amaran - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/semakanums/semakan_asasi/panduan/...salinan sijil berhenti...
Post on 27-May-2018
232 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
AMARAN
Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ memanipulasi maklumat berkaitan dengan:
Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak
Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan
Akan diambil tindakan dengan;
Surat tawaran ditarik balik, dan
Dikenakan tindakan undang-undang
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.
PERINGATAN PENTING
SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT
DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK
LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS
2
LATAR BELAKANG PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS
Visi Misi
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI UMS KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
Pengangkutan Bas Pusat Kesihatan Perpustakaan Perkhidmatan ICT Kemudahan-Kemudahan Lain
PANDUAN PENDAFTARAN
Pakej Tawaran Kemasukan ke UMS Tindakan yang perlu diambil oleh Calon
o Setelah Menerima Tawaran o Surat Tawaran
Syarat-syarat Tawaran Kemasukan ke UMS
o Mematuhi Peraturan Pengguguran Tawaran
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi Membuat Pemeriksaan Kesihatan Penyediaan Gambar Keperluan Peribadi
SEMASA HARI PENDAFTARAN
Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai Pelajar UMS o Dokumen-dokumen Asal o Dokumen-dokumen Salinan
Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar
SELEPAS HARI PENDAFTARAN
Program Minggu Suai Mesra Pelajar
SENARAI SEMAKAN MAKLUMAT UMUM SOALAN-SOALAN LAZIM
KANDUNGAN
3
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Pusat ini beroperasi di bangunan Sekolah Sains dan Teknologi yang kini dikenali sebagai Fakulti Sains dan Sumber Alam dengan matlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. VISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran untuk persediaan bagi program prasiswazah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gabungan amali dan teori bagi perkembangan sains dan teknologi yang mapan. MISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi berdedikasi di dalam penyediaan pelajar untuk program prasiswazah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dengan menyemai nilai-nilai murni di dalam kecemerlangan akademik beserta tanggungjawab etika.
SISTEM PENGAJIAN
Pelajar hendaklah mengikuti sejumlah jam kredit kursus-kursus yang ditetapkan oleh Senat untuk layak dianugerahi sijil asasi. Pelajar mestilah mengikuti program asasi sains selama tidak kurang daripada tiga (3) semester dan tidak lebih daripada enam (6) semester dikira dari tarikh pendaftaran masuk Pusat. Pelajar boleh menukar program pengajian dengan kebenaran Pengarah setelah mengikuti suatu program tidak kurang daripada dua (2) semester.
PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS
4
PENGANGKUTAN BAS UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke Sekolah/Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke blok-blok akademik/sekolah, perpustakaan dan juga kawasan berhampiran seperti Taman Indah Permai dan Taman Kingfisher. Pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa kad pelajar semasa menaiki bas. PUSAT KESIHATAN Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:
Panel Klinik Kesihatan yang dilantik dan terdapat di kawasan berhampiran kampus.
Pusat Kesihatan Warga terletak di dalam kampus. PERPUSTAKAAN Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 421,938 naskah monograf, 68,339 judul e-jurnal, 28 pangkalan data elektronik, 15,236 judul e-books dan 4,565 judul bahan media dalam pelbagai bidang. Disamping itu, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti;
1. Perkhidmatan
Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan.
Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan PerkhidmatanPembekalan Dokumen (PPD)
Perkhidmatan Rujukan dan Informasi
Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book
Perkhidmatan Terbitan Bersiri
Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, Aseana dan Kanak-kanak)
Perkhidmatan Pelanggan
Perkhidmatan Repografi
Perkhidmatan Multimedia dan ICT
Kelas Literasi Maklumat
2. Kemudahan
Auditorium
Bilik Tayangan
Bilik Latihan
Bilik Multimedia
Bilik Seminar
Bilik Muzik
Bilik Kubikal
Bilik 24 jam
Loker Berkunci
Surau
Peti Cadangan dan E- Aduan
Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal
Wireless
Komputer
Mesin Pinjaman Sualayan
Peti Pemulangan Buku
Xpress OPAC
Taklimat pelawat, dan
Induksi Perpustakaan
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
5
PERKHIDMATAN ICT
BIL MAKLUMAT PERKHIDMATAN MASA OPERASI RUJUKAN/URL
1 Perkhidmatan Internet & Pendaftaran Akaun Pengguna
Rangkaian tanpa Wayar (Wireless)
ISNIN KHAMIS
8.00 Pg 12.15 Tgh
2.00 Ptg 4.15 Ptg
JUMAAT
8.00 Pg 11.15 Pg
2.30 Ptg 4.15 Ptg
SABTU & AHAD
(TUTUP)
Borang boleh didapati di
(Bangunan JTMK, Aras Bawah
Kaunter Teknikal)
2 Perkhidmatan Instalasi Perisisan Berlesen (MS Office,
SPSS,Visual Studio)
3 Perkhidmatan Video Conferencing
4 Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu Mengajar (ABM)
5 Percetakan Kad Pelajar
Borang boleh didapati di Bangunan
JTMK, Aras Bawah & di Fakulti
masing-masing.
Kaunter Kad Pelajar (JTMK)
6 Perkhidmatan E-Learning 24 Jam (Dalam Talian) http://smart2.ums.edu.my
7 Sistem Maklumat Pelajar (SMP) 24 Jam (Dalam Talian) http://smp.ums.edu.my/asasi
8 Perkhidmatan 1 Megalab (Thin Client)
HARI BIASA
ISNIN JUMAAT
8.30 Pg 10.00 Mlm
SABTU & AHAD
8.30 Pg 6.00 Ptg
CUTI SEMESTER
ISNIN JUMAAT
8.30 Pg 5.00 Ptg
SABTU & AHAD
8.30 Pg 6.00 Ptg
MINGGU ULANGKAJI
ISNIN JUMAAT
8.30 Pg 12.00 Mlm
SABTU & AHAD
8.30 Pg 6.00 Ptg
Tiket Penggunaan Perkhidmatan 1
Megalab boleh diperolehi dikaunter
Perpustakaan, Aras Bawah
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-lain
Stadium
Padang Kawad
Pejabat Pos
CIMB Bank Berhad
Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat)
Kolej Kediaman
Kafeteria
Telefon Awam
Kedai Buku Anjung Siswa
Koperasi (perkhidmatan mesin cetak dan penjualan cenderahati)
http://smart2.ums.edu.my/http://smp.ums.edu.my/
6
7
PANDUAN PENDAFTARAN PAKEJ TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS Calon hendaklah memastikan bahawa pakej yang diterima mengandungi dua (2) dokumen berikut: 1. Buku Panduan Kemasukan (online) ` (1 Salinan) 2. Surat Tawaran (online) (1 Salinan) Jika anda tidak menerima mana-mana dokumen di atas, sila hubungi Pusat Persediaan Sains dan Teknologi di nombor telefon: 088-320000 samb 5044/5060/5610/5048 faks: 088-320049 atau layari laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA SURAT TAWARAN Calon hendaklah menjawab penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran. Untuk makluman pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN. Nota: Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat ia tidak boleh lagi dipinda. SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS 1. Tawaran Kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Pengesahan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah. ii. Pengesahan dan kelulusan doktor bahawa calon berada dalam keadaan sihat untuk mengikuti kursus pengajian di Pusat
Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS. iii. Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh calon dan calon mestilah memenuhi syarat-
syarat khas program yang ditawarkan untuk diterima masuk oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS ini. iv. Tiada maklumat yang palsu / salah diberikan atau dirahsiakan semasa permohona