dakwah melalui filem dan drama

3
SIRI ARTIKEL DAKWAH DAN MEDIA TAJUK:DAKWAH MELALUI FILEM DAN DRAMA OLEH:RUZAIN SYUKUR B MANSOR (B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM, KPLI j-QAF IPTEKNIK) http://www.akademipenulisbebas.wordpress.com Filem-filem barat acapkali menggambarkan Muslim terutamanya bangsa arab sebagai penuh amarah,penuh kebencian,dan adakalanya digambarkan sebagai pengganas.Tidakkah kita berasa terhina denga imej yang dipaparkan ?Andai mahu ditelusuri, ternyata kita mempunyai tugas besar iaitu menyaingi dan menangkis salah tafsir dunia barat terhadap muslim. Adakah kita sudah selesa dengan bayangan filem melayu yang tidak lepas dari lakonan stereotaip paparan dunia perniagaan, di samping keluarga yang mengalami pergolakan? Manakala aspek klise percintaan pula tidak ketinggalan di dalam slot drama. Kita harus keluar dari kepompong ini dengan menghasilkan filem-filem dakwah yang mampu membuka mata barat mengenai kehiduan sebenar muslim. Selain daripada itu, harus juga diterbitkan siri drama dan filem berunsur dakwah menceritakan tentang keindahan Islam .Ianya boleh ditonton oleh bukan sahaja Muslim tetapi bukan Islam dan bertindak selaku serampang dua mata. Pertama sebagai pengisi dahaga rohani dan kedua bertindak selaku program dakwah secara tidak langsung.Sementara itu kita harus mengambil kesempatan daripada kelekaan sekelompok golongan masyarakat yang leka di hadapan kaca 1

Upload: shuq-faqat-al-fansuri

Post on 02-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Dakwah Melalui Filem Dan Drama

TRANSCRIPT

SIRI ARTIKEL DAKWAH DAN MEDIA

TAJUK:DAKWAH MELALUI FILEM DAN DRAMAOLEH:RUZAIN SYUKUR B MANSOR(B.A. Hons Pengajian Ilmu Wahyu UIAM, KPLI j-QAF IPTEKNIK)

http://www.akademipenulisbebas.wordpress.comFilem-filem barat acapkali menggambarkan Muslim terutamanya bangsa arab sebagai penuh amarah,penuh kebencian,dan adakalanya digambarkan sebagai pengganas.Tidakkah kita berasa terhina denga imej yang dipaparkan ?Andai mahu ditelusuri, ternyata kita mempunyai tugas besar iaitu menyaingi dan menangkis salah tafsir dunia barat terhadap muslim.Adakah kita sudah selesa dengan bayangan filem melayu yang tidak lepas dari lakonan stereotaip paparan dunia perniagaan, di samping keluarga yang mengalami pergolakan? Manakala aspek klise percintaan pula tidak ketinggalan di dalam slot drama. Kita harus keluar dari kepompong ini dengan menghasilkan filem-filem dakwah yang mampu membuka mata barat mengenai kehiduan sebenar muslim. Selain daripada itu, harus juga diterbitkan siri drama dan filem berunsur dakwah menceritakan tentang keindahan Islam .Ianya boleh ditonton oleh bukan sahaja Muslim tetapi bukan Islam dan bertindak selaku serampang dua mata. Pertama sebagai pengisi dahaga rohani dan kedua bertindak selaku program dakwah secara tidak langsung.Sementara itu kita harus mengambil kesempatan daripada kelekaan sekelompok golongan masyarakat yang leka di hadapan kaca televisyen ketika umat Islam menyambut lebaran Aidilfitri dan perayaan lain dengan menayangkan slot tayangan drama bermesej merapatkan persaudaraan. Rancangan sebegitu bagi menyedarkan mereka pentingnya mengeratkan tali silaturrahim sesama ummat terutamanya ketika menyambut perayaan.Kita juga sepatutnya mengambil contoh kebanjiran drama berunsur dakwah dari Indonesia yang ditayangkan jelas membawa mesej dakwah yang melekat di sudut hati.Siri drama Demi Masa yang disiarkan oleh RTM Ketika bulan Ramadhan 1428 Hijrah yang lalu amat menarik.Ia mengisahkan seorang guru yang menggunakan pendekatan psikologi dan hikmah dalam menyampaikan dakwah secara langsung dapat menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

Sementara koleksi drama Kisah Benar TV3 banyak mengenengahkan kisah teladan kehidupan masyarakat untuk dijadikan tauladan.Menariknya di akhir sesi diselitkan sedikit sesi motivasi oleh pakar motivasi dan pendakwah sebagai kupasan dan cadangan penyelesaian masalah buat individu yang berkongsi masalah yang serupa.

Bagi menyelesaikan kemelut kekurangan drama dan filem dakwah , beberapa kaedah penyelesaian harus diambil kira.Penghasilan skrip drama dan filem dakwah harus diperhebatkan melalui pertandingan dan sayembara.Setelah itu, skrip yang bermutu tinggi harus diketengahkan ke dalam bentuk drama dan filem untuk tontonan umum.

Manakala masalah dana penerbitan sesebuah drama dan filem harus dikongsi bersama badan-badan dakwah dan organisasi korporat.Ia sebagai usaha jihad ke arah memperkasakan dunia penyiaran dakwah melalui media.Pengumpulan dana penerbitan melalui yayasan pula harus digerakkan bagi merancakkan industri penyiaran Islami ini.Dana yang sentiasa mencukupi ini akan memastikan kesinambungan penghasilan drama dan filem dakwah bermutu serta layak untuk di ketengahkan ke peringkat global.

Dari sudut pendidikan dan pembangunan modal insan, beberapa aspek latihan penggerak juga harus difikirkan.Sudah tiba masanya untuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menawarkan program Diploma dan Ijazah di dalam bidang Penyiaran Islam.Ia penting di dalam menghasilkan pengarah filem dan drama dakwah serta tenaga produksi yang berkemahiran tinggi.Program latihan untuk memperkasa industri ini harus mendapat tempat di institut latihan atau Kolej Islam Negeri agar memberikan peluang warga muda.

Tiada yang mustahil di dalam menjadikan filem dan drama Islami sebagai medium baru dakwah.Kerjasama badan pertubuhan kerajaan dan swasta amat diperlukan bagi menyokong usaha syarikat penerbitan menghasilkan drama yang bermutu dan mempunyai mesej yang bermanfaat.Kepelbagaian media baru di dalam berdakwah akan menjadi Islam sebagai agama yang sentiasa unggul dengan budaya ilmu dan sesuai untuk diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.* Ruzain Syukur B Mansor merupakan graduan Pengajian Ilmu Wahyu , UIAM Sebarang perkongsian dan maklumbalas boleh dihantar ke [email protected] atau layari blog peribadi di http://akademipenulisbebas.wordpress.comPAGE 1