contoh jurnal praktikum

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL Bilangan Jurnal : 1 / 8 Minggu Praktikum : Minggu Pertama Tarikh Peristiwa Kejadian : 27-31 Julai 2015 Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak bersedia dalam bilik darjah 1. Masalah / Peristiwa Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Said. Di Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Said, saya dan seorang lagi rakan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik. Bagi subjek minor pula, kami berdua ditugaskan mengajar mata pelajaran Pedidikan Jasmani. Bermula daripada hari pertama mengajar sehingga ke hari kelima, masalah yang dikenalpasti ialah murid tidak menampakkan kesediaan untuk menerima ilmu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan dari mereka mempunyai sikap sambil lewa dan tidak menghormati guru sewaktu guru melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Mereka masih bermain-main dan membuat bising di dalam kelas. 2. Analisis Punca utama yang mungkin menyebabkan murid-murid bersikap demikian ialah saya merupakan guru baru bagi mereka. Mereka mungkin beranggapan bahawa saya bukan dari golongan guru yang akan menetap di sekolah itu untuk tempoh masa yang panjang. Selain daripada itu, saya beranggapan bahawa sikap yang ditunjukkan ini berpunca daripada kurang kesedaran terhadap pentingnya masa yang diperuntukkan semasa berada di sekolah

Upload: nina-dapris

Post on 08-Dec-2015

297 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

minggu 1

TRANSCRIPT

Page 1: contoh jurnal praktikum

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : 1 / 8

Minggu Praktikum : Minggu Pertama

Tarikh Peristiwa Kejadian : 27-31 Julai 2015

Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak bersedia dalam bilik darjah

1. Masalah / Peristiwa

Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah

Kebangsaan Dato Ahmad Said. Di Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Said, saya dan

seorang lagi rakan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik. Bagi

subjek minor pula, kami berdua ditugaskan mengajar mata pelajaran Pedidikan Jasmani.

Bermula daripada hari pertama mengajar sehingga ke hari kelima, masalah yang

dikenalpasti ialah murid tidak menampakkan kesediaan untuk menerima ilmu ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan dari mereka mempunyai sikap sambil lewa dan

tidak menghormati guru sewaktu guru melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Mereka

masih bermain-main dan membuat bising di dalam kelas.

2. Analisis

Punca utama yang mungkin menyebabkan murid-murid bersikap demikian ialah

saya merupakan guru baru bagi mereka. Mereka mungkin beranggapan bahawa saya bukan

dari golongan guru yang akan menetap di sekolah itu untuk tempoh masa yang panjang.

Selain daripada itu, saya beranggapan bahawa sikap yang ditunjukkan ini berpunca

daripada kurang kesedaran terhadap pentingnya masa yang diperuntukkan semasa berada

di sekolah

Page 2: contoh jurnal praktikum

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Memulakan proses pembelajaran dengan membawa set induksi yangmenarik

dan pelbagai

b) Menampilkan diri sebagai seorang guru yang kemas, mempunyai penampilan

yang tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

c) Sentiasa mengubah corak dan suasana pengajaran dan pembelajaran

d) Memberi sedikit amaran kepada murid yang tidak menumpukan perhatian

kepada sesi pengajaran pembelajaran

e) Mempelbagaikan aktiviti di dalam bilik darjah.

4. Tempoh Masa

3 -7 Ogos 2015

5. Tindakan Susulan

Saya akan memulakan proses pembelajaran dengan melakukan set induksi yang

menarik dan pelbagai semasa sesi pengajaran untuk menarik perhatian murid dari awal sesi

pembelajaran. Saya juga akan menampilkan diri sebagai seorang guru yang kemas,

mempunyai penampilan yang tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. Saya juga akan cuba untuk sentiasa mengubah corak dan suasana pengajaran

dan pembelajaran. Saya akan membawa mereka ke Bilik Muzik atau aktiviti di luar kelas

seperti di padang. Memberi sedikit amaran kepada murid yang tidak menumpukan perhatian

kepada sesi pengajaran pembelajaran juga perlu supaya murid tidak merasakan guru tidak

ambil kisah akan dirinya. Seterusnya, saya juga akan mempelbagaikan aktiviti bagi sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.......................................... Tandatangan :....................................

Tarikh :............................................... Tarikh :..........................................

Nama :...................................................... Nama :...................................................