dasar smkkt 2013

26
1 DASAR SMK KEM TERENDAK 1. DASAR PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH 1.1 Sebagai pegawai profesional, guru dikehendaki menunjukkan sikap dan peribadi yang baik iaitu mempunyai ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing, serta kemahiran dalam bidang pedagogi supaya dapat menyampaikan ilmu dengan lebih efektif. 1.2 Seorang pendidik juga perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajarnya, bersikap penyayang dan cinta akan ilmu pengetahuan. 1.3 Kehadiran guru 1.3.1 Guru perlu berada di dalam kawasan sekolah selewatnya pukul 7.30 pagi dan bersedia menjalankan tugas di kelas pada pukul 7.40 pagi. Guru yang bertugas mingguan perlu berada di kawasan sekolah selewat-lewatnya 7.00 pagi. 1.3.2 Guru wajib hadir dalam semua aktiviti / program rasmi sekolah. 1.3.3 Sekiranya guru tidak hadir bertugas semasa program sekolah yang melibatkan cuti peristiwa, guru dikehendaki mengambil cuti rehat khas. 1.4 Meninggalkan Kawasan Sekolah 1.4.1 Guru yang menghadiri kursus, memberi ceramah dan lain-lain tugas rasmi dikehendaki mencatat butiran dalam fail aktiviti guru di pejabat. Guru berkenaan dikehendaki menyediakan bahan untuk relief berfokus dan diserahkan kepada ketua panitia masing-masing. 1.4.2 Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi mestilah mendapat kebenaran Pengetua dan sekiranya urusan melebihi dua jam, guru dikehendaki memohon cuti rehat khas. 1.4.3 Guru-guru yang ada temu janji hospital sila dapatkan time slip daripada hospital. 1.4.4 Guru yang bercuti kecemasan diminta menghubungi pentadbir (bukan kakitangan pejabat) sebelum jam 7.00 pagi bagi memudahkan urusan membuat jadual ganti/relief. 1.5 Pakaian 1.5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan mengikut pekeliling. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian jasmani yang sesuai. 1.6 Kajian Tindakan 1.6.1 Semua unit: Kurikulum, HEM dan Kokurikulum dikehendaki menjalankan kajian tindakan dan didokumentasikan. Setiap bidang dikehendaki menjalankan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan setahun. 1.7 Latihan Dalam Perkhidmatan Berasaskan Sekolah (LDPBS) 1.7.1 Adalah menjadi tanggungjawab dan inisiatif guru untuk mencukupkan jumlah 7 hari kursus (Pekeliling Perkhidmatan Bil 6/2005) yang mewajibkan dalam setahun bagi semua guru dan kakitangan. 1.8 Cuti 1.8.1 Seseorang guru yang tidak dapat hadir ke sekolah mestilah memberitahu Pengetua atau barisan pentadbir yang lain selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi. Sijil sakit doktor hendaklah diserahkan sendiri kepada pengetua untuk membolehkan pengetua peka akan taraf kesihatan guru berkenaan. 1.8.2 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan . Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.

Upload: sara-nordin

Post on 06-Aug-2015

431 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

DASAR-DASAR SMKKT BAGI TAHUN 2013

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR SMKKT 2013

1

DASAR SMK KEM TERENDAK

1. DASAR PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

1.1 Sebagai pegawai profesional, guru dikehendaki menunjukkan sikap dan peribadi yang baik iaitu mempunyai ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing, serta kemahiran dalam bidang pedagogi supaya dapat menyampaikan ilmu dengan lebih efektif.

1.2 Seorang pendidik juga perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajarnya, bersikap penyayang dan cinta akan ilmu pengetahuan.

1.3 Kehadiran guru

1.3.1 Guru perlu berada di dalam kawasan sekolah selewatnya pukul 7.30 pagi dan bersedia menjalankan tugas di kelas pada pukul 7.40 pagi. Guru yang bertugas mingguan perlu berada di kawasan sekolah selewat-lewatnya 7.00 pagi.

1.3.2 Guru wajib hadir dalam semua aktiviti / program rasmi sekolah. 1.3.3 Sekiranya guru tidak hadir bertugas semasa program sekolah yang melibatkan cuti peristiwa,

guru dikehendaki mengambil cuti rehat khas.

1.4 Meninggalkan Kawasan Sekolah 1.4.1 Guru yang menghadiri kursus, memberi ceramah dan lain-lain tugas rasmi dikehendaki mencatat

butiran dalam fail aktiviti guru di pejabat. Guru berkenaan dikehendaki menyediakan bahan untuk relief berfokus dan diserahkan kepada ketua panitia masing-masing.

1.4.2 Guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan peribadi mestilah mendapat kebenaran Pengetua dan sekiranya urusan melebihi dua jam, guru dikehendaki memohon cuti rehat khas.

1.4.3 Guru-guru yang ada temu janji hospital sila dapatkan time slip daripada hospital. 1.4.4 Guru yang bercuti kecemasan diminta menghubungi pentadbir (bukan kakitangan pejabat) sebelum

jam 7.00 pagi bagi memudahkan urusan membuat jadual ganti/relief.

1.5 Pakaian 1.5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan mengikut pekeliling.

Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian jasmani yang sesuai.

1.6 Kajian Tindakan 1.6.1 Semua unit: Kurikulum, HEM dan Kokurikulum dikehendaki menjalankan kajian tindakan dan

didokumentasikan. Setiap bidang dikehendaki menjalankan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan setahun.

1.7 Latihan Dalam Perkhidmatan Berasaskan Sekolah (LDPBS)

1.7.1 Adalah menjadi tanggungjawab dan inisiatif guru untuk mencukupkan jumlah 7 hari kursus (Pekeliling Perkhidmatan Bil 6/2005) yang mewajibkan dalam setahun bagi semua guru dan kakitangan.

1.8 Cuti

1.8.1 Seseorang guru yang tidak dapat hadir ke sekolah mestilah memberitahu Pengetua atau barisan pentadbir yang lain selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi. Sijil sakit doktor hendaklah diserahkan sendiri kepada pengetua untuk membolehkan pengetua peka akan taraf kesihatan guru berkenaan.

1.8.2 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan . Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.

Page 2: DASAR SMKKT 2013

2

1.8.3 Cuti Rehat Khas ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara keagamaan bagi tempoh tujuh hari dalam setahun. Cuti ini berasaskan perkhidmatan yang telah diberikan dan boleh dikumpulkan untuk ganjaran wang tunai selepas pencen. Guru yang memohon cuti rehat perlu mengisi borang dan memberi alasan sebab memohon cuti.

1.9 Dasar Mesyuarat

Bil. Jenis Mesyuarat Kekerapan/Setahun Masa

1. Mesyuarat Guru 3 Januari, Jun,Oktober

2. Mesyuarat Kurikulum/HEM/Kokurikulum

3-5 Jan, Mac.April, Jun. Julai dan Oktober

3. Mesyuarat Panitia 4 Jan, April, Julai dan Oktober

4. Mesyuarat Pengurusan ( G8 ) Setiap minggu Hari Rabu

5. Mesyuarat Kewangan 3 Jan, Mei dan September

6. Mesyuarat Stok 2 Februari dan Oktober

*Semua mesyuarat induk hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua.

1.10 Penggunaan Bilik-bilik Khas 1.10.1 Guru-guru hendaklah merancang sesi Pengajaran dan Pebelajaran di perpustakaan, Makmal ICT,

Pusat Akses Sekolah dan lain - lain bilik khas secara teratur, dan memanfaatkan alatan di bilik-bilik tersebut secara efektif. Pelajar-pelajar yang dibawa mestilah diberi tugasan dan diselia secara bijaksana oleh guru berkenaan.

1.11 Dokumentasi

1.11.1 Setiap aktiviti sekolah mestilah didokumentasikan dan dihantar dua salinan selewat-lewatnya seminggu selepas aktiviti dijalankan dan diserah kepada Pengetua

1.12 Perhimpunan Rasmi Sekolah 1.12.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang

ditetapkan (iaitu duduk bersama dengan pihak pentadbir). Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan dan bertali leher. Guru bertugas mencatat dan membuat laporan dalam buku bertugas yang disediakan.

Page 3: DASAR SMKKT 2013

3

2. DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2.1 Waktu Persekolahan

Isnin, Selasa dan Khamis : 7.30 pagi hingga 2.05 petang (semua kelas Tingkatan 1,2,3 dan 4) Isnin, Selasa dan Khamis : 7.30 pagi hingga 2.45 petang (Tingkatan 4 Sains Tulen ) Isnin, Selasa dan Khamis : 7.30 pagi hingga 2.45 petang ( Ting. 5 ) Rabu : 7.30 pagi hingga 3.30 petang (termasuk Kokurikulum)

2.2 Pogram Membaca Waktu Pagi Isnin : 7.00 pagi hingga 7.30 pagi Selasa : 7.00 pagi hingga 7.35 pagi ( Bacaan Bahasa Inggeris) Rabu : 7.00 pagi hingga 7.30 pagi Khamis : 7.00 pagi hingga 7.35 pagi ( Bacaan Bahasa Melayu ) Jumaat : 7.00 pagi hingga 7.35 pagi ( Bacaan Yassin/Solat Hajat - Pelajar Islam) : 7.00 pagi hingga 7.35 pagi ( Program Peningkatan Sahsiah - Pelajar Bukan Islam)

2.3 Menamatkan Sukatan Pelajaran 2.3.1 Kelas Peperiksaan Tingkatan 3 : Julai 2.3.2 Kelas Bukan Peperiksaan : Akhir September (Tingkatan 4) : Akhir Ogos (Tingkatan 1 dan 2) 2.3.3 Kelas peperiksaan Tingkatan 5 : Ogos

2.4 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

2.4.1 Semua guru dikehendaki mematuhi elemen 9 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). 2.4.2 GKMP dan Ketua Panitia juga dikehendaki membantu guru mata pelajaran dalam membina dan

menggunakan modul topikal dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran serta menyediakan Latihan Cuti Terancang.

2.5 Dasar Latihan Minimum Tahun 2013

2.5.1 BIDANG VOKASIONAL DAN TEKNOLOGI

KEMAHIRAN HIDUP – T1, T2, & T3

Jenis Latihan Bil / Kekerapan

Objektif Struktur / Esei

10 soalan bagi setiap topik 5 soalan bagi setiap topik

MATEMATIK TAMBAHAN – T4 & T5

Jenis Latihan Bil / Kekerapan

Struktur Sekurang-kurangnya 40 soalan bagi setiap topik

PRINSIP PERAKAUNAN – T4 & T5

Jenis Latihan Bil / Kekerapan

Objektif Struktur / Esei

10 soalan bagi setiap topik 5 soalan bagi setiap topik

EKONOMI ASAS – T4 & T5

Jenis Latihan Bil / Kekerapan

Esei Struktur / Objektif

2 soalan bagi setiap subtopik 5 soalan bagi setiap subtopik 30 soalan bagi setiap topik

Page 4: DASAR SMKKT 2013

4

PERDAGANGAN – T4 & T5

Jenis Latihan Bil / Kekerapan

Esei Struktur / Objektif

30 soalan bagi setiap topik 2 soalan bagi setiap topik 5 soalan bagi setiap topik

SAINS SUKAN – T4 & T5

Jenis Latihan Bil / Kekerapan

Objektif Struktur / Esei

10 soalan bagi setiap topik 5 soalan bagi setiap topik

MATEMATIK TAMBAHAN – T4 & T5

Jenis Latihan Bil / Kekerapan

Struktur Sekurang-kurangnya 40 soalan bagi setiap topik

2.5.2 BIDANG KEMANUSIAAN

SEJARAH – PMR – TINGKATAN 1 HINGGA 3

Bil Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Setiap bab

2 Latihan Objektif 40 soalan setiap bab

3 Latihan Grafik Mengikut sub topik setiap bab

5 Modul Guru Ganti Mengikut keperluan

6 Kerja Kursus Mac hingga Oktober (Tingkatan 1 & 2) dan Februari

hingga Julai (Tingkatan 3)

SEJARAH – SPM – TINGKATAN 4 DAN 5

Bil Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Setiap bab

2 Latihan Objektif 20 soalan setiap bab

3 Latihan Struktur 2 soalan setiap bab

5 Modul Guru Ganti Mengikut keperluan

6 Latihan Menjawab Esei 1 esei setiap bab

Page 5: DASAR SMKKT 2013

5

GEOGRAFI – PMR – TINGKATAN 1 HINGGA 3

Bil Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Setiap bab /unit

2 Latihan Objektif (koleksi soalan) Soalan topikal (purata 20 soalan)

3 Modul Grafik Setiap bab

5 Modul Guru Ganti Mengikut keperluan

6 Kerja Kursus Febrari hingga Mac (Tingkatan 1 & 2) dan Februari

hingga Julai (Tingkatan 3)

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN – TINGKATAN 1 HINGGA 5

Bil Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Setiap unit

2 Latihan Objektif 10 soalan setiap Tema

3 Latihan Struktur 2 soalan setiap Tema

4 Laporan Program Khidmat Masyarakat

5 jam setahun

PENDIDIKAN MORAL – PMR – TINGKATAN 1 HINGGA 3

Bil Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Setiap bab

2 Latihan Objektif 30 soalan

3 Menghafal nilai-nilai murni dan mengaitkan dengan isu (sebagai latihan rutin mengikut kekerapan)

Kesemua nilai murni (16 nilai) dan subnilai

4 Modul Cemerlang 1 set (November hingga Januari)

5 Modul Guru Ganti Mengikut keperluan

PENDIDIKAN MORAL – SPM – TINGKATAN 4 DAN 5

Bil Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Setiap bab

2 Latihan Esei 3 soalan esi seminggu

3 Latihan Struktur 10 soalan seminggu

4 Menghafal nilai-nilai murni dan mengaitkan

dengan isu (sebagai latihan rutin mengikut

kekerapan)

Kesemua nilai murni (16 nilai) dan subnilai

5 Modul Cemerlang 1 set (November hingga Januari)

6 Modul Guru Ganti Buku Kendong soalan tahun lepas

Page 6: DASAR SMKKT 2013

6

PENDIDIKAN KESIHATAN DAN JASMANI – TINGKATAN 1 HINGGA 5

Bil

Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Disediakan pelajar setiap habis topik

2 Latihan Menjawab setiap soalan dalam buku teks setiap kali topik berakhir

3 Folio 1 folio – penggal ke 2 persekolahan

4 Ujian SEGAK 2 kali setahun – Februari dan Ogos

PENDIDIKAN ISLAM – PMR – TINGKATAN 1 HINGGA 3

Bil Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Disediakan pelajar setiap kali P & P

2 Soalan Respon Terhad 5 (4 soalan struktur dan 1 soalan jawi / ayat hafazan)

3 Latihan Cuti Terancang 16 soalan respon terhad / struktur

PENDIDIKAN ISLAM – SPM – TINGKATAN 4 DAN 5

Bil Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Disediakan pelajar setiap kali P & P

2 Soalan Respon Terhad 5 (4 soalan struktur dan 1 soalan jawi / ayat hafazan / tajwid)

3 Latihan Cuti Terancang 20 soalan respon terhad / struktur

PENDIDIKAN SENI VISUAL - PASUKAN TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5

BIL Bentuk Kerja Kekerapan

1 Buku Nota Setiap bab

2 Latihan Objektif 10 soalan – topikal

3 Modul Lukisan Setiap bab 1 lukisan menggambar

4 Modul Guru Ganti 1 set buku mengikut keperluan

2.5.3 BIDANG SAINS

SAINS PMR (TINGKATAN 1 – 3)

Bentuk Kerja Kekerapan

1. Laporan PEKA 2 kali setahun

2. Soalan Objektif 10 soalan setiap topik

3. Soalan Struktur 2 soalan setiap topik

4. Nota Disediakan oleh pelajar dengan bimbingan guru

5. Latihan Modul Cemerlang Objektif – 15 soalan Struktur – 2 soalan

Page 7: DASAR SMKKT 2013

7

PASUKAN SPM (TINGKATAN 4 – 5)

Bentuk Kerja Kekerapan

1. Laporan PEKA 2 kali setahun

2. Soalan Objektif 10 soalan setiap topik

3. Soalan Struktur 2 soalan setiap topik

4. Soalan Esei 1 soalan setiap topik

5. Nota Disediakan oleh pelajar dengan bimbingan guru

6. Latihan Modul Cemerlang Objektif – 15 soalan Struktur – 2 soalan

SAINS TULEN: FIZIK, KIMIA, BIOLOGI (TINGKATAN 4 – 5)

Bentuk Kerja Kekerapan

Fizik Kimia Biologi

1. Laporan PEKA 3 kali setahun 3 kali setahun 3 kali setahun

2. Soalan Objektif 30 soalan setiap topik 30 soalan setiap topik 30 soalan setiap topik

3. Soalan Struktur 5 soalan setiap topik 5 soalan setiap topik 5 soalan setiap topik

4. Soalan Esei 5 soalan setiap topik 5 soalan setiap topik 5 soalan setiap topik

5. Nota Selepas P & P Selepas P & P Selepas P & P

6. Modul Cemerlang

Struktur – 5 soalan Objektif - 40 soalan

Esei – 4 soalan

Struktur – 5 soalan Objektif - 40 soalan

Esei – 4 soalan

Struktur – 5 soalan Objektif - 40 soalan

Esei – 4 soalan

MATEMATIK PMR (TINGKATAN 1 – 3)

Bentuk Kerja Kekerapan

1. Soalan Objektif 30 soalan setiap topik

2. Soalan Struktur 20 soalan setiap minggu

3. Latihan Modul Cemerlang

Objektif – 30 soalan Struktur – 20 soalan

MATEMATIK SPM (TINGKATAN 4 – 5)

Bentuk Kerja Kekerapan

1. Soalan Objektif 30 soalan setiap topik

2. Soalan Struktur 20 soalan setiap minggu

3. Latihan Modul Cemerlang Objektif – 30 soalan Struktur – 20 soalan

2.6 Buku Rekod Mengajar

2.6.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Buku Rekod Mengajar masing-masing. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti,kemas dan kengkap. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan Matapelajaran pada hari Jumaat waktu akhir untuk disemak dan ditandatangani.

2.7 Penilaian dan Peperiksaan

2.7.1 PERATURAN DAN PANDUAN PEPERIKSAAN UJIAN BULANAN

1. Ujian Bulanan akan dijalankan setara dalam minggu yang telah ditetapkan oleh Unit Kurikulum. 2. Jadual Ujian Bulanan akan diedarkan seminggu sebelum sesuatu Ujian Bulanan.

Page 8: DASAR SMKKT 2013

8

3. Masa yang diperuntukkan untuk Ujian Bulanan setara bagi setiap subjek adalah1 jam 20 minit sahaja.

4. Gambarajah,grafik yang sukar,petikan dan soalan objektif di’scan’ bagi ujian bulanan. 5. Setiap kertas soalan mesti di semak dan di tandatangan oleh pengubal soalan, ketua panitia,

Guru Kanan Mata Pelajaran(GKMP)dan disahkan oleh Pengetua/GPK1

PEPERIKSAAN

1. Jadual waktu peperiksaan akan diedarkan seminggu sebelum sesuatu peperiksaan . 2. Bagi peperiksaan dalaman tingkatan 3,4 & 5 dan peperiksaan percubaan SPM/PMR kertas

soalan hendaklah diset mengikut kertas soalan SPM /PMRyang sebenarnya . 3. Setiap kertas soalan mesti di tandatangani oleh penggubal soalan, sebelum dihantar untuk

disemak oleh ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ GPK1 dan disahkan oleh Pengetua.

4. Bagi peperiksaan dalaman dan peperiksaan percubaan PMR tingkata 1,2 & 3 kertas soalan hendaklah diset seperti berikut bagi peperiksaan seperti kertas soalan PMR yang sebenarnya. (Rujuk Format peperiksaan PMR)

FORMAT PEPERIKSAAN SPM

MATA PELAJARAN KERTAS 1

KERTAS 2

KERTAS 3

Bahasa Melayu 2 jam 15 minit 2 jam 30 minit Tiada

Bahasa Inggeris 1 jam 45 minit 2 jam 15 minit

Sejarah 1 jam 2 jam 30 minit 3 jam

Pendidikan Islam 2 jam 1 jam 40 minit Tiada Matematik Tambahan 2 jam 2 jam 30 minit

Matematik 1jam 15 minit 2 jam 30 minit

Sains 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit

Kimia 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit

Fizik 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit

Biologi 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit

ICT 2 jam 30 minit Kerja Kursus Tiada

Pengetahuan Sains Sukan 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit Tiada

Tasawwur Islam 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit Tiada

Prinsip Akaun 1jam 15 minit 2 jam 30 minit Kerja Kursus

Perdagangan 1 jam 15 minit 2 jam Tiada

Ekonomi Asas 1 jam 15 minit 2 jam Tiada

Pendidikan Seni Visual 1 jam 15 minit 3 jam Kerja Kursus

Pendidikan Moral 2 jam 30 minit Kerja Kursus Tiada

Asuhan & Pend Awal Kanak-kanak 2 jam 30 minit Kerja Kursus Tiada

Page 9: DASAR SMKKT 2013

9

FORMAT PEPERIKSAAN PMR

Mata pelajaran Kertas 1

Kertas 2

Kerja Kursus

Bahasa Melayu 1 jam 2 jam ULBS

Bahasa Inggeris 1 jam 45 minit 2 jam 15 minit ULBS

Pendidikan Islam 2 jam Tiada Pafa

Matematik 1 jam 15 jam 1 jam 45 minit Tiada

Sains 1 jam 15 minit 1 jam 30 minit Peka

Sejarah 1 jam 15 minit Dilaksanakan

Geografi 1 jam 15 minit Dilaksanakan

Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 1/Pilihan 2/ Pilihan 4

1 jam 30 minit Dilaksanakan

SEBELUM PEPERIKSAAN

Pastikan tempat peperiksaan (dewan/bilik darjah dibersihkan.)

Meja dan kerusi disusun pada jarak yang sesuai(sebaik-baiknya 1.5m antara satu sama lain). Meja hendaklah disusun pada waktu terakhir sehari sebelum peperiksaan dijalankan atau pada waktu terakhir pada hari Jumaat (jika peperiksaan bermula pada hari Isnin) Meja dipusingkan supaya laci tidak menghadap pelajar.Pastikan laci dikosongkan.

Tutup/ tanggalkan semua maklumat yang terdapat di dinding bilik darjah.

Pelajar dikehendaki menyediakan kertas kajang,kertas objektif dan kertas graf sendiri untuk menjawab soalan ujian . Pastikan kertas kajang mempunyai logo sekolah. Kertas kajang, kertas objektif dan kertas graf akan disediakan oleh pihak sekolah semasa peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun serta peperiksaan Percubaan PMR dan SPM sahaja

SEMASA PEPERIKSAAN

Pengawas sesi pertama peperiksaan bagi calon di Kelas dikehendaki mengambil kertas soalan, kertas jawapan dan peralatan peperiksaan 15 minit sebelum sesuatu peperiksaan bermula dari Bilik Penilaian dan Peperiksaan .

Cara pengawasan hendaklah berdasarkan amalan-amalan biasa seperti di dalam peperiksaan awam.

Guru-guru pengawas tidak dibenarkan menanda kertas jawapan atau duduk sepanjang tempoh pengawasan peperiksaan sama ada di bilik darjah atau di dewan peperiksaan

Sila awasi pelajar-pelajar yang mungkin akan melakukan peniruan semasa peperiksaan.Sebarang percubaan untuk menipu dalam peperiksaan perlu diambil tindakan oleh guru pengawas peperiksaan secara serius dan jika perlu, laporkan terus kepada Pengetua, GPK 1 atau GKMP berkenaan.

Guru-guru pengawas peperiksaan hendaklah memastikan semua nota dan buku rujukan pelajar diletakkan di luar bilik/dewan peperiksaan SEBELUM mulanya peperiksaan.Hanya alatulis biasa sahaja dibenarkan dibawa masuk semasa peperiksaan.

Calon dibenarkan mengguna kalkulator saintifik 350 atau 750 (Tidak boleh dipogramkan) seperti spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM dan PMR (Matematik kertas 1) mulai tahun 2003.

Penggunaan kalkulator saintifik dalam peperiksaan SPM/PMR adalah seperti berikut :- Kecekapan penggunaan kalkulator saintifik bukan perkara yang diuji dalam peperiksaan tetapi

merupakan alat membantu pelajar membuat pengiraan dengan pantas. Calon tidak dikenakan ‘penalty’ jika tidak menggunakan kalkulator saintifik atau menggunakan

calculator lain yang kurang fungsinya daripada spesifikasi yang ditetapkan.

Page 10: DASAR SMKKT 2013

10

Ketepatan jawapan tidak bergantung kepada bilangan angka yang diberi oleh kaikulator tetapi bergantung kepada ketepatan pengiraan yang dibuat oleh calon.

Pemberian markah masih berdasarkan kerja calon yang ditunjukkan atas kertas jawapan serta kecekapan calon menyelesaikan soalan yang diberi.

Guru-guru pengawas sesi kedua (akhir) dikehendaki mengutip semula kertas jawapan mengikut kelas dan dikehendaki melengkapkan borang maklumat peperiksaan berkenaan dan menghantar semua kertas jawapan yang telah dikutip mengikut kelas ke Bilik Unit Peperiksaan..

Guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas berkaitan boleh mengambil balik kertas jawapan dari Bilik Unit Peperiksaan selepas tamat peperiksaan kertas berkenaan.

Guru-guru pengawas dikehendaki mematuhi arahan dengan tepat supaya melicinkan perjalanan peperiksaan dan memastikan tempat peperiksaan ( dewan /bilik darjah) telah dibersihkan serta ditutup sebelum menamatkan tugas pengawasan.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Guru-guru yang mengutip kertas jawapan pelajar hendaklah memastikan jumlahnya adalah sama dengan kehadiran pelajar pada hari itu.

Kertas jawapan hendaklah diserahkan terus di bilik peperiksaan dan hendaklah menandatangani buku Log penyerahan jawapan.

Guru mata pelajaran hendaklah mengambil kertas jawapan di bilik peperiksaan dan hendaklah menandatangani buku Log pengambilan kertas jawapan.

Pengisian markah dalam ISIS perlu dipatuhi oleh guru guru-guru tingkatan berdasarkan kepada waktu yang telah ditetapkan oleh UPP.

Guru-guru tingkatan yang mempunyai urusan penting (Kursus/cuti dll) perlu menyiapkan pengisian markah dalam komputer terlebih dahulu. Sekiranya keadaan mendesak, maklumkan kepada SU UPP atau penyelaras mengikut tingkatan.

PERINGATAN ! Pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dikira tidak hadir dan markahnya 0 (sifar) Hanya pelajar-pelajar terlibat dengan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah/ Daerah/ Negeri

yang dibenarkan menangguhkan peperiksaan. Sebarang Percubaan untuk MENIRU dalam peperiksaan atau ujian akan diambil tindakan oleh

guru pengawas yang bertugas dan akan dilaporkan kepada pihak pentadbir (Pengetua/GPK 1) serta dicatat dalam rekod disiplin sekolah.Jika ditangkap meniru pelajar akan terus diberi markah 0 (sifar) oleh guru pengawas peperiksaan.

PERATURAN PENGGUBAL SOALAN BAGI UJIAN BULANAN / PEP.PERTENGAHAN TAHUN TING 3,4 &5 / PEP. PECUBAAN SPM & PMR /PEP.AKHIR TAHUN TING 1,2 DAN TING.4

BIL PERATURAN PENGGUBAL SOALAN

1 Telah mengetahui giliran menggubal soalan bagi peperiksaan dalaman setara bagi tahun 2013

2 Menggubal soalan mengikut format Jadual Spesifikasi Item (JSI), masa serta spesifikasi yang telah dibincangkan dalam mesyuarat panitia.

3 Memastikan kertas soalan mempunyai nama dan tanda tangan penggubal soalan

Page 11: DASAR SMKKT 2013

11

4

Memastikan kertas soalan telah disemak oleh ketua Panitia dan GKMP/GPK1 sebelum disahkan oleh Pengetua. (JSI beserta skema jawapan hendaklah dihantar bersama kertas soalan untuk pengesahan) Tandatangan Penggubal Soalan GKMP/GPK1 Pengetua ______________ __________________ _________________

5 Bertanggungjawab menghantar kertas soalan untuk proses percetakan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh UPP

6 Mengagihkan kertas soalan mengikut kelas dan bilangan yang mencukupi dengan menggunakan borang maklumat ujian pengesanan yang diterima dari UPP

7 Bertanggungjawab menghantar kertas soalan yang telah dicetak ke UPP pada tarikh yang telah ditetapkan oleh UPP

8 Jika terdapat pembetulan yang rumit dan memerlukan penjelasan yang lama oleh pengawas, sila membuat lampiran berasingan kepada setiap pelajar

9 Mengagihkan kertas soalan mengikut kelas dan bilangan yang mencukupi dengan menggunakan borang maklumat peperiksaan dalam sampul surat

10 Mengagihkan kertas graf,kertas objektif,kertas jawapan esei,kertas A4 kosong mengikut kelas dan bilangan yang mencukupi dalam sampul surat

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

DI SMK KEM TERENDAK,MELAKA. MENENGAH ATAS

TING PAKEJ MATA PELAJARAN TERAS

MATA PELAJARAN ELEKTIF/TAMBAHAN

SYARAT MINIMA

5 ST

Sains Tulen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,Sejarah, P.Islam/Moral

Fizik,Kimia,Biologi, M.Tambahan,Pen. Jasmani. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

SAINS – B MAT -B

5 PA Prinsip Akaun Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,Sains, Sejarah, P.Islam/Moral

Ekonomi Asas,Prinsip Akaun/ ICT,M.Tambahan. Pen Jasmani. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

SAINS – C MAT -C

5 SSU Sains Sukan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,Matematik, Sejarah,P.Islam/Mora

Sains Sukan, Perdagangan, Pend. Seni Visual Pen Jasmani. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

5 MPV Asuhan& Pendidikan Awal kanak-kanak

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,Sejarah P.Islam/Moral,Sains

Asuhan & Pendidikan Awal Kanak-kanak (MPV)/ Perdagangan, Tasawwur, Pen Jasmani. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Page 12: DASAR SMKKT 2013

12

TING PAKEJ M/PELAJARAN TERAS

M/PELAJARAN ELEKTIF

SYARAT MINIMA

4ST

Sains Tulen Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,

Matematik,Sejarah,P.Islam/Moral

Fizik,Kimia, Biologi/ Sains Sukan/ICT M.Tambahan, Pen Jasmani. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

SAINS – B MAT - B

4 PA Prinsip Akaun Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,Sains, Sejarah ,P.Islam/Moral

Eko Asas, Prinsip Akaun M.Tambahan. Pen Jasmani. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

SAINS – C MAT - C

4 KEM Kemanusiaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,Sejarah, P.Islam/Moral Sains.

Pen. Seni Visual, Tassawur,Perdagangan Pen Jasmani. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

SAINS – C MAT - C

4 MPV Asuhan& Pendidikan Awal Kanak-kanak

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,Sejarah, P.Islam/Moral,Sains

Asuhan & Pendidikan Awal Kanak-kanak(MPV) . Pen Jasmani. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

DI SMK KEM TERENDAK,MELAKA. MENENGAH RENDAH

SISTEM PENGREDAN MENGIKUT SPM SISTEM PENGREDAN MENGIKUT PMR

TING SATU TING DUA

TING TIGA

MATA PELAJARAN WAJIB

1 RK 1 1 RK2 1 ALPHA 1 BETA 1 DELTA 1GAMMA

2 RK 1 2 RK2 2 ALPHA 2 BETA 2 DELTA 2GAMMA

3 RK 1 3 RK2 3 ALPHA 3 BETA 3 DELTA 3GAMMA

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi dan Kemahiran

Teknikal /Ekonomi Rumah Tangga

Markah Gred Keputusan

90 -100 A+ CEMERLANG 80 - 89 A

70 - 79 A-

65 - 69 B+ KEPUJIAN

60 – 64 B

55 – 59 C+

50 – 54 C

45 – 49 D LULUS 40 – 44 E

0-39 G GAGAL

Markah Gred Keputusan

80 -100

A CEMERLANG

65 – 79

B KEPUJIAN

50 – 64

C BAIK

40 – 49

D LULUS

0 – 39 a

E GAGAL

Page 13: DASAR SMKKT 2013

13

2.8 DASAR PBS SEKOLAH 2.8.1 Pendahuluan

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh dan sepenuhnya bagi murid tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2012 merupakan penambaikan dalam sistem pendidikan negara. SMK Kem Terendak Melaka telah melakukan inisiatif memasyarakatkan PBS dalam kalangan warganya terutama sekali kepada guru-guru diikuti dengan murid-murid dan seterusnya kepada ibu bapa dan masyarakat. Untuk memastikan PBS berjalan dengan lancar dan menepati matlamat pelaksanaannya pada Jawatankuasa Induk PBS telah mengadakan mesyuarat dengan semua guru bagi menetapkan dasar sekolah tentang PBS dan menjadi hala tuju jelas serta punca kuasa dalam pelaksanaan PBS di sekolah ini. Berikut merupakan dasar yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

2.8.2 Dasar Sekolah 2.8.2.1 Penglibatan Guru

Bagi tahun permulaan iaitu tahun 2012, semua guru yang mengajar di kelas tingkatan 1 merupakan pentaksir bagi mata pelajaran yang diajarkan. Begitu juga bagi tahun berikutnya, yang melibatkan kelas tingkatan 2 tahun 2013 dan mulai tahun 2014 semua guru yang mengajar di kelas menengah rendah(tingkatan 1 hingga tingkatan 3) merupakan pentaksir bagi mata pelajaran yang diajarkan.

2.8.2.2 Punca Kuasa pelaksanaan i. Berdasarkan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian pelajaran. ii. Semua mata pelajaran terlibat sepenuhnya dengan PBS. iii. Panduan Pelaksanaan berdasarkan Manual Pelaksanaan PBS yang di keluarkan

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.8.2.3 Peraturan Pelaksanaan PBS i. Semua guru yang mengajar wajib melaksanakan PBS mengikut dasar sekolah yang

selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. ii. Setiap panitia mata pelajaran juga perlu berusaha untuk memastikan pelajar mencapai

sasaran yang telah ditetapkan . iii. Semua guru perlu melaksanakan PBS bagi kelas masing-masing mengikut prosedur,

jadual dan dokumen standard prestasi yang telah diberikan mengikut matapelajaran yang diajar.

iv. Setiap panitia perlu menetapkan dasar atau target pencapaian bagi pelajar selaras dengan dasar sekolah iaitu minimum pencapaian Band 4.

v. Mana-mana pelajar yang tidak berjaya mencapai band yang ditetapkan, hendaklah dimaklumkan kepada ketua panitia/GKMP supaya dapat diambil tindakan dan memaklumkan juga kepada ibubapa/penjaga akan pencapaian anak mereka.

vi. Setiap panitia juga perlu mengadakan mesyuarat panitia sebanyak 4 kali setahun iaitu: a. Mesyuarat pertama (awal tahun) b. Mesyuarat kedua( suku tahun pertama) c. Mesyuarat ketiga ( suku tahun kedua) d. Mesyuarat keempat ( akhir tahun)

v. Tiada sebarang ujian pengesanan atau peperiksaan dalam pelaksanaan PBS. w. Laporan prestasi pelajar akan dimaklumkan kepada ibubapa sebanyak 2 kali setahun

(Petengahhan tahun dan akhir tahun)adalah berdasarkan pelaporan rasmi dalam SPPBS

2.8.3 Jadual Pelaksanaan PBS i. Pelaksanaan PBS peringkat sekolah adalah sepanjang tahun berdasarkan ketetapan KPM. ii. Penilaian PBS peringkat sekolah bagi psikometrik dan PAJSK(BMI dan SEGAK) adalah

sebanyak 2 kali setahun.Manakala tempoh pelaksanaan pentaksiran pusat adalah ditetapkan

Page 14: DASAR SMKKT 2013

14

oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. iii. Aktiviti penjaminan kualiti juga dilaksanakan sepanjang tahun. iv. Setiap panitia perlu menetapkan jadual perlaksanaan(Carta Gantt) pelaksanaan PBS bagi

panitia masing-masing.

2.8.4 Sistem Fail PBS - Berdasarkan kata putus dalam mesyuarat fail PBS sekolah ditetapkan seperti berikut: 2.8.4.1 Fail Induk PBS - Fail Induk PBS adalah dibawah tanggungjawab Pentadbir seperti yang

dilampirkan dalam senarai semak. 2.8.4.2 Fail Perkembangan Murid (FPM)

- FPM merupakan fail sulit murid yang di simpan di Bilik Operasi PBS SMKKT.

- Setiap murid akan memiliki sebuah FPM yang akan diisi dengan evidens bagi setiap mata pelajaran yang ditaksir dalam PBS.

- Salinan transkrip pelaporan PBS dan bahan –bahan lain seperti keputusan Ujian Psikometrik juga disimpan fail FPM.

- Setiap guru mata pelajaran yang ingin memasukkan bahan evidens ke dalam FPM hendaklah mematuhi jadual operasi Bilik Operasi PBS dan mengisi buku log kemasukkan bahan evidens yang disediakan di bilik fail.

- FPM akan diserahkan kepada murid yang berpindah sekolah dan diuruskan oleh guru kelas masing-masing.

- Setiap guru mata pelajaran handaklah sentiasa mengemas kini rekod penyimpan evidens murid masing-masing. Pada akhir persekolahan setiap tahun hanya evidens terkini bagi setiap mata pelajaran yang akan disimpan di dalam FPM.

2.8.4.3 Fail Showcase

- Setiap mata pelajaran akan dibekalkan dengan satu fail showcase yang dimpan di Bilik Fail yang terdiri daripada 6 komponen bagi mengisi evidens terbaik dari band 1 hingga band 6 bagi satu tingkatan.

- Hanya evidens terbaik sahaja yang disimpan di dalam fail show case.

- Guru atau panitia dibenarkan untuk mewujudkan fail show case sendiri sekirinya perlu untuk mudah ditunjukkan kepada murid-murid.

- Semua fail showcase hendaklah disimpan di dalam bilik PBS sekolah

2.8.5 Evidens 2.8.5.1 Bahan evidens murid boleh terdiri daripada pelbagai sumber menepati kehendak Dokumen

Standard Prestasi. 2.8.5.2 Instrumen bagi bahan evidens boleh terdiri daripada buku tulis, bahan bercetak dan bahan lain

yang bersesuaian. 2.8.5.3 Bahan evidens yang telah direkodkan oleh guru mata pelajaran dan setelah direkod

dikembalikan kepada murid.

2.8.6 Instrumen Pentaksiran 2.8.6.1 Instrumen harus menepati kehendak deskriptor dalam DSP. 2.8.6.2 Guru-guru perlu memurnikan semula instrumen yang diperoleh semasa kursus agar sesuai dan

terjamin kualiliti dan kebolehpercayaannya. 2.8.6.3 Ahli-ahli panitia juga boleh bekerjasama dalam membina instrumen yang lebih baik. 2.8.6.4 Murid yang gagal ditaksir menggunakan instrumen yang digunakan perlu ditaksir semula 2.8.6.5 Instrumen yang gagal tidak perlu diulang semula perkara yang sama. Guru perlu membina item

yang baru untuk pelajar tersebut. - Instrumen pentaksiran pelajar boleh melibatkan buku nota, buku latihan selain kertas edaran sebagai bukti. Guru perlu mencatat bukti pentaksiran tersebut di dalam borang transit guru.

Page 15: DASAR SMKKT 2013

15

- Penyediaan instrumen hendaklah memenuhi kehendak deskriptor dokumen standard prestasi yang diberikan. Selain itu, guru juga boleh menggunakan apa yang berlaku di dalam kelas sebagai eviden pentaksiran. - Dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan bagi kelas RK1,RK2, Alpha, 4 Sains Tulen dan 5 Sains Tulen . Kelas-kelas lain menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

2.8.7 Penyelarasan dan Pementoran

2.8.7.1 Penyelarasan dan pementoran Untuk memastikan perlaksanaan PBS berjalan ,ketua panitia bertindak sebagai penyelaras bagi panitia masing-masing dan pihak sekolah telah mengagihkan tugas kepada semua GKMP bagi tujuan tersebut. Rujuk lampiran.

2.8.7.2 Pelaporan prestasi dalam SPPBS Kemasukan markah ke dalam sistem adalah menjadi tanggungjawab guru mata pelajaran . Manakala untuk SEGAK, Psikometrik dan PAJSK menjadi tanggungjawab guru kelas. Guru kelas boleh memperolehi markah berikut daripada guru berkenaan : a) SEGAK - Guru mata pelajaran b) Psikometrik - Kaunselor c) PAJSK - Guru berkenaan

*Ibubapa akan mendapat laporan rasmi pencapaian 1 & 2 yang akan dicetak dua kali setahun .

2.8.8 Pengurusan PBS bagi murid berkeperluan khas atau kes khas

- Pihak sekolah menetapkan bahawa bagi kes ponteng sekolah yang berterusan tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh yang lama, maka pelajar tersebut akan dirujuk kepada kaunselor sekolah dan dimaklumkan kepada ibubapa.

- Kes pelajar tidak hadir kerana sebab kesihatan yang mempunyai pengesahan daripada doktor perubatan, guru boleh melaksanakan PBS mengikut kehadiran dan kemampuannya.

- Pelajar OKU (rujuk lampiran)

- Murid bertukar sekolah Guru hanya menyerahkan laporan PBS pelajar tersebut apabila jelas bahawa ia telah menerima

surat kelulusan perpindahan. Contohnya Pelajar 1RKM yang akan berpindah pada 25/5/2012

- Pelajar bermasalah ( rujuk lampiran)

- Pelajar yang menjadi atlit mewakili kejohanan (Rujuk lampiran )

- Guru hendaklah memastikan semua pelajar menguasai sekurang-kurangnya band 3

2.8.9 Lantikan Pentaksir Sekolah Semua guru yang terlibat dalam melaksanakan PBStelah dilantik oleh pihak sekolah dan menerima

surat perlantikan. Semua guru perlu melaksanakan pentaksiran mengikut prosedur dan standard yang ditetapkan KPM.

CIRI-CIRI STANDARD PRESTASI

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan murid dalam pembelajaran

Tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat pada suatu ketika tertentu semasa proses pembelajaran dan di akhir unit pembelajaran (Imej holistik)

Setiap band menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pertumbuhan ini diterangkan dengan descriptor dan eviden.

Standard yang boleh ditaksir dan dicapai

Pertumbuhan secara menegak dan mengufuk

Hasrat FPK dan Hasil Pembelajaran

Page 16: DASAR SMKKT 2013

16

PERNYATAAN TAFSIRAN

Band Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid.

Standard Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan murid.

Pernyataan Standard Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari Tingkatan 1 – 3, (atau Tahun 1 – 6), yang digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.

Deskriptor Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterapkan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan.

Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

Evidens (murid) Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.

Evidens (bahan) Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

Page 17: DASAR SMKKT 2013

17

Band, Standard, Deskriptor, Evidens

Band Standard Deskriptor Evidens

1

2

3

4

5

6

Pernyataan bersifat generik tentang aras perkembangan dalam pembelajaran

(OM & OP)

Pernyataan tentang apa yang murid tahu dan boleh buat

Pernyataan tentang bagaimana murid menunjukkan “tahu” dan “boleh buat”

STANDARD PRESTASI (Performance Standard)

Band

6 ↑ Satu label yang digunakan untuk 5 ↑ menunjukkan tanda aras tertentu Disusun secara hierarki 4 ↑ Digunakan untuk tujuan pelaporan Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, 3 ↑ Band 5, Band 6 2 ↑ 1 ↑

Page 18: DASAR SMKKT 2013

18

STANDARD PRESTASI (Performance Standard)

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5 Tahu , Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji

4 Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3 Tahu , Faham dan Boleh Buat Asas

2 Tahu, dan Faham Asas

1 Tahu, Asas

Page 19: DASAR SMKKT 2013

19

Band

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal

Band

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif

Band

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

Page 20: DASAR SMKKT 2013

20

Band

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi

Band

2 Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

Band

1 Tahu

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas

• KESIMPULAN

Penggunaan standard kurikulum dan standard prestasi yang seiring dan

secara berterusan dalam proses

pengajaran-pembelajaran-pentaksiran

membolehkan penambahbaikan dalam pembelajaran murid

Page 21: DASAR SMKKT 2013

21

3. DASAR HAL EHWAL MURID (HEM)

Tugas-Tugas Guru Kelas, Guru dan Penyelia Tingkatan 3.1 Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru

i. Daftar pelajar baru dan serahkan borang pendaftaran pelajar baru kepada Jawatankuasa Pendaftaran untuk di daftarkan. Dapatkan nombor pendaftaran daripada JK Pendaftaran dan isi maklumat pelajar ke dalam buku pendaftaran seperti ditentukan oleh JK Pendaftaran. Tarikh pendaftaran mestilah mengikut tarikh hari pertama pelajar hadir ke sekolah.

ii. Menyemak dokumen/maklumat peribadi pelajar. Jika tiada fail peibadi dibawa bersama / tidak diterima dari sekolah asal dalam masa 2 minggu sila buat surat susulan memohon maklumat /fail peribadi murid daripada sekolah asal. Dapatkan borang permohonan daripada pejabat dan berurusan dengan Pembantu Tadbir yang bertanggungjawab.

3.2 Pertukaran Pelajar ke sekolah lain / luar negeri

i. Ibu bapa/waris bagi pelajar yang hendak bertukar perlu berjumpa pengetua/GPK HEM terlebih dahulu seterusnya mendapatkan borang pertukaran daripada pejabat . Borang yang dilengkapkan perlu dihantar ke pejabat untuk dipanjangkan ke PPD/JPN.

ii. Murid tidak boleh bertukar sekolah selagi tiada jawapan dari PPD/JPN. PK HEM akan memaklumkan tentang kelulusan rasmi dari pihak PPD/JPN

iii. Pertukaran pelajar dan pemotongan nama daripada Jadual Kedatangan hanya dibuat setelah mendapat kelulusan pihak sekolah dan memastikan hanya ruangan catatan kedatangan saja dipotong. Jangan potong nama murid berkenaan seperti berikut:

iv.

Cara Betul

Mac 1 2 3 4 5 6 7

Aisyah bt Syukri Berhenti mulai 6 . 3.2012

Carmen Lim Bertukar ke SMK Tun Tuah mulai 3.3.2012

iv. Memastikan buku-buku SPBT dipulangkan ( jika pelajar ingin membawa bersama buku-buku

tersebut minta pelajar mengisi borang yang disediakan oleh JK SPBT). v. Pastikan semua bayaran sekolah dijelaskan. vi. Serahkan ke pejabat perkara-perkara berikut untuk tindakan:

a. Fail Peribadi b. Kad 001 c. Kad Kesihatan d. Markah ujian lisan e. Markah kerja kursus f. Peka Sains g. Markah kokurikulum h. dan lain-lain yang berkenaan

3.3 Kehadiran i. Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah menghubungi ibu

bapa/penjaga melalui Pengetua berdasarkan jadual berikut: ii.

Surat

Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut

Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke – 3 Pada hari ke – 10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama ( Hari Ke - 11)

10 hari lagi selepas Amaran Pertama (Hari Ke - 20)

Page 22: DASAR SMKKT 2013

22

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua (Hari Ke - 18)

20 hari lagi selepas Amaran Kedua (Hari Ke - 40)

* Surat Tunjuk Sebab (Surat Berdaftar)

Setelah Cukup 31 Hari Setelah Cukup 60 Hari

Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari * Buang Sekolah

60 hari * Buang Sekolah

iii. Surat-surat berkenaan boleh didapatkan dari pejabat dan diiisi dalam 3 salinan – untuk waris

murid, fail sekolah dan fail register. iv. Meminta pelajar membawa surat daripada doktor sekiranya tidak hadir ke sekolah. Surat

daripada ibu bapa / penjaga untuk kes-kes kecemasan sahaja. Semua surat menyurat tidak hadir termasuk surat doktor mesti disimpan dalam fail bersama buku JKM.

v. Guru Tingkatan diminta menelefon ibu bapa/ waris sekiranya masih tidak dapat respons selepas surat-surat dihantar. Rekod komunikasi dengan ibu bapa didalam borang yang dibekalkan.

3.4 Tugas dan Tanggungjawab Guru Tingkatan dan Penyelaras Tingkatan dalam Pengurusan Buku

Jadual Kedatangan Murid i. Buku Jadual Kedatangan Murid adalah dokumen rasmi. Semua butir –butir murid perlu

dilengkapkan dengan kemas, jelas dan tepat. Penggunaan cecair pemadam adalah dilarang. Sebarang pembetulan hendaklah dipotong dengan satu garis yang kemas serta ditandatangani.

ii. Guru akan menerima senarai nama murid dari Pengetua/Penolong Kanan bagi sesebuah kelas. iii. Guru tingkatan perlu menyiapkan senarai kedatangan sementara seperti JKM sebenar selewat-

lewatnya pada minggu akhir Januari. iv. Senarai nama mestilah ditulis mengikut abjad dan pastikan semua butiran berikut dilengkapkan

o Nama murid o Jantina o Bilangan Sekolah o Tarikh Masuk o Bangsa o Agama o Nombor Kad Pengenalan o Tarikh lahir o Nombor Surat Beranak o Umur pada 1 Jan. tahun berkenaan o Nama ibu bapa/penjaga o Pertalian murid dengan ibu bapa/penjaga o Alamat ibu bapa/penjaga o No. telefon ibu bapa/penjaga o Pekerjaan ibu bapa/penjaga

vi. Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar Kemasukan Sekolah bagi murid baru berpindah masuk ( Pastikan pendaftaran murid telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada minggu pertama Februari). Bagi murid tingkatan 2 – 5 nombor bilangan sekolah boleh dirujuk dalam Jadual Kedatangan Murid tahun sebelumnya.

vi Semak semua butiran untuk memastikan tiada kesilapan sebelum menyalin senarai nama dan maklumat diri pelajar ke dalam JKM sebenar dan SMM.

vii. Guru perlu menandakan kedatangan harian murid sendiri dan meletakkan semula JKM ke rak di pejabat selewat-lewatnya pada pukul 9.00 pagi.

viii. Memenuhkan senarai nama mengikut abjad dalam ruang Ringkasan Yuran-yuran dan mendapatkan nombor resit yuran daripada Kerani Kewangan di pejabat.

viiii. Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan dipindahkan ke bulan hadapan. x. Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya. xi. Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula senarai nama mengikut abjad, (susunan

murid lelaki didahulukan, diikuti murid perempuan). xii. Guru tingkatan menandakan kedatangan dengan cara:

o tandakan / untuk murid yang hadir o tandakan O untuk murid yang tidak hadir o tandakan L untuk murid yang lewat

Page 23: DASAR SMKKT 2013

23

o tandakan P untuk murid yang ponteng

o Tandakan untuk murid yang hadir dengan kenyataan. xiii. Jumlahkan kedatangan harian:

o jumlah murid yang tidak hadir o jumlah murid yang hadir o jumlah murid sepatutnya dalam kelas

xiv. Pada akhir bulan: o jumlahkan murid tidak hadir dalam bulan berkenaan o jumlahkan murid tidak hadir sehingga bulan berkenaan o jumlahkan bilangan hari murid hadir sehingga bulan berkenaan o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir dalam bulan berkenaan o jumlahkan bilangan hari sepatutnya hadir sehingga akhir bulan berkenaan o menulis jumlah kedatangan sebenar nya dalam ruang Ringkasan o menulis jumlah kedatangan sepatutnya dalam ruang Ringkasan o menulis peratus kedatangan o menulis hitung panjang kedatangan o menulis bilangan murid yang masuk o menulis bilangan murid yang keluar o menulis bilangan murid pada akhir bulan o menulis hitung panjang ramai murid o tandatangan guru tingkatan

xv. Semakan JKM akan dibuat oleh penyelaras tingkatan pada akhir setiap bulan. Borang semakan diserahkan kepada GPK HEM.

xvi. Penyelaras Tingkatan akan mengambilalih tugas guru tingkatan apabila guru tingkatan tiada di sekoah. Guru tingkatan perlu memaklumkan kepada penyelaras tingkatan sekiranya mempunyai maklumat awal ketiadaannya di sekolah pada sesuatu hari atas hal-hal rasmi. Dalam keadaan di mana kedua-dua guru tingkatan atau penyelaras tingkatan tiada di sekolah, Kaunselor akan mengambilalih tugas ini.

xvii. Pada akhir sesi persekolahan tahun berkenaan pastikan o semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember telah dilengkapkan o semua nombor resit yuran dan pembayaran lengkap o semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun lengkap dan ditandatangani

Menyerahkan buku JKM ke pejabat pada Hari Akhir Persekolahan

3.5 Keperluan Fizikal Kelas dan Keselamatan dalam kelas i. Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot yang lengkap dan melaporkan mengenai

kerosakan dengan segera kepada pihak sekolah/ JK Bangunan, Perabot dan Penyelenggaran supaya tindakan dapat diambil.

ii. Mempastikan kelas sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, cantik serta selamat. iii. Melengkapkan borang dan memastikan perkara-perkara di dalam daftar inventori dipatuhi. iv. Memastikan peralatan dan perabot dalam kelas mencukupi jika tidak perlu dimaklumkan kepada

Jawatan kuasa aset. v. Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang keselamatan di dalam kelas. vi. Menerima aduan pelajar , merekod dan mengambil tindakan. vii. Melaporkan kemalangan yang berlaku.

3.6 Disiplin

i. Guru Tingkatan dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan guru disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu melaporkan kepada guru disiplin tentang sebarang kes pelanggaran disiplin dan tindakan yang dilakukan. (Rujuk kes disiplin dan jenis kesalahahan / hukuman) ii. Guru tingkatan / guru mata pelajaran perlu melapor segera tentang sebarang kemalangan

yang berlaku dalam kelas kepada Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. iii. Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang timbul semasa waktu

P & P dan membuat catatan dalam Rekod Kawalan Kelas. Jika tidak dapat diselesaikan bawa kes tersebut kepada guru tingkatan dan juga guru disiplin.

Page 24: DASAR SMKKT 2013

24

iv. Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, sila minta kebenaran guru tersebut dan catatkan nama-nama murid yang keluar serta waktunya dalam rekod kawalan kelas.

v. Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu menyerahkan surat daripada kaunselor . Masa pelajar keluar dan masuk dicatatkan dalam rekod kawalan kelas.

vi. Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa kes-kes pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar seperti rambut, kuku, tag nama, warna rambut atau pemakaian aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon bimbit.

3.7 Kebenaran Keluar / Masuk Kelas

3.7.1 Kebenaran keluar masuk boleh diberi oleh guru yang mengajar pada masa itu sahaja menggunakan tag nama.

3.7.2 Semua guru diharap dapat memberi kerjasama supaya hanya pelajar yang perlu sahaja dibenarkan keluar. Ini bertujuan supaya pelajar tidak menyalahgunakan masa yang merugikan mereka.

3.7.3 Pengawas atau Ketua Kelas tidak boleh membenarkan pelajar lain keluar kelas. Jika berlaku juga mereka hendaklah melaporkan segera kepada guru mata pelajaran berkenaan.

3.8 Kebersihan Dan Kekemasan Bilik Darjah 3.8.1 Memastikan kelas mempunyai organisasi kelas dan telah mempunyai jadual bertugas harian. 3.8.2 Guru perlu mengingatkan pelajar tentang kebersihan kelas iaitu sebelum P & P . 3.8.3 Semua sampah di dalam bilik darjah mesti dibuang ke dalam tong sampah (besar) atau di tempat

buang sampah. 3.8.4 Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur dan kemas sepanjang masa. 3.8.5 ‘White Board’ hendaklah dibersihkan. 3.8.6 Guru waktu akhir perlu memastikan pelajar membuang sampah , menyusun kerusi meja, serta

menutup suis dan pintu bilik darjah. 3.8.7 Semua bilik darjah hendaklah dihias dengan sempurna dan papan kenyataan dalam kelas

hendaklah dipenuhi dengan artikel-artikel yang berunsurkan ilmu pengetahuan. Hiasan kelas boleh mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru

3.8.8 Mempastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah dan wajib dilengkapi dengan : a. Jadual waktu kelas b. Carta organisasi kelas c. Jadual bertugas murid d. Pelan kawad kebakaran e. Visi dan misi sekolah f. Rukun Negara g. Inventori bilik darjah h. Senarai nama pelajar i. Peraturan kelas dan lain-lain bahan ilmiah mengikut subjek.

3.8.8 Memastikan kelas mempunyai peralatan berikut : a. penyapu b. bakul sampah c. pemadam d. penyodok e. marker pen f. kain pengelap tingkap g. rekod kawalan kelas

3.9 Rekod Kawalan Kelas i. Guru mata pelajaran dikehendaki mengisi rekod kawalan kelas setiap waktu P&P. ii. Ketua tingkatan dikehendaki menghantar rekod kawalan kelas kepada guru disiplin pada waktu

akhir P&P

3.10 Kad 001 Murid i. Guru tingkatan harus memastikan semua pelajar mempunyai fail peribadi,kad 001, kad

kesihatan dan kad pergigian.

Page 25: DASAR SMKKT 2013

25

ii. Semua butir 1 -7 dalam kad 001 mesti dikemaskini dengan butir terkini beserta foto pelajar. iii. Butiran peperiksaan perlu dilengkapkan seminggu selepas keputusan peperiksaan Pertengahan

tahun dan akhir tahun. iv. Kad yang telah dikemaskini perlu diserahkan kepada kaunselor sebelum minggu akhir tamat

sesi persekolahan .

3.11 Sijil Berhenti dan Surat Akuan i. Semua guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan sijil dan surat akuan tersebut untuk murid

di dalam kelas Tingkatan 5 dan pelajar-pelajar berpindah yang memerlukannya. ii. Guru tingkatan perlu memastikan pelajar melengkapkan borang asal dan memastikan butiran

tepat sebelum menaip masuk butiran dalam komputer mengikut format yang disediakan (rujuk folder masing-masing)

iii. Sijil sebenar boleh diambil daripada GPK HEM dan pastikan butiran yang ditaip disemak dan tiada kesilapan sebelum dicetak.

iv. Sijil dan surat akuan yang telah dicetak difailkan dan dihantar ke pejabat untuk ditandatangani oleh Pengetua.

v. Tarikh sijil mestilah berdasarkan tarikh hari akhir persekolahan pada sesuatu sesi persekolahan

4. DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

KEGIATAN KOKURIKULUM

1. Aktiviti kokurikulum diadakan pada hari Rabu mulai jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. 2. Hari Rabu adalah hari memakai pakaian seragam bagi semua guru dan pelajar. 3. Pemakaian t-shirt kokurikulum bagi pelajar tidak dibenarkan. Pelajar mestilah memakai pakaian lengkap unit

beruniform. 4. Pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai tudung sekolah berwarna putih. 5. Semua pelajar wajib memakai t-shirt / uniform unit masing-masing dan berseluar trek bagi aktiviti di sebelah petang.

DASAR KOKURIKULUM SMK KEM TERENDAK TAHUN 2013

BIL PERKARA HURAIAN

1. Dasar Semua pelajar yang berdaftar di SMK Kem Terendak wajib terlibat dalam satu permainan, satu unit badan beruniform dan satu kelab atau persatuan. Semua kelab/persatuan dan unit badan beruniform perlu berdaftar dengan sekolah dan dengan badan gabungan jika perlu seperti Pengakap, PBSM, dan sebagainya) Semua aktiviti yang dirancang perlu mendapat kebenaran dan pengesahan daripada Pengetua. Penyertaan pelajar/ pasukan dalam aktiviti/pertandingan di luar perlu mendapat keizinan Pengetua. Kebenaran penyertaan pelajar / pasukan SMKKT hanya akan diberi jika surat makluman aktiviti itu melalui JPN.

2. Kewangan 2.1 2.2

Segala pembelian/pesanan perlu mengikut prosedur Arahan Kewangan yang telah ditetapkan oleh KPM. Permohonan yang dikemukakan oleh guru pembimbing/penasihat perlu disokong oleh GPK Koku dan diluluskan oleh Pengetua. Setiap peserta/pemain pasukan SMKKT layak diberi elaun makan RM3 seorang untuk satu sesi (setengah

.

Page 26: DASAR SMKKT 2013

26

2.3

hari) dan RM6 seorang untuk program yang melibatkan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang, dengan kelulusan Pengetua. Wang saku untuk pelajar SMKKT yang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan ialah:

1. Sumbangan PIBG – mengikut peruntukan jika ada

2. Sumbangan sekolah - RM50. Kutipan yuran daripada ahli kelab sukan dan permainan, kelab & persatuan atau unit badan beruniform perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Pengetua

3. Pengurusan disiplin.

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Semua pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum tertakluk pada peraturan sekolah. Pelajar yang mewakili sekolah dalam semua aktiviti kokurikulum perlu mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan di dalam Buku Peraturan Sekolah. Pelajar perlu mematuhi arahan agar tidak membawa alatan/bahan yang dilarang sewaktu menyertai aktiviti kokurikulum di luar sekolah. Setiap peserta/ pemain pasukan SMKKT perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang aktiviti kokurikulum di luar sekolah. Semua pelajar perlu mendapatkan perlindungan insuran untuk membolehkan mereka menyertai aktiviti kokurikulum. Guru penasihat/ pengiring perlu memaparkan nama pelajar yang terlibat dalam pertandingan/aktiviti diluar di papan kenyataan Bilik Guru dan menulis dalam Buku Gerak Kerja Kokurikulum untuk makluman dan tindakan pihak berkenaan. Pelajar yang mempunyai rekod kes salahlaku berat,tidak boleh mewakili SMKKT dalam aktiviti mana-mana sukan atau aktiviti kokurikulum di luar.

Semua Guru penasihat / pembimbing / pengiring, S/U Sukan, guru sukan dan permainan, guru disiplin, guru tingkatan, penyelaras tingkatan, guru bertugas mingguan, GPK Koku, GPK HEM, GPK 1 dan pelajar SMKKT

4. Penghargaan 4.1 4.2

Setiap pelajar yang mewakili sekolah dalam kegiatan kokurikulum akan diberi sijil penyertaan dan sijil penghargaan sekolah. Pelajar yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum akan diberi pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kokurikulum.

Guru penasihat/ pembimbing/ pengiring/ jurulatih/ pengurus pasukan dan pelajar SMKKT Panel Anugerah Kokurikulum dan pelajar SMKKT

5. Hal-hal lain. 5.1 5.2

Penerapan nilai “Ownership & Pride of SMK Kem Terendak” melalui Lagu Sekolah, Logo Sekolah, Slogan Sekolah dan Ikrar Sekolah dalam setiap aktiviti/penyertaan / pertandingan sukan, unit badan beruniform dan aktiviti koakademik dan aktiviti bukan akademik yang disertai oleh pelajar SMKKT Laporan aktiviti dan pencapaian perlu direkodkan dalam buku laporan / didokumentasikan mengikut format yang telah ditetapkan dalam tempoh 3 hari selepas pertandingan/ aktiviti dijalankan.

Semua pelajar SMKKT, guru pengiring /penasihat /pembimbing /jurulatih / pengurus pasukan.