contoh surat jkr 2

3
No, 5, Jalan Tengah.Kampung Melayu Asli. Kuala Belait.Negara Brunei Darussalam. Kepada,Pengarah,Jabatan Kerja Raya,Kementerian Pembangunan, Kuala Belait.Negara Brunei Darussalam. Tarikh: TuanPERKARA: ADUAN KEROSAKAN JALAN. Saya mewakili penduduk Kampung Melayu Asli ingin membuat aduan tentang kerosakan jalan tersebut. 2.Untuk pengetahuan pihak tua, keadaan jalan tersebut berlubang, semakin lama lubang tersebut semakin besar, ini boleh membahayakan pengguna yang menggunakan jalan raya tersebut. 3.Jalan raya tersebut merupakan laluan utama untuk pekerja-pekerja yang menuju ke kawasan bandar, jadi kesesakan sering berlaku kerana pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan untuk menggelakkan terlanggar lubang .4. Oleh sebab itu kami amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segara supaya masalah ini dapat diselesaikan.Atas kerjasama daripada pihak tuan, saya ucapkan jutaan terima kasih. Wassslam. Yang benar ........................................................

Upload: as-mozac

Post on 10-Jul-2016

72 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

lpppp

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Surat Jkr 2

No, 5, Jalan Tengah.Kampung Melayu Asli.

Kuala Belait.Negara Brunei Darussalam.

Kepada,Pengarah,Jabatan Kerja Raya,Kementerian Pembangunan,

Kuala Belait.Negara Brunei Darussalam.

Tarikh:

TuanPERKARA: ADUAN KEROSAKAN JALAN.

Saya mewakili penduduk Kampung Melayu Asli ingin membuat aduan tentang kerosakan jalan tersebut.

2.Untuk pengetahuan pihak tua, keadaan jalan tersebut berlubang, semakin lama lubang tersebut semakin besar, ini boleh membahayakan pengguna yang menggunakan jalan raya tersebut.

3.Jalan raya tersebut merupakan laluan utama untuk pekerja-pekerja yang menuju ke kawasan bandar, jadi kesesakan sering berlaku kerana pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan untuk menggelakkan terlanggar lubang

.4. Oleh sebab itu kami amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segara supaya masalah ini dapat diselesaikan.Atas kerjasama daripada pihak tuan, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Wassslam.

Yang benar

........................................................

.Nama (gunakan huruf besar)

Wakil penduduk Kampung Melayu Asli

Page 2: Contoh Surat Jkr 2

Azmin Hamid Bin Haji WibowoNo-44,Jalan Sepang,taman seroja054111 puchongSelangor Darul Ehsan4 NOVEMBER 2555

Tok PenghuluDaerah Kota Semampat,05422 Hulu LangauJohor Darul Takzim

Tuan,PERKARA:ADUAN LEMBU BERKELIARANMerujuk pernyataan diatas,saya wakil penduduk taman seroja ingin membuat aduan tentang lembu-lembu ternakan yang dibiarkan berkeliaran dikawasan taman kami.

2. Buat makluman tuan,lembu-lembu ternakan ini dimiliki oleh seorang penternak lembu komersial disebelah taman kawasan kami. Lembu yang dibiarkan berkeliaran ini bukan sahaja menyusahkan penduduk apabila membuang najis dimerata-rata tempat tetapi membahayakan penduduk terutama sekali remaja dan pembonceng motosikal,tali panjang yang diikat pada hidung lembu dan meleret sering kali tersangkut kepada motosikal apabila pembonceng melanggar tali tersebut.

3. Lembu-lembu yang berkeliaran ini tidak seharusnya dibiarkan sahaja tanpa pengawasan,selain dari mengancam penduduk kebersihan kawasan kami juga terjejas akibat penularan penyakit disebabkan najis haiwan ini.Dengan itu,saya mewakili penduduk ingin sekali meminta bantuan dari tok penghulu untuk menyelesaikan masalah ini. Kami amat berterima kasih atas kerjasama tuan .

Sekian ,wassalam.

Yang Benar…………………………………………………(Azmin Hamid Bin Haji Wibowo)Wakil penduduk taman seroja