contoh projek

8
 TAJUK PROJEK : ECO GREASE TRAP PENGENALAN: Pembuangan sisa miny ak bagi kawasan perumahan telah menyumbang kepada masalah  pembuangan sisa domestik negara. Pembuangan sisa minyak secara tidak teratur ke dalam singki menyebabkan masalah singki tersumbat, selain itu, ia turut mengakibatkan pencemaran air dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Pembinaan perangkap minyak ini bertujuan memerangkap,serta menapis minyak dan menyahbaukan air sisa. Penyelesaian masalah ialah mengenalpasti bahan yang dapat memerangkap,dan menapis minyak dan menyahbau air sisa serta menilai keberkesanan pera ngkap minyak berdasarkan  penilaian kualiti air. Penggunaan perangkap minyak ini juga dapat mengurangkan kadar pencemaran ai r sisa dan mengatasi masalah singki tersumbat dengan sisa minyak. Bahan penapisan minyak ditempatkan di dalam satu bekas penapisan yang bersesuaian agar kualiti air sisa lebih terjamin mutunya dan menyelesaikan masalah singki tersumbat.

Upload: ashraf-azhan

Post on 11-Oct-2015

372 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

PROPOSAL

TRANSCRIPT

TAJUK PROJEK :ECO GREASE TRAP

PENGENALAN:Pembuangan sisa minyak bagi kawasan perumahan telah menyumbang kepada masalah pembuangan sisa domestik negara. Pembuangan sisa minyak secara tidak teratur ke dalam singki menyebabkan masalah singki tersumbat, selain itu, ia turut mengakibatkan pencemaran air dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.Pembinaan perangkap minyak ini bertujuan memerangkap,serta menapis minyak dan menyahbaukan air sisa.Penyelesaian masalah ialah mengenalpasti bahan yang dapat memerangkap,dan menapis minyak dan menyahbau air sisa serta menilai keberkesanan perangkap minyak berdasarkan penilaian kualiti air.Penggunaan perangkap minyak ini juga dapat mengurangkan kadar pencemaran air sisa dan mengatasi masalah singki tersumbat dengan sisa minyak.Bahan penapisan minyak ditempatkan di dalam satu bekas penapisan yang bersesuaian agar kualiti air sisa lebih terjamin mutunya dan menyelesaikan masalah singki tersumbat.

PENYATAAN MASALAH :Perbuatan mengalirkan sisa makanan ke dalam longkang tidak hanya berlaku di kawasan perumahan dan setinggan, tetapi ia turut berlaku di kedai-kedai makan di Negara kita. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di taman siswa , sisa-sisa makanan yang berminyak akan disalirkan ke dalam longkang dan secara tidak langsung akan mengeluarkan bau. Masalah ini timbul apabila sinki paip saluran di kediaman rumah tersumbat daripada minyak dan sisa kotoran. Selain daripada itu, masalah paip saluran di bawah sinki kotor dan berminyak. Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah produk perangkap minyak yang dapat memerangkap sisa minyak serta menapis minyak dan menyahbau air sisa buangan dengan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dan bermutu. Bahan binaan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sebuah produk yang tahan lama dan efektif. Selain itu, bahan penapisan juga diperlukan bagi membantu menapis minyak dan menyahbau air sisa buangan. Bahan binaan dan bahan penapisan yang bermutu akan mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan iaitu memerangkap sisa minyak, menapis minyak dan menyahbau air sisa buangan.

OBJEKTIF KAJIAN :Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut:1.4.1 Mengenalpasti material yang dapat memerangkap minyak dan menyahbaukan air sisa sebelum dibuang ke dalam saluran pembetungan .1.4.4 Membina sebuah perangkap minyak yang berkesan berdasarkan berdasarkan penilaian kualiti air (Biochemical Oxygen Demand).

KELEMAHAN : Eco Grease Trap ini mudah kotor akibat minyak yang terperangkap dalam produk ini. Eco Grease Trap ini mudah berbau akibat kotoran yang tidak dicuci lama.

KELEBIHAN :

Produk kami direka dengan cara pemasangan mudah alih. Produk ini menjumatkan masa untuk mencuci. Prouduk ini bukan sahaja mesra alam malah haraganya berpatutan jika dapat berada di pasaran. SKOP KAJIAN :Matlamat kajian ini dijalankan untuk mengurangkan masalah minyak tersumbat dan mengurangkan paip saluran sinki rumah dan grease trap kotor.

METHODOLOGY:

Contoh Pemasangan

Contoh Cara Penyelenggaraan

CARA KERJA :Semua air cucian dari dapur melalui Sinki, akan mengalir masuk kedalam Grease Trap Portable. Sampah padat bekas cucian dan minyak akan tersaring pada Basket Strainer . Setelah melalui basket, air + grease masuk ke ruang 2, Grease akan naik ke permukaan air secara gravitasi karena berat jenis grease lebih ringan dari pada air. Kemudian air yang berada dibawah grease akan keluar melalui paip ke saluran kotak. Sampah-sampah pada basket dan grease yang ada dipermukaan air harus dibersihkan secara berkala.CARA PEMBERSIHAN ECO GREASE TRAP :Kebanyakan di rumah perangkap minyak memang belum tersedia pasang, kebanyakan dari pemilik atau surirumah didapur tidak tahu betapa pentingnya dan bagaimana fungsi perangkap minyak itu. Perangkap minyak perlu di selenggara dan dibersihkan paling minima 2 minggu sekali. Cara-cara penyelenggaran ke atas alat perangkap minyak seperti berikut: Tutup semua injab masuk dan keluar. Buka penutup perangkap minyak. Sebelum memulakan pembersihan perlu sediakan bag plastic sampah untuk membuang sisa-sisa makanan dan juga lemak yang terbentuk di dalamnya. Bersihkan penapis bahan buangan dan perlu dicuci untuk untuk tidak berlaku sumbat. Ceduk lapisan lemak yang terapung di atas air dan masukkan ke dalam beg plastik sampah yang telah disediakan. Kikis seluruh dinding tangki perangkap minyak dengan scrapper. Dengan mengunakan penceduk keluarkan semua lemak yang mendak di bawah tangki penapis minyak. Sekiranya lemak-lemak ini telah terlalu keras (kerana pertama kali dibersihkan) dan sukar untuk bersihkan cara manual , gunakan bahan kimia untuk pecahkan lemaknya. Setelah semua lemak telah dikeluarkan, buka injab masuk dan keluar. Buka air sinki dan masukkan kembali air bersih. Tutup kembali penutup tangki perangkap minyak.

MATERIAL: Hampas tebu Batang pisang Fiberglass reinforced plastic PVC

SIGNIFICANCE: Petikan keratan akhbar sinar harian 6 januari 2013 Petikan akhbar mstar 5 april 2011