contoh rph kemahiran membaca thn 4

5
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TEMA EKONOMI TAHUN 4 BESTARI TAJUK Sawah Padi Datukku MASA 9.30 10.30 pagi STANDARD PEMBELAJARAN 2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dalam ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Membaca sekurang-kurangnya tujuh ayat yang mengandungi imbuhan apitan dengan sebutan yang jelas dan betul. AKTIVITI 1. Murid menonton video sawah padi dan mengikut seni kata lagu yang tertera. 2. Murid bersoal jawab berdasarkan salah satu gambar sawah padi yang ditunjukkan. (2.16 ). (KBAT) 3. Murid mengikut guru membaca petikan yang dipaparkan pada skrin. 4. Murid membaca petikan yang diedarkan secara berkumpulan dan secara individu (dipilih secara rawak) dengan sebutan yang betul. 5. Murid diminta mencari imbuhan apitan dalam ayat secara berkumpulan dan dipanggil secara rawak untuk mewarnakan perkataan berimbuhan apitan dengan tetikus.(Abad 21) 6. Murid membaca perkataan tersebut dan diikuti murid-murid lain. 7. Murid menyenaraikan perkataan imbuhan apitan dalam peta bulatan dalam lembaran kerja. (iThink) Pemulihan Murid membatang suku kata perkataan berimbuhan apitan. Pengayaan Murid membaca petikan. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Pendidikan Moral Nilai : Rajin EMK : TMK KB : Mengecam BCB : Bacaan Mekanis BAHAN BANTU BELAJAR LCD, gambar,video PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid dapat membaca perkataan berimbuhan apitan dengan betul. REFLEKSI 20 orang daripada 25 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Upload: miroswat

Post on 18-Dec-2015

1.101 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIATEMAEKONOMI

TAHUN4 BESTARI

TAJUKSawah Padi Datukku

MASA9.30 10.30 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dalam ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran, murid dapat:i. Membaca sekurang-kurangnya tujuh ayat yang mengandungi imbuhan apitan dengan sebutan yang jelas dan betul.

AKTIVITI 1. Murid menonton video sawah padi dan mengikut seni kata lagu yang tertera.2. Murid bersoal jawab berdasarkan salah satu gambar sawah padi yang ditunjukkan. (2.16). (KBAT)3. Murid mengikut guru membaca petikan yang dipaparkan pada skrin.

4. Murid membaca petikan yang diedarkan secara berkumpulan dan secara individu (dipilih secara rawak) dengan sebutan yang betul. 5. Murid diminta mencari imbuhan apitan dalam ayat secara berkumpulan dan dipanggil secara rawak untuk mewarnakan perkataan berimbuhan apitan dengan tetikus.(Abad 21)6. Murid membaca perkataan tersebut dan diikuti murid-murid lain. 7. Murid menyenaraikan perkataan imbuhan apitan dalam peta bulatan dalam lembaran kerja. (iThink)Pemulihan

Murid membatang suku kata perkataan berimbuhan apitan.Pengayaan

Murid membaca petikan.

PENGISIAN KURIKULUMIlmu : Pendidikan MoralNilai : RajinEMK : TMK

KB : Mengecam

BCB : Bacaan Mekanis

BAHAN BANTU BELAJARLCD, gambar,video

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid dapat membaca perkataan berimbuhan apitan dengan betul.

REFLEKSI20 orang daripada 25 orang murid telah mencapai objektif P&P.

Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.

Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Soalan-soalan induksi:

1. Apakah yang dapat kamu lihat dalam gambar?

sawah padi

petani bekerjasama menanam padi

Aktiviti 1: Murid-murid membaca petikan

Aktiviti 2: Murid-murid membaca ayat-ayat di bawah dan mewarnakan perkataan berimbuhan apitan dengan tetikus.1. Pada minggu lepas, saya dan keluarga mengunjungi datuk di kampung.

2. Rumah datuk terletak berdekatan dengan sawah.

3. Datuk membawa saya dan abang mengelilingi kampung yang dipenuhi dengan sawah padi.

4. Pemandangan di kampung saya sangat indah.

5. Sawah padi ditumbuhi anak padi yang tumbuh dengan subur.

6. Saya melihat pesawah menaburkan baja pada anak padi.

7. Menurut datuk, aktiviti merumput dilakukan sehingga pokok padi berbuah dan dituai.

8. Saya berasa amat gembira dapat memperolehi pengalaman tersebut.Aktiviti 3 : Lembaran kerja: Peta Minda : Peta Bulatan

Aktiviti Pemulihan :

mengunjungimengunjungi

berdekatanberdekatan

mengelilingimengelilingi

memperolehimemperolehi

dilakukandilakukan

menaburkanmenaburkan

pemandanganpemandangan

ditumbuhiditumbuhi

Aktiviti Pengayaan :

Kesihatan yang baik penting dalam kehidupan kita. Kita perlu menjaga kesihatan badan dengan bersenam dan mengambil makanan seimbang setiap hari.

Makanan seimbang terdiri daripada tiga kumpulan makanan, iaitu karbohidrat, protein dan vitamin. Karbohidrat memberi kita tenaga. Antara makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, roti, ubi dan bijirin. Daging, ikan, telur dan susu adalah makanan berprotein yang membantu dalam pertumbuhan kita. Makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu kita mencegah penyakit.

Di samping itu, kita perlu mengurangkan pengambilan makanan bergula dan berlemak. Pengambilan makanan bergula dan berlemak yang berlebihan akan menyebabkan penyakit diabetes dan obesiti. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pengambilan makanan seimbang untuk mendapatkan badan yang sihat.Susun Atur Kelas 4 Bestari

Pada minggu lepas, saya dan keluarga mengunjungi datuk di kampung.. Kampung datuk terletak di negeri Kedah Darul Aman.

Rumah datuk terletak berhampiran dengan sawah padi. Datuk telah membawa saya dan abang mengelilingi kampung yang dipenuhi dengan sawah padi.

Pemandangan di kampung saya sangat indah. Saya melihat pesawah sedang menanam anak padi yang baru dicabut dari tapak semaian. Sawah padi ditumbuhi anak padi yang tumbuh subur. Anak padi tersebut ditanam di dalam petak sawah yang berair secara berbaris.

Kemudian, saya melihat pesawah menaburkan baja pada anak padi. Menurut datuk, aktiviti merumput dilakukan sehingga pokok padi berbuah dan dituai.

Saya berasa amat gembira kerana dapat memperolehi pengalaman tersebut.

Imbuhan apitan

PAGE