6319-1800.

12 Berita Harian | Sabtu, 4 Februari 2017

Wacana PANDANGAN