dapatan kajian

5
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan dengan persamaan dan perbezaan adat menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan India di Taman Macang Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN Dalam borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji, Bahagian A merupakan demografi responden iaitu latar belakang responden. Demografi responden amat penting bagi tujuan analisis dalam dapatan kajian. Maklumat demografi yang digunakan adalah jantina, umur, bangsa, pekerjaan, dan bilangan anak. Namun demikian, tiga maklumat demografi dipilih untuk memudahkan analisis dilakukan, iaitu jantina, umur, dan juga bangsa. 5.1.1 Jantina Jantina Kekerapan (orang) Peratus (%) Lelaki 10 33.33 Perempuan 20 66.67 Jadual 1 : Demografi responden berdasarkan jantina Sumber : Kajian Lapangan 2015

Upload: keethagurl24

Post on 22-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kerja kursus Pengajian am

TRANSCRIPT

Page 1: dapatan kajian

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden

terhadap soal selidik yang telah dijalankan berkaitan dengan persamaan dan perbezaan adat

menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Melayu dan India di Taman Macang

Manis, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Dalam borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji, Bahagian A

merupakan demografi responden iaitu latar belakang responden. Demografi responden amat

penting bagi tujuan analisis dalam dapatan kajian. Maklumat demografi yang digunakan

adalah jantina, umur, bangsa, pekerjaan, dan bilangan anak. Namun demikian, tiga maklumat

demografi dipilih untuk memudahkan analisis dilakukan, iaitu jantina, umur, dan juga

bangsa.

5.1.1 Jantina

Jantina Kekerapan (orang) Peratus (%)

Lelaki 10 33.33

Perempuan 20 66.67

Jadual 1 : Demografi responden berdasarkan jantina

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Page 2: dapatan kajian

33.33%

66.67%

Jantina

LelakiPerempuan

Rajah 1 : Demografi responden berdasarkan jantina

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 30 orang responden, seramai 10 orang

(33.33 peratus) adalah responden lelaki. Seramai 20 orang (66.67 peratus) lagi merupakan

responden perempuan. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 1. Terdapat jurang

dalam pemilihan jantina responden, iaitu responden perempuan lebih ramai berbanding

responden lelaki. Hal ini demikian kerana, responden perempuan lebih arif mengenai adat

menyambut kelahiran bayi berbanding responden lelaki. Namun demikian, pendapat

responden lelaki juga penting untuk membuat analisis bagi dapatan kajian.

Page 3: dapatan kajian

5.1.2 Umur

Umur (tahun) Kekerapan (orang) Peratus (%)

21 – 30 8 26.67

31 – 40 9 30

41 – 50 7 23.33

51 dan ke atas 6 20

Jadual 2 : Demografi responden berdasarkan umur

Sumber : Kajian Lapangan 2015

26.67%

30%

23.33%

20%

Umur

21 - 30 tahun31 - 40 tahun41 - 50 tahun51 tahun dan ke atas

Rajah 2 : Demografi responden berdasarkan umur

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 30 orang responden, seramai 8 orang

(26.67 peratus) adalah responden yang berumur antara 21 hingga 30 tahun. Seramai 9 orang

(30 peratus) responden berumur antara 31 hingga 40 tahun, dan 7 orang (23.33 peratus)

responden berumur antara 41 hingga 50 tahun. Seramai 6 orang (20 peratus) lagi adalah

responden yang berumur 51 tahun dan ke atas. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada

Page 4: dapatan kajian

Rajah 2. Tiada jurang pemilihan responden mengikut kategori umur yang ketara dapat dilihat.

Bilangan responden yang dipilih bagi setiap kategori umur adalah lebih kurang sama. Hal ini

demikian kerana pendapat setiap kategori umur adalah sama penting bagi analisis dapatan

kajian.

5.1.3 Bangsa

Bangsa Kekerapan (orang) Peratus (%)

Melayu 15 50

India 15 50

Jadual 3 : Demografi responden berdasarkan ban

Sumber : Kajian Lapangan 2015

50%50%

Bangsa

MelayuIndia

Rajah 3 : Demografi responden berdasarkan bangsa

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Page 5: dapatan kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 30 orang responden, seramai 15 orang

(50 peratus) adalah responden yang berbangsa Melayu. Seramai 15 orang (50 peratus)

responden lagi berbangsa India. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Rajah 3. Tiada

jurang dalam pemilihan responden mengikut bangsa. Bilangan responden yang berbangsa

Melayu dan India adalah sama. Hal ini demikian agar tidak ada bias dalam mendapatkan

persamaan dan perbezaan adat menyambut kelahiran bai dalam kalangan masyarakat Melayu

dan India.