coverprihatin septokt18 final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 pm · pilihan servis anda 22 melaka &...

24

Upload: doanhuong

Post on 08-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

CoverPrihatin_SeptOkt18_Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM

Page 2: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018

1810

Libur Destinasi18 Menerokai Keindahan Negeri Jelapang

Padi, Kedah

Bicara Sihat20 Masalah Sukar Memandu Pada Waktu

Malam

Pilihan Servis Anda22 Melaka & Johor

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

17 Perlawanan Bola Sepak Persahabatan: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Vs. SPANCO

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan: Dugong All Stars Vs. Pilihan YB Syed Saddiq Sempena Hari Sukan Negara 2018 Tajaan SPANCO

Sekilas Minda03 Daya Kerja Profesional Matlamat

Unggul SPANCO

Yang Perlu Anda Tahu04 Keselamatan Jalan Raya Siri 4: Tip-

Tip Penyenggaraan Kereta Untuk Mengelakkan Kemalangan

06 SPANCO Jalin Kerjasama Dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Bagi Memartabatkan Pekerja Industri Automotif

Menjejak Inspirasi08 Sistem Teknologi Maklumat SPANCO

Terus Dipertingkatkan Demi Kepuasan Pelanggan

Servis itu Penting10 Kakitangan Teknikal SPANCO

Profesional Menangani Cabaran

Persada Inovasi12 Teknologi Terkini Bebaskan Pemandu

Dari Tekanan

Merakam Catatan14 Penyerahan Kereta Rasmi Jawatan

Sesi Pendaftaran Kemasukan Perantis SLDN bagi Program Skim Perantisan SPANCO

15 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perasmian Program Skim Latihan Dual Nasional

16 Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Program

06

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran JalalludinMohd Fairuz Sallehalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri

PencetakSky Press Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

Page 3: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 3

sekILAs MINDA

Daya Kerja Profesional MatlaMat UnggUl sPanCo

2018 bakal melabuhkan tirai tetapi SPANCO terus melaksanakan peranannya untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Hasil dari peningkatan jumlah kenderaan fleet terus memberikan suntikan semangat kepada setiap rakan sekerja di SPANCO untuk mengekalkan kualiti dan mutu profesional bagi mencapai kepuasan pelanggan.

Sepanjang tempoh 25 tahun ini, SPANCO tidak pernah putus asa untuk meningkatkan produktiviti kerja juga menaik taraf sistem teknologi sedia ada demi kemudahan pelanggan. Portal Fleet Online yang disediakan untuk memudahkan pegawai Kerajaan menguruskan kenderaan mereka bakal berwajah baharu. Usaha ini adalah untuk menjadikan portal ini lebih mesra pengguna dan memudahkan mereka mengetahui maklumat kenderaan jabatan masing-masing.

Baru-baru ini juga Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perasmian Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di antara SPANCO Services Sdn Bhd dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) telah diadakan. Objektif utamanya adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam

sepanjang tempoh 25 tahun ini, sPanCo tidak pernah putus asa untuk meningkatkan produktiviti kerja juga menaik taraf sistem teknologi sedia ada demi kemudahan pelanggan.

PETER LIMPengarah Eksekutif SPANCO

melaksanakan program SLDN berorientasikan industri yang menggabungkan pembelajaran di pusat latihan dan di tempat kerja. Melalui jalinan kerjasama ini, SPANCO yang diakreditasi sebagai Syarikat SLDN telah buat julung kalinya menyediakan penajaan dan latihan di tempat kerja kepada 10 orang perintis bagi mengikuti Kursus Automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

SPANCO juga sentiasa berusaha untuk memberi pengiktirafan kepada kakitangannya. Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) telah diadakan dan seramai 18 orang

kakitangan lagi telah dianugerahkan SKM mengikut tahap pengalaman kakitangan itu sendiri demi

meningkatkan produktiviti serta prestasi Syarikat. Program yang telah diadakan sejak tahun 2015 ini bertujuan memastikan setiap kakitangan SPANCO dilengkapi ilmu pengetahuan terkini sekali gus memberi kepuasan serta menjadi motivasi untuk memajukan diri mereka.

Demi pelanggan, SPANCO akan sentiasa berusaha untuk memberikan

perkhidmatan yang terbaik dari segi servis dan perkhidmatan kepada pelanggan. Semoga segala

perancangan yang diatur dan peningkatan sistem teknologi terkini

dapat memanfaatkan pelanggan dengan sebaiknya. Akhir kata, berhati-hati di jalan raya terutamanya di musim tengkujuh yang bakal tiba. Elakkan memandu di kawasan banjir.

Page 4: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 20184

Jangan Memandu dengan Tayar Botak Tayar sepatutnya boleh

mencengkam jalan raya sama ada dalam

kondisi basah atau kering. Semakin lama

digunakan, bunga pada tayar akan haus sekali

gus mengurangkan keberkesanannya untuk

mencengkam. Tayar botak boleh mengundang

kemalangan. Ia perlu diganti apabila tahap

kedalaman bunga mencecah penunjuk

kehausan pada permukaan tayar.

yANg perLu ANDA tAhu

Mengelakkan KemalanganTip-Tip penyenggaraan KereTa UnTUK

Pada siri Pertama Majalah PRIHATIN membincangkan amalan pemanduan berhemah, siri Kedua mengenai tip balik kampung sempena musim perayaan dan siri Ketiga mengenai tanggungjawab pemandu ke arah fleet yang selamat. Siri Keempat pula akan membincangkan mengenai Tip-Tip Penyenggaraan Kereta Untuk Mengelakkan Kemalangan.

Kemalangan jalan raya berpunca dari pelbagai faktor. Selain sikap pengguna jalan raya, keadaan kereta juga antara penyumbang kepada peningkatan kemalangan. Penjagaan dan penyenggaraan kereta yang betul boleh mengelakkan kemalangan serius. Ikuti panduan penjagaan kereta berikut untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya.

Pastikan Cermin Hadapan & Sisi Sentiasa BersihCermin hadapan dan sisi memainkan peranan penting bagi memudahkan anda melihat titik buta. Cermin yang kabur, akan menyulitkan penglihatan terutama apabila memandu pada waktu malam. Selalulah bersihkan cermin-cermin ini menggunakan kain serat mikro bagi menghapuskan habuk, debu serta kotoran lain yang melekat padanya.

Periksa Lampu Kenderaan Lampu memainkan peranan penting terutamanya apabila memandu pada waktu malam. Anda mungkin tidak sedar lampu hadapan atau belakang kereta tidak berfungsi. Seminggu sekali, periksa lampu kereta sebelum memulakan perjalanan. Jika lampu hadapan agak malap ia bermakna mentolnya perlu diganti. Mentol yang tidak sama di kedua-dua belah juga boleh mendatangkan masalah dan kekeliruan kepada kenderaan lain.

Pastikan Tekanan Angin yang Betul Tekanan angin tayar yang tidak sempurna boleh mengundang kerosakan atau kemalangan. Memandu dengan tayar yang kembung atau kempis akan menjadikan tayar cepat rosak dan tidak rata sekali gus mengakibatkan kereta hilang kawalan. Tekanan angin yang rendah juga boleh menyebabkan tayar pecah. Pastikan tayar berada pada tekanan angin yang betul mengikut saranan pengeluar. Periksa tekanan angin sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebelum melakukan perjalanan jauh.

Keselamatan Jalan Raya siRi 4

Page 5: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 5

Akhir sekali, pastikan anda mematuhi jadual penyenggaraan servis seperti yang disarankan oleh pengeluar iaitu bagi kereta

Proton Perdana Standard 2.0 dan 2.4 adalah setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana dahulu; manakala bagi model yang lain

adalah setiap 10,000km atau 6 bulan yang mana dahulu.

Tukar Minyak Pelincir Kereta Mengikut Jadual Semua jenis pelincir dan bendalir dalam kereta adalah penting dan haruslah diambil berat. Kekurangan mana-mana bahan pelincir pada kereta akan merosakkan enjin. ‘Coolant’ menyejukkan enjin. Minyak brek memastikan kecekapan pemberhentian kereta. Bendalir ‘power steering’ juga penting kerana tanpanya kereta tidak berupaya untuk membelok. Lakukan servis dan catatkan tempoh bila pelincir dan bendalir ini perlu diganti.

Pastikan Brek Berfungsi dengan Baik

Fungsi brek sangat penting kerana ia memastikan kereta dapat

dihentikan pada jarak dan masa yang diperlukan. Periksa minyak

brek dan gantikan pad brek apabila ia telah haus. Semasa membrek, jika anda perasan terdapat bunyi

geseran, gegaran atau ia mengambil masa lama untuk berhenti bermakna

brek anda harus diberi perhatian serta-merta.

Tukar Kedudukan TayarTayar hadapan dan belakang memberi sokongan berat

berlainan, menjadikan tayar haus pada kadar yang berbeza. Tukar kedudukan tayar hadapan dan belakang

setiap 10,000km untuk mendapatkan pemanduan yang lebih lancar. Amalkan pemanduan berhemah.

Memandulah dengan had laju yang ditetapkan, elakkan lubang dan jalan rosak serta jangan membawa

muatan berlebihan. Ia bukan hanya dapat menjaga tayar dan mengelakkannya dari rosak malah dapat

memanjangkan jangka hayatnya.

Pastikan Lampu Brek dan Lampu Isyarat Berfungsi

Lampu brek yang tidak berfungsi atau malap akan menyukarkan

pemandu di belakang untuk mengetahui sama ada anda ingin

perlahan, membelok atau berhenti. Kekeliruan ini boleh menyebabkan

kemalangan.

Oleh itu, pastikan lampu-lampu tersebut berfungsi dan tidak malap.

Gantikan dengan mentol yang betul untuk mengekalkan tahap

kecerahannya.

Periksa Suspensi dan PenjajaranKerap melanggar lubang atau memandu pada jalan yang kasar boleh menyebabkan sistem suspensi kereta menjadi tidak sejajar sekali gus menyukarkan pengawalan. Ini akan mengakibatkan kehausan tayar yang tidak rata. Periksa ‘alignment’ dan suspensi dengan kerap bagi mendapatkan pemanduan yang lancar sekali gus mengelakkan kemalangan.

Tukar ‘Wiper’ yang Pecah atau Rosak Cuaca yang panas boleh menyebabkan getah pada bilah ‘wiper’ menjadi

kering dan mudah rosak. Bilah ‘wiper’ yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan cermin

hadapan menjadi kabut dan menjadikan penglihatan tidak jelas sekali gus menyebabkan

kemalangan terutamanya apabila hujan.

Page 6: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 20186

yANg perLu ANDA tAhu

Pada 1 Oktober 2018 yang lalu, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perasmian Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di antara SPANCO Services Sdn Bhd dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia telah diadakan di Auditorium Peru Mohamed, ILPKL.

Objektif utama MoU ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan program SLDN berorientasikan industri yang menggabungkan latihan di pusat latihan dan di tempat kerja. Dengan terjalinnya kerjasama ini, SPANCO yang telah diakreditasi sebagai Syarikat SLDN bersedia menyediakan penajaan dan latihan di tempat kerja kepada perantis program manakala ILPKL sebagai pusat latihan akan menyediakan tenaga pengajar dan kemudahan latihan.

SpanCO Jalin KerJaSama Dengan inSTiTUT laTihan perinDUSTrian KUala lUmpUr Bagi memarTaBaTKan

Pekerja industri automotif“Setelah mendapat pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai pusat bagi menjalankan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk Sijil Kemahiran Tahap 2, kami merasakan ini merupakan peluang terbaik buat SPANCO untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja mahir tempatan bagi mendokong aspirasi pembangunan negara pada masa hadapan terutamanya dalam bidang automotif. Ia juga selaras dengan agenda negara untuk mencapai sasaran 35 peratus pekerja berkemahiran menjelang tahun 2020,” jelas Dato’ Azman Haji Idris, Ketua Pegawai Operasi SPANCO di majlis tersebut.

Program yang dinamakan sebagai Skim Perantisan SPANCO ini akan dijalankan selama sembilan bulan bermula dari September 2018 sehingga Jun 2019 iaitu lima bulan kursus di ILPKL dan empat bulan latihan di SPANCO. Seramai 10 orang perantis telah terpilih bagi mengikuti Kursus Automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 ini.

Mereka turut menerima elaun bulanan, insurans, makan dan minum serta penginapan percuma yang dibiayai oleh SPANCO sepanjang

Program kerjasama ini akan melahirkan pekerja berkemahiran menerusi kaedah latihan komprehensif dan terkini merangkumi tiga kompetensi iaitu teknikal, pembelajaran dan metodologi serta kemahiran sosial dan kemanusiaan. Perantis juga dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja serta berdaya saing.

Page 7: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 7

tempoh latihan di ILPKL. Setelah menjalani kursus selama sembilan bulan, perantis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Program kerjasama ini akan melahirkan pekerja berkemahiran menerusi kaedah latihan komprehensif dan terkini merangkumi tiga kompetensi iaitu teknikal, pembelajaran dan metodologi serta kemahiran sosial dan kemanusiaan. Perantis juga dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja serta berdaya saing.

Program SLDN berkonsep latihan industri yang mengambil model dari negara Jerman membabitkan 70 peratus

latihan praktikal manakala 30 peratus lagi teori dan pembelajaran dalam kelas. Sejak diperkenalkan pada 2005, SLDN telah berjaya melatih 106,769 perantis membabitkan pentauliahan sebanyak 5,479 syarikat dan 2,679 pusat latihan.

Majlis menandatangani MoU di antara SPANCO dan ILPKL ini merupakan satu simbol kesepakatan di dalam melahirkan tenaga mahir negara selaras dengan visi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia iaitu menjadi organisasi

peneraju dalam membangunkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Encik Zaihan Shukri; Pengarah ILPKL, Encik Abd Halim Ali Mohammed; Pengarah Eksekutif SPANCO Services Sdn Bhd, Encik Peter Lim; dan Pengurus Besar, Khidmat Selepas Jualan, SPANCO Services Sdn Bhd, Encik Irwan Iskandar Haji Ismail.

Salah seorang dari 10 perantis yang berjaya terpilih untuk menyertai program Skim Perantisan SPANCO, sedang menerima watikah pelantikan

yang disampaikan oleh Encik Zaihan Shukri.

Tetamu-tetamu kehormat bergambar bersama 10 perantis program Skim Perantisan SPANCO. Duduk dari kiri: Encik Abd Halim Ali Mohammed, Dato’ Azman Haji Idris, Encik Zaihan Shukri, Encik Peter Lim dan Encik Irwan Iskandar Haji Ismail.

Page 8: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 20188

MeNJeJAk INspIrAsI

Komitmen memberikan kepuasan dan khidmat terbaik kepada pelanggan, mendorong SPANCO meningkatkan mutu teknologi maklumatnya (IT). Bagi menjamin Kerajaan menikmati perkhidmatan yang cekap dan profesional, SPANCO telah membangunkan sendiri sistem teknologi maklumat bermula dengan SIKOM, Sistem Maklumat Pengurusan Fleet Bersepadu dan kini Fleet Management System. SPANCO akan terus memperbaiki dan meningkatkan sistem teknologi maklumatnya dari masa ke semasa.

SIKOM

Satu sistem pengurusan aset dan fleet bersepadu dilaksanakan pada September 1996 yang menyatukan operasi kewangan, servis, insurans dan pajakan.

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

FLEET BERSEPADU

Sistem ini dibangunkan pada Mei 2007, berikutan dengan pertambahan jumlah fleet. Satu sistem yang berorientasikan perkhidmatan dan menggabungkan

JAN1994

SEP1996

APR2000

JAN2004

MAC2005

SEP1999

SEP2001

JAN2004

JUL2005

MEI2007

JUN2008

SEP2008

FEB2008

APR2009

JAN2010

OKT2012

JAN2016

SEP2012

NOV2015

JAN2017

SEP2017 2018

OKT2017

Menggunakan sistem Car Fleet

Control (CFC) berasaskan DOS.

Sistem pengurusan fleet

berkomputer SIKOM

dilaksanakan.

SIKOM dikemaskinikan kepada SIKOM

OPEN ENTERPRISE bagi pematuhan

tahun 2000 (Y2K).

SPANCO Fleet Online dilancarkan bagi menyediakan

pelanggan kemudahan

dalam menguruskan fleet mereka secara

dalam talian.

Management Dashboard diperkenalkan khusus untuk

pihak pengurusan.Dibangunkan sendiri oleh

pasukan SPANCO, peralatan analisis ini

memaparkan maklumat prestasi fleet dalam masa

sebenar secara dalam talian.

Customer Dashboard diperkenalkan. Melalui

paparan grafik yang mesrapengguna dan mudah

difahami, pelanggan boleh mengetahui prestasi fleetmereka melalui Internet

dalam masa sebenar.

Fleet Management System (FMS) yang baharu dilancarkan.

Sistem Perkhidmatan Kiosk digunakan

secara rasmi, bertujuan untuk

mempercepatkan proses pendaftaran

pelanggan di kaunter servis.

SPANCO Mobile App dilancarkan.

Peranti mudah alih mula digunakan oleh penasihat

servis, menggantikanpenggunaan ‘desktop’ bagi melancarkan lagi tugasan di Pusat Servis Wilayah

melalui perantaraan tanpa wayar yang dihubungkan

kepada FMS.

Sistem Tempahan Bagi Kerja Servis dan Pembaikan di

Pusat Servis Wilayah,

Segambut dikuatkuasakan.

Sistem Elektronik Eksais (EES) yang

memudahkan urusan pembayaran dutieksais kenderaan

bermotor secara dalam talian dikuatkuasakan

di manaSPANCO terbabit secara langsung.

Sistem Tempahan melalui khidmat pesanan ringkas

SMS diperkenalkan.

Selaras pertambahan fleet, sistem perisian

pengurusan fleet bersepadu

yang baharu, mula beroperasi bagi

menggantikan sistem yang lama.

ASC e-approval diuji secara

berperingkat di seluruh negara.

ASC e-approval dilancarkan sepenuhnya.

ASC e-approval dikuatkuasakan sepenuhnya di

semua Pusat Servis Diiktiraf (PSD).

Kawalan dan kecekapan transaksi

dipertingkatkan dengan pelancaran

sistem ASC e-approval yang baharu.

FMS 2.0 dilancarkan.

Pengguna boleh menggunakan Aplikasi Mobil SPANCO untuk

menempahtemu janji servis di Pusat

Servis Proton Edar di seluruh Malaysia.

Portal Fleet bakal berwajah baharu

dari segi reka bentuk, informasi

danpemberitahuan segera (push notification).

SPANCO Workshop Floor System (SWFS) menjalani peringkat percubaan. Ia

merekod dan memaparkan status terkini

penyenggaraan sesebuah kereta bermula dari

dihantar masuk ke pusat servis, sehinggalah diambil

semula oleh pelanggan.

SMS Alert System, iaitu sistem

pemberitahuan status pembaikan keretasecara automatik

melalui SMS diperkenalkan.

pelbagai kemudahan, ciri dan modul yang berintegrasi sepenuhnya.

SPANcO FLEET MANAGEMENT

SYSTEM (FMS)

Sistem terkini yang lebih sistematik yang dibangunkan pada September 2012 bagi

CARTA GARIS MASA PEMBAnGunAn SISTEM IT

sistem teknologi Maklumat sPanCo terus DipertingkatkanDemi KepUaSan pelanggan

Page 9: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 9

JAN1994

SEP1996

APR2000

JAN2004

MAC2005

SEP1999

SEP2001

JAN2004

JUL2005

MEI2007

JUN2008

SEP2008

FEB2008

APR2009

JAN2010

OKT2012

JAN2016

SEP2012

NOV2015

JAN2017

SEP2017 2018

OKT2017

Menggunakan sistem Car Fleet

Control (CFC) berasaskan DOS.

Sistem pengurusan fleet

berkomputer SIKOM

dilaksanakan.

SIKOM dikemaskinikan kepada SIKOM

OPEN ENTERPRISE bagi pematuhan

tahun 2000 (Y2K).

SPANCO Fleet Online dilancarkan bagi menyediakan

pelanggan kemudahan

dalam menguruskan fleet mereka secara

dalam talian.

Management Dashboard diperkenalkan khusus untuk

pihak pengurusan.Dibangunkan sendiri oleh

pasukan SPANCO, peralatan analisis ini

memaparkan maklumat prestasi fleet dalam masa

sebenar secara dalam talian.

Customer Dashboard diperkenalkan. Melalui

paparan grafik yang mesrapengguna dan mudah

difahami, pelanggan boleh mengetahui prestasi fleetmereka melalui Internet

dalam masa sebenar.

Fleet Management System (FMS) yang baharu dilancarkan.

Sistem Perkhidmatan Kiosk digunakan

secara rasmi, bertujuan untuk

mempercepatkan proses pendaftaran

pelanggan di kaunter servis.

SPANCO Mobile App dilancarkan.

Peranti mudah alih mula digunakan oleh penasihat

servis, menggantikanpenggunaan ‘desktop’ bagi melancarkan lagi tugasan di Pusat Servis Wilayah

melalui perantaraan tanpa wayar yang dihubungkan

kepada FMS.

Sistem Tempahan Bagi Kerja Servis dan Pembaikan di

Pusat Servis Wilayah,

Segambut dikuatkuasakan.

Sistem Elektronik Eksais (EES) yang

memudahkan urusan pembayaran dutieksais kenderaan

bermotor secara dalam talian dikuatkuasakan

di manaSPANCO terbabit secara langsung.

Sistem Tempahan melalui khidmat pesanan ringkas

SMS diperkenalkan.

Selaras pertambahan fleet, sistem perisian

pengurusan fleet bersepadu

yang baharu, mula beroperasi bagi

menggantikan sistem yang lama.

ASC e-approval diuji secara

berperingkat di seluruh negara.

ASC e-approval dilancarkan sepenuhnya.

ASC e-approval dikuatkuasakan sepenuhnya di

semua Pusat Servis Diiktiraf (PSD).

Kawalan dan kecekapan transaksi

dipertingkatkan dengan pelancaran

sistem ASC e-approval yang baharu.

FMS 2.0 dilancarkan.

Pengguna boleh menggunakan Aplikasi Mobil SPANCO untuk

menempahtemu janji servis di Pusat

Servis Proton Edar di seluruh Malaysia.

Portal Fleet bakal berwajah baharu

dari segi reka bentuk, informasi

danpemberitahuan segera (push notification).

SPANCO Workshop Floor System (SWFS) menjalani peringkat percubaan. Ia

merekod dan memaparkan status terkini

penyenggaraan sesebuah kereta bermula dari

dihantar masuk ke pusat servis, sehinggalah diambil

semula oleh pelanggan.

SMS Alert System, iaitu sistem

pemberitahuan status pembaikan keretasecara automatik

melalui SMS diperkenalkan.

menggantikan Sistem Maklumat Pengurusan Fleet Bersepadu.

ASc e-approval

ASC e-approval yang mula dilaksanakan pada Jun 2008 adalah

satu modul dalam Sistem Pengurusan Fleet Bersepadu dan FMS yang menggabungkan maklumat lengkap pengguna, kenderaan dan sejarah penyenggaraan.

PORTAL FLEET ONLINE, Istimewa

Untuk Pengguna dan Pelanggan

SPANcO

Portal ini dikemaskini pada April 2009 disediakan khusus untuk pelanggan bagi menggantikan portal dalam talian sebelum itu.

Pelanggan boleh melihat maklumat terkini kenderaan masing-masing antaranya seperti status pembaikan, tarikh servis berikutnya, jumlah saman tertunggak, status pesanan dan tahap ketersediaan dalam masa sebenar. Segala maklumat boleh dicapai secara terperinci atau disaring mengikut keperluan melalui pautan yang dihubungkan terus ke sumber.

Kini, Dengan Wajah Yang Baharu

Terbaharu, SPANCO sedang mempertingkatkan Portal Fleet Online untuk menjadikan ia lebih mesra pengguna. Antara ciri-ciri tambahan yang akan dikemaskini adalah:

• Halamanlogmasuk(login)FleetOnline yang diperbaharui.

• Pemberitahuansegera(pushnotification)secaramingguan

kepada pengguna fleet untuk memaklumkan status kereta dan memudahkan mereka memantau kenderaan mereka.

• Menyerlahkanlagirekabentukportal agar lebih ceria dan menarik.

• Memaparkancartasamanpadasudut yang jelas agar pegawai yang terbabit boleh melihat status kemajuan saman masing-masing dengan lebih mudah.

APLIKASI MOBIL SPANcO

Dilancarkan pada Januari 2017, pelanggan boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Playstore dan App Store. Ia membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dengan lebih pantas serta menikmati pelbagai faedah seperti mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini tentang bantuan yang diminta, memohon temu janji servis dan mengemaskinikanprofilmereka.Malah,kini pelanggan juga boleh membuat temu janji servis di Pusat Servis Proton Edar di seluruh negara melalui Aplikasi Mobil SPANCO.

Berikut adalah antara tarikh penting dalam sejarah pembangunan sistem teknologi maklumat di SPANCO:

Page 10: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 201810

servIs Itu peNtINg

Profesional Menangani Cabaran

KakitanganTeknikal SpanCO

mengutamakan standard profesional dalam mutu perkhidmatan kepada pelanggan, SPANCO sentiasa memastikan kakitangan teknikal dan mekanik yang berkualiti dari segi ilmu dan pengalaman. Mereka ini dilatih sepenuhnya dengan pengetahuan teknikal dan teknologi automotif terkini selain dilengkapi dengan skil pengurusan pelanggan dan komputer. Malah, kemahiran kakitangan teknikal SPANCO telah pun diiktiraf oleh pengeluar kenderaan, Proton.

Setakat hari ini, jumlah kakitangan teknikal di SPANCO berjumlah 48 orang yang terdiri daripada 9 orang juruteknik dan 39 orang mekanik. Juruteknik akan mengagihkan kerja kepada mekanik

dan menyemak semula kerja-kerja yang telah dilakukan oleh mekanik melalui Pemeriksaan Kualiti (Quality Check). Mekanik bertanggungjawab terhadap tugasan penyenggaraan berjadual dan kerja-kerja pembaikan kenderaan dari aduan yang dibuat oleh pelanggan.

Sejajar menyediakan kakitangan yang profesional dan berkemahiran, para mekanik di SPANCO akan dibekalkan dengan latihan dalaman di mana wakil-wakil mekanik atau juruteknik akan menyampaikan semula apa yang telah dipelajari mereka semasa latihan di Proton. Sekiranya terdapat masalah ke atas sesebuah kereta SPANCO, juruteknik dan mekanik akan berkongsi pandangan dan idea untuk

Page 11: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 11

Pemeriksaan Kereta

Bersama Penasihat

Servis

Arahan Pembaikan

dicetak

Pengagihan Arahan Pembaikan kepada Mekanik

Pemeriksaan Kualiti Kerja Mekanik oleh

Juruteknik

Penjelasan Kerja yang

Telah Dilakukan

Hubungi Pelanggan

Selepas Servis dalam Masa 72

Jam

Diguna pakaiOleh Semua

Pusat Servis

Temu janji dan Persediaan Pembaikan

PenerimaanKereta dari pelanggan

Servis dan Pembaikan

Pemeriksaan Kualiti

Penyerahan Selepas Servis

Maklum Balas

Selepas Servis

ArahanPembaikan

Talian 24 Jam Tol PercumaAplikasi Mobil SPANCOKiosk SPANCO

Proses Aliran Untuk Servis dan Pembaikan

mendapatkan jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Kakitangan teknikal ini turut diberi latihan dari luar seperti menghadiri kelas-kelas teknikal yang disediakan oleh Proton seperti latihan ‘Chasis Electrical and Proton Diagnose Tool’ dan ‘Test Engine Mechanical and Engine Management System (EMS)’. Malah, mereka juga diberi peluang menyertai Pertandingan Kemahiran Proton 2018 untuk menyerlahkan bakat dan pengetahuan mereka mengenai enjin.

Selain itu untuk meningkatkan lagi kemahiran, mereka juga berpeluang mengikuti program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi

tahap 2 dan 3 dalam bidang Automotif Servis Selepas Jualan.

Kakitangan teknikal SPANCO turut berhadapan dengan beberapa cabaran dalam menjalani tugasan harian. Di samping masalah teknikal kenderaan bagi sesuatu model kereta, masalah ketiadaan alat ganti turut akan menyebabkan kerja-kerja pembaikan

terbengkalai. Sementara itu, pelanggan yang tidak mematuhi servis berjadual pula boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih kritikal ke atas kenderaan terutamanya di bahagian brek, stereng dan suspensi, sehingga mampu membahayakan pemandu dan juga penumpang.

Bagi melicinkan pergerakan aliran kerja di pusat servis dan supaya tidak mengganggu tugasan pelanggan, SPANCO menasihatkan pelanggan untuk membuat temu janji terutamanya untuk kerja-kerja pembaikan kerosakan. Dengan adanya temu janji ini, pihak kakitangan dapat melakukan persiapan dalam menyediakan alat ganti lebih awal dan merancang jadual kerja untuk para mekanik.

Untuk menjadi mekanik di SPANCO, seseorang itu perlu memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau SPMV. Juga perlu mempunyai SKM Tahap 2 serta satu tahun pengalaman dalam bidang automotif. Manakala juruteknik memerlukan SPM/SPMV, SKM tahap 3 dan lima tahun pengalaman dalam bidang automotif.

Bagi melicinkan pergerakan aliran kerja di pusat servis dan supaya tidak mengganggu tugasan pelanggan, sPanCo menasihatkan pelanggan untuk membuat temu janji terutamanya untuk kerja-kerja pembaikan kerosakan. Dengan adanya temu janji ini, pihak kakitangan dapat melakukan persiapan dalam menyediakan alat ganti lebih awal dan merancang jadual kerja untuk para mekanik.

Page 12: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 201812

persADA INovAsI

BeBaskan Pemandu dari Tekanan

Sensor BiometrikDijangka menjadi satu alat standard kereta tidak lama lagi, sensor ini boleh mengesan keadaan fizikaldanmentalpemandusemasa memandu. Malah, ia dapat memantau tahap kesihatan pemandu dari postur badan hinggalah kepada kadar pernafasan. Ternyata hebat kerana dengannya, pemandu akan lebih relaks dan fokus pemanduan dapat ditingkatkan.

Memandu dalam keadaan penat dan tertekan

boleh menyebabkan hilang daya tumpuan sekali

gus mampu menyebabkan kemalangan. Apatah

lagi apabila memandu dalam kesesakan bandar

atau untuk perjalanan jauh. Namun, teknologi hari

ini telah membantu para pemandu memandu

dengan lebih relaks. Berikut adalah beberapa

teknologi canggih hari ini yang dicipta untuk

keselesaan pemandu.

‘Cruise Control’Sistem kawalan kelajuan automatik (cruise control) ini menyesuaikankelajuankeretamengikutkeadaantrafik.Denganini pemandu tidak perlu menekan pedal minyak atau brek bagi mengekalkan kelajuan yang diingini sepanjang perjalanan. Ia bukan sahaja mengurangkan keletihan terutama bagi perjalanan jauh malah mampu menjimatkan minyak.

Penghubung Telefon Agak menjengkelkan apabila menerima panggilan atau mesej telefon semasa memandu. Ia boleh menjadi gangguan utama sekali gus menambahkan tekanan. Tetapi dengan perisian seperti ‘Apple CarPlay’, pemandu boleh menyambungkan telefon pintar mereka kepada sistem konsol kereta. Apabila diselaraskan, pemandu boleh menjawab panggilan dan mesej serta mengakses aplikasi hiburan dan Google Maps melalui skrin sesentuh pada dashboard. Malah, ia boleh membacakan mesej yang masuk dan menaip mesej jawapan anda hanya melalui arahan suara.

Tempat Duduk

Kawalan IklimTempat duduk yang terlalu panas atau sejuk tentu sekali merimaskan. Namun, pemandu

dan penumpang kini boleh menyesuaikan suhu pada tempat duduk dan stereng mereka melalui

sistem kawalan iklim yang terdapat pada sesetengah kereta.

TEKNOLOGI

TERKINI

Page 13: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 13

Ruang Kabin Ergonomik Kereta-kereta baharu hari ini dicipta secara ergonomik di mana reka bentuk kabin, stereng, ruang kaki dan tempat duduk semuanya diambil kira semasa di peringkat pembangunan. Malah, kebolehubahsuaian tempat duduk dan sokongan untuk tulang belakang serta posisi punat-punat pada papan pemuka (dashboard) turut diteliti bagi memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang di dalamnya.

Pemanduan Sendiri Kelak, kita mungkin tidak perlu lagi menyentuh stereng tetapi cuma duduk santai dan menyerahkan tugas memandu sepenuhnya kepada kereta kita. Jika teknologi pemanduan sendiri ini menjadi kenyataan, bermakna ia akan menjadi penyelesaian muktamad kepada masalah kesesakan lalu lintas, lantas membebaskan pemandu dari tekanan. Sama-samalah kita nantikan!

Kamera BelakangParkir kereta secara mengundur boleh memberi tekanan kepada pemandu terutama bagi kenderaan berat atau besar. Tetapi kini dengan adanya kamera belakang yang dibantu pula dengan audio pemberitahuan amaran pelanggaran, tugas meletakkan kereta menjadi lebih mudah.

Pengesan Titik ButaAlat sensor ‘blind spot’ ini dapat

mengesan objek yang datang dari arah belakang dan sisi kereta seterusnya

akan memaklumkan pemandu melalui visual atau audio atau gegaran lembut

pada stereng. Ini dapat membantu pemandu lebih fokus kepada jalan di

hadapan.

Sistem Navigasi Pemanduan

Tidak biasa atau tidak tahu arah jalan boleh memberi masalah serta tekanan

kepada pemandu. Hari ini, kebanyakan kereta siap dipasang dengan sistem navigasi yang terbina di dalam atau pemandu juga boleh menggunakan aplikasi peta yang terdapat

pada telefon pintar. Semua ini memberi keselesaan untuk mencari

destinasi yang ingin dituju.

Ciri Kalis BunyiBunyi enjin, gegaran angin, penghawa

dingin, kondisi jalan dan gaya pemanduan itu sendiri. Semua ini adalah penyumbang

kepada bunyi bising yang anda alami di dalam kereta. Ia boleh memberi tekanan terhadap

pemanduan. Tetapi dengan teknologi binaan kereta hari ini pada enjin dan tayar serta ruang pemandu dan penumpang yang

kalis bunyi, kereta kini jauh lebih senyap berbanding

dahulu.

Page 14: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 201814

MerAkAM CAtAtAN

Penyerahan Kereta Rasmi Jawatan

Dato’ Hasnol Zam Zam Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

KKM, Putrajaya2 oktober 2018

Encik Saiful Izham RamliSetiausaha Politik, Kementerian PerdaganganDalam negeri dan Hal Ewal Pengguna (KPDnHEP)

KPDnHeP, Putrajaya7 september 2018

Sesi Pendaftaran Kemasukan Perantis SLDn bagi Program Skim Perantisan SPAnCO

institut latihan Perindustrian Kuala lumpur7 september 2018

Page 15: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 15

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) dan Perasmian Program Skim Latihan Dual nasional

Di Antara SPANCO Services Sdn Bhd dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur

institut latihan Perindustrian Kuala lumpur1 oktober 2018

Page 16: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 201816

MerAkAM CAtAtAN

Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Disampaikan oleh Encik Nidzam Kamarulzaman,Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiranuntuk 18 Kakitangan SPANCO Services Sdn Bhd

institut latihan Perindustrian Kuala lumpur1 oktober 2018

Page 17: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 17

Perlawanan Bola Sepak PersahabatanKementerian Belia dan Sukan (KBS) Vs. SPAnCO

Padang sintetik, Majlis Perbandaran sepang

11 oktober 2018

Perlawanan Bola Sepak PersahabatanDugong All Stars Vs. Pilihan YB Syed Saddiq Sempena Hari Sukan negara 2018 Tajaan SPAnCO

stadium nasional Bukit jalil, Kuala lumpur13 oktober 2018

Page 18: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 201818

LIbur DestINAsI

Kedah

MENEROKAI KEINDAHAN NEGERI JELAPANG PADI,

LANSKAP BERLATARKAN GUNUNG-GANANG YANG TERSERGAM

INDAh DAN SUASANA DESA YANG NYAMAN DENGAN SAWAh

PADI TERBENTANG LUAS SERTA ALAM SEMULA jADI YANG TIDAK

TERcEMAR PASTINYA MENDAMAIKAN PERcUTIAN ANDA DI SINI.

jOM KITA TEROKAI ANTARA YANG MENARIK DI NEGERI KEDAh

DARUL AMAN.

KOLAM AIR PANAS DI ULU LENGGONG BALINGKolam ini dibuka 24 jam dan merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong yang terkenal di Kedah. Mempunyai lima buah kolam air panas yang mengandungi kandungan sulfur dengan suhu antara 30 hingga 60 darjah Celsius. Kandungan air panas semula jadinya dipercayai boleh mengubati penyakit kulit dan baik untuk kesihatan.

MUzIUM PADI DI ALOR SETARTerletak di kawasan Gunung Keriang, muzium ini dibina pada tahun 2014 dan merupakan muzium padi yang keempat dibuka di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina. Di sini pelbagai informasi mengenai tanaman padi dan kebudayaan serta tradisi penduduk petani dipamerkan. Yang menarik, pada aras paling atas, terdapat galeri lukisan yang membolehkan anda menikmati pemandangan sawah padi dengan hanya duduk di kerusi yang akan berpusing 360 darjah secara perlahan.

ThE cARNIvALL WATERPARK DI SUNGAI PETANITerletak di Cinta Sayang & Country Golf Resort, taman tema ini mula dibuka pada tahun 2006. Pelbagai aktiviti permainan boleh dilakukan bersama keluarga di sini antaranya mandi laut di kolam yang berombak di Kolam Ombak Buatan atau permainan aktiviti air di Discovery Island, River of Adventure dan Waterslide.

Page 19: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 19

PULAU LANGKAWIPulau legenda yang menjadi destinasi paling popular di Malaysia. Selain melawat

kesan peninggalan sejarah Mahsuri, di sini juga

merupakan pusat membeli-belah bebas cukai yang menawarkan pelbagai

barangan menarik pada harga murah. Pantai-pantai di

Langkawi juga begitu indah dan anda juga boleh melihat

burung-burung helang terbang bebas di awan.

GALERI RUMAh KELAhIRAN TUN MAhAThIRRumah kelahiran Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyimpan pelbagai maklumat mengenai kehidupan Tun Dr. Mahathir dari kecil sehinggalah sekarang. Terletak di Alor Setar, rumah papan dan bumbungnya dari daun nipah ini mempunyai satu bilik. Di dalamnya gambar-gambar Tun Dr. Mahathir dan keluarganya, juga perabot asal rumah yang masih dijaga dengan baik.

GUNUNG jERAINyaman dan sejuk serta pemandangan yang indah

berlatarkan hutan hijau sememangnya tepat untuk pencinta alam semula jadi. Pemandangan dari atas puncak gunung amat cantik dan setiba di Taman Rimba yang terletak di atas gunung ini terdapat banyak orkid yang tumbuh di sekitar. Di sini juga terdapat Air Terjun Puncak Janing

yang merupakan air terjun empat peringkat terletak di Hutan Simpan Gunung Jerai yang

panjangnya 1.5km.

ULU MUDA EcO PARKTerletak di sempadan Kedah-Thailand, ia merupakan lokasi popular untuk aktiviti perkhemahan. Selain menikmati keindahan flora dan fauna yang menarik, anda juga boleh melakukan aktiviti memerhati burung dan jika bertuah anda boleh melihat burung kenyalang berterbangan di hutan ini. Anda juga boleh merasai pengalaman memungut madu lebah di sini.

PANTAI MERDEKA DAN TANjUNG DAWAIPenat berjalan, anda boleh sahaja bersantai

sambil mandi-manda di pantai yang merupakan antara destinasi paling popular di Kedah. Terdapat banyak kedai makan yang menyelerakan. Dari Pantai Merdeka anda boleh menaiki bot pelancong ke Tanjung

Dawai dan menikmati makanan laut segar di restoran-restoran yang banyak di sini sambil

menikmati pemandangan desa yang permai.

Page 20: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 201820

bICArA sIhAt

Masalah sukar MeMandu Pada Waktu MalaM

Silau, kabur dan rabun adalah antara masalah-masalah yang sering dihadapi pemandu yang memandu pada waktu malam. Ia memberi impak negatif kepada keupayaan pemanduan dan boleh mendatangkan bahaya. Mengapa ia terjadi? Terdapat banyak faktor mengapa penglihatan anda lemah semasa memandu pada waktu malam. Berikut adalah beberapa sebab yang memungkinkan perkara ini.

KatarakKatarak biasanya terjadi berikutan faktor usia apabila protein pada kanta terkumpul dan perlahan-lahan menjadikan kanta keruh dan berkabut sehingga cahaya tidak dapat menembusinya dan mengurangkan ketajaman objek yang dilihat.

Masalah katarak boleh diselesaikan dengan melakukan pembedahan menggantikan kanta ‘intraocular’ yang dapat memperbaiki penglihatan. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga adalah risiko utama perkembangan katarak. Selalulah memakai kaca mata gelap apabila berada di bawah matahari untuk membantu mengelakkan masalah ini.

Mata LetihMata yang penat juga boleh memberi kesan sukar untuk memberi

tumpuan kepada jalan raya. Ada yang lebih

teruk apabila tidak dapat membezakan antara cahaya terang lampu jalan raya dan lampu

kenderaan. Mata letih disebabkan oleh masalah

silau, memandu untuk jangka masa yang lama

atau memandu pada lewat malam.

Malah, cahaya dari skrin di papan pemuka atau

panel meter juga boleh menyebabkan silau

dan membuatkan mata pemandu cepat letih. Terdapat kereta yang boleh mengurangkan

kadar keterangan lampu panel meter agar mata

pemandu tidak penat memandu pada waktu

malam.

RetinopatiMasalah biasa yang dihidapi oleh penghidap kencing manis kerana kandungan gula yang tinggi di dalam pembuluh darah dan saraf dalam mata, menjadikan retina rosak. Tanda-tanda awal adalah penglihatan menjadi lemah dan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan sesuatu keadaan cahaya terang dan gelap. Mengawal kadar gula dalam darah boleh membantu menstabilkan kondisi ini dan mengelakkan ia menjadi bertambah buruk. Dapatkan nasihat pakar mata untuk mengatasi masalah ini.

Page 21: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 21

Silau adalah disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas. Ia boleh berlaku kepada semua peringkat usia. Selain melihat imej yang kurang jelas, mata juga

merasa perit, sakit kepala, mata berair, pandangan berlapis, imej dekat dan jauh menjadi kabur dan anda akan sensitif kepada cahaya. Masalah silau boleh diselesaikan dengan menggunakan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan kornea. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan ujian mata oleh pakar mata secepat mungkin.

Silau

Tip Menyelesaikan Masalah Mata

Adalah disarankan agar anda mendapatkan nasihat pakar jika anda prihatin terhadap kesihatan mata anda. Kebanyakan pakar mata akan mengesyorkan agar anda membuat pemeriksaan mata yang komprehensif setiap satu hingga dua tahun bergantung kepada usia anda.

Berjumpalah dengan pakar mata dan

dapatkan nasihat awal sekiranya anda mempunyai masalah mata terutama rabun

malam.

lakukan pemeriksaan mata

secara berkala dengan pakar mata

setiap tahun.

Pastikan cermin mata anda mempunyai kuasa

yang sesuai dengan mata anda, berada

dalam keadaan baik dan tidak bercalar.

Pilih cermin mata anti silau

yang tahan lasak.

Pakai kanta berwarna yang dapat memberi

keselesaan ketika memandu.

Makanan berkhasiat boleh membantu kesihatan mata andaMata memerlukan antioksidan yang cukup untuk melindungi retina, kanta, makula dan lain-lain bahagian di dalam mata daripada diserang radikal bebas. Vitamin A dan zat zinc paling baik untuk kesihatan mata.

Lobak mengandungi vitamin A untuk membantu mengekalkan kesihatan

kornea dan melindungi sel mata dan keseluruhan sel.

Bayam juga mengandungi vitamin A, ‘lutein’ dan

‘zeaxanthin’ yang diperlukan untuk mata sihat.

Minyak ikan sangat baik untuk mata yang kering. Kandungan asid lemak omega-3 membantu

menganjalkan otot-otot di sekitar mata. Sumber terbaik adalah ikan Salmon.

Page 22: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 201822

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

pILIhAN servIs ANDA

JOHOr - PuSat ServiS PrOtOn eDar - Batu PaHat

PuSAT SERVIS PROTOn EDAR – BATu PAHATNo 700 (Lot 13303) Jalan Bukit PasirMukim Simpang Kanan83000 Batu Pahat, Johor.Tel 07 431 0772Faks 07 434 3502Juruteknik | 9 Orang Hoist | 8 Unit

MeLaka - PuSat ServiS PrOtOn eDar - Peringgit

PuSAT SERVIS PROTOn EDAR – PERInGGITNo 3530 Jalan Batu HamparPeringgit,75320 Melaka.Tel 06 283 2114Faks 06 283 3117Juruteknik | 12 Orang Hoist | 11 Unit

Page 23: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

JILID 5 | sept - okt 2018 23

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

JOHOr – PuSat ServiS PrOtOn eDar - Muar

PuSAT SERVIS PROTOn EDAR – MuARLot 2694/G 27285 Jalan KesangMukim Kesang84000 Muar, JohorTel 06 955 5407Faks 06 953 1780Juruteknik | 10 Orang Hoist | 14 Unit

PELAnTIKAn BARu

WAKIL SERVIS SAH PROTOn EDARSuPERnAu MOTORS TRADInG SDn BHDLot 288-289Blok 195 KNLD, Jalan Green93150 KuchingSarawakTel 082 414 733Faks 082 414 833Juruteknik | 4 Orang Hoist | 4 Unit

Page 24: CoverPrihatin SeptOkt18 Final01.pdf 1 17/10/2018 3:58 PM · Pilihan Servis Anda 22 Melaka & Johor Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ... Periksa Suspensi dan Penjajaran Kerap melanggar

Anak anda boleh mengalami kecederaan otak seperti lumpuh, amnesia yang teruk, percaka-pan yang tidak jelas, kemurungan, hilang daya koordinasi tubuh dan juga kematian jika terlibat dalam kemalangan motosikal dan tidak memakai topi keledar yang sesuai. Sebagai ibu-bapa yang bertanggungjawab, lakukan perkara yang betul; belikan anak anda topi

keledar untuk kanak-kanak.Layari www.jkjr.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut.

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Kid-HM_210x297mm.pdf 1 29/12/2016 2:46 PM