teknik kencangkan jualan - writetowealth.mywritetowealth.my/wtw0604/tkc-laporan.pdf · (khas untuk...

14
www.writetowealth.my

Upload: ngonhan

Post on 07-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

www.writetowealth.my

HALAL Cetak Rompak

(Khas Untuk Sebaran Percuma)

Write to Wealth, tim yang menghasilkan ebook ini secara rasmi

menyatakan, bahawa ebook ini sah dan halal untuk diedarkan

secara percuma kepada orang ramai.

Ini bermakna, tuan puan boleh kongsikan ebook ini di:

• Facebook.

• Blog milik sendiri.

• Forum.

• Hari Raya Aidilfitri (Ketika sedang berjumpa rakan-rakan,

keluarga dan saudara mara).

• ... Apa sahaja medium yang ada.

Buku ini tujuannya untuk mendidik masyarakat Malaysia untuk jadi

bijak, cekap dan pantas dalam menghasilkan mesin-mesin duit

menerusi perkataan.

Jika ebook ini tidak berjaya buatkan tuan puan puas hati, dan

langsung tidak berikan sebarang manfaat, maka kalian berhak

untuk abaikan terus jenama Write to Wealth. Buat selama-

lamanya.

Saudara Adalah Aset Emas Kami

Kerana kami percaya kami tidak layak untuk berdakwah dalam

bisnes, sekiranya ilmu-ilmu yang disebarkan tidak memberikan

manfaat.

Semoga Allah terus menerus membahagiakan hati kita semua.

Semoga Allah terus menerus deraskan rezeki kita semua.

Aqif Azizan

CEO & Copywriter

www.writetowealth.my

Aqif Azizan - Penulis Jutawan

Muhammad Aqif bin Azizan atau lebih sinonim sebagai "Aqif

Azizan" adalah anak muda yang lahir di Kuala Lumpur pada tahun

1990.

Merupakan seorang copywriter, penulis buku dan juga jurulatih

penulisan bisnes. Penulis jutawan merujuk kepada "Jutawan

Perkataan."

Berpengalaman selama 5 tahun hidup dengan perkataan dan

penulisan.

Simboliknya nama Aqif Azizan adalah beliau bertanggungjawab

untuk membantu bisnes-bisnes bagi menukarkan setiap perkataan

menjadi mesin duit.

Aqif Azizan sudah bekerjasama dengan beberapa buah syarikat

dari pelbagai skala. Iaitu syarikat kecil, medium sehingga syarikat

gergasi yang sudah mengaut pulangan untung puluhan juta setiap

tahun.

Beliau juga adalah pengasas jenama Write to Wealth. Sebuah

jenama yang mendidik usahawan untuk jadi lebih bijak, dalam

strategi copywriting berimpak besar.

Aqif Azizan juga penulis buku bersama "Mentor Pemasaran No. 1

Asia" iaitu Dr. Azizan Osman dalam topik motivasi, pemasaran dan

pembangunan bisnes.

Antara judul-judul buku beliau adalah:

1. Buat Duit Dengan Freelance Blogging.

2. Inspirasi Kaya & Berjaya - Siri 1.

3. Inspirasi Kaya & Berjaya - Siri 2.

4. Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan.

5. Kuasai Perniagaan Dengan SEO.

Sehingga hari ini, beliau telah melatih ratusan masyarakat

Malaysia untuk memahami strategi penulisan buku yang

berpengaruh, dan teknik untuk memikat pelanggan dengan

perkataan serta penulisan.

Maklumat lanjut dan dalami strategi penulisan 100% percuma?

Klik laman web di bawah:

http://www.writetowealth.my

Agenda Ayat Beracun

Ini bukan laporan percuma seperti laporan-laporan "buang masa"

yang lain.

Apabila hadam keseluruhan laporan ini, kita ibarat mempunyai

kemahiran untuk membina jentera-jentera perkataan yang dapat

menghasilkan duit lumayan ke dalam bisnes.

Apa yang dikongsikan dalam laporan ini, adalah apa yang berlaku

apabila sebuah syarikat kecil yang statusnya bertukar, "Dari kecil

menjadi gergasi."

Lebih spesifik, ini yang berlaku:

• Jualan syarikat itu (produk kesihatan) hanya RM10,000

setahun.

• Selepas faham, hadam dan praktik teknik yang dikongsikan,

syarikatnya menjana jualan kasar sebanyak RM3,300,000

(Ya, RM3.3 juta) kurang 12 bulan.

Semuanya berlaku apabila kita faham bagaimana untuk

menggunakan perkataan-perkataan yang MAHAL dan LAKU di

mata pelanggan.

Boleh abaikan laporan ini jika kita adalah seorang jutawan, multi-

jutawan atau bilionair yang sudah mempunyai sistem pemasaran

yang bagus dan menghasilkan duit berkali-kali.

Laporan ini dihasilkan untuk membantu mendidik lebih ramai

pemilik bisnes, supaya ekonomi bisnes terus maju, maju, dan

terus maju ke hadapan setiap 24 jam.

Baca muka surat seterusnya untuk dapatkan skil yang pertama.

Iaitu skil hasilkan iklan yang bersifat PSIKO PELANGGAN.

Indeks Trauma

(Ghaibkan Mimpi Ngeri Pelanggan)

Indeks trauma adalah gelaran yang sesuai untuk membantu

pemilik bisnes di Malaysia faham, tentang psikologi si pelanggan.

Tujuannya?

Supaya dapat banyak duit. Supaya semua pelanggan yang bagi

duit suka dan akrab dengan bisnes kita.

Dalam mana-mana bisnes dalam muka bumi ini, semuanya ada

indeks trauma yang sendiri.

Termasuk ketika saudara dan saudari muat turun ebook ini.

Contoh Mimpi Ngeri

Antara mimpi ngeri yang muncul dalam diri kita sebelum tekan

download adalah seperti berikut:

• "Aku takut laporan percuma ini hanya cerita benda yang

sama macam orang lain."

• "Semua laporan percuma ini hanya mahu jual produk."

• "Selepas baca laporan percuma, aku takut tertanya-tanya

langkah seterusnya."

Sebagai pemilik bisnes, apabila kita berjaya menangani indeks-

indeks trauma di atas, maka peluang kita untuk buat duit lebih

dekat.

... Sebagai contoh, kita mahu tangani indeks trauma skrip pertama

iaitu:

"Aku takut laporan percuma ini hanya cerita benda yang sama

macam orang lain."

Cara menangani indeks trauma ini adalah:

"Jika tuan sudah muat turun laporan percuma ini, dan dapati

maklumatnya sama seperti maklumat yang pernah tuan baca

sebelum ini, sila hubungi kami di XXX untuk dapatkan wang

pampasan RMXX."

Belum habis lagi. Mari tambah perisa.

"Wang pampasan ini sebagai tanda kami menghargai pelaburan

masa tuan untuk menelaah laporan percuma ini. Kami tidak mahu

masa tuan dibazirkan begitu sahaja."

Boom. Selesai. Pelanggan suka dan terus tekan download serta

merta tanpa ragu-ragu.

Musnahkan Indeks Trauma Pelanggan

Kerana mereka sedar dan yakin, tidak ada ruginya download

laporan percuma ini.

Jika suka, mereka boleh simpan dan praktik. Jika benci, mereka

dapat habuan dan pampasan bernilai XX.

Jadi, apa yang kita boleh aplikasikan?

1. Kenal pasti indeks trauma pelanggan.

2. Tulis ayat tawaran yang dapat musnahkan indeks trauma.

3. Penting untuk ayat tawaran itu mengandungi habuan-

habuan yang dapat membuatkan pelanggan berkata, "Aku

tidak akan rugi mencuba!"

Cipta Iklan Psiko

(A.k.a Pattern Interruption)

Pertama, kita kaji iklan-iklan yang berada dalam lingkungan

majoriti (semua orang buat iklan yang hampir sama).

Kedua, kita bermain-main dengan elemen tertentu seperti warna,

teks, saiz, aset imej dan multimedia untuk mencipta iklan yang

lebih strategik.

Skil ini dipanggil sebagai pattern interruption.

Ketiga, lancarkan iklan dan buat split testing.

Contoh:

• Apabila semua iklan menggunakan saiz penuh, kita boleh

gunakan iklan yang bersaiz separuh sahaja.

• Apabila semua iklan menggunakan border (garisan) warna

merah, kita boleh gunakan border warna hijau pekat atau

warna lain.

• Apabila semua iklan menggunakan gambar manusia, kita

boleh gunakan gambar haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

• Ketika semua iklan menggunakan gambar orang ramai, kita

gunakan gambar peribadi (gambar seorang diri).

• Ketika semua iklan menggunakan warna, kita gunakan iklan

hitam putih.

Suka Laporan Ini? Sebarkan Virus Baik

Terima kasih kerana baca laporan ini. Semoga dua teknik mudah

ini berjaya membuatkan bisnes kita menyerap duit dari pelanggan

berkali-kali dengan cara yang:

• Sopan.

• Berpengaruh.

• Disukai si pelanggan.

Sekiranya mahu dapatkan lagi banyak teknik jualan berpengaruh,

berkesan dan mudah dipraktikkan, ebook di bawah dapat

membantu:

Oopps. Mohon rujuk muka surat seterusnya. Terima kasih.

Mudahnya Jual Produk Kurang 7 Saat

"Dalam masa 24 jam, jualan saya meningkat lebih RM1,000

ekstra. Kemudian terus meningkat. Semuanya berlaku selepas

saya amalkan teknik dalam ebook ini."

Kuota muat turun ebook adalah TERHAD.

... Mungkin jualan ebook SUDAH TUTUP ketika ini. Tuan puan

boleh layari laman web di bawah untuk lihat status ebook ini.

http://www.writetowealth.my/teknik-jual-berkesan

Jika ruang download masih dibuka, maka bertindak sekarang.

Setiap download dilindungi oleh INSURANS ILMU.