dadah dari sudut agama

8
DADAH DARI SUDUT AGAMA 1. Agama Islam Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah (S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan. Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menjadi dalil haramnya benda-benda yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempat bagi menentukan sesuatu hukum. Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias. Imam-imam yang empat (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya,

Upload: gba02

Post on 17-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dadah

TRANSCRIPT

DADAH DARI SUDUT AGAMA1. Agama Islam

Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah(S.A.W.). Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kerhidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak di dalam kebinasaan.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menjadi dalil haramnya benda-bendayang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahawa Ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempat bagi menentukan sesuatu hukum. Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber yang keempat iaitu Al-Qias. Imam-imam yang empat (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum lagi wujud. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq(bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syariiyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakatseluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:-

Ertinya :"Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram"

(Hadis Bukhari dan Muslim)Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah Hadis:-

Ertinya :"Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"

Pengertian arak adalah luas termasuklah apa saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya yang sebenar.

Dalam hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadapperasaan dan akal fikiran penggunanya, Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah (S.W.T.), diri, keluarga dan masyarakat.

Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirhamtelah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dari segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-

"Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan had ke atasorang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.) dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatuyang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada lafaz dan maknanya." Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan jugakepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah (S.A.W.) ertinya:-

"Sesungguhnya Allah (S.W.T.) telah mengharamkan arak dan harganya."Dan sabdanya lagi:-

"Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya, tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang memakan harganya, orang yang membelinya dan orang yang dibelikan kepadanya".

Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh MajalahAl-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-

a. Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;

b. Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan

c. Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram. Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan danmembunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-

"Janganlah kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah (S.W.T.) maha belas kasihan kepada kamu".FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:-

"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan". Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawakepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s.a.w.) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:-

"Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya". Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983,setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-

"Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".

Daripada dalil-dalil di atas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripadaarak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.

2. Agama Buddha

Menurut Parabhava Sutta, Buddha pernah berkata : Drunkenness and drug addiction is the cause for ones downfall.Maksudnya : Kemabukkan dan ketagihan dadah adalah punca utama kejatuhan mereka.

He who is addicted to women, to drugs, to gambling and squanders whatever he earns will cause his own downfall,

Maksudnya : Siapa yang lebih ketagih perempuan, arak, dadah, perjudian dan membazirkan segala pendapatannya akan menyebabkan kebinasaan.

3. Agama Hindu

Diantara falsafah dan kitab Tamil ( Kural ) ada menyebut bahawa :a) Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati.

b) Manusia adalah makhluk berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tindak tanduknya dengan akal fikiran dan tidak sama sekali membiarkan pemikiran menyeleweng daripada sebab-sebab memasukkan dadah ke dalam tubuh.

c) Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, membahayakan diri mereka atau orang lain dikira adharmic di mana pembalasan adalah penderitaan. Oleh itu, seseorang yang menggunakan dadah adalah adharmic.

d)Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.4. Agama Kristian

Agama Kristian turut melarang pergunaan dadah di mana mereka telah berhujah bahawa pergunaan dadah boleh memisahkan penagih dadah daripada dunia yang sebenar. Penggunaan dadah juga akan memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam persekitaraan yang kurang baik.

God has invited us to shape a community of justice and love. Therefore this requires that we develop our potential as fully as possible and muster as much consciousness as we can. Choose live then, so that you and your descendants may live. ( Deut. 30.19 )

Maksudnya : Tuhan telah menjemput kita untuk menjadi masyarakat yang adil dan penuh dengan kasih sayang. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangan potensi kita sebaik mungkin dan mengerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah kehidupan yang lebih bermakna supaya kita dan keturunan kita akan hidup dengan bahagia.