dasar baharu berkaitan staf cuti belajar...

Download DASAR BAHARU BERKAITAN STAF CUTI BELAJAR …pendaftar.uthm.edu.my/v2/en/perkhidmatan/doc_download/1087... · universiti tun hussein onn malaysia ... pengajian di luar negara:

If you can't read please download the document

Upload: vuminh

Post on 22-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Microsoft Word - PP Bil 9 Tahun 2014 Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar.doc

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014

________________________________________

PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014 ____________________________________

DASAR BAHARU BERKAITAN STAF CUTI BELAJAR YANG MASIH BELUM MENYELESAIKAN PENGAJIAN DALAM TEMPOH YANG

DITETAPKAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah

Universiti Bilangan 2 Tahun 2014 yang bersidang pada 17 Jun 2014 telah bersetuju

untuk meluluskan dasar baharu berkaitan staf cuti belajar yang masih belum

menyelesaikan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

2. Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti memutuskan perkara-perkara

seperti berikut:-

2.1. TINDAKAN CAGARAN

Mana-mana staf yang masih belum menyelesaikan pengajian pada tarikh melapor

diri bertugas di Universiti ini akan dikenakan tindakan membayar cagaran secara

potongan gaji bulan. Sekiranya dalam tempoh yang ditetapkan (maksimum 12

bulan), staf berjaya dan lulus dalam pengajian, maka keseluruhan cagaran tersebut

akan dipulangkan semula kepada staf berkenaan. Sekiranya staf masih gagal

menyelesaikan pengajian selepas tempoh yang diberikan oleh Universiti, maka

tindakan tuntutan gantirugi akan dikenakan terhadap staf tersebut dan jumlah

cagaran yang telah dibayar sebelum itu akan diambilkira sebagai sebahagian

daripada penyelesaian gantirugi.

KADAR CAGARAN MELALUI POTONGAN GAJI STAF

(MAKSIMUM 12 BULAN)

PENGAJIAN DI LUAR NEGARA:

Kadar Potongan Gaji RM 1000.00 sebulan

PENGAJIAN DI DALAM NEGARA:

Kadar Potongan Gaji RM 500.00 sebulan

2.2. PROSEDUR TUNTUTAN GANTIRUGI

2.2.1. Staf berjawatan tetap dan masih berkhidmat

Tindakan potong gaji staf akan dilakukan tanpa menunggu proses rayuan di

Jawatankuasa Rayuan Gantirugi Cuti Belajar. Sekiranya staf berjaya menyelesaikan

pengajian dalam tempoh pembayaran gantirugi ini, maka tindakan potong gaji

boleh diberhentikan. Staf yang telah diberhentikan pembayaran gantirugi atas

sebab berjaya memperolehi PhD akan dikenakan tempoh ikatan selama 7 tahun

atau mengikut baki tempoh perkhidmatan (mengikut mana yang terdahulu) yang

akan dikira bermula dari tarikh beliau diberhentikan bayaran gantirugi.

2.2.2. Staf yang tidak lagi berkhidmat di UTHM

Prosedur baharu ini akan melibatkan tawaran bayaran ansuran bulanan yang lebih

fleksibel seperti dua (2) pilihan berikut:-

PILIHAN 1

Bayaran Pertama

20% daripada keseluruhan jumlah gantirugi

yang meliputi kos pentadbiran sebanyak 2%

(dikira atas jumlah tuntutan gantirugi) dan kos

guaman (jika ada) - perlu dibayar dalam

tempoh 60 hari.

Baki bayaran gantirugi 84 bulan ansuran dengan kadar bayaran

minimum RM1,000.00 sebulan.

PILIHAN 2

Staf membayar secara lump sum

keseluruhan tuntutan dalam

tempoh 60 hari DAN akan diberi

diskaun sebanyak 30% serta

pengecualian kos pentadbiran.

-

3. Oleh yang demikian, semua staf yang sedang cuti belajar dan juga yang

masih belum menyelesaikan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah

berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dan sedaya-upaya untuk tidak

dikenakan tindakan cagaran tersebut atau tindakan lain berdasarkan Perjanjian Cuti

Belajar.

4. Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Julai 2014. Sila rujuk Lampiran 1

bagi maklumat lanjut.

Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg.Prof./Dr/tuan/puan.Terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar

ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN Pendaftar

s.k. - YBhg. Dato Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

- Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)

- Penolong Naib Canselor (Hubungan Universiti dan Industri)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/nk/21.07.2014/pekeliling pengurusan universiti

DASAR BAHARU BERKAITAN STAF CUTI BELAJAR YANG MASIH BELUM

MENYELESAIKAN PENGAJIAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

Cagaran

Staf yang melapor diri daripada cuti belajar dengan status belum selesai pengajian

akan dikenakan cagaran melalui potongan gaji berkuatkuasa mulai bulan berikutnya

selepas staf tersebut melapor diri bertugas. Bagi staf yang telah melapor diri sebelum

tarikh penguatkuasaan dasar baharu ini, cagaran akan bermula pada tarikh kuatkuasa

tersebut. Tempoh maksimum cagaran ialah selama 12 bulan. Jadual Cagaran adalah

seperti di JADUAL A. Pelaksanaan prosedur ini akan dikawal selia oleh Pejabat

Pendaftar dan juga Pejabat Bendahari. Sekiranya selepas tempoh maksimum, staf

berkaitan masih gagal menyelesaikan pengajian, maka tindakan tuntutan gantirugi akan

dikenakan terhadap staf dan jumlah cagaran yang telah dibayar sebelum itu akan

diambilkira sebagai sebahagian daripada penyelesaian gantirugi yang akan diuruskan

oleh Bahagian Perundangan.

Prosedur Tuntutan Gantirugi

STAF BERJAWATAN TETAP DAN MASIH BERKHIDMAT

a. Prosedur baharu ini akan melibatkan notis tuntutan beserta tawaran ansuran

secara berjadual (mengikut JADUAL B).

b. Staf yang telah diberhentikan pembayaran gantirugi atas sebab berjaya

memperolehi PhD akan dikenakan tempoh ikatan selama 7 tahun atau mengikut

baki tempoh perkhidmatan (mengikut mana yang terdahulu) yang akan dikira

bermula dari tarikh beliau diberhentikan bayaran gantirugi.

LAMPIRAN 1

STAF YANG TIDAK LAGI BERKHIDMAT DI UTHM

a. Prosedur baharu ini akan melibatkan tawaran bayaran ansuran bulanan yang

lebih fleksibel mengikut JADUAL C.

b. Staf yang telah meletak jawatan di Universiti ini dan telah dikenakan tindakan

gantirugi boleh dipertimbangkan untuk berkhidmat semula di Universiti ini.

Hutang kepada Universiti tersebut akan ditangguhkan pembayarannya dan staf

akan dikenakan tempoh ikatan perkhidmatan selama 10 tahun yang dikira dari

tarikh mula bertugas semula di Universiti ini.

PENGUATKUASAAN

Dasar berkenaan cagaran dan kaedah tuntutan gantirugi ini berkuatkuasa mulai 01 Julai 2014

dan ianya terpakai kepada semua staf cuti belajar yang telah melapor diri sebelum atau selepas

tarikh kuatkuasa tersebut. Dasar ini juga membatalkan dasar terdahulu yang digunapakai oleh

Universiti.

JADUAL A

JADUAL CAGARAN DALAM TEMPOH MAKSIMUM 12 BULAN

SELEPAS STAF MELAPOR DIRI BERTUGAS ( TIDAK SELESAI )

KADAR CAGARAN MELALUI POTONGAN GAJI STAF

KADAR JUMLAH YANG DIKEMBALIKAN JIKA SELESAI

DALAM TEMPOH 12 BULAN

PENGAJIAN DI LUAR NEGARA :

KADAR POTONGAN GAJI

RM 1,000.00 SEBULAN

PENGAJIAN DI DALAM NEGARA :

KADAR POTONGAN GAJI

RM 500.00 SEBULAN

100%

JADUAL B

JADUAL BAYARAN ANSURAN GANTIRUGI UNTUK

STAF TETAP DAN MASIH BERKHIDMAT

JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI

TEMPOH BAYARAN BALIK (Tertakluk

Kepada Baki Tempoh Perkhidmatan)

* Mengikut mana Yang Terdahulu

Tidak lebih daripada RM51,000-00

5 TAHUN ( 60 BULAN )

Lebih daripada RM51,000.00 tetapi tidak lebih

daripada RM101,000.00

7 TAHUN ( 84 BULAN )

Lebih daripada RM101,000.00 tetapi tidak lebih

daripada RM151,000.00

10 TAHUN ( 120 BULAN )

Lebih daripada RM151,000.00 tetapi tidak lebih

daripada RM201,000.00

12 TAHUN ( 144 BULAN)

Lebih daripada RM201,000.00

15 TAHUN ( 180 BULAN)

JADUAL C

JADUAL BAYARAN GANTIRUGI UNTUK STAF YANG TIDAK LAGI

BERKHIDMAT DI UTHM

PILIHAN 1

Bayaran Pertama

20% daripada keseluruhan jumlah gantirugi

yang meliputi kos pentadbiran sebanyak 2%

(dikira atas jumlah tuntutan gantirugi) dan kos

guaman (jika ada) - perlu dibayar dalam

tempoh 60 hari.

Baki bayaran gantirugi 84 bulan ansuran dengan kadar bayaran

minimum RM1,000.00 sebulan.

PILIHAN 2

Staf membayar secara lump sum

keseluruhan tuntutan dalam tempoh 60

hari DAN akan diberi diskaun

sebanyak 30% serta pengecualian kos

pentadbiran.

-