dasar satu murid satu sukan kpm

Upload: kenbch

Post on 03-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    1/11

    Dasar Satu Murid Satu Sukan KPMDasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai

    sekurang-kurangnyasatu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong

    pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaanyang memberi tumpuan ke arahmelahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani.Dasar

    ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada SukanUntuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang

    utama kepada muridyang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalamaktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan

    digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah(SPTS)

    Sukan Sepanjang Hayat :

    Merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlakusecara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan

    penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan diperingkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Matlamatnya ialah untuk

    mengekalkan kecergasan, mengelakkan risiko penyakit sedentari danmedium mengisi masa lapang.

    Antara aktiviti ciri-ciri utama sukan sepanjang hayat ialah ia dilaksanakan

    pada masa senggang, intensiti aktivitinya agak ringan kurang berfokuskanpertandingan dan dilaksanakan secara individu mahu pun berkumpulan.Terdapat empat kategori dalam Sukan Sepanjang Hayat iaitu sukan

    kecergasan, sukan rekreasi, sukan dalaman, dan sukan riadah.

    Sukan Berprestasi Tinggi :

    Merujuk kepada pertandingan dan dilingkungi dengan syarat dan undang-

    undang permainan yang amat spesifik. Ia memberikan penekanan yangserius terhadap aspek latihan yang sistematik, aplikasi sains sukan,

    penggunaan teknologi terkini dan khidmat sokongan atlit yang jitu. Sukan inijuga amat mengutamakan rekod pencapaian. Ini adalah bagi mewujudkan

    asas untuk penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi.

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    2/11

    Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

    kurangnyasatu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaanyang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang

    seimbang dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani.Dasar ini selaras dengan DasarSukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan

    Untuk Kecemerlangan.

    Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk

    pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan

    sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.

    Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai

    sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

    Sukan massa merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yang

    berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Ia

    merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang luas bukan

    semata-mata untuk pertandingan. Dasar sukan massa bertujuan untuk membentuk

    masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi.

    Pelbagai program yang melibatkan slogan Malaysia Cergas telah diusahakan oleh

    organisasi tertentu bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat

    terhadap faedah bersukan dan rekreasi.

    Sukan prestasi tinggi merujuk kepada sukan pertandingan peringkat kebangsaan dan

    antarabangsa. Dasar sukan prestasi tinggi menekankan pencapaian kecemerlangan

    atlet pada tahap tinggi. Majlis Sukan Negara telah dipertanggungjawab menyelaraskan

    pembangunan sukan prestasi tinggi.

    Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita

    berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan

    mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya,

    badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam

    kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah

    kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa

    mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan

    bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan

    hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu, bersukan juga

    merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    3/11

    atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi

    latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

    Salam,

    Ya, memang benar sekali, sukan boleh terbahagi kepada dua seperti yang dikatakanoleh saudari iaitu sukan berprestasi tinggi dan sukan sepanjang hayat. Memang tidak

    dinafikan bahawa sukan berprestasi merujuk kepada sukan pertandingan peringkat

    kebangsaan dan antarabangsa. Dasar sukan prestasi tinggi menekankan pencapaian

    kecemerlangan atlet pada tahap tinggi. Ini kerana negara kita sangat menekankan

    kepada sukan berprestasi ini supaya dapat memperluaskan lagi dan

    memperkembangkan cabang ini ke peringkat dunia. Manakala, sukan sepanjang hajat

    pula merujuk kepada aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka

    kepada semua peringkat masyarakat.

    Sukan sememangnya mempunyai banyak faedah kepada masyarakat. Salah satuadalah sukan dapat menguatkan badan kita sama ada secara fizikal dan mental.

    Sebagai contoh, sukan bola keranjang, kita dapat menguatkan otot kita dan secara

    langsung juga dapat menguatkan minda kita. Oleh demikina, sukan memang dapat

    banyak kebaikan sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu 1M1S.

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    4/11

    SUKAN MASSA

    Sukan untuk Semua (Sukan Massa)

    Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap

    kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk

    kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan

    tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata

    untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

    Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua?

    Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara

    sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki

    kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan

    usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan

    memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga

    bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada

    pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan. Oleh itu

    Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan

    penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk Semua

    (Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan

    mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk

    Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang

    sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu,

    persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia.

    Konsep

    Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan

    sukan. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakatmengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini

    juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya

    suatu gaya hidup.

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    5/11

    Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti

    contohnya :

    sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain),

    kecergasan, (jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain),

    outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah dan mengembara).

    Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan

    proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan

    semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada

    prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat.

    Matlamat

    Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah

    bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia

    tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan

    rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui

    pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan

    sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

    juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat

    Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'.

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    6/11

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukan sangat penting kepada negara. Namun

    kini, mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik terutama dalam sukan

    bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan

    pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai faktor yang

    menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.

    Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para pemain

    kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak

    bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan

    sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik

    dalam jiwa pemain negara.

    Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang

    mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan

    mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin

    meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti

    sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.

    Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu

    aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya

    sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkannegara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli

    sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang

    pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah

    sukan yang baik.

    Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-

    negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan

    seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh

    digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya,

    kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk

    bermain permainan tertentu pula.

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    7/11

    Konklusinya, semua faktor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan

    negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan

    kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu.

    Slogan Majulah Sukan Untuk Negara perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini

    terus berkembang dengan baik.

    Sumber: Noor Azman Mahat

    CONTOH KARANGAN 2

    PENDAHULUAN

    Sejak peristiwa kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan

    pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam

    Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu

    sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan

    teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian

    atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun

    antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat

    sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendirisehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi

    apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata

    pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan

    negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-

    negara lain dalam bidang sukan. Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara dalam

    sukan permainan dan juga olahraga. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak

    Malaysia kecundang dalam pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Pihak yang

    berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang berkesan bagi meningkatkan mutu sukan

    negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.

    FAKTOR-FAKTOR

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    8/11

    Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak,

    hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat

    mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan

    mutu sukan negara kita terus merosot. Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan

    negara kita merosot ialah para pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara.

    Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali

    mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus

    merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara.

    Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang

    mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan

    mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin

    meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti

    sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu

    aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya

    sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan

    negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli

    sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang

    pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah

    sukan yang baik.

    Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-

    negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukanseperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh

    digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya,

    kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk

    bermain permainan tertentu pula.Untuk rekod, Malaysia pernah mengecapi kejayaan

    yang membanggakan pada era keemasan 1960-an dan 70-an dan ramai daripada

    jaguh yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dulu kini masih

    memegang jawatan penting dalam pentadbiran sukan di Malaysia.

    Dalam bidang olahraga, peserta Olimpik sebanyak tiga kali, Datuk Dr Mani Jegathesan

    (Rome 1960, Tokyo 1964 dan Mexico 1968), yang juga dikenali sebagai "Flying Doctor",

    dan atlet lompat pagar Istiaq Mubarak (Mexico 1968, Munich 1972, Montreal 1976),

    terus menjadi penanda aras bagi kebanyakan atlet muda yang bercita-cita mahu

    mencatat kehebatan dalam acara trek dan padang.Dua jaguh tersebut masing-masing

    telah mengambil bahagian dalam tiga sukan Olimpik berturut-turut, manakala

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    9/11

    kehebatan Dr Jega diingati hingga ke hari ini kerana kejayaannya melayakkan diri ke

    peringkat separuh akhir acara 200m (di Tokyo dan Mexico). Beliau juga masih

    memegang rekod kebangsaan bagi acara itu (20.92 saat yang dicatatnya di Mexico

    pada 1968).

    Dalam acara bola sepak, Malaysia pernah digeruni di rantau Asia dengan kehadiran

    Arthur Koh, Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, V. Arumugam dan

    M.Chandran.Bagaimanapun hari ini, kita bukan saja tidak diendahkan oleh Myanmar,

    Vietnam atau Laos, malah gagal memenangi pingat emas pada Sukan SEA sejak 1989

    apabila Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan.

    Pasukan hoki Malaysia yang pernah menduduki tangga keempat pada kejohanan Piala

    Dunia 1975, dengan barisan nama-nama hebat seperti Sri Shanmuganathan, Ho Koh

    Chye dan M. Mahendran, kini hampir luput daripada sebutan peminat sukan itu. Kita

    gagal melayakkan diri bagi menyertai kejohanan Piala Dunia tahun ini setelah

    menduduki tangga kesembilan dalam pusingan kelayakan di Changzhou, China dan

    yang menyedihkan ialah Malaysia menduduki tempat tercorot daripada lapan pasukan

    yang menyertai kejohanan bagi merebut Trofi Sultan Azlan Shah baru-baru ini.Mungkin

    tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berbilion ringgit yang dibelanjakan bagi

    memajukan bidang sukan selama ini hanya merupakan pembaziran semata-mata.

    Satu-satunya peningkatan yang dapat dilihat ialah jumlah pegawai yang dibayar gaji

    kerana terlibat dalam bidang sukan.

    Ketika pencapaian negara dalam bidang sukan semakin merosot, rakyat Malaysia

    menyaksikan kemunculan infrastruktur dan kemudahan sukan bertaraf dunia di merata-

    rata tempat serta pengaliran dana yang tidak putus-putus dalam sektor itu selain

    penubuhan jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan yang membuktikan kesunguhan

    kerajaan dalam memajukan bidang berkenaan.Di samping itu, lapan sukan teras

    dikenal pasti - hoki, bola sepak, olahraga, skuasy, gimnastik, akuatik, badminton dan

    boling - yang menerima peruntukan berjumlah RM193 juta daripada kerajaan bagi

    meningkatkan pencapaian pesertanya.

    Dalam keghairahan melaksanakan usaha itu, beberapa masalah lama mungkin terlepas

    pandang, antaranya kekurangan padang permainan atau kemudahan untuk orang

    ramai bersukan, ketiadaan program pembangunan di peringkat akar umbi, set minda

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    10/11

    yang tidak betul, tiada kekuatan mental dan sebagainya. Contohnya, satu dekad lepas,

    terdapat kira-kira 10 padang permainan di sekitar Bangsar yang menjadi tempat bagi

    anak muda dan orang lama bermain bola sepak dan permainan lain.

    Padang Timur di Petaling Jaya pula pernah menjadi tumpuan bagi pelbagai jenis sukan

    termasuk bola sepak, bola jaring, tenis dan olahraga. Tetapi, hari ini, ia sepi daripada

    kegiatan sukan kerana dikawal ketat oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Padang

    Pejabat Pos di Jalan Imbi sudah tiada, begitu juga padang Kelab Rekreasi China

    Selangor yang dulunya terletak bersebelahan terminal bas Puduraya. Dua padang di

    bekas tapak Kelab KTM di Brickfields juga telah dikorek untuk memberi laluan kepada

    projek pembangunan. Ketiadaan pertandingan sukan di peringkat daerah dan antara

    daerah bagi sekolah dan orang ramai seperti yang wujud suatu ketika dulu bagi

    mencungkil bakat baru dalam bidang sukan, turut menyumbang kepada kemerosotan

    pencapaian negara dalam bidang berkenaan hari ini.

    Sepatutnya, apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun

    Razak semasa menghadiri majlis penyampaian Anugerah Olahragawan dan

    Olaharagawati Malaysia anjuran Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 26 Jun

    lepas perlu dijadikan ingatan oleh semua pihak di negara ini. Kata beliau: "Bagi

    membolehkan sukan di Malaysia kembali maju, perubahan set minda perlu dilakukan."

    Beliau berkata tanggungjawab melahirkan ahli sukan yang berkualiti tidak terletak di

    bahu persatuan, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan atau MajlisSukan Kebangsaan sahaja."Kanak-kanak mesti digalakkan menyertai bidang sukan

    oleh ibu bapa atau guru mereka sejak kecil lagi," katanya.Najib yang mengetuai

    jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan turut membuat perbandingan tentang

    pencapaian Malaysia dan Ghana, yang turut mengecapi kemerdekaan pada 1957. "Kita

    jauh lebih maju daripada Ghana dalam setiap aspek pembangunan, kecuali sukan,

    kerana Ghana telah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia," kata Najib. Untuk

    berlaku adil kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), punca kemerosotan

    pencapaian negara dalam sukan itu tidak sepatutnya diletakkan pada bahunya semata-

    mata kerana jentera yang diberi tanggungjawab bagi melahirkan pemain berkaliber

    telah berhenti daripada beroperasi.

    Ketiadaan proses untuk mengenal pasti pemain berkebolehan melalui pertandingan di

    peringkat daerah dan negeri serta penutupan beberapa akademi bola sepak yang

    diusahakan oleh negeri, banyak menyumbang kepada kekurangan pemain handalan

    yang dapat mewakili negeri masing-masing atau mengambil alih tempat yang

  • 7/28/2019 Dasar Satu Murid Satu Sukan KPM

    11/11

    dikosongkan oleh pemain kebangsaan pada masa akan datang. Kesatuan

    Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pernah mencadangkan kepada

    Kementerian Pelajaran supaya menubuhkan bank tanah bagi membina sekolah baru

    yang lengkap dengan padang permainan memandangkan ada sekolah yang tidak lagi

    mempunyai padang. Bekas setiausaha agung NUTP Datuk N. Siva Subramaniam

    berkata padang permainan di sekolah, terutama di bandar raya, semakin lenyap akibat

    pembangunan, yang sekaligus menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melakukan

    aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah. Beliau berkata banyak aduan diterima daripada

    ibu bapa dan guru bahawa anak mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum di

    luar bilik darjah termasuk menyertai acara sukan sepanjang tahun. Menurutnya

    Kementerian Pelajaran wajar membeli tanah semasa pasaran hartanah murah dan

    menyimpannya untuk pembangunan sekolah pada masa akan datang. Beliau berkata

    sekolah tidak wajar "menguburkan" aktiviti sukan dan kesatuan itu memandang serius

    mengenai kurangnya sokongan guru besar dan pengetua sekolah dalam menggalakkan

    para pelajar menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. "Ada sekolah yang menumpukanaktiviti kokurikulum hanya untuk tempoh tiga bulan pertama persekolahan bagi memberi

    tumpuan pada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan manakala ada guru

    besar dan pengetua yang "membunuh" aktiviti sukan dengan menggantikan waktu mata

    pelajar pendidikan jasmani dengan mata pelajaran lain.

    PENUTUP

    Konklusinya, semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan

    negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan

    kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu.

    Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus

    berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat

    antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau

    angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam

    bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti

    Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam

    pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahragabertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat

    anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014

    akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh sudah ada di tangan, perahu

    sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat

    Malaysia. Majulah sukan untuk negara!