cth teks majlis pertandingan festival nasyid sek ren keramat kl

9
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TAHUN 2015. 18 April 2015. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS BismilLahirRahmanirRahim. Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia Tn Hj Mohmad Shoufi bin Osman, Penolong Pegawai Pendidikan Pengurusan Sekolah Kanan , Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mewakili En Tajudin bin Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur . Yang dihormati, En Kamaruddin bin Mohamad, Penolong Pegawai Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Yang Berusaha, En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2015 Yang dihormati. Guru Besar-Guru Besar Sekolah Rendah Wilayah Keramat,barisan para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru pengiring,guru-guru,para peserta kumpulan nasyid serta para pelajar yang dikasihi sekalian.... Hadirin dan Hadirat sekalian, Salam bahagia dan diucapkan selamat datang ke Sk Padang Tembak 1,sempena Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015. Untuk makluman hadirin, Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015 menyaksikan persaingan sengit antara 12 buah sekolah dari peringkat rendah di Wilayah Keramat. Taklimat Ketua Juri Bukan rumput sebarang rumput Rumput penghias cantik pandangan Bukan jemput sebarang jemput

Upload: zurazni-suhaimi

Post on 27-Sep-2015

79 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAHRENDAHTAHUN 2015.

18 April 2015.Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

BismilLahirRahmanirRahim.Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia Tn Hj Mohmad Shoufi bin Osman, Penolong Pegawai Pendidikan Pengurusan Sekolah Kanan , Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mewakili En Tajudin bin Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .

Yang dihormati, En Kamaruddin bin Mohamad, Penolong Pegawai Pendidikan Islam

Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Yang Berusaha, En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2015

Yang dihormati. Guru Besar-Guru Besar Sekolah Rendah Wilayah Keramat,barisan para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru pengiring,guru-guru,para peserta kumpulan nasyid serta para pelajar yang dikasihi sekalian....

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Salam bahagia dan diucapkan selamat datang ke Sk Padang Tembak 1,sempena Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015.Untuk makluman hadirin, Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015 menyaksikan persaingan sengit antara 12 buah sekolah dari peringkat rendah di Wilayah Keramat.

Taklimat Ketua JuriBukan rumput sebarang rumputRumput penghias cantik pandanganBukan jemput sebarang jemputJemput juri berikan penerangan.

Bagi memulakan majlis,dengan sukacitanya,menjemput Ustaz Mohd Afendy bin Abd Latif, selaku ketua juri,untuk memberikan taklimat pemarkahan pertandingan nasyid pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Afendy bin Abd Latif, atas penerangan itu tadi.Sekolah-sekolah Yang BertandingUntuk makluman hadirin sekalian,pertandingan nasyid pada kali ini disertai oleh 12 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah:

1. SK Wangsa Maju R10

2. SK AU Keramat

3. SK Padang Tembak 1

4. SK Setiawangsa

5. SK Setapak Indah

6. SK Desa Tun Hussein Onn

7. SK Danau Kota 2

8. SK Jalan Gurney 2

9. SK Taman Melati

10. SK Taman Seri Rampai

11. SK Convent (2) Bukit Nanas

12. SK Jalan Air Panas

Pertandingan BermulaSiti Wan Kembang perintah kelantanNama termasyur dahulu kalaSaat dinanti telahpun datangPertandingan nasyid akan bermula.Para hadirin sekalian,Kumpulan PertamaKini tibalah masanya,majlis menjemput Kumpulan Pertama (01) yang akan menyampaikan lagu pertama berjudul Al Quran Membimbing Nadi Transformasi Ummah dan lagu kedua Islam Hakiki Memupuk Jati Diri. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Demikianlah tadi persembahan dari kumpulan Pertama (01).Kumpulan Kedua.Kita beralih pula kepada kumpulan kedua.. Kumpulan ini menggelar kumpulan mereka dengan nama Soutun Najjah akan membawakan lagu pertama berjudul Al Quran Nadi Transformasi Ummah dan lagu kedua Isra dan Mikraj. Dipersilakan.Demikian tadi persembahan dari kumpulan Kedua (02).Kumpulan Ketiga Seterusnya dijemput kumpulan ketiga yang menamakan kumpulan mereka Shoutul Najihin membawakan dua buah lagu.Lagu pertama berjudul Al Quran Mentajdid Transformasi Ummah .dan lagu kedua Adab Berjiran. Dipersilakan. Terima kasih.. Kumpulan KeempatKita beralih kepada kumpulan keempat dengan nama kumpulan.Shoutul Aulad. yang akan membawakan lagu pertama berjudul Al Quran Nadi Transformasi Ummah, dan lagu kedua pula Israk Dan Mikraj. Dipersilakan.Demikian tadi persembahan dari kumpulan keempat (04)

Terima kasih diucapkan.

Kumpulan KelimaKita sampai sekarang ,kepada kumpulan kelima .Dipersilakan kumpulan Qudwatuna yang akan mendendangkan dua buah lagu berjudul Al Quran Nadi Transformasi Ummah dan Cahaya Rahmah.Dengan segala hormatnya dipersilakan.Demikianlah tadi persembahan kumpulan 5

Kumpulan KeenamSeterusnya kita beralih kepada kumpulan keenam.Dijemput kumpulan Shoutul Hikmah yang akan menyampaikan dua buah lagu berjudu Al Quran Nadi Transformasi Ummah dan Kesaksian Isra Mikraj.Sama-samalah kita saksikan persembahan kumpulan 06. Dipersilakan.RehatSidang hadirin sekalian,Nampaknya kumpulan yang bertanding pada kali ini semuanya hebat-hebat belaka . Pastinya barisan panel hakim runsing dan gusar untuk mencari penyertaan terbaik.Bagi mengurangkan rasa kerungsingan ,apa kata majlis berehat seketika dan majlis akan bersambung pada pukul......................

**Alhamdulillah kita akan menyambung kembali pertandingan nasyid pada pagi ini.

Kumpulan KetujuhMajlis menjemput kumpulan seterusnya iaitu kumpulan Annur yang akan menyampaikan lagu pertama berjudul Al Quran Nadi Transformasi Ummah dan lagu kedua Beriman Kepada Allah.Dengan itu,dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dari kumpulan 07

Terima kasih diucapkan.Kumpulan KelapanKini kita menjemput pula kumpulan kelapan.Mengelarkan kumpulan mereka dengan nama Soutul Falah akan mendendangkan dua buah lagu .Lagu pertama berjudul Al Quran Penjana Transformasi Ummah dan lagu kedua Adab Bersama Ibu Bapa. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan 08. Terima kasih diucapkan..

Kumpulan Sembilan.Hadirin dan hadirat sekalian....marilah pula kita saksikan persembahan nasyid dari kumpulan An-Nisa.Mereka akan menyampaikan lagu Al Quran Nadi Transformasi Ummah dan Adab Rehlah.

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan 09.Kumpulan Sepuluh.Kita beralih kepada kumpulan kesepuluh dengan nama kumpulan An-Naufal Generation yang akan membawakan lagu pertama berjudul Al Quran Nadi Transformasi Ummah dan lagu kedua pula Kembara Taqwa. Dipersilakan.

Demikian tadi persembahan dari kumpulan 10. Terima kasih diucapkan.

Kumpulan KesebelasKita sampai sekarang ,kepada kumpulan kesebelas .Dipersilakan kumpulan __________________________________yang akan mendendangkan dua buah lagu berjudul ........................................................dan..........................................Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan tadi daripada Kumpulan 11.Kumpulan Kedua belasMajlis diteruskan lagi dengan alunan persembahan kumpulan terakhir,kumpulan keduabelas, Kumpulan As-Soff . Mereka akan menyapaikan dua buah lagu yang berjudul Al Quran Nadi Ummah dan Isra Wal Mikraj. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Begitulah persembahan bertenaga daripada kumpulan 12.

Demikian tadi persembahan terakhir Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015.Sidang hadirin sekalian,kita akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada barisan juri bagi pengiraan markah dan penentuan pemenang.

**Selingan muzik

PERASMIAN PENUTUPAN

Yang Berbahagia Tn Hj Mohmad Shoufi bin Osman, Penolong Pegawai Pendidikan Pengurusan Sekolah Kanan , Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mewakili En Tajudin bin Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .

Yang dihormati, En Kamaruddin bin Mohamad, Penolong Pegawai Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Yang Berusaha, En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2015

Yang dihormati, Guru besar-guru besar Sekolah Rendah Wilayah Keramat, jemaaah hakim,guru-guru pengiring,guru-guru,para peserta kumpulan nasyid serta para pelajar yang dikasihi sekalian....

Kini sampailah sudah kita ke kemuncak Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015.

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berdiri

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri.BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkatiBagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Jamiulkhair bin Jaapar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Jamiulkhair bin Jaapar atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID.Hadirin dan Hadirat sekalian,

Kuala Lumpur aman sentosa,

Pendidikan Berkualiti Visi Utama,

Dengan tiada melengahkan masa

Kita mulakan atur cara pertama.

Majlis dengan ini mempersilakan yang berusaha **En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2015, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

**Majlis dengan ini mempersilakan yang dihormati, Pn Noridah bt Hashim, Guru Pen. Kanan Hal Ehwal Murid mewakili En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat Tahun 2015, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1 atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN.

Cempaka sari warisan sejati

Menjadi kebanggaan seisi negeri

Ucapan perasmi memang dinanti

Berilmu tinggi bijak bestari.

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian.

Seterusnya mjlis menjemput Yang Berbahagia En Mohd Najib bin Ab. Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mewakili En Tajudin bin Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pendidikan ,Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Wilayah Keramat Tahun 2015,Majlis mempersilakan..

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berbahagia En Mohd Najib bin Ab. Rahman atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Ucapan tuan menyerikan majlis

Warga pendidik tampak ceria

Kesudian Tuan merasmikan majlis

Bangganya kami tidak terkira.

Kain pelikat panjang sembilan

Tersusun corak cantik warnanya,

Tuan pemimpin disegani watan

Kami menumpang sinar cahayanya.

ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM

Hadirin sekalian

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan selaku ketua jemaah hakim untuk memberikan ulasan.

Terima kasih diucapkan kepada ..PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI FESTIVAL NASYID.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH.

Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan penyampaian hadiah kepada yang terbaik antara yang baik. Majlis dengan ini menjemput **En Abdul Rahim Bin Abu, Guru Besar SK Padang Tembak 1 untuk mengiringi dan mempersilakan Yang Berbahagia En Mohd Najib bin Ab. Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat bagi menyempurnakan agenda seterusnya.

1- Hadiah Pemenang

Diumumkan keputusan rasmi Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat Tahun 2015 .

Dimulakan dengan Lirik, Lagu dan Solo Terbaik.

Pemenang Lirik Terbaik,jatuh kepada _________________________________ dari SK ___________________________________________________________

Pemenang Lagu Terbaik...dengan judul lagu __________________________dipersilakan ____________________________________ dari SK _______________________________.

Pemenang Solo Terbaik...jatuh kepada ____________________________________ dari SK _______________________________.

Tahniah kepada pemenang pemenang.

Kini, diumumkan pemenang Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat Tahun 2015 .

Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulandari SK.

Naib Johan kumpulan.dari

Dan johan Pertandingan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Wilayah Keramat Tahun 2015 iaitu kumpulan..dari

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada sekolah sekolah yang mengambil bahagian .

2-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri..

Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri.

Dipersilakan..Selaku Ketua Jemaah Hakim.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn Hj Mohmad Shoufi bin Osman, untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan En Abdul Rahim bin Abu (_______________________________________________________) untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Abdul Rahim bin Abu atas penyampaiann cenderamata itu tadi.

PERSEMBAHAN SEKOLAH RENDAH

Parahadirin yang dihormati,

Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara bagi menyaksikan yang terbaik antara yang baik ,yang terhebat di antara yang hebat.Justeru itu,sama-samalah kita saksikan persembahan dari johan festival nasyid sekolah rendah peringkat pejabat pendidikan wilayah keramat 2015

Tuan-tuan dan puan-puan terimalah kumpulan.dari SKuntuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dari Johan Festival Nasyid Sekolah Sekolah Rendah Peringkat Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat 2015

Parahadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.Dikesempatan ini, jawatankuasa pengelola pertandingan memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia En Mohd Najib bin Abdul Rahman tuan-tuan puan-puan hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.

Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku

Dengan berakhirnya nyanyian Lagu Negaraku itu tadi maka berakhir sudah majlis kita.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Abdul Rahim bin Abu untuk mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Najib bin Abdul Rahman, untuk ke kantin bagi menikmati sedikit hidangan.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.