dapatan

4
5.2 Dapatan dan Perbincangan Sebagai menjawab persoalan kajian berhubung persepsi murid terhadap amali pertanian, didapati mereka menyetujui bahawa amali pertanian adalah berfaedah. Kerja amali yang mendatangkan hasil seperti hasil tanaman atau ternakan, menjayatumbuhkan tanaman hiasan dan sebagainya disukai oleh murid Murid juga suka kepada amali yang boleh dilakukan apabila balik dirumah. Contoh amali yang boleh mereka manfaatkan apabila mereka balik ke rumah ialah menanam tanaman hiasan, menanam sayur-sayuran atau berternak haiwan ternakan. Sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Phipps dan Osborne (1990) iaitu pengetahuan dan kemahiran yang berfaedah dan boleh digunakan adalah di antara faktor asas pengajaran pertanian yang baik.Manakala dalam kaedah penemuan pula, penglibatan pelajar secara aktif bermula dengan mengenal pasti sehingga memperolehi hasil dan membuat rumusan boleh menjadikan murid lebih bermotivasi.Sikap positif ini di Walau bagaimanapun, murid tidak bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan bahawa amali yang dilakukan di sekolah belum pernah mereka lakukan sebelumnya . Ini bermakna terdapat amali yang biasa bagi sebahagian daripada murid. Ini mungkin disebabkan 55.8% daripada responden ada latar belakang pertanian. Amali yang lebih mencabar seperti penggunaan teknik terkini dalam pertanian seperti penanaman sayur secara hidroponik disukai oleh murid sebagaimana pandangan Gagne (1977). Didapati murid bersikap positif untuk melakukan sendiri amali dan tidak mengharapkan murid lain membuat amali untuk dirinya. Lawatan sambil belajar boleh menambah pengetahuan murid dan dapat mengaitkan pengalaman di sekolah dengan keadaan sebenar memang disukai murid selaras dengan pandangan Atan Long (1991) dan Shahril et.al.(1993).Semasa menjalankan amali, murid bersikap positif untuk bertanya kepada guru jika ada perkara yang tidak difahaminya. Berhubung dengan kaedah pengajaran menurut persepsi murid, didapati mereka menyakini kebolehan guru mengendalikan amali pertanian. Guru juga didapati sentiasa bersedia untuk membimbing murid melakukan amali. Kedua-dua aspek ini penting untuk menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kerana ia boleh menghasilkan interaksi yang positif diantara murid dan guru (Zaidatol Akmaliah : 1990). Menurut murid lagi, guru didapati turut berusaha menerapkan nilai murni iaitu menggalakkan kerjasama dalam kumpulan. Sentiasa menegur murid yang melakukan kesilapan semasa amali dijalankan adalah satu daripada kaedah maklum balas yang disarankan oleh Phipps dan Osborne (1990) didapati diamalkan oleh guru. Dengan cara ini kemajuan dan kualiti kerja murid dapat diketahui segera sebagai asas untuk pencapaian yang berterusan. Arahan yang diberi oleh guru sebelum amali dijalankan juga jelas dan aspek ini penting dalam pengajaran amali kerana arahan yang kabur boleh menyebabkan murid rasa bosan serta pembaziran masa, tenaga dan bahan atau kegagalan. Walau pun murid bersetuju dengan kesesuaian tempat amali dijalankan di sekolah, secara keseluruhan masih terdapat masalah berkaitan kecukupan bahan dan peralatan untuk menjalankan amali. Contoh bahan yang diperlukan untuk menjalankan amali di antaranya ialah termasuklah baja, hormon pengakaran, pita cantuman, bahan kimia, benih tanaman dan sebagainya.

Upload: prasekolahsabakbernam

Post on 13-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

5.2 Dapatan dan PerbincanganSebagai menjawab persoalan kajian berhubung persepsi murid terhadap amali pertanian, didapati mereka menyetujui bahawa amali pertanian adalah berfaedah. Kerja amali yang mendatangkan hasil seperti hasil tanaman atau ternakan, menjayatumbuhkan tanaman hiasan dan sebagainya disukai oleh murid Murid juga suka kepada amali yang boleh dilakukan apabila balik dirumah. Contoh amali yang boleh mereka manfaatkan apabila mereka balik ke rumah ialah menanam tanaman hiasan, menanam sayur-sayuran atau berternak haiwan ternakan. Sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Phipps dan Osborne (1990) iaitu pengetahuan dan kemahiran yang berfaedah dan boleh digunakan adalah di antara faktor asas pengajaran pertanian yang baik.Manakala dalam kaedah penemuan pula, penglibatan pelajar secara aktif bermula dengan mengenal pasti sehingga memperolehi hasil dan membuat rumusan boleh menjadikan murid lebih bermotivasi.Sikap positif ini di Walau bagaimanapun, murid tidak bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan bahawa amali yang dilakukan di sekolah belum pernah mereka lakukan sebelumnya . Ini bermakna terdapat amali yang biasa bagi sebahagian daripada murid. Ini mungkin disebabkan 55.8% daripada responden ada latar belakang pertanian. Amali yang lebih mencabar seperti penggunaan teknik terkini dalam pertanian seperti penanaman sayur secara hidroponik disukai oleh murid sebagaimana pandangan Gagne (1977). Didapati murid bersikap positif untuk melakukan sendiri amali dan tidak mengharapkan murid lain membuat amali untuk dirinya. Lawatan sambil belajar boleh menambah pengetahuan murid dan dapat mengaitkan pengalaman di sekolah dengan keadaan sebenar memang disukai murid selaras dengan pandangan Atan Long (1991) dan Shahril et.al.(1993).Semasa menjalankan amali, murid bersikap positif untuk bertanya kepada guru jika ada perkara yang tidak difahaminya.Berhubung dengan kaedah pengajaran menurut persepsi murid, didapati mereka menyakini kebolehan guru mengendalikan amali pertanian. Guru juga didapati sentiasa bersedia untuk membimbing murid melakukan amali. Kedua-dua aspek ini penting untuk menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kerana ia boleh menghasilkan interaksi yang positif diantara murid dan guru (Zaidatol Akmaliah : 1990). Menurut murid lagi, guru didapati turut berusaha menerapkan nilai murni iaitu menggalakkan kerjasama dalam kumpulan. Sentiasa menegur murid yang melakukan kesilapan semasa amali dijalankan adalah satu daripada kaedah maklum balas yang disarankan oleh Phipps dan Osborne (1990) didapati diamalkan oleh guru. Dengan cara ini kemajuan dan kualiti kerja murid dapat diketahui segera sebagai asas untuk pencapaian yang berterusan. Arahan yang diberi oleh guru sebelum amali dijalankan juga jelas dan aspek ini penting dalam pengajaran amali kerana arahan yang kabur boleh menyebabkan murid rasa bosan serta pembaziran masa, tenaga dan bahan atau kegagalan.Walau pun murid bersetuju dengan kesesuaian tempat amali dijalankan di sekolah, secara keseluruhan masih terdapat masalah berkaitan kecukupan bahan dan peralatan untuk menjalankan amali. Contoh bahan yang diperlukan untuk menjalankan amali di antaranya ialah termasuklah baja, hormon pengakaran, pita cantuman, bahan kimia, benih tanaman dan sebagainya. Manakala contoh alat yang diperlukan ialah seperti sekatur, pisau cantuman, radas makmal, kelengkapan ternakan, cangkul, pasu dan lain-lain. Dari segi masa didapati murid tidak sepenuhnya bersetuju bahawa masa yang diperuntukan mencukupi. Sememangnya terdapat amali pertanian mengambil masa yang panjang untuk disiapkan terutama sekiranya saiz kelas yang besar dan peralatan serta bahan yang terhad. Contohnya; penyediaan campuran tanah, pembiakan tanaman hiasan, pemvaksinan ternakan dan lain-lain.Dari segi perlaksanaan amali yang disenaraikan di dalam huraian sukatan pelajaran, didapati ramai murid yang masih belum melakukan amali tersebut. Murid yang belum melakukan amali adalah seperti berikut; ujikaji pH tanah 56.2%, ujikaji kadar saliran 46.9% dan ujikaji kandungan tanah 46.7%.Amali ini boleh dijalankan dalam makmal atau bilik darjah tetapi ramai yang tidak membuatnya dimana amali ini sepatutnya telah dilaksanakan semasa di Tingkatan I. Bagi amali menanam sayur-sayuran, peratus maksimum murid yang terlibat ialah 78.8% iaitu bagi aktiviti penyediaan batas dan menyiram. Hanya 66.8% yang menyemai benih, 54.0% mengubah, 64.2% menyiram, 64.2% membaja dan 54.0% memetik hasil. Keadaan ini mungkin disebabkan kemudahan kebun sayur yang terhad bagi sekolah tertentu dimana 17.3% murid menyatakan sekolah mereka tidak terdapat kebun sayur. Tetapi jika berdasarkan maklum balas responden, sepatutnya peratus murid yang terlibat dalam aktiviti kebun sayur ialah 82.7% dan dilaksanakan semasa Tingkatan I. Begitu juga dengan tanaman jagung yang dijadualkan dilaksanakan semasa Tingkatan II, penglibatan murid hanya 52.7% tanpa mengambil kira aktiviti penjagaan dan pungutan hasil jagung yang didapati peratusnya lebih rendah. Walaupun kawasan terhad, kebun sayur boleh diusahakan untuk menanam jagung. Menternak ayam atau puyuh atau arnab disyorkan dijalankan semasa Tingkatan II. Didapati penglibatan murid paling rendah iaitu sebanyak 19.5%. Punca penglibatan murid yang rendah ini boleh dikaitkan dengan kedapatan kemudahan untuk menjalankan aktiviti ternakan di sekolah. Sebanyak 78.3% responden menyatakan sekolah mereka tidak mempunyai reban ternakan. Tanpa reban memang sukar dijalankan aktiviti ternakan bagi tujuan pembelajaran. Oleh itu, ramai murid yang `terlepas peluang untuk memperolehi kemahiran asas di bidang penternakan terutama aspek pengurusan bermula daripada peringkat `mendidik sehingga pemasaran. Perlaksanaan amali tanaman hiasan disyorkan semasa Tingkatan III. Sehingga kajian ini dijalankan, penglibatan pelajar ialah 64.6% dan dijangka akan meningkat sebab berpandukan sukatan pelajaran, amali masih terus berjalan sehingga sebelum Peperiksaan Menengah Rendah bermula.Walaupun hanya 57.1% responden menyatakan di sekolah mereka terdapat unit hortikultur, amali ini masih boleh dijalankan dengan kemudahan ruang khas yang minimum. Bagaimana pun dengan mempunyai unit hortikultur, proses pengajaran dan pembelajaran dapat diadakan dengan lebih menarik dan berkesan.Berdasarkan pengujian hipotesis, didapati tidak ada perbezaan di antara murid lelaki dan murid perempuan berkaitan sikap mereka terhadap amali pertanian. Mereka mempunyai sikap yang positif dalam melaksanakan aktiviti amali. Begitu juga dengan murid yang latar belakang keluarga mereka ada kaitan dengan pertanian dan murid yang keluarga mereka tidak ada latar belakang pertanian juga tidak ada perbezaan persepsi mengenai pembelajaran amali pertanian. Walau bagaimana pun terdapat perbezaan sikap di antara murid yang memilih sendiri untuk mengikuti Pilihan 3 (pertanian) dengan murid yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam Pilihan 3. Sikap murid yang telah ditetapkan mengikuti Pilihan pertanian lebih positif berbanding murid yang dibiarkan memilih sendiri jurusan yang dikehendaki. Dari segi pencapaian akademik mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, terdapat perbezaan di antara murid lelaki dan murid perempuan. Didapati pencapaian murid lelaki dalam mata pelajaran ini lebih baik berbanding murid perempuan. Ini ada kaitan dengan perbezaan persepsi faedah amali pertanian di antara murid lelaki dan murid perempuan. Hasil kajian mendapati murid lelaki sikap yang lebih positif berkaitan faedah amali pertanian berbanding murid perempuan. Selaras dengan pandangan Atkinson (1978), dengan menyedari faedah pembelajaran, murid lebih bermotivasi dan berusaha untuk mendapat sesuatu dengan lebih baik.Semasa membandingkan sikap mengenai faedah amali pertanian di antara murid daripada keluarga berlatar belakang pertanian dengan murid daripada keluarga tiada latar belakang pertanian didapati kalangan murid tiada latar belakang pertanian lebih positif. Kecenderungan murid untuk mengetahui sesuatu perkara yang tidak diketahui sebelumnya akan menarik minat murid jika digarap dengan bijak (Eggen & Kauchak :1997). Berkemungkinan murid yang telah biasa dengan pertanian menganggap amali yang dilakukan adalah perkara biasa dilakukan. Manakala murid yang mempelajari sesuatu yang baru akan lebih berminat dan lebih bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya serta beroleh faedah darinya. Sikap murid terhadap amali juga ada kaitan dengan kemudahan amali yang disedoiakan oleh sekolah. Murid di mana sekolah mereka mempunyai kelengkapan yang lebih baik mempunyai sikap yang lebih positif berbanding murid yang sekolah mereka kurang kemudahan melaksanakan amali pertanian.Terdapat tiga kelompok saiz kelas iaitu kecil (15 murid sekelas atau kurang), sederhana (16 hingga 30 murid sekelas) dan besar (lebih daripada 15 murid sekelas). Sebanyak 39.5% responden menyatakan mereka menduduki kelas yang mempunyai ramai murid. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, banyak masalah yang timbul terutama semasa sesi amali. Berkemungkinan besar murid terpaksa berkongsi bahan dan alat serta menghadapi masalah ruang. Guru juga akan menghadapi masalah penyeliaan yang berkesan. Walau bagaimanapun hasil soal selidik mendapati tidak ada perbezaan persepsi terhadap amali pertanian di antara ketiga-tiga kelompok kelas ini.5.3 KesimpulanDaripada kajian yang telah dijalankan, kesimpulan dapatan ini adalah seperti berikut:5.3.1 Murid-murid di daerah Perak Tengah mempunyai persepsi yang positif terhadap amali pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 3.5.3.2 Murid-murid mempunyai persepsi yang positif terhadap guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 3. 5.3.3 Dari segi faedah pembelajaran amali pertanian, murid-murid bersikap positif dan menyatakan mata pelajaran ini adalah berfaedah kepada mereka.5.3.4 Kemudahan menjalankan amali pertanian di sekolah yang menawarkan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 3 masih belum mencukupi terutama untuk amali ternakan. 5.3.5 Terdapat ramai murid yang tidak melaksanakan beberapa tajuk amali semasa di Tingkatan I dan Tingkatan II terutama berkaitan ternakan. 5.3.6 Terdapat perbezaan dari segi pencapaian akademik di antara murid lelaki dan murid perempuan. Didapati pencapaian murid lelaki lebih baik berbanding murid perempuan.5.3.7 Terdapat perbezaan dari segi pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bagi sekolah yang lebih lengkap kemudahan amali berbanding sekolah yang kurang kemudahan amali.