dapur pilihan-semi-d · “mengikut pengalaman menggunakan ruang dapur di kediaman sebelum ini...

7
DAPUR IMPIANA | Inovasi Dapur Terkini 76 dapur pilihan-semi-d

Upload: others

Post on 01-Feb-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

da

pur

impi

an

a |

ino

vasi

dap

ur T

erki

ni

76

dapur pilihan-semi-d

da

pur

impi

an

a |

ino

vasi

dap

ur T

erki

ni

77

Teks : MARLIANA SHAMSUDDIN Foto: NOR YANTI SAHARUDDIN

KeINDAHAN TATA HIAS DI RUANg DApUR TIDAK AKAN SeMpURNA

TANpA TIDAK DIgAYAKAN beRSAMA bINAAN KAbINeT DARIpADA

MATeRIAL TeRpILIH. pADANAN MATeRIAL YANg TepAT bUKAN

SAHAjA MeMbeRI IMpAK KepADA KARAKTeR RUANg MALAH

MAMpU MeNYUNTIK AURA eKSKLUSIF NAN HebAT KepADA RUANg.

AURA NYATUHEKSKLUSIFMENGHIAS RUANG

da

pur

impi

an

a |

ino

vasi

dap

ur T

erki

ni

78

Sudah semestinya keupayaan nyatuh menghidupkan rasa dan semangat ruang tampak natural dan klasik tidak perlu

dipertikaikan lagi. Ini diakui sendiri oleh pemilik kediaman semi D, Omar Sharif dan pasangannya Johairina Mohammed Johan.

“Mengikut pengalaman menggunakan ruang dapur di kediaman sebelum ini dengan binaan kayu berlamina, dapat dirasakan perbezaan yang cukup ketara. Penciptaan ruang menjadi lebih bergaya dengan sendirinya apabila kita mengolah material yang kekal malar hijau seperti nyatuh ini. Manakala di ruang dapur rumah lama, rasa jemu dan mudah bosan dapat dirasai dengan konsep ruang yang direncanakan,” komen Johairina atau lebih mesra dengan panggilan Rina tentang kesan material terhadap ruang dapurnya dengan mesra. Pun begitu dalam membuat penetapan konsep di ruang dapur, sebenarnya pasangan ini pada mulanya turut menemui percanggahan idea. Si suami ingin merencana ruang dapur gaya moden manakala si isteri mahukan ruang dapur dengan sentuhan klasik.

“Pemilihan konsep di ruang dapur turut mempengaruhi konsep ruang kediaman ini secara

keseluruhannya. Ini kerana ruang dapur di kediaman ini terletak agak terbuka dan boleh dilihat daripada pintu masuk utama. Maka saya mahukan ruang dapur tersebut dijelmakan dengan konsep klasik untuk saya terapkan gaya moden klasik di ruang makan dan ruang tamu kediaman ini.

Pun begitu suami kurang berkenan dengan konsep dapur sedemikian dan bertegas ingin menggayakan konsep kediaman moden. Namun setelah kami berkunjung ke ruang pameran Ba Li Kitchen yang terletak di Ampang, ia berjaya mempengaruhinya. Tidak sangka suami saya turut tertarik dan terpesona dengan keindahan binaan kabinet daripada kayu padu nyatuh,” ujar Rina mesra sambil diakui sendiri oleh suaminya yang berada disisi.

“bUKAN SATU TeTApI LebIH

DARIpADA LIMA….”

Bertindak sebagai pengguna bijak, pasangan ini turut melakukan tinjauan di beberapa kedai kabinet untuk membuat perbandingan harga dan kualiti yang ditawarkan sebelum membuat keputusan. Pasangan ini yakin dengan melakukan cara ini, penyesalan kemudian hari tidak akan

terjadi malah perasaan puas setelah membuat keputusan dapat dirasai bersama. “Unit pameran kabinet pertama yang kami kunjungi ialah di Ba Li Kitchen. Saya lihat rekaan kabinet yang dihasilkan terpapar megah di dalam majalah Dapur Impiana. Begitu halus seni ukir kayunya dan kemas buatannya. Untuk melihat sendiri, biar pun jauh jarak antara Rawang dan Ampang, saya dan suami kunjungi juga unit pameran tersebut. Ketika di sana hati kami berdua telah tertarik dengan hasil kerja syarikat tersebut. Pun begitu, kami tidak terus membuat keputusan. Kami masih terus mengunjungi unit pameran kabinet yang menghasilkan rekaan kabinet kayu di hari yang lainnya. Jika ingin dikira, mungkin lebih daripada lima buah syarikat kami kunjungi untuk membuat perbandingan.

Akhirnya saya dan suami kembali semula ke Ba Li Kitchen. Pada pandangan kami, Ba Li Kitchen dapat menghasilkan mutu produk kabinet dapur yang kami inginkan dengan tawaran harga yang berpatutan. Ternyata, keputusan kami itu tidak menghampakan kami. Kini ruang dapur indah dan sempurna dapat kami miliki dan saya cukup berpuas hati,” luah Rina sambil tersenyum puas melihat ruang dapurnya.

da

pur

impi

an

a |

ino

vasi

dap

ur T

erki

ni

79

da

pur

impi

an

a |

ino

vasi

dap

ur T

erki

ni

80

Pemilik : Omar Sharif dan Johairina Mohamed Johan.

Jenis kediaman :Semi D dua tingkat

Lokasi : Rawang

Pereka : Ba Li Kitchen ( 012-9690963) Faye, Nick Yap, Ben Wai

Konsep dapur :Klasik

Material kabinet : Kayu Nyatuh

Material kaunter top :Ruang dapur basah : Binaan konkritRuang dapur kering : Solid surface

Komposisi unit dapur basah:• Satu unit kabinet pada pelan lantai L menempatkan ruang penyediaan makanan, dapur memasak dan ruang storan.

Komposisi unit dapur kering:• Satu unit tunggal ruang penyediaan makanan dan ruang storan pada pelan lantai I.

Harga kabinet dan aksesori : 24 ribu

Saiz kabinet dapur basah : 11.5 kaki x 14 ½ kaki

Saiz kabinet dapur kering : 16 kaki

Saiz ruang dapur : 20 kaki x 21 kaki

INFO RINGKAS DAPUR

ReKA LeTAK L DAN I beRSATU

Penetapan reka letak kabinet di ruang dapur telah direncanakan oleh pereka di atas pelan lantai bentuk L dan I bersatu di ruang berkeluasan 21 kaki x 20 kaki ini. Kekal tampil selesa, luas dan terbuka memberi kelebihan untuk ruang tersebut menerima kehadiran reka letak kabinet nyatuh dapat digayakan mendominasi ruang.

Menurut pemilik, ruang dapur sengaja direncanakan untuk tampil selesa dengan ruang yang luas. Oleh itu tidak hairanlah jelmaan ruang dapur basah ditetapkan di ruang kabinet binaan L, manakala dapur kering direncanakan di ruang kabinet bentuk I di dalam ruang yang sama. Bila diajukan persoalan mengapa tidak diasingkan, pemilik ada jawapannya yang tersendiri.

“Menjadi impian di kediaman baru ini saya mahukan sebuah ruang dapur yang luas dan selesa. Pun begitu kehadiran ruang dapur basah dan dapur kering tetap ingin saya wujudkan. Jika dibentuk dua ruang yang berbeza, saya bimbang ruang dapur akan menjadi sempit. Oleh itu saya biarkan dua fungsi ruang ini bersatu di dalam ruang terbuka untuk merealisasikan keinginan peribadi.

da

pur

impi

an

a |

ino

vasi

dap

ur T

erki

ni

81

ADV Ba LI

da

pur

impi

an

a |

ino

vasi

dap

ur T

erki

ni

82

Selain itu, tidak saya nafikan dengan adanya dua ruang dapur memasak di sini memberi lebih kesan keselesaan dari aspek penggunaannya. Begitu juga dari sudut penyimpanan barangan dan perkakasan dapur, ia menjadi lebih mudah dan selesa untuk dicapai apabila diperlukan. Semuanya berpusat di satu ruang yang sama,” terang Rina lagi.

Biar pun pemilik telah berasa puas dengan persembahan ruang dapur yang direncanakan oleh pereka, namun kini timbul perasaan untuk menata ruang dapur miliknya dengan penggayaan kaunter pulau di unit tengah. Selain bertujuan menggandakan fungsi ruang, turut bermaksud memberi sedikit karakter hebat di ruang dapur.

“Setelah ruang dapur ini siap disempurnakan oleh pihak Ba Li Kitchen, saya lihat ruang dapur ini terlalu luas. Saya terfikir untuk menempatkan kaunter pulau di unit tengah. Oleh itu saya dapatkan nasihat daripada pereka Ba Li Kitchen, dan ternyata pihak mereka bersedia untuk merealisasikan keinginan saya. Kini ia masih di dalam proses dan dalam tiga atau empat minggu lagi semua yang dirancang akan dijelmakan. Secara kesimpulannya, saya cukup selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan dan kualiti produk yang ditawarkan oleh Ba Li Kitchen, “ luah Rina dengan jujur dan ikhlas.