dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysi

Upload: hanies-salihah

Post on 04-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysi

    1/5

    Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia Presentation Transcript

    1. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

    BBD 18002

    2. Pendahuluan Jika melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita,

    pastinya kita sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat.Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara

    dalam hala tuju dan falasafah pendidikan era sebelum merdeka dan zaman

    pascamerdeka. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering

    berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan pendidikan. 1/36

    3. 2/36 HALA TUJU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN PRAMERDEKA

    Pendidikan pada Zaman Pramerdeka terbahagi kepada beberapa peringkat yang

    menjadi pemangkin kepada hala tuju dan falsafah pendidikan di Malaysia. era

    masyarakat tradisional era penjajahan Terdapat dua peringkat

    Era ini merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar kepada4.

    pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan kepada genarasi seterusnya.

    Hala tuju pendidikan berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yangdiajar oleh ibuberkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal.

    Falsafah pendidikan lebihbapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. cenderung

    untuk melahirkan generas yang mempunyai adab sopan, hormat antara satu sama lain

    dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam yang dipelajari.Hal ini bertepatan

    dengan pendapat Hasan Langgulung (1995) Era Masyarakat Tradisional 3/36

    Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah5. Hala

    tujuPondok dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas.

    pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan manusia

    dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah

    pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan Islam yang diterapkan dalampembelajaran. 4/36

    6. Era Penjajahan Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula

    menguasai negeri-negeri Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris terdapat lima jenis

    pendidikan yang berbeza dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti kaum

    iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok, Sekolah Vernakular bagi

    etnik Cina dan India. Sekolah aliran Melayu yang ditubuhkan oleh pihak penjajah

    menekankan kepada kurikulum asas, iaitu pelajaran membaca, mengarang, ejaan,

    menulis, ilmu kira-kira, ilmu alam dan latihan jasmani. Bentuk kemahiran asas yang

    diajar pula ialah perkebunan dan penternakan. 5/36

    7. Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk

    mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. Hala tuju pendidikan semasazaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu untuk

    mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-

    ekonomi negara. Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah

    bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah

    diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan

    agama Islam. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran

    dan kurikulum yang berbeza. 6/36

    8. 7/36 Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian.

    Rentetan daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya Laporan Barnes

    1950 Laporan Fenn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Razak 1956 Laporan

    ini telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan dinegara kita.

  • 7/29/2019 Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysi

    2/5

    9. HALA TUJU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA

    Pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan dan perubahan bagi

    merealisasikan matlamat kerajaan menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

    Terdapat pelbagai peringkat pada pascamerdeka iaitu era 1957-1970, era 1971-1990,

    era 1991-2000 dan era 2001-2010. 8/36

    10. HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA Pada awal abad ke-21,beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah

    berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi,

    dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia

    waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-

    ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara

    Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam

    pelbagai bidang dan berdaya saing. 9/36

    11. DASAR PENDIDIKAN Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui

    Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957. Dilaksanakan utk

    mengganti sistem pendidikan penjajah. Disemak semula pada thn 1960 yg

    menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.10/36

    12. OBJEKTIF BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yg diisytiharkan dlm

    Ordinan Pelajaran, 1957 ialah utk menubuhkan satu sistem pendidikan yg akan dapat

    memenuhi keperluan negara & menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,

    ekonomi, & politiknya 11/36

    13. STRATEGI PELAKSANAAN Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa

    pengantar yg utama; Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan Malaysia

    bagi semua jenis sekolah; Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi semua;

    Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; 12/36

    14. STRATEGI PELAKSANAAN Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya

    dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang & bersepadu; Mengadakan

    peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan pendidikan dari

    segi peluang & mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil & memberi perhatian

    khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik & kawasan luar bandar @ pedalaman;

    13/36

    15. STRATEGI PELAKSANAAN Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR

    yg berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd KBSM pada thn 1989;

    Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula

    kurikulum sek. vokasional pada tahun 1978; Mempelbagai & memperbanyakkan

    kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dlm bidang sastera gunaan &

    sains gunaan 14/36 16. STRATEGI PELAKSANAAN Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral

    & disiplin; Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris sbg mata pelajaran yg

    wajib diajar di sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna bagi pembelajaran

    bahasa-bahasa lain spt Bahasa Cina & Bahasa Tamil; Menggalakkan aktiviti ko-

    kurikulum yg memupuk disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis,

    pengakap, puteri islam dll. 15/36

    17. PENCAPAIAN SEMASA Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan,

    tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan

    gunatenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu. Dapat merapatkan jurang

    pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam @ swasta.

    Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum bumiputra yg berpendidikan. 16/36

  • 7/29/2019 Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysi

    3/5

    18. PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-

    9 Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005.

    Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005. Melahirkan tenaga kerja

    yg berpendidikan, mahir & terlatih. Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab &

    mempunyai nilai-nilai moral & etika yg kukuh. Membantu kpd pencapaian Dasar

    pembangunan Nasional (DPN) utk membasmi kemiskinan & penyusunan semulamasyarakat. Bagi peluang pendidikan & latihan kpd golongan berpendapatan rendah

    tingkatkan pendapatan & mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan

    agihan pendapatan. Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari

    awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005. 17/36

    19. Dasar-dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia 2.1 CADANGAN

    PENAMBAHBAIKAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006-

    2010) 2.1.1 MEMBINA NEGARA BANGSA 2.1.2 MEMBANGUNKAN MODAL

    INSAN 2.1.3 MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN 2.1.4

    MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN 2.1.5 MEMARTABATKAN

    PROFESION KEGURUAN 2.1.6 MELONJAKKAN KECERMERLANGAN

    INSTITUSI PENDIDIKAN 2.2 SARANAN HALA TUJU SISTEM PENDIDIKANNEGARA OLEH YAB MENTERI PELAJARAN 18/36

    20. 2.1 PERKEMBANGAN BARU HASIL DARIPADA PERSIDANGAN KAJIAN

    SEMULA PIPP 2009 Persidangan Kajian Semula PIPP anjuran Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah diadakan pada 19-22 Julai 2009. Tujuan utama persidangan

    ini adalah untuk mengenalpasti kesesuaian strategi pelaksanaan, pelan tindakan,

    aktiviti, indikator dan jangka masa yang ditetapkan sama ada perlu dikekalkan,

    dipinda atau digugurkan berdasarkan perkembangan dasar- dasar baru Kerajaan.

    19/36

    21. 2.1.1 MEMBINA NEGARA BANGSA Konsep 1Malaysia perlu diterapkan

    dalam aktiviti pendidikan ke arah memantapkan perpaduan di kalangan murid.

    Fokus perlu diberikan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan

    Bahasa Inggeris. JPN menentukan kuota penyertaan murid daripada pelbagai kaum

    bagi aktiviti kokurikulum. 2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-

    2010) 20/36

    22. 2.1.1 MEMBINA NEGARA BANGSA (sam.) Sekolah swasta dilibatkan dalam

    aktiviti bagi Teras 1. JPN mengehadkan bilangan pasukan beruniform di peringkat

    sekolah bagi menggalakkan lebih ramai murid pelbagai kaum terlibat. JPN perlu

    menerapkan nilai-nilai Konsep 1Malaysia dalam pengurusan dan pentadbiran di

    peringkat sekolah. 2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-2010) 21/36

    23. 2.1.2 MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Fokus kepada pembentukan modal

    insan yang holistik, mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif. Penyediaan profilmurid Tahun 1 bagi membolehkan sekolah mengenalpasti tahap penguasaan.

    Gunakan sistem modular dan pelbagai kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah

    penguasaan 3M. 2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-2010) 22/36

    24. 2.1.2 MEMBANGUNKAN MODAL INSAN (sam.) Peningkatan kadar literasi

    murid di peringkat sekolah rendah dijadikan KPI untuk Guru Besar, PPD dan

    Pengarah JPN. Sekolah memberi penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan

    jati diri, daya kreativiti dan inovasi serta kepimpinan dan keusahawanan. 2.1

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-2010) 23/36

    25. 2.1.3 MEMPERKASAKAN SK Setiap Pengetua /Guru Besar diberi tempoh

    percubaan selama setahun (kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan boleh dikenakan

    tindakan). Semua sekolah mempunyai guru terlatih yang mencukupi dan mengikutopsyen terutama di luar bandar dan pedalaman. Pengarah JPN diberi kuasa untuk

  • 7/29/2019 Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysi

    4/5

    membuat redeployment guru - guru Bahasa Inggeris ke sekolahsekolah di luar bandar

    dan pedalaman sebelum akhir 2009. 2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP

    (2006-2010) 24/36

    26. 2.1.3 MEMPERKASAKAN SK (sam.) Penekanan kepada peningkatan

    pencapaian akademik kerana perkara ini merupakan daya tarikan ibu bapa. Semua

    sekolah menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi sepenuhnya(semua sekolah sentiasa bersih, kemas dan teratur dalam semua aspek). 2.1

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-2010) 25/36

    27. 2.1.4 MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Definisi bandar dan luar

    bandar perlu dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan Sekolah Berasrama

    Penuh (SBP). Asrama Desa dan Asrama Harian diperluaskan. Dasar penempatan

    guru permulaan dalam mata pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan pedalaman

    hendaklah dianggap sebagai satu khidmat negara. 2.1 CADANGAN

    PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-2010) 26/36

    28. 2.1.4 MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN (sam.) Guru cemerlang perlu

    berada di sekolah masing- masing sekurang-kurangnya empat hari seminggu dan satu

    hari sahaja dibenarkan keluar untuk tugas . Sekolah-sekolah pinggir bandar jugaperlu diberi tumpuan dengan mengambilkira kesesakan pelajar dan keperluan asas

    serta guru. Peluasan prasekolah dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang

    terpinggir ( reaching the unreach ) disediakan pendidikan prasekolah. 2.1

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-2010) 27/36

    29. 2.1.5 MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Mewujudkan pusat

    latihan seperti Pusat Latihan Biro Tatanegara atau dengan menggunakan Pusat

    Kokurikulum Negeri bagi menanamkan sikap positif kepada guru-guru permulaan

    serta guru-guru yang telah berkhidmat lebih lima (>5) tahun. Mengadakan program-

    program motivasi untuk menyegarbugarkan ( revitalising and rejunevate ) guruguru

    yang telah lama berkhidmat. 2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-

    2010) 28/36

    30. 2.1.5 MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN (sam.) Elaun khas

    kepada guru diberikan berdasarkan peformance-based tanpa mengira lokasi.

    Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan

    kenaikan pangkat bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman. Semua

    Pengetua/Guru Besar memakai lencana ( badge ) seperti Saya Agen Perubahan atau

    Saya Guru Berkualiti mulai tahun 2010. 2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    PIPP (2006-2010) 29/36

    31. 2.1.6 MELONJAKKAN KECERMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

    Memantapkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak tempatan dan luar negara

    seperti IPTA/IPTS bagi melonjakkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) bidangkebitaraan ( niche areas ) masing-masing. Menyediakan mekanisme penilaian bagi

    membolehkan murid menilai guru dan guru menilai pihak pentadbir s ekolah untuk

    tingkatkan kecemerlangan SKK. 2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP

    (2006-2010) 30/36

    32. 2.1.6 MELONJAKKAN KECERMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN 80

    peratus daripada pelajar daripada SKK perlu cemerlang dalam bidang kebitaraan

    sekolah tersebut pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Semua Pengetua /

    Guru Besar perlu mengekalkan prestasi lebih 80 peratus berdasarkan SKPM

    sekurangkurangnya 3 tahun berturut- turut. Pelantikan guru dan jurulatih di SKK

    mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan masing-masing. 2.1

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PIPP (2006-2010) 31/36

  • 7/29/2019 Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysi

    5/5

    33. 2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA [Saranan YAB Menteri

    Pelajaran Malaysia] Mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan,

    berketerampilan, mempunyai jati diri, progresif, kreatif dan berinovatif. Melahirkan

    modal insan yang dapat menguasai sekurang- kurang tiga quotient iaitu Intelectual

    Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Merapatkan

    jurang pendidikan bandar dan luar bandar selaras dengan Pendidikan Untuk Semua( Education For All ) yang disasarkan oleh UNESCO. 32/36

    34. 2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA [Saranan YAB Menteri

    Pelajaran Malaysia ] (sam.) Melakukan anjakan paradigma seperti yang digariskan

    oleh YAB Perdana Menteri :- anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan; b)

    anjakan daripada budaya kesan nyata ( output ) kepada budaya keberhasilan

    ( outcome ); c) anjakan daripada birokrasi menyusahkan kepada birokrasi

    memudahkan; d) anjakan daripada produktivi semata-mata kepada gabungan

    produktiviti, kreativiti dan inovasi bagi melonjakkan kejayaan secara lonjakan

    berganda. 33/36

    35. 2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA [Saranan YAB Menteri

    Pelajaran Malaysia] (sam.) Menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti daninovasi dalam kalangan generasi muda di sekolah sejak dari peringkat rendah.

    Menyisipkan unsur futuristik berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.

    Mengkaji dan memurnikan perancangan sedia ada dalam PIPP dan perancangan pelan

    strategik untuk RMKe-10,dengan memberi tumpuan kepada merealisasikan Gagasan

    1Malaysia. 34/36

    36. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) Satu rangka kerja

    bersepadu akan dibentuk untuk menghubungkaitkan dasar dan pelaksanaan program

    RMKe-10 dengan bidang keberhasilan utama (KRA) dan outcome seperti di Rajah 1.

    35/36

    37. Rajah 1 rangka kerja bersepadu 36/36

    38. 4.0 RUMUSAN Semua bahagian KPM diharapkan dapat memberi kerjasama

    sepenuhnya dalam menjayakan penyediaan PIPP RMKe-10 . U saha KPM diperlukan

    bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk

    minda kelas pertama .

    39. Sekian Terima kasih