contoh karangan autobiografi thn 3

8
CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI Aku sebuah Basikal Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya, Selangor. Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM800. Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin. Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan. Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah

Upload: najwatahir

Post on 16-Dec-2015

414 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Contoh Karangan Autobiografi Thn 3

TRANSCRIPT

CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya, Selangor.Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM800.Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmatkepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.

Aku Seutas Rantai

Aku adalah seutas rantai. Aku dibuat daripada emas. Badanku sangat cantik dan berkilat. Kemudian, aku diletakkan di dalam cermin kaca. Di situ aku menemui kawan-kawanku yang lain. Para pengujung selalu melihat-lihat aku. Aku berasa sungguh bangga.Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Wanita itu mengalungkan aku ke lehernya. Aku berasa bahawa wanita itu bermegah kerana dapat memiliki aku.Pada suatu hari, tiba-tiba seorang pemuda menyentapku. Badanku putus dua. Wanita itu menjerit meminta tolong. Mujurlah ketika itu ada seorang anggota polis di situ. Dia pun mengejar pemuda itu dan berjaya menangkapnya.Kini, badanku tidak secantik dulu. Wanita itu menghantar aku ke kedai emas. Dia menukarkan aku dengan seutas rantai emas yang lain.Hidup aku tidak segembira dulu. Aku mendengar khabar bahawa aku akan dileburkan oleh tukang emas. Aku akan diberi wajah baru.

Aku Sekaki Payung

Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis air dan plastik. Kaki aku seperti tongkat. Badanku berwarna merah.Aku dilahirkan dari kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur sebulan, seorang pekerja menghantar aku ke sebuah pasar raya.Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada banyak rakan aku yang pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni. Ada yang berwarna biru, hijau, merah dan hitam. Kami selalu berbual-bual tentang harapan kami. Harapan aku ialah mempunyai tuan sendiri.Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini. Mereka ternampak aku; tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga RM10.00.Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku digunakan untuk berlindung semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku selalu berjalan kaki ke sekolah.Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar jeritan seorang wanita. Tolong! Tolong! rupa-rupanya, ada seorang pemuda telah merampas tas tangan seorang wanita. Tuanku segera menggunakan aku untuk mencangkuk kaki pemuda itu lalu pemuda itu terjatuh.Pemuda itu dapat diberkas atas jasa aku. Ada beberapa orang juga membantu menangkap pemuda itu. Tuanku menelefon pihak polis lalu diserah penuda itu kepada polis. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada tuanku.Akuberasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat menangkap pemuda itu. Aku juga gembira kerana dapat memberikan bantuan kepada tuanku. Aku berharap peristiwa itu jadi pedoman.

Aku Sebiji Bola

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawasanperindustrian diPulau Pinang.Badan aku diperbuatdaripada getah.Semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda suka akan aku.Merekamengisi anginkedalamperutku.Angintersebutmembuatkan perut akukembung.Aku selalu dimainkandi padangdandi kawasan lapang.Aku diberikan nama Puma.Badanku berwarna hitam danmerah.Setelah aku dilahirkan, aku dihantar ke kedai sukan di Sungai Petani bersama-sama rakankuyang lain.Di kedai,aku dipamerkan.Aku dijual denganharga RM399.00.Seorang budak lelaki sangat berminat kepada akuk.Dia telah memintakedua-dua ibu bapanya membeli aku.Aku telahdibeli dan dibawa pulang ke rumah.Nama tuan baharuku ialah Amjad.Dia bersekolah diSekolah KebangsaanSeri Permata.Setiap petang,aku dibawa ke padang permainan.Di sana,Amjaddan rakan-rakannya menendang aku ke sana dan ke mari. Badakku terasasakit apabila ditendang, ditanduk, dan dilambung.Digawang gol, aku selalu ditangkap oleh penjaga gol.Lama-kelamaan, perut akukempis.Kemudian, tuanakumenyimpan aku di dalam stor.Setelah berbulan-bulang aku berehatdidalam stor itu, tiba-tiba suatu hari ibu bapatuan aku mengemaskan stortersebut.Mereka mencampakkan aku ke timbunan sampah kerana akutidak digunakan lagi.Nasib aku agakbaik kali ini.Aku dikutip oleh sekumpulan budakyang inginbermain bola.Mereka menyepak akuwalaupun perutku kurang angin. Badan terasabertambah sakit.Akhirnya,setelahbadanku koyak dan perutku tidak boleh kembung lagi, aku pun dibuang. Berakhirlah riwayat hidupku sebagai sebiji bola.

Aku Sepasang Kasut

Aku sepasang kasut. Aku dinamakan Pallas. Aku dilahirkan di sebuah kilang diPetaling Jaya. Aku merupakan sepasang kasut sekolah yang berjenama. Jenisku paling digemari oleh murid-murid seperti pemain dan sebagainya. Setelah siap dibungkus, aku dan kawan-kawan ku dihantar ke Pahang dengan sebuah lori.Apabila sampai di Pahang, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah kedai menjual kasut yang terkenal diKuantan. Di sini aku berkenalan dengan kawan-kawan baru seperti Puma, Bata dan lain-lain. Aku dijual dengan harga RM29.90.Pada suatu hari,ada seorang gadis mendekati aku. Selepas berbual-bual dantawar- menawar dengan tuan punya kedai itu, akhirnya aku dibeli oleh gadis itu. Aku berasa gembira kerana mendapatkan seorang tuan yang baru. Nampaknya tuan baruku ini seoarang cermat dan penyayang. Pada sebelah pagi aku terus dipakai untuk pergi ke sekolah. Aku gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Pada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia menyimpan aku diluar. Semasa aku pergi ke sekolah tuanku memakai aku untuk perlawanan berlari, tiba-tiba badanku koyak. Tuan aku terpaksa meminjam kasut kawannya. Aku dibiarkan di atas padang selepas mereka berlari. Setiap kali aku berhujan berpanas sehingga tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur. Tuan aku tidak ingat kepadadiriku lagi.Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagaikasut. Pada waktu baru aku diperlukan, sayangnya tuan aku tidak menjaga diriku dengan cermat seperti dulu. Sesudah rosak, aku dibiarkan sehingga hidupku seperti sekarang ini.