contoh surat perjanjian usahasama

Upload: aleem80

Post on 10-Feb-2018

4.699 views

Category:

Documents


460 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

    1/6

    Contoh Perjanjian Usahasama

    Contoh perjanjian usahamaini adalah di antara dua orang pengusaha sama. Contoh ini sekadar

    mengandungi rangka, terma dan syarat-syarat asas. Sila dapatkan nasihat profesional bagimenambahbaik perjanjian ini agar selaras dengan akta-akta sediada.

    PERJANJIANINIdibuat pada . . . . . 2010 dan di antara . . . . . beralamat di . . . . . ( Pengusaha

    Pertama) dan . . . . . beralamat di . . . . . ( Pengusaha Kedua).

    Mukadimah

    A. BAHAWAPengusaha Pertama memiliki . . . . . (nyatakan sumber yang akan digunakan untuk

    projek usahasama; atau memiliki sumber-sumber yang terkandung pada Jadual I);

    B. DAN BAHAWAPengusaha Kedua memiliki . . . . . (nyatakan sumber yang akan digunakan untuk

    projek usahasama; atau memiliki sumber-sumber yang terkandung pada Jadual II);

    C. DAN BAHAWApengusaha-pengusaha berkeinginan membentuk satu usahasama bagi

    menjalankan projek . . . . . ("Projek Usahasama") dan bagi mengawal hakmilik ke atas asetpengusaha-pengusaha;

    D. DAN BAHAWApengusaha-pengusaha memasukiPerjanjian usahasamaini bagi menetapkan

    kepentingan dan pemilikan aset, tanggung-jawab serta segala kewajipan yang berhubung dengan

    perlaksanaan Projek tersebut.

    MAKA ITU DAN BAGIpertimbangan mencukupi kepada kedua-dua pihak, janji-janji bersama serta

    manfaatnya, Pengusaha Pertama dan Pengusaha Kedua bersetuju membentuk satu usahasama

    mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini:-

    1. Pembentukan Usahasama

    a. Pengusaha-pengusaha bersetuju menubuhkan syarikat usahasama bagi melaksanakan tujuan

    usahasama mengikut terma dan syaratPerjanjian Usahasamaini.

    b. Nama dan gaya usahasama adalah ". . . . . (nyatakan nama syarikat usahasama), dan akaun

    syarikat usahasama mestilah mengikut nama syarikat usahasama dan di cawangan bank . . . . .

    c. Pengusaha-pengusaha bersetuju mengambil sebarang langkah yang diperlukan agar usahasama ini

    http://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/http://www.contohperjanjian.com/http://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/http://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.html
  • 7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

    2/6

    dapat beroperasi secara sah di bawah undang-undang.

    d. Usahasama akan beroperasi di alamat . . . . . ; dan/atau mana-mana pejabat atau pejabat

    cawangan yang akan ditentukan oleh pengusaha-pengusaha.

    2. Tujuan Usahasama:Tujuan penubuhan usahasama bagi menjalankan Projek Usahasama mengikut

    terma dan syarat Surat Tawaran bertarikh . . . . . dan berdasarkan kesemua keperluan lain yang

    diperlukan bagi menjayakan Projek Usahasama.

    3. Tempoh: Usahasama ini bermula semasaPerjanjianditandatangani dan akan dibubarkan apabila

    berlakunya perkara-perkara di bawah:

    a. Perlaksanaan Projek dengan sempurna;

    b. Penerimaan bayaran penuh bagi perlaksanaan Projek Usahasama;

    c. Pembayaran penuh di bawah terma dan syaratPerjanjian usahasama;

    d. Penamatan Perjanjian atas mana-mana keignkaran termaPerjanjian usahasama;

    e. Penggulungan mana-mana syarikat pengusaha;

    f. Perjanjian sukarela pengusaha-pengusaha untuk penamatan Perjanjian;

    g. Penamatan Perjanjian melalui Perintah Mahkamah.

    4. Untung Rugi

    a. Kecuali mengikut mana-mana peruntukan khusus di dalamPerjanjianini, bahagian keuntungan

    pengusaha-pengusaha adalah mengikut kadar di bawah:-

    Pengusaha Pertama: . . . . . % daripada Keuntungan Bersih

    Pengusaha Kedua: . . . . . % daripada Keuntungan Bersih

    b. Pengusaha-pengusaha dikehendaki menanggung kadar kerugian yang bersamaan kadar

    keuntungan diperuntukkan kepada pengusaha-pengusaha.

    5. Sumbangan Modal dan Aset

    a. Pengusaha Pertama dikehendaki menyumbangkan modal RM. . . . . dan segala aset-aset

    dinyatakan Jadual I dalam tempoh (7) hari daripada tarikh Perjanjian ini.

    b. Pengusaha Kedua dikehendaki menyumbangkan modal RM. . . . . dan segala aset-aset dinyatakanpada Jadual II dalam tempoh (7) hari daripada tarikh Perjanjian ini.

    http://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.html
  • 7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

    3/6

    c. Kecuali bagi tujuan mematuhi peruntukan undang-undang, mana-mana pengusaha tidak

    dikehendaki mengeluarkan sumbangan modal atau aset-aset tambahan yang tidak dinyatakan di

    dalam Perjanjian ini.

    d. Tiada mana-mana pengusaha dibenarkan menuntut kembali mana-mana bahagian sumbangan

    modal atau aset-aset bagi kegunaan usahasama ini, kecuali setelah penamatan Perjanjian mengikut

    terma dan syarat Perjanjian ini.

    e. Pengusaha-pengusaha bersetuju tiada sebarang bunga ke atas modal sumbangan, dan pengusaha-

    pengusaha kekal menjadi pemilik mutlak ke atas segala aset-aset yang disumbangkan kepada

    usahasama ini.

    6. Pengagihan Keuntungan Bersih dan Tanggungan Kerugian Bersih

    a. Agihan Keuntungan Bersih akan diperuntukkan setelah segala kos, perbelanjaan dan tanggungan

    syarikat usahasama telah disempurnakan.

    b. Agihan Kerugian Bersih ditanggung syarikat usahasama dan secara bersesama ditanggung

    pengusaha-pengusaha mengikut kadar keuntungan setiap pengusaha.

    7. Lembaga Pengarah

    a. Pengusaha-pengusaha bersetuju membentuk Lembaga Pengarah dan segala perlaksananaan

    urusan- urusan seharian hendaklah ditetapkan secara bersama melalui resolusi dikeluarkan oleh

    Lembaga Pengarah.

    b. Lembaga Pengarah adalah terdiri daripada . . . . orang wakil daripada Pengusaha Pertama, . . . . .

    orang wakil daripada Pengusaha Kedua, dan seorang Pengerusi serta . . . . . orang ahli bebas yang

    dilantik daripada . . . . .

    c. Pengusaha-pengusaha bebas menggantikan mana-mana wakil mereka dengan menyerahkan notis

    bertulis kepada setiap pengusaha yang lainnya.

    d. Kecuali ditentukan secara khusus di dalamPerjanjianini, gaji dan segala kos ahli Lembaga

    Pengarah ditanggung sendiri oleh setiap pengusaha dan tidak menjadi beban ke atas syarikat

    usahasama.

    e. Lembaga Pengarah berfungsi menetapkan dasar pengurusan dan perlaksanaan Projek Usahasama

    melalui undian suara majoriti ahli-ahli.

    f. Lembaga Pengarah mesti mempunyai kuasa sebagai berikut:

    i. Kuasa menetapkan masa, tempat dan prosedur mesyuarat Lembaga Pengarah;

    http://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.html
  • 7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

    4/6

    ii. Kuasa memastikan perlaksanaan terma dan syarat Perjanjian ini dan perlaksanaan Projek

    mengikut terma dan syarat Surat Tawaran atauPerjanjianbertarikh . . . . .;

    iii. Kuasa memastikan rekod dan lapuran usahasama yang tepat dan lengkap;

    iv. Kuasa mempertimbangkan tuntutan dan pertikaian pihak ketiga; dan yang mana termasuk kuasa

    bagi perlaksanaan perundingan, timbangtara, litigasi atau proses-proses penyelesaian yang lain;

    v. Kuasa menetapkan dan melaksanakan urusan harian yang berkaitan pengurusan pentadbiran,

    sumber manusia, operasi, pemasaran dan hal-hal lain yang memerlukan tindakan segera.

    g. Segala ketetapan bagi urusan kewangan dan pemilikan aset mestilah ditetapkan dan dengan

    kelulusan semua pengusaha-pengusaha.

    8. Perwakilan Kuasa

    a. Pengusaha-pengusaha bersetuju memperuntukkan kuasa di antara diri mereka seperti berikut:

    i. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengarah Urusan dan bertanggung-jawab ke atas pentadbiran

    syarikat usahasama serta segala perkara perundangan yang mengikat syarikat usahasama;

    ii. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengurus yang bertanggung-jawab ke atas pengurusan rekod

    pentadbiran dan kewangan serta daftar gaji;

    iii. Encik . . . . . adalah dilantik sebagai Pengurus yang bertanggung-jawab ke atas perlaksanaan

    operasi Projek Usahasama.

    iv. Syarikat . . . . . adalah dilantik sebagai setiausaha syarikat usahasama.

    9. Akaun Bank

    a. Semua modal kerja atau dana lain yang diterima daripada usahasama mestilah didepositkan ke

    akaun syarikat usahasama, dan disimpan secara berasingan serta terpisah dari akaun persendirian

    pengusaha.

    b. Segala urusan kewangan dan pembayaran syarikat usahasama mestilah ditandatangani bersama

    oleh Pengarah-Pengarah Urusan syarikat pengusaha.

    10. Akaun dan Audit

    a. Kaedah perakaunan yang digunakan syarikat usahasama mestilah memenuhi tatacara dan

    peraturan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia bagi perniagaan usahasama.

    b. Setiap rekod dan dokumen kewangan mestilah disimpan oleh Pengarah Urusan syarikatusahasama, dan mana-mana pengusaha berhak menyemak dan membuat salinan rekod dan

    http://www.contohperjanjian.com/http://www.contohperjanjian.com/http://www.contohperjanjian.com/http://www.contohperjanjian.com/
  • 7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

    5/6

    dokumen tersebut (3) hari selepas serahan notis.

    c. Setiap rekod dan dokumen kewangan mestilah diaudit oleh juruaudit yang dilantik secara bersama

    oleh pengusaha-pengusaha, dan salinan lapuran daripada juruaudit mestilah diserahkan kepada

    setiap pengusaha.

    d. Syarikat usahama mestilah menyediakan lapuran audit setelah perlaksanaan Projek Usahasama

    berakhir dan sekurang-kurangnya (14) hari sebelum penamatanPerjanjian usahasama.

    11. Terma dan Syarat Umum

    a. Perjanjian ini merangkumi kesemua perundingan dan persetujuan telah dicapai pengusaha-

    pengusaha, dan tiada sebarang pindaan ke atas terma dan syarat-syaratPerjanjiankecuali setelah

    disepakati bersama secara bertulis.

    b. Perjanjian ini mengikat wakil atau penerima serahhak, syarikat pengusaha-pengusaha dan

    kesemua anak-anak syarikat syarikat pengusaha.

    c. Penyampaian dokumen

    i. Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki disampaikan oleh mana-mana pihak

    kepada pihak yang satu lagi di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dan disifatkan sebagai

    penyampaian mencukupi;

    ii. Sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamcaranya melalui surat pos berdaftar ke alamat pihak

    yang satu lagi seperti yang tersebut terdahulu daripada ini dan dalam hal yang sedemikian ia

    hendaklah disifatkan sebagai telah diterima pada tamatnya tempoh lima (5) hari dari surat berdaftar

    yang sedemikian diposkan; atau

    iii. sekiranya ia diberikan oleh pihak itu atau peguamcaranya dengan tangan kepada pihak yang satu

    lagi atau peguamcaranya.

    PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepadaPerjanjianini telah menurunkan

    tandatangan mereka pada hari dan tahun mula- mula bertulis di atas.

    Ditandatangani oleh Pengusaha Pertama]

    ..........................................................]

    untuk dan bagi pihak ..............................]

    tersebut di atas dalam kehadiran...............]

    http://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.htmlhttp://www.contohperjanjian.com/2013/02/contoh-perjanjian-usahasama.html
  • 7/22/2019 Contoh Surat Perjanjian Usahasama

    6/6

    ..........................................................]

    No. KPPN:.............................................]

    Ditandatangani oleh Pengusaha Kedua]

    ..........................................................]

    untuk dan bagi pihak ..............................]

    tersebut di atas dalam kehadiran...............]

    ..........................................................]

    No. KPPN:.............................................]

    ..................................

    JADUAL I: Aset Milikan Pengusaha Pertama

    (senaraikan kesemua aset-aset yang akan disumbangkan kepada syarikat usahasama)

    ..................................

    JADUAL II: Aset Milikan Pengusaha Kedua

    (senaraikan kesemua aset-aset yang akan disumbangkan kepada syarikat usahasama)