rundingan damai mindanao 2012- milf - manila

Upload: abd-matiin-ong

Post on 02-Mar-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Assignment Perundingan tawar menawar

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWAR

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR MENAWARGMGM3033

1. PENGENALANTugasan ini adalah untuk mengkaji konflik - konflik yang pernah berlaku sekitar tahun 2000 dan ke atas. Merungkai permasalahan di Malaysia dan juga serata Asia memerlukan banyak rujukan dan bahan yang mampu membuatkan kajian ini tepat dan padat. Pertama sekali, erti sebenar konflik mestilah diteliti dan difahami. Konflik ditafsirkan sebagai sesuatu proses di mana pihak dengan keinginan berlainan setiap satunya percaya bahawa yang lain cuba atau bertindak menentang mereka, dan melakukan tingkah-laku yang merosakkan pihak lain. Konflik acap kali ditafsirkan sebagai perselisihan, namun boleh juga diertikan pertikaian. Sungguhpun konflik sering dilihat sebagai negetif, dalam keadaan tertentu, ia mampu membawa hasil yang baik.Konflik sememangnya jarang dilihat sebagai membina, bagaimanapun dalam konteks tertentu seumpama dalam sukan, konflik tahap serdahana boleh dilihat sebagai menguntungkan kedua pihak, membantu saling memahami, tolak ansur, belajar dan berkesan. Jowett., S., (2007) membezakan antara konflik kandungan, di mana individual bertelagah mengenai bagaimana mengendali isu tertentu, dan konflik hubungan, di mana individual bertelagah mengenai sesama sendiri, menyedari bahawa konflik kandungan boleh menguntungkan, meningkat motivasi dan merangsang perbincangan, sementara konflik hubungan menrosotkan prestasi, kesetiaan, rasa puas hati, komitmen, dan menyebabkan individual menjadi terganggu, negetif, benci dan syak wasangka. Ada pendapat yang mengatakan bahawa konflik menguntungkan dalam kumpulan dan komiti bagi mengelakkan kognatif berat sebelah dalam "Pemikiran Berkumpulan".Janis., I. (1971).

Seorang pengjkaji yang bernama Nicholson., M. (1992) pula menulis mengenai cara penyelesaian konflik. Dia menyedari bahaya penyelesaian konflik diselesaikan apabila perbezaan antara keinginan dan tindakan kedua pihak diselesaikan. Perundingan merupakan bahagian penting dalam penyelesaian konflik, dan sebarang reka bentuk bagi proses yang cuba memasukkan konflik positif dari mula perlu berhati-hati agar tidak membiarkannya merosot menjadi konflik negatif.Untuk kajian ini, kumpulan kami telah memilih untuk memandang lebih luas ke Asia Tenggara mengenai permasalahan atau konflik yang dihadapi di Filipina sejak berabad lalu. Perdana Menteri Malaysia, Dato` Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengambil langkah bijak untuk terlibat sama menyelesaikan konflik yang dihadapi di wilayah Filipina ini. Meskipun konflik ini sememangnya tidak berkait secara langsung dengan negara Malaysia, namun kesejahteraan serantau sebenarnya sangat penting bagi memastikan Malaysia membangun secara sempurna tanpa ancaman luar seperti perang dan sebagainya.Perjanjian awal damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mendapat reaksi melegakan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada penduduk di wilayah selatan negara itu. Perjanjian yang dicapai menerusi rundingan damai kali ke-32 tersebut bakal menyaksikan konflik selama 40 tahun di wilayah itu berakhir dan satu wilayah baharu autonomi yang dikenali sebagai Bangsamoro akan dibentuk.Kata putus yang dicapai menerusi perjanjian tersebut memberi makna tersendiri kepada kedua-dua belah pihak, termasuk Malaysia yang menjadi orang tengah dalam setiap rundingan yang diadakan antara kedua-dua pihak sejak lebih sedekad lalu. Peranan Malaysia selaku pengantara bagi kedua-dua pihak bermula sejak era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, diteruskan semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sehingga era Datuk Seri Najib Tun Razak.2. PENGENALAN KONFLIKSetalah berjuang sekian lama, pihak kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front atau MILF) akhirnya bersetuju berdamai menerusi satu Kerangka Persetujuan Perdamaian Mindanao, ditandatangani secara formal pada 15 Oktober 2012 di Istana Malacanang, Manila. Persetujuan ini diumumkan oleh Presiden Benigno Aquino pada sidang akhbar di Manila.Presiden Aquino dalam kenyataannya yang mengambil kira semangat dan aspirasi perjuangan pejuang kebebasan Moro yang telah berjuang untuk kemerdekaan mereka sejak abad ke-15 lagi menyatakan bahawa, "perjanjian ini membentuk satu entiti politik yang baru dan ia berhak untuk mendapat nama yang menggambar dan menghormati perjuangan nenek moyang mereka di Mindanao dan meraikan sejarah dan karakter bahagian ini dalam negara kita. Nama itu adalah Bangsamoro,".Ini adalah satu peristiwa penting dalam sejarah kerana akhirnya Bangsamoro diterima sebagai satu identiti berdaulat oleh pihak yang satu ketika dulu dilihat sebagai penjajah oleh orang mereka. Bangsamoro juga nama yang diberikan kepada kawasan yang didiami oleh lebih kurang lima juta penduduk beragama Islam di Selatan Filipina ini. Nama ini akan menjadi nama rasmi kawasan ini menggantikan nama yang sedia ada iaituAutonomous Region of Muslim Mindanao(ARMM) apabila proses transisi kuasa tamat kelak. Sama ada negeri Bangsamoro ini berjaya mencapai perdamaian dan membangunkan masa depan yang lebih baik kepada penduduknya akan bergantung kepada bagaimana kerangka perdamaian ini diimplementasikan.3. SEJARAH KONFLIK DAN PROSES DAMAIProses perdamaian di Mindanao antara kerajaan Filipina telah berlaku hampir 40 tahun. Konflik itu sendiri sebenarnya telah berlangsung lebih lama iaitu sejak abad ke-16. Apabila penjajah Sepanyol datang ke rantau ini, mereka telah berdepan dengan sekelompok pejuang beragama Islam di kepulauan yang kemudiannya dipanggil Filipina. Mereka tidak berjaya menghapuskan tentangan daripada masyarakat ini yang mereka panggil "Moro" sempena nama pejuang Islam yang menentang penjajahan Sepanyol di utara Afrika, ataupun "Moors", Nama Moro ini kekal sebagai nama kepada 13 kumpulan etno-linguistik beragama Islam yang tinggal di Mindanao dan pulau lain di Selatan Filipina, termasuk Sulu, Palawan, Basilan dan Tawi-Tawi. Perkataan "Bangsa" kemudiannya ditambah kepada "Moro" untuk menunjukkan bahawa kumpulan Moro yang berbeza seperti Maranao, Maguindanao, Tausug, Iranun, Bajau dan lain-lain lagi adalah serumpun atau sebangsa dengan agama Islam sebagai penyatu kepada bangsa ini. Penyatuan ini penting kerana menunjukkan kesatuan mereka sebagai satu bangsa yang dijajah dan tekad mereka untuk membebaskan diri daripada penjajahan negara Filipina.Proses penentangan penjajahan yang bermula dengan penentangan terhadap Sepanyol disambung kepada penentangan penjajah Amerika dalam abad ke-19 dan 20, seterusnya disambung kepada kerajaan Filipina dalam tahun 1960-an di bawah payung, Pergerakan Kemerdekaan Mindanao (Mindanao Independence Movement). Kejadian pembunuhan beramai-ramai anak muda Moro di Pulau Corregidor atau dikenali sebagaiJabidah Massacredalam tahun 1968 membangkitkan semangat mereka untuk menubuhkan barisan pembebasan menentang penindasan kerajaan Filipina.Dalam tahun 1971, Barisan Pembebasan Nasional Moro (Moro National Liberation Front- MNLF) ditubuhkan di bawah pimpinan Nur Misuari dan Salamat Hashim (Ustaz Hashim) sebagai timbalannya. Presiden Marcos memberi respons dengan mengisytiharkan Undang Undang Darurat di Selatan Filipina sebagai usaha menghapuskan perjuangan Moro ini. Intensiti konflik yang meningkat dalam awal tahun 70-an ini seterusnya menyaksikan ramai pelarian dari Selatan Filipina ke Sabah mencari kehidupan lebih aman. Jumlah pelarian ini meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah hampir 100,000 pada awal tahun 2000.MNLF kemudiannya mengambil keputusan berunding dengan kerajaan Filipina dan akhirnya menandatangani perjanjian Tripoli di bawah seliaan Libya pada 1976. Tahun berikutnya Ustaz Hashim bersama pengikutnya keluar dari MNLF dan menubuhkan MILF kerana tidak bersetuju dengan usaha Nur Misuari dan perjanjian Tripoli. Semenjak itu MILF dan MNLF berjalan selari dengan dua pemimpin yang mempunyai latar belakang dan hal tuju berbeza - Nur Misuari selaku mantan pensyarah politik Universiti Filipina berpendekatan sekular, manakala Ustaz Hashim mempunyai latar belakang agama yang kuat dengan pendidikan di Timur Tengah. Satu lagi serpihan MNLF adalah kumpulan Abu Sayyaf yang dibawa keluar dari MNLF oleh sekumpulan mubaligh Islam muda pada 1991 kerana perbezaan pendapat dengan pemimpin MNLF.Perjanjian Perdamaian Akhir (Final Peace Agreement- FPA) antara kerajaan Filipina dan MNLF, hasil fasilitasi Indonesia di bawah payung OIC, dicapai pada 1996. Perjanjian ini melihat pembentukan Daerah Autonomi Muslim Mindanao (Autonomous Region of Muslim Mindanao -ARMM) di bawah pimpinan Nur Misuari dan MNLF. Bagaimanapun, usaha perdamaian tidak tercapai kerana masalah dalaman di ARMM termasuk kekurangan dana untuk pentadbiran dan menjalankan program, penyelewengan kuasa, korupsi dan perbalahan semasa ahli MNLF.ARMM juga ditolak oleh MILF kerana dianggap sebagai usaha kerajaan Filipina untuk mengekalkan penjajahan Manila ke atas orang Bangsamoro. MILF seterusnya memulakan perundingan mereka sendiri dengan kerajaan Filipina pada 1997. Perundingan ini dihentikan apabila usaha peperangan habis-habisan (all out war) dijalankan oleh Presiden Estrada pada tahun 2000. Perundingan disambung semula selepas Estrada dijatuhkan dan Presiden Gloria Macapagal Arroyo meminta bantuan Malaysia menjadi fasilitator dalam proses perundingan seterusnya.Malaysia dipercayai kerana dilihat sebagai sebuah negara jiran yang dihormati oleh kedua-dua belah pihak selain negara Islam yang mempunyai keupayaan untuk mengajak kelompok MILF ke arah perdamaian. Perundingan yang bermula kembali pada 2001 ini segera membuahkan hasil dengan perjanjian gencatan senjata. Ini diikuti dengan persetujuan meningkatkan keadaan sosioekonomi penduduk Mindanao dengan penubuhan Agensi Pembangunan Bangsamoro (Bangsamoro Development Agency- BDA).Seterusnya dalam tahun 2004, kedua-dua pihak bersetuju menerima pasukan pemantau antarabangsa yang dipimpin oleh Malaysia dengan namaInternational Monitoring Team(IMT). IMT ini melibatkan juga negara lain seperti Brunei dan Libya (Jepun menyertai pasukan ini pada 2007). Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada masa sekarang telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin pasukan IMT yang pertama. IMT telah berjaya mengurangkan insiden keganasan dan pertempuran antara kelompok bersenjata di Mindanao.Perundingan damai yang berjalan di Malaysia berjaya menghasilkan perjanjian berkenaan kawasan tanah warisan atauMemorandum of Agreement on Ancestral Domain(MOA-AD) pada 2008. Malangnya MOA-AD ini telah ditentang oleh beberapa pemimpin Kristian tempatan di Lanao dan Zamboanga. Mereka ke Mahkamah Agung Filipina untuk menghentikan proses perdamaian ini. Mahkamah kemudiannya mengeluarkan arahan penahanan sementara (temporary restraining order- TRO) ke atas proses ini menyebabkan acara perjanjian yang dirancangkan di Putrajaya pada Ogos 2008 tidak terlaksana.Atas bangkangan ini juga Mahkamah Agung Filipina akhirnya mengisytiharkan proses perdamaian ini tidak sah dan berlawanan dengan perlembagaan(unlawful and unconstitutional) kerana dianggap membincangkan hal yang di luar bidang kuasanya dan tidak merujuk kepada masyarakat setempat yang akan dipengaruhi oleh keputusan perjanjian ini. Akibatnya, proses perdamaian terpaksa dihentikan. Perkara ini juga mengakibatkan dua komandan MILF keluar memberontak bersama pengikut mereka mengakibatkan kematian beratus orang pada ketika itu. Kumpulan serpihan ini kemudiannya keluar dari MILF dan membentuk Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro atauBangsamoro Islamic Freedom Fighters(BIFF). Walaupun telah ditolak oleh pihak MILF, kumpulan ini masih menganggap diri mereka pemantau proses perdamaian dan nasib masyarakat Bangsamoro.Perundingan yang terhenti selepas insiden 2008 itu kemudiannya disambung kembali dengan pelantikan Presiden Aquino dalam tahun 2010. Beliau meletakkan perdamaian di Mindanao sebagai antara agenda utama pentadbirannya. Beliau telah memanggil Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Filipina, Marvic Leonen mengetuai panel perunding kerajaan Filipina. Ini ekoran banyak persoalan undang-undang dan perlembagaan yang perlu dijawab dalam perundingan ini. Leonen kemudiannya mengumpulkan ahli panelnya termasuk ahli akademik Miriam Coronel Ferrer dari Universiti Filipina dan wakil masyarakat Bangsamoro sendiri Yasmin Busran Lao. Di pihak MILF, kebanyakan ahli panel dikekalkan kerana pengalaman mereka seperti ketua panel Mohagher Iqbal dan Datu Michael Mastura. MILF juga menambah ahli panel seperti Profesor Abhoud Syed Lingga dariInstitute of Bangsamoro Studiesdan peguam yang juga aktivis hak asasi manusia, Raissa Jajurie.Perundingan yang difasilitasi oleh Malaysia ini mempunyai ciri-ciri inovasi yang tiada dalam mana-mana perundingan sebelumnya. Di samping pasukan pemantau antarabangsa atau IMT, proses ini juga melihat pelantikan kumpulan pemerhati luar yang dipanggilInternational Contact Group(ICG). ICG terdiri daripada empat negara - United Kingdom, Arab Saudi, Turki dan Jepun, selain empat pertubuhan antarabangsa -Conciliation Resources(UK),Center for Humanitarian Dialogue(Switzerland),Asia Foundation(US), dan Muhammadiyah (Indonesia). Terdapat juga komponen penjagaan kepentingan masyarakat yang dipimpin oleh wakil Kesatuan Eropah. Kesemua ini untuk memastikan proses perundingan berjalan lancar dan terdapat jaminan terhadap hasil perundingan (peranan ICG) dan kepentingan masyarakat terjaga.Aquino juga mempunyai matlamat yang spesifik iaitu menghabiskan usaha ini selama masih lagi Presiden Filipina. Jika isu ini tidak diselesaikan sekarang, kita tidak pasti apakah presiden selepas ini juga mempunyai hasrat yang sama untuk perdamaian di Mindanao. Tempoh Presiden Aquino adalah enam tahun dari 2010 hingga 2016. Beliau juga memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mengimplementasikan perjanjian ini. Sebarang penyelesaian konflik perlu melalui proses referendum dengan masyarakat tempatan yang dipengaruhi, di samping perlu melalui Kongres dan Senat Filipina, serta tidak dibangkang oleh Mahkamah Agung.Semua ini memerlukan masa. Butir-butir spesifik berkenaan perjanjian ini juga perlu dikembangkan dan disosialisasikan kepada masyarakat Mindanao yang terdiri bukan hanya oleh masyarakat Islam Bangsamoro bahkan masyarakat Kristian dan Lumad. Pendapat mereka perlu diambil kira malah persetujuan dan sokongan mereka juga diperlukan. Ini akan mengambil masa. Halangan juga akan ada daripada kelompok MNLF yang masih ingin mengekalkan struktur pemerintahan ARMM. Mereka juga perlu diyakini untuk menyokong Kerangka Persetujuan (Framework Agreement)penubuhan negeri Bangsamoro ini.Kerangka ini adalahroadmapatau jalan ke arah perdamaian di Mindanao. Ia bermula dengan penerimaan Bangsamoro sebagai bukan hanya satu identiti tetapi juga satu entiti, dengan kawasan dan kuasa yang spesifik. Kerajaan Bangsamoro akan ditubuhkan berdasarkan undang-undang dasar yang akan digubal oleh Pesuruhjaya Transisi yang terdiri daripada 15 wakil masyarakat Bangsamoro yang dilantik oleh kerajaan Filipina dan MILF. Pesuruhjaya ini kemudiannya akan digantikan oleh Autoriti Transisi Bangsamoro dan akhirnya badan legislatif dan eksekutif yang akan membentuk kerajaan Bangsamoro.Perjanjian komprehensif berkenaan penubuhan negeri Bangsamoro dijangka dicapai dengan ahli-ahlinya akan dilantik melalui proses pilihan raya dan akhirnya masyarakat Bangsamoro akan dapat menikmati pemerintahan sendiri sebagai satu bangsa berdaulat setelah beratus tahun bergelumang dengan konflik, penjajahan dan penindasan. Peranan Malaysia akan berterusan dalam memastikan implementasi kerangka ini berjalan lancar. Ini termasuk meneruskan kerja sebagai fasilitator perundingan serta peranan IMT memantau keselamatan di lapangan.Kejayaan proses ini bergantung kepada banyak faktor termasuk peranan yang dimainkan oleh pemerintah Malaysia dan badan lain seperti Universiti Sains Malaysia yang telah membantu dengan program-program konsolidasi dan rekonsiliasi pihak-pihak yang berkonflik. Dalam kes seperti ini, setiap inisiatif adalah bermakna dan diharapkan perdamaian ini akan berkekalan. 4. PERJANJIANPerjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang penuh bersejarah, ditandatangani di Manila yang mana, secara rasminya mengiktiraf kewajaran dan perjuangan sah rakyat Bangsamoro serta hasrat mereka untuk menentukan masa depan politik melalui satu proses demokratik yang akan menjamin identiti dan kemakmuran mereka. Selain memberi kuasa berpemerintahan sendiri yang bermakna kepada Bangsamoro, perjanjian damai yang diusahakan Malaysia ini juga menyaksikan berakhirnya permusuhan bersenjata antara kerajaan Filipina (GPH) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).Perjanjian ini ditandatangani dengan disaksikan Presiden Filipina Benigno Simeon Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Malacanang, perjanjian damai ini juga menjurus ke arah pemansuhan ketidaksamaan ekuiti budaya melalui modaliti yang dipersetujui bagi mengagihkan secara sama rata kekayaan dan kuasa politik demi kebaikan bersama.

Penandatangan perjanjian itu ialah Miriam Coronel Ferrer, yang mengetuai panel damai kerajaan dan pengerusi panel MILF Mohagher Iqbal serta anggota panel masing-masing, di samping pemudah cara Malaysia Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed. Rundingan damai ini bermula di Filipina pada Januari 1997, diteruskan di bawah naungan kerajaan Malaysia mulai 2001, hingga membawa kepada Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro pada Oktober 2012 dan siapnya semua dokumen sisipan berkaitan pada Januari 2014.CAB dilengkapi pelbagai perjanjian, garis panduan, terma rujukan dan kenyataan bersama yang ditandatangani dan diperakui oleh GPH dan MILF sepanjang berlangsungnya proses rundingan mulai 1997. Ini termasuk Perjanjian bagi Penamatan Permusuhan Umum yang ditandatangani pada 18 Julai 1997 di Cagayan de Oro City, Perjanjian mengenai Rangka Kerja Umum bagi Penyambungan Rundingan Damai yang ditandatangani pada 24 Mac 2001 di Kuala Lumpur dan Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro yang ditandatangani pada 15 Oktober 2012 di Manila. Dokumen lain yang ditandatangani termasuk lampiran mengenai aturan transisi dan modaliti (27 Feb 2013 di Kuala Lumpur), lampiran mengenai penjanaan hasil dan perkongsian kekayaan (13 Julai 2013 di Kuala Lumpur), lampiran mengenai perkongsian kuasa (8 Dis 2013 di Kuala Lumpur) dan lampiran mengenai penormalan (25 Jan 2014 di Kuala Lumpur). Tambahan mengenai kawasan perairan dan zon kerjasama bersama Bangsamoro pula ditandatangani pada 25 Januari 2014 di Kuala Lumpur."Ia akan membuka laluan ke arah mencapai penyelesaian politik secara rundingan berkaitan Persoalan Bangsamoro, dan dengan itu menamatkan konflik bersenjata antara GPH dan MILF, serta memupuk keamanan dan kestabilan di rantau dunia sebelah sini," demikian antara kata-kata yang terkandung dalam dokumen lima muka surat mengenai usaha untuk mencapai keamanan di selatan Filipina itu.Menurut dokumen itu lagi, pihak yang menandatangani perjanjian itu komited untuk melindungi dan meningkatkan hak rakyat Bangsamoro serta penduduk lain di Bangsamoro berhubung maruah manusia; merapatkan jurang ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik; dan memperbetulkan ketidakadilan sejarah yang dilakukan terhadap Bangsamoro selama ini. "Pihak berkenaan mengiktiraf identiti dan kilanan sah Bangsamoro. Pada waktu yang sama, mereka juga mengukuhkan komitmen untuk saling menghormati identiti satu sama lain dan kesaksamaan harga diri setiap orang dalam komuniti politik," kata CAB itu.GPH dan MILF berikrar untuk berusaha ke arah pelaksanaan sepenuhnya CAB berkenaan hingga membawa kepada tertubuhnya Pihak Berkuasa Transisi Bangsamoro dan kerajaan Bangsamoro. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk saling berusaha ke arah penubuhan satu entiti politik baru Bangsamoro yang akan melindungi hak individu dan kolektif serta menjadi wakil yang benar-benar demokratik bagi penduduk yang bersifat pelbagai. Di sampin itu, mereka juga berhasrat memulihkan secara beransur-ansur kawasan yang sebelum ini terjejas oleh konflik dan menjadikannya komuniti yang aman dan progresif.Turut disebut dalam perjanjian damai ini ialah penghargaan ikhlas pihak berkenaan kepada kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Mohd Najib kerana sokongan beliau terhadap rundingan damai GPH-MILF dan peranan yang dimainkan Malaysia sebagai pemudah cara pihak ketiga serta ketua misi Pasukan Pemantau Antarabangsa. Mereka juga memuji Suruhanjaya Transisi Bangsamoro kerana usahanya menyiapkan deraf Undang-undang Asas Bangsamoro.RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFISophia Jowett (2007). Social Psychology in Sport. Human Kinetics. ms.34. ISBN978-0-7360-5780-6. Diperoleh pada 11 October 2012.Janis, I. L. (November 1971). "Groupthink". Psychology Today 5 (6): 4346, 7476.Michael Nicholson (27 March 1992). Rationality and the Analysis of International Conflict. Cambridge University Press. ms.13. ISBN978-0-521-39810-7. Diperoleh pada 11 October 2012.Mingguan Malaysia, 14 Oktober 2012, ms 6, AnalisisAbbas, M., Is a Bangsa Moro State within a Federation the Solution?, Ateneo Law Journal, Vol. 48 No. 2, September 2003

Abinales, P., Making Mindanao: Cotabato and Davao in the Formation of the Philippine Nation-State, Ateneo de Manila University Press, Manila, 2004.

Abinales, P. & Amoroso, D., The Withering of Philippine Democracy, History Current, Sept. 2, 2006.Abuza, Z., Balik Terrorism, Strategic Studies Institute, U.S. Army War College, September 2005.

Bacani, B., Building a Constituency for Resolving the Moro Ancestral Domain Question, Autonomy and Peace Review, Vol. 2, Issue 2, April-June 2006.Bacani, B., MNLF Loses the ARMM: A Setback for Peace?, Autonomy and Peace Review, Vol. 1, Issue 1, October-December 2005.

Bangsamoro: Make It a Freeport Zone, Newsbreak, November 13, 2006.

Barnett, T., The Pentagons New Map, Esquire, March 2003 athttp://www.thomaspmbarnett.com/published/pentagonsnewmap.htm

Battling the Abu Sayyaf, batting for extra measures, Interview with Armed Forces of the Philippines spokesman Gen. Edilberto Adan with INQ7.Net athttp://www.inq7.net/exclusive/2001/june/30/adan_30-1-1.htm

Bergensen, A. and Lizardo, O., International Terrorism and the World System, Sociological Theory 22:1, March 2004.

Collier, K., Islands of Prosperity: Synergising Free Trade, Border Security and Conflict Resolution in the Sulu Zone, Report for the Workshop on Security for Economic Growth of AusAID East ASEAN Initiative, March 12-13, 2007.

Cook, M. and Collier, K., Mindanao A Gamble Worth Taking, Lowy Institute Paper 17, Lowy Institute for International Policy, New South Wales, Australia, 2006,

Copley, G., The Art of Victory, Strategies for Personal Success and Global Survival in a Changing World, Threshold Editions, New York, 2006, p. 107.

Corrado, M., The Programme of Rehabilitating Internally Displaced Persons and Communities in the Southern Philippines (GOP-UNDP-EC): The Role of the European Union in the Protection of Human Rights in Third Countries, federalismi.it n. 10/2006.

Davis, A., Philippine security threatened by small arms proliferation, Janes Intelligence Review, August 4, 2003 athttp://www.janes.com/security/international_security/news/jir/jir030804_1_n.shtml

De La Costa, H., The Jesuits in the Philippines 1581-1768, Harvard University, Cambridge, 1967.

Duffield, M., Human Security: Development, Containment and Re-territorialization Chatham House ISC/NSP Briefing Paper 05/02, The Globalization of Security, October 2005.

Feickert, A., U. S. Military Operations in the Global War on Terrorism: Afghanistan, Africa, the Philippines, and Colombia, Congressional Research Service, The Library of Congress, February 4, 2005.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121015/lu_05/Konfrantasi-berdarah-di-selatan-Filipina-berakhir-Bangsamoro-akan-lahir

Fianza, M., Contesting Land and Identity in the Periphery: The Moro Indigenous People of Southern Philippines, Working paper prepared for the 10th Biennial Conference of the International Association for the Study of Common Property, August 9-13, 2004, held at Oaxaca, Mexico.

From the editors desk, Peacework, American Friends Service Committee, February 2002 athttp://www.peaceworkmagazine.org/pwork/0202/020201.htm

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/03/27/perjanjian-damai-filipina-dan-bangsamoro/#https://www.usm.my/index.php/en/info-gateway/media/newspaper-articles/831-kejayaan-proses-damai-mindanaoGuerin, B., New terrorism front opens in Indonesia, Asia Times Online, March 14, 2007 atwww.atimes.com

Hayase, S., Mindanao Ethnohistory Beyond Nations, Maguindanao, Sangir, and Bagobo Societies in East Maritime Southeast Asia, Ateneo de Manila University Press, Manila, 2007, p. 18.

Tan, A., Southeast Asia as the Second Front in the War Against Terrorism: Evaluating Threat and Responses, Terrorism and Political Violence, Vol.15, No.2 (Summer 2003), p. 123.

Warren, J., The Global Economy and the Sulu Zone, Connections, Commodities and Culture, New Day Publishers, 2000, p. 4.

From the editors desk, Peacework, American Friends Service Committee, February 2002 athttp://www.peaceworkmagazine.org/pwork/0202/020201.htm

Dela Cruz, J., U.S. Oil Interests Behind Bill on Sulu Sultanate, Bulatlat.com, Vol. VI No. 20, June 25 July 1, 2006 athttp://www.bulatlat.com/news/6-20/6-20-oil.htm

https://www.usm.my/index.php/en/info-gateway/media/newspaper-articles/831-kejayaan-proses-damai-mindanao218154, 218223, 218265, 218266, 218270, 218376 19