ctt(1)

Upload: kelabk

Post on 06-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 CTT(1)

    1/115

    Imani Hatta

    1

    Allah berfrman dalam Surah an-Nur, ayat 19:

    ...dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala

    perkara) sedang kamu tidak mengetahui

    (yang demikian).

    SURI IMANI SHAMSUL AZHARI

    memeluk tubuh. Matanya

    memerah. Pipinya terasa pijar

    dek tamparan daripada papanya sebentar tadi. Inilah kali

    pertama papa memukulnya. Hanya kerana janji yang dibuatpapa dulu, dia kini terpaksa menanggung akibatnya. Tetapi

    perlukah dia mengorbankan masa depannya? Persoalan ini

    yang membelenggu diri. Banyak sudah cerita dan kisah

    sebegini yang didengar, namun tidak menyangka dia kini

    menjadi watak utamanya.

    Calon sebenarnya adalah Suri Izlin, kakak

    kandungnya yang sudah berkahwin dengan seorang warga

    New Zealand dan kini menetap di sana. Kakak mengambil

    keputusan untuk berkahwin setahun selepas berjumpa

    Bab

    1

  • 8/3/2019 CTT(1)

    2/115

    Cinta Tak Terucap

    2

    dengan lelaki tersebut yang kini merupakan abang iparnya.

    Papa tidak menghalang walaupun sedikit tidak senang dengan

    keputusan terburu-buru Suri Izlin.

    Iman, makan. Terjengul wajah papa dari balik

    pintu.

    Suri Imani tersentak. Tak nak. Iman nak tidur.

    Esok kerja.

    Suri Imani merebahkan badannya.

    Iman marah papa?

    Kalau dah tau... kenapa tanya?

    Shamsul Azhari tarik sengih. Dia melabuhkan

    punggung di sebelah anaknya. Dulu Suri Imani berkongsi

    bilik dengan Suri Izlin yang sama seperti mama mereka, degil

    dan panas baran.

    Usia perkahwinannya yang hampir tujuh belas

    tahun, runtuh selepas isterinya mengambil keputusan untuk

    membawa haluan sendiri. Anak-anak ditinggalkan dalam

    jagaannya. Dia terkapai-kapai menjaga keempat-empat

    anaknya. Mujurlah ibunya di Kuantan sanggup datang ke

    Kuala Lumpur untuk menolong dia menjaga anak-anak,

    terutamanya Ilham, anak bongsunya yang ketika itu baruberusia setahun lebih.

    Im sorry okay. Tak ada niat papa nak tampar

    Iman. Papa sayangkan anak-anak papa. Papa tak sangka

    permintaan papa, boleh buat Iman jadi macam ni. Papa

    aham apa yang Iman rasa. Papa tak akan paksa Iman, ucap

    Shamsul Azhari. Wajah suram anaknya dipandang lama.

    Iman muda lagi. Baru dua puluh tiga tahun,

    balasnya.

    Dulu papa dan mama kahwin masa umur dua

  • 8/3/2019 CTT(1)

    3/115

    Imani Hatta

    3

    puluh satu tahun. Imran kahwin umur dua puluh empat.

    Izlin kahwin umur dua puluh dua.

    Suri Imani mendongak. Bulat matanya merenung

    papanya yang tiba-tiba membangkitkan tentang semua itu.

    Imran, abang sulungnya berkahwin selepas menamatkan

    pengajian. Suri Izlin berkahwin sewaktu masih belajar.

    Papa lain.... Dia tahu papa dan mamanya

    berkahwin tanpa restu daripada keluarga mamanya. Papa

    membawa mama ke London. Ketika itu papa masih dalampengajian. Keluarga mama menentang keras perkahwinan

    papa dan mama, ditambah lagi mama yang mengambil

    keputusan untuk menukar agama. Selepas kelahiran Imran

    dan Suri Izlin yang berbeza hanya setahun, barulah keluarga

    mama menerima papa walaupun tidak sepenuhnya.

    Begini.... Shamsul Azhari menarik naas sebelummenyambung. Kalau Iman tak nak, papa tolak. Okey?

    Suri Imani menggeleng.

    Jadi? Berkerut dahi Shamsul Azhari tidak aham.

    Kalau papa nak tau, Iman benci sangat pada

    Ammar. Sombong! Ego!Selfsh! Playboy! Mengada-ada!

    Mentang-mentanglah syarikat tu milik keluarga dia. Senang-

    senang aje dia nak buli orang bawahan. Bencilah Iman

    dengan dia tu! katanya dalan nada tegang.

    Huh?

    Merah padam wajah Suri Imani apabila

    mengingatkan insan yang bernama Ammar Mirza itu.

    Iman kenal Am?

    Laju Suri Imani mengangguk. Papa tak tau ke? Dia

    itulah lelaki yang Iman selalu cerita. Anak lelaki tunggal,

    syarikat tempat Iman kerja. Dia tu mata keranjang pa.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    4/115

    Cinta Tak Terucap

    4

    Mata keranjang? Terhambur ketawa Shamsul

    Azhari.

    Betullah. Dia kalau pandang perempuan, memang

    tak berkelip. Macam nak tersembul biji mata.

    Anak papa ni, kiranya kat syarikat memang selalu

    pandang Am? Iman dah jatuh hati pada Am? Lurus soalan

    Shamsul Azhari yang membuatkan Suri Imani terkedu.

    Iman? usik Shamsul Azhari lagi. Sengih nakal

    ditarik.

    Pa!

    Shamsul Azhari ketawa besar.

    Iman tak jatuh hati dengan dialah... cuma, dia

    selalu datang tempat Iman. Jumpa ketua Iman, balasnya

    cepat.

    Ooo.... Shamsul Azhari mengangguk dengan

    senyuman.

    Papa nak tolak pinangan Tan Sri Mahathir?

    Shamsul Azhari mengangguk.

    Panggil Pak Cik Mat, aje Iman. Kalau Pak Cik Mat

    dengar Iman panggil dia macam tu... terasa pulak nanti,

    ucap Shamsul Azhari. Tidak senang dengan panggilan

    anaknya.

    Iman tak pernah jumpa Pak Cik Mat. Selama ni

    kenal sebagai ketua syarikat. Tak sangka pulak Pak Cik Mat

    tu, orang yang papa selalu cerita tu.

    Dulu sewaktu di London, dia dan Mahathir

    berkawan rapat. Tambahan pula, susah hendak berjumpaorang Melayu. Mahathir memang kaya. Pengajian Mahathir di

    London juga atas pembiayaan sendiri. Berbeza dengan dia

    yang menerima biasiswa.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    5/115

    Imani Hatta

    5

    Banyak budi Mahathir yang tidak mampu

    dibalasnya. Terutama apabila menawarkan dia bekerja di

    syarikat bapa Mahathir di London dulu. Kalau diikutkan, dia

    memang tidak layak bekerja di syarikat milik bapa rakannya

    itu. Dia masih dalam tempoh pengajian dan tidak mempunyai

    apa-apa kelayakan. Janji yang dibuat kononnya dia dan

    Mahathir akan berbesan apabila Suri Izlin lahir, dituntut oleh

    Mahathir kini.

    Mahathir ketika itu sudah berkahwin danmempunyai tiga orang anak lelaki. Dia memang rapat dengan

    anak-anak Mahathir. Perhubungan mereka terputus apabila

    dia habis belajar dan kembali ke Malaysia.

    Tak sangka pula, Mahathir mampu mencarinya dan

    bertanyakan tentang Suri Izlin. Bila mengetahui Suri Izlin

    sudah berkahwin, dia meminta anak lelakinya dijodohkan

    pula dengan Suri Imani.

    Papa!

    Tercengang Shamsul Azhari.

    Jauh papa termenung, ucap Suri Imani dengan

    senyuman.

    Esok papa jumpa Pak Cik Mat. Jom makan. Ilham

    dah lama tunggu kita.

    Suri Imani mengangguk. Jadi sekarang, Iman dan

    Am tunang?

    Shamsul Azhari terkedu. Kita tolak peminangan tu

    esok. Mana cincin tu? Papa nak pulangkan.

    Dia menayang jari manisnya yang sudah tersarung

    cincin platinum dengan sebutir berlian kecil. Saja try pakai.

    Cantik juga. Lagi tiga bulan Iman nak kahwin? Papa tak sedih

    ke?

  • 8/3/2019 CTT(1)

    6/115

    Cinta Tak Terucap

    6

    Iman? Serius suara Shamsul Azhari.

    Iman setuju dengan pertunangan ni. Tapi, kalaudalam tempoh tiga bulan... Iman dan Am memang tak boleh

    bersatu, Iman nak minta putus nanti, balasnya.

    Betul?

    Suri Imani mengangguk.

    Terima kasih Iman. Ucap Shamsul Azhari terharu.

    Papa dah banyak berkorban untuk kami. Tak salahkalau Iman berkorban untuk papa, kan?

    Shamsul Azhari memeluk tubuh Suri Imani erat.

    Iman sayang papa.... Suri Imani memeluk

    papanya.

    Shamsul Azhari mengangguk. Pelukan itu dieratkan

    lagi. Air matanya bergenang.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    7/115

    Imani Hatta

    7

    RIUH-RENDAH suara kawan-

    kawannya. Wati, Zahin dan Amir

    bercerita akan pertunangan

    pengarah muda mereka, Ammar Mirza Tan Sri Mahathir

    dengan seseorang yang tidak mereka kenali. Wati, kawan

    baiknya sejak zaman universiti sibuk bercerita tentang hal

    itu. Semua benda yang diketahui, diluahkan terus. Teman

    lelakinya, Zahin ada juga menyampuk. Amir hanya diam

    membisu. Sekali-sekali mencuri pandang pada Suri Imani

    yang sibuk menaip mesej.

    Mereka berempat belajar di universiti yang sama,

    kemudian memohon bekerja di Empire Construction. Suri

    Imani, Wati dan Amir bekerja sebagai arkitek. Zahin pula

    sebagai jurutera. Bukan dia tidak tahu Amir ada menaruh

    hati padanya sejak zaman universiti lagi, tetapi ditolak oleh

    Suri Imani dengan baik. Kemudian Amir bercinta pula

    dengan Erna, salah seorang pelajar di universiti yang sama,tetapi dari jurusan yang berbeza.

    Kau taip apa tu?

    Bab

    2

  • 8/3/2019 CTT(1)

    8/115

    Cinta Tak Terucap

    8

    Wati tiba-tiba mengalihkan tumpuan pada Suri

    Imani yang sejak tadi langsung tidak mengambil peduli

    dengan apa yang diucapnya.

    Jadi dia dah bertunang? soal Suri Imani.

    Sebenarnya dia hanya berpura-pura sibuk menaip mesej,

    sedangkan mesej tersebut tidak dihantar langsung. Dia malas

    mahu mengambil bahagian dalam gosip terbaru kawan-

    kawannya.

    Baca ni! Majalah bisnes dihulur. Muka suratmengenai berita pertunangan Ammar Mirza dengan gadis

    pilihan keluarga ditunjukkan.

    Waris Empire Construction Bertunang.

    Besar gambar Ammar Mirza dan Tan Sri Mahathir.

    Hanya beberapa perenggan sahaja bercerita mengenai

    pertunangan yang dilangsungkan beberapa minggu lalu. Dia

    tersenyum sahaja. Dia lega kerana permintaannya untuk

    merahsiakan dirinya diterima baik oleh kaum keluarga

    Ammar Mirza. Pihak media juga tidak dibenarkan

    merakamkan gambar majlis pertunangan mereka.

    Sedihlah mana-mana kakitangan syarikat yang

    tergila-gilakan dia, ulas Suri Imani.

    Tapi aku rasa dia dah berubah, sampuk Wati.

    Maksud kau? Suri Imani pandang Wati.

    Aku rasa sekarang ni dia dah berubah. Sejak dia

    bertunangan, dah lama tak dengar cerita dia dengan mana-mana perempuan.

    Wati... aku nak tanya kau. Berapa kali dah Encik

    Ammar tu bertunang?

  • 8/3/2019 CTT(1)

    9/115

    Imani Hatta

    9

    Wati terpinga sebelum jari-jarinya dinaik tinggi

    seolah-olah ingin mengira sebelum dia menggeleng laju.

    Suri Imani, Zahin dan Amir sudah tersengih.

    Mereka aham dengan maksud gelengan Wati itu.

    Aku tak sempat nak kira....

    Terlalu ramai bekas tunang Ammar Mirza. Ammar

    Mirza juga pernah dilaporkan bertunang tidak sampai

    seminggu.

    Kita tunggu aje lepas ni dia bertunang beberapa

    minggupulak. Sekarang dah masuk tiga minggu, kan?

    Wow, aku ingat kau tak ambil tau. Tapi kau lagi

    expert daripada aku! Terus bahu Suri Imani dipukul lembut.

    Maksud kau?

    Tak payah nak buat muka pelik macam tu. Kauboleh tau berapa minggu dah mereka tunang, jadi kau ambil

    tau juga hal pengarah kita tu, balas Wati.

    Zahin tersengih.

    Kau kenapa?

    Kau ada hati dengan dia ke? soal Zahin.

    Gila! Merah padam muka Suri Imani.Dia tunang dengan siapa ek? Amir menyoal tiba-

    tiba.

    Entahlah.... aku sendiri taksure. Aku tanya Sarah,

    setiausaha Encik Ammar tu. Tapi dia tu macam merahsiakan

    sesuatu aje. Bukan aku tak tau dia pun pergi majlis

    pertunangan Encik Ammar. Tapi langsung tak mahu buka

    mulut bercerita. Dia hanya cakap...

    Cakap apa? kalut Suri Imani.

    Kau kenapa? Pelik Amir dengan sikap Suri Imani.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    10/115

    Cinta Tak Terucap

    10

    Jarang Suri Imani berminat dengan gosip-gosip melibatkan

    Ammar Mirza.

    Entah. Kalut tak tentu pasal kenapa? soal Wati

    pula.

    Ke betul... tekaan aku? soal Zahin terus tersengih.

    Kau jangan nak merapu boleh tak, Zahin? Wati

    cepat sambung, arah Suri Imani. Rasanya Sarah sudah

    diberitahu supaya merahsiakan hal ini. Sarah mengenali Suri

    Imani. Pertama kali Sarah melihatnya dulu, memang

    melopong besar mulut Sarah.

    Sarah kata... tunang Encik Ammar tu cantik

    sangat. Putih. Tinggi. Kurus. Paling penting sekali... bukan

    pure Melayu. Dia Cina campur Melayu... macam kau juga.

    Mata Wati terarah pada Suri Imani sebelum dia menggigit

    bibir. Wajah Zahin dan Amir cepat-cepat dipandang mintasimpati.

    Wajah Suri Imani sudah berubah.

    Iman, aku minta maa. Aku tak sengaja, ujar Wati

    bersalah. Dia tahu Suri Imani tidak suka dikaitkan dengan

    darah keturunannya. Bukan dia membenci kaum Cina,

    sedangkan dia punya ramai kawan dari keturunan tersebut

    tetapi dia sukar untuk memaakan mamanya. Jadi dia seakan

    membenci dirinya juga. Benci darah yang mengalir dalam

    dirinya.

    Tak sangka... zaman sekarang ada lagi jodoh

    ditentukan keluarga. Zahin bersuara. Dia cuba mengalih

    topik perbualan. Dia tidak senang melihat Suri Imani yang

    sudah berubah muram. Wati pula dengan wajah bersalahnya.

    Kau rasa kenapa Encik Ammar setuju? Amir

    menyoal terus.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    11/115

    Imani Hatta

    11

    Zahin angkat bahu. Dia tidak tahu.

    Mungkin sebab perempuan tu cantik, teka Wati.Aku rasa sebab hartalah... mungkin kalau tak

    kahwin dengan perempuan tu, harta tak dapat ke dia, agak

    Amir pula.

    Wati tepuk dahi. Kau ni... ingat ni drama lem

    ke?

    Amir tarik sengih.Ada kemungkinan. Zahin urut dagu.

    Kau marah aku lagi? Wati menyoal.

    Suri Imani menggeleng. Dia tersenyum tipis.

    Kenapa? Pelik Suri Imani melihat wajah cuak

    rakan-rakannya. Kemudian dia pula terpinga-pinga apabila

    mereka bertiga berdiri serentak.Encik Ammar! Zahin bersuara.

    Suri Imani ternganga. Dia mendongak. Terlopong.

    Ammar Mirza berdiri betul-betul di belakangnya.

    Nak apa? Suri Imani terus berdiri dan segera

    menjauhi Ammar Mirza. Tubuhnya didekatkan dengan Amir.

    Awak kerja sini? Dia sebenarnya terkejut apabiladiberitahu oleh Sarah tadi. Sewaktu dia dan Sarah sama-sama

    makan di hujung kae, suara riuh-rendah Suri Imani dan

    kawan-kawannya menarik perhatian. Memang sudah hampir

    tiga minggu dia bertunang dengan Suri Imani. Tetapi dia

    tidak pula diberitahu yang Suri Imani bekerja di syarikatnya.

    Lagipun usia Suri Imani masih muda untuk menjawat

    jawatan sebagai arkitek. Patutlah wajah Suri Imani sepertipernah dilihatnya dahulu.

    Tak nampak pas ni? soal Suri Imani geram. Lupa

  • 8/3/2019 CTT(1)

    12/115

    Cinta Tak Terucap

    12

    dia pada rahsia yang tersimpan utuh antara dia dan Ammar

    Mirza.

    Syariah Azliawati? Dahi Ammar Mirza berkerut.

    Suri Imani tersentak.

    Sorry Encik Ammar. Tertukar pas masa di toilet

    tadi. Wati terus menyampuk.

    Ammar Mirza memandang Wati. Cantik juga.

    Saya Syed Zahinuddin. Bakal suami SyariahAzliawati, sampuk Zahin segera.

    Hampir tersembur tawa Suri Imani dibuatnya. Wati

    sudah memasamkan muka. Gelojoh sangat Zahin ni. Takut

    Wati kena kebas.

    You? soal Ammar Mirza pada Amir yang sejak tadi

    berdiri dan begitu hampir dengan Suri Imani.Ahmad Zamir. Teman lelaki Suri Imani.

    Terus Suri Imani berpaling dengan jawapan selamba

    Amir yang sudah tersengih.

    Oiii... Erna kau nak buang mana? Zahin berbisik.

    Tetapi jelas didengar mereka berempat.

    Suri Imani menggeleng. Nak berbisik... tapi semuaorang boleh dengar!

    Siapa Erna? Ammar Mirza pandang Zahin pula.

    Zahin serba salah. Dia pandang Amir. Dia pandang

    Wati. Kemudian pandang Suri Imani. Semua orang dengar ke

    apa yang aku kata? Zahin garu kepala yang sememangnya

    tidak gatal.

    Syed Zahinuddin, please answer my question

    now!

    Ariana Musa... tapi semua orang panggil Erna.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    13/115

    Imani Hatta

    13

    Erna Musa. Dia jurucakap untuk syarikat kita bulan ni.

    Panjang lebar penerangan Zahin yang terkejut dengan

    jerkahan itu.

    I remember her. So Zamir, who is actually your

    real partner? ImanorErna?

    Amir pandang lama Suri Imani sebelum mengeluh.

    Just answer my simple question, Zamir, pinta

    Ammar Mirza.

    Erna.

    Ammar Mirza angguk kepala. Wajah Suri Imani

    pula dipandang. Kemudian dia tersengih. How about you

    Iman? Are you single?

    Merah padam wajah Suri Imani.

    Single. Perlahan suara Wati. Ammar Mirza tersenyum pula. Single but not

    available. Right Iman?

    Wati, Zahin dan Amir sudah saling berpandangan.

    Is it important or you to care, Encik Ammar?

    Ammar Mirza tergelak. It is very important or me

    to care sayang. Jumpa saya kat bilik dalam masa sepuluhminit lagi.

    Kali ini Wati, Zahin dan Amir sudah terlopong.

    Tak nak!

    Awak nak saya paksa?

    Pantas Suri Imani menggeleng.

    See you! Ammar Mirza terus berlalu.

    Suri Imani sudah terduduk. Ketiga rakan-rakannya

    saling berpandangan sebelum masing-masing mengarahkan

  • 8/3/2019 CTT(1)

    14/115

    Cinta Tak Terucap

    14

    pandangan tajam pada Suri Imani yang sedang mengeluh

    panjang.

    Iman. What is going on? soal Wati terus.

    Suri Imani mendongak dan tersenyum. Sorry

    guys!Sooner or later, Ill tell you guys....

    Boleh aku tau bila masa Encik Ammar kenal

    kau? Korang nampak macam dah lama kenal. Kenapa dia

    panggil kau sayang? Iman? Rasanya dalam kompeni ni

    kebanyakan panggil kau Suri.

    Aku ada hal kejap, Zahin. Nanti aku cerita. Soalan

    Zahin langsung tidak dijawab.

    Wati, Zihan dan Amir saling memandang. Pelik.

    Bila pula Suri Imani dan Ammar Mirza berkenalan?

    TUTUP mulut tu, tegur Ammar Mirza sebaik melangkah

    masuk ke dalam bilik. Dia terus duduk betul-betul di hadapan

    Suri Imani. Duduk di atas meja kaca yang terletak di hadapan

    soa berangkai satu.

    Suri Imani terperanjat. Automatik ingin berdiri

    tetapi dihalang. Lengannya dipegang kuat. Sekali lagi dia

    dipaksa duduk.

    Nak lari mana? soal Ammar Mirza. Wajah tidak

    senang Suri Imani dipandang lama.

    Panas ke? soal Ammar Mirza lagi.

    Dah tau tanya lagi. Suri Imani mendengus. Dia

    pasti seratus peratus kali ini wajahnya memang merah. Terasa

    dahinya berpeluh walaupun pendingin hawa di bilik ini agak

    kuat.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    15/115

    Imani Hatta

    15

    Air condni paling sejuk. Kalau panas lagi... saya

    suggest awak kahwin dengan orang kutub utara, perli

    Ammar Mirza.

    Boleh tak awak duduk tempat lain? Saya takut

    meja tu pecah.

    Ammar Mirza tergelak.

    Apa awak cakap dengan setiausaha awak?

    Sarah kenal awak. Remember? Dia ada masa kitatunang.

    Suri Imani angguk kepala.

    Awak nak apa? Kalau tak ada yang mustahak, saya

    nak keluar. Saya ada banyak kerja, ucapnya terus berdiri.

    Lengan Suri Imani dicengkam. Boleh tak awak

    sabar? Saya tak cakap apa-apa lagi. Nama saja Iman. Tapi tiadaiman. Sabar separuh daripada iman, Cik Iman.

    Suri Imani mendengus. Benci dengan kata-kata

    Ammar Mirza.

    Semua orang tak tau siapa tunang saya sampai kita

    betul-betul jadi kahwin. Jadi, saya mahu.... awak jangan

    dedahkan rahsia ni. Faham?

    Berkerut dahi Suri Imani. Kata-kata Ammar Mirza

    sama seperti kata-kata yang diucapkan dahulu. Rasanya

    Ammar Mirza sendiri tahu, dia sendiri tidak mahu rahsia

    tersebut terbongkar. Supaya senang awak nak kacau

    perempuan lain?

    Berkerut dahi Ammar Mirza sebelum tersengih.

    You know me better. So, saya harap awak jangan pandai-pandai pecahkan rahsia. Faham?

    Ada apa-apa lagi Encik Ammar? Malas Suri Imani

    hendak memanjangkan cerita.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    16/115

    Cinta Tak Terucap

    16

    Ammar Mirza berdiri dan terus ke mejanya.

    Suri Imani ikut berdiri.Saya keluar dulu, ucapnya.

    Saya tak tau apa hubungan awak dengan Zamir.

    Tapi sebagai tunang saya yang sah, saya akan perhatikan

    segala gerak-geri awak. Awak ada sesiapa dalam hidup awak?

    Tak ada.

    Bagus. Segala hal saya, hal saya. Hal awak, hal sayajuga. Faham?

    Berkerut dahi Suri Imani. Untuk pengetahuan

    Encik Am... saya tak nak ambil tau hal awak. Hal awak, hal

    awak. Hal saya, hal saya. Noktah!

    Dia terus berlalu laju sebelum langkahnya mati di

    hadapan pintu, bilamana teleon bimbitnya menjerit mintadiangkat. Berkerut dahinya melihat nombor yang tidak

    dikenali. Halo....

    Your business is mine, dear. Saya tak mahu dengar

    apa-apa gosip antara awak dengan mana-mana lelaki.

    Faham?

    Suri Imani berpaling. Berubah wajahnya. Terasa

    mahu dicampak teleon yang berada di tangan. Mana dia

    dapat nombor aku?

    Simpan nombor tu sayang.... Tersengih Ammar

    Mirza.

    Suri Imani mendengus. Ya Allah... sakitnya hati aku

    ni!

    Save my number, my dear... kata itu diulang lagi.

    Tak mahu! Pintu dihempas.

    Ammar Mirza tersenyum. Sudah berpuluh-puluh

  • 8/3/2019 CTT(1)

    17/115

    Imani Hatta

    17

    gadis dia berkenalan. Namun hanya seorang sahaja yang

    berjaya membuka pintu hatinya dan sudah lama pintu

    hatinya tertutup rapat daripada dimasuki sesiapa. Dan kini

    dia dapat merasakan sesuatu. Senyumannya semakin

    melebar....

  • 8/3/2019 CTT(1)

    18/115

    Cinta Tak Terucap

    18

    SURIIMANI melangkah masuk ke

    dalam pejabat. Sejak hari pertama

    bekerja di Empire Construction

    selepas bergelar tunangan Ammar Mirza, dirasakan dunianya

    kacau-bilau. Entah kenapa dia dapat merasakan semua orang

    sibuk bercerita mengenai dirinya. Dia tahu. Tapi bukan

    bercerita mengenai dirinya secara langsung, tetapi mengenai

    tunangan Ammar Mirza. Dia betul-betul tidak suka akan

    perkara ini. Entah kenapa jauh di sudut hati, dia tiba-tiba

    rasa menyesal kerana bersetuju menerima lelaki itu menjadi

    tunangannya.

    Kau kenapa? sapa Wati dengan kerutan di dahi.

    Suri Imani mendengus. Dia mengalih perhatian

    pada Amir, Zul dan Fazley yang sedang berbual di pantri.

    Borak apa tu? soalnya terus.

    Wati angkat bahu. Kakitangan lain sibuk dengantugasan mereka. Due date untuk setiap tugasan semakin

    hampir.

    Amir tak ada projek?

    Bab

    3

  • 8/3/2019 CTT(1)

    19/115

    Imani Hatta

    19

    Ada. Apa Encik Ammar nak dengan kau?

    Suri Imani garu kepala. Dia duduk di tempatnya.Suis lap-top dihidupkan.

    Emmm Cik Nisak mana? Panjang lehernya

    memandang bilik ketuanya yang terkunci.

    Ada kat bilik dia. Hari ni bad mood sikit.

    Dengarnya dia pergi bilik Encik Ammar tengah hari tadi,

    entah apa yang berlaku. Dari tadi macam tu. Melenting tak

    tentu pasal. Aku pun naik gerun. Kau okey?

    Aku okey.

    Dia tahu Cik Nisak menaruh hati pada Ammar

    Mirza. Sudah lama dia ketahui. Tetapi peliknya, Ammar Mirza

    tidak pula memberi respons positi. Cik Nisak cantik,

    berkerjaya dan paling penting mereka sebaya.

    Iman. Projek di Langkawi dahsettlekan?

    Huh? Suri Imani berpaling. Bulat matanya

    merenung Amir dan Zul yang tersenyum.

    Muncul macam hantu. Terkejut aku, ujar Iman

    Imani mengurut dada.

    Amir tarik sengih.

    Zul hanya angkat bahu.

    Wati pula sudah menapak menghampiri meja Suri

    Imani dan Amir.

    Projek Langkawi? Zul pula menyoal.

    Dah siap minggu lepas. Kenapa? Projek di

    Cherating?

    Dua puluh peratus. Aku baru dapat lulus cuti dua

    minggu. Isteri aku nak bersalin. Aku cadangkan nama kau

    ganti aku. Okey?

  • 8/3/2019 CTT(1)

    20/115

    Cinta Tak Terucap

    20

    Suri Imani garu kepala. Wajah Wati dipandang

    lama.

    Aku ada banyak projek Iman. Cepat Wati

    memahaminya.

    Encik Ammar nak apa? Amir menyoal ingin tahu.

    Wati mengangguk. Dia juga sudah tertanya-tanya.

    Zul berkerut tidak aham.

    Am Encik Am nak. Suri Imani bermaindengan pen. Wajah rakan-rakannya dipandang lama. Nak

    jawab apa? Tadi Ammar Mirza sudah memberi amaran.

    Iman!!!

    Tersentak mereka berlima.

    Bom nuklear dah meletup.... Perlahan suara Zul

    yang sudah perlahan-lahan berjalan kembali ke mejanyaapabila melihat Cik Nisak yang tidak ubah seperti harimau

    belang yang ingin membaham mangsanya, menghampiri

    mereka.

    Suri Imani gigit bibir dan tersenyum tawar.

    Ambil ni. Saya nak awak ganti Zul sementara dia

    cuti. Projek ni perlu disiapkan secepat mungkin. Laju Cik

    Nisak bersuara.

    Suri Imani melepas pandang pada Amir dan Wati

    yang tercengang.

    Kenapa terkulat-kulat lagi tu? Projek awak dah

    siap? This is the big project. Awak sepatutnya bangga dapat

    join. Jangan ingat pandai ampu, boleh cepat naik pangkat.

    Usaha sikit. Kasar suara Cik Nisak.

    Cik! Wati berang.

    Siapa ampu siapa?

  • 8/3/2019 CTT(1)

    21/115

    Imani Hatta

    21

    Merah padam wajah Suri Imani.

    Cik jangan tuduh sembarangan. Amir pulamenyampuk.

    Suri Imani sudah terpinga-pinga.

    Amir, Wati pergi buat kerja. Waktu rehat dah

    lama habis. Kompeni bayar gaji untuk buat kerja, bukan

    mengumpat or pergi merayau bilik orang lain! Satu

    jelingan tajam hinggap pada Suri Imani. You buat apa kat

    bilik Encik Ammar?

    Encik Am panggil. Pantas jawapan diberi.

    Encik Am? Perkataan Am ditekan.

    Suri Imani gigit bibir.

    Kenapa Encik Ammar panggil?

    Emm.... Suri Imani garu kepala.Iman. You dengar sini. You anak buah I.So, segala

    perkara you kena rujuk dulu pada I. Rasanya you langsung

    tiada urusan dengan Encik Ammar. Urusan apa penting

    sangat sampai Encik Ammar cari you? Bila you kenal dia?

    Tiga minggu lepas. Soalan itu hanya mampu

    dijawab di dalam hati. Dia sudah tunduk merenung lantai.

    Cik Nisak. Suara Adele, setiausaha Cik Nisak

    kedengaran.

    Apa? Tinggi suara Cik Nisak yang sudah berpaling

    memandang Adela.

    Tan Sri Mahathir teleon. Berkerut-kerut wajah

    Adele.

    Pass the line to my room. Kelam-kabut Cik Nisak

    dibuatnya. Tidak pernah lagi Tan Sri Mahathir meneleonnya

    begini.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    22/115

    Cinta Tak Terucap

    22

    Tapi Cik Nisak Tan Sri Mahathir dah letak

    teleon.

    Kenapa Tan Sri teleon? Cik Nisak menyoal.

    Adela pandang wajah Suri Imani lama. Tan Sri nak

    Iman datang ke pejabatnya sekarang. Dia tunggu.

    Hah???

    Suri Imani garu kepala sebelum tertunduk

    memandang meja. Dia tahu hampir semua mata di dalampejabat sudah terarah padanya.

    Ya Allah kenapa pula nak jumpa sekarang?

  • 8/3/2019 CTT(1)

    23/115

    Imani Hatta

    23

    The best thing about tonights that were not

    fghting

    Could it be that we have been this way beore

    I know you dont think that I am trying

    I know youre wearing thin down to the core

    But hold your breathe

    Because tonight will be the night that I will

    all or youOver again

    Dont make me change my mind

    Or I wont live to see another day

    I swear its true

    Because a girl like you is impossible to fnd

    Youre impossible to fnd

    Bab

    4

  • 8/3/2019 CTT(1)

    24/115

    Cinta Tak Terucap

    24

    B

    ERKALI-KALI lagu Fall For

    You, nyanyian Secondhand

    Serenade meniti di bibir. Lagu

    itu agak popular sekarang. Adiknya, Nurliyna Mirza juga

    sering menyanyikan lagu itu membuatkan dia turut sama

    terikut-ikut.

    Senang hati nampak, tegur seseorang.

    Ammar Mirza berpaling. Dua gadis kecil tersenyum

    memandangnya. Si hero pula tersengih panjang.

    Belajar apa tadi? soalnya pada Fi Mirza, anak

    saudaranya yang bakal mengambil USPR tahun ini.

    Maths.

    Fia? Wajah Fia Mirza yang seiras dengan kakaknya

    pula ditatap. Fia Mirza pula muda dua tahun.

    Sains! Laju Fia Mirza menjawab.

    Fir?

    Maths macam Kak Fi. Nampak teruja Firhan

    Mirza menjawab. Firhan Mirza pula baru sahaja melangkah

    ke alam persekolahan. Wajah Firhan Mirza betul-betul seiras

    arwah abang Ammar Mirza, Radzi Mirza.

    Ammar Mirza ketawa. Sudah menjadi kebiasaan,

    jika ayah atau uminya tidak dapat mengambil mereka bertiga,

    dia akan mengambil alih tugas menjemput mereka dari

    sekolah atau pusat tuisyen.

    Fi pegang tangan Fia, suruhnya sebelum dia

    menggenggam tangan Fia dan Firhan. Sekejap sahaja mereka

    sudah berada di seberang jalan menuju ke kereta BMW 3Series berwarna hitam milik arwah abangnya.

    Siapa tu? Firhan segera menyoal dengan wajah

    berkerut.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    25/115

    Imani Hatta

    25

    Ammar Mirza angkat bahu.

    Mak ngah, kan tu? Fi meneka.Ammar Mirza terkedu. Mak ngah?

    Buat apa kat sini? soalnya terus apabila mereka

    berempat sudah menghampiri kereta.

    Awak? Kelu lidah Suri Imani.

    Saya? Ammar Mirza merenung Suri Imani minta

    penjelasan. Terkejut juga melihat Suri Imani berada di sini,dan paling penting selamba sahaja bersandar pada keretanya.

    Suri Imani memandang lama Ammar Mirza. Apa

    dia buat kat sini? Kemudian matanya beralih pada anak-anak

    saudara Ammar Mirza.

    Salam mak ngah, suruh Ammar Mirza tersengih

    nakal.Huh? Terkejut dengan panggilan namanya.

    Mak ngah. Firhan terlebih dahulu menerpa

    pada Suri Imani membuatkan gadis itu yang sejak tadi keliru

    dengan pertemuan itu, terkejut. Teleon bimbit yang sejak

    tadi di dalam genggamannya tercampak terus ke dalam

    longkang.

    Firhan Mirza! tempelak Ammar Mirza.

    Fir minta maa. Firhan tunduk memandang

    jalan. Dia betul-betul tidak sengaja.

    Kak! jerit seseorang dari belakang.

    Mereka semua sama-sama berpaling.

    Ilham tersengih panjang sebelum dahinya berkerutmelihat Ammar Mirza.

    Ilham, tolong ambil teleon akak.

    Teleon bimbitnya yang selamat terbenam di dalam

  • 8/3/2019 CTT(1)

    26/115

    Cinta Tak Terucap

    26

    longkang, ditunjuk segera. Nasib baiklah longkang itu tidak

    kotor.

    Hah? Ilham terkejut.

    Firhan sudah mula menangis.

    Senyap, Fir! Biar saya ambil. Tanpa sempat

    dihalang, Ammar Mirza sudah melompat turun di dalam

    longkah. Berkerut-kerut wajah Ammar Mirza apabila terpaksa

    memasukkan tangan di dalam air longkang.

    Fia. Ambil tisu, suruh Ammar Mirza yang cuba

    untuk naik semula sambil dibantu oleh Ilham yang masih

    samar-samar dengan apa yang berlaku.

    Nah. Teleon bimbit dilap dan dibalut sebelum

    diserahkan semula kepada Suri Imani. Ammar Mirza tahu

    teleon itu sudah tidak bernyawa.

    Fi menghulur botol airnya kepada Suri Imani

    untuk membasuh teleon yang kotor itu.

    Terima kasih awak.

    Ammar Mirza tersenyum kelat. Bahu Firhan

    dipegang lembut dan diarah memandangnya. Terhenjut-

    henjut bahu itu menahan tangis.

    Sudahlah tu... pak ngah tak marah. Tapi Firhan tau

    salah Firhan, kan? soal Ammar Mirza perlahan. Air mata

    yang masih keluar itu dikesan lembut.

    Lambat-lambat Firhan mengangguk.

    Jadi? Terangkat kening Ammar Mirza.

    Fir minta maa. Si kecil itu memusingkan

    tubuhnya lalu mendongak.

    Suri Imani tersenyum. Pipi Firhan disapu lembut.

    Tak apa Fir. Kak mak ngah tak marah.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    27/115

    Imani Hatta

    27

    Merah padam wajah Suri Imani sebelum menggigit

    bibir. Dia tahu Ammar Mirza sudah tersengih mendengar

    bahasa panggilannya.

    Ilham?

    Ilham yang sejak tadi menjadi pemerhati, segera

    mengangguk sebelum melangkah menghampiri Ammar

    Mirza untuk bersalam. Abang buat apa kat sini?

    Ambil anak-anak ni. Ilham pun belajar di tuisyen

    ni?

    Pantas Ilham mengangguk.

    Ilham PMR tahun ni, ujar Suri Imani pula.

    Ammar Mirza mengangguk sebelum dia

    mengarahkan Fi, Fia dan Firhan untuk bersalam dengan

    Suri Imani dan Ilham. Fi nampak malu-malu apabila

    bersalaman dengan Ilham. Ammar Mirza tersenyum. Dah

    besar anak saudaranya itu.

    Balik dengan apa? Ammar Mirza menyoal.

    Bas.

    Kereta? Ilham pula yang terkejut.

    Masuk workshop. Papa guna Viva. Papa ada hal,

    suruh kita naik bas atau teksi, balas Suri Imani. Tangan

    adiknya sudah dipegang.

    Jom balik, ajaknya.

    Ilham hanya mengangguk.

    Ilham masuk kereta. Abang hantar balik, suruh

    Ammar Mirza tiba-tiba.

    Tak apa. Pantas Suri Imani menolak.

    Umur Ilham berapa? Tiba-tiba Ammar Mirza

    menyoal.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    28/115

    Cinta Tak Terucap

    28

    Lima belas tahun. Terpinga-pinga Ilham

    menjawab. Bukan ke tadi dia sudah beritahu yang dia

    mengambil PMR tahun ini.

    Kakak dengan adik sama tinggi. Selamba Ammar

    Mirza bersuara.

    Awak! Geram kerana tahu Ammar Mirza cuba

    memberitahu yang dia pendek!

    Ammar Mirza tersengih pula.

    Ilham masuk kereta, suruhnya lagi.

    Kami boleh balik sendiri, balas Suri Imani yang

    sudah merah muka menahan marah.

    Nope dear. Saya tunang awak. So, saya tak akan

    biarkan awak dan adik ipar saya balik naik bas atau teksi

    sedangkan kereta saya ni muat aje, ucap Ammar Mirza.

    Kita balik dengan Abang Am, pinta Ilham yang

    sudah melangkah mendekati kereta Ammar Mirza selepas

    ditarik oleh Firhan atas arahan Ammar Mirza.

    Ammar Mirza ketawa.

    Cepat, atau saya dukung, ujar Ammar Mirza

    berbau arahan.

    Berani? Bulat mata Suri Imani.

    Anything is possible in this world honey.... Mata

    dikenyit bagi mengundang kemarahan gadis itu. Dia suka

    melihat gadis itu marah dengan muka yang sudah merah.

    Suri Imani mengeluh.

    Iman?

    Yalah!

    Good girl. Ammar Mirza tersenyum.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    29/115

    Imani Hatta

    29

    AMMAR MIRZA menggaru kepalanya beberapa kali. Bilik

    kecil tetapi nampak luas kerana tidak banyak menggunakan

    perabot. Sebuah tilam tebal single dibiarkan berdiri dan

    bersandar di dinding bilik berwarna biru. Sebuah meja

    belajar terletak di sudut bilik dan bersebelahan dengan almari

    pakaian dan rak buku. Beberapa poster Simple Plan dan My

    Chemical Romance tertampal di dinding bilik. Nampaknya

    Ilham peminat kumpulan itu. Di atas meja belajar penuh

    dengan buku-buku latihan.Awak, tegur Suri Imani.

    Tak sangka juga dia rupa-rupanya papa sudah

    berada di rumah. Ammar Mirza terus diajak untuk makan

    malam bersama di rumah.

    Mana kiblat? soal Ammar Mirza yang juga nampak

    serba salah di hadapan Suri Imani ketika ini.Sini. Sejadah dibentang.

    Thanks. Ammar Mirza garu kepala pula.

    Nah. Kain pelekat berwarna hijau muda milik

    Shamsul Azhari diserahkan kepada Ammar Mirza.

    Buat apa ni?

    Berkerut dahi Suri Imani.

    Sarung kat kepala. Selamba dia menjawab.

    Hah?

    Encik Ammar. Kain pelekat itu untuk awak pakai

    masa sembahyang.

    Seluar saya bersih lagi.

    Awak pakai seluar tu sepanjang hari. Pakai ajelah.

    Papa suruh. Malas Suri Imani hendak bertekak.

    Budak-budak mana?

  • 8/3/2019 CTT(1)

    30/115

    Cinta Tak Terucap

    30

    Ikut Ilham pergi kedai. Awak, saya nak tanya sikit.

    Wajah Ammar Mirza dipandang.

    Apa?

    Suri Imani pandang pintu yang terbuka luas. Dia

    duduk di kerusi meja belajar Ilham. Wajah Ammar Mirza

    dipandang lama.

    Apa? Cuak lelaki itu dengan telatah Suri Imani

    yang berubah serius.

    Kita dah tunang berapa lama?

    Huh? Terpinga-pinga pula Ammar Mirza.

    Sebulan, kan? Suri Imani pula yang menjawab.

    Ammar Mirza mengangguk sahaja.

    Kenapa ayah awak nak cepatkan tarikh

    perkahwinan kita?Tak tau. Ammar Mirza geleng kepala. Satu

    senyuman halus terukir di bibir.

    Awak tak rasa kita ni macam tak sesuai? soal Suri

    Imani. Langsung tidak perasan perubahan wajah Ammar

    Mirza ketika ini.

    Kenapa?Kita tak pernah keluar bersama. Saya tak kenal

    awak. Lurus jawapan Suri Imani yang membuatkan Ammar

    Mirza tersenyum lebar.

    Kenapa senyum?

    Satu sedekah. Selamba jawapan Ammar Mirza.

    Suri Imani mendengus.Awak tak suka?

    Bukan....

  • 8/3/2019 CTT(1)

    31/115

    Imani Hatta

    31

    Jadi?

    Saya tak bersedia.... Perlahan jawapan diberi.Sebulan lagi masa yang ada Iman, balas Ammar

    Mirza.

    Kalau perkahwinan ni tak berjaya?

    Emmm... saya nak sembahyang sekarang. Boleh

    awak keluar? Saya nak tukar seluar. Suruh Ammar Mirza

    yang tiba-tiba bertukar serius.Terpinga-pinga pula Suri Imani.

    IMAN. Bilik air mana?

    Suri Imani tersentak. Dia berpaling melihat Ammar

    Mirza yang sudah menyarung kain pelekat dan berdiri tegak

    di muka pintu dapur.

    Sebelah ni, tunjuk Suri Imani pada satu laluan

    kecil yang menuju terus ke tandas dan bilik air tingkat

    bawah.

    Budak-budak tak balik lagi?

    Suri Imani menggeleng.

    Buat apa pergi kedai?

    Beli barang sikit untuk malam ni, beritahunya.

    Ammar Mirza mengangguk dan terus menuju ke

    bilik air. Pelik juga dia melihat bilik air dan tandas

    diasingkan. Tadi di dalam bilik Ilham, dia terpinga-pinga

    apabila bilik Ilham tidak mempunyai bilik air. Berbeza denganrumahnya yang dilengkapi dengan bilik air dan tandas untuk

    setiap bilik walaupun bilik orang gaji.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    32/115

    Cinta Tak Terucap

    32

    Uncle, tegur Ammar Mirza.

    Suri Imani dan Shamsul Azhari berpaling. Wajah Ammar Mirza nampak segar selepas mengambil air

    sembahyang.

    Panggil papa... Am, suruh Shamsul Azhari.

    Ammar Mirza tersengih.

    Papa nak masak ke? Cepat sahaja Ammar Mirza

    mengikut arahan.Suri Imani berpura-pura sibuk membasuh beras

    walaupun beras itu sudah bersih.

    Papa memang nak masak. Iman tak bagi. Bertuah

    kamu hari ni. Iman masak malam ni, ujar Shamsul Azhari

    terus ketawa.

    Pa!Papa gurau ajelah.

    Ammar Mirza tarik sengih.

    Masak apa?

    Nasi ayam special Suri Imani. Cepat-cepat

    Shamsul Azhari menjawab.

    Hati-hati... lantai licin. Saya keringkan alas kakikat luar tadi, pesan Suri Imani yang menghampiri peti ais.

    Ammar Mirza mengangguk.

    Sayang dia pada kamu, sakat Shamsul Azhari lagi.

    Papa! Iman tak mahu masak nanti. Geram

    sungguh Suri Imani.

    Ammar Mirza dan Shamsul Azhari ketawa serentak.

    Pergi keluar, suruhnya pada Shamsul Azhari.

    Tubuh papanya ditolak menuju ke pintu dapur.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    33/115

    Imani Hatta

    33

    Awak pun sama! Keras suara Suri Imani.

    Okey.... Ammar Mirza berjalan selangkah sebelummerasakan dirinya tidak seimbang. Segera lengan Suri Imani

    yang berada berhampiran dengannya dicengkam. Gadis itu

    menjerit.

    Nasib baik tak jatuh. Menggeleng Shamsul Azhari

    yang juga terkejut.

    Terima kasih. Ammar Mirza garu kepala. Merah

    mukanya menahan malu. Nasib baik tidak jatuh terlentang.

    Tak apa.... Suri Imani pandang papanya yang

    tersengih.

    Kamu berdua ni kelakarlah. Tergelak Shamsul

    Azhari selepas itu. Geli hati melihat kedua-dua mereka yang

    merah padam seperti udang bakar.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    34/115

    Cinta Tak Terucap

    34

    K

    AU jangan nak buat lawak

    beku! jerit Wati.

    Suri Imani

    tersentak. Segera mulut Wati ditutup.

    Zahin dan Amir masing-masing sudah terlopong

    mendengar cerita Suri Imani.

    Pelanggan-pelanggan di kedai mamak Maideen yang

    pada mulanya bising, tiba-tiba senyap dengan jeritan Wati.

    Suri Imani tersengih pada mereka. Tidak sampai

    seminit, kedai mamak kembali bising.

    Yang kau jerit ni apesal? Buat malu aje tau tak?

    tempelak Suri Imani dengan suara yang ditahankan supaya

    tidak menjerit. Menyesal menceritakan hal dia dan Ammar

    Mirza di sini. Sebenarnya dia berkira-kira hendak

    memberitahu mereka. Kebetulan Ammar Mirza pernah

    menghalangnya memberitahu mereka bertiga. Tetapi sampaibila hendak dirahsiakan pada kawan baik sendiri?

    Kau dah tunang dengan Encik Am? Bulan depan

    kahwin? Kau jangan nak main-main. Bila masa kau

    Bab

    5

  • 8/3/2019 CTT(1)

    35/115

    Imani Hatta

    35

    bertunang? Kau tak jemput aku pun, tanya Wati bertalu-

    talu.

    Aku jemput korang. Korang yang sibuk. Kau dan

    Zahin balik kampung Zahin. Ada kenduri. Kau pula Amir,

    sibuk dengan Erna. Pergi Genting.

    Kau tak cakap nak tunang! Kalau tak aku pergi

    tau, ujar Zahir.

    Suri Imani tersengih. Memang dia tidak

    mengatakan dia ingin bertunang. Sekadar bertanya mereka

    senang tak untuk mengikutnya ke Kuantan. Dia bertunang di

    Kuantan. Kampung neneknya. Neneknya mahu dia bertunang

    di sana. Kebetulan papa anak tunggal. Kakaknya tidak

    bertunang dan terus kahwin. Perkahwinannya diadakan

    secara sederhana di Kuala Lumpur dan New Zealand. Hanya

    dia cucu perempuan tunggal yang akan bertunang di rumahnenek.

    Jadi kaulah tunang bos? Patutlah bos tiba-tiba

    jumpa kau hari tu? soal Amir yang lama berdiam diri. Dia

    masih terperanjat.

    Emmm... aku dan dia bertunang sebab keluarga.

    Keluarga dah aturkan jodoh aku. Aku ikut aje, ujar Suri

    Imani perlahan.

    Kau tak kisah? soal Amir lagi.

    Suri Imani tersenyum lalu menggeleng kepala.

    Aku rasa macam mimpi ni. Aku susah nak percaya.

    Aku memang tak percaya langsung ni. Sampai hati kau tak

    beritahu kawan-kawan kau, ujar Wati perlahan.

    Sorry.

    Cantik kad kahwin kau, puji Zahin meneliti kad

    kahwin berwarna silver. Gambar Suri Imani dan Ammar

  • 8/3/2019 CTT(1)

    36/115

    Cinta Tak Terucap

    36

    Mirza tertampal di hadapan kad. Kad ini juga dibuat

    berasingan. Kad jemputan ke rumah Suri Imani dan Ammar

    Mirza dibuat berbeza. Kalau jemputan ke rumah Ammar

    Mirza, kad jemputan berwarna hijau. Tetapi gambar mereka

    berdua tetap berada di hadapan kad.

    Ni gambar bila? soal Amir. Nadanya tidak seceria

    mereka keluar tadi.

    Emmm... gambar tu aku dan dia tangkap lepas

    bertunang.

    Suri Imani pandang gambar tersebut. Walaupun

    mereka tersenyum dan bahagia, hakikatnya itu semua palsu!

    Teringat bagaimana papa dan Ilham puas memujuk dia

    supaya senyum di hadapan kamera.

    Nasib baik baru tunang. Kalau kau kahwin senyap-

    senyap, aku cekik kau nanti! Putus kawan! Diam-diam dahada anak! sambung Wati.

    Suri Imani terkedu. Anak? Aku dan Ammar Mirza

    ada anak? Tak mungkin... tak mungkin....

    Woi, kau punyahandphone, ujar Wati perlahan.

    Suri Imani tersentak. Kelam-kabut dia mengambil

    teleon bimbit milik Ilham yang dipinjamnya.Apa hal? soal Suri Imani. Buat apalah Ammar

    Mirza meneleonnya. Bukankah sekarang waktu rehat?

    Assalamualaikum.

    Zahin dan Amir sudah berpandang sesama sendiri.

    Siapa call?

    Waalaikumussalam. Awak nak apa, Am? soal SuriImani terus.

    Kat mana ni? soal Ammar Mirza. Dia dapat

    mendengar hujung teleon agak bising.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    37/115

    Imani Hatta

    37

    Kat gerai mamak. Awak nak apa ni?

    Emmm... balik sekarang! Jumpa kat kae.Talian terus dimatikan. Suri Imani tersentak. Tidak

    sempat dia hendak membalasnya. Dia sendiri belum makan

    sejak pagi tadi. Pesanan yang dibuat tadi juga belum sampai.

    Dia memandang Wati, Zahin dan Amir. Kemudian dia terus

    berdiri.

    Nak pergi mana? soal Wati terperanjat.

    Aku ada hal. Emmm... Amir, pinjam kereta kau.

    Nanti kau balik dengan Zahin, ya.

    Tadi dia datang dengan menumpang kereta Amir.

    Wati pula menumpang kereta Zahin. Keretanya berada di

    pejabat.

    Ingat, jangan beritahu sesiapa tau perkara ni. Ini

    rahsia kita, ucap Suri Imani.

    Dahi Wati berkerut tetapi dia hanya mengangguk.

    Kau, Mir... jangan cakap dengan Erna tau. Ujar

    Suri Imani lalu memandang Amir yang terus sama

    mengangguk.

    Pinjam kereta. Tangannya dihulurkan.

    Kau tak makan lagi, kan? Amir memberi kunci

    keretanya dan diletakkan di atas tapak tangan Suri Imani.

    Aku makan kat kae. Aku pergi dulu....

    Suri Imani terus berlalu.

    LAMBATNYA.... Ammar Mirza menegur apabila dia sudah

    duduk. Peluh yang mengalir di dahi dikesat dengan tisu. Dia

    memandang Ammar Mirza geram.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    38/115

    Cinta Tak Terucap

    38

    Awak nak apa? soal Suri Imani. Dia memandang

    sekeliling. Hanya sedikit pekerja di Empire Construction

    yang berada di kae. Kebanyakan pekerja lebih senang

    membeli makanan di restoran berdekatan kerana lebih

    murah.

    Nah. Ambillah! Botol mineral yang tinggal

    separuh dihulurkan pada Suri Imani.

    Teragak-agak Suri Imani ingin mengambilnya.

    Minum aje, gesa Ammar Mirza. Dia masih sibuk

    menaip sesuatu. Sebenarnya hari ini dia agak sibuk.

    Syarikatnya berjaya berurusan dengan syarikat pembinaan di

    Australia.

    Awakonline dengan siapa? soal Suri Imani. Botol

    mineral yang sudah kosong diletakkan di atas meja. Dia

    memang dahaga. Lap-top Apple berwarna putih saljudipandangnya sekilas. Dia mengeluh. Bosan pula kerana

    Ammar Mirza leka dengan lap-topnya.

    Sekejap. Ammar Mirza memandang Suri Imani.

    Kemudian dia meneruskan kerjanya.

    Suri Imani mengeluh. Ammar Mirza tidak mahu

    hal pertunangan mereka diketahui. Tetapi kenapa pula

    mereka perlu berjumpa di kae? Dia memegang perut. Lapar!

    Suri Imani pandang Ammar Mirza lama sehingga

    menyebabkan lelaki itu mengangkat kepala dan

    memandangnya. Kening dinaikkan seolah-olah bertanya.

    Kenapa?

    Am. Iman... makan? Teguran Cik Nisak

    menyebabkan Ammar Mirza berpaling sebelum mengangguk.

    Patutlah Suri Imani panik.

    Makan?

  • 8/3/2019 CTT(1)

    39/115

    Imani Hatta

    39

    Cik Nisak mengangguk. Tak nak ajak I makan

    sekali?

    Maafah Nisak. I ada hal dengan Iman, balas

    Ammar Mirza selamba.

    Bulat kini mata Suri Imani. Wajah Cik Nisak sudah

    merah. Fazley yang berdiri di belakang Cik Nisak mengenyit

    mata pada Suri Imani sebelum bibirnya turut mengukir

    senyuman geli hati.

    Saya balik pejabat dulu Encik Am. Dia berdiri.

    Duduk dulu. Pantas Ammar Mirza merentap

    tangannya menyebabkan dia kembali terduduk.

    Sakit!

    Hal kita tak habis lagi.

    Bulat kini mata Cik Nisak dan Fazley.Cik Nisak. Klien dah tunggu, ajak Fazley. Seribu

    satu macam soalan bermain di kepalanya kini.

    Nisak. I think you should go. Agak kurang ajar

    arahan Ammar Mirza.

    Okey... saya pergi dulu. Dia memandang Suri

    Imani pula.

    We are not discussing about business, beritahu

    Ammar Mirza.

    Tajam renungan Suri Imani padanya.

    Cik Nisak dan Fazley sudah bertukar pandangan.

    So? Terkeluar soalan itu dari mulut Fazley.

    Ammar Mirza tersenyum.Awak akan tau nanti. Tangan Suri Imani masih

    tidak dilepaskan walaupun gadis itu sejak tadi cuba

    menariknya.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    40/115

    Cinta Tak Terucap

    40

    Apa awak nak sebenarnya? Sekarang Fazley dan

    Cik Nisak dah kir bukan-bukan. Bukan ke awak tak mahu

    mereka tahu? Sekarang mereka dah tau. Apa saya nak jawab?

    Macam bertih jagung soalan bertubi-tubi keluar dari mulut

    Suri Imani sesudah Cik Nisak dan Fazley berlalu.

    Ammar Mirza ketawa perlahan.

    Nah. Ambil ni. Beg kertas yang tertera perkataan

    Nokia N8 diletakkan di atas meja.

    Kenapa bagi sayahandphone ni? soal Suri Imani.

    Ganti rugi. Firhan rosakkan teleon awak,

    balasnya.

    Lepaskan tangan saya! arah Suri Imani keras. Dia

    sudah tidak selesa apabila setiap mata di dalam kae sudah

    memandang mereka berdua.

    Beri sebab kenapa saya perlu buat begitu?

    Kita tak kahwin lagi. Pantas Suri Imani

    menjawab.

    Pecah ketawa Ammar Mirza.

    Tak pasti lagi kita akan kahwin, tambah Suri

    Imani lagi.

    Beberapa minggu lagi. Terus Ammar Mirza

    memotong. Segala persiapan perkahwinan diuruskan seratus

    peratus oleh keluarganya. Dia sudah memberi kebebasan

    pada keluarganya untuk mengatur perkahwinan mereka

    berdua.

    Suri Imani mengeluh.

    Take this....

    Saya boleh beli sendiri. Beg kertas ditolak semua

    kepada Ammar Mirza.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    41/115

    Imani Hatta

    41

    Kalau awak boleh beli sendiri, dah lama beli.

    Minggu lepashandphone awak dah rosak. Tak beli pun. Ambil

    ajelah.

    Saya tak ada masa. Nanti saya belilah, jawab Suri

    Imani geram. Ingat dia ni miskin sangat sampai tak boleh

    beli sendiri.

    Awak nak makan apa? soal Ammar Mirza tiba-

    tiba.

    Suri Imani tercengang.

    Hei, kita tengah cakap pasalhandphone ni! marah

    Suri Imani.

    Ammar Mirza menggaru kepalanya. Segaris

    senyuman terbentuk.

    Am, saya tengah marah ni. Awak boleh senyum

    pula!

    Ya ke? Tak sedar pun. Ammar Mirza tersenyum

    pula. Lap-top yang sudah terpadam, ditutup. Kini wajah

    merah Suri Imani jelas di matanya. Baru dia perasan telinga

    Suri Imani juga merah. Dahinya sedikit berpeluh.

    Awak dah makan? soal Ammar Mirza.

    Pantas Suri Imani menggeleng. Disebabkan Ammar

    Mirza dia tidak dapat makan tengah hari. Lagi setengah jam,

    waktu rehat akan berakhir.

    Tunggu. Sayaorder. Ammar Mirza terus berlalu.

    Suri Imani tercengang lagi. Tidak sampai lima

    minit, Ammar Mirza muncul dengan dua biji burger ayam

    dan dua tin air Coke.Thanks. Suri Imani mengambil makanan yang

    dihulur.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    42/115

    Cinta Tak Terucap

    42

    Sayang....

    Ammar Mirza dan Suri Imani sama-samamendongak. Terlopong mulut Suri Imani melihat gadis

    cantik yang tebal denganmake up berdiri di hadapan mereka.

    Pakaian gadis itu juga agak seksi.Skirt ketat berwarna merah

    hati tersarung di badan.

    Nak apa? soal Ammar Mirza dan terus mengunyah

    burgernya.

    Burger yang belum dijamah Suri Imani diletak

    kembali di atas meja. Mulutnya masih terlopong.

    Siapa ni? soal gadis itu lalu duduk di sebelah

    Ammar Mirza. Badannya sengaja didekatkan dengan tubuh

    Ammar Mirza. Kemudian, lengan Ammar Mirza dipeluk.

    Ammar Mirza membiarkan sahaja walaupun

    hidungnya sudah lemas dengan minyak wangi yang menusukhidung! Agaknya berapa botol minyak wangi dia sembur.

    Suri Imani menarik naas dan cuba ditahan.

    Sungguh! Hidungnya memang sakit dengan bau itu.

    Arkitek I. You nak apa?

    Suri Imani tersenyum pada gadis cantik itu.

    Rambut panjang yang kerinting di bawah berwarna coklatgelap. Rasanya rupa gadis ini pernah dilihat di mana-mana.

    Tapi dia lupa.

    Nama I, Zana Idris. You? soal gadis itu lalu

    menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Suri Imani.

    Zana Idris? Zana Idris??? Hah! Pelakon yang agak popular tu.

    Patutlah macam pernah dengar nama dia.

    Suri Imani. Huluran tangan Zana disambut

    teragak-agak. Dia perasan semua mata yang berada di kae

    sudah memandang ke arah mereka. Dia menjeling pada

  • 8/3/2019 CTT(1)

    43/115

    Imani Hatta

    43

    Ammar Mirza yang masih lagi rancak mengunyah. Dia

    mendengus geram.

    I ingatkan you ni Cina. Cina masuk Islam ya? soal

    Zana.

    Suri Imani tersentak.

    You nak apa datang sini? soal Ammar Mirza

    memandang Suri Imani sekejap sebelum memandang Zana.

    Dia meneguk pula air Coke sehingga separuh. Dia perasan

    akan perubuhan wajah Suri Imani tatkala mendengar kata-

    kata Zana tadi.

    Oh... nak jumpa you, la.... Lengan Ammar Mirza

    dipeluk. Kemudian kepalanya dilentokkan di lengan Ammar

    Mirza.

    Suri Imani terkejut. Hampir tersembul biji matanya

    melihat kemesraan mereka berdua. Ammar Mirza nampakpula tidak kisah diperlakukan begitu.

    Kalau you nak tau, I ni tunang Ammar, ujar Zana

    perlahan.

    Suri Imani tersentak sebelum tajam memandang

    Ammar Mirza yang masih bersikap selamba.

    Bekas tunang, balas Ammar Mirza membetulkan.

    Ala you ni.... Manja suara Zana.

    Emmm... Encik Am, Cik Zana... saya pergi dulu.

    Suri Imani terus berdiri dan berlalu. Panggilan

    Ammar Mirza dibiarkan sahaja.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    44/115

    Cinta Tak Terucap

    44

    KERTAS KERJA yang

    dibentangkan oleh Amir

    langsung tidak diambil

    peduli. Rancak mulut Amir bercerita mengenai kajian yang

    dibuatnya tentang kawasan tapak projek. Sesekali Suri Imani

    mengangguk kepala. Sesekali dia menggeleng. Dia sendiri

    tidak tahu apa yang Amir terangkan. Hakikatnya perutnya

    begitu lapar! Dari pagi dia tidak makan. Argh... geramnya!!!

    Mana pula Si Wati ni?

    Suri Imani garu kepala. Dia menoleh memandangFazley yang sibuk dengan Cik Nisak di dalam bilik.

    Berbincang projek di kawasan Ampang. Meja Zul pula kosong.

    Dengarnya Zul mendapat anak perempuan. Gembira sungguh

    Zul.

    Woi, kau dengar tak ni? soal Amir lalu mengetuk

    meja mesyuarat.

    Suri Imani tersentak.Terkebil-kebil dia memandang

    Amir yang nampak geram dengan telatahnya. Suri Imani

    tersengih.

    Bab

    6

  • 8/3/2019 CTT(1)

    45/115

    Imani Hatta

    45

    Sorry, Mir. Wati mana? soal Suri Imani.

    Setahu aku, dia pergi jumpa Zahin kat kae. Adabenda nak dibincangkan mengenai projek di Putrajaya.

    Kenapa?

    Taklah. Saja aje tanya. Bosan pula dia tak ada.

    Suri Imani menarik kertas kerja yang berada di atas meja. Dia

    menelitinya lama. Kemudian dia mendongak memandang

    Amir. Bila due date projek ni?

    Seminggu lepas kau kahwin. Selamba Amir

    menjawab.

    Suri Imani menjerit. Tanpa sedar dia sudah berdiri.

    Tangannya pantas menekup mulut Amir.

    Cik Nisak dan Fazley sama-sama menoleh

    memandang Suri Imani dan Amir.

    Apa kau kata tadi Mir? soal Fazley.

    Tak ada apa-apa. Suri Imani pantas menjawab.

    Fazley memandang Cik Nisak. Rasanya tadi dia

    mendengar perkataan kahwin! Takkan salah dengar kut. Cik

    Nisak sudah meneruskan kerjanya kembali.

    Apesal muka kau pucat aje? Kau tak makan lagi

    ke? soal Amir perlahan.

    Suri Imani memandang Amir.

    Lain kali jangan terlepas cakap! tegur Suri Imani.

    Sorry! Amir tersengih. Kemudian dia duduk di

    atas kerusi. Bibirnya mengukir senyuman bila terpandang

    Wati yang berjalan pantas ke arah mereka. Bibir Wati

    memuncung.

    Kau ni apehal? Tadi setahu aku kau dah makan.

    Takkan lapar lagi? soal Amir dengan wajah terperanjat

  • 8/3/2019 CTT(1)

    46/115

    Cinta Tak Terucap

    46

    apabila melihat bungkusan Chicken Rice Shop. Bau harum

    nasi ayam menyebabkan perut Suri Imani sudah

    mendendangkan lagu.

    Encik Ammar bagi kau, ujar Wati lalu duduk di

    sebelah Suri Imani. Tidak pasal-pasal dia menjadi orang

    tengah antara Suri Imani dan Ammar Mirza. Tadi sewaktu dia

    dan Zahin menunggu li untuk balik ke department masing-

    masing, mereka bertembung dengan Ammar Mirza. Selamba

    sahaja Ammar Mirza menyuruh dia memberikan bungkusanmakanan pada Suri Imani. Langsung tidak mengucapkan

    terima kasih.

    Kenapa Encik Ammar bagi awak, Iman? soal Cik

    Nisak yang sudah menghampiri.

    Fazley duduk di tempatnya. Malas melayan Cik

    Nisak dan cemburunya pada Suri Imani. Tadi sewaktu dia danCik Nisak berada di kae, Cik Nisak bukan menumpukan

    perhatian pada klien, tetapi pada Ammar Mirza dan Suri

    Imani. Dia juga pelik bagaimana Suri Imani boleh mengenali

    Ammar Mirza. Kedatangan Zana Idris, menyebabkan Cik

    Nisak seperti cacing kepanasan. Nasib baiklah, tidak sampai

    seminit Suri Imani berlalu, Ammar Mirza juga turut berlalu.

    Zana pula dibiarkan terpinga-pinga di meja makan.Tadi saya tak sempat nak makan. Sebab tu dia

    belikan untuk saya. Suri Imani menjawab pertanyaan Cik

    Nisak tadi.

    Rapat awak dengan dia. Sinis suara Cik Nisak.

    Suri Imani terkedu. Dia memandang Wati dan Amir

    yang hanya mengangkat bahu.Cik Nisak, nak apa? Kami tengah sibuk dengan

    projek di Kuantan. Cik Nisak ada maklumat baru ke? soal

    Amir terus.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    47/115

    Imani Hatta

    47

    Kadang-kadang meluat juga dengan Cik Nisak ni.

    Suka menyibuk dan menjaga tepi kain orang.

    Emmm... tak ada. Tapi, saya tak suka anak buah

    saya makan waktu kerja. Kompeni dah bagi rehat dua jam.

    Takkan tak cukup? soal Cik Nisak.

    Suri Imani mengeluh.

    Cik Nisak nak nasi ayam ni? Saya puasa hari ni,

    ujar Suri Imani lalu menghulurkan bungkusan.

    Terima kasih. Selamba huluran itu disambut.

    Hendak tersembul mata Amir dan Wati. Tidak

    disangka Cik Nisak boleh ambil makanan tersebut.

    Kau puasa? Perlahan soalan Wati.

    Puasa daripada makan. Suri Imani tersengih.

    Kau tak makan sejak pagi, kan? soal Amir risau.Aku diet.

    Jangan nak mengarutlah! Aku kenal kau Cik Iman

    oiii... tak ada istilah diet dalam hidup kau. Kau tu rajin

    bersenam. Sebab tu badan maintain aje. Aku ni aje... dah

    nampak berisi. Geram aku. Sempat pula Wati meluahkan isi

    hatinya.

    Amir dan Suri Imani tergelak kecil.

    Jangan risau. Kalau kau gemuk pun, Zahin tu setia

    dengan kau, ujar Suri Imani selepas tawanya reda.

    Wati mendengus geram. Kenapa kau bagi pada Cik

    Nisak? Tadi aku nampak dia dah makan McD dengan Fazley.

    Malaslah aku nak bertekak dengan Cik Nisak tu.Tadi dia nampak aku dan Am kat kae. Dia punya jeling...hui,

    macam nak terkeluar biji mata. Kalau aku tak pelawa nasi

    tu... lagilah panjang cerita.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    48/115

    Cinta Tak Terucap

    48

    Aku tak aham. Kenapa kau rahsiakan hal ni? soal

    Wati.

    Aku malas nak perbesarkan.

    Emmm... bila kau nak tempah baju kahwin?

    Hujung minggu ni. Kau teman.

    Aku pun nak pergi survey baju kahwin aku nanti.

    Aku ikut kau, ujar Wati dengan senyuman. Tadi dia ada

    berbincang dengan Zahin mengenai perkara ini. Zahin yangcadangkan dia mengikut Suri Imani kerana Suri Imani bakal

    melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

    Mir... pasal projek ni. Kau bagi aku bawa balik

    kertas kerja ni. Aku semak kat rumah. Kalau ada cadangan,

    aku beritahu esok. Dah nak habis waktu kerja ni. Aku pun

    nak lawat tapak projek di Gombak, ujar Suri Imani dan terus

    berdiri.

    Kau nak pergi mana pula ni? Soal Amir. Kertas

    kerja diserahkan pada Suri Imani.

    Aku pergi tandas kejap. Sakit perut. Suri Imani

    tersengih. Tiba-tiba perut memulas walaupun dia hanya

    minum sejak pagi tadi. Kalaulah papa tahu dia tidak makan

    lagi sampai sekarang, setahun pun tidak habis dibebel papa.Nasib baiklah dia tidak mengalami masalah gastrik. Kalau

    tidak sudah lama dia pengsan.

    Wati yang mengalami masalah gastrik, mesti

    sentiasa makan. Sebab itu Wati nampak lebih berisi. Zahin

    pula akan membebel panjang bila diketahui tunangnya itu

    tidak makan.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    49/115

    Imani Hatta

    49

    AMMAR MIRZA mengeluh

    panjang. Penat. Sepanjang

    malam dia tidak tidur kerana

    ingin berhubung dengan seorang pengurus di Australia.

    Waktu yang berbeza menyebabkan dia terpaksa mengorbankan

    waktu tidurnya. Dia bersandar di dinding li. Pembantunya,

    Danish berdiri di sebelahnya. Hari ini dia ingin pulang awal

    ke rumah. Dia nak tidur! Mengantuk sungguh. Beberapa kali

    dia menguap. Dia perasan mata pekerja-pekerjanya sibuk

    memandangnya. Dia tersenyum. Kemudian berdiri tegak dan

    memeluk badan.

    Pintu li tingkat lapan terbuka. Dia tersentak

    apabila melihat Suri Imani yang melangkah masuk.

    Suri Imani dengan selamba sudah menyusup masuk

    walaupun tahu li sudah penuh. Suri Imani nampak begitu

    letih dan bersandar di dinding li. Tangannya memegang

    perut. Wajahnya juga nampak pucat.

    Bila sampai di tingkat satu, dia perasan Suri Imani

    langsung tidak melangkah keluar. Mata Suri Imani tertutup

    Bab

    7

  • 8/3/2019 CTT(1)

    50/115

    Cinta Tak Terucap

    50

    rapat. Segera dia menghampiri Suri Imani apabila hampir

    semua pekerja sudah melangkah keluar.

    Danish juga sudah keluar dari li dan memegang

    pintu li dari tertutup. Danish sudah tahu hubungan dia

    dengan Suri Imani. Pada majlis pertunangannya juga, Danish

    ada menghadirkan diri.

    Awak ni degil, kan? soal Ammar Mirza geram. Dia

    tahu, Suri Imani tidak makan nasi ayam yang diberi pada

    Wati. Sengaja dia menyuruh Danish membeli nasi ayam ituuntuknya.

    Menurut Shamsul Azhari, makanan kegemaran

    Suri Imani adalah nasi ayam. Nasi ayam yang dimasak oleh

    Suri Imani bila dia datang ke rumahnya dulu juga sedap

    walaupun dia tidak berkata apa-apa.

    Awak.... Ammar Mirza menggenggam lengan SuriImani.

    Suri Imani tersentak. Segera dia mendongak. Bulat

    matanya melihat Ammar Mirza yang berdiri di hadapannya.

    Awak nak apa? soal Suri Imani. Baru dia perasan

    li sudah kosong. Entah bagaimana dia boleh terlelap. Dia

    juga tidak sedar. Nasib baik tak jatuh! Kalau tak... malu!

    Awak tak makan nasi yang saya bagi tadi?

    Cik Nisak nak.

    Buat apa bagi dia? Saya beli untuk awak! jerkah

    Ammar Mirza. Segera dia menarik tangan Suri Imani supaya

    keluar dari perut li. Sempat dia menyuruh Danish pulang

    dahulu dan kemudian dia mengheret Suri Imani supaya

    mengikut langkahnya.

    Pekerja-pekerja Empire Construction terperanjat

    dengan adegan tarik-menarik antara Suri Imani dan Ammar

  • 8/3/2019 CTT(1)

    51/115

    Imani Hatta

    51

    Mirza. Suri Imani tidak mahu melangkah, Ammar Mirza pula

    berkeras supaya Suri Imani mengikutnya.

    Baik awak ikut saya. Atau saya dukung awak kat

    sini! Ugut Ammar Mirza perlahan di telinga Suri Imani.

    Suri Imani tersentak. Lantas dia segera

    mengangguk dan mengikut sahaja langkah Ammar Mirza

    yang laju.

    KENAPAni? soal Puan Sri Noraini yang terperanjat melihat

    kemunculan Ammar Mirza yang mendukung Suri Imani.

    Wajah Suri Imani yang pucat itu mengejutkannya. Segera dia

    menjerit memanggil suaminya yang berada di bilik bacaan.

    Kenapa dengan Iman? soal Tan Sri Mahathir.Wajahnya juga terperanjat.

    Pengsan kut. Am ingatkan dia tidur. Tapi bila Am

    kejut suruh bangun, dia buat tak tau. Sebab tu Am dukung

    ni, jawab Ammar Mirza segera. Dia mengemaskan

    pegangannya pada tubuh ramping Suri Imani. Nasib baik

    kurus, kalaulah gemuk... mati dia nak mengangkatnya!

    Cepat! Bawa masuk bilik, suruh Puan Sri Noraini.

    Ammar Mirza mengangguk dan segera melangkah

    ke biliknya. Kebetulan biliknya hanya bersebelahan dengan

    bilik Firhan. Kedengaran mulut becok Firhan yang berbual

    dengan Fia.

    Tubuh Suri Imani diletakkan di atas katil. Dia

    menggeliat sekejap. Lenguh mendukung Suri Imani.

    Fi mana? soal Ammar Mirza pada uminya yang

    sibuk merasa dahi Suri Imani takut demam.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    52/115

    Cinta Tak Terucap

    52

    Dalam bilik dia. Kenapa dengan Iman, Am? soal

    Puan Sri Noraini dan mendongak memandang anak lelakinya.

    Wajahnya nampak lega kerana badan Suri Imani tidak panas.

    Tak makan dari pagi. Tadi Am callpapa. Dia cakap

    Iman tak makan dari pagi sebab bangun lewat. Sempat

    minum susu aje. Am nak bawa balik rumah Iman, tapi papa

    dan Ilham tak ada kat rumah, terang Ammar Mirza.

    Tan Sri Mahathir menggeleng kepala. Perangai Suri

    Imani sama dengan perangai Ammar Mirza. Pentingkankerjaya sehingga lupa makan.

    Pak ngah dah balik!!! jerit Firhan kesukaan lalu

    menerpa masuk ke bilik Ammar Mirza. Jarang Ammar Mirza

    pulang awal. Lewat petang baru dia dapat melihat bapa

    saudaranya itu.

    Mak ngah sakit, ujar Ammar Mirza lalu menarikFirhan menjauhi Suri Imani yang berbaring di katilnya.

    Kenapa dengan mak ngah? soal Fia pula yang

    entah bila sudah berdiri di hadapan pintu.

    Mak ngah sakit, jawab Tan Sri Mahathir dengan

    senyuman. Dia mengusap rambut kerinting Fia.

    Biarlah dia tidur dulu. Am callpapa dia. Kata Imanada kat sini. Malam nanti dia baliklah, ujar Tan Sri Mahathir

    lalu memandang anak lelakinya.

    Ammar Mirza mengangguk.

    Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini sudah

    melangkah keluar dari bilik. Fia dan Firhan sudah berlari

    mendahului langkah nenek dan atuknya.

    Ammar Mirza tersenyum. Dia menarik kerusi dan

    duduk menghadap Suri Imani. Comel! Tak pernah lagi dia

    melihat gadis yang juga tunangnya itu tidur. Bibirnya

  • 8/3/2019 CTT(1)

    53/115

    Imani Hatta

    53

    mengukir senyuman. Agaknya bagaimanalah reaksi Suri

    Imani apabila bangun tidur nanti dan mendapat tahu dia

    berada di biliknya. Mesti terperanjat besar.

    Am, keluar! Muncul Tan Sri Mahathir tiba-tiba.

    Hah? Terkejut Ammar Mirza.

    Kamu berdua tu tak kahwin lagi. Tak elok kamu

    duduk berdua-duaan aje dengan Iman. Beritahu Tan Sri

    Mahathir.

    Ammar Mirza tersengih. Lupa pula dia tentang hal

    itu.

    TERKEBIL-KEBIL Suri Imani memandang siling yang

    berukiran cantik dan tinggi. Terdapat satu tangga kecil dihujung bilik yang mungkin menuju ke loteng rumah. Dia

    memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Laparnya... aku

    kat mana ni? Suri Imani mengangkat kepalanya. Dia meneliti

    sekitar bilik yang kemas. Warna kelabu gelap dan putih

    menjadi warna tema bilik ini yang nampak moden dengan

    susun atur perabotnya. Satu set soa berada di hujung bilik.

    Sebuah TV LCD ull HD Samsung tergantung di dindingbilik.

    Suri Imani terlopong. Dia kat mana ni? Dia

    menoleh apabila terasa ada benda bergerak di sisinya.

    Argh!!!

    Terkejut besar Ammar Mirza. Dia baru sahaja

    melangkah masuk ingin mengambil baju untuk mandi. Tadidia tertidur di atas soa di ruang tamu.

    Saya kat mana ni? soal Suri Imani terus. Dia

    meneliti badannya. Baju kurung yang dipakainya pagi tadi

  • 8/3/2019 CTT(1)

    54/115

    Cinta Tak Terucap

    54

    masih tersarung di badan. Dia sebenarnya terperanjat melihat

    Ammar Mirza.

    Yang menjerit macam orang gila ni kenapa? Nasib

    baik tak gugur jantung ni. Kalau tak, tak kahwinlah awak

    hujung bulan ni. Sempat Ammar Mirza menyindir walaupun

    nada suaranya sedikit menengking.

    Saya kat mana ni? soal Suri Imani lagi hampir

    sahaja menangis. Tidak pernah seumur hidupnya bermalam

    di rumah orang lain seperti ini.

    Bilik saya. Awak pengsan tadi.

    Tapi... tapi.... Kata-kata Suri Imani terputus

    apabila melihat Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini

    muncul diikuti oleh Fi, Fia dan Firhan.

    Kenapa mak ngah? soal Fi. Dia sudah melompat

    naik ke atas katil Ammar Mirza diikuti adik-adiknya.

    Suri Imani tercengang.

    Assalamualaikum Puan Sri, ujar Suri Imani terus

    turun dari katil dan menghampiri Puan Sri Noraini.

    Langkahnya seperti orang mabuk. Terpaksa Ammar Mirza

    memimpinnya.

    Suri Imani menjeling geram. Ammar Mirza pura-pura tidak nampak.

    Buat apa panggil Puan Sri. Panggil umi aje, suruh

    Puan Sri Noraini dan bersalam dengan Suri Imani. Kemudian

    tubuh Suri Imani dipeluk.

    Suri Imani nampak kekok. Di tersenyum malu.

    Iman tak apa-apa? Risau ayah tengok tadi, tegurTan Sri Mahathir dengan senyuman.

    Suri Imani menggaru kepala. Selama ini dia

    melihat Tan Sri Mahathir segak dengan sutnya. Kini Tan Sri

  • 8/3/2019 CTT(1)

    55/115

    Imani Hatta

    55

    Mahathir ringkas dengan baju Melayu berwarna coklat dan

    dipadankan dengan kain pelekat. Siap dengan kopiah putih

    lagi. Dia menoleh memandang Ammar Mirza. Pandai-pandai

    aje bawa aku kat sini!

    Am. Pergi mandi. Sembahyang. Dah nak habis

    maghrib, suruh Tan Sri Mahathir lalu memandang Ammar

    Mirza yang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Anak-anak

    saudaranya tersenyum. Dia tahu anak-anak saudaranya itu

    mengikut Tan Sri Mahathir ke masjid daripada pakaian yangmereka pakai, iaitu baju Melayu dan baju kurung. Fi dan Fia

    juga bertudung ala-ala tudung Arini.

    Pukul berapa dah ni? soal Suri Imani terkejut

    besar.

    Tujuh setengah, jawab Puan Sri Noraini

    bersahaja.Alamak! Papa mesti risaukan Iman. Solat asar pun

    dah terlepas. Suri Imani mengeluh. Dia menggaru kepalanya

    yang tidak gatal. Rambutnya yang memang nampak kusut

    bertambah kusut. Lamanya dia tidur. Rasanya tadi pukul tiga

    setengah petang sewaktu dia berkira-kira ingin ke tapak

    projek di Gombak, sebelum bertembung dengan Ammar

    Mirza.

    Iman mandi di bilik Liyna. Pinjamlah baju dia

    dulu, usul Puan Sri Noraini.

    Eh, tak apalah. Iman kena balik. Papa mesti risau,

    ujar Suri Imani perlahan.

    Jangan risau. Am dah callpapa, sampuk Ammar

    Mirza.

    Jom. Puan Sri Noraini menarik tangan Suri Imani

    supaya mengikut langkahnya. Wajah Suri Imani nampak

    begitu serba salah. Tetapi terpaksa juga dia mengikutnya.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    56/115

    Cinta Tak Terucap

    56

    NASIB baik sama saiz badan Iman dan Liyna, ujar Puan Sri

    Noraini dengan senyuman.

    Suri Imani nampak lebih segar selepas mandi.

    Rambutnya juga masih basah. Dia nampak begitu ringkas

    dengan baju-T putih dan seluar separas buku lali berwarna

    hitam.

    Ammar Mirza terkedu apabila melihat Suri Imani.

    Tiba-tiba sahaja jantung berdegup kencang. Kenapapulak ni?

    Duduk sebelah Am. Umi tau Iman mesti dah lapar.

    Jom makan, ujar Puan Sri Noraini lagi.

    Peramah sungguh bakal mak mertuanya ini.

    Berbeza dengan anak terunanya.

    Liyna tak marah ke pinjam baju dan seluar dia?

    soal Suri Imani. Beg kertas yang berisi baju kurungnya

    diletakkan di atas lantai. Bersebelahan dengan kerusinya. Dialangsung tidak memandang Ammar Mirza. Dia tahu Ammar

    Mirza sibuk memandangnya.

    Liyna tu jenis tak kisah. Dia tu suka shopping.

    Kalau baju dia hilang, mana dia nak sedar, jelas Tan Sri

    Mahathir. Sedih juga mengenangkan anak bongsunya, Liyna

    yang suka balik lewat malam. Jarang lekat di rumah. Berbeza

    sungguh sikap Liyna dengan dua orang abangnya, Radzi dan

    Ammar Mirza.

    Hatinya tersentuh setiap kali teringat akan arwah

    Radzi. Kesian Fi, Fia dan Firhan kerana kehilangan ayah

    pada usia yang begitu muda. Ibu mereka pula sibuk di

    London. Ibu mereka merupakan pereka esyen terkenal dan

    jarang pulang ke Malaysia.

    Nah. Ammar Mirza menghulurkan pinggan pada

    Suri Imani.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    57/115

    Imani Hatta

    57

    Suri Imani menyambutnya dan mengucapkan

    terima kasih. Dia memandang lauk-pauk yang terhidang di

    hadapan. Nampak begitu menyelerakan. Fi, Fia dan Firhan

    yang tersengih sejak tadi dipandangnya. Rasa seperti nak

    cubit pipi masing-masing.

    Anak-anak saudara Ammar Mirza memang comel.

    Fi dan Fia berambut kerinting. Pipi mereka juga tembam

    walaupun badan tidaklah gemuk. Firhan berbeza dengan

    kakak-kakaknya. Firhan lebih putih dan rambutnya lurusmenutup dahi. Senyuman Firhan menyerlahkan lesung pipit

    di kedua-dua belah pipi.

    Sedapnya umi, puji Suri Imani jujur.

    Puan Sri Noraini tersenyum. Bukan umi masak.

    Tukang masak. Kalau Iman nak rasa masakan umi, kena

    datang sini selalu.Fi kata masakan Iman sedap. Nanti bolehlah

    masak untuk kami pula, ujar Tan Sri Mahathir.

    Suri Imani tersedak.

    Pantas Ammar Mirza menghulurkan air.

    Kenapa? soal Tan Sri Mahathir pelik.

    Dia masak bukan sedap sangat pun. SelambaAmmar Mirza berkata.

    Suri Imani tersentak. Hatinya sedikit tersentuh.

    Apa pula tak sedap! Hari tu tiga kali pak ngah

    tambah. Sampai habis nasi kat rumah Atuk Sham, sampuk

    Fi.

    Ammar Mirza tersentak.Isy... Fi. Mulut penuh mana boleh cakap. Berapa

    kali nak beritahu, ujar Ammar Mirza geram.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    58/115

    Cinta Tak Terucap

    58

    Dah pak ngah kata macam tu. Mestilah Fi marah.

    Kan mak ngah? Fi membela sambil mata bulatnya

    memandang Suri Imani yang sudah terkulat-kulat.

    Sebenarnya mencari idea untuk membalas dendam pada

    Ammar Mirza. Senang-senang kutuk masakan orang! Kalau

    nak sedap, pergilah makan di restoran lima bintang.

    Suri Imani tersenyum. Otaknya ligat berkir.

    Ouch!!Au!!!

    Kenapa Am? soal Puan Sri Noraini risau

    mendengar teriakan Ammar Mirza yang sudah seperti cacing

    kepanasan.

    Suri Imani membuat wajah terperanjat.

    Kenapa Am? Soalnya berpura-pura risau.

    Ammar Mirza menggeleng. Wajahnya sudah merah.

    Tangannya sudah melepaskan sudu dan garpu. Nasib baik dia

    pakai selipar, kalau tidak... bengkak kakinya dikerjakan Suri

    Imani. Bukan sekali dipijak, tapi berkali-kali! Dia menjeling

    memandang Suri Imani.

    Suri Imani tersengih. Padan muka!

    AMMAR MIRZAmemberhentikan kereta BMW 3 Series

    berwarna hitam betul-betul di hadapan sebuah tangki air

    lama. Kawasan persekitaran juga sunyi sepi. Jam sudah

    menunjukkan pukul sebelas malam. Jantung Suri Imani

    sudah berdegup kencang. Dia memandang Ammar Mirza yang

    tersengih memandangnya. Pandangan Ammar Mirza tajammerenung dalam ke dasar matanya.

    Suri Imani menelan air liurnya yang terasa pahit.

    Pelbagai perkara bermain di kirannya sekarang. Setahunya

  • 8/3/2019 CTT(1)

    59/115

    Imani Hatta

    59

    di depan ada jalan menuju ke kawasan perkuburan lama.

    Sekarang Suri Imani bukan sahaja takut pada lelaki di

    sebelahnya, tetapi juga pada kawasan sekelilingnya. Bulu

    romanya sudah meremang. Radio dimatikan.

    Aaa awak nak apa? soal Suri Imani berpura-

    pura berani. Tangannya sudah berpeluh walaupun enjin

    kereta masih terpasang danair condtidak dimatikan.

    Awakkan tunang saya. Saya boleh buat apa yang

    saya suka, ujar Ammar Mirza kemudian tersenyummenggoda.

    Mata Suri Imani sudah berpinar mendengar kata-

    kata Ammar Mirza. Dia memegang kemas-kemas beg kertas

    yang berisi baju kurung. Dia hendak membuka pintu kereta,

    tetapi takut melihat suasana luar yang lebih menyeramkan.

    Sekurang-kurangnya di dalam kereta ada cahaya lampuwalaupun malap.

    Awak! Suri Imani tersentak.

    Ammar Mirza merapatkan badannya. Hatinya sudah

    seakan-akan digeletek melihat wajah ketakutan Suri Imani

    yang menggigil di hadapannya dan cuba menjarakkan diri.

    Hampir sahaja bibirnya hendak mencecah pipi gebu Suri

    Imani yang tampak pucat. Tiba-tiba pintu kereta terbuka.

    Terjatuh Suri Imani keluar dihempap badannya.

    Suri Imani menjerit kuat. Dia pula tercengang.

    Sangkanya hendak menakutkan Suri Imani. Dia pula yang

    terkejut dengan tindakan Suri Imani. Muka Suri Imani sudah

    merah padam dan bertubi-tubi tangan Suri Imani memukul

    dadanya. Terbatuk dia dibuatnya.Woi! Sudahlah. Aku main-main aje tadi! jerkah

    Ammar Mirza apabila dia sendiri tidak dapat tahan dengan

    penangan Suri Imani yang seperti orang hilang akal.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    60/115

    Cinta Tak Terucap

    60

    Ammar Mirza berdiri tegak. Dia menarik tubuh

    Suri Imani supaya berdiri sama. Mata Suri Imani sudah

    berair. Dia mengeluh kecil.

    Sudahlah. Masuk kereta cepat. Meremang duduk

    lama-lama kat luar ni, tegur Ammar Mirza.

    Suri Imani memandang sekeliling. Gelap! Hanya

    cahaya dari tangki air lama sahaja yang malap merenangi

    jalan. Seperti disengat tebuan, Suri Imani sudah melompat

    naik di dalam kereta. Ammar Mirza tersengih melihatkekalutan Suri Imani. Teringat kata-kata Shamsul Azhari

    yang seumur hidup Suri Imani tidak pernah menonton cerita

    hantu kerana takut.

    Nak buat apa kat sini hah?

    Ammar Mirza tidak mempedulikan pertanyaan Suri

    Imani. Dia sudah membuka pintu.Nanti kita kena cekup, susah pulak, sambung

    Suri Imani sambil memerhati sekitar.

    Ammar Mirza tersenyum kecil. Dia pasti kawasan

    ini selamat. Lagipun jauh dengan kawasan perumahan.

    Kawasan ini adalah kawasan rahsianya apabila dia perlukan

    ketenangan. Berdekatan dengan kawasan kubur menyebabkan

    kawasan ini sunyi dan nyaman. Kata orang kalau mengingati

    mati, kita boleh mendapat ganjaran pahala.

    Buat apa nak takut? Kita kahwin juga dua minggu

    lagi, ujar Ammar Mirza selamba. Wajahnya kembali serius.

    Kaki kirinya terasa sengal tiba-tiba dibuat Suri Imani tadi

    sewaktu makan malam.

    Kau dah buat apa tadi? Nasib baik tak lebam kaki

    ni, sambung Ammar Mirza dengan wajah yang sedikit

    geram.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    61/115

    Imani Hatta

    61

    Apa?

    Nak suruh aku tunjukkan apa kau buat tadi? soalAmmar Mirza bersahaja.

    Suri Imani menggeleng laju. Segera dia memegang

    paha Ammar Mirza supaya tidak bertindak. Tetapi pantas

    tangannya dialihkan apabila menyedari keterlanjurannya.

    Eh! Awak buat apa ni? soal Suri Imani gelabah

    apabila Ammar Mirza menghampirinya. Bibir Ammar Mirza

    menguntum senyuman. Perlahan Ammar Mirza membuka

    dashboarddan mengeluarkan sesuatu dan dihulurkan terus

    pada Suri Imani.

    Ambil ni. Senang aku nak call kau nanti, ucap

    Ammar Mirza tegas.

    Suri Imani tercengang. Tidak biasa dengan bahasa

    yang digunakan Ammar Mirza. Kau dan aku.

    Aku nak buat apa dengan benda ni? soal Suri

    Imani. Menggunakan bahasa yang sama. Ammar Mirza

    menoleh memandangnya.

    Setahu aku kau duduk Kuala Lumpur. Takkan

    handphone pun tak kenal. Ambil aje. Aku tak mahu ada

    tunang yang nak belihandphone pun tak ada duit. Satu lagi!Aku dahset nombor baru kau. Aku nak nombor ni hanya aku

    sahaja tahu. Teleon yang satu lagi, guna untuk nombor

    lama, jawab Ammar Mirza.

    Suri Imani terlopong. Dia membuka kotak teleon

    bimbit itu. Dua! Satu warna putih dan satu lagi berwarna

    hitam daripada jenama yang sama.

    Warna putih khas untuk aku. Warna hitam untuk

    orang lain. Faham?

    Terangkat bahu Suri Imani kerana terkejut.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    62/115

    Cinta Tak Terucap

    62

    Tak payah jerit. Saya ada sebelah awak aje. Suri

    Imani mendengus geram. Tidak sedar bahasanya tadi turut

    berubah.

    Jom aku hantar balik.

    Satu lagi. Suri Imani memandang Ammar Mirza

    lama.

    Ammar Mirza mengangkat kening seolah-olah

    mengisyaratkan Suri Imani supaya bercakap.

    Emmm saya.. saya dah beritahu Wati, Zahin dan

    Amir pasal kita. Tapi awak jangan risau, hanya mereka bertiga

    aje tau. Saya tak senang hati kalau tak beritahu mereka.

    Mereka tu sahabat saya dunia akhirat. Tapi, awak jangan

    risau. Saya dah beritahu mereka supaya jangan beritahu

    orang lain. Saya percayakan mereka. Selama ni semua

    masalah kami kongsi bersama. KalauItu aje kau nak cakap. Mereka dah tau? potong

    Ammar Mirza.

    Suri Imani mengangguk laju.

    Fine!

    Suri Imani tercengang. Sangkanya Ammar Mirza

    akan marah.

    SETELAH keluar dari bilik air, Suri Imani bergegas mencari

    handphone barunya yang kuat mengalunkan lagu Fall or

    You nyanyian Secondhand Serenade yang semakin popular

    dan sering kedengaran dari corong radio. Dia mendengus bila

    membaca nama yang terkeluar dari skrin lat itu. Gambar

    Ammar Mirza yang tersengih juga kelihatan. Pandai-pandai

    aje buat keputusan.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    63/115

    Imani Hatta

    63

    Kenapa lambat angkat? soal Ammar Mirza kuat di

    corong teleon.

    Tak reti guna lagi, jawab Suri Imani geram. Dia

    sudah melompat naik ke atas katil. Kemudian dia memeluk

    patung Pooh kesukaannya.

    Nak apa ni? soal Suri Imani apabila Ammar Mirza

    mendiam diri.

    Kenapa tulis love? soal Suri Imani lagi apabila

    Ammar Mirza ingin bersuara.

    Ammar Mirza tercengang.Love? Kemudian dia

    ketawa kecil. Teringat nama yang ditulis untuk nombor

    teleonnya. Sebenarnya nama itu yang terlintas di kirannya.

    Akukan tunang kau. Jadi kiranya kekasih kau juga.

    Tak salah, kan? soal Ammar Mirza sengaja menaikkan darah

    Suri Imani. Sejak gadis itu menjadi tunangannya, sukasungguh dia mengenakan gadis kacukan itu. Bertambah

    marah, bertambah cantik dia.

    Kau jangan nak tukar pula, ujar Ammar Mirza

    separuh mengugut.

    Kau nak apa ni? Aku mengantuk. Nak tidur, ucap

    Suri Imani perlahan. Sesungguhnya dia memang mengantuk.Matanya sudah separuh terbuka. Lampu bilik juga sudah

    terpadam. Suri Imani menguap kuat.

    Ammar Mirza tersentak mendengar hembusan

    naas Suri Imani dari corong teleon. Bibirnya tersenyum.

    Tidak dinakan, dia juga mengantuk. Tetapi dia masih ada

    urusan kerja yang perlu disiapkan. Tadi dia sudah minum dua

    gelas Nescae supaya mengantuknya hilang.

    Kau nak apa? Soal Suri Imani lagi. Matanya sudah

    berair.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    64/115

    Cinta Tak Terucap

    64

    Esok aku ambil kau. Tunggu depan rumah.

    Okey. Selamat malam. Suri Imani membiarkansahaja teleonnya. Matanya sudah terpejam rapat. Kata-kata

    Ammar Mirza tadi dibiarkan sahaja berlalu tanpa otaknya

    mampu untuk mentasir apa yang diperkatakan oleh Ammar

    Mirza.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    65/115

    Imani Hatta

    65

    P

    A... nampak jam tangan

    Iman tak? jerit Suri Imani

    lagi.

    Tadi menjerit bertanyakan getah rambutnya yang

    berwarna ungu. Memang Suri Imani suka meletakkan

    barangnya merata tempat. Alih-alih dia lupa.

    Shamsul Azhari menggeleng kepala. Geram

    sungguh dengan sikap Suri Imani. Dah nak kahwin, tapi

    perangai masih tidak berubah.

    Ilham tersengih. Kemudian dia mencapai roti yangsudah dibakar oleh papanya tadi. Hari ini kelam-kabut rumah

    disebabkan Suri Imani bangun lewat.

    Cuba cari betul-betul atas laci. Papa nampak kat

    situ, jerit Shamsul Azhari pula dari tangga.

    Pa! Bukan yang ni. Yang ungu gelap. Jeritan Suri

    Imani kedengaran lagi.Kat bawah ni. Iman tinggalkan kat dapur semalam.

    Atas peti ais lupa ke? jerit Shamsul Azhari kembali.

    Bab

    8

  • 8/3/2019 CTT(1)

    66/115

    Cinta Tak Terucap

    66

    Beberapa minit kemudian kedengaran Suri Imani

    yang berlari turun.

    Pa nampak kunci kereta Iman tak? soal Suri

    Imani sebelum matanya bulat merenung lelaki yang sedang

    bersarapan bersama Ilham.

    Kau buat apa kat sini? soal Suri Imani terkejut

    besar.

    Iman. Your language! Apa panggil tunang macam

    tu, tegur Shamsul Azhari kurang senang.

    Suri Imani tersengih. Hatinya mengutuk kuat.

    Ammar Mirza yang mengajarnya memanggil begitu.

    Iman nak kunci kereta buat apa? soal Shamsul

    Azhari.

    Iman lupa letak mana. Suri Imani menyelongkar

    perut beg tangannya sebelum dia menjerit kecil.

    Dah jumpa! Suri Imani bersorak seperti budak

    kecil yang baru dapat hadiah.

    Shamsul Azhari menggeleng kepala dengan telatah

    Suri Imani.

    Duduk makan, arah Shamsul Azhari.

    Semalam papa dapat tau Iman tak makan sampai

    malam. Sekarang dah adarule baru kat rumah ni. Selagi tak

    habiskan sarapan, tak boleh keluar rumah. Faham?

    Suri Imani mengangguk laju sambil tersengih. Dia

    menuang air susu segar dari botol Goodday yang masih sejuk.

    Diteguknya rakus.

    Shamsul Azhari menggeleng dengan telatah SuriImani yang tidak pernah berubah. Kenapa bangun lewat

    lagi? Iman sembahyang subuh tak pagi tadi?

  • 8/3/2019 CTT(1)

    67/115

    Imani Hatta

    67

    Suri Imani tersedak.

    Ilham dan Ammar Mirza sudah berbalas pandang.Bibir Ammar Mirza tersenyum. Kalau diikutkan hari ini dia

    langsung tidak sembahyang subuh. Dia tidur pukul lima pagi

    tadi dan terjaga tepat-tepat pukul enam empat puluh pagi

    sebelum bersiap untuk mengambil Suri Imani.

    Pa... Iman cutilah. Perkataan cuti itu

    diperlahankan. Merah padam wajahnya. Dia menoleh

    memandang Ammar Mirza yang tersenyum nakal.

    Awak buat apa datang sini? soal Suri Imani.

    Kereta awak kat pejabat. Lupa? soal Ammar Mirza

    dengan senyuman yang membuatkan hati Suri Imani

    bertambah geram. Ligat otaknya berkir. Betul juga.

    Semalam dia dibawa oleh Ammar Mirza ke rumahnya dan

    keretanya ditinggalkan di pejabat. Tapi kenapa tak tanya akudulu? Pandai-pandai aje buat keputusan.

    Macam inilah perangai Iman pagi-pagi. Kalau dia

    cuti selalunya dia bangun lewat.

    Pa! Wajah Suri Imani bertambah merah.

    Ilham sudah ketawa besar.

    Buat apa nak malu? Am nak jadi suami Iman dah.Shamsul Azhari tersengih. Sengaja mengusik anaknya.

    Ammar Mirza ketawa kecil. Sebenarnya dia sendiri

    baru sampai. Bila sampai sahaja dia sudah mendengar jeritan

    Suri Imani bertanyakan itu dan ini. Kelakar sungguh dia

    mendengarnya. Sekejap bertanya mana bajunya, sekejap

    bertanya mana letak seterika. Tak ubah seperti budak kecil.

    Shamsul Azhari pula tak sudah melayan Suri Imani.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    68/115

    Cinta Tak Terucap

    68

    ADA tertinggal barang tak? soal Shamsul Azhari. Ayat

    kemestian apabila dia menghantar Suri Imani keluar

    dari rumah. Kadang-kadang Suri Imani boleh tertinggal

    beg tangan. Berlari masuk ke dalam rumah mencari beg

    tangannya.

    Ammar Mirza yang baru ingin melangkah masuk ke

    dalam kereta, keluar semula. Memandang Suri Imani yang

    menyalami Shamsul Azhari. Ilham pula sudah menaiki bas

    sekolah yang berhenti di hadapan rumah tadi.Sure.... Suri Imani penuh yakin.

    Iman.Handphone bawa tak? soal Ammar Mirza.

    Suri Imani menoleh memandangnya. Dahinya

    sedikit berkerut. Pantas tangannya menyelongkar beg tangan.

    Alamak! Handphone warna putih tak ada sebab dah habis

    bateri. Dia charge tadi, tapi lupapulak nak ambil. Pelik juga,sebab setahunya bateri masih penuh tetapi pagi tadi sudah

    meragam minta dicharge.

    Kejap! Ada dalam rumah. Suri Imani tersengih

    malu dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Nasib baik

    hari ini pakai seluar dan kemeja, jadi tidaklah sumbang

    langkah Suri Imani.

    Shamsul Azhari sudah menggeleng. Beg tangan

    Suri Imani diletakkan di dalam kereta.

    Ammar Mirza tersenyum. Dalam hatinya sudah

    mengutuk. Muda-muda dah nyanyuk. Dia memandang jam.

    Sudah pukul lapan pagi. Waktu pejabat pukul sembilan pagi.

    Umur kau berapa? soal Ammar Mirza apabila

    mereka sudah berhenti di lampu isyarat yang merah.

    Suri Imani menoleh memandangnya.

    Kenapa? Takkan kau tak tau? soal Suri Imani.

  • 8/3/2019 CTT(1)

    69/115

    Imani Hatta

    69

    Umur dua puluh tiga tapi pelupa mengalahkan

    orang tua, ucap Ammar Mirza geram. Dia ingat bolehlah dia

    datang awal ke pejabat, tapi lambat juga. Kebetulan trafc

    sudahjammed.

    Ala... pagi-pagi aje macam tu. Patutlah papa kejut

    awal. Rupa-rupanya kau nak ambil.

    Pandai menjawab. Kunci kereta bawa tak?

    Suri Imani tersentak. Segera dia menyelongkar beg

    tangannya. Fuh! Ada. Nasib baik. Dia tersengih malu pada

    Ammar Mirza yang sudah masam mencuka.

    Pelik. Semalam kau dah charge handphone, kan?

    Kenapa pagi tadi dah habis bateri? Kelam-kabut aku nak

    charge benda tu. Bebelan kecil Suri Imani kedengaran.

    Ammar Mirza tersen