contoh laporan kertas kerja

18
AZLINA BT. HAJI ALAUDDIN SMK Perempuan Methodist Kuantan, Pahang Darul Maklmur Guru Cemerlang Bahasa Melayu Merupakan Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Daerah Kuantan, Pahang. Jurulatih Utama (JU) Kursus Penghayatan Komsas negeri Pahng dan Zon Timur. Penyampai seminar teknik menjawab soalan Bahasa Melayu PMR dan Kesusasteraan Melayu SPM sekolah-sekolah di peringkat daerah. Mengajar subjek Bahasa Melayu sejak tahun 1999 hingga sekarang. TEKNIK AKAS INGAT KOMSAS : NOVEL Kertas kerja ini mengesyorkan beberapa pendekatan pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan tahap pemahaman dan mengingat fakta bagi murid . Aspek pemahaman dan teknik mudah mengingat fakta merupakan asas pembelajaran yang berjaya. Pembelajaran yang menarik dan berkesan bukan hanya mampu menarik minat murid untuk belajar tetapi lebih daripada itu mampu memberi input dalam usaha membangunkan modal insan yang dicita-citakan. Kegagalan guru mencari fomula yang berkesan dengan tahap kognitif murid hanya akan membantutkan sistem pendidikan dan objektif yang dirancang pasti tidak dapat dicapai. Dalam konteks pengajaran Komsas, pendekatan dan teknik yang relevan dan efektif amat penting agar murid mudah memahami dan mengingat jalan cerita. Hal ini amat penting kerana Komsas dilihat sebagai medium untuk memberi makanan rohani kepada para pelajar dalam usaha melahirkan modal insan yang bersahsiah cemerlang. Oleh itu demi memenuhi usaha ini, pendekatan seperti dalam kertas kerja ini telah saya laksanakan di dalam bilik

Upload: bung-ajaque

Post on 20-May-2017

255 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Laporan Kertas Kerja

AZLINA BT. HAJI ALAUDDINSMK Perempuan Methodist Kuantan,Pahang Darul MaklmurGuru Cemerlang Bahasa Melayu

Merupakan Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Daerah Kuantan, Pahang. Jurulatih Utama (JU) Kursus Penghayatan Komsas negeri Pahng dan Zon Timur. Penyampai seminar teknik menjawab soalan Bahasa Melayu PMR dan Kesusasteraan Melayu SPM sekolah-sekolah di peringkat daerah. Mengajar subjek Bahasa Melayu sejak tahun 1999 hingga sekarang.

TEKNIK AKAS INGAT KOMSAS : NOVEL

Kertas kerja ini mengesyorkan beberapa pendekatan pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan tahap pemahaman dan mengingat fakta bagi murid . Aspek pemahaman dan teknik mudah mengingat fakta merupakan asas pembelajaran yang berjaya. Pembelajaran yang menarik dan berkesan bukan hanya mampu menarik minat murid untuk belajar tetapi lebih daripada itu mampu memberi input dalam usaha membangunkan modal insan yang dicita-citakan. Kegagalan guru mencari fomula yang berkesan dengan tahap kognitif murid hanya akan membantutkan sistem pendidikan dan objektif yang dirancang pasti tidak dapat dicapai. Dalam konteks pengajaran Komsas, pendekatan dan teknik yang relevan dan efektif amat penting agar murid mudah memahami dan mengingat jalan cerita. Hal ini amat penting kerana Komsas dilihat sebagai medium untuk memberi makanan rohani kepada para pelajar dalam usaha melahirkan modal insan yang bersahsiah cemerlang. Oleh itu demi memenuhi usaha ini, pendekatan seperti dalam kertas kerja ini telah saya laksanakan di dalam bilik darjah. Pendekatan ini sesuai untuk murid-murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Page 2: Contoh Laporan Kertas Kerja

TEKNIK AKAS INGAT KOMSAS : NOVEL

Azlina Bt. Haji AlauddinSMK Perempuan Methodist , Kuantan

25000 Jalan Gambut, Kuantan, Pahang Darul Makmur

1.0 Pengenalan

Tugas utama guru Bahasa Malayu ialah meningkatkan kecekapan murid dalam kemahiran-kemahiran

bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Untuk memenuhi tugas ini proses pengajaran

dan pembelajaran perlu berjalan dengan lancar dan berkesan. Keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas dipengaruhi oleh beberapa komponen iaitu guru, murid, persekitaran dan

bahan bantu mengajar. Namun, guru dilihat sebagai pemudah cara yang memainkan peranan penting

dalam menentukan murid menguasai kemahiran tersebut. Teknik dan kaedah yang diaplikasikan oleh

guru merupakan medium yang penting kearah mencapai objektik pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu

kaedah pengajaran yang menarik dan berkesan amat penting dalam pengajaran subjek bahasa Melayu.

Suhubungan itu, Kementerian Pelajaran telah memasukkan eleman Komponen Sastera (KOMSAS )

dalam sukatan pelajaran sekolah menengah dengan harapan murid-murid akan tertarik untuk membaca

bahan bacaan yang disediakan dan dalam masa yang sama dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada

para murid. Malangnya hal ini dipandang sebagai satu beban oleh murid-murid kerana merasa terpaksa

membaca lebih banyak buku. Kesannya, mata pelajaran bahasa Melayu kurang diminati oleh murid dan

guru gagal memberi komitmen yang sewajarnya.

2.0 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

Masalah pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam Bahasa Melayu timbul apabila pihak guru gagal

menggunakan teknik dan kaedah yang mudah dan berkesan ketika mengajar Komsas. Kegagalan ini

kemungkinan besar disebabkan guru tidak mempunyai pengetahuan yang cukup, kurang kreatif dan terlalu

Page 3: Contoh Laporan Kertas Kerja

berorientasikan peperiksaan. Apabila fenomena ini berlaku, objektif pengajaran yang dirancang tidak akan

tercapai. Murid-murid pula akan melihat subjek bahasa Melayu sebagai subjek yang membosankan dan

membebankan mereka.

3.0 Apakah Maksud Teknik

Secara istilahnya, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka peerkataan ‘teknik’ didefinisikan sebagai

kaedah mencipta sesuatu hasil seni. Dalam konteks Teknik dalam Pengajaran Bahasa Melayu membawa

maksud satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah (Kamarudin Haji

Husin, 1990). Pemilihan dan pelaksanaan teknik yang sesuai dalam pengajaran dapat meninggalkan

impak yang positif terhadap hasil pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini berkait rapat dengan

objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru.

4.0 Kepentingan Guru Sebagai Pelaksana

Keberkesanan sesuatu teknik yang diaplikasikan bergantung kepada kemampuan guru memainkan

peranan mereka di dalam bilik darjah. Menurut Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid, 1998 , Satu aspek

pengurusan bilik darjah yang mencabar kecekapan profesionalisme guru ialah aspek kebolehan guru

dalam mencorakkan perkembangan murid. Guru yang cekap dan cemerlang mempamerkan kebolehan

yang tinggi dalam mencorakkan iklim bilik darjah.

Koh Boh Boon, (1989) pula berpendapat jika guru mempunyai hanya pengetahuan isi dan kurang

cekap dalam pengajaran, maka dia tidak akan menjadi guru Bahasa Melayu yang berkesan.

Kesimpulannya dua elemen penting yang menjadi pendokong kepada pengajaran dan pembelajaran

yang menarik dan berkesan ialah teknik pengajaran dan guru sebagai agen pelaksana.

5.0 Konsep Teknik Akas Ingat Komsas

Teknik Akas Ingat Komsas merupakan teknik yang akan mengurangkan beban murid untuk mengingat

terlalu banyak fakta. Teknik ini sesuai diaplikasikan bagi semua tahap pencapaian. Melalui teknik ini

murid akan dapat meminimakan fakta untuk diingat bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan. Hal ini

akan mengurangkan perasaan terbeban murid-murid dan murid-murid dapat menikmati karya sastera

yang dibaca. Dalam masa yang sama objektif pengajaran guru turut tercapai.

Page 4: Contoh Laporan Kertas Kerja

5.1 Teknik Akas Ingat Komsas

Teknik Akas Ingat Komsas merupakan satu bentuk pengajaran yang sesuai dijalankan di bilik

darjah. Teknik ini dapat mengatasi beberapa masalah murid-murid dalam pembelajaran komsas

khususnya bagi genre novel. Antaranya ialah ;

a) Dapat mengatasi masalah lupa urutan atau jalan cerita yang telah dibaca terutama bagi

novel yang telah dibaca pada tahun-tahun sebelumnya.

b) Murid-murid tidak perlu membaca novel-novel yang dikaji secara berulang-ulang terutama

ketika ingin mengkaji aspek sastera.

c) Mengelakkan murid-murid terbeban kerana terpaksa menghafal/mengingat banyak isi dan

contoh peristiwa.

Selain dapat mengatasi masalah-masalah pembelajaran, teknik ini juga mempunyai

beberapa kelebihan/kebaikan dalam membantu murid-murid belajar Komsas.

Antaranya ialah ;

a) Membimbing murid cara bijak belajar.

b) Murid-murid mudah dan cepat mengingat fakta-fakta dan contoh peristiwa.

c) Memberi kemahiran kepada murid menjawab soalan-soalan novel berformat PMR.

Pelaksanaan Teknik Akas Ingat Komsas (novel tingkatan 1 hingga tingkatan 3) - Limpahan

Darah di Sungai Semur (LDSS), Timulak Kapal Perang(TKP) dan Ekspedisi

Teknik ini sangat sesuai dijalankan bagi pengajaran Komsas genre novel. Teknik ini terbahagi kepada

dua peringkat. Bagi peringkat yang pertama sangat sesuai diaplikasikan bermula dari tingkatan satu

dan diteruskan sehingga tingkatan tiga. Manakala peringkat yang kedua menyaring dan menyusun

fakta dan contoh dihasilkan semasa tingkatan tiga.

Peringkat Pertama

a) Menyaring inti pati cerita mengikut urutan dan bab.

b) Guru akan mengajar mengikut bab demi bab. Murid akan membuat urutan cerita dengan

mengesan inti pati cerita dalam bab-bab yang dibaca.

c) Selepas murid menyediakan urutan cerita (individu atau berkumpulan), guru perlu

memurnikan hasil dapatan agar lengkap, mantap dan selaras.

d) Guru memberi soalan-soalan berkaitan aspek sastera merujuk bab tertentu.

e) Soalan-soalan bertujuan untuk memahamkan murid konsep-konsep aspek sastera seperti tema,

persoalan, latar, gaya bahasa, watak dan perwatakan serta nilai dan pengajaran.

Page 5: Contoh Laporan Kertas Kerja

Anggaran tempoh masa peringkat pertama dilaksanakan dalam bilik darjah antara tiga hingga

lima bulan, bergantung kepada tahap prestasi murid yang menjadi sasaran. Contoh hasil murid

yang telah dimurnikan pada peringkat ini adalah seperti berikut.

Urutan Cerita Bab 1

(Ekspedisi)

Ayah Hadi, Pak Salleh duduk di pangkin sambil menunggu kepulangan Hadi. Keinginan Hadi untuk

menyertai ekspedisi telah dibantah oleh ayahnya. Ayah Hadi membantah kerana ayahnya bimbang akan

keselamatan Hadi dan juga kerana ekspedisi tersebut diketuai oleh cikgu Murad, orang yang dibenci oleh

Pak Salleh.

Hadi cuba menjelaskan bahawa ekspedisi itu akan dipandu oleh Pak Musa seorang pesara pegawai hutan

yang mahir akan selok belok hutan tersebut. Mereka turut membawa semua kelengkapan. Pak Salleh naik

marah dengan kedegilan Haadi dan terus keluar meninggalkan rumah. Sebelum itu Pak Salleh member

amaran kepada Hadi agar jangan menyertai ekspedisi tersebut.

Ibu Hadi dating sambil menghidang minum petang. Hadi berbincang dengan ibunya tentang ekspedisi

tersebut. Ibu Hadi turut bercerita kepada Hadi tentang perangai ayahnya yang jarang bercakap dan

pemarah sejak akhir-akhir ini.

Selepas itu Hadi membantu ibunya membasuh pinggan dan mengemas dapur. Kemudian Hadi duduk di

pangkin sambil termenung memikirkan tentang kehidupan keluarganya yang menjadi senang dalam

sekelap mata. Hadi juga tertanya-tanya tentang asal-usul keluarganya.

Page 6: Contoh Laporan Kertas Kerja

Lamunan Hadi terputus apabila ditegur oleh Zarul sahabatnya. Zarul ingin meminjam buku

matematiknya. Hadi memberitahu Zarul bahawa dia tidak dapat menyertai ekspedisi kerana bapanya

tidak memberi kebenaran.

URUTAN CERITA BAB 3

(Ekspedisi)

Hadi bermimpi bahawa ibunya dan ayahnya bergaduh apabila mengetahui dia menyertai ekspedisi

bersama cikgu Murad.

Laungan Hadi yang nyaring mengejutkan cikgu Murad serta rakan-rakannya yang lain. Rupa-rupanya

Hadi sedang mengigau. Dia lantas dikejutkan oleh Pak Musa.

Hadi menceritakan mimpi ngerinya secara jujurnya. Cikgu Murad bertanya mengenai keizinan daripada

bapa Hadi untuk Hadi menyertai ekspedisi. Secara jujur Hadi memberitahu dia menyertai ekspedisi tanpa

kebenaran bapanya tetapi ibunya mengetahui pemergian Hadi.

Semua ahli ekspedisi menyambung tidur mereka kecuali Hadi dan Pak Musa. Pak Musa dan Hadi

berbual-bual. Ketika itu Pak Musa bertanya kepada Hadi perihal keluarganya yang tiba-tiba menjadi kaya

dan Pak Musa turut bertanya mengenai asal-usul ibu bapa Hadi.Namun segala pertanyaan Pak Musa

gagal mendapat jawapan daripada Hadi kerana dia sendiri tidak tahu. Hal ini mengecewakan Pak Musa.

Page 7: Contoh Laporan Kertas Kerja

Selepas menunaikan solat subuh, mereka mengemas tapak perkhemahan lalu mereka meneruskan

ekspedisi. Sebelum itu, cikgu Murat mengingatkan anggota ekspedisi untuk mematuhi semua peraturan

yang telah ditetapkan.

CONTOH-CONTOH SOALAN

Jawab soalan di bawah berdasarkan bab 1 novel ekspedisi.

1. Mengapakah Pak salleh menentang hasrat Hadi untuk menyertai ekspedisi?

2. Siapakah yang akan mengetuai ekspedisi tersebut?

3. Berdasarkan bab 1, nyatakan dua latar masa beserta contoh .

Jawab soalan di bawah berdasarkan bab 3 novel ekspedisi.

1. Mengapakah rakan-rakan Hadi terkejut daripada tidur mereka?

2. Apakah soalan yang dikemukakan oleh Pak Musa kepada Hadi ketika merka berbual-bual?

3. Pada pendapat kamu, mengapakah Hadi bermimpi sedemikian?

4. Berdasarkan bab 3, huraikan tiga pengajaran beserta contoh.

Peringkat Kedua

a) Murid merujuk hasil dapatan perigkat pertama (ketiga-tiga novel) bagi tujuan membuat

kajian aspek.

b) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu

aspek komsas untuk dikaji.

c) Guru memberikan format rajah yang perlu dilengkapkan oleh setiap kumpulan ketika

mereka mengkaji aspek yang ditugaskan.

d) Murid diminta menganalisis persamaan fakta yang terdapat dalam ketiga-tiga novel dan

menyertakan contoh-contoh yang relevan.

Page 8: Contoh Laporan Kertas Kerja

e) Murid menggunakan hasil dapatan peringkat pertama untuk mengkaji aspek komsas

kecuali bagi kajian aspek gaya bahasa sahaja.

f) Murid membentangkan dapatan dan guru perlu membuat pemurnian.

g) dapatan yang telah dimurnikan ditaip dan dicetak. Setelah semua selesai nota tersebut

boleh diedarkan kepada seluruh kelas.

Melalui hasil dapatan yang diperoleh, murid tidak perlu menulis nota dan guru

mempunyai lebih masa untuk fokus kepada teknik menjawab dan penerapan nilai-nilai

murni dalam jiwa murid-murid. Rajah yang dihasilkan juga membantu murid menjawab

soalan persamaan / perbandingan. Conton hasil dapatan murid disertakan dalam adalah seperti di

bawah.

WATAK DAN PERWATAKAN UTAMA

WATAK DAN

PERWATAKAN

LDDS

-JAMALUDDIN-

TKP

-ANDAYU-

EKSPEDISI

-HADI-

Berani Jamaluddin berani menentang pengganas komunis di Sungai Semur bersama pasukan Askar Tanah Melayu.

Andayu berseorangan pergi mengintip keadaan Pakcik Tidung yang telah ditahan oleh pihak Inggeris

Hadi sanggup menempuh pelbagai cabaran dalam ekspedisi ke Gunung Itik.

Rajin Setelah gagal dalam temu duga kali pertama, Jamaluddin rajin melakukan senaman untuk melayakkan dirinya menjadi askar dan akhirnya dia berjaya.

Andu dan rakan-rakannya rajin berlatih silat di rumah Paduka Mat Salleh.

Hadi membantu ibunya mencuci pinggan di dapur selepas minum petang bersama ibunya.

Taat kepada perintah ketua

Jamaluddin mematuhi perintah ketuanya Leftenan Hassan ketika dalam pertempuran diSungai Semur.

Andayu menurut perintah Paduka Mat Salleh yang menyuruhnya balik ke kampung Inanam untuk merawat mereka yang cedera.

Hadi mematuhi arahan Cikgu Murat dan Paka Musa sepanjang mereka berekspedisi.

Bekerjasama Jamaluddin dan pasukan Askar Tanah Melayu bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.

Andayu dan penduduk Inanam bekerjasama menentang penjajah Inggeris.

Hadi dan anggota ekspedisi bekerjasama melakukan tugasan seperti mendirikan khemah dan memasak sepanjang ekspedisi

Page 9: Contoh Laporan Kertas Kerja

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI PENGAJARAN LLDS TKP EKSPEDISI

Kasih-sayang Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita

Ibu Jamaluddin tidak membenarkan Jamaluddin menyertai askar kerana bimbang dia akan terkorban.

Andayu menyayangi Makcik Mala seperti ibunya sendiri walaupun Makcik Mala hanyalah ibu saudaranya.

Mak Jamilah dan Pak Salleh sanggup berjaga malam menjaga Hadi sekiranya Hadi sakit.

Cinta akan negara Kita hendaklah memupuk perasaan cinta akan negara dalam diri kita.

Jamaluddin bertekad ingin menyertai askar kerana ingin menghapuskan musuh negara

Paduka Mat Salleh dan pengikutnya bermati-matian menentang penjajah Inggeris di bumi Inanam.

Pak Salleh sanggup masuk ke hutan seorang diri semata-mata untuk menjejaki penjenayah.

Taat kepada ketua Kita mestilah taat kepada perintah yang diberi oleh ketua.

Jamaluddin mematuhi perintah ketuanya Leftenan Hassan ketika dalam pertempuran diSungai Semur.

Andayu menurut perintah Paduka Mat Salleh yang menyuruhnya balik ke kampung Inanam untuk merawat mereka yang cedera.

Hadi mematuhi arahan Cikgu Murat dan Paka Musa sepanjang mereka berekspedisi.

Kesimpulan

Page 10: Contoh Laporan Kertas Kerja

Teknik Akas ingat Komsas sesuai digunakan untuk semua tahap pencapaian murid. Selain

memudahkan murid-murid untuk mengingat fakta, guru-guru dapat mempelbagaikan teknik

pengajaran mereka. Lebih-lebih lagi teknik ini lebih berfokus kepada murid. Murid-murid akan lebih

teransang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga teknik ini turut dapat

mewujudkan kerjasama antara guru dalam memastikan kelansungan pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Hal ini kerana bagi menghasilkan dapatan peringkat pertama hasil dapatan perlu

dikumpulkan dari tingkatan satu lagi.

6.0 Penutup

Tuntasnya teknik yang dibentangkan di atas sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

untuk memantapkan penguasaan peristiwa dalam novel yang dikaji. Guru-guru pula akan mempunyai

lebih ruang untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak didik mereka. Maka hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan modal insan bersifat glokal akan dapat direalisasikan.

Namun perkara yang lebih penting ialah murid seronok dan gembira belajar komsas serta dapat

menghayati karya yang dibaca. Sesungguhnya kalau seorang guru mampu menjadi pemudah cara, pasti

ramai murid akan pandai berbicara.

Page 11: Contoh Laporan Kertas Kerja

BIBLIOGRAFI

Abd Rahim bin Abd Rashid(1998), Artikel Perkembangan Profesionalisme Guru.

Azmah Nordin(2000), Timulak Kamap Perang, DBP< Kuala Lumpur.

Mohd Ghazali Tocheh(2000), Ekspedisi, DBP, Kuala Lumpur

Hajah Ghazani bt. Awang Hamad(2009), Kertas Kerja - Teknik Mudah Mengajar Komsas:Novel dan

Cerpen.

Kho Boh Boon(1989), Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Melayu,DBP, Kuala Lumpur.

Yusup Hashim(1998),Teknologi Pengajaran, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor

Zakaria Salleh(2000), Limpahan Darah di Sungai Semur, DBP, Kuala Lumpur.

Page 12: Contoh Laporan Kertas Kerja