contoh rph p.moral t6 - kasih sayang

10
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 PENGENALAN Nilai KASIH SAYANG ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yanglahir daripada hati yang ikhlas. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 7 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalamserta berkekalan yang lahir daripada hati yangikhlas. 7.1 Menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara Padaakhirpembelajaran, muriddapat: 7.1.1Menerangkan cara menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara. 7.1.2 Menyimpulkan kepentingan menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara. 7.1.3 Mengekspresikan perasaan apabila menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara. 7.1.4 Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara.

Upload: ejan-yan-gp

Post on 29-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

PENGENALAN

Nilai KASIH SAYANG ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yanglahir daripada hati yang ikhlas.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

7 Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang

mendalamserta berkekalan yang

lahir daripada hati yangikhlas.

7.1 Menyayangi alam sekitar untuk

menjamin kesejahteraan negara

Padaakhirpembelajaran, muriddapat:

7.1.1Menerangkan cara menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara.

7.1.2 Menyimpulkan kepentingan menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara.

7.1.3 Mengekspresikan perasaan apabila menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara.

7.1.4 Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara.

Page 2: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

AKTIVITI 1

Mata Pelajaran / Kelas : Pendidikan Moral / Tahun 6

Nilai / Tajuk : Kasih Sayang ( Alam Sekitar Khazanah Negara )

Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran :7.1.1, 7.1.3, 7.1.4

Objektif Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat:

i) menyatakan 3 cara menyayangi alam sekitar.ii) menceritakan perasaan apabila menyayangi alam sekitar.iii) melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar untuk

menjamin kesejahteraan negara.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

i. Memperdengarkan lagu ‘ Hijau ‘ – Zainal Abidin

ii. Membaca petikan perbualan

iii. Melakonkan petikan perbualan

iv. Membincangkan dan membentangkan soalan ransangan

v. Menghasilkan sajak ( pengayaan )

vi. Menjawab soalan kuiz dan rumusan

EMK : i. Kreativiti – menjana idea

ii. TMK - membuat slaid powerpoint

Bahan Bantu Belajar :Petikan perbualan

Penilaian P dan P :Lembaran kerja

Refleksi :

i) ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

ii) _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Page 3: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LANGKAH / MASA

Set Induksi( 5 minit )

Langkah 1( 15 minit )

Langkah 2( 15 minit )

Langkah 3( 20 minit )

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP)

1. Murid diperdengarkan lagu HIJAU nyanyian Zainal Abidin Zainal.(Lampiran 1)

2. Bersoal jawab berkaitan senikata lagu.

1. Murid membaca petikan yang diberi. (Lampiran 2)2. Murid berbincangberkaitan isi kandungan petikan.3. Murid mengaitkan isi petikan dengan situasi alam

sekitar di Malaysia.

1. Murid-murid diminta melakonkan dialog yang diberi. 2. Guru menyatakan bahawa kita harus melibatkan diri dalam aktiviti menyayangi alam sekitar untuk kesejahteraan negara.

1. Murid diberi kepada 2 kumpulan dan berbincang berkaitan soalan ransangan. (lampiran 3)

2. Murid-murid dikehendaki menyatakan cara-cara menyayangi alam sekitar dan menceritakan perasaan mereka apabila menyayangi alam sekitar.

3. Murid membentangkan hasil perbincangan.

CATATAN

BBB : lagu

BBB : petikan perbualan

KreativitidanInovasi

Menjana idea

AktivitiPemulihan

Aktivitipemulihan – mengisi tempat kosong dalam sajak berpandukan petikan perbualan di atas.

AktivitiPengayaan

Aktivitipengayaan – Murid menghasilkan sebuah sajakmenyayangi alam sekitar berdasarkan petikan perbualan di atas.

Penutup ( 5 minit )

1 Murid menjawab kuiz secara kumpulan. ( Lampiran 5 ) 2 Merumuskan dan menghubungkaitkan Kepentingan menyayangi alam sekitar dengan kesejahteraan negara.

Nilaimurni

EMK KreativitidanInovasi

BBM Komputer , kertas lembaran

Page 4: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 1

LAGU : HIJAU

Bumi yang tiada rimbaSeumpama hambaDia dicemar manusiaYang jahil ketawa

Bumi yang tiada udaraBagai tiada nyawaPasti hilang suatu hariTanpa disedari

Bumi tanpa lautanAkan kehausanPasti lambat laun hilangDuniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakanKejayaan yang akhirnya membinasakanApalah gunanya kematangan fikiranBila dijiwa kita masih lagi muda dan mentahKu lihat hijau

Bumiku yang kian pudarSiapa yang melihatDi kala kita tersedarMungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diriPolussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anokTok leh meghaso mandi laokBersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjotoKoto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghiKeno make asak hok biso, wehPase maknusioSeghemo bendo-bendo di dunioTok leh taheSapa bilo-bilo

Lirik Hijau - Zainal Abidin

Page 5: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Contoh soalan yang ditanyakan kepada murid :

1. Pernahkah kamu mendengar lagu ini? Sebutkan tajuk lagu.

Pernah / Tidak pernah. Tajuk lagu ini ialah ‘Hijau ‘.

2. Apakah mesej utama yang dikemukakan dalam seni kata lagu ini?

Seni kata lagu ini mengisahkan alam sekitar yang semakin teruk mengalami pencemaran.

3. Sebutkan satu akibat apabila bumi kita mengalami pencemaran.

Bumi kita akan musnah akibat pencemaran yang teruk.

4. Apakah yang perlu kita lakukan ?

Menjaga alam sekitar kita dengan baik. Tidak membuang sampah merata-rata tempat.

5. Berdasarkan soal jawab kita, apakah pelajaran yang cikgu akan ajarkan kepada kamu?

Kita akan belajar mengenai alam sekitar. Kita harus menyayangi alam sekitar kita.

Page 6: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 2ALAM SEKITAR KHAZANAH NEGARA

Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang mengadakan Perkhemahan di Pinggir Hutan Kamensah. Ikuti perbualan antara Ketua Pasukan Pengakap dengan Penjaga Tapak Perkhemahan tersebut.

Pragas : Selamat pagi, Encik Razak.Encik Razak : Selamat pagi, adik dan selamat datang ke Tapak

Perkhemahan Lata Kancil.Pragas : Encik, tempat ini sangat indah dan selesa untuk perkhemahan. Saya seronok dapat berkhemah di sini.Encik Razak : Ya, adik. Pekerja-pekerja di sini sentiasa menjaga

kebersihan tapak perkhemahan ini. Mereka membuang sampah, menanam pokok bunga dan sentiasa memastikan kemudahan di sini berada dalam keadaan baik.

Pragas : Wah, bagusnya pekerja-pekerja di sini! Tadi saya ke sungai, saya rasa teruja dengan air sungai yang bersih dan jernih. Saya dapat melihat anak-anak ikan berenang-renang dengan riang.

Encik Razak : Saya selalu mengingatkan adik-adik yang datang berkhemah agar tidak membuang sampah ke dalam

sungai.Pragas : Encik, apakah bunyi bising tu? Encik Razak : Oh, itu bunyi monyet yang riang bermain-main di

dalam hutan. Adik dengarlah kicauan burung yang merdu suaranya. Pragas : Yalah, encik. Saya seronok mendengar bunyi-bunyi haiwan

yang terdapat di dalam hutan ini. Sudah lama saya tidak mendengarnya.

Encik Razak : Kawasan hutan ini dijaga dengan baik. Hutan ini hutan simpanan. Pembalakan atau pemburu haiwan tidak dibenarkan di sini.

Pragas : Saya seronok dapat berkhemah di sini. Udara amat segar dan nyaman. Saya harap situasi ini akan berkekalan tanpa sebarang pencemaran.

Page 7: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Encik Razak : Pembakaran secara terbuka juga tidak dibenarkan di sini, itu

sebabnya udaranya nyaman dan segar. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menyayangi alam sekitar dan mengekalkan keindahannya.Pragas : Ya, encik. Saya teringatkan kata hikmat ‘ Negara Bersih Rakyat Sihat’. Terima kasih atas penerangan yang

diberi. Sayaminta diri untuk aktiviti perkhemahan saya. Encik Razak : Sama-sama. Selamat berkhemah, adik.

LAMPIRAN 3

SOALAN RANSANGAN :

1. Nyatakan cara-cara menyayangi alam sekitar untuk menjamin

kesejahteraan negara.

Jawapan :

a ) tidak membuang sampah di kawasan perkhemahan dan di dalam sungai.

b ) tidak membuat pembakaran secara terbuka.

c ) tidak melakukan pembalakan haram.

d ) tidak memburu haiwan di dalam hutan dengan sesuka hati.

2. Ceritakan perasaan kamu apabila menyayangi alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan negara.

Jawapan : Saya berasa seronok dan gembira

3. Gambarkan dan lakarkan situasi alam sekitar berdasarkan petikan perbualan di atas.

Page 8: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

LAMPIRAN 4

Lampiran Pemulihan

Isi tempat kosong pada sajak berdasarkan petikan perbualan yang dibaca.

SAJAK : Menyayangi Alam Sekitar

Mentari bersinar

Cahaya memberi semangat

Kepada bumi alam semester

Udara nyaman dan segar

Tumbuhan menghijau menghiasi hutan.

Bukit bukau berdiri teguh

Kicauan burung membelah kesunyian

Monyet bergayut dari pohon ke pohon

Semua haiwan bebas menjalani kehidupan.

Tiada pencemaran tiada pemburuan

Tiada pembuangan bahan beracun

Sungai jernih hingga ke dasar

Anak ikan bermain riang.

Page 9: Contoh Rph p.moral t6 - Kasih Sayang

MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Wahai warga negaraku tercinta

Sayangilah alam sekitar kita

Megah dan bangga tidak terkira

Generasi menghayati sepanjang zaman.

LAMPIRAN 5

SOALAN KUIZ BERKAITAN DENGAN SAYANGI ALAM SEKITAR

1. Sebutkan 2 akibat sekiranya sungai kita tercemar.

ContohJawapan :

a ) Hidupan sungai seperti ikan, udang dan sebagainya

akan mati.

b ) Bekalan air bersih terjejas.

2. Mengapakah haiwan di dalam hutan hampir pupus?

Contoh Jawapan :

a ) Habitat kehidupan haiwan terganggu.

b ) Banyak pokok telah ditebang untuk pembangunan.

c ) Aktiviti pembalakan haram.

3. Pihak manakah yang harus kita hubungi sekiranya berlaku pembalakan

haram di kawasan kamu?

Contoh Jawapan : Jabatan Alam Sekitar / Pihak Polis