contoh minit mesyuarat laporan aset sekolah kali-3 2012

5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL GERIK 33300 GERIK, PERAK MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA SEKOLAH Bil 3/2012 Tarikh : 08/10/2012 Tempat : Pusat sumber Sekolah Masa : 2.00 petang Pengerusi : En. Vijeya Raj A/L Maniyan Kehadiran 1. J Balachandran a/l Jayaram Guru Kanan Pentadbiran 2. Kuganathan a/l Pathmanathan Ketua Panitia Sains 3. Mangleshwary a/p Krishnan Ketua Panitia Sivik 4. Balraj a/l Pusparajah Ketua Panitia Muzik 5. Punitha a/p Muniandy Ketua Panitia Bahasa Melayu 6. Vijeya Raj a/l Maniyan Ketua Panitia Matematik 7. Salkiah Bt Mazlan Ketua Panitia Bahasa Inggeris 8. Shamani a/p Appalasamy Ketua Panitia Pendidikan Moral Turut Hadir 9. Pn.Selvarani a/p Muniandy PJK (Guru Besar)

Upload: mohd-sayuti

Post on 21-Jan-2016

6.101 views

Category:

Documents


103 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Minit Mesyuarat Laporan Aset Sekolah Kali-3 2012

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL GERIK

33300 GERIK, PERAK

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA SEKOLAH

Bil 3/2012

Tarikh : 08/10/2012

Tempat : Pusat sumber Sekolah

Masa : 2.00 petang

Pengerusi : En. Vijeya Raj A/L Maniyan

Kehadiran

1. J Balachandran a/l Jayaram Guru Kanan Pentadbiran2. Kuganathan a/l Pathmanathan Ketua Panitia Sains3. Mangleshwary a/p Krishnan Ketua Panitia Sivik4. Balraj a/l Pusparajah Ketua Panitia Muzik 5. Punitha a/p Muniandy Ketua Panitia Bahasa Melayu6. Vijeya Raj a/l Maniyan Ketua Panitia Matematik7. Salkiah Bt Mazlan Ketua Panitia Bahasa Inggeris8. Shamani a/p Appalasamy Ketua Panitia Pendidikan Moral

Turut Hadir

9. Pn.Selvarani a/p Muniandy PJK (Guru Besar)

Page 2: Contoh Minit Mesyuarat Laporan Aset Sekolah Kali-3 2012

1.0 UCAPAN PENGERUSIPengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Pertama Bil. 3/2012.

2.0 MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALUMinit mesyuarat disahkan oleh Cik. Mangleshwary a/p Krishnan dan disokong oleh Cik. Punitha a/p Muniandy.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 KEW.PA-4 DAN KEW.PA 5Tindakan menyelaraskan pergerakan aset dan penempatan aset harus dikemaskini. Ramai guru sugar memastikan pergerakan aset dari satu tempat ke tempat lain. Pengemaskinian senarai aset perlu disegerakan supaya senerai rekod tidak tercicir.

Tindakan : Pegawai Aset

4.0 MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Pendaftaran AsetSemua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3. Tindakan susulan Unit Pengurusan Aset Sekolah ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima aset berkenaan. Harta Perolehan yang terbaharu adalah Notebook Dell Inspiron N4050. ( Rujuk lampiran KEW.PA 4 dan KEW.PA 8)

4.2 Penyelenggaran AsetUnit Pengurusan Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Pengurusan Aset Sekolah tiada menerima aduan kerosakan dari guru dan kakitangan sekolah.

4.3 Kehilangan Dan Hapus Kira

(Tiada)

5.0 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Sehingga kini tiada rekod selepas melakukan pemeriksaan aset alih kerajaan oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan Sekolah En. J Balachandran A/L Jayaram. Segala aset sekolah disimpan dengan baik.

5.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

(Tiada)

Page 3: Contoh Minit Mesyuarat Laporan Aset Sekolah Kali-3 2012

Makluman

6.0 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB

(Tiada)Makluman

7.0 MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Guru-guru yang bertanggungjawab perlu memastikan segala aset alih kerajaan direkodkan sebelum didaftar dan diguna. Kelegaan merekod pengurusan aset alih kerajaan menyebabkan data tercicir dan kesukaran merekod data yang baharu. Sebarang masalah dalam merekod pengurusan aset alih kerajaan akan dibantu oleh dua orang guru En.Kuganathan a/l Pathmanathan dan Pn. Salkiah Bt Mazlan yang ditugaskan sebagai pembantu pegawai.

Makluman

8.0 SISTEM MYSPATA

Pengerusi menerangkan tentang penggunaan sistem terbaru yang digunakan olah Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sistem bagi pendaftaran daftar aset khusus (DAK) sistem MySPATA. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang meluaskan penggunaan sistem mySPATA bagi pendaftaran Data Aset Khusus (DAK) setelah pihak Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) memutuskan setiap kementerian perlu menyelesaikan data-data tersebut menjelang Jun 2012. Pihak PPD Hulu Perak telah mengadakan Taklimat Training of Trainer (TOT) Sekolah bagi mendaftar sistem tersebut. Katalaluan serta nama ID sekolah diberikan pada taklimat tersebut. (lampiran laporan data diselit bersama).

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Pergerakan Aset Alih KerajaanSetiap pergerakan aset alih kerajaan di perkhidmatan perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah untuk tujuan pemantauan. Guru-guru yang menggunakan aset alih sekolah perlu merekod pada KEW.PA 6 supaya pergerakan harta modal dan inventori dapat didaftar.

Makluman : Semua Guru

Page 4: Contoh Minit Mesyuarat Laporan Aset Sekolah Kali-3 2012

9.2 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset

Unit Pengurusan Aset Sekolah akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.

Tindakan : Guru-guru

9.4 Penempatan AsetSemua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah dengan segera.

Makluman

9.5 Pelabelan AsetUnit Pengurusan Aset Sekolah perlu menyediakan sistem pelabelan yang sistematik supaya harta aset sekolah tidak dicicir dan tiada rekod. Ini bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset sekolah semua warga sekolah.

Tindakan : Guru-Guru

9.6 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset KerajaanSemua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset perlu diberikan penerangan lebih khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset sekolah.

Tindakan : Unit Pengurusan Aset Sekolah

9.7 Taklimat Pengurusan AsetAdalah dimaklum bahawa 2 orang peserta iaitu En.Vijeya Raj a/l Maniyan (Guru Aset Sekolah) dan En. J Balachandran A/L Jayaram ( Lembaga Pemeriksa Pelupusan) akan menghadiri Taklimat Pengurusan Aset pada 11.10.2012. Guru-guru tersebut perlu membawa dokumen seperti berikut bersama:-(i) Salinan KEW.PA 1 hingga 33 yang telah kemaskini.(ii) Salinan KEW.PA 1 hingga 33 yang kosong

Tindakan : Guru Aset dan Lembaga Pemeriksa Pelupusan

10.0 PENUTUP

Page 5: Contoh Minit Mesyuarat Laporan Aset Sekolah Kali-3 2012

Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat ditagguhkan pada pukul 3.30petang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

--------------------------- ----------------------------------(VIJEYA RAJ A/L MANIYAN) (PN.SELVARANI A/P MUNIANDY)

SETIAUSAHA GURU BESARASET/ALIH HARTA SEKOLAH SJK (T) GERIK