kajian tindakan sek ren

21
PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH 2008 OLEH SATHEESH A/L NADARAJA SEK. JEN. KEB.(TAMIL) LADANG TONG WAH 35000 TAPAH

Upload: latasha-matthews

Post on 03-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Contoh Kajian Tindakan Sek Rendah

TRANSCRIPT

BILKANDUNGANMUKA SURAT

1Abstrak3

2Penghargaan4

3Refleksi P&P Yang Lalu5

4Fokus Kajian6

5Objektif Kajian 7

6Kumpulan Sasaran8

7Pelaksanaan Kajian9-12

8Cadangan Untuk Kajian Seterusnya13

9Lampiran14

Saya, Satheesh a/l Nadaraja dari S.J.K.(T) Ladang Tong Wah telah berjaya melaksanakan program kajian tindakan ini. Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk membantu segelintir pelajar saya yang mengalami kesukaran memahami kehendak soalan berbentuk penyelesaian masalah. Kajian saya ini lebih berfokus kepada jenis penyelesaian masalah dalam operasi darab. Kajian ini khasnya ditujukan kepada 4 orang pelajar Tahun 3.

Fokus utama kajian ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para pelajar Tahun 3 tentang cara menyelesaikan masalah dalam operasi Matematik. Kajian saya ini meliputi beberapa langkah yang teratur serta strategi-straregi yang tertentu. Di akhir kajian ini, saya dapati pelajar-pelajar saya dapat mengikut langkah-langkah yang telah ditujukan kepada mereka. Saya agak berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar saya dan yakin akan kebolehan mereka menyelesaikan jenis soalan-soalan operasi darab matematik penyelesaian masalah di masa-masa yang akan datang.

Saya selaku guru pengendali Kajian Tindakan untuk tahun 2008 ini, sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan ini. Tanpa bantuan dan dorongan yang diberikan ini, sudah pasti saya tidak dapat meneruskan proses kajian tindakan terhadap pelajar-pelajar saya. Antara pihak-pihak yang menjadi pendorong dan pembantu kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan adalah seperti berikut: Guru Besar Pn.R.JagathesuareGuru besar sekolah saya iaitu Pn. R. Jagathesuare telah memberikan banyak teladan kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan. Beliau sudi membenarkan saya mengikuti segala kursus yang berkaitan dengan Kajian Tindakan. Beliau juga telah menyediakan segala jenis bantuan kewangan dalam menjayakan kajian ini. Murid-murid darjah 3Kumpulan sasaran kajian saya ini iaitu murid-murid tahun 3 telah memberikan kerjasama yang bagus kepada saya. Mereka telah bergiat dengan cergas dan cermat sepanjang kajian ini. Kegembiraan dan keseronokkan yang dialami oleh murid-murid saya ini telah menjadi perangsang kepada tindakan saya selanjutnya. Guru dan kakitangan sekolahRakan-rakan sekerja saya yang lain juga telah memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya. Mereka telah memberikan panduan yang jelas untuk saya menjalankan kajian ini. Kakitangan sekolah juga sentiasa menemani saya pada waktu-waktu saya memerlukan pertolongan.

Saya merupakan seorang guru Matematik yang mengajar untuk kelas darjah 3 di sekolah saya. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di kelas ini, saya dapati kesemua empat orang pelajar di kelas saya ini mengalami kesukaran memahami kehendak soalan jenis penyelesaian masalah dalam operasi darab Matematik. Pada permulaanya saya tidak menyedari akan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar saya ini. Saya hanya dapat menyedari tentang masalah ini selepas beberapa kali menyemak buku latihan Matematik mereka.

Selepas sedar, barulah saya mula menekankan dengan lebih mendalam tentang masalah pendaraban ini. Ada kalanya saya telah memarahi pelajar-pelajar ini tanpa mengetahui kelemahan mereka. Sewaktu saya mengajar di dalam kelas, saya dapat mengesan kekeliruan yang dialami murid-murid saya ini. Ini menimbulkan pelbagai jenis persoalan dalam diri saya. Saya terasa bahawa cara pengajaran yang saya amalkan sekian lama ini haruslah diperbaiki serta diperbaharui. Saya lebih menumpukan strategi pengajaran yang lebih mudah dan cepat agar sukatan dapat dihabiskan dengan lebih awal. Ini mungkin disebabkan kekurangan pengalaman kepada saya dalam bidang pengajaran.

Keadaan sedemikian telah menimbulkan perasaan simpati terhadap murid-murid saya. Saya cuba menolong mereka dengan pelbagai cara. Namun demikian, ia tidak banyak membantu menyelesaikan kekeliruan mereka. Maka dengan itu saya telah bertekad untuk membantu sebaik mungkin saya untuk kelancaran pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Kajian yang saya jalankan ini menitikberatkan matapelajaran Matematik pada umumnya. Saya dapat mengesan kelemahan para murid saya sewaktu mengajar operasi darab dalam topik darab ataupun multiplication. Masalah khusus yang mereka alami adalah kesukaran memahami kehendak soalan berbentuk penyelesaian masalah dalam darab. Mereka gagal mentafsir dan menganalisa soalan penyelesaian masalah yang diberikan.

Keadaan ini menimbulkan kekeliruan dalam menyediakan data berkaitan soalan. Walaupun mereka tahu membaca soalan, mereka gagal mengenalpasti kehendak soalan sekiranya terlalu banyak data diinputkan dalam sesuatu soalan tersebut. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan sekarang, saya khuatir ia akan berlanjutan sehingga ke tahap 2 dan sehingga ke Tahun 6, dimana kesukaran yang sama akan dialami pada waktu tersebut. Ia tidak harus dibiarkan kerana secara langsung perkara ini menjejaskan prestasi murid-murid dalam peperiksaan-pepriksaan dalaman dan UPSR yang akan datang.

Kajian tindakan yang dijalankan oleh saya ini berfokuskan kepada matapelajaran Matematik dan disertai oleh kesemua orang pelajar darjah 3 di sekolah saya. Mereka terdiri daripada 3 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki dalam lingkungan umur 9 tahun. Kesemua mereka berasal daripada ladang yang berhampiran dengan sekolah ini, iaitu Ladang Tong Wah. Pada keseluruhannya kesemua orang murid ini berada pada tahap sederhana dalam aspek matapelajaran Matematik kecuali seorang daripada mereka yang agak lemah.

Latarbelakang murid-murid ini yang agak tidak berkemampuan mungkin menyebabkan mereka ketinggalan dalam era Matematik moden masa kini. Tetapi saya pasti, selaku guru yang bertanggungjawab mengatasi kelemahan mereka, saya berharap dapat mengubah refleksi para murid saya ke arah yang lebih cemerlang.

5.1 Tinjauan Masalah

Sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan satu-satunya pemerhatian terbaik di dalam kelas. Ia secara terus-menerus dapat mencerminkan sikap dan tindakan para murid dengan lebih terang dan cepat. Tinjauan saya juga telah dimulakan daripada pemerhatian kelas ssecara spontan. Tindakan refleks mereka yang berunsur negatif mula menimbulkan syak wasangka kepada saya. Seterusnya, saya mula mengumpul buku latihan mereka untuk proses penyemakan.

Didapati hampir kesemua orang pelajar melakukan kesilapan yang sama dan berulang kali. Selepas itu, satu sesi temubual secara tidak formal telah dijalankan terhadap murid-murid ini. Jelas sekali, mereka masih buntu dalam kaedah mengumpul data dan kehendak soalan yang ditujukan. Berikut adalah analisis tinjauan masalah yang dijalankan oleh saya :BilLangkah-langkahTempoh

1.Pemerhatian didalam bilik darjahSatu setengah bulan

2.Semakkan buku latihanSatu minggu

3.Sesi temubualTiga hari

5.1 Tindakan yang dijalankan

Sepanjang dua bulan saya menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah berbentuk aktiviti untuk tujuan keberkesnan kajian ini. Keseluruhannya, sebanyak dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang dan dilaksana untuk murid-murid saya.A. Aktiviti Kumpul BarangB. Aktiviti Data Mendata

Bahan-bahan yang digunakan :a) Aktiviti Kumpul Barang : -barang-barang semulajadi sebagai alat gantian. -alat-alat bantu mengajar.

-kertas soalan

b) Aktiviti Data Mendata : -kertas penilaian

- pensel warna

5.2 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian

.1) Pelaksanaan Aktiviti Kumpul Barang

1. Guru akan menyediakan beberapa soalan penyelesaian masalah operasi Matematik.

2. Murid-murid akan memilih soalan-soalan yang disediakan untuk seorang satu. 3. Murid-murid dikehendaki mengikut arahan yang dinyatakan dalam soalan tersebut.

4. Murid-murid dikehendaki mrngagihkan dan mengumpul barang-barang yang dinyatakan dalam soalan dan menyusun mengikut operasi darab seperti yang dinyatakan.5. Guru akan menyemak jawapan semua orang pelajar dan menerangkan jawapan setiap soalan di hadapan murid-murid.

Pemerhatian

Murid-murid saya kelihatan agak ceria dan bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti yang saya berikan ini. Ada diantara mereka agak keliru pertama kali, tetapi dapat membaiki kelemahan mereka selepas penerangan yang jelas dari saya. Refleksi

Daripada ativiti yang dijalankan, saya dapat rasakan bahawa Aktiviti Kumpul Barang yang saya jalankan ini agak bersesuaian untuuk murid-murid saya. Daripada aktiviti ini, murid-murid dapat memahami konsep penyelesaian masalah dengan menggunakan barang-barang yang mereka kumpul untuk pemahaman yang lebih mantap. .2) Pelaksanaan Aktiviti Data Mendata

1. Guru akan mengagihkan beberapa soalan berbentuk data kepada murid-murid.

2. Murid-murid akan diberikan masa lebih kurang setengah jam untuk menyelesaikan sepuluh soalan.

3. Murid-murid dikehendaki membaca soalan dan mengaplikasikan soalan itu dalam bentuk data yang lengkap dan tersusun.

4. Selepas itu, setiap jawapan akan dikutip oleh guru dan mengagihkan kertas jawapan kepada pelajar yang berlainan.

5. Guru menyuruh murid-murid menyemak susunan data kawan-kawan mereka dan menyampaikannya di hadapan kelas.

6. Guru akan menyemak semua jawapan pelajar dengan mengajar dengan lebih jelas tentang cara membuat analisis data untuk soalan penyelesaian masalah operasi darab.

Pemerhatian

Hasil daripada aktiviti ini, didapati murid-murid lebih berminat sekiranya cara penyelesaian operasi ini dijalankan dengan kaedah membuat data yang lengkap. Cara ini sekaligus memadamkan kekeliruan yang sekian lama terpendam dalam fikiran murid-murid. Refleksi

Aktiviti Data Mendata ini merupakan satu aktiviti yang sesuai dijalankan untuk murid-murid kelas saya ini. Susulan daripada aktiviti ini, murid-murid saya kelihatan lebih peka dan tumpuan mereka juga dapat dikawal agar tidak terkeliru. 5.5 Refleksi Kajian

Pada keseluruhannya, saya memang berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid-murid saya. Kedua-dua aktiviti atau kaedah yang saya jalankan ini adalah hasil daripada perbincangan saya dengan beberapa orang guru. Mereka termasuklah guru besar saya dan juga rakan-rakan sepenjawat saya yang lain. Setiap langkah yang dijalankan telah dirancang dengan teliti. Saya juga dapat melihat peningkatan di dalam pencapaian murid-murid. Cara atau strategi pengajaran saya pada pertama kali agak berbeza. Saya lebih menumpukan kepada pengajaran cara sukatan, dimana tumpuan saya adalah hanya untuk menghabiskan sukatan matapelajaran dengan cepat.

Tetapi setelah menyedari akan kelemahan saya, saya mula menukar strategi pengajaran yang lebih bertumpu kepada topik yang diajar. Jelas sekali, ia membantu saya dalam meningkatkan pencapaian murid-murid, dan seterusnya membantu saya melaksanakan kajian saya ini dengan berkesan.

Aktiviti pertama yang saya jalankan telah menyedarkan konsep mengganti barangan untuk tujuan menyelesaikan masalah Matematik. Ia meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid-murid saya. Aktiviti kedua pula lebih menumpu kepada kaeah penyelesaian masalah. Murid-murid dikehendaki mencuba sedaya upaya mereka untuk membuat data yang sesuai untuk sesuatu soalan yang diberikan. Latihan yang kerap untuk aktiviti ini sudah pasti akan membiasakan diri murid-murid semasa waktu peperiksaan kelak.

Maka secara keseluruhannya, projek Kajian Tindakan ini telah memberikan pengalaman yang mendalam kepada saya. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana daripada kajian ini, saya telah lebih mengenali akan murid-murid saya dan dapat menolong mereka menyelesaikan masalah yang sekian lama merunsingkan fikiran mereka.

SENARAI MARKAH MATEMATIK

MURID TAHUN 3BILNAMATHNPKSR 22007UJIAN

MARCH

2007PKSR 12008

1. RAJAVAITHISWARIE A/P RAJENDRAN

3586463

2.NITHISAH A/P RAVICHANTHIRAM3646253

3.SIVAGANES RAO A/L RAJENDRAN

3504843

4.

CHAMBARUTHI A/P NADARAJAN3202422

>kqfv` AyfV p/rmf

e]f>kqfv`pt`lf

1234

1.k]`tmf p/dmf e[kfK m`kVmf p`Htft p/dmf.1234

2.Ac`/`y/f k]`tmff p/dmf >p/t`kfKmf v`tmf e[kfK p`Htft`Rkfk`bT.1234

3.e[f[/lf Agfk`ltft`lf c`bpfp/k eZt mbfBmf v/c`kfk MHYmf1234

4.e[f[/lf Agfk`ltft`lf ndtftpfpDmf >p/t@[@y c`bpfp/k P/`nfTkf v[f.1234

8.Agfk`l Ptftkgfk@q v/c`pf>p[f.1234

9.k]`tmff >p/t@[y`[f >p/T Ac`/`y/`dmf >kqfv`kqf >kdf>p[f.1234

1MHy/T

2c`l cmymf

3pl cmymf

4MHYmf

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN

NEGERI PERAK

PERINGKAT SEKOLAH

2008

OLEH

SATHEESH A/L NADARAJA

SEK. JEN. KEB.(TAMIL)

LADANG TONG WAH

35000 TAPAH

KELOLAAN

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

JABATAN PELAJARAN PERAK

Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk membolehkan murid-murid dapat membaca dan memahami kehendak soalan penyelesaian masalah dalam operasi Matematik yang ditujukan.

Objektif Khusus 3

Murid-murid dapat menulis maklumat yang disediakan dengan teratur dan menyelesaikan masalah tanpa sebarang kesilapan dalam operasi.

Objektif Khusus 1

3 daripada 4 orang pelajar boleh membaca, memahami dan menyelesaikan bentuk penyelesaian masalah topic darab yang ditujukan.

Objektif Khusus 2

Pelajar sekurang-kurangnya dapat mengumpul data dan menyenaraikannya setara dengan soalan penyelesaian masalah yang ditujukan.

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Strategi pengajaran perlu diberikan penekanan yang lebih mendalam lagi untuk keberkesanan pembelajaran

Penggunaan alat bantu mengajar haruslah dipertingkat agar pembelajaran pelajar lebih ceria dan berkesan.

Aktiviti-aktiviti yang lebih mantap dan bersesuaian kepada murid-murid diadakan. Ia akan meningkatkan keinginan untuk belajar di kalangan murid-murid.

PAGE 2