dadah

6
DADAH Pada era globalisasi ini, masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja di negara kita menjadi semakin serius dan ketara dari semasa ke semasa. Mengikut Laporan Dadah(2012) yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri, Perak merupakan negeri yang mempunyai bilangan penagih paling tinggi bagi tahun 2012, iaitu 1,362 orang (15.11%). Masalah sosial ini telah membimbangkan pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan memandangkan gejala sosial ini boleh meruntuhkan sifat kesantunan dalam kalangan remaja. Hal ini kerana remaja yang menagih dadah tidak pandai menjaga maruah diri serta tidak mempunyai harga diri. Dalam hal ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menggesa dan menyeru agar seluruh anggota masyarakat bekerjasama dalam usaha mencegah gejala sosial ini. Gesaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini haruslah diberi perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia dan kita sepatutnya memberi kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membanteras gejala sosial ini. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan remaja menyalahgunakan dadah. Antara punca-puncanya adalah pengaruh rakan sebaya. Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM pernah menjelaskan bahawa sikap remaja yang mudah mempercayai orang lain terutamanya rakan yang rapat akan memudahkan remaja terjebak dalam gejala sosial termasuklah penagihan dadah. Mereka mudah mengikut sebarang perkara yang

Upload: zafarin-salleh

Post on 13-Apr-2016

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengaruh dadah dalam kalangan remaja, dimana rakan adalh penyumbang kepada gejala sosial

TRANSCRIPT

Page 1: DADAH

DADAH 

Pada era globalisasi ini, masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja di negara

kita menjadi semakin serius dan ketara dari semasa ke semasa. Mengikut Laporan

Dadah(2012) yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam

Negeri, Perak merupakan negeri yang mempunyai bilangan penagih paling tinggi bagi tahun

2012, iaitu 1,362 orang (15.11%). Masalah sosial ini telah membimbangkan pelbagai pihak

terutamanya pihak kerajaan memandangkan gejala sosial ini boleh meruntuhkan sifat

kesantunan dalam kalangan remaja. Hal ini kerana remaja yang menagih dadah tidak pandai

menjaga maruah diri serta tidak mempunyai harga diri. Dalam hal ini, bekas Perdana Menteri

Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menggesa dan menyeru agar seluruh

anggota masyarakat bekerjasama dalam usaha mencegah gejala sosial ini. Gesaan Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi ini haruslah diberi perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia dan kita

sepatutnya memberi kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membanteras gejala sosial ini.

    Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan remaja menyalahgunakan dadah. Antara

punca-puncanya adalah pengaruh rakan sebaya. Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program

Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM pernah menjelaskan

bahawa sikap remaja yang mudah mempercayai orang lain terutamanya rakan yang rapat

akan memudahkan remaja terjebak dalam gejala sosial termasuklah penagihan dadah. Mereka

mudah mengikut sebarang perkara yang dilakukan oleh rakan-rakan tanpa memikirkan akibat

yang akan dialami. Oleh itu, apabila terdapat rakan-rakan mengajak mereka untuk menagih

dadah, mereka yang berfikiran kurang matang ini akan mengikut perbuatan dan tingkah laku

rakan-rakan mereka. Natijahnya, golongan remaja ini terjerumus ke dalam kancah dadah.

Terdapat juga golongan remaja yang mengalami tekanan daripada rakan sebaya. Mereka

terpaksa mengambil dadah seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan supaya mereka diterima

oleh rakan-rakan serta tidak disisih atau dipulaukan oleh rakan-rakan.

    Selain itu, sifat naluri seseorang yang ingin mencuba juga menyebabkan remaja

mengambil dadah. Sebagai remaja, mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin

mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan

mereka. Oleh itu, dengan hanya mengambil sebiji pil yang menjadi punca utama kepada

penagihan dadah, mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Mantan Menteri Pelajaran

Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata bahawa perlakuan orang

dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang

tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya.

Page 2: DADAH

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat Malaysia

yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan ingin tahu adalah

28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas buat adalah

satu kebodohan dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya

tidak berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga

sanggup mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka

mendapatkan dadah.

     Di samping itu, kekurangan perhatian daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor

yang menyebabkan anak remaja terjebak ke dalam lembah dadah. Hal ini memang tidak

dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu

bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan

keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang

sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan

remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu

oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah

penagihan najis dadah.

     Selanjutnya, remaja yang kurang mendapat didikan agama juga mudah mengambil

dadah. Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah

disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak

memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi,  dalam dunia moden ini remaja

sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka.

Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang

telah dilarang oleh agama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau

menghindari dari perbuatan yang dianggap hina.

     Memandangkan gejala sosial ini boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif, kita haruslah

mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung masalah ini daripada terus

berleluasa. Antara langkah-langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini adalah

pihak kerajaan haruslah memperketatkan undang-undang dan mengenakan hukuman berat

terhadap pengedar dadah. Hal ini kerana tanpa pengedar dadah sudah tentu penagih tidak

dapat memperolehi bekalan dadah. Selain pengedar dadah, penagih dadah juga wajib dikena

hukuman berat. Contohnya,mengikut undang-undang dadah Malaysia, Akta Dadah

Berbahaya 1952, individu yang disabit dengan kesalahaan memiliki dadah jenis ganja seberat

200 gram atau lebih boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah

seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Dengan cara mengenakan hukuman berat, remaja

Page 3: DADAH

akan berasa takut dan tidak berani untuk melanggar undang-undang negara. Mereka tidak

berani terlibat dalam penagihan dadah kerana takut dikenakan hukuman berat. Sebagai

hasilnya, masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja pasti dapat dikurangkan serta

dibendung.

     Di samping itu, pendidikan untuk mencegah penyalahgunaan dadah juga harus diberikan

kepada anak muda kita. Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam

usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk

mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran

dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman

kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka.

Selain itu, pihak yang berkenaan boleh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti

perkhemahan motivasi dan sebagainya. 

     Akhirnya, ibu bapa juga berperanan penting dalam membantu remaja untuk megelakkan

diri daripada masalah gejala sosial ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapalah

individu yang dapat membentuk peribadi anak-anak. Sabda Rasulullah SAW, “Anak-anak

umpama sehelai kain putih, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada

Yahudi, Majusi atau Nasrani”. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memainkan

peranan penting dalam membantu usaha pencegahan penagihan dadah. Langkah ini perlu

dilakukan sejak anak-anak masih kecil lagi persis pepatah Melayu, melentur buluh biarlah

dari rebungnya. Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

pernah berkata, “Teruskanlah pengukuhan peranan keluarga sebagai institusi masyarakat

yang lalu mengimpikan satu generasi bebas dadah”. Menurut kata-kata beliau, institusi

kekeluargaan perlulah diperkukuh dan program keluarga sakinah perlulah dilaksanakan pada

setiap keluarga. Hal ini adalah demikian kerana keluarga yang berpecah belah merupakan

punca anak-anak mudah terjerumus ke dalam gejala negatif seperti menghisap dadah. Oleh

sebab itu, ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan

dan mengambil tahu hal-hal peribadi anak-anak bagi membantu kerajaan mencegah masalah

penagihan dadah.

      Kesimpulannya, semua pihak mempunyai tanggungjawab serta peranan masing-masing

dalam usaha untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah

menjelang tahun 2015. Semua pihak tidak kira pihak kerajaan atau badan bukan

kerajaan(NGO) haruslah sehati sejiwa senada seirama untuk membanteras gejala sosial dalam

kalangan remaja ini bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat serta mengekalkan

kestabilan dan ketahanan nasional.