dapatan kajian lawatan ke masjid al hussein, perlis

43
1 1.0 SEJARAH MASJID UMUM Pencapaian terbaik oleh tamadun Islam adalah dengan menghasilkan sebuah gaya senibina yang mempunyai identiti dalam pelbagai jenis kebudayaan. Hasilnya, seni bina Islam kini kekal di seluruh dunia. .Ilmu bangunan merupakan sabuah manifestasi kekuatan rohani yang hidup dalam kalangan bangsa, yang mendorong ke arah kemajuan. Ilmu seni bina yang dimiliki oleh umat Islam diperolehi daripada bangsa Parsi, Romawi, Turki, Byzantine dan Sepanyol. Dengan mempunyai kepakaran ilmu bangunan( binaan) menyebabkan terbangunlah kota- kota besar, istana- istana yang indah, masjid- masjid yang menarik. Sebagai contoh, Kota Damsyik ( دم شق), Istana Raja Farouk di Mesir dan Masjid Cordoba di Sepanyol. Masjid bererti tempat sujud, wujud setelah lahirnya agama Islam. Perkataan itu pertama kali diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sujud mengerjakan sembayang bersama- sama kaum Muhajirin dan Ansar di Masjid Quba, iaitu masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah S.A.W. setelah berhijrah ke Madinah pada abad pertama hijrah. Pada zaman Rasulullah, masjid digunakan untuk beribadat dan untuk kegunaan pelbagai kegiatan. Sebagai contoh, Masjid Nabawi di Madinah, digunakan untuk membincangkan masalah perang, perjanjian, perundangan dan juga perdamaian. Islam menginginkan masjid bukanlah simbol estetika Islam semata-mata tetapi menitikberatkan fungi masjid yang dibina untuk tidak disalahgunakan. Seni bina ini merupakan perkara utama yang penting dalam seni bina Islam kerana masjid adalah ‘rumah Allah’ , bangunan tempat ibadah yang menggambarkan ciri-ciri kesepaduan bangunan selaras dengan fungsi masjid yang secara langsung menetapkan unsur seni bina Islam berpandukan prinsip- prinsip yang ditentukan oleh Allah S.W.T .Oleh yang demikian, selari dengan perkembangannya dunia, terdapat pelbagai unsur

Upload: bnzly-bk

Post on 22-Jan-2018

1.232 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

1

1.0 SEJARAH MASJID UMUM

Pencapaian terbaik oleh tamadun Islam adalah dengan menghasilkan sebuah

gaya senibina yang mempunyai identiti dalam pelbagai jenis kebudayaan.

Hasilnya, seni bina Islam kini kekal di seluruh dunia. .Ilmu bangunan

merupakan sabuah manifestasi kekuatan rohani yang hidup dalam kalangan

bangsa, yang mendorong ke arah kemajuan. Ilmu seni bina yang dimiliki oleh

umat Islam diperolehi daripada bangsa Parsi, Romawi, Turki, Byzantine dan

Sepanyol. Dengan mempunyai kepakaran ilmu bangunan( binaan) menyebabkan

terbangunlah kota- kota besar, istana- istana yang indah, masjid- masjid yang

menarik. Sebagai contoh, Kota Damsyik (شق Istana Raja Farouk di Mesir ,( دم

dan Masjid Cordoba di Sepanyol.

Masjid bererti tempat sujud, wujud setelah lahirnya agama Islam. Perkataan

itu pertama kali diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sujud

mengerjakan sembayang bersama- sama kaum Muhajirin dan Ansar di Masjid

Quba, iaitu masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah S.A.W. setelah

berhijrah ke Madinah pada abad pertama hijrah. Pada zaman Rasulullah, masjid

digunakan untuk beribadat dan untuk kegunaan pelbagai kegiatan. Sebagai

contoh, Masjid Nabawi di Madinah, digunakan untuk membincangkan masalah

perang, perjanjian, perundangan dan juga perdamaian. Islam menginginkan

masjid bukanlah simbol estetika Islam semata-mata tetapi menitikberatkan fungi

masjid yang dibina untuk tidak disalahgunakan. Seni bina ini merupakan perkara

utama yang penting dalam seni bina Islam kerana masjid adalah ‘rumah Allah’,

bangunan tempat ibadah yang menggambarkan ciri-ciri kesepaduan bangunan

selaras dengan fungsi masjid yang secara langsung menetapkan unsur seni bina

Islam berpandukan prinsip- prinsip yang ditentukan oleh Allah S.W.T .Oleh

yang demikian, selari dengan perkembangannya dunia, terdapat pelbagai unsur

Page 2: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

2

keindahan yang berupa kelengkapan, hiasan dan gaya dekorasi dan ornamen-

ornemen yang ditambah dalam seni bina Islam.

1.1 PERKEMBANGAN MASJID DI NUSANTARA

Kedatangan Islam di Nusantara dalam perkembangan awal Islam di

Nusantara, mempunyai beberapa teori melalui penulisan dan penemuan

arkeologi. Salah satunya, teori yang disampaikan oleh John Crawford

(Nik Hasan Suhaimi, 2002), menyatakan bahawa Islam mula berkembang

di Indonesia pada tahun 30 Hijriah atau 651 Masihi, iaitu 20 tahun selepas

kewafatan Rasullulah. Pada masa tersebut, Khalifah Uthman ibn Affan

r.a. mengirim delegasi ke China untuk memperkenalkan Daulah Islam

kepada kerajaan China. Dalam perjalanan selama empat tahun,, menurut

sumber berita Cina, para utusan Uthman telah sempat singgah di

Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, iaitu lebih kurang tahun

674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai

barat Sumatera. Disini bermulanya dakwah Islam yang pertama di

Indonesia. Sejak itu orang- orang pelaut dan para pedagang Muslim terus

berkunjung ke kawasan tersebut. Teori Crawford ini kemudian dirujuk

oleh Syed Muhammad Naquib Al- Attas (1969) dengan menyatakan

bahwa tidak wujud unsur Cina dan India dalam kitab-kitab yang

dihasilkan oleh ulama setempat; namun semua penulisan dan kitab

tersebut ditulis dalam bahasa Arab.

Kedatangan Islam membawa kepada perkembangan kerajaan Islam

pertama di Nusantara iaitu di daerah Utara Sumatera (Samudera Pasai

atau Perlak) pada abad ke-11 dan kemudian menyebar ke Semenanjung

Tanah Melayu, Sumatera dan Jawa pada abad ke-14.

Page 3: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

3

Terdapat beberapa ciri-ciri masjid tradisional di Nusantara

(kepulauan Jawa) yang telah dikemukan oleh G.F. Pijper (1992):

1. Asas lantai bangunan berbentuk empatsegi dan pejal yang agak tinggi

dari aras tanah.

2. Masjid tidak berdiri di atas tiang, seperti sebahagian besar rumah

tradisional Indonesia, tetapi di atas tanah yang padat.

3. Masjid umumnya memiliki bumbung yang meruncing ke atas, terdiri

dari dua atau lima tingkat yang semakin ke atas semakin kecil.

4. Masjid memiliki ruang tambahan di sebelah Barat atau Barat laut

(Mihrab)

5. Masjid umumnya memiliki serambi di hadapan dan di kedua sisinya.

6. Halaman di sekeliling masjid dibatasi oleh tembok dengan satu pintu

masuk di depan disebut Gapura.

7. Pelannya berbentuk empatsegi.

8. Dibina di sebelah barat laut.

9. Arah mihrab tidak tepat ke kiblat.

10. Dibangun dari bahan yang mudah rosak

11. Terdapat parit, di sekelilingnya atau di hadapan masjid

12. Bangunan awalnya dibangun tanpa serambi (hanya ruang sembahyang

utama saja).

1.2 PERKEMBANGAN MASJID DI TANAH MELAYU

Islam mula bertapak di Dunia Melayu pada abad ke-Kewujudan

agama Islam terbukti dengan pembinaan masjid- masjid di sekitar

semenanjung Tanah Melayu. Pembinaan Masjid tertua, Masjid Kg. Hulu

di Melaka oleh Aroom1 yang berasal dari China, dan Masjid Kampung

Page 4: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

4

Laut memberi impak yang tinggi dalam perkembangan seni bina Islam di

Malaysia hingga kini, dengan pembinaan Masjid moden seperti Masjid

Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) di Putrajaya, Masjid Jubli

Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing) di Kelantan, Masjid Kristal di

Terengganu dan Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah

Alam.

Ketibaan British di Tanah Melayu pada abad ke-19, telah banyak

mengubah sosiobudaya masyarakat Melayu yang mempengaruhi seni bina

masjid tempatan, dan situasi ini merupakan situasi yang terpenting dalam

sejarah ‘Typology’ masjid di Tanah Melayu pada masa itu.

Pada abad ke-20 ,batu-bata telah digunakan dalam seni bina masjid

untuk mengantikan bahan sumber kayu yang telah rosak. Masjid Sultan

Abu Bakar, Johor Bharu merupakan masjid di Malaysia yang banyak

dipengaruhi oleh seni bina kolonial English-Victorian. Jenis pengarauhi

ini menyerupai seni bina gereja dari luar pandangan hinggalah aspek

perancangan ruang, yang mengingatkan kita bahawa ciri-ciri seni bina ini

adalah berasal dari Zaman Uthmaniyah di Turki, iaitu gabungan antara

seni bina Islam tempatan dan seni bina Kristian ( Byzantine). Perkara

sedemikian juga berlaku pada Masjid Hagia Sophia, yang pada asalnya

adalah sebuah gereja. Kesan ini memperlihatkan bahawa masjid-masjid

awal pada zaman pemerintahan British adalah kurang atau tidak

menghiraukan ciri-ciri seni bina tempatan.

Page 5: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

5

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Program “LAWATAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN MASJID AL-

HUSSAIN KUALA PERLIS, PERLIS” dilaksanakan untuk memberi

pendedahan dalam melaksanakan kajian terhadap masjid ini dalam menyiapkan

tugasan:

Membolehkan Mahasiswa dan Mahasiswi Pendidikan Seni mengetahui

sejarah seni bina masjid dan pengaruh seni bina masjid yang dikaji.

Memberi pendedahan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi Pendidikan

Seni mengenai struktur binaan masjid-masjid serta memahami konsep

seni bina yang berkait dengan perkembangan Islam di Malaysia sejak

zaman dahulu.

menggalakkan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi Pendidikan Seni agar

dapat menyampaikan konsep mengenai hiasan luaran dan dalaman

masjid dengan menerokai ornemen- ornemen arabes.

Kajian ini adalah bagi memenuhi syarat separa lulus bagi subjek kos

MSL 3072 Seni dan Perbandingan Islam.

1. Program ini juga mendedahkan para mahasiswa dan mahasisiwi

tentang pengurusan sesuatu program yang dijalankan. Secara tidak

langsung, mahasisiwa dan mahasisiwi dapat mewujudkan kesedaran

memahami konsep seni bina Islam secara lebih mendalam dan

memelihara warisan ini agar tidak hilang ditelan zaman. Program ini juga

merupakan satu langkah dan usaha dari mahasisiwa dan mahasiswi

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu-satunya institusi

pendidikan yang terulung dan cemerlang.

Page 6: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

6

3.0 KAEDAH KAJIAN

KAJIAN KUALITATIF

Kajian kualitatif adalah kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk

mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam.. Penyelidikan ini

menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Dari segi pengutipan

data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah

interaksi, bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk

menjana teori. Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu

penyelidik membina konsep, hipotesis danteori untuk di kembangkan, dinyatakan

dandijelaskan. Kutipan data dijalankan secara berterusan

Kaedah ini adalah menggunakan persoalan seperti, bagaimana, apa, dan

mengapa dari bidang sains sosial seperti histografi, etnografi dan sosiologi

kualitatif. Untuk mendapatkan maklumat mengenai masjid yang ingin dikaji,

Mahasiswi dan Mahasiswa subjek kos MSL 3072 Seni dan Perbandingan Islam,

sesi 2014/2015, semester 3, telah merancang untuk membuat lawatan ke Perlis

dan melawat beberapa kawasan kajian. Pengkaji telah membuat pemerhatian dan

temubual di sekitar kawasan tersebut, dan mencari maklumat melalui sumber

internet dan buku-buku ilmiah.

3.1 KAJIAN PEMERHATIAN

Pengkaji telah membuat tinjauan di kawasan masjid Al- Hussain,

Kuala Perlis, Perlis, untuk melihat, menghayati dan melihat sendiri

struktur seni bina dan hiasan yang ada di dalam dan luar masjid tersebut.

Page 7: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

7

3.2 KAJIAN TEMUBUAL

Kajian ini dibuat secara berkumpulan untuk mendapatkan

maklumat mengenai masjid Al Hussain. Temubual telah dibuat secara

tidak berstruktur,iaitu tidak formal. Dalam kumpulan yang diberi,

Mahasiswi dan Mahasiswa menyoal dengan reponden secara rawak.

Responden yang telah ditemubual adalah Cik Hasnida binti Hamid.

Beliau seorang peniaga yang berniaga di kawasan masjid tersebut.

Rakaman temubual antara penemubual dan responden telah disertakan

dengan lampiran.

3.3 KAJIAN SUMBER INTERNET

Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian ini sebagai kaedah

tambahan kepada kajian.

3.3 KAJIAN BUKU

Kaedah kajian ini digunakan cara merujuk buku- buku ilmiah

rujukan di perpustakaan Tunku Bainun Universiti Pendidikan Idris, untuk

mendapatkan maklumat mengenai sejarah dan konsep umum masjid,

kepelbagaian ornamen- ornamen masjid dan struktur-struktur seni bina

masjid

Page 8: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

8

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 SEJARAH MASJID AL HUSSAIN

Pintu pagar ( gerbang masuk) utama Masjid Al- Hussain

Masjid yang masih baru dan segar di mata pengunjung yang

melihat terutama pelancong luar negara, iaitu Masjid Al Hussain Kuala

Perlis, didapati menggunakan seni bina yang bertemakan Resort tropika

moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik

pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan

suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut. Masjid ini moden

sepenuhnya dari bentuk bangunan, bumbung hinggalah kepada dekorasi

dalaman, secara keseluruhannya menggunakan jenis koral, kuartz, granit,

marmar dan pebbles, kaca berwarna. Masjid Al Hussain, Kuala Perlis

merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti

Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala

Perlis menghadap laut Selat Melaka, hasil sumbangan seorang ahli

perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf yang dibuka pada 8 Ogos 2011.

Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat tahun

Page 9: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

9

untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta. Masjid ini dibina,

disiapkan dan diberi nama sempena Datuk Dr. Mohd. Hussain yang telah

meninggal dunia pada tahun 1999. Untuk menunaikan hajat beliau, Tan

Sri Mohd. Arifin Yusuf yang merupakan adiknya telah menunaikan hajat

untuk membina sebuah masjid.

Masjid Al Hussain

Menurut kajian Islam, Al-Hussain atau Husayn, Hussein, Hussayn

merupakan anak kepada Ali ibn Abi Ṭalib, kalifah yang keempat dalam

Islam Sunni dan menjadi Imam yang pertama dalam Islam Syiah2, dan

cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Masjid Al- Hussein3 dibina yang

pada masa yang sama merupakan tempat Husayn dibunuh dan kepalanya

dikubur di bawah tapak seni bina masjid tersebut.. Perkataan Ahl-al-Bayt

atau "Keluarga di dalam rumah" merujuk kepada keluarga Nabi

Muhammad S.A.W.. Husayn adalah seorang tokoh penting dalam Islam,

kerana dia adalah ahli Ahl al-Bayt (keluarga Muhammad) dan Ahl al-

Kisa, iaitu menjadi yang ketiga Syiah Imam. Kepercayaan maksum

('Ismah), dua belas Iman adalah keturunan keluarga Rasulullah (Ahl al

Page 10: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

10

Bayt) yang dipercayai orang- orang yang rohani dan pihak politik yang

sah berkuasa dalam masyarakat Islam (Umma). Masjid Al- Hussein di

Kuala Perlis diberi nama berkemungkinan mendapat pengaruh daripada

Husayn ibn Ali.

Gambar 3. Senarai keluarga Rasullulah.

Selain itu, fungsi masjid Al- Hussain bukan sahaja tempat

beribadah kepada umat Islam, tetapi juga pusat pelancongan bagi

pelancong luar yang ingin melihat sendiri keunikan masjid moden

tersebut, tempat persantaian untuk seisi keluarga dengan suasana yang

permandangan laut dan menara masjid yang juga sebagai rumah api.

Page 11: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

11

Iwan Masjid Al Hussain

4.2 STRUKTUR SENI BINA MASJID

Masjid Al- Hussain, Kuala Perlis mempunyai warisan seni bina

yang unik. Masjid ini merupakan satu-satunya masjid terapung yang

dikaji dan dibina berhampiran denganh Jeti Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.

Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat

Melaka. Masjid ini mengambil tema berkonsepkan Resort tropika moden

untuk menonjolkan sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut

telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran

masjid tersebut.

Demi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor

persekitarannya yang berlatarbelakangkan pantai dan lautan, dan dinding

masjid tersebut tidak bercat, sebaliknya batu-batuan jenis koral, kuartz,

granit, marmar dan pebbles yang digunakan. Penggunaan kepelbagaian

batu-batuan ini menambahkan ciri-ciri dan kelebhihan masjid tersebut

yang mudah dijaga dan tahan lasak dengan keunikkan rekaannya.

Page 12: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

12

Terdapat juga batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan

pebbles di bahagian luar dinding masjid dan permukaan lantai.

Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Para jamaah dan

pengunjung juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap

ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab

menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid

Page 13: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

13

wakaf

Pokok Kurma

Ciri luaran utama Masjid Al Hussain ialah kubahnya yang berwarna

kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi

negeri Perlis.Malah, kubah tersebut pula diperbuat daripada dua lapisan

aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride

(PVDF) yang diimport dari Jepun.

Page 14: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

14

4.2.1 MENARA

Menara dibuat dengan ketinggian keseluruhan 31.3 meter termasuk

puncak berkembar yang masing- masing berukuran 7.1 meter. Menara

dibina maksud untuk memanggil orang ramai melakukan solat jemaah di

masjid atau supaya suara muazzin itu kedengaran sampai ke tempat yang

jauh. Selain fungsi menara sebagai tempat melaungkan azan, menara

masjid Al Hussain juga adalah berfungsi sebagai rumah api. Rumah api

merupakan petunjuk daratan kepada para nelayan yang nun jauh ke tengah

lautan. Ia dianggap unik kerana, mempunyai dua fungsi iaitu pada setiap

kali masuk waktu solat, pancaran cahaya dengan warna tertentu seperti

merah, biru, putih dan hijau akan dinyalakan.

Warna-warna tersebut juga turut menyerikan menara berkembar

masjid itu.Lampu biru menandakan waktu Solat Subuh dan Solat Maghrib

manakala hijau adalah Solat Isyak. Menara itu boleh dilihat dari jarak 10

kilometer.

Seni bina menara Masjid Al Hussain moden berbanding dengan

Masjid- masjid yang dilawati, seperti masjid Salahuddin dan Masjid

Page 15: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

15

Ahmad di Padang Besar. Ketiga- tiga masjid ini mempunyai struktur

binaan menara yang mempunyai pengarauh.yang berbeza. Masjid Al-

Hussain mengadaptasikan pengaruh seni bina menara masjid di Iran.

Masjid Ahmad menggunakan pengaruh nusantara. Proses pengislaman

telah mengubah fungsi sebuah candi hindu menjadi masjid yang memberi

kesan terhadap gaya menara yang tersendiri. Namun begitu, Masjid

Agung Banten di Jawa Barat menggunakan pengaruh hindu, sama seperti

Masjid Ahmad dan memiliki menara yang berfungsi sebagai rumah api

sama seperti menara masjid Al Hussain, iaitu untuk membantu pelayaran

kapal dagangan.

Menara Masjid Ahmad Menara Masjid Salahuddin

Page 16: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

16

Menara Masjid Al hussain

Gaya dan bentuk menara masjid di Iran

Page 17: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

17

4.2.2 KUBAH

Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid yang terletak

di atas masjid, yang menjadikannya seolah-olah bumbung masjid. Sejarah

kubah hanya terdapat pada istana-istana Byzantine dan Persi, kemudian

telah diambil oleh umat Islam dan dijadikan sebahagian daripada

bumbung masjid. terdapat kepelbagaian kubah yang ada dalam dunia seni

bina masjid Islam. Seperti contoh, Kubah yang berbentuk bawang tirus di

Parsi, bentuk piramid yang bersusun bumbung tiga tingkap dan sekarang

banyak berbantuk leper da kubah masjid- masjid di Iran berbentuk topi

perajurit Iran zaman purba.

Terdapat juga kubah yang dipanggil al- Ihliji, yang mermbawa

bentuk seperti lengkungan telur yang digunakan untuk melengkapkan seni

bina Masjid Al Hussain. Seperti kebanyakan masjid lain, ciri luaran utama

Masjid Al-Hussain ialah kubahnya. Ia berwarna kuning keemasan beserta

motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis. Kubah ini

diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan

polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun.

Kubah bentuk lengkungan telur,

Masjid Al Hussain

Page 18: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

18

4.2.3 MIHRAB atau Niche

Masjid Al Hussain terletak berhampiran Jeti Kuala Perlis - pintu

masuk ke Pulau Langkawi yang dikunjungi ribuan pelancong setiap tahun

dan sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.

Mihrab masjid ini merupakan komponen yang penting dalam menjelaskan

kedudukan arah kiblat serta petunjuk ibadah ketika berada dalam

sesebuah ruangan masjid. Pada umumnya, yang menguatkan kedudukan

mihrab masjid ini adalah bentuk ruangan bentuk kuboid, dimensi dinding

mihrab( panjang dan lebar) yang berbeza yang, sama seperti ornamen-

ornamen yang ada pada masjid.

Page 19: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

19

Ruangan mihrab masjid Al Hussain, terletaknya mimbar, maksurah,

Kiblat dan Al-Quran..

Bahagian untuk meletakkan Al- Quran

Mimbar Kecil

Motif Kelarai Siku Keluang

Pembinaan mihrab terdiri daripada pelbagai bentuk dan biasanya

dibina ke dalam dari permukaan dinding arah kiblat dan kebiasaannya

mihrab akan dihiasi tulisan khat. Di ruangan mihrab masjid Al Hussain

juga terletak tulisan khat tetapi bukan pada bahagian kiblat, tetapi di

ruangan mihrab bahagian depan.

Page 20: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

20

4. 2.4 MIMBAR

Mimbar masjid Al- Hussain terletak di sebelah kanan mihrab yang

dibuat daripada konkrit. Mimbar dibina moden, iaitu mimbar yang tidak

menyentuh lantai, dan melekat pada dinding masjid dan tanpa

menggunakan tiang dibahagian kiri dan kanan. Apa yang menarik tentang

binaan mimbar ini, penggunaan warnanya yang moden, warna coklat

muda dan dihiasi motif yang bersahaja.

Mimbar

Page 21: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

21

Kerusi

Selain itu, mimbar ini dihiasi dengan ornamen flora. Pengulangan

ornamen ini secara arah melintang dengan jenis ornamen yang sama

menyerikan binaan mimbar masjid Al Hussain yang kontemporari.

Mimbar

Page 22: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

22

4. 2. 5 ORNAMEN ARABES

Ornamen Kaligrafi

Nama Allah, Rasullulah dan Khalifa Islam

Allah (هللا) adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk

kepada Tuhan Yang Satu. Perkataan Allah berasal dari gabungan Al ilah

Ilah bererti Tuhan maka Al dengan Ilah hasilkan perkataan Allah

bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah adalah kata ganti nama khas yang

khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta,

mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah

banyak dikenalkan didalam ajaran Islam,.

Perkataan ‘Allah’ diukir di atas dinding luar mihrab bahagian

kanan, yang dihasilkan dengan warna kuning emas. Perkataan ini juga

terdapat di permukaan bawah kubah. Ia dihasilkan secara berulang- ulang.

Pengulangan ini memperindahkan lagi hiasan dome.

Page 23: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

23

Asmaul Husna

Dalam agama Islam, Asmaul Husna (ىنسحلا هللا ءامسا) adalah

sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah Subhanahu wa ta'ala

yang terbaik. Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama

Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-

nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang

menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan

pemelihara alam semesta beserta segala isinya

.

Ornamen ini diukir pada bahagian kiri selepas mihrab. Jenis khat

yang digunakan adalah khat Diwani dengan warna yang digunakan adalah

warna kuning. Ianya dibina dengan gaya yang lebih moden, iaitu tanpa

menggunakan ornamen Arabes, malah menggunakan pencahayaan

bersepadu yang akan menerangi khat ini.

Page 24: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

24

Muhammad bin Abdullah (هللا بد ن ع merupakan nabi dan (محمد ب

rasul yang terakhir bagi umat Islam. Lebih dikenali sebagai Nabi

Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (ملسو هيلع هللا ىلص دمحم يبن),

baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab

kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Muhammad

dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran

nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa

dan Isa. Nama baginda diukir di atas dinding luar mihrab bahagian kiri,

yang dihasilkan dengan warna kuning emas, sama seperti perkataan ‘

Allah’. Ianya diukir menggunakan khat Raihani huruf- huruf yang lebar

dan panjang serta ditambah tanda-tanda syakal.

Page 25: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

25

Muhammad.

Tedapat juga penggunaan Khat Kufi Persegi pada perkataan ‘Allah’

dalam bahasa Arab di bahagian bawah kubah, yang diukir dan diwarna

dengan warna kuning emas. Ornamen kaligrafi ini diukir secara

berulang_ulang mengelilingi bahagian bawah cupola, squinches.

Khalifah (ةفيلخ) bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin

umat Islam setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Mereka digelar sebagai

khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan

Allah). Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amīr al-Mu'minīn (ر مأ ي

."namireb gnay gnaro nipmimep" ankamreb gnay (ين ن مؤم Terdapat empatال

orang khalifa Islam yang pertama:

Page 26: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

26

Saidina Abu Bakar, 632-634 M

Saidina Umar Al-Khattab, (Umar І) 634-644 M

Saidina Uthman Affan, 644-656 M

Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Nama- nama khalifa ini terdapat di masjid Al Hussain selepas masuk iwan

ke dewan solat di bahagian tengah. Dengan menggunakan tulisan khat

Naskh.

Ali Abi Talib (kiri)

Uthman Affan ( kanan)

Ummar Al-Khattab Abu (kiri)

Bakar as- Siddiq(kanan)

Ayat suci Al Quran

Terdapat pelbagai jenis khat iaitu, khat kufi ( khat yang terawal

sebelum Islam), Khat Thulus (hanya digunakan untuk hiasan seperti al-

Uthmani, nama buku atau kitab), Khat Naskh (mudah dibaca), Khat Farisi

Page 27: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

27

(digunakan untuk penulisan buku-buku kesusteraan, nama dan

tajuk- tajuk karangan pada majalah dan surat khabar), Khat Riq’ah (

merupakan tulisan Arab yand dapat ditulis dengan cepat), Khat Diwani (

hanya untuk hiasan), Khat Diwani Jali( jenis khat yang bervariasi dan

dikira rumit penulisannya tetapi lebih indah dan estetik, dan Khat

Raihani( huruf-huruf lebih lebar dan panjang).

Ayat suci Al- Quran terdapat di setiap bahagian atas tingkap,

dengan menggunakan jenis khat yang berbeza.

.

Ayat suci Al Quran menggunakan Khat Diwani

Ayat suci Al Quran menggunakan Khat Raihani

Pemilihan jenis Khat ini sesuai diletakkan di dalam dewan solat,

bagi memperindahkan lagi suasana seni bina masjid tersebut dan

memudahkan orang ramai untuk membaca petikan ayat suci Al Quran

dari pandangan bawah.

Page 28: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

28

5 Rukun Islam

Rukun Islam adalah lima tindakan dasar Islam yang wajib. Rukun

ini memiliki makna dasar- dasar atau landasan yang harus dilakukan jika

ingin menjadi orang Islam. Rukun Islam ada 5:

1. Syahadat

2. Sholat

3. Zakat

4. Shaum/ puasa

5. Haji

Rukun ini terdapat di bahagian bawah cupola masjid, dengan

menggunakan warna kuning emas.

Apa yang menarik berkenaan dengan rukun Islam ini, ianya

dihasilkan dengan pelbagai bahasa,iaitu bahasa Cina, bahasa India, bahasa

Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Page 29: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

29

Hiasan Arabes

Ornamen Flora

Terdapat beberapa ornamen flora dalam masjid Al- Hussain. Seperti contoh

permaidani, kupola, mimbar. Secara keselurauhannya, penggunaan ornamen ini

amat tidak menyerlahkan masjid Al Hussain kerana mahu mengekalkan tema

masjid ini, malah meletakkan ornamen ini di bahagian dalam masjid iaitu

permaidani, kupola dan mimbar.

Cupola

Page 30: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

30

.

Mimbar

Permaidani

Page 31: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

31

Ornamen Geometri

Ornamen ini terdapat pada setiap tingkap masjid. ia dihasilkan dalam bentuk

flora tetapi menggunakan bentuk geometri. Ornamen ini menggunakan kaca

berwarna. Warna yang digunakan ialah warna biru, biru muda, merah, kuning,

jingga dan hijau.

Bentuk bintang geometri di bahagin bawah cupola. Ia diukir mengellingi

cupola. Terdapat juga bentuk geometri yang diukir pada siling dan bahagian lain

masjid.

cupola

siling

Page 32: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

32

Muqarnas

Masjid ini mengambil pengaruh dari Syria dalam menbina muqarnas di bahagian

mihrab masjid. bahgian atas ornament ini adalah muqarnas bentuk kubah, seperti

yang ada pada Masjid Sinan Pacha dan Masjid Mourad Pacha di Damsyik.

Page 33: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

33

Muqarnas Masjid Al Hussain

Page 34: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

34

5.0 ESTETIKA MASJID

Masjid Al Hussain yang dilengkapi dengan menara yang jugs berfungsi

sebaagai rumah api, penggunaan bahan binaan seperti koral, kuartz, granit,

marmar dan pebbles, dan kaca berwarna dengan laman yang moden

menunjukkan masjid ini sememangnya moden dan kontemporari searus dengan

zaman sekarang.Hiasan Muqarnas dan penggunaan ornamen flora, geometri dan

kaligrafi menunjukkan unsur- unsur Islam yang masih digunakan. Orneamne ini

berasal dari negara- negara Timur Tengah, dan tema Resort tropika moden ialah

tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid ini,

mendapat pengaruh dari negara- negara barat dan Timur Tengah.

Gaya dan rekabentuk seni bina ini boleh dilihat pada arch atau gerbang di

pintu masuk, kubah dan cupola, ukiran kaligrafi, flora dan geometri (roof rifi

dges) bumbung utama, penggunakan kaca berwarna pada setiap tingkap dan

pintu kaca, tiang batu granit, gaya yang bersahaja tetapi menarik.

Page 35: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

35

6.0 PENGARUH-PENGARUH TERHADAP MASJID AL HUSSAIN

Secara keseluruhannya, terdapat beberapa pengaruh luar yang telah

dibawa dalam seni bina masjid Al- Hussain. Dari struktur binaannya, pengkaji

mendapati pengaruh material- material yang digunakan untuk membina masjid

ini daripada pengaruh barat. Masjid ini, menggunakan material seperti batu-

batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles. Untuk mendapatkan hasil

masjid yang bertemakan Resort Tropika, penggunaan material sedemikian ialah

material yang sesuai.

Pengaruh menara masjid Al Hussain adalah pengaruh seni bina menara

masjid-masjid di Iran dan masjid Agung Banten di Jawa Barat. Masjid Al

Hussain dan masjid Agung Banten berfungsi sebagai rumah api, kerana tapak

pembinaannya yang dekat dengan kawasan laut.

Beberapa jenis seni bina menara di masjid-masjid Iran

Dari segi ornament dalaman, pengkaji juga mendapati bahawa masjid Al

Hussain mengadaptasikan muqarnas pada bahagian mihrab. Ornamen yang

Page 36: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

36

dibina pada bahagian mihrab, menunjukkan masjid ini menerima pengaruh

hiasan muqarnas dari negara Syria dan Damsyik. Seperti contoh, muqarnas

yang terdapat di masjid Sinan Pacha di Syria dan Masjid Mourad Pacha di

Damsyik

Muqarnas Masjid Pacha, Syria

Muqarnas Masjid Mourad Pacha, Damsyik

Page 37: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

37

7.0 KESIMPULAN

Keseluruhannya, masjid Al Hussain merupakan antara masjid yang

moden dibina di Malaysia. Walaupun keluasannya tidak sebesar masjid-masjid

yang besar di dunia seperti Negara di Kuala Lumpur, Masjid Nabawi, Madinah

dan juga masjid Shrine of Imam Reza di Iran, namun yang menjadi daya tarikan

pengkaji ataupun pengunjung adalah menara masjid tersebut dan suasananya

yang tenang. Dari segi hiasan dalaman, masjid juga mengaplikasikan konsep

moden, cuma 20 % daripada hiasan tersebut masih mengekalkan tradisi Islam.

Seperti contoh, ornamen kaligrafi, flora, geometrid dan muqarnas.

Pengkaji berpendapat bahawa masjid Al Hussain merupakan antara

sebuah karya seni bina yang baik dihasilkan oleh negeri Perlis, iaitu baik dari

segi seni binannya dan juga manfaat yang diberikan oleh masjid tersebut kepada

orang ramai.

Seni haruslah dikekalkan, baik yang lama mahupun yang baru. Yang lama

akan menjadi rujukan yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru.

Seperti masjid Al Hussain, yang mengaplikasikan konsep dan tema Resort

Tropika, melalui pelbagai pengaruh luar untuk menghasilkan karya yang baik.

Page 38: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

38

NOTA KAKI

1Nama asal Aroom ialah Tan Seek Tiong yang berasal dari China. Kapal yang

dinaikinya telah karam dan dipukul ombak di Selat Melaka sebelum jasadnya

hampir nyawa-nyawa ikan dan telah ditemui oleh penduduk kampung di Pantai

Kelebang. Semasa di usung ke rumah ketua Kampung, kebetulan laungan azan

berkumandang. Pemuda China itu tersedar lalu bertanya mengenai laungan azan

tersebut. Setelah diterangkan makna seruan azan itu, beliau telah diislamkan.

Beliau memakai nama Islamnya Harun kemudian dipanggil Arom, Hrom atau

Aroom.

2Syiah (عة ي ش Syi'aṯ) ialah salah satu aliran atau mazhab dalam Islam selain

daripada Sunni. Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga

Khulafa Ar-Rasyidin. Sunni juga menolak kepimpinan Imam Syiah dalam aliran

Syiah. Muslim Ajaran Syiah berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi

Muhammad dan Ahlul Bait kerana menolak hadis yang bercanggahan dengan

kepercayaan (Syiah) mereka.

3Masjid Al-Hussein ( سجد ام م ين اإلم س ح adalah sebuah masjid yang dibina (ال

pada tahun 1154 dan terletak di Cairo, Mesir, berhampiran dengan bazar Khan

El-Khalili. Ia dinamakan sempena cucu Muhammad, Husain bin Ali. Dawoodi

Bohra dan Islam Sunni mempercayai bahawa kepalanya dikebumikan di

kawasan masjid. Masjid itu dianggap sebagai salah satu daripada tempat yang

paling suci Islam di Mesir dan telah dipengaruhi oleh seni bina Gothic Revival.

Page 39: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

39

RUJUKAN

Buku- buku Ilmiah

Abdul Halim, Wan Hashim(1997). Warisan Seni Bina Melayu. Selangor:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Castera, Jean-Marc(1999). Arabesques decorative art in Morocco. France:

ACR Edition

Holod, Renata( 1997).The mosque and the modern world architects,

patrons and designs since the 1950s. London: Thames and Hudson

Manja Mohd.L, Ahmad Suhaimi (1995). Aspek-aspek Kesenian Islam.

Kuala Lumpur : Dewan Bhasa dan Pustaka

Thesis

Nangkula Utaberta ( tiada tahun). Seni Bina Islam Moden Di Malaysia

Studi Terhadap Pemikiran, Falsafah Dan Idea Reka-Bentuk. PhD

Candidate, Universiti Teknologi Malysia

Jurnal

Nang Naemah, Nur Maslina (2014). Seni Bina Masjid Dalam Islam

(Islamic Architecture In Mosque: Al-Muqaddimah Bil 2 (1),39-47

Page 40: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

40

Azizul Azli, Aizan Ali, Ezrin Arbi (2012). Wacana Dan Teori

Rekabentuk Menara Masjid Di Nusantara (Discourse and Theory on

Minaret’s Designs of Mosque in Malay Archipelago): Al-Tamaddun Bil.

7(2), 77-88

Rujukan Internet

Asmaul Husna. Diperolehi 20 Nov 2015 daripada

http://www.asmaul- husna.com/2015/06/rukun-islam-dan-

penjelasannya.html

In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful. Diperolehi pada 20

Nov 2015 daripada http://www.islamicity.com/Mosque/99names.htm

Senarai Nama Khalifa Islam (632~1924M). Diperolehi 20 Nov 2015

daripada http://www.thepatriots.my/senarai-nama-khalifa-islam

6321924m/

Akhbar

Masjid Resort Kuala Perlis (2015,November,16).Kosmo!

Page 41: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

41

LAMPIRAN

Page 42: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

42

Page 43: Dapatan Kajian Lawatan ke masjid  Al Hussein, Perlis

43