contohi akhlak rasulullah

Download CONTOHI AKHLAK RASULULLAH

If you can't read please download the document

Upload: putra

Post on 18-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

CONTOHI AKHLAK RASULULLAHOleh : Siti Khairul Bariah Kamaluddin Akhlak mulia mencerminkan peribadi. Melihat kepada budi bicara, tutur kata dan tingkah laku seseorang itu, kita dapat mengagak personaliti yang dimilikinya. Mereka yang sering mengeluh ke atas sesuatu perkara menunjukkan bahawa jiwanya tidak teguh dan tidak sabar dengan dugaan Tuhan. Manakala mereka yang sentiasa menuturkan kata-kata yang bermakna iaitu kata-kata yang tidak sia-sia pasti memiliki hati yang sentiasa berwaspada dengan apa yang dikeluarkan dari mulutnya. Tingkah laku yang sempurna sudah pasti akan menjadikan seseorang itu dihormati serta dimuliakan di mana sahaja dia berada. Oleh kerana kita hidup bermasyarakat sudah pastilah segala tingkah laku dan adab sopan harus dijaga sesuai dengan kehendak norma-norma masyarakat setempat.Akhlak yang sempurna adalah akhlak Rasulullah. Akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah merangkumi berbagai aspek dalam kehidupan. Bermula dari rumah, baginda sebagai suami dan ayah, sehinggalah di luar rumah sebagai sahabat dan pemimpin, baginda mempunyai akhlak yang tiada bandingnya dengan orang lain. Walaupun orang kafir Musyrikin menentangnya secara keras tetapi mereka masih mengakui bahawa akhlak Rasulullah tiada ban-dingnya. Ini terbukti ketika beliau berurusan dengan musuhnya sendiri. Di dalam peperangan yang terpaksa dilakukan terhadap orang Musyrikin untuk mempertahankan Islam, Ra-sulullah berpesan supaya tidak membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak walaupun mereka adalah golongan orang kafir. Tawanan perang ketika itu juga diberi layanan istimewa tanpa dikasari sewenang-wenangnya.Akhlak yang diamalkan di dalam satu-satu masyarakat pasti akan memberi kesan terhadap pembangunan insan di dalam masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh jika ahli masyarakat mengamalkan ajaran sesat yang terpesong jauh dari agama Islam seperti rasuah dan penipuan, keadaan dalaman masyarakat itu pastinya akan tergugat di mana manusia akan menjadi kucar-kacir dan tidak menghormati undang-undang lagi. Undang-undang akan menjadi bahan hiasan dan tatapan tanpa ada yang mampu merealisasikannya dalam ke-hidupan masyarakat itu sendiri.Tetapi jika anggota ma-syarakat itu patuh pada ajaran Islam serta mempraktikkan apa yang diamalkan oleh para Nabi dan Rasul, pasti apa yang berlaku ialah situasi masyarakat akan berbeza daripada ma-syarakat yang di atas tadi. Pem-bangunan insan pasti akan dapat dilakukan dengan sempurna di mana insan yang dilahirkan dalam proses yang teratur mengikut ajaran Islam akan lebih cemerlang di dunia dan di akhirat. Antara kesan lain ialah hanya nilai-nilai positif di muliakan dan diamalkan, mana-kala nilai-nilai negatif pasti di-tolak oleh seluruh anggota masyarakat.Untuk melahirkan umat yang sejahtera merangkumi aspek di dunia dan di akhirat, ia tidak terletak di bahu seorang pe-mimpin atau seorang anggota masyarakat. Tetapi usaha ini perlu dan patut dilakukan oleh seluruh anggota masyarakat. Ia adalah satu proses di mana perlu dilakukan secara bersama. Semua yang berada dalam satu-satu masyarakat atau negara ataupun sekolah harus memberi kerjasama sepenuhnya terhadap proses ini. Komitment dan usaha perlu selaras dengan objektif yang hendak dicapai oleh semua pihak.Tugas untuk melahirkan umat yang sejahtera perlu dipikul bersama walaupun kepada in-dividu yang rendah statusnya dalam masyarakat. Kefahaman yang jitu terhadap apa yang hendak dicapai mestilah di-sebarkan kepada seluruh anggota masyarakat agar tiadanya perbalahan, percanggahan dan pertentangan terhadap tujuan yang murni ini. Apabila semua pihak memahami tujuan dan proses untuk melahirkan umat yang sejahtera, barulah proses untuk mencapai akhlak yang mulia yang harus dimilIki oleh seluruh anggota masyarakat berjaya dilakukan.Akhlak yang mulia tidak hanya menyatukan masyarakat secara am tetapi ia juga meng-untungkan dari berbagai segi. Dari aspek keamanan, pasti tiada masalah jenayah yang serius berlaku apabila seluruh anggota masyarakat berakhlak mulia. Ini kerana mereka sudah tentu menghormati undang-undang dan tahu bahawa tiada faedahnya membuat perkara yang sia-sia yang hanya akan mendatangkan keburukan ter-hadap diri mereka khususnya dan masyarakat amnya. Dari aspek kewangan pula, pasti tiada peruntukan diperlukan untuk undang-undang seperti pem-binaan penjara dan tempat pemulihan akhlak. Apabila keadaan menjadi tenang, pembangunan dalam arus kemodenan pasti dapat dicapai serentak dengan pembangunan insan yang ce-merlang di dunia dan di akhirat. Pembangunan dalam negara misalnya tidak akan terganggu dengan perkara yang remeh temeh yang melibatkan undang-undang.Akhlak yang mulia adalah akhlak yang telah digariskan dalam Islam untuk dicontohi. Berakhlak mulia tidak hanya mempunyai akhlak mulia luaran sahaja tetapi yang paling penting berakhlak mulia di dalam hati dan sanubari. Kita disuruh bukan sahaja berbuat baik terhadap jiran tetangga tetapi mempunyai rasa kasih dan sayang serta menghormati jiran tersebut. Akhlak dalaman adalah akhlak yang bersangkut paut dengan hati. Sifat keji di dalam hati seperti riak, takbur, syak wa-sangka dan berhasad dengki harus dijauhkan agar kita dapat menjalani hidup kita dengan tenang dan damai.