dalam mahkamah rayuan malaysia di · pdf filepenghakiman hakim bicara terdapat di muka surat...

12
[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA BIDANG KUASA RAYUAN [RAYUAN JENAYAH NO: B-05-84-04/2013 (IRN)] ANTARA POOYAN TORKAMANIDEHGHAN BAHRAMALI … PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN (Dalam perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. 45A-214-2011 Antara Pendakwa Raya Lawan Pooyan Torkamanidehghan Bahramali) KORAM: MOHTARUDIN BAKI, HMR ZAKARIA SAM, HMR AHMADI HAJI ASNAWI, HMR

Upload: hakhanh

Post on 26-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

BIDANG KUASA RAYUAN

[RAYUAN JENAYAH NO: B-05-84-04/2013 (IRN)]

ANTARA

POOYAN TORKAMANIDEHGHAN BAHRAMALI … PERAYU

LAWAN

PENDAKWA RAYA … RESPONDEN

(Dalam perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan

Jenayah No. 45A-214-2011

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

Pooyan Torkamanidehghan Bahramali)

KORAM:

MOHTARUDIN BAKI, HMR

ZAKARIA SAM, HMR

AHMADI HAJI ASNAWI, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

2

ALASAN PENGHAKIMAN

[1] Perayu telah dituduh dan disabitkan kesalahan di bawah seksyen

39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 (ADB) iaitu kesalahan mengedar

dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 741 gm. Perayu telah

dihukum dengan hukuman mandatori iaitu hukuman mati di bawah seksyen

39B(2) Akta yang sama.

[2] Kami telah mendengar rayuan Perayu dan memutuskan sebulat

suara bahawa rayuan Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman dikekalkan.

Pada asasnya kami bersetuju dengan Penghakiman hakim bicara. Alasan

Penghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 hingga 124 Rekod

Rayuan Jilid 2.

[3] Fakta Kes Prima Facie:

Hakim bicara telah merumuskan fakta kes Pendakwaan di muka

surat 102 Rekod Rayuan Jilid 2:

“2. Fakta kes adalah seperti berikut:

a) Pada 16 November 2010 jam lebih kurang 11.00 pagi, Inspektor

Mohideen Hasim (SP3) yang sedang menjalankan pemeriksaan

dan pemerhatian ke atas penumpang-penumpang yang tiba di

KLIA telah melihat seorang lelaki berjalan menghala ke luar dengan

membawa satu beg galas. Lelaki itu dicamkan oleh SP3 sebagai OKT

dan juga melalui pasportnya (P25).

b) SP3 yang mengarahkan OKT yang membawa beg galas berwarna

coklat berjenama “Billabong” ke mesin pengimbas Kastam. Hasil

imbasan mendapati tiada sesuatu yang mencurigakan. SP3 tidak

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

3

berpuas hati dan mengarahkan OKT mengikut SP3 ke Pejabat

Narkotik KLIA.

c) Sampai di situ, SP3 mengarahkan OKT mengeluarkan semua

barang dari dalam beg galasnya. SP3 membuat pemeriksaan teliti

ke atas beg galas itu. Hasil pemeriksaan, SP3 menjumpai 3 peket

plastik putih masing-masing dibaluti kertas karbon mengandungi

dadah yang disembunyikan di dalam lapisan beg tersebut.”

[4] Diakhir kes Pendakwaan, Hakim bicara telah memutuskan bahawa

pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie. Ini dapat

dilihat di perenggan 3 Alasan Penghakiman beliau iaitu di muka surat 103

Rekod Rayuan Jilid 2.

[5] Peguam Perayu yang terpelajar, menyetujui bahawa kes prima facie

telah dibuktikan. Beliau hanya membangkitkan satu isu sahaja di dalam

rayuan di hadapan kami, iaitu Hakim bicara telah gagal memberi

pertimbangan maksimum yang sewajarnya kepada pembelaan Perayu.

[6] Pembelaan

Menurut Perayu, beliau telah pergi ke Syria untuk bercuti dan untuk

melawat tempat-tempat suci di sana. Perayu berjumpa dengan seorang

lelaki pada hari pertama di sana yang bernama Davoud Fotohi dan telah

berkawan dengannya. Perayu yang mencadangkan kepada Davoud untuk

pergi minum dan bergembira. Davoud membawa dua rakannya yang lain

dan mereka telah pergi ke sebuah hotel di mana Perayu menginap.

Mereka minum-minum di dalam biliknya. Pada masa itu, Davoud meminta

maaf kepada Perayu kerana terjatuh puntung rokok keatas beg galas

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

4

Perayu dan telah merosakkannya. Davoud berjanji untuk menggantikan

dengan beg yang baru.

Pada hari terakhir sebelum Perayu berlepas ke Malaysia dari Syria,

Davoud dan dua rakannya datang berjumpa Perayu dengan membawa beg

galas yang baru bagi menggantikan beg Perayu yang rosak sebelum itu.

Perayu telah memindahkan barang kepunyaannya ke dalam beg baru

tersebut dan mendakwa telah memeriksanya dan tidak merasakan apa-apa

yang mencurigakan dalam beg itu. Perayu menyatakan yang beliau akan

berjumpa semula dengan Davoud di Hotel De Palma, Kuala Lumpur

setelah tiba di Malaysia. Perayu menyatakan telah diperdaya oleh Davoud.

[7] Perayu telah mengemukakan percakapan beramaran beliau di bawah

seksyen 37A(1)(b) ADB, ianya telah ditandakan sebagai Eksibit D46 (rujuk

muka surat 163 – 165 Rekod Rayuan Jilid 2). Secara umumnya, Eksibit D46

mengulangi apa yang dikatakan oleh Perayu di dalam Mahkamah.

[8] Dapatan Hakim Bicara

Di dalam penghakiman Hakim bicara di muka surat 118 Rekod

Rayuan Jilid 2, Hakim bicara tidak mempercayai pembelaan Perayu yang

dianggapnya sebagai “shilly shally” dan “shifty”. Keterangan Perayu juga

didapati bercanggah menyebabkan “credibility” Perayu sebagai seorang

saksi adalah dipersoalkan. Hakim bicara memutuskan pembelaan adalah

“discrepant”. Ianya “at variance and which is repugnant”. Pembelaan

Perayu merupakan penafian kosong semata-mata.

[9] Peguam terpelajar telah berhujah bahawa Hakim bicara telah khilaf

apabila menyatakan pembelaan Perayu adalah penafian semata-mata, ini

kerana percakapan beramaran Perayu (Eksibit D46) dirakam pada

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

5

24.11.10 iaitu lapan hari selepas tangkapan, telah memberi maklumat

mengenai Davoud.

[10] Peguam Perayu telah merujuk kepada muka surat 38 Rekod Rayuan

Jilid I, di mana pegawai penyiasat (SP4) mengakui bahawa Perayu ada

memberi nama Davoud dan nombor telefon Hotel De Palma, Ampang di

mana Davoud menginap. Justeru peguam Perayu menghujahkan bahawa

SP4 gagal menyiasat mengenai Davoud, walaupun maklumat mengenai

nama Hotel De Palma Ampang, telah diberikan oleh Perayu kepada SP4.

Kegagalan polis untuk menyiasat perkara ini tidak dipertimbangkan oleh

Hakim bicara.

[11] Kami telah meneliti segala keterangan dan juga alasan penghakiman

Hakim bicara. Adalah diakui bahawa Hakim bicara tidak

mempertimbangkan percakapan beramaran Perayu, tetapi hakim bicara telah

meneliti “credibility” Perayu sebagai seorang saksi, di mana akhirnya

Hakim bicara membuat dapatan fakta bahawa Perayu tidak bercakap

benar. Justeru beliau tidak mempercayai keterangan Perayu.

[12] Penghakiman Hakim bicara di muka surat 114 hingga muka surat

118 Rekod Rayuan Jilid 2, telah menggariskan keterangan-keterangan

Perayu sendiri yang bercanggah:

12.1. Perayu bekerja sebagai Penghantar Surat dengan pendapatan

bulanan USD600/= sebulan.

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

6

12.2. Tujuan Perayu membeli tiket penerbangan ke Syria melawat

makam Nabi sebelum datang ke Malaysia untuk berhibur

(minum-minum) di kelab malam.

12.3. Harga tiket penerbangan pergi-balik ialah USD1,850/= iaitu

melebihi 3 bulan gaji Perayu. Perayu akui ianya berjumlah satu

jumlah yang besar bagi beliau.

12.4. Mengenai harga tiket ini Perayu menyatakan semasa soal-

balas di muka surat 46 Rekod Rayuan Jilid I, beliau membayar

matawang Iran (IRR) 1,850,000 iaitu bersamaan USD1,850/=

(rujuk muka surat 46 Rekod Rayuan Jilid I).

12.5. Sebaliknya juga semasa soal-balas di muka surat 49 Rekod

Rayuan Jilid I, Perayu menyatakan jumlah keseluruhan harga

tiket yang dibayar ialah IRR13,457,000/=. Hakim bicara

dengan menggunakan kadar pertukaran seperti yang

dinyatakan oleh Perayu di muka surat 46, bererti jumlah

tersebut bersamaan USD13,457/=. Perayu sendiri mengakui

ini adalah satu jumlah yang besar.

[13] Kami bersetuju adalah jelas Perayu tidak bercakap benar mengenai

harga tiket penerbangan beliau iaitu dari Tehran – Damascus – Kuala

Lumpur untuk penerbangan pergi dan balik.

[14] Seterusnya Hakim bicara telah menunjukkan satu lagi keterangan

Perayu yang bercanggah. Ini dinyatakan oleh Hakim bicara di muka surat

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

7

117 Rekod Rayuan Jilid 2, perenggan (b). Penghakiman Hakim bicara

adalah berdasarkan kepada keterangan Perayu iaitu:

14.1. Di muka surat 44 Rekod Rayuan Jilid 1, Perayu menyatakan:

“On my last day of my stay in Syria before departing for Malaysia, Davoud

and his friend came to see me and they brought a new bag to replace the

damaged bag of mine. They accompanied me to the airport. I transferred

my personal belongings to the new bag and bode farewell to them. I did

examined the bag they gave me and I did not see anything suspicious.”

14.2. Di muka surat yang sama perenggan seterusnya Perayu

menyatakan:

“Davoud’s friends took me to the airport and they told me they enjoyed

spending time with me. They said Davoud was already in Malaysia and

when I get there, to meet him."

[15] Sekali lagi, kami bersetuju bahawa Perayu tidak bercakap benar.

Pada mulanya beliau menyatakan Davoud dan kawan-kawannya datang

memberi beg baru ke hotel beliau menginap dan menghantar Perayu ke

lapangan terbang, tetapi dengan nafas yang sama beliau menyatakan

kawan-kawan Davoud yang menghantarnya ke lapangan terbang

menyatakan Davoud sudah berada di Malaysia.

[16] Seterusnya untuk memburukkan lagi di muka surat 50 Rekod

Rayuan Jilid I semasa pemeriksaan semula, Perayu menyatakan beliau

tidak perasan bahawa beg yang diberi (P26) adalah lebih berat daripada beg

beliau yang rosak kerana pada malam beliau menerima P26 beliau dalam

keadaan mabuk.

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

8

[17] Kami juga telah meneliti percakapan beramaran Perayu di mana di

muka surat 164 Rekod Rayuan Jilid 2, Perayu menyatakan bahawa:

“Davoud bersama kawan-kawannya telah datang memberi beg (P26) di

bilik hotel Perayu. Davoud menyuruh Perayu berjumpa beliau di Hotel De

Palma Ampang kerana beliau akan sampai dahulu ke Malaysia.”

[18] Adalah jelas keterangan Perayu tidak konsisten dan bercanggah.

Kami sebulat suara bersetuju bahawa “credibility” Perayu adalah terjejas.

Hakim bicara mempunyai asas kenapa beliau tidak mempercayai

pembelaan Perayu.

[19] Selain daripada percanggahan keterangan Perayu tersebut kami juga

mendapati tujuan Perayu untuk merancang dan berhibur di Malaysia

adalah meragukan jika diperhatikan dari Senarai Bongkar di muka surat

157 Rekod Rayuan Jilid 2, Perayu hanya membawa 4 helai baju T, 1 helai

seluar pendek, 1 helai jaket dan 1 helai “sweater”. Manakala wang tunai

pula hanyalah USD812/= sahaja. Tarikh penerbangan balik 18.11.2010

iaitu 3 hari selepas ketibaan Perayu. (Rujuk tiket penerbangan Perayu di

muka surat 152 Rekod Rayuan Jilid 2). Perayu sebagai seorang

Penghantar Surat dengan gaji bulanan USD600/= sahaja, tiket

penerbangan yang mahal serta memakan masa yang lama untuk

penerbangan Teheran – Damascus – Kuala Lumpur adalah sesuatu yang

meragukan.

[20] Dadah-dadah tersebut pula dibungkus dengan rapi (concealed)

menggunakan kertas “carbon” dan “sponge” untuk mengelak dari

pemeriksaan pihak berkuasa. Ini jelas apabila SP3 mengimbas P26

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

9

tersebut tiada apa-apa imej yang mencurigakan (rujuk muka surat 20

Rekod Rayuan Jilid 1).

[21] Faktor-faktor di atas jika dilihat secara keseluruhan adalah jelas

dapatan Hakim bicara adalah disokong oleh keterangan yang kredibel;

kami tiada sebab untuk campur tangan untuk mengubah dapatan fakta

tersebut.

[22] Percakapan Beramaran (D46)

Hujah Peguam Perayu kegagalan Hakim bicara mempertimbangkan

percakapan beramaran tersebut adalah “non direction” yang merupakan

“serious misdirection”. Kami menolak hujah ini. Di dalam keterangan lisan

Perayu di Mahkamah dengan keterangan di dalam percakapan beramaran

tersebut adalah sama iaitu beg (P26) berisi dadah yang menjadi hal

perkara pertuduhan diberi kepada Perayu oleh Davoud atau kawan

Davoud. Perayu tiada pengetahuan mengenai dadah tersebut.

Keseluruhan pembelaan Perayu telah dipertimbangkan oleh Hakim bicara

(rujuk muka surat 113 hingga muka surat 115 Rekod Rayuan Jilid 2).

[23] Keterangan lisan Perayu di Mahkamah hanyalah satu ulangan apa

yang dikatakan oleh Perayu di dalam percakapan beramaran tersebut.

Tiada apa-apa fakta baru di dalam percakapan beramaran tersebut. Kami

perturunkan muka surat 164 Rekod Rayuan Jilid 2 bahagian yang

berkenaan di dalam percakapan beramaran tersebut:

“Pada keesokan harinya iaitu hari ketiga saya di Syria, Davoud bersama

kawannya itu datang ke bilik saya dan bagi satu beg baru kepada saya. Saya

kemudiannya ambil pakaian saya dalam beg dan masukkan ke dalam beg baru

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

10

itu. Sebelum itu saya telah periksa bahagian dalam beg namun tidak ada apa-

apa barang di dalam beg dan beg itu hanya beg kosong. Seterusnya ketika

Davoud bagi beg dia menyatakan kepada saya bahawa nanti apabila tiba di

Malaysia jumpalah dia di Hotel De Palma, Ampang di Malaysia. Ini kerana

Davoud menyatakan dia akan sampai dahulu ke Malaysia. Davoud sedar

bahawa saya akan transit di Bahrain dahulu dan tidak bertolak bersamanya.

Seterusnya Davoud telah uruskan taxi untuk saya ke Lapangan Terbang di Syria

kerana saya tidak tahu berbahasa Arab.”

[24] Adalah jelas di dalam percakapan beramaran tersebut tiada butir-

butir peribadi Davoud, hanya nama Hotel De Palma Ampang sahaja yang

diberikan oleh Perayu supaya siasatan dapat dijalankan. Kes Alcontara

Ambrose Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705 yang dilandaskan oleh peguam

Perayu adalah berbeza. Di dalam kes “Alcontara” di muka surat 719 para

f:

“...that it was wrong for the Judge to have criticized the defence for having

failed to put to the Investigating Officer, the name of Che Mat or the latter’s

telephone number or his place of abode, for the simple reason that these

particulars had been disclosed in the cautioned statement of the appellant made

the day after his arrest so that the police had all the time in the world to check

their veracity...”

[25] Dari penelitian kami Hakim bicara telah mempertimbangkan secara

maksimum segala fakta di dalam keterangan lisan Perayu di Mahkamah

(rujuk muka surat 114 hingga 115 Rekod Rayuan Jilid 2). Segala fakta

tersebut adalah sama dengan fakta-fakta yang diberikan oleh Perayu di

dalam percakapan beramaran beliau. Perayu tidak memberi apa-apa

butiran pengenalan Davoud hanya memberitahu nama Hotel sahaja di

dalam percakapan beramaran tersebut. Fakta ini berbeza dengan kes

Alcontara (supra) yang dirujuk oleh Peguam Perayu di mana nama,

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

11

nombor telefon dan alamat kediaman pihak ketiga diberikan sehari selepas

beliau ditangkap.

[26] Pada asasnya Hakim bicara menolak keterangan Perayu sebagai

tidak bercakap benar. Kredibiliti Perayu telah terjejas. Kami telah meneliti

Penghakiman Hakim bicara dan kami tiada sebab untuk mengubah

dapatan fakta tersebut. Walaupun Hakim bicara tidak mengulas mengenai

percakapan beramaran Perayu, ianya adalah ulangan keterangan lisan

Perayu di Mahkamah. Di dalam kes Naggani Suno v. PP [2014] 1 MLJ

501 diputuskan:

“[22] In our view, the cautioned statement made by the Appellant to the

police , is not in itself evidence of truth of the facts stated therein. The cautioned

statement must not be accepted at face value but has to be tested and evaluated

by taking into account the entire evidence placed before the court.”

[27] Kami sedar bahawa beban ke atas pembelaan hanyalah untuk

menimbulkan keraguan yang munasabah. Keraguan yang munasabah

menurut undang-undang mantap adalah sesuatu yang “real” bukan

“imaginary doubt”. Ianya memerlukan “credible evidence”. Hakim bicara di

dalam penghakimannya jelas menunjukkan bahawa tiada “credible

evidence” apabila beliau menolak keterangan Perayu.

[28] Hujah terakhir Peguam Perayu adalah mengenai “conduct”. Dari

keterangan pegawai tangkapan (SP3), Perayu memberi kerjasama selepas

ditangkap, ini adalah “consistent with innocent”. Perkara ini adalah “non

issue”. Perayu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa di mana

tahap keselamatan adalah tinggi, sudah pasti tiada siapa cuba melarikan

diri atau melawan “to evade arrest”.

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI · PDF filePenghakiman Hakim bicara terdapat di muka surat 101 ... kepada keterangan Perayu iaitu: 14.1. Di muka surat 44 Rekod ... beg itu hanya

[2015] 1 LNS 641 Legal Network Series

12

[29] Dengan alasan-alasan di atas, kami sebulat suara menolak rayuan

Perayu sebagai tidak bermerit. Justeru sabitan dan hukuman Hakim bicara

disahkan dan dikekalkan.

(MOHTARUDIN BAKI)

Hakim

Mahkamah Rayuan Malaysia

Tarikh: 13 APRIL 2015

Kaunsel:

Bagi pihak perayu - N. Sivananthan; T/n Sivananthan

Peguambela, Peguamcara,

Suite No. 1, L17-01, PJX Tower,

No. 16A, Persiaran Barat,

46050 Petaling Jaya.

Bagi pihak responden - Nurshafini Mustafha; Timbalan Pendakwa Raya

Jabatan Peguam Negara

62100 PUTRAJAYA.