contoh penyelidikan | smkrmmten's

9
SEP 30 Contoh Proposal Posted on September 30, 2011 by cikgu aida Category Archives: CONTOH PENYELIDIKAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS SIMPANKIRA DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP (UPSI) BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang sejarah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan dan kepentingannya kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Seterusnya pengkaji menjurus kepada penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan yang menjadi fokus kajian ini. Pernyataan masalah bagi kajian ini diperjelaskan berserta dengan objektif kajian, Hipotesis Kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, kerangka konseptual, Definisi Operasional dan Kesimpulan. 1.1 Latar Belakang Kajian Perkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini dilihat semakin rancak berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan dunia tanpa sempadan (globalisasi). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat seawal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi. Di Malaysia perkembangan penggunaan TMK di kalangan masyarakatnya dilihat suatu yang positif di mana ia telah menggalakkan semua lapisan masyarakat berlumba-lumba untuk melengkapkan diri dengan ilmu TMK. Namun demikian masih ada golongan atau pihak yang memandang remeh dan tidak mengendahkan perkara ini kerana mereka beranggapan penggunaan TMK tidak penting dalam kehidupan harian. Dalam usaha mengikis tanggapan negatif segelintir masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah seperti kempen satu rumah satu komputer serta membenarkan wang KWSP dikeluarkan untuk membeli komputer. Ini bertujuan untuk memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi yang serba canggih. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam usaha untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangan generasi muda. Antara program tersebut ialah Program PPSMI, sekolah bestari, komputer dalam pendidikan, my- schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian Great For Learning) dan portal EDUWEBTV. Ini kerana mereka merupakan generasi akan datang yang diharap dapat menjadi generasi celik TMK yang cemerlang. Maka dengan itu, wujudlah istilah pendidikan dan TMK yang sering dilaung-laungkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini dibuktikan dengan petikan kata-kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: ‘kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memajukan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan’ Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga dilihat telah banyak mengaplikasikan penggunaan TMK dalam P&P. Secara umumnya, proses P&P yang dijalankan di UPSI masih menggunakan cara tradisional iaitu kuliah syarahan dan tutorial namun TMK memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar dan belajar yang serba canggih dan lebih berkesan daripada pendekatan ’Paper & Chalk’. Coleman dan J. Nicholas et. al(1998), berpendapat teknologi yang digunakan adalah sebagai alat bantuan mengajar dan bukannya sebagai pengganti guru, pensyarah, pengajar atau pelajar. Dengan ini jelaslah penggunaan TMK dalam P&P bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien, terancang dan bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan keberkesanan penggunaan Teknologi Archives October 2011 September 2011 July 2011 October 2010 September 2010 October 2009 July 2009 June 2009 May 2009 Meta Register Log in smkrmmTEn's Info. Ilmu. Wadah Kecemerlangan. Home [email protected] ME..MYSELF MUKADDIMAH

Upload: darminladiro

Post on 19-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penyelidkan

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's

SEP30 Contoh Proposal

Posted on September 30, 2011 by cikgu aida

Category Archives: CONTOH PENYELIDIKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARANKURSUS SIMPANKIRA DI KALANGAN PELAJARPROGRAM KEMAHIRAN HIDUP(UPSI)

BAB 1

PENDAHULUAN

PengenalanDi dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang sejarah penggunaan Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan dan kepentingannya kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi.Seterusnya pengkaji menjurus kepada penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kursus Simpankira /Pendidikan Perakaunan yang menjadi fokus kajian ini. Pernyataan masalah bagi kajian ini diperjelaskan berserta denganobjektif kajian, Hipotesis Kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, kerangka konseptual, Definisi Operasional danKesimpulan.

1.1 Latar Belakang KajianPerkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini dilihat semakin rancak berkembang sejajar denganperkembangan arus pemodenan dunia tanpa sempadan (globalisasi). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikandalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajardan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan TMKdalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat seawal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolahmenengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi.

Di Malaysia perkembangan penggunaan TMK di kalangan masyarakatnya dilihat suatu yang positif di mana ia telahmenggalakkan semua lapisan masyarakat berlumba-lumba untuk melengkapkan diri dengan ilmu TMK. Namun demikianmasih ada golongan atau pihak yang memandang remeh dan tidak mengendahkan perkara ini kerana merekaberanggapan penggunaan TMK tidak penting dalam kehidupan harian. Dalam usaha mengikis tanggapan negatifsegelintir masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah seperti kempen satu rumah satu komputer sertamembenarkan wang KWSP dikeluarkan untuk membeli komputer. Ini bertujuan untuk memastikan masyarakat Malaysiatidak ketinggalan dalam arus teknologi yang serba canggih.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan memperkenalkan pelbagaiprogram seawal sekolah rendah dalam usaha untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangangenerasi muda. Antara program tersebut ialah Program PPSMI, sekolah bestari, komputer dalam pendidikan, my-schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian Great For Learning) dan portal EDUWEBTV. Ini kerana merekamerupakan generasi akan datang yang diharap dapat menjadi generasi celik TMK yang cemerlang. Maka dengan itu,wujudlah istilah pendidikan dan TMK yang sering dilaung-laungkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini dibuktikandengan petikan kata-kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein:

‘kementerian ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan untuk memajukan bidang teknologikomunikasi dan maklumat (ICT) dalam pendidikan’

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga dilihat telah banyak mengaplikasikan penggunaan TMK dalam P&P. Secaraumumnya, proses P&P yang dijalankan di UPSI masih menggunakan cara tradisional iaitu kuliah syarahan dan tutorialnamun TMK memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar dan belajar yang serba canggih dan lebihberkesan daripada pendekatan ’Paper & Chalk’. Coleman dan J. Nicholas et. al(1998), berpendapat teknologi yangdigunakan adalah sebagai alat bantuan mengajar dan bukannya sebagai pengganti guru, pensyarah, pengajar ataupelajar. Dengan ini jelaslah penggunaan TMK dalam P&P bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien,terancang dan bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan proses dankeberkesanan P&P. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan keberkesanan penggunaan Teknologi

Archives

October 2011

September 2011

July 2011

October 2010

September 2010

October 2009

July 2009

June 2009

May 2009

Meta

Register

Log in

smkrmmTEn'sInfo. Ilmu. Wadah Kecemerlangan.

Home [email protected] ME..MYSELF MUKADDIMAH

Page 2: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's

Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalanganpelajar Program Kemahiran Hidup di UPSI.

1.2 Penyataan MasalahTeknologi Maklumat boleh memberikan impak signifikan terhadap keberkesanan, kecekapan dan produktiviti di dalamaktiviti yang dijalankan. Pada pendapat pengkaji, faktor-faktor tertentu dapat mempengaruhi keberkesanan tersebut.Antaranya ialah pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

Dalam faktor pengurusan, pengkaji memfokuskan kepada kecekapan pengurusan Fakulti Perniagaan dalammengendalikan kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan yang ditawarkan kepada pelajar Program Kemahiran Hidupdan aktiviti yang lain bagi memastikan setiap pelajar Kemahiran Hidup mampu memperoleh pengetahuan tentangteknologi maklumat. Menurut Nasrollah Ahadiat (2005) dalam jurnal ‘Factors that May Influence or Hinder Use ofInstructional Technology Among Accounting Faculty’, Association to Advance Collegiate Schools of Businessmenyatakan pentauliahan memerlukan teknologi pengajaran yang bersesuaian yang disediakan oleh fakulti perniagaan.(AACSB International,1993).

Selain itu, penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi maklumat hari ini banyakmemberikan manfaat kepada para pensyarah seperti mempelbagaikan alat bantu mengajar (ABM), merekod sertamenyimpan maklumat pelajar dan sebagainya. ABM yang berasaskan TMK dapat meningkatkan minat pelajar di sampingmeningkatkan kefahaman pelajar. Namun, Norazen, Hassan dan Mohd Ruzman dalam kajian ‘Tahap KompetensiPensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’, menyuarakan terdapat satu cabaran penting yangperlu dihadapi iaitu kesediaan dan kompetensi pensyarah mengaplikasi dan mengintegrasi teknologi maklumat dalampengajarannya. Dalam erti kata lain, faktor pengetahuan dan kemahiran pensyarah atau tenaga pengajar menyampaikanilmu pengetahuan turut menjadi ukuran kepada keberkesanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan pelajarProgram Kemahiran Hidup.

Seperti yang kita sedia maklum pelajar Universiti merupakan kumpulan pelajar yang perlu menghasilkan pelbagai bentuktugasan yang ditentukan oleh pensyarah sepanjang pengajian mereka. Pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftarkursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan juga tidak terkecuali menghadapi situasi sebegini. Dalam jangka masa yangterhad mereka perlu menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Pada hari ini, sekiranya para pelajarmenggunakan teknologi komputer, khususnya perisian seperti Microsoft Word, Excel, PowerPoint Presentation, SPSS,UBS Accounting dan sebagainya sudah tentu tugasan mereka dapat disiapkan dengan cekap, pantas dan tepat. Dalamkajian ‘Computer Based Accounting Education Techniques: A Response to A Dynamic Information TechnologyEnvironment’ oleh Kathie Cooper dan Vivienne Coomb (2004), teknologi ‘Computerized Assessment’ dalam ComputerManaged Learning (CML) membolehkan pelajar merekodkan urusan kemasukan jurnal, lembaran kerja dan penyatakewangan. Justeru itu, faktor teknologi juga dilihat mampu memainkan peranan yang penting dalam memastikankeberkesanannya di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / PendidikanPerakaunan.

Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan di atas maka satu kajian mengenai keberkesanan penggunaan TeknologiMaklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalanganpelajar Program Kemahiran Hidup perlu dijalankan. Kajian ini perlu dijalankan bagi memastikan keempat-empat faktoryang dinyatakan benar-benar dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasidalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program KemahiranHidup.

1.3 Objektif KajianDi dalam objektif kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauhmana faktor-faktor yang terlibat dapat mempengaruhikeberkesanan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan dikalangan pelajar Program Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :

1.3.1 Untuk mengenalpasti peranan TMK dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira /Pendidikan Perakaunan.

1.3.2 Untuk mengenalpasti sejauhmana penggunaan TMK dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan yangditawarkan kepada pelajar Kemahiran Hidup oleh Fakulti Perniagaan.

1.3.3 Untuk melihat hubungan di antara penggunaan teknologi maklumat dengan keberkesanannya dalam kursusSimpankira / Pendidikan Perakaunan.

1.3.4 Untuk menilai tahap pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi serta korelasinya dengan penggunaan TMK dikalangan pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan bagi Program Kemahiran Hidup.

1.3.5 Untuk melihat adakah kemahiran penggunaan teknologi yang mencukupi di kalangan pelajar Kemahiran Hidup yangmendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan dapat menyumbang kepada keberkesanan penggunaan TMKdalam pembelajaran.

1.4 Hipotesis KajianBeberapa hipotesis telah dibangunkan bagi menjawab persoalan yang akan dikaji untuk mengetahui keberkesananpenggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajarUPSI:

1.4.1 Pengurusan fakulti yang efisien dan sistematik akan memberi kesan positif terhadap keberkesanan penggunaanTMK di kalangan pelajar.

1.4.2 Pengetahuan yang mencukupi dalam bidang TMK akan membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran danpembelajaran.

1.4.3 Kemahiran yang ada dalam penggunaan TMK dapat meningkatkan keberkesanan pelajar khususnya dalammengendalikan peralatan teknologi.

Page 3: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's

1.4.4 Teknologi dapat memudah dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

1.5 Kepentingan KajianMenurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian bermaksud apakah kajian berkenaan berguna kepada mana-manapihak. Setiap kajian yang dijalankan selalunya mempunyai motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu.Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat danKomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajarProgram Kemahiran Hidup Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam kajian ini, faktor yang dikaji adalah meliputiaspek pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Aspek-aspek ini dianggap sebagai tunjang utama kepadapengkaji bagi mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kursusSimpankira / Pendidikan Perakaunan khususnya di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup dapat ditingkatkan.Justeru itu, dengan adanya kajian seumpama ini, diharapkan ia dapat menarik pihak-pihak yang terlibat sepertiKementerian Pelajaran Tinggi Malaysia, pihak Institusi Pengajian Tinggi, pensyarah dan pelajar bagi bersama-samamemperbaiki kelemahan di samping mempertingkatkan lagi kecekapan yang ada bagi mempersiapkan diri pelajar yangbakal menempuh alam pekerjaan yang lebih kompetitif dan mencabar pada masa hadapan.

Dalam pada itu, kajian ini juga berguna kepada pihak institusi pendidikan untuk memberi penekanan kepada beberapaciri-ciri utama bagi setiap aspek bagi mengoptimumkan penggunaan TMK seperti yang diharapkan oleh semua pihak.Seterusnya, kajian ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan pensyarah, pelajar dan institusipendidikan tinggi tentang betapa pentingnya TMK untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, hasilkajian ini diharapkan dapat memberi gambaran dengan jelas serta dapat dijadikan garis panduan yang berguna kepadasemua pihak untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran serta mutu perkhidmatan denganberbekalkan kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada bagi memastikan tahap keberkesanan dan kompetensidapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi manfaat pada masa hadapan.

1.6 Batasan Kajian / Skop KajianMenurut Amir Hasan Dawi (2006), batasan kajian memberitahu tentang had-had atau ‘kekurangan’ kajian. Dalam kajianini, penyelidik membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas.Batasan-batasan kajian meliputi tempat kajian, sampel kajian, aspek kajian yang dipilih serta masa kajian yangdigunakan. Tempat kajian yang dilakukan adalah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Kajianini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / PendidikanPerakaunan sahaja bagi semester empat. Bagi semester tersebut, pengkaji akan memilih 60 orang pelajar daripadanyasecara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Oleh itu, jumlah keseluruhan sampel kajian adalah sebanyak 60 orangresponden sahaja.

Selain itu, terdapat faktor lain yang boleh digunakan bagi mengukur tahap keberkesanan penggunaan TeknologiMaklumat dan Komunikasi dalam kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan. Akan tetapi, kajian ini hanyamemfokuskan kepada beberapa aspek iaitu aspek pengurusan, pengetahuan, teknologi, dan kemahiran.

1.7 Kerangka Konseptual

Rajah 1 : Modifikasi Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Teknologi Instruksional

Berdasarkan kepada rajah di atas, empat faktor diatas menjadi fokus dalam kajian ini, iaitu faktor pengurusan, faktorkemahiran, faktor teknologi dan faktor pengetahuan. Pernyataan masalah dan Objektif kajian berdasarkan kepada rajahdiatas. Faktor diatas akan diterangkan dalam bab seterusnya.

1.8 Definisi OperasionalMerujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), keberkesanan ditakrifkan sebagai perihal berkesan, atau berkesannyasesuatu tindakan atau perubahan; sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya.Manakala, penggunaan pula didefinisikan sebagai perihal perbuatan atau kegiatan menggunakan sesuatu. Selain itu,menurut Kamus Dewan juga pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajarseperti cara atau sistem mengajar.

Ahmad Fuad (2003), dalam kajian ‘Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran BerbantukanTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)’ oleh Azwan Ahmad, Abdul Ghani, Mohamad Zohir et al (2005), menyatakandalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak bagi membantu prosespengajaran dan pembelajaran.

Ting Kung Shing (2007) dalam kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan PendidikanTeknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ pula, menyatakan pembelajaran elektronik ataulebih dikenali sebagai e-learning adalah merupakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi memudahkancara pembelajaran. Dalam kajian itu juga pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku hasildaripada pengalaman yang menyebabkan seseorang menghadapi situasi sesudah itu dengan cara yang berlainan(Gagne, 1970). Dalam kajian yang sama juga Morgan (1995) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkahlaku dari segi perasaan, pemikiran dan tindak balas kesan daripada pengalaman yang berlaku pada pelajar melalui sistempendidikan secara formal di sekolah. Seterusnya, Eh (1994) dalam kajian tersebut, berpendapat pembelajaran dikatakantelah berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sediaada padanya.

Selain itu, Ting Kung Shin (2007) dalam kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar JurusanPendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’, mentakrifkan E-pembelajaran sebagaipendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikanoleh komputer melalui Internet khususnya web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggiatau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). Seterusnya dalam kajian yang sama Victor Jeurissen(2004) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai penggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran yang dapatmenukarkan cara seseorang dan juga organisasi memperolehi kemahiran dan menambah pengetahuan yang baru. Bagibeliau pembelajaran merupakan satu kerja secara berkumpulan yang melibatkan pertukaran penggunaan maklumat iaitu

Page 4: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's

berinteraksi secara perseorangan atau di dalam kumpulan.

1.9 KesimpulanDi dalam bab ini pengkaji telah menjelaskan latar belakang Teknologi Maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikandi Malaysia serta hubungan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan pengajaran dan pembelajaran dikalangan pelajar IPT. Seterusnya, beberapa isu yang wujud dalam mempengaruhi keberkesanan penggunaan teknologiturut dikemukakan bagi menyokong permasalahan kajian ini. Tumpuan diberikan kepada empat faktor utama yangmenyumbang kepada keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran danpembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan iaitu pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi.Akhir sekali pengkaji mengemukakan pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasanyang dihadapi dan kerangka konseptual. Pengkaji turut menjelaskan beberapa istilah dalam kajian ini supaya tidakberlaku kesilapan tafsiran terhadap beberapa perkataan dalam tajuk penyelidikan ini.

BAB 2

TINJAUAN PUSTAKA

PengenalanDi dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhikeberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira/ Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup. Tinjauan kajian memberi tumpuan kepadaempat faktor utama iaitu pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Di samping itu, pengkaji juga cubamengenal pasti faktor-faktor lain yang dapat menyumbang kepada fokus kajian yang dijalankan.

2.1 Kajian Keberkesanan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakanTMK secara efisien, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajarandan pembelajaran. Pada abad ke 21, kepentingan menguasai kemahiran TMK dilihat sebagai satu perkara yang amatpenting kepada sesebuah institusi terutamanya institusi pendidikan. Keupayaan setiap individu dalam menguasaipenggunaan TMK dapat membantu mengharungi dunia ledakan maklumat yang semakin pantas. Justeru, pendedahankepada alam perkomputeran perlu dilakukan pada peringkat awal secara sistematik dan terancang agar budayaperkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Bagi menyahut cabaranledakan TMK, semua pihak tidak terlepas untuk merealisasikan cabaran ini kerana penggunaan TMK yang efektif akandapat menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, pengkajiberpendapat terdapat faktor-faktor utama yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan penggunaan TMK dalampengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan melalui pembacaan kajian-kajian penyelidik yang lepas yang mana faktor-faktor keberkesanan itu adalah terdiri daripada pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

2.1.1 Keberkesanan Dari Aspek PengurusanMerujuk kepada artikel ‘Applications Of Technology In Accounting Education And Analysis Of Its Use Among Faculty’yang ditulis oleh Nas Ahadiat, terdapat sebilangan badan-badan professional yang telah meminta supaya pihak fakultimenggunakan teknologi dalam kursus yang disediakan. Berdasarkan The Association to Advance Collegiate Schools ofBusiness (1993), di dalam artikel ini juga meminta pihak fakulti menyediakan serta menggunakan teknologi instruksionalyang bersesuaian. Penggunaan TMK juga didapati boleh mengesan sebarang kesilapan ‘human errors’. Ini bukan sahajamembolehkan tugas–tugas perakaunan dilakukan dengan cekap, malah lebih tepat dan jitu.

Walau bagaimanapun, hasil kajian jurnal ‘Factors that May Influence or Hinder Use of Instructional Technology amongAccounting Faculty’ oleh Nasrollah Ahadiat (2005) mendapati pihak fakulti kurang memberi penekanan berkaitanpenggunaan teknologi. Ini adalah berpunca daripada kekurangan masa dan minat terhadap teknologi, bahan kursus yangtidak relevan, ketiadaan peralatan serta perisian teknologi yang terkini, kurangnya sokongan dari aspek pentadbiran danaspek teknologi. Maka, pentadbiran universiti atau pengarah program harus berikhtiar mencari langkah-langkah yangterbaik untuk memberikan kemahiran komputer dan teknologi keseluruhannya kepada semua pihak seperti staf akademikdan pelajar. Di samping itu, sokongan dari pihak pentadbiran juga amatlah penting dalam menyalurkan tahap teknologiyang sebenarnya kepada pihak fakulti.

Manakala, kajian yang dijalankan oleh Rohaila, Faridah dan Norasmah (2007) dalam jurnal ’Kesan Strategi PembelajaranPengalaman Terhadap Pembangunan Kompetensi: Perspektif Pendidikan Perakaunan’, mendapati kelemahan graduandalam mempamerkan kompetensi yang diharapkan terhadap diri mereka menyebabkan banyak pihak yang menuding jarikepada pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak fakulti supaya inovasidalam pengajaran dan pembelajaran diberikan perhatian sewajarnya agar pembangunan kompetensi pelajar dijadikansebagai agenda utama. Bidang pendidikan yang dianggap tunjang dalam pembangunan modal insan perlu diberiperhatian. Induk kepada pendidikan iaitu amalan pengajaran dan pembelajaran haruslah menjurus ke arah menyediakanpelajar agar dapat menjadi tenaga kerja yang bertaraf antarabangsa dalam semua bidang kerjaya dan mampu bersaingdalam pasaran kerja tempatan dan global.

Di samping itu, Suryanti Awang (2008) dalam jurnal ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’, menjelaskan bahawaterdapat juga universiti di Malaysia yang menyediakan nota atas talian (online notes) kepada pelajarnya. Para pelajar perluke laman yang disediakan dan memuat turunkan nota berkenaan. Sesetengah universiti membenarkan sesiapa sahajayang melayari laman berkenaan untuk mencapai nota yang disediakan dan ada juga yang hanya boleh dicapai oleh parapelajar mereka sahaja dengan menyediakan kata laluan dan kata kunci. Terdapat laman web yang menyediakanperkhidmatan secara percuma untuk membaca buku elektronik atau nota atas talian. Laman tersebut juga menyediakannota pensyarah secara percuma. Pengguna boleh memasuki laman tersebut untuk melihat kandungan buku elektronikberkenaan dan memuat turunnya dalam bentuk PDF.

Berdasarkan kajian-kajian lepas di atas, penggunaan TMK dapat membantu meningkatkan keberkesanan sesebuahpengurusan kerana TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi yang membolehkan pelajar dan pihak tertentudaripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

2.1.2 Keberkesanan Dari Aspek Pengetahuan Dan Kemahiran

Page 5: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's

Merujuk kepada artikel ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ olehNorazen, Hassan Ash’ dan Mohd Ruzman pula, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan TMKdapat membantu meringankan beban tugasan di kolej. Kelebihan seseorang pensyarah dalam menyepadukan alatteknologi pendidikan seperti komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan rangsangan pelajaruntuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar berfikir secara kreatif di sampingmenambahkan keseronokan kepada pensyarah itu sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986).Pengkaji berpendapat adaptasi TMK dalam proses pengajaran pensyarah dapat meringankan beban tugas pensyarahyang semakin mencabar dewasa ini. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting yang perludirealisasikan oleh para pensyarah selaras dengan apa yang terkandung di dalam misi reformasi pendidikan negara.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dari segi pengajaran memerlukan perancangan yang cekap dan efisiensupaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada setiap pelajar mengikut gaya pembelajaran masing-masing.Teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran yanglebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Oleh yangdemikian, bagi melaksanakan tugas ini pensyarah seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagaistrategi, kaedah dan pendekatan dengan jayanya melalui bantuan TMK ini.

Berdasarkan kajian ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ olehNorazen, Hassan Ash’ dan Mohd Ruzman, pensyarah atau tenaga pengajar perlu menguasai seberapa banyakpengetahuan dan kemahiran seiring dengan keperluan semasa mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini.Kajian ini menunjukkan kebanyakan pensyarah mempunyai sikap positif terhadap komputer dan ICT apabila hasil kajianyang diperolehi memberikan perbezaan min yang ketara iaitu 0.81 berbanding 0.00. Justeru itu, pengetahuan dankemahiran pensyarah adalah kompeten terhadap penggunaan komputer. Menurut Gage dan Berliner (1984) dalam kajianini juga sikap positif terhadap penggunaan komputer merupakan faktor penting dalam meningkatkan motivasi pengajarandan pembelajaran.

Di samping itu, menurut Hawa binti Rahmat, Rohaidah Mashudi dan Noor Watee Rahman (2008) dalam artikel‘Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui IT Di Peringkat Universiti’, mendapati hasil kajian yang dijalankanmelalui temu bual dengan responden (di kalangan pensyarah) dalam keberkesanan penggunaan IT dapat dilihatberdasarkan kepada Academic Evaluation System (AES). Melalui AES pensyarah akan dinilai oleh pelajar mereka padasetiap semester dan penilaian tersebut akan diakui sah sekiranya jumlah pelajar melebihi daripada 100 orang makaperatus penilai haruslah lebih 50 peratus. Seramai 70 peratus daripada 30 responden menyatakan bahawa AES merekasemakin menunjukkan kemajuan hasil penggunaan IT di dalam kelas.

Menurut Campeau dan Higgins (1995), dalam kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan PelajarJurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ yang ditulis oleh Ting KungShiung (2007), pengguna yang mempunyai tahap kecekapan diri yang tinggi akan kurang mengalami halangan ketikamenggunakan e-pembelajaran. Menurut Eastin & LaRose (2000) dalam kajian tersebut juga seseorang yang memilikitahap kecekapan diri terhadap Internet yang kurang akan merasa tidak yakin terhadap kebolehan beliau mengaksesInternet dan tidak cekap dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan.

Pengetahuan juga memainkan peranan yang penting untuk meramalkan kecekapan diri seseorang menggunakankomputer. Tsai et al. (2001) dalam kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar JurusanPendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ oleh Ting Kung Shiung (2007),mendapati pengetahuan sedia ada seseorang menggunakan Internet akan mempengaruhi sikap seseorang pelajarterhadap internet. Pelajar yang berpengetahuan menggunakan internet mempunyai sikap yang positif terhadap Internetbegitu juga dengan penggunaan komputer. Menurut Tsai et al. (2001) dalam kajian tersebut, pengetahuan membantupengguna mempunyai sikap yang lebih positif terhadap Internet terutama kepada seseorang yang mempunyai sikapbimbang dan kurang berkeyakinan terhadap Internet.

Menurut Tina dan Lim Swee Kim (2004) dalam kajian bertajuk ’Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap AmalanPengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)’ yang ditulis oleh Azwan Ahmad, Abdul Ghani,Mohamad Zohir et al (2005), pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P membolehkan pelajar bersikap aktif dalampencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluangmenghubungkait pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.

2.1.3 Keberkesanan Dari Aspek TeknologiMenerusi kajian ’Aplikasi Tm Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan Dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar’oleh Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad, Hansman dan Wilson (1998) mengatakan bahawa komputermerupakan alat yang membolehkan para pelajar menguasai proses penulisan dengan lebih mudah berbanding kertas danpen. Walaupun pada peringkat permulaan, komputer berfungsi sebagai mesin taip untuk menaip draf akhir sahaja, lama-kelamaan komputer menggantikan pen dan kertas sebagai alat menulis. Komputer dikatakan sebagai alat menulis dandapat membantu mewujudkan suasana kerjasama sama ada dalam menulis atau belajar menggunakan teknologi.

Menurut Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad dalam kajian ’Aplikasi Tm Dalam Pembelajaran PenulisanIlmiah: Tinjauan dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar’, Hansman dan Wilson (1998) berpendapat komputer jugaamat berguna dalam pencarian maklumat atau bahan. Para pelajar dapat menggunakan komputer untuk mencari artikeldan jurnal-jurnal tertentu melalui pangkalan data perpustakaan online. Merujuk kajian ini juga Caverly (2000) menyatakankeadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk mendapatkanmaklumat. Nor Hafidah (2002) dalam kajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru jugamenggunakan komputer, khususnya Internet bagi tujuan mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran sepertimencari bahan-bahan rujukan.

Selain itu, kajian ‘Tahap Kompetensi Pensyarah Menggunakan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ oleh Norazen,Hassan Ash’ dan Mohd Ruzman, mendapati bahawa penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan minat sertamerangsang minda para pelajar dan diakui sebagai pemangkin kepada proses pengajaran dan pembelajaran(Kamps,1994; Slavin,1995; Jonassen,1996; Mackenzie & Jansen,1998; Heinich et al,1999). Antara teknik yang bolehdigunakan bagi mempelbagaikan penyampaian ialah penggunaan perisian Ms PowerPoint Presentation yang dapatdipersembahkan dalam pelbagai bentuk grafik, animasi, warna, suara dan video. Alat-alat teknologi yang digunakan

Page 6: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's

secara efisien dan efektif bukan sahaja dapat menarik minat dan rangsangan pelajar untuk menguasai pelajaran denganmudah malah dapat memotivasikan mereka untuk berfikir secara kreatif (Budin, Kendall & Lengel, 1986).

Pada masa yang sama juga, kajian oleh Abdul Razak (2005) yang bertajuk ‘Penggunaan Perisian Komputer dan LCDSebagai Bahan Bantu Mengajar dan Pemudahcara’, turut menyatakan bahawa penggunaan teknologi seperti perisiankomputer iaitu PowerPoint dan Excel serta penggunaan LCD sebagai bahan bantu mengajar perlu diterapkan dalampengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran IT. Melalui hasil kajian itu, beliautelah dapat mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian komputer dan LCD dalam subjek tersebut. Ini dibuktikandengan berlakunya peningkatan kemahiran pelajar setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakanperisian serta LCD dalam merekod dokumen perniagaan.

Kajian ‘Computer Based Accounting Education Techniques: A Response to A Dynamic Information TechnologyEnvironment’ yang ditulis oleh Kathie Cooper dan Vivienne Coomb (2004) pula melihat kepada beberapa teknik dalampenggunaan teknologi kepada para pelajar. Sebagai contoh, salah satu teknik dalam Computer Managed Learning (CML)iaitu computer based assignment membolehkan pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan menyiapkan tugasanseperti penyediaan jurnal, pengeposan ke lejar, imbangan duga, kunci kira-kira dan penyata kewangan.

Irfan Naufal Umar (2004) menerusi kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar JurusanPendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ oleh Ting Kung Shiung (2007) pulamendapati penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengandunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif danperbandingan global; serta membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

Hasil kajian ‘Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional diInstitusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor’ oleh Ting Kung Shiung (2007) terhadap 306 orang responden menunjukkanbahawa terdapat sebanyak 81.4% responden menyatakan bahawa e-pembelajaran adalah berguna untuk pengajianmereka. Sebanyak 15.4% orang responden tidak pasti sama ada e-pembelajaran berguna atau sebaliknya terhadappengajian mereka. Manakala, hanya 3.3% responden yang mengatakan e-pembelajaran tidak berguna untuk mereka. Inibermakna e-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru untuk menyokong kelemahan yang terdapatdalam sistem pendidikan yang lama.

Menurut Wallace (1999) dalam jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and Computing Experience ofProfessional Accounting Students’ yang ditulis oleh Ming-Ling Lai (2008), menjelaskan bahawa mata pelajaran yang lebihmenekankan kepada pembacaan dan pemahaman seperti dari jabatan social and Human Science (SAHS) yangmerangkumi, Psikologi, Moral dan Etika, Pengajian Islam, Malaysia Studies, dan pembangunan Manusia, 75 peratusmemberikan reaksi positif terhadap keputusan AES mereka apabila mereka menggunakan banyak gambar dan animasi didalam kelas berbanding hanya menggunakan white board dan juga transparensi sahaja. Di samping itu juga, komendaripada pelajar melalui AES menyatakan mereka sangat berpuas hati sekiranya pensyarah atau pengajar dapatmenggunakan pendekatan IT di dalam kelas. Ini disebabkan oleh persembahan yang berwarna warni dan penuh emosibukan sahaja dapat membantu penghayatan pelajar, bahkan juga cara penyampaian pensyarah menjadi lebih yakin danbersemangat.

Menurut Hawa binti Rahmat, Rohaidah Mashudi dan Noor Watee Rahman (2008), dalam artikel yang bertajuk‘Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui IT di Peringkat Universiti’, hasil daripada pemerhatian dan temubual ke atas pensyarah yang tidak mengkhusus di dalam bidang IT juga turut memberikan reaksi yang positif (70 peratus)terhadap kemahiran mereka mengendalikan komputer, aplikasi komputer dan internet. Para pensyarah boleh memuatnaik nota mereka ke dalam MMLS sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan khidmat juruteknik atau pensyarah komputeruntuk memuat naik nota-nota mereka. Nota-nota tersebut bukan hanya dalam bentuk Ms words bahkan jugamenggunakan perisian terkini seperti flash. Dengan kemudahan MMLS juga mereka boleh berbual melalui chat roomdengan pelajar dan memuat naik markah.

Dalam jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and Computing Experience of Professional AccountingStudents’ oleh Ming Ling Lai (2008), Wallace (1999) melihat kesan teknologi kepada para pelajar iaitu mereka tidak perluberatur di bilik pensyarah atau merasa kecewa pensyarah yang ditunggu tiada di bilik. Ini berikutan 80 peratusmemberikan respon positif ke atas kecanggihan IT pada masa sekarang yang membantu para pelajar menggunakantalian komunikasi sebagai alat hubungan untuk mendapatkan informasi mengenai pembelajaran mereka. Sebagai contohkhidmat General Packet Radio Service (GPRS) membolehkan pelajar menerima data seperti gambar, email, penggunaanInternet dan Intranet.

Menurut Suryanti Awang (2008), dalam jurnal yang bertajuk ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’, kaedahpembelajaran e-Pembelajaran memberikan beberapa impak kepada keberkesanan dalam penyampaian ilmu danmaklumat kepada pengguna. Antara kesan yang positif dari kaedah pembelajaran ini ialah penjimatan masa, lokasi dankos, capaian maklumat yang tidak terhad disebabkan maklumat yang di arkibkan serta mempunyai potensi tinggi untukmeningkatkan bilangan pelajar apabila ia di sebarkan melalui Internet. Pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalandalam mengaplikasikan e-Pembelajaran selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik IT.Kebanyakan universiti terutamanya Universiti Multimedia menggunakan e-Pembelajaran sebagai satu kaedahpembelajaran di mana semua maklumat berkaitan pembelajaran dimasukkan ke dalam e-Pembelajaran bagimemudahkan pelajar mencapai maklumat yang diperlukan sama ada nota, tutorial ataupun mendapatkan markah.

Bates (1997) dalam jurnal ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’ oleh Suryanti Awang (2008) pula percayaterdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Institusi Pendidikan Tinggi, antaranyatermasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kospendidikan serta membaiki kos efektif bagi pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam bidangpendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, institut atau kampusnya,kelompok dan juga masyarakatnya.

2.2 KesimpulanBerdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan bahawa aspek pengurusan,pengetahuan, kemahiran dan teknologi adalah faktor-faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan

Page 7: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan dikalangan pelajar Program Kemahiran Hidup. Maka, pengkaji terdorong untuk mengadakan kajian terhadap empat faktortersebut ke atas pelajar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris bagimemastikan faktor-faktor tersebut mempunyai hubungan signifikan yang amat positif dengan keberkesanan penggunaanTMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

PengenalanMetodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud & Faizah Ahmad (2002), merupakan suatu kajianyang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumatmelibatkan proses yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang, rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalanmenggunakan kaedah pengumpulan data secara efisien akan menghasilkan maklumat yang kurang relevan serta akanmeningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan. Sehubungan itu, bab ini akan membincangkan reka bentuk untukkajian yang telah dijalankan, populasi dan sampel yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan, instrumen kajian yangtelah digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian ini serta penganalisisan data iaitu bagaimanadata dianalisis selepas kerja lapangan dijalankan.

3.1 Reka Bentuk KajianReka bentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untukmenyelesaikan masalah. Khususnya, rekabentuk sesuatu penyelidikan membincangkan bagaimana untuk mencapaisesuatu objektif penyelidikan. Rekabentuk merupakan keseluruhan rangka projek penyelidikan yang menyatakan apakahcorak jenis kajian yang hendak dilaksanakan, jenis maklumat yang perlu dikumpul, daripada mana sumber maklumatboleh didapati dan dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi. Sekiranya penyelidikan direkabentuk dengan berhati-hati, reka bentuk akan memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah sesuai dengan persoalan masalah yangingin diselesaikan. Di samping itu, maklumat yang dikumpul akan diperolehi dengan kaedah yang paling berkesan (Mohd.Majid Konting, 2005). Reka bentuk kajian ini dibuat dengan cara mengumpulkan maklumat atau data-data tentangpenggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajarProgram Kemahiran Hidup.

Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif dan mempunyai kebolehpercayaandan kesahan yang merujuk kepada ketekalan maklumat yang diperolehi daripada responden. Selain itu, kaedah ini jugalebih cepat dari segi masa pengutipan data serta penyiapan tinjauan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkajimenggunakan kaedah tinjauan dan deskriptif. Kaedah tinjauan adalah satu cara yang spesifik untuk mengumpulkanmaklumat mengenai populasi. Kaedah tinjauan sering dijalankan dalam penyelidikan pendidikan. Dua jenis tinjauan yangpenting dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti (Mohd. Majid Konting,2000). Kaedah tinjauan digunakan kerana kajian ini memfokus kepada pemboleh ubah yang dianggap boleh diukur.Selain itu, data yang akan perolehi adalah bersifat empirikal. Melalui kaedah tinjauan, dengan melibatkan sekumpulanelemen yang kecil dan terperinci, maka maklumat yang banyak boleh dikumpul dan direkodkan.

Walau bagaimanapun data yang lengkap atau mendalam jarang sekali dapat dihasilkan namun data yang dikumpulkanadalah tepat. Strategi tinjauan ini juga sesuai digunakan kerana penyelidikan yang dijalankan ini hanyalah untuk membuatkenyataan umum tentang sesuatu populasi (Mohamad Najib Ghaffar, 1999). Justeru, pengkaji menyelaraskan tekniktinjauan terlebih dahulu untuk menentukan cara dan alat penyelidikan yang sesuai dengan praktikal dengan mengambilkira beberapa kriteria seperti faktor masa, kos dan peraturan-peraturan organisasi tempat kajian dijalankan.

Penyelidikan deskriptif pula merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yangsedang berlaku. Bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, kaedah deskriptifdigunakan. Seringkali juga penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurangdikaji. Sekiranya penyelidikan bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang, penyelidikan yang dijalankan adalahberbentuk penerokaan. Kaedah penyelidikan deskriptif tidak memerlukan usaha mengawal sesuatu olahan. Ini adalahkerana penyelidikan tidak menentukan terlebih dahulu faktor-faktor yang mendatangkan kesan ke atas sesuatu peristiwa(Mohd Majid Konting, 1993:96).

Sungguhpun setiap penyelidikan akan menentukan teknik masing-masing, secara umumnya boleh dibezakan antarateknik yang dipilih oleh penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif. Dalam penyelidikan ini borang soal selidikdigunakan telah digunakan untuk mengambilkira keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalamkursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup yang mana ia menjuruskepada objektif kajian ini. Amir Hasan Dawi (2006), berpendapat teknik menggunakan borang soal selidik mempunyaikelebihan dan kekurangan. Teknik soal selidik dapat merangkumi jumlah sampel yang ramai, lebih cepat dan sesuai untuksoalan-soalan yang sensitif. Namun penyediaan soalan-soalan mungkin memakan masa, tidak dapat mencungkil datasecara mendalam dan kemungkinan sampel tidak mengisi borang soal selidik berkenaan.

3.2 Populasi Dan PersampelanSebelum memilih sampel, populasi kajian ditentukan terlebih dahulu. Populasi ialah satu kumpulan perkara yangmengandungi unsur, objek, individu atau ciri-ciri yang dipertimbangkan dalam suatu kajian yang ingin di ambil olehpenyelidik (Azhar Harun dan Nawi Abdullah, 2004:52). Dalam kajian ini pengkaji telah memilih kaedah persampelan rawakmudah (Simple Random Sampling). Dalam kaedah ini kebiasaannya dengan menggunakan nombor rawak atau angkarawak sama ada bercetak atau digunakan secara elektronik. Teknik ini dipilih kerana jumlah populasi yang sedikit danmempunyai variasi yang kecil di antara unit-unit dalam populasi. Ini bermakna perbezaan yang terdapat antara ahlidengan ahli yang lain adalah tidak ketara. Oleh itu, mana-mana ahli yang dipilih sebagai sampel mampu mewakili ciri-ciripopulasinya. Tiap-tiap ahli dalam populasi berkenaan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagaisampel.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,Perak. Populasi kajian adalah pelajar yang mengambil kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajarProgram Kemahiran Hidup di universiti tersebut dan sampel kajian terdiri daripada pelajar Program Kemahiran Hidup

Page 8: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's

yang berada dalam semester empat yang pernah mengambil kursus Simpankira / Pendidikan Perakauan. Saiz sampelbagi kajian ini adalah 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dalam semester yang dinyatakan. Maka, jumlahkeseluruhan responden dalam kajian ini ialah 60 orang pelajar dari Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursusSimpankira / Pendidikan Perakaunan.

3.3 Instrumen PenyelidikanInstrumen penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan soal selidik yang ditadbirkan kepada 60 orangpelajar Program Kemahiran Hidup yang mendaftar kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di Universiti PendidikanSultan Idris. Sebanyak 60 set soal selidik diedarkan kepada responden. Soal selidik merupakan alat untuk mengumpuldata bagi penyelidik sains sosial. Soal selidik sebenarnya tidak lebih daripada satu borang yang dibentuk khusus untukmengisi maklumat yang diberikan oleh setiap responden dalam temu bual (Ahmad Mahdzan Ayob, 2005). Bagi satu-satukajian, satu soal selidik yang sama hendaklah digunakan untuk semua responden. Ini bagi memastikan keseragamandalam jawapan yang diberikan. Keseragaman bermaksud semua mereka memberi jawapan yang sama, tetapi jawapan itudiletakkan di ruang yang sama bagi membolehkan pemprosesan data melalui komputer. Soalan itu juga dikemukakanmengikut urutan yang sama (Ahmad Mahdzan Ayob, 2005).

Dalam kajian ini, soal selidik yang dibuat adalah diambil daripada soalan-soalan yang terdapat di dalam jurnal dan kajianyang dikaji oleh pengkaji. Soal selidik tersebut terdiri daripada empat bahagian. Bahagian A mengandungi maklumatresponden yang terdiri daripada 4 soalan yang berbentuk nominal iaitu yang berkaitan diri responden mengikut jantinadan opsyen. Bahagian B, C dan D ialah soal selidik berkenaan empat faktor yang diandaikan oleh pengkaji yang dapatmempengaruhi keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajarankursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajar Program Kemahiran Hidup seperti pengurusan,pengetahuan, kemahiran dan teknologi.

Bahagian B soal selidik ialah bagi faktor yang pertama iaitu pengurusan oleh fakulti dalam meningkatkan keberkesananpenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan pelajar Progaram Kemahiran Hidup. Bahagian ini adalahsoalan berbentuk ‘checklist’ di mana pelajar dikehendaki memberikan jawapan sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi setiappernyataan yang telah diberikan. Bahagian C pula adalah soalan-soalan berkaitan faktor kemahiran dan pengetahuan. Dibahagian ini pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan kemahiran dan pengetahuan para pensyarah serta pelajarterhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini. Dalam kajian soal selidik bahagian C inipengkaji menggunakan kod skala Likert, dan sebagai contoh respon yang disediakan ialah :

Sila bulatkan nombor jawapan. Pilihan anda mengikut skala berikut sekiranya anda:

Sangattidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju1 2 3 4 5

Jadual 1 : Kod skala likert

Akhir sekali, dalam bahagian D terdapat 14 soalan yang berkisarkan faktor teknologi. Di bahagian ini responden perlumembuat pilihan berdasarkan penyataan yang diberikan sama ada teknologi menjadi penghalang atau tidak kepadamereka untuk menggunakan TMK.

3.4 Kaedah Analisis DataBagi kaedah analisis data ia bermula di mana borang soal selidik akan diedarkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Sebelum memulakan analisis, borang-borang soal selidik akanditapis dahulu bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah tepat dan menjawab persoalan kajian.Untuk soal selidik, data-data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis secara prosedur statistik deskriptif. Skor-skormentah akan dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk menentukan keberkesananpenggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Simpankira / Pendidikan Perakaunan di kalangan pelajarProgram Kemahiran Hidup.

3.5 Prosedur KajianProsedur kajian ialah langkah-langkah kajian yang perlu diambil oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian dari awalhingga kajian berakhir. Ini termasuklah menyediakan cadangan penyelidikan, melaksanakan modul dan menganalisis dataserta menyediakan laporan akhir penyelidikan. Segala prosedurnya perlu diperjelaskan secara terperinci dan satupersatu. Untuk menjalankan kajian ini, prosedur-prosedur kajian adalah seperti berikut:i. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan iaitu proposal.ii. Mengenal pasti masalah dan menyatakan objektifiii. Mencadangkan hipotesisiv. Menyediakan instrumen kajianv. Memproses dan menganalisis data yang melibatkan pemprosesan maklumat daripada soal selidik yang diedarkan.vi. Menulis laporan akhir kajian.

3.6 KesimpulanSecara keseluruhannya pengkaji menjelaskan tentang kaedah penyelidikan yang digunakan dari segi reka bentuk kajian,pemilihan populasi dan sampel, instrumen penyelidikan, kaedah menganalisis data dan prosedur kajian. Semua kaedahini dilakukan secara berturutan bagi memudahkan pengkaji mencapai objektif kajian ini.

Filed under CONTOH PENYELIDIKAN and tagged penyelidikan | Leave a comment

smkrmmTEn's Blog at WordPress.com. The Matala Theme.

Page 9: CONTOH PENYELIDIKAN | smkrmmTEn's