contoh jurnal praktikum sains

4
Bilangan Jurnal : 6/8 Minggu Praktikum : Ketujuh Tarikh Peristiwa : 07 September 2012 Tajuk Jurnal : Pengajaran berpasangan (Pengurusan Bilik Darjah) 1. Peristiwa / Masalah Pada hari Jumaat, 07 September 2012, saya mengajar kelas 5 Dedikasi untuk Sains bagi tajuk Pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari. Saya telah menggunakan semula sumber P&P iaitu kit pembelajaran ‘Bayang Oh Bayang’ yang telah digunakan semasa mengajar 5 Arif menggunakan kaedah demonstrasi. Kaedah ini memerlukan pengurusan bilik darjah yang sesuai demi memastikan pengajaran berjalan dengan lancar. Kit pembelajaran ini telah banyak membantu membetulkan miskonsepsi murid yang agak tersasar bagi saya, kerana bayang- bayang yang mereka ramal adalah berdiri tegak di sebelah objek. Kit pembelajaran yang saya bina telah memberi pengalaman mereka untuk menyaksikan sendiri bagaimana keadaan sebenar bayang-bayang sesuatu objek. 2. Analisis i. Peneguhan negatif dan kawalan kelas Sebelum murid-murid masuk makmal sains, saya telah memberi

Upload: aisyah-jas

Post on 09-Aug-2015

149 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

share2

TRANSCRIPT

Page 1: contoh jurnal praktikum sains

Bilangan Jurnal : 6/8

Minggu Praktikum : Ketujuh

Tarikh Peristiwa : 07 September 2012

Tajuk Jurnal : Pengajaran berpasangan (Pengurusan Bilik Darjah)

1. Peristiwa / Masalah

Pada hari Jumaat, 07 September 2012, saya mengajar kelas 5 Dedikasi untuk Sains

bagi tajuk Pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari. Saya telah menggunakan semula

sumber P&P iaitu kit pembelajaran ‘Bayang Oh Bayang’ yang telah digunakan semasa

mengajar 5 Arif menggunakan kaedah demonstrasi. Kaedah ini memerlukan

pengurusan bilik darjah yang sesuai demi memastikan pengajaran berjalan dengan

lancar.

Kit pembelajaran ini telah banyak membantu membetulkan miskonsepsi murid yang

agak tersasar bagi saya, kerana bayang-bayang yang mereka ramal adalah berdiri

tegak di sebelah objek. Kit pembelajaran yang saya bina telah memberi pengalaman

mereka untuk menyaksikan sendiri bagaimana keadaan sebenar bayang-bayang

sesuatu objek.

2. Analisis

i. Peneguhan negatif dan kawalan kelas

Sebelum murid-murid masuk makmal sains, saya telah memberi taklimat ringkas

kepada mereka mengenai peraturan makmal. Saya dapati taklimat saya itu berjaya

membantu saya untuk mendisiplinkan murid di dalam makmal. Mereka tidak lagi berlari

di dalam makmal dan mengganggu peralatan sains yang terdapat di dalam makmal.

Murid 5 Dedikasi memang sangat aktif, dan jauh di lubuk hati saya dapat merasakan

mereka mempunyai minat untuk belajar walaupun mereka agak nakal. Semasa saya

memberi penerangan, seorang murid iaitu Micheal Dano telah menumbuk Abang Adlan,

lalu Abang Adlan pun menangis. Untuk memberi peneguhan negatif kepada Micheal

Page 2: contoh jurnal praktikum sains

dan supaya murid lain pun berdisiplin, saya telah membawa Micheal ke hadapan dan

mendendanya untuk mengangkat pembaris kayu di atas kepala. Sementara itu, saya

menyambung semula pengajaran saya, dan memberi peluang kepada Micheal untuk

duduk semula ke mejanya jika dia berjaya menjawab soalan saya. Kaedah ini berjaya

untuk mengawal murid-murid semasa saya membuat penerangan.

Selepas kelas saya tamat, saya telah memastikan bahawa murid yang dihukum telah

mengetahui apakah kesalahan yang mereka lakukan sehingga saya menghukum

mereka. Saya juga meminta mereka supaya berjanji untuk tidak melakukan kesalahan

yang sama lagi.

ii. Penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran

Semasa saya melakukan demonstrasi pula, bilangan murid yang terlalu ramai iaitu 43

orang adalah sangat tidak sesuai untuk membuat semi-bulatan di sekeliling meja

demonstrasi. Oleh itu, saya telah memanggil murid lelaki terlebih dahulu, kemudian

pelajar perempuan pula. Teknik ini berjaya membantu saya untuk melibatkan seramai

mungkin murid dalam pengalaman pembelajaran mereka yang sebenar.

Semasa saya membuat demonstrasi kepada murid perempuan, murid lelaki pula telah

membuat bising. Oleh itu saya telah mendenda Ahmad Izham kerana dia yang paling

bising, namun selepas itu saya telah melantik dia sebagai pembantu saya dan

melarang murid lain untuk bising. Saya dapati teknik ini berjaya mengambil hati Ahmad

Izham dan dia bersungguh-sungguh melarang murid bising dari meja ke meja. Ini

sangat membantu saya ketika saya sibuk dengan kumpulan murid perempuan.

3. Cadangan tindakan susulan

a. Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan seperti kumpulan lelaki dan

perempuan semasa melakukan demonstras bagi melibatkan seramai mungkin

murid dalam aktiviti pengajaran. Murid lelaki dipanggil untuk membuat semi-

Page 3: contoh jurnal praktikum sains

bulatan di meja deomnstrasi dan guru menjalankan demonstrasi dan kemudian

memberi peluang kepada mereka untuk melaksanakan demonstrasi tersebut.

Selepas itu, giliran murid perempuan pula untuk melaksanakan aktiviti

demonstrasi.

b. Untuk mengawal kelas, guru boleh melibatkan murid yang bermasalah dengan

memberi tugas kepada mereka untuk membantu mengawal disiplin kelas kerana

mereka sebenarnya berpengaruh.

c. Memastikan murid mengetahui sebab mereka dihukum.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk menjalankan cadangan tindakan susulan dalam P&P yang akan

datang bagi meningkatkan kawalan kelas dan pengurusan bilik darjah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan:

Nama:

Tarikh:

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan:

Nama:

Tarikh: