rashman_sabah-skema excel 1 jawapan sejarah kertas 2 2010

35
SULIT* STPM MEI 2010 940/2 JABATAN PELAJARAN SABAH (SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK) SEJARAH KERTAS 2 (SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800-1963) ( Tiga jam) EXCEL MEI 2010 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE ) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ].

Upload: nur-adilah

Post on 04-Jul-2015

1.189 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

SULIT* STPM MEI 2010

940/2

JABATAN PELAJARAN SABAH(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)

SEJARAHKERTAS 2

(SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800-1963)

( Tiga jam)

EXCEL MEI 2010

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ].______________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.© Sektor Pengurusan Akademik, JPN SABAH

STPM 940/2 [Lihat Sebelah* Kertas soalan ini SULIT sehingga kertas soalan ini tamat SULIT*

Page 2: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

BAHAGIAN A

1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu . [25]

2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. [25]

3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]

4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu. [25]

5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. [25]

6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia . [25]

BAHAGIAN B

7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. [25]

8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]

9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua. [25]

10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]

11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua. [25]

12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]

SOALAN TAMAT

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 3: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

Soalan 1Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu.

Pendahuluan: (3 markah) Istilah raja sebenarnya dipinjam dari perkataan Sanskrit, dan sistem beraja di Tanah

Melayu mendapat sentuhan daripada pengaruh Hindu-Buddha dari India. Raja mempunyai kedudukan teratas dalam masyarakat mahupun pentadbiran kerajaan.

Peranan raja sangat luas sesuai dengan kuasa mutlak yang dimiliki. Berasaskan sistem feudal raja dianggap sebagai ketua ketua pemerintah dan mempunyai

kedudukan yang tertinggi dalam struktur sosial.

Isi-isi: (20 markah) Raja menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran dan pemerintahan kerajaan.

Disokong dengan kuasa mutlak raja. Sultan atau raja yang memerintah dianggap berdaulat. Iainya diakuai dengan pengiktirafan rakyat dengan seruan “Daulat Tuanku”. Melalui konsep daulat raja sentiasa menerima kemuliaan tanpa sebarang tentangan daripada daripada rakyat jelata.

Kedudukan seorang raja akan dikukuhkan lagi melalui penggunaan bahasa istana/dalam. Antaranya ialah beta, baginda, santap, bersiram, beradu. Penggunaan warna diraja iaitu kuning, peralatan seperti payung putih dan kuning. Raja menggunakan peralatan kebesaran diraja seperti cop mohor, ketur, kendi, kipas, keris, mahkota, pending.

Raja bertanggungjawab melantik golongan pembesar yang membantu dalam pemerintahan kerajaan. Golongan pembesar akan melicinkan pentadbiran. Raja juga berkuasa untuk melucutkan jawatan tersebut. Raja juga mempunyai kuasa untuk menentukan bakal pewaris takhta kerajaan.

Raja berkuasa untuk menggubal undang-undang kerajaan yang meliputi semua aspek

kehidupan sama ada politik, ekonomi maupun sosial. Raja berperanan untuk mengetuai sistem kehakiman. Raja diibaratkan sangat adil dalam memutuskan hukuman. Hanya raja yang berkuasa memutuskan hukuman mati ke atas pesalah.

Raja berkuasa mutlak dalam bidang ekonomi kerajaan. Antaranya buruh, hasil pertanian, perdagangan, pemungutan cukai. Raja berkuasa menentukan kadar cukai yang wajib dibayar. Raja juga memutuskan alatan timbang dan sukat yang seragam. Penggunaan mata wang kerajaan mesti mendapat perkenaan raja.

Raja merupakan lambang perpaduan dikalangan rakyat dan daerah jajahan. Dengan menggunakan kuasa daulat maka, rakyat akan taat dan setia terhadap raja mereka kerana bimbang terkena tulah.

Dalam bidang militer, raja akan bertindak sebagai ketua angkatan tentera. Raja merupakan ahli strategis dalam peperangan dan pertahanan. Hanya raja yang berkuasa untuk mengisytiharkan peperangan atau menyerah kalah terhadap pihak musuh.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 4: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Pada zaman Islam, raja menjadi ketua agama Islam dan segala yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu. Sesuai dengan ajaran Islam, Raja bertanggungjawab untuk menyebarkan ajaran Islam kepada rakyat. Pada zaman Hindu-Buddha, raja dianggap sebagai suci kerana wakil atau tuhan dalam masyarakat. Raja akan dihormati dan disanjung oleh rakyat jelata.

Dalam hubungan luar negeri, raja akan menguruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan lain. Raja akan mengetuai rombongan lawatan ke luar kerajaan, dan menyambut utusan kerajaan lain.

Kesimpulan: (2 markah) Raja dalam masyarakat Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat di Tanah Melayu

sangat berpengaruh dan berkuasa dalam semua aspek kehidupan rakyat. Setelah kedatangan barat raja-raja Melayu kehilangan sebahagian besar kuasa mereka,

walaupun kedudukan mereka masih dikekalkan oleh kuasa barat.

Soalan 2Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896.

Pendahuluan (3 markah) Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu

iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.

Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld. walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini

Hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi

Isi Penting (20 markah)i. Kedudukan Negeri Pahang

Pada mulanya Inggeris berkeyakinan bahawa Pahang mempunyai potensi yang baik dari segi ekonomi. Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun 1888 di Pahang , Inggeris mengalami krisis kewangan sejak tahun 1890-an.

Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-negeri Selat. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang Inggeris yang mernambahkan lagi beban kewangan Pahang.

Dalam keadaan terdesak, Kerajaan Inggeris perlu membuat keputusan sama ada hendak mengundurkan diri dari pahang atau sebaliknya. Demi memelihara maruah dan maartabat Inggeris , Pahang perlu dipertahankan melalui cadangan pembentukan persekutuan untuk mengatasi masalah kewangan negeri ini.

ii. Kawalan Kuasa residen Di bawah Sistem residen, Residen menjadi terlalu berkuasa di negeri-negeri masing-

masing. Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai pemerintah boneka. Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin berani menguatkan

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 5: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

kuasa mereka. Kuasa Residen yang keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu.

Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu di bawah Sistem Residen

iii. Kecekapan dan keseragaman pentadbiran Di bawah pemerintahan Sistem Residen, pentadbiran kempat-empat buah negeri

diasingkan dan ditadbirkan oleh empat orang resdien yang berlainan.Hasilnya wujud ketidakseragaman pentadbiran di Negeri-negeri di Tanah Melayu. Resdien menumpukan perhatian di negeri-negeri masing-masing.

Frank Swettenham mencadangkan penyatuan Negeri-negeri Melayu bagi mengatasi ketidakseragaman pentadbiran. Melalui pembentukan persekutuan, Inggeris dapat menambahkan kecekapan pentadbiran serta dapat memajukan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh dan bersepadu di keempat-empat buah negeri

Pembentukan persekutuan ini juga diharapkan mewujudkan keseragaman pentadbiran, kerjasama antara negeri untuk memajukan sistem pengangkutan yang pastinya menguntungkan Inggeris kerana memudahkan usaha membawa hasil ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport.

iv. Faktor keselamatan Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu

pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.

Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.

v. Faktor ekonomi Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di

sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.

Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.

vi. Memperluaskan Sistem perhubungan Di setiap negeri, Residen, membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya sahaja.

Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan keretapi di antara keempat-empat buah negeri itu. Lantaran itu adalah sukar bagi resdien membincangkan perkara-perkara penting antara satu sama lain.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 6: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat dimajukan antara Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha menyelaras sistem pengurusan di negeri-negeri tersebut.

vii. Dasar Kerajaan Inggeris Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-

negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.

Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris yang cuba mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada.

Kesimpulan (2 markah) Akhirnya Inggeris telah menrima cadangan Frank swettenham, C.P Lucas dan Sir

Cecil Celementi Smith untuk penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sepanjang perlaksanaannya , persekutuan ini telah meninggalkan pelbagai kesan

dalam politik, ekonomi dan sosial. Penubuhan Persekutuan 1896 merupakan langkah awal ke arah penyatuan negeri-negeri Melayu

Soalan 3Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Pengenalan (3 markah) Pada akhir abad ke-19, getah diperkenalkan selepas kejatuhan perusahaan kopi dan pada

abad ke-20, menjadi tanaman dagangan yang penting di Tanah Melayu. Sir Henry Wickham berperanan dalam perusahaan getah di TM. Getah berasal dari

Brazil, benih bermutu jenis Hevea Brasiliensis. Di peringkat awal hanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh pengusaha Inggeris tetapi

menjelang abad ke-20 mula berkembangan disebabkan oleh faktor kejatuhan harga kopi dan permintaan getah dunia.

Isi-isi Penting (20 markah)Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah :1 Sumbangan H.N. Ridley

Membuat penyelidikan cara penanaman, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasilnya telah ditulis dalam Straits and FMS Agriculture Bulletin.

Berusaha memujuk peladang di TM menanam getah sehingga digelar Ridley Getah atau Ridley Gila.

Memperkenalkan sistem torehan getah mengikut sistem ibedem atau tulang ikan Herring. Memperkenalkan cara selamat mengangkut anak-anak getah dalam arang yang lembab

untuk ditanam di ladang yang baru dibuka.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 7: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

2 Kemerosotan harga kopi Dua sebab iaitu persaingan kopi dari Brazil dan penawaran melebihi permintaan kopi di

pasaran dunia. Penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk memusnahkan pokok kopi.

3 Permintaan getah yang tinggi Rev. Perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat ; getah menjadi bahan mentah bagi

pelbagai ciptaan. Contohnya di kilang-kilang automobil. Terciptanya tayar berangin oleh J.B.Dunlop. Amerika Syarikat menjadi pembeli utama getah dunia akibat perkembangan industri motokar.

Proses Vulcanization iaitu mencampurkan belerang dan haba ke dalam getah telah ditemui oleh Goodyear. Pelbagai kegunaan dalam industri membuat kasut, alat-alat elektrik, tayar basikal, perubatan dan perabot.

Harga getah telah meningkat sehingga mencapai tahap paling tinggi pada tahun 1910 iaitu $5.50. Orang Eropah dan Cina mula berminat dengan tanaman getah, juga diusahakan oleh pekebun kecil.

Peningkatan permintaan tinggi syarikat pengusaha Eropah spt Guthrie, Harrison and Crossfield, Sime Darby dan Dunlop mula membuat pelaburan membuka ladang-ladang getah di negeri-negeri Melayu manakala orang Melayu mengusahakan secara pekebun kecil.

4 Dasar kerajaan British Kerajaan mengenakan kadar cukai tanah yang rendah iaitu 10 sen bagi 10 tahun pertama.

Selepas itu dinaikkan kepada 50 sen seekar. Duti eksport yang rendah bagi getah iaitu 2.5 % bagi 15 tahun dan selepas itu naik 5 %

itu menggalakkan pembukaan ladang getah. Kerajaan memperuntukan $ 4000 bagi menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan

kualiti dan hasil getah. Pinjaman disediakan dengan kadar faedah yang rendah terutama bagi syarikat Eropah.

Sistem perhubungan spt jalan raya dan keretapi dibina untuk membawa getah ke pelabuhan.

5 Tenaga buruh yang murah Menggalakkan kemasukan buruh asing dari India Selatan sebagai sumber tenaga ; dibawa

melalui sistem kontrak dan sistem Kangani. Orang Eropah yang berpengalaman dalam penanaman kopi di Sri Langka telah berhijrah

dan membuka ladang di NNM.

6 Penyelidikan getah secara saintifik 1905- Jbt Pertanian ditubuhkan, 1907- Pertubuhan Penanaman Getah .ditubuhkan untuk

memperbaiki mutu dan hasil getah dan menambahkan keluasan tanaman getah. 1926 – Institut Penyelidikan Getah ditubuhkan untuk memajukan perusahaan getah spt

penyelidikan mengeksport getah dalam bentuk cecair, kaedah torehan yang saintifik dll.

Kesimpulan (2 markah)

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 8: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Permintaan getah yang tinggi serta dasar kerajaan British yang berjaya menstabilkan politik mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di NNM. Menjelang abad ke-20, getah telah menjadi sumber pendapatan dan Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar getah utama dunia.

Soalan 4Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu.

Pengenalan (3 markah) Nasionalisme secara umum boleh diertikan sebagai perasaan cintakan tanah air ke arah

perjuangan pembentukan sebuah negara bangsa. Perubahan-perubahan politik, sosial dan ekonomi berikutan campurtangan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme Melayu. Nasionalisme Melayu berkembang secara beransur-ansur. Terdapat banyak faktor yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme Melayu di Tanah Melayu. Salah satu faktornya ialah peranan akhbar dan kesusasteraan.

Isi PentingPeranan akhbar (20 markah)

Akhbar yang memainkan peranan membangkitkan kesedaran awal dalam kalangan orang Melayu ialah Al-Imam. Al-Imam diterbitkan pada tahun 1906 oleh Kaum Muda yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkemuka seperti Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim al-Kalali.

Al-Imam merupakan alat untuk menyampaikan mesej pembaharuan Kaum Muda kepada masyarakat Melayu . Al-Imam merupakan akhbar pertama yang mempunyai idea-idea perubahan sosial dan unsur-unsur politik.

Al-Imam membangkitkan kesedaran kaum Melayu dengan menyentuh kemunduran kaum Melayu dan penguasaan kehidupan mereka oleh orang asing.

Al-Imam juga menyentuh aspek sosial seperti pelajaran, kemajuan madrasah , kebebasan wanita dan perpaduan kaum Melayu. Al-Imam juga ,menyindir secara implisit pihak penjajah British , raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu.

Kaum Muda juga telah menerbitkan akhbar Saudara pada tahun 1928. Akhbar Saudara bertujuan menyedarkan masyarakat Melayu supaya insaf dan berusaha memajukan diri mereka sendiri agar tidak ketinggalan dalam arus poembangunan.

Lembaga Malaya juga diterbitkan untuk membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Lembaga Malaya menyeru agar agama Islam digunakan sebagai satu alat penyatuan terbaik untuk melahirkan semangat nasionalisme Melayu.

Antara akhbar yang menyentuh aspek politik orang Melayu ialah Idaran Zaman, Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.

Idaran Zaman yang sangat setuju dengan penubuhan Kesatuan Melayu Singapura menyarankan agar orang Melayu menubuhkan persatuan sedemikian untuk melindungi kepentingan dan hak mereka. Saranan Idaran Zaman disambut baik oleh Warta Malaya.

Majlis ialah akhbar kebangsaan yang pertama. Majlis menyeru supaya orang Melayu bergiat cergas dalam politik. Majlis juga menyedarkan orang Melayu tentang peristiwa politik yang berlaku seperti dasar desentralisasi. Majlis juga menyeru supaya orang Melayu yang telah bersara dan berpengaruh menubuhkan persatuan-persatuan orang Melayu bertujuan menyokong raja-raja Melayu mempertahankan hak-hak orang Melayu.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 9: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Warta Malaya membincangkan soal Malayan Union dan memberi sokongan kuat kepada orang Melayu menentang Malayan Union dan menyeru raja-raja Melayu dan rakyat berganding bahu dalam penentangan tersebut.

Abdul Rahim Kajai dan Ishak Hj Muhamad menerbitkan akhbar Utusan Melayu. Akhbar ini bertujuan menyatukan orang Melayu. Utusan Melayu juga meluahkan hasrat mengadakan satu kongres kebangsaan.

Peranan Kesusasteraan Melalui kesusasteraan , para novelis bercita-cita menyedarkan masyarakat Melayu

tentang kemunduran mereka dalam segala bidang kehidupan terutama ekonomi. Ini digambarkan dalam novel Dari Perangkap ke Penjara dan Rumah Besar Tiang Sebatang.

Maktab Perguruan Sultan Idris telah berjaya memainkan peranan dalam membangkitkan semangat nasionalisme Melayu. Hasil Karya lepasan MPSI berjaya menyedarkan kaum Melayu tentang keadaan sebenar mereka dalam kalangan orang Cina. Contoh karya : Anak Mat Lela Gila, Alam Perempuan dan Putera Gunung Tahan.

Novel Putera Gunung Tahan dikarang oleh Ishak Hj Muhammad mencerminkan sikap anti-penjajahan beliau. Beliau mengkritik secara sindiran sikap British di Tanah Melayu. Menurut beliau British tidak jujur dalam dasar pemerintahan mereka

Novel Hikayat Faridah Hanum yang diterbitkan pada tahun 1925 oleh Syed Sheikh al-Hadi menegaskan kepentingan pendidikan dalam kalangan orang Melayu supaya tidak terus ketinggalan dan mundur. Syed Sheikh al-Hadi juga membincangkan isu emansipasi wanita. Beliau menekankan bahawa golongan wanita berhak memperoleh pendidikan seperti golongan lelaki.

Perjuangan Syed Sheikh al-Hadi disokong oleh Ahmad Rashid Talu dalam novelnya Iakah Salmah . Beliau juga membincangkan isu emansipasi wanita tetapi dalam aspek yang lebih praktikal. Bagi beliau pembaharuan Islam adalah cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan segala kepincangan dan kelemahan dalam masyarakat Melayu.

Penutup (2 markah) Kesusasteraan dan akhbar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam

membangkitkan kesedaran sosial dan politik kaum Melayu. Kesusasteraan dan akhbar yang diterbitkan pada masa itu menitikberatkan keadan politik dan sosioekonomi masyarakat Melayu pada masa itu juga jauh ketinggalan. Oleh itu kesusasteraan dan akhbar membantu dalam perkembangan gerakan nasionalisme Melayu.

Soalan 5Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 10: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Pengenalan ( 3 markah)

Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatan kuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru.Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan. Isi dan Huraian ( 20 markah)Ciri-ciri PTM:

PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat. Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan. Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dgn bantuan Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang.

Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera. Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon

kerakyatan diperketatkan.

Reaksia. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)

Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.

MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise Comrades Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.

AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu, dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan

perlembagaan PTM 1948. Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr.

Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA RAKYAT pada Februari 1947.

c. Tentangan AMCJA-PUTERA Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili

seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.

Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 11: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan AMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana dianggap radikal.

Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Kesimpulan ( 2 M ) Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan

memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu. PTM 1948 menjadi asas kepada

Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Soalan 6Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia

Pengenalan (3 markah))

Kerajaan demokrasi bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dengan mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil terpilih

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sejak tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan.

Amalan demokrasi ini dilakukan melalui pilihan raya bagi memilih wakil-wakil dalam badan perundangan yang kemudiannya berperanan untuk membentuk kerajaan dan menjalankan pemerintahan

Parlimen mempunyai kuasa menjalankan pemerintahan melalui undang-undang yang digubal.

Isi Penting (20 markah)

Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa parlimen diperuntukkan melalui Perlembagaan Negara.

Fungsi utama parlimen ialah menggubal undang-undang. Parlimen juga merupakan badan penggubal undang-undang meminda atau membatalkan undang-undang tertinggi di Malaysia. Setiap undang-undang mesti diluluskan oleh ketiga-tiga komponen Parlimen.

Parlimen juga bertanggungjawab mengawal kuasa eksekutif supaya tidak disalahgunakan. Parlimen menentukan kadar cukai dan mengawal kelulusan anggaran belanjawan negara.

Parlimen akan bersidang apabila dibuka oleh Yang di Pertuan Agong. Baginda akan memberi titah ucapan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ucapan baginda akan dibahaskan di Parlimen selama beberapa hari. Ianya disebut sebagai perbahasan usul terima kasih. Yang di Pertuan Agong juga berkuasa menangguhkan sidang Parlimen dan membubarkan dewan.

Rakyat merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen – Fungsi Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang Malaysia, mengenakan cukai dan mengawal badan eksekutif melalui kelulusan anggaran belanjawan. negara. Dewan rakyat juga menyediakan satu forum di mana dasar-dasar kerajaan boleh dipersoalkan dan diperdebatkan.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 12: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Dewan rakyat terdiri dari ahli yang dipilih melalui pilihanraya. Umur minimum bagi pengundi dan ahli Dewan Rakyat ialah 21 tahun. Setiap ahli Dewan Rakyat akan memegang jawatan selama 1 penggal iaitu 5 tahun. Dewan Rakyat diketuai oleh Yang di Pertuan Agong. Speaker Dewan Rakyat mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat serta menentukan tatatertib dan peraturan dewan rakyat. Speaker Dewan dibantu oleh dua timbalan speaker yang dilantik di kalangan ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.

Dewan Negara merupakan salah satu dari tiga komponen Parlimen Malaysia. 69 ahli Dewan Negara dilantik dan dikenali sebagai senator. 43 ahli dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dan 26 lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 13 buah negeri. Ahli terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbakti dengan cemerlang atau mencapai taraf tinggi dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan atau mewakili kaum minoriti.

Setiap ahli Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas memegang jawatan selama 3 tahun bagi satu penggal dan boleh dilantik semula untuk penggal kedua. Yang di Pertuan Dewan dan timbalannya dilantik di kalangan anggota. Manakala Setiausaha Dewan dilantik Yang di Pertuan Agong.

Peranan Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat secara lebih mendalam dan teliti tetapi tidak boleh membatalkannya. Dewan Negara hanya boleh melambatkan kelulusan rang undang-undang tersebut selama 1 bulan bagi rang udang-undang kewangan dan setahun bagi rang undang-undang lain.

Yang di Pertuan Agong juga merupakan komponen parlimen. Jawatan ini diwujudkan sejak tahun 1957. baginda merupakan Ketua Negara. baginda menjadi lambang kedaulatan dan taat setia seluruh rakyat. Baginda dilantik di kalangan Raja-raja Melayu. Memegang jawatan selama 5 tahun secara bergilir-gilir. Baginda memiliki kuasa eksekutif tertinggi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa eksekutif dijalankan oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Antara tugas Yang di Pertuan Agong ialah:1. Pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia.2. mempunyai kuasa memberi pengampunan bagi setiap hukuman.3. memberi tauliah kepada duta-duta negara yang akan dihantar bertugas di luar

negara dan menerima tauliah duta asing.4. pemerintah tertinggi angkatan tentera.5. ketua agama negeri yang tidak bersultan semua raja-raja 9 buah negeri yang

layak.

Menjadi Yang di Pertuan Agong kecuali baginda menolak pencalonan, uzur, tidak waras dan belum cukup umur. Yang di Pertuan Agong dilantik oleh Majlis Raja-Raja dan diuruskan oleh penyimpan mohor besar Majlis Raja-raja. Yang di Pertuan Agong tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah. Baginda tertakluk kepada beberapa larangan tertentu seperti tidak boleh memegang jawatan bergaji, terlibat secara aktif dalam perniagaan. baginda berkuasa bertindak ikut kuasa budi bicara seperti melantik Perdana Menteri, membubar atau menangguhkan sidang parlimen atau memanggil Persidangan Majlis Raja untuk membincangkan tentang kedudukan raja-raja Malaysia.

Kesimpulan (2 markah) Parlimen Malaysia mempunyai 3 komponen iaitu Yang di Pertuan Agong, Dewan Rakyat

dan Dewan Negara. Kuasa ketiga-tiga komponen tadi diputuskan melalui perlembagaan Malaysia.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 13: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Soalan 7Huraikan dasar tutup dan dasar buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19.

Pengenalan ( 3 markah) Dasar tutup pintu merupakan satu usaha yang diamalkan oleh China dan Jepun untuk

mengelakkan campurtangan kuasa asing. China begitu berhati-hati apabila menjalinkan hubungan dengan kuasa asing. China mengadakan sekatan terhadap hubungan perdagangan mahupun diplomatik. Jepun turut mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat. Sebelun 1800, Maharaja

Jepun mengharamkan semua aktiviti perdagangan dan sebarang bentuk perhubungn dengan negara luar.

Isi Penting CHINA (10 markah)

China telah menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat sejak abad ke-16. Pada abad ke-19 China menutup pintunya kepada kuasa barat dengan alasan Barat

sentiasa menimbulkan masalah dan huru hara. China juga mempunyai rasa bangga terhadap keupayaan negaranya sebagai middle

kingdom dan tidak mengharap serta memerlukan mana-mana barangan dari luar. Maharaja China juga khuatir akan pengaruh agama Kristian dan budaya Barat sekiranya

mereka diberi peluang masuk secara total ke China kerana ini pasti akan mencemar agama asal, kebudayaan dan adat resam temapatan masyarakat Cina.

Kerajaan Manchu berusaha untuk menyekat dan mengehadkan perdagangan China dengan kuasa-kuasa Barat.

Kuasa-kuasa Barat hanya dibenarkan bergerak di kawasan yang terhad di China, iaitu hanya di pelabuhan Canton.

Maharaja Chien Lung memperkenalkan Dikri Lapan Peraturan. Kuasa-kuasa Barat dikehendaki mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.

Sekatan China ke atas para pedagang asing menimbulkan pelbagai masalah. Peperangan menyebabkan China menukar dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu.

JEPUN ( 10 markah)

Dasar Tutup Pintu Jepun berlangsung sejak pertengahan abad ke-17, mendapat perhatian kuasa-kuasa Barat.

Jepun menggunakan alasan tidak memerlukan barangan dari Barat memandangkan negaranya merupakan sebuah negara pertanian dan mempunyai hasil dan sumber negara yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyatnya.

Kerajaan Syogun Tokugawa bimbang dengan perkembangan ajaran agama Kristian dan tidak mahu agama ini akan dijadikan alat untuk menjatuhkan kerajaannya.

Jepun beranggapan bahawa orang asing sering menimbulkan masalah perbalahan serta huru-hara dan ini pasti mengancam ketenteraman negaranya.

Syogun Tokugawa juga mencurigai kejujuran Barat dan bimbang Barat akan mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam politik dan hal ehwal pemerintahan Jepun lebih-lebih lagi apabila melihat Filipina dijajah oleh Sepanyol.

Kuasa Barat seperti Belanda dan British berusha meminta Kesyogunan Tokugawa supaya menghentikan dasar tersebut tetapi gagal.

Tahun 1853, Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi ke Jepun.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 14: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Keadan di China menjadi teladan yang amat baik kepada Jepun dalam menghadapi tekanan Barat.

Dasar Isolasi Jepun hanya berakhir apabila termetrainya Perjanjian Kanagawa(1854) Perubahan dasar Jepun telah mengubah sistem ekonomi, politik dan sosial.

Kesimpulan ( 2 markah) Dasar Tutup Pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun sebenarnya bertujuan untuk

menyekat penguasaan asing. Mereka bimbang terhadap penyebaran agama Kristian. Dasar Tutup Pintu China berakhir apabila British berjaya mengalahkan China dalam dua

siri peperangan. Jepun terpaksa membuka negaranya kepada Amerika Syarikat kerana diugut dengan

menggunakan kekuatan tentera.

Soalan 8Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing

Pengenalan.

Menjelang akhir abad ke-19 negara-negara Asia Tenggara telah di jajah oleh kuasa-kuasa barat. Indonesia dijajah oleh Belanda manakala Filipina telah dikuasai oleh Sepanyol sejak tahun 1520an.

Belanda telah memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa,Dasar Liberal dan Dasar Susila dan Sepanyol pula memperkenalkan sistem Polo dan Sistem Vandala.

Sistem pemerintahan yang dilaksanakan ini telah membangkitkan penentangan di kalangan masyarakat di Indonesia dan Filipina.

Isi.

Indonesia.

Ketidakpuasan hati masyarakat terhadap dasar pemerintahan Belanda dalam bidang ekonomi,politik dan sosial menimbulkan penentangan.

Perang Jawa meletus pada tahun 1825-1830 berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan Belanda.

Perang ini merupakan pemberontakan masyarakat Indonesia yang dipimpin oleh Dipo Negoro seorang putera diraja Jogjakarta sebagai tindakbalas terhadap pemerintahan Belanda.

Perang Jawa mendapat sokongan golongan bangsawan dan petani khususnya di Jawa Tengah kerana Dipo Negora dianggap sebagai wira dan fore runner bagi gerakan menentang Belanda.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 15: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Gabenor Van Der Capellan telah membatalkan kontrak sewa tanah pada tahun 1823. Tindakan ini menyebabkan golongan bangsawan kehilangan punca pendapatan.

Perang Jawa juga berpunca daripada tindakan Belanda megenakan pelbagai jenis cukai ke atas barangan yang dibawa oleh petani menyeberangi antara tanah kerajaan dengan tanah petani.Tambahan lagi kutipan cukai ini dipajakkan kepada orang Cina.

Kebimbangan masyarakat Acheh terhadap perluasan kuasa Belanda ke wilayah Barus,Tapus, Singkel, Siak,Serdang,Deli dan Asahan mencetuskan Perang Acheh pada tahun 1873 hingga 1912 berpunca.

Di Banjirmasin,penentangan terhadap Belanda disebabkan campurtangan Gabenor Rochssen dalam urusan takhta kerajaan. Belanda telah melantik Pangeran Tamjid Ulah sebagai putera mahkota mengantikan Putera Mahkota yang telah mangkat.

Penentangan di Sapurua Maluku berlaku pada tahun 1817.Penentangan dilakukan kerana pertukaran kuasa pentadbiran daripada British kepada Belanda. Belanda telah menghidupkan semula amalan serahan dan wajib kerja yang telah dihapuskan oleh British.

Filipina.

Pemerintahan Sepanyol sejak abab ke-16 menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan masyarakat Filipina. Dasar pemerintahan Sepanyol banyak menindas masyarakat tempatan.

Pemberontakan Basi telah meletus pada tahun 1807 di Ilacandia berpunca daripada masalah arak.

Pada tahun 1823 tentera Filipina telah memberontak menentang tentera Sepanyol disebabkan amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.Pemberontakan ini di kenali sebagai Pemberontakan Novales.

Golongan Paderi yang dipimpin oleh Apolinario de la Cruz telah mencetuskan Pemberontakan Tayabas pada tahun 1840-1841 disebabkan layanan buruk Sepanyol terhadap paderi-paderi Filipina.

Pada tahun 1873 satu lagi pemberontakan berlaku di Cavite melibatkan golongan Paderi dan tentera Filipina. Tindakan Sepanyol telah menghalang paderi bersembahyang menimbulkan perasaan tidak puas hati.Pemberontakan ini melibatkan 200 tentera.

Penutup.

Penentangan dan pemberontakan masyarakat di Indonesia dan Filipina merupakan tindak balas masyarakat terhadap kehadiran kuasa-kuasa barat.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 16: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Sistem pentadbiran yang diperkenalkan hanyalah alat kepada Belanda dan Sepanyol untuk mengeksploitasi Indonesia dan Filipina.Penduduk tempatan yang tertindas telah bertindak balas menentang kuasa-kuasa barat.

Bagaimanapun tindakbalas ini boleh dianggap sebagai pelopor kepada gerakan seterusnya.(Gerakan Nasionalisme)

Soalan 9Bincangkan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua

Pendahuluan (3 markah) Penghijrahan orang Cina ke Asia Tenggara khususnya Indonesia dan Filipina berlaku pada abad ke-19.

Mereka dibawa masuk untuk menjadi buruh dalam sektor perlombongan. Ditambah lagi dengan galkkan oleh pemerintah Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina.

Kehadiran orang Cina di Indonesia dan Filipina mendatangkan pelbagai kesan politik , ekonomi dan sosial terhadap kedua buah negara.

Isi-Isi Penting

INDONESIA ( 10 markah)a. Kesan Ekonomi :

Peringkat awal : orang Cina hanya menjadi buruh kasar di estet milik Belanda.

Menjelang pertengahan abad ke19, orang Cina mula menjalankan perdagangan dengan menceburkan diri dalam perniagan, perjudian dan pengangkutan feri.

Orang Cina berjaya menguasai ekonomi Indonesia iaitu kira-kira 37 peratus terlibat degan perniagaan.

Mereka juga telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun 1908.

b. Kesan terhadap sistem pendidikan Orang Cina telah membuak beberapa buah sekolah sekitar tahun 1909. Sekolah tersebut menggunakan kurikulum Belanda. Perkembangan sekolah Cina – Belandadi Indonesia mendapat bantahan

dari kjn Negara China Seberang Laut. Belanda berusaha menyekat pengaruh sekolah Cina kerana ingin

mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia.

c. Kesan Pentadbiran. Memainkan peranan dalam Volsraad pada tahun 1918.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 17: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Terdapat lima orang wakil orang Cina dalam dewan perwakilan utk menyuarakan hak dan kptngan mereka.

d. Nasionalisme Gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat Cina lebih kepada

perkembangan nasionalisme di negara asal mereka. Wujud pertubuhan sprt Persatuan Orang Cina dan Kelab Pengembara

Nanyang.

FILIPINA (10 markah)

a. Kesan ekonomi Orang Cina telah melibatkan diri dalam aktikviti ekonomi sprt perniagaan,

perlombongn dan pertanian. Cina Mestizo : penguasa ekonomi utama Filipina. Bertindak sbg orang tengah

kpd pedagang Eropah yang mengimport beras dari Filipina. Juga terlibat dalam pengiulangan beras, industri pembalakan, pemborongan dan ceti. Merupakan tuan tanah yang menjalankan pertanian komersil.

Mereka menguasai sebahagian besar dr industri pembuatan sprt kilang memproses tembakau, garam, barangan kulit dan makanan.

b. Kesan sosial Menubuhkan persatuan bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi mereka.

Cth 1904 mereka telah menubuhkan Dewan Perniagaan Umum Cina.c. Kesan terhadap pendidikan.

Sekolah Cina mula dibina pada pertengahan abad ke 19. Sekolah Cina mendapat bantuan dr sepanyol dan Amerika Syarikat. Sekolah Cina yang pertama ialah Anglo-Chinese. Menjelang abad ke-20, terdapat kira-kira 58 buah sekolah Cina di seluruh

Filipina. Antaranya : Sekolah Chung Hua, Sekolah Perdagangan Cina dan Sekolah Sun Yat Sen.

Kesimpulan Imigran Cina telah menguasai ekonomi,politik mahupun budaya masyarakat di Indonesia

dan Filipina. Rakyat tempatan tidak mampu bersaing dengan orang Cina. Timbul gerakan anti-Cina yang dilancarkan oleh kaum pribumi Indonesia dan Filipina.

Soalan 10Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.

Pengenalan ( 3 markah) Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932

merupakan kemuncak penentangan yang agak berbeza sedikit kerana bukannya menghalau penjajah Barat tetapi menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 18: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

pemerintahan yang sedia ada. Revolusi digerakkan oleh gologan intelektual yang merasakan pembaharuan perlu dilakukan untuk membangunkan negara dan ianya mendapat sokongan rakyat. Revolusi China dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen dan Revolusi Siam dipimpin oleh Pride Panomyong. Revolusi ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Isi PentingA. Faktor-faktor meletusnya Revolusi China 1911 (10 markah)

1. Kelemahan pemerintahan Manchu menurunkan / menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu dengan penubuhan Kerajaan

Republik China di bawah Yuan Shih Kai beberapa penentangan terbuka iaitu Pemberontakan Taiping (1850 – 1864,

Pemberontakan Panthay (1885), Pemberontakan Nien (1853 – 1868) serta gerakan sulit While Lotus Society dan Heaven and Earth Society.

Kelemahan kerajaan Manchu telah menyebabkan kemasukan orang Barat, masalah rasuah dan huru hara. Ini menyebabkan masalah kewangan.

Masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau mengurangkan hasil pertanian. Ini dianggap kerajaan Manchu tidak mendapat mandat dari Tuhan.

2. Kesengsaraan rakyat Awal abad ke-20 penduduk China sekitar 400 juta dan wujud masalah kekurangan tanah

untuk pertanian. Masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau.

3. Kemasukan kuasa Barat masyarakat China perlu menerima idea-idea Barat jika ingin maju tetapi ini tidak

disenangi oleh oleh pemerintah Manchu.

4. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat menguasai pelabuhan

utama akibat beberapa siri perjanjian seperti Perjanjian Nangking. Mengakibatkan China kehilangan punca kewangan utama dan menimbulkan rasa tidak

puas hati penduduk tempatan terhadap pemerintah Manchu.

5. Peranan golongan terpelajar Golongan terpelajar seperti Dr. Sun Yat Sen mempengaruhi masyarakat tempatan dan

meniup semangat nasionalisme

6. Kemudahan sistem perhubungan kemudahan sistem perhubungan seperti rangkaian keretapi, jalan raya, pos dan telegraf

mempercepatkan penyampaian idea.

B. Faktor-faktor Meletusnya Revolusi Siam 1932 (10 markah) Meletusnya Revolusi Siam pada Jun 1932 mempunyai kaitan dengan pembaharuan yang

diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkon terutamanya dalam pendidikan. Hasilnya lahir golongan cerdik pandai dan liberal serta yang memikirkan demokrasi berparlimen. Antara faktor yang mempercepatkan berlakunya revolusi ini adalah:1. Lahirnya golongan berpendidikan Barat

- golongan ini merasakan perlu dilakukan pembaharuan dalam ekonomi, politik dan sosial.

- Mendapat idea daripada didikan Barat dan terpengaruh dengan idea demokrasi seperti Profesor Pridi Panomyong, Mejar Pibul Songram.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 19: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

2. Kelemahan pemerintah Raja Prajadhipok- Siam mengalami masalah ekonomi dan kewangan serius antara tahun 1913 –

1925 iaitu perbelanjaan negara meningkat sehingga 50% sedangkan pendapatan negara hanya 25%

- Tindakan beliau memotong gaji tidak disenangi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan

- Pembubaran pasukan The Wild Tiger Corps yang diasaskan oleh Raja Vajiravuth menimbulkan kemarahan di kalangan tentera kerana kehilangan pekerjaan.

- Dituduh memberi jawatan tinggi kepada kerabat diraja3. Dasar pilih kasih Prajadhipok

- hanya mempercayai golongan diraja dalam membantu pemerintahan negara- menubuhkan Majlis Penasihat tetapi ahli-ahlinya hanya terbatas kepada putera-

putera raja4. Perselisihan antara golongan pemerintah dari kalangan kerabat diraja

- mula dengan konflik antara Putera Bovaradej (Menteri Pertahanan) dengan Putera Purachatra (Menteri Perdagangan) pada tahun 1931

- mempunyai pendapat yang berbeza mengenai ekonomi dan penyelesaian- memberi gambaran yang kurang sihat kepada rakyat

5. Peranan Parti Rakyat- melalui kepimpinan Pridi Panomyong, Kolonel Bahul dan Mejar Pibul Songram

telah melancarkan rampasan kuasa setelah penubuhan Parti Rakyat pada 26 Jun 1932

- rampasan berlaku sewaktu Raja Prajadhipok berada di luar negara dan sekembalinya ke Siam selepas dua hari beliau terpaksa terima perlembagaan yang dirangka oleh Pridi Panomyong pada Disember 1932

Kesimpulan ( 2 markah) Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932

merupakan peristiwa yang terjadi akibat daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem pemerintahan beraja yang dianggap mengongkong pembaharuan dan pembangunan yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik. Bezanya di China ianya didasarkan kepada pemerintahan yang bukan dari kalangan orang China tetapi dari golongan Manchu sementara di Siam pula berkait rapat dengan ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan beraja sendiri secara mutlak.

Soalan 11 Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua.

Pengenalan (3 markah) Pada peringkat awal, Jepun telah menjalankan usaha berbaik-baik dengan penduduk di

Asia Tenggara. Kebanyakan negara Asia Tenggara telah memberikan sokongan kepada

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 20: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Jepun yang mereka anggap sebagai penyelamat dan membebaskan negara mereka daripada penjajahan Barat.

Beberapa dasar Jepun mentadbir negara dengan menjalankan pemerintahan secaras keras dan penuh disiplin. Penduduk Jepun di Indonesia dan Vietnam telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan rakyatnya.

Isi-isi Penting 1. Kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia (10 Markah)a. Ke arah berkerajaan sendiri

Tentera Jepun telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bersama-sama dengan tentera Jepun memerintah negara mereka.

Golongan terpelajar telah diberi peluang untuk menyertai pentadbiran, manakala ahli-ahli politik pula diberi kebebasan untuk berpolitik

Tahanan politik semasa penjajahan Barat seperti Soekarno, Hatta dan Syahrir di Indonesia telah dibebaskan kerana dijadikan tahanan semasa pemerintahan pihak British

9 Julai 1943, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) ditubuhkan di Indonesia, untuk memantapkan sokongan penduduk Indonesia kepada Jepun

Penubuhan Tentera Pembela Tanah Air (PETA) pada September 1943 pula bertujuan untuk mempertahankan Indonesia daripada Kuasa Berikat

b. Tumpuan utama Jepun kepada golongan pemuda Indonesia Dalam usaha Jepun cuba menawan hati penduduk Indonesia, golongan pemuda

merupakan antara tumpuan utama mereka Tentera Jepun menyebarkan propaganda kepada golongan muda untuk menanam

semangat pejuang dan antiBarat dengan slogan Jepang-Indonesia sama-sama atau Jepang Saudara Tua,

Barisan Pemuda Asia Raya (BPAR) yang ditubuhkan pada 11 Jun 1942 adalah untuk melatih pemuda dengan penekanan kepada semangat dan keyakinan

c. Kekurangan sumber makanan Ekoran pendudukan Jepun di Indonesia menyebabkan Indonesia menghadapi

kesengsaraan akibat kekurangan sumber makanan Ini telah menyebabkan kebuluran yang semakin berleluasa di kalangan rakyat tempatan Bahan-bahan makanan seperti beras tidak dapat diimport dari luar negara seperti Burma

dan Siam akibat peperangan Hal ini juga mengakibatkan taraf kesihatan telah merosot akibat merebaknya penyakit

tropika seperti taun, malaria dan sebagainya.

d. Gerakan nasionalisme Indonesia Zaman pendudukan Jepun di Indonesia antara tahun 1942-1945 juga adalah satu

tempoh yang sangat penting kepada gerakan nasionalisme Pendudukan Jepun juga telah memperkukuhan gerakan Indonesia dan

mempercepatkan proses kemerdekaan melalui slogan-slogannya sebelum perang dunia kedua meletus iaitu “Jepun Pemimpin Asia” dan “Jepun Cahaya Asia”

Antara gerakan nasionalisme ialah PUTERA, MASJUMI, PETA

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 21: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Rakyat tempatan diberi kesempatan memegang jawatan penting Ini memberi keyakinan kepada mereka untuk memerintah negara sendiri

2. Kesan-kesan pendudukan Jepun di Vietnam (10 Markah)a. Jepun memberi sokongan kepada golongan agama dan pemimpin nasionalis Vietnam

Tahanan politik seperti pemimpin Cao Dai dan Hoa Hoa telah dibebaskan Trang Quang Vinh dan kumpulan Cao Dai misalnya menjalankan kerjasama dengan

pemerintahan Jepun sebagai golongan intelek untuk memerhati pemerintah Perancis 1944 kumpulan ini telah mendapat latihan dan kerja-kerja teknik daripada Jepun

b. Penderitaan oleh para petani Vietnam Penduduk Vietnam menghadapi penderitaan akibat paksaan yang dikenakan ke atas

petani mereka Tentera Jepun telah memaksa petani Vietnam untuk menukarkan sebahagian tanah subur

mereka untuk penanaman jut, rami, kacang, dan tumbuhan minyak jarak Arahan tentera Jepun ini telah menimbukan masalah kerana kawasan utara dan tengah

mengalami kekurangan bahan bijiran Untuk menguatkuasakan dasar ini, tentera Jepun dan Kempitai akan mengawas kampung

petani Makanan pula makin berkurangan dan mereka terpaksa memakan jagung, kentang atau

kekacang bagi mengantikan beras

c. Serangan ke atas Jepun diteruskan oleh perjuangan komunis Viet Minh mendakwa bahawa dia mempunyai seramai 200 000 orang ahli di Tongking

dan menjalankan serangan gerila dan menyebar propaganda kepada penduduk Vietnam Mereka berikrar untuk menyingkirkan Jepun dan Bao Dai serta menubuhkan republik Kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun kepada Annam dan Tongking hanyalah satu

propaganda Jepun untuk mendapat sokongan rakyat Vietnam Bao Dai sendiri berasa kecewa denga sikap Jepun yang tidak mahu membantu masalah

yang dialami Wilayah Annam dan Tongking

Kesimpulan (2M) Sifat Jepun yang menindas rakyat tempatan yang menyebabkan penderitaan penduduk

Indonesia dan Vietnam. Pihak Jepun turut memperkenalkan pelbagai dasar untuk mengukuhkan kedudukannya di Indonesia dan Vietnam

Dasar ekonomi Jepun sangat teruk sehingga menyebabkan masalah inflasi. Selain itu, Jepun telah mengeksploitasi kekayaan sumber alam di Vietnam dan Indonesia untuk kepentingan negaranya. Walau bagaimanapun. Jepun member kebebasan terhadap gerakan kebangsaan di kalangan tokoh-tokoh nasiolis. Keadaan ini telah membangkitkan semangat untuk mencapai kemerdekaan sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua

Soalan 12Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 22: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Pendahuluan (3 markah) Selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Thailand telah berusaha untuk

membangunkan sosioekonominya. Pelbagai bidang ekonomi telah dimajukan untuk manfaat rakyatnya. Antara bidang ekonomi yang dimajukan ialah pertanian dan perindustrian. Kerajaan menaiktaraf dan menambahbaik segala kemudahan sosial.

Kemerdekaan Myanmar daripada British memberikan peluang untuk membangunkan negara sendiri. Pada awal kemerdekaannya, Myanmar banyak memberikan tumpuan terhadap pembangunan sosioekonomi. Myanmar banyak bergantung kepada sektor pertanian. Pembangunan untuk kesejahteraan rakyat turut diberikan keutamaan oleh kerajaan.

Isi-isi penting Myanmar (10 markah)

Pemimpin Myanmar telah mengambil tindakan yang berkesan ke arah memajukan ekonomi negara mereka. Antara tindakan yang dilaksanakan ialah penubuhan Kementerian Perancangan Kebangsaan yang bertujuan merancang segala pembangunan ekonomi negara. Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Dua Tahun dan Akta Hak Milik Negara. Kedua-dua pendekatan tersebut bertujuan memaksimumkan hasil pendapatan negara.

Perkembangan yang pesat dalam ekonomi Myanmar terutama sekali bidang pertanian khususnya penanaman padi. Padi merupakan tanaman utama Myanmar selepas British memperkenalkan berbagai langkah seperti menyediakan pasaran eksport beras dan kemudahan kepada para petani untuk mendapatkan pinjaman. Selain itu, British telah menggalakkan pembukaan tanah-tanah pertanian yang baru dan memperbaiki kemudahan pengairan di kawasan sawah padi. Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Arakkan, Tenasserim, Myanmar Hilir. Sekitar tahun 1870, Myanmar telah mengeksport kira-kira 40 peratus beras di dunia. Selain penanaman padi Myanmar turut mengusahakan tanaman lain secara besar-besaran seperti sekoi, getah, kelapa sawit dan tebu.

Penggunaan kepakaran asing untuk membangunkan ekonomi Myanmar telah dilaksanakan sebaik sahaja mencapai kemerdekaan. Perdana Menteri U Nu telah menggunakan khidmat pakar ekonomi dari Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, Myanmar telah melaksanakan satu program pembangunan yang dikenali sebagai Rancangan Negara Makmur telah berjaya meningkatkan ekonomi negara dengan penglibatan pihak swasta.

Sumber ekonomi yang turut berkembang semasa pemerintahan British di Myanmar ialah sektor pembalakkan. Kayu jati merupakan hasil utama yang paling berharga di Myanmar. British telah menjadikan kayu jati sebagai hak milik mahkota British untuk memaksimumkan penguasaan pembalakkan. Oleh yang demikian, British telah memperkenalkan pelbagai perubahan untuk menguasai sumber hutan tersebut. Misalnya pada tahun 1856, Jabatan Perhutanan telah diwujudkan untuk memastikan pengurusan dan hasil hutan dapat diusahakan dengan sempurna. Jabatan Perhutanan telah berjaya mengurangkan kegiatan pembalakkan secara haram yang mengakibatkan banyak kawasan hutan diselamatkan. Selain itu, kawasan-kawasan hutan simpan telah diwartakan untuk memastikan sumber hutan yang berharga dapat dilestarikan.

Myanmar telah mendapatkan bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berupa bantuan kepakaran dan teknikal. Misalnya bantuan PBB telah berjaya meningkatkan pengeluaran kayu jati. Myanmar merupakan pengeluar kayu balak yang terbesar di dunia dengan menguasai kira-kira 75 peratus keluaran dunia. British telah memberikan lesen pembalakkan kepada beberapa syarikat pembalakkan. Misalnya

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 23: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Syarikat Bombay-Burma Trading Coporation yang merupakan syarikat pembalakkan yang terbesar.

Perlombongan minyak turut berkembang dengan pesat semasa pendudukan British. Pada peringkat awal, perlombongan minyak di Myanmar telah dimonopoli oleh golongan istana. Kaedah dan penggunaan minyak hanyalah terhad dan bersifat tradisional. Selepas pengusahaan British, telah memperkenalkan kaedah perlombongan baru melalui syarikat-syarikat perlombongan asing. Misalnya pada tahun 1886, Burma Oil Company telah diwujudkan oleh British untuk urusan carigali dan perlombongan. Menjelang akhir abad ke-19, pengeluaran minyak Myanmar telah meningkat dengan adanya kilang penapisan minyak di Syriam. Dengan itu, Myanmar telah berjaya menghasilkan lebih kurang 270 juta tan minyak.

Dalam bidang sosial, Myanmar telah berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan. Bahasa Myanmar telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, manakala bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua. Kerajaan turut menaiktaraf kemudahan kesihatan untuk rakyatnya dengan pembinaan pusat-pusat kesihatan. Misalnya pada tahun 1961, kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kematian bayi sebanyak 55 peratus.

Kerajaan Myanmar telah mengisytiharkan agama Buddha sebagai agama rasmi negara. Hal ini bertujuan membendung ideologi dan kegiatan komunis yang berusaha mempengaruhi rakyat Myanmar.

Thailand (10 markah)

Sebenarnya pembanguanan dalam aspek sosioekonomi Thailand mula berkembang pesat pada zaman pemerintahan Rama IV iaitu Raja Mongkut tahun 1851. Kemudian bertambah pesat ketika pemeritahan Raja Chulalongkorn tahun 1868. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pembanguanan dalam bidang pertanian semakin dipertingkatkan oleh kerajaan Thailand telah memajukan sektor tersebut. Sebagai contohnya kerajaan telah memperkenalkan kaedah moden untuk penanaman padi, getah dan kayu jati. Kerajaan Thailand juga mempermodenkan sistem pengairan yang telah dibina semenjak beberapa abad yang lama. Antara tempat pengairan yang moden adalah Delta Irrawady, dan Delta Tomnesap. Kawasan–kawasan pengairan ini merupakan kawasan penanaman padi yang utama di Thailand. Menjelang tahun 1960-an Thailand semakin meningkatkan hasil keluaran pertanian terutamanya padi. Justeru itu, padi merupakan eksport utama Thailand. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan tanaman seperti kelapa.

Dalam sektor perindustrian, kerajaan Thailand memajukan industri pemprosesan beras, gula dan kayu jati. Thailand tidak mahu bergantung semata-mata terhadap sektor pertanian semata-mata. Hasil pertanian yang dieksport mentah tidak memberikan pulangan pendapatan yang lumayan. Oleh yang demikian, hasil pertanian diproses menjadi barang siap dan separuh siap sebelum dieksport. Menjelang tahun 1961, Thailand telah meningkatkan aktiviti industri berat terutama peleburan besi dan membuat kaca. Selain itu, kerajaan telah memajukan juga ringan seperti memproses padi, gula, dan juga kraftangan. Malahan kerajaan juga telah meningkatkan penghasilan batu permata, garam dan batu kapur. Pada tahun 1959, bidang perindustrian di Thailand mengalami fasa baru setelah loji penipasan minyak telah dibina yang mempunyai kapasiti pengeluaran mencecah kira-kira 280 000 tong sehari.

Pada tahun 1960, kerajaan telah mewujudkan Rancangan Pembangunan Enam Tahun yang bertujuan membawa asas bagi satu ekonomi yang berkembang dengan luasnya di Thailand. Bagi mendukung usaha pembangunan ekonomi tersebut maka, kerajaan telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kebangsaan dan Kementerian Pembangunan Negara. Rancangan pembangunan tersebut telah berjaya meningkatkan ekonomi Thailand yang mengalami kemerosotan akibat daripada Perang Dunia Kedua.

http://sejarahstpm.blogspot.com/

Page 24: Rashman_sabah-skema Excel 1 Jawapan Sejarah Kertas 2 2010

Penyediaan kemudahan sosial seperti pendidikan, pengangkutan dan sebagainya dimajukan oleh kerajaan, misalnya dalam bidang pendidikan memaksa anak-anak golongan atasan mempelajari bahasa Inggeris yang dikendalikan di istana oleh kerana pendidikan barat lebih maju. Bagi menguruskan perjalanan pelajaran dengan lebih terarur dan sisematik. Penyusunan sistem pendidikan diperkemaskan dengan menubuhkan pejabat pelajaran di Bangkok. Bagi memberi pelajaran kepada rakyat, kerajaan telah menyamakan sistem pendidikan Thailand dengan sistem pendidikan Barat dan menubuhkan sekolah dengan dua bahasa pengantar, sekolah bahasa pengantar Inggeris dan sekolah bahasa pengantar Thailand contohnya sekolah Sunandalayat ( sekolah perempuan) dan sekolah harian (golongan pertengahan).

Kerajaan menyedari bahawa negara Thailand memerlukan tenaga pakar dalam pelbagai seperti kemahiran teknik yang lebih khusus seperti kejuruteraan. Oleh yang demikian kerajaan berusaha untuk meningkatkan kepakaran teknikal dengan mewujudkan sistem pendidikan yang menjurus kepada bidang tersebut. Tambahan pula, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan jumlah sekolah rendah dengan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan peringkat rendah. Kerajaan telah mengeluaran perbelanjaan yang cukup besar untuk menaiktaraf sistem persekolahan di Thailand.

Kerajaan juga menjalankan dasar memajukan kemudahan-kemudahan asas untuk orang ramai. Pada peringkat awal usaha tersebut kerajaan Thailand mendapat bantuan dan pinjaman daripada negara asing. Sejumlah besar pinjaman diperolehi daripada pinjaman Bank Dunia. Antara kemudahan asas yang dimajukan ialah jalan keratapi untuk memudahkan perhubungan antara wilayah di seluruh negara. Selain itu, pelabuhan Bangkok, pembinaan empangan air bagi menjana kuasa dan juga pengairan kawasan pertanian turut dinaiktaraf. Kerajaan Thailand juga telah mendapat bantuan dari pelabur asing untuk pembangunan jalan raya, perhubungan telekomunikasi, kesihatan dan kebersihan.

Kesimpulan (2 markah) Pembangunan sosioekonomi di Myanmar dan Thailand telah berjaya meningkatkan taraf

hidup pendudukanya. Pendapatan negara turut meningkat dengan pelaksanaan semua perancangan ekonomi.

Kejayaan rancangan pembangunan sosioekonomi di Myanmar dan Thailand merupakan bukti kerjasama antara kerajaan dengan rakyat. Kedua-dua negara telah berusaha memajukan negara masing-masing.

http://sejarahstpm.blogspot.com/