contoh tugas dan tanggungjawab lanskap di kawasan kediaman bertingkat

2
 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI KERJA-KERJA L ANSKAP DI PANGSAPURI SRI TANJUNG, USJ 16. 1. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR YANG DILANTIK (MAJIKAN DAN PEKERJA) BAGI KERJA-KERJA LANSKAP DI PANGSAPURI SRI TANJUNG USJ 16 1.1. Kontraktor yang dilantik hendaklah menyediakan pekerja lanskap yang secukupnya bagi kerja-kerja lanskap di seluruh kawasan Pangsapuri Sri Tanjung. 1.2. Semua kerja-kerja lanskap akan dikawalselia sepenuhnya oleh kontraktor yang dilantik. Kontraktor yang dilantik juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja lanskap, apa jua kerosakan dan kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kerja-kerja lanskap. 1.3. Kontraktor yang dilantik hendaklah menyediakan semua peralatan dan kelengkapan yang diperlukan bagi kerja-kerja lanskap dan dalam keadaan baik serta selamat digunakan. 1.4. Kerja-kerja lanskap termasuklah aktiviti pemotongan rumput diseluruh kawasan Pangsapuri Sri Tanjung dan dilakukan sekurang-kurangnya 4 (empat) kali setiap bulan. 1.5. Kerja-kerja lanskap termasuklah aktiviti membuang dan membersihkan kawasan longkang daripada tumbuh-tumbuhan liar, anak-anak pokok dan daun-daun kering pada setiap hari. 1.6. Kerja-kerja lanskap termasuklah aktiviti menanam serta menyelenggera semua tanaman seperti pokok buah-buahan dan pokok bunga sebagai

Upload: apechranger

Post on 02-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Tugas dan Tanggungjawab Lanskap di Kawasan Kediaman Bertingkat

8/10/2019 Contoh Tugas dan Tanggungjawab Lanskap di Kawasan Kediaman Bertingkat.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-tugas-dan-tanggungjawab-lanskap-di-kawasan-kediaman-bertingkat 1/2

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI KERJA-KERJA LANSKAP

DI PANGSAPURI SRI TANJUNG, USJ 16.

1. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR YANG DILANTIK

(MAJIKAN DAN PEKERJA) BAGI KERJA-KERJA LANSKAP DI

PANGSAPURI SRI TANJUNG USJ 16

1.1. Kontraktor yang dilantik hendaklah menyediakan pekerja lanskap yang

secukupnya bagi kerja-kerja lanskap di seluruh kawasan Pangsapuri Sri

Tanjung.

1.2. Semua kerja-kerja lanskap akan dikawalselia sepenuhnya oleh kontraktor

yang dilantik. Kontraktor yang dilantik juga bertanggungjawab sepenuhnya

terhadap pekerja lanskap, apa jua kerosakan dan kemalangan yang berlaku

disebabkan oleh kerja-kerja lanskap.

1.3. Kontraktor yang dilantik hendaklah menyediakan semua peralatan dan

kelengkapan yang diperlukan bagi kerja-kerja lanskap dan dalam keadaan

baik serta selamat digunakan.

1.4. Kerja-kerja lanskap termasuklah aktiviti pemotongan rumput diseluruh

kawasan Pangsapuri Sri Tanjung dan dilakukan sekurang-kurangnya 4

(empat) kali setiap bulan.

1.5. Kerja-kerja lanskap termasuklah aktiviti membuang dan membersihkan

kawasan longkang daripada tumbuh-tumbuhan liar, anak-anak pokok dan

daun-daun kering pada setiap hari.

1.6. Kerja-kerja lanskap termasuklah aktiviti menanam serta menyelenggera

semua tanaman seperti pokok buah-buahan dan pokok bunga sebagai

Page 2: Contoh Tugas dan Tanggungjawab Lanskap di Kawasan Kediaman Bertingkat

8/10/2019 Contoh Tugas dan Tanggungjawab Lanskap di Kawasan Kediaman Bertingkat.

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-tugas-dan-tanggungjawab-lanskap-di-kawasan-kediaman-bertingkat 2/2

hiasan lanskap bagi mencantikkan kawasan Pangsapuri Sri Tanjung pada

setiap hari.

1.7. Kerja-kerja lanskap termasuklah aktiviti membaja pokok buah-buahan dan

pokok bunga di dalam kawasan Pangsapuri Sri Tanjung secara berjadual.

1.8. Kerja-kerja lanskap termasuklah aktiviti meracun semak samun di kawasan

pagar Pangsapuri Sri Tanjung dan lain-lain tempat yang difikirkan perlu

secara berjadual.

1.9. Kerja-kerja lanskap termasuklah kerja-kerja am seperti membuang rumput

yang tumbuh ditepi bahu jalan, mencantas dan memangkas dahan-dahan

kecil, menggembur pangkal pokok dan tugas lain yang berkaitan dari semasa

ke semasa.

2. SEBUTHARGA

2.1. Diserahkan di dalam sampul surat yang  DIGAM  dengan TAJUK

SEBUTHARGA DISEBELAH KIRI ATAS sampul surat.

2.2. Dimasukkan ke dalam peti tender YANG BERKUNCI di Pejabat Perbadanan

Pengurusan (MC) Pangsapuri Sri Tanjung.

2.3. Tarikh akhir serahan sebutharga selewat-lewatnya pada hari ISNIN, 22hb 

DISEMBER 2014 SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAH HARI.