bentuk muka bumi.pptx
TRANSCRIPT
BAB6: MUKA BUMI:TANAH TINGGI
Penghargaan
Projek ini dapat diusahakan adalah atas kerjasama ahli kumpulan saya dan guru mata pelajaran geografi kami Cikgu Wan Ainamardia Wan Mat
Selamat Pagi dan salam satu Malaysia kami ucapkan kepada Guru mata pelajaran Cikgu Wan Ainamardia Wan Mat dan rakan seperjuangan sekalian.pada pagi yang bahagia dan penuh rahmat ini saya dan ahli kumpulan saya ingin menceritakan sedikit tentang tanah tinggi yang terdapat di Malaysia.
Kawan-kawan yang dihormati,
Kira-kira 60% daripada muka bumi di Malaysia terdiri daripada tanah tinggi yang
melebihi 180 meter dari aras laut ……..
Kawasan tanah tinggi ini terdiri daripada rangkaian banjaran gunung dan dataran tinggi …….
Kawasan tanah tinggi di MALAYSIA
terletak di:
b) pedalaman SABAH dan SARAWAK
a) bahagian tengah SEMENANJUNG MALAYSIA
Banjaran gunung di Malaysia adalah tinggi dan agak selari ……..
Ciri-ciri utama tanah tinggi di SEMENANJUNG MALAYSIA ialah :
a) bermula dari DATARAN TINGGI YUNAN di negara
China
b) terdiri daripada sekumpulan banjaran
gunung yang menganjur dari
sempadan THAILAND di utara ke JOHOR di
selatan
c) putara ketinggian ialah kira-kira 1525m
dan semakin merendah ke arah
selatan
d) paling luas di utara dan meruncing ke arah
selatan
e) terdiri daripada batu kapur dan batu granit
Ciri-ciri utama tanah tinggi di SABAH dan SARAWAK ialah :
a) terletak di bahgian barat dan tengah
SABAH
b) terletak di pedalaman SARAWAK
dengan purata ketinggian kira kira
1200m)
Semenanjung
Malaysia
Di Semenanjung Malaysia, kawasan tanah tinggi terletak di bahagian tengahnya. Kawasan pergunungan ini adalah tinggi di utara dan semakin rendah ke arah selatan. Di bahagian utara terdapat Banjaran Kedah-Singgora. Banjaran Bintang menganjur dari Thailand dan merentasi negeri Perak. Kemuncak yang tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Bintang (1 862 m). Banjaran Titiwangsa terletak di timur Banjaran Bintang. Banjaran ini menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan di selatan. Banjaran ini adalah banjaran yang terpanjang di Malaysia. Panjangnya kira-kira 500 km. Banjaran ini dikenal juga sebagai “tulang belakang” Semenanjung Malaysia. Ciri istimewa ini menjadikan Banjaran Titiwangsa sebagai banjaran yang utama di Semenanjung Malaysia. Gunung Korbu (2 183 m) adalah gunung yang tertinggi di banjaran ini. Ke arah timur Banjaran Titiwangsa ialah Banjaran Benom, Banjaran Tahan, dan Banjaran Pantai Timur. Gunung Tahan (2 187 m), iaitu gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Banjaran Tahan.
SABAH
Kira-kira 60% daripada kawasan Sabah terdiri daripada gunung-ganang. Kawasan tanah tinggi ini terletak di bahagian barat dan tengah Sabah. Banjaran Croker merupakan banjaran utama di Sabah. Di banjaran ini terdapat gunung-gunung yang tinggi seperti Gunung Kinabalu dan Gunung Tambuyukon di bahagian utara. Gunung Kinabalu (4 095 m) adalah gunung yang tertinggi di Malaysia.
Sarawak
Di Sarawak, kawasan banjaran gunung terletak di kawasan pedalaman. Purata ketinggian di sini ialah Gunung Murud (2 425 m) yang terletak di Banjaran Tama Abu. Banjaran ini adalah sambungan daripada Banjaran Croker di Sabah. Pergunungan Iran terletak di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak. Berhampiran dengan Banjaran Dulit dan Pergunungan Iran terdapat Dataran Tinggi Usun Apau dan Dataran Tinggi Merurong. Gunung Mulu adalah sebuah rabung yang banyak mempunyai gua batu kapur
Projek ini dibuat oleh saya dan rakan sekumpulan saya
Guru Mata Pelajaran Geografi:Cikgu Ainamardia
Nama kupumlan:Chok For Life Ahli kumpulan:Stephanie Ong
Michelle Loi
Valentina Liew
Christina Sam
Terima Kasih Atas Kerjasama anda….
Sekian, Terima kasih