contoh folio geografi tingkatan 2

18
KERJA KURSUS GEOGRAFI NAMA CALON : NUR ‘AMIRAH MOHD NOOR TINGKATAN : 2 KRK 3 NOMBOR KAD PENGENALAN : 920509-03- 5380 ANGKA GILIRAN : NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM(1) TAJUK KERJA KURSUS : KOMPOSISI PENDUDUK DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR, PASIR MAS, KELANTAN NAMA GURU : ENCIK MARZAIDIN YAACOB ISI KANDUNGAN

Upload: marzaidin-yaacob

Post on 19-Jun-2015

108.859 views

Category:

Documents


93 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

KERJA KURSUS GEOGRAFI

NAMA CALON : NUR ‘AMIRAH MOHD NOOR

TINGKATAN : 2 KRK 3

NOMBOR KAD PENGENALAN : 920509-03-5380

ANGKA GILIRAN :

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN

IBRAHIM(1)

TAJUK KERJA KURSUS : KOMPOSISI PENDUDUK DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR, PASIR MAS, KELANTAN

NAMA GURU : ENCIK MARZAIDIN YAACOB

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN1 PENGHARGAAN 12 PENDAHULUAN 23 OBJEKTIF KAJIAN 34 KAWASAN KAJIAN 4 - 75 KAEDAH KAJIAN 8

Page 2: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

6 KOMPOSISI PENDUDUK 9 - 117 JENIS PEKERJAAN PENDUDUK

MENGIKUT KAUM 12 - 148 FAKTOR PERKAITAN ANTARA

PENDUDUK DENGAN PEKERJAAN 15

9 CADANGAN MENINGKATKAN PENDAPATAN PENDUDUK 16

10 RUMUSAN 1711 RUJUKAN 1812 LAMPIRAN 19 - 22

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian mengenai dinamik penduduk di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran menjalankan kajian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Marzaidin Yaacob, guru mata pelajaran Geografi Tingkatan Tiga Rancangan Khas Tiga(2KRK3) yang telah memberi panduan, nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa kajian ini dijalankan dan juga kepada Tuan Pengetua SMKSIS yang banyak memberi dorongan. Dan yang paling utama ucapan ribuan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada ibu bapa tersayang iaitu Encik Mohd Noor bin Abdul Rahman dan Puan Nor Majidah binti Lajib kerana telah memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan

Page 3: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

semasa kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada semua penduduk di Kampung Pengkalan Pasir yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa temu bual dijalankan.

Wassalam….

PENDAHULUAN

Saya Nur ‘Amirah binti Mohd Noor, pelajar tingkata 2KRK3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu. Saya telah menjalankan kajian di kawasan kediaman saya. Saya menjalankan kajian tentang dinamik penduduk di sebahagian kawasan perumahan Kampung Pengkalan Pasir. Saya juga telah menjalankan temu bual tentang jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. Kajian ini mengambil masa kira-kira selama dua minggu untuk saya menulis laporan.

Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekot data dan mempersembahkan data dalam bentuk graf dan jadual. Saya juga dapat mengenal pasti dinamik penduduk di kawasan kajian, dan juga jenis pekerjaan penduduk.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya ialah :

a. Menjalankan kajian di tempat tinggal saya.

b. Mengenal pasti dinamik penduduk di kawasan kajian.

c. Mengenal pasti tentang jenis-jenis pekarjaan penduduk di kawasan kajian.

d. Mengenal pasti perkaitan antara komposisi penduduk dengan pekerjaan di kawasan kajian.

Page 4: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

e. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan.

f. Merekod dan mempersembahkan meklumat dan data dalam bentuk jadual, graf dan peta lakaran.

g. Menyatakan huraian kajian antara komposisi penduduk dengan jenis kajian.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan Kampung Pengkalan Pasir. Kampung Pengkalan Pasir terletak kira-kira 2 kilometer daripada pusat bandar Pasir Mas. Keluasan Kampung Pengkalan Pasir pula ialah kira-kira 4 kilometer persegi dan jumlah penduduk pula dianggarkan kira-kira 500 orang yang terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Kampung Pengkalan Pasir juga dihubungi oleh jalan raya yang berturap dan digunakan oleh kareta, van dan motosikal.

Penghulu di kawasan kajian, Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Haji Roji bin Daud. Tok imam Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Haji Musa bin Abdullah. Manakala bilal Kampung Pengkalan Pasir pula bernama Muhammad bin Bakar.

Kemudahan fizikal yang ada di Kampung Pengkalan Pasir ialah sungai. Sungai ini menghubungkan Jalan Pasir Mas dengan jalan ke Kota Bharu dan di Kampung Pengkalan Pasir juga terdapat sawah padi di mana ianya menjadi rutin harian petani untuk mencari rezeki.

Saya memilih kawasan Kampung Pengkalan Pasir sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini adalah kawasan yang maju dan kawasan ini juga terdapat banyak kemudahan asas antaranya stesen minyak, kedai runcit, kedai makan dan di samping itu sekolah saya juga cuma 1 kilometer dari kawasan Kampung Pengkalan Pasir. Rumah saya juga terletak di Kampung Pengkalan Pasir.

Page 5: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

KAEDAH KAJIAN

a. Rujukan dari penghulu kampung Saya mendapat maklumat tentang kadudukan secara khusus dan efektif.

b. Pemerhatian di kawasan kajian Melalui pemerhatian ini saya dapat mengenal pasti keadaan kawasan kajian saya.

c. Temubual bersama penduduk kampung Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat dan data penting tentang jenis pekerjaan mereka.

HASIL KAJIAN

Jadual menunjukkan komposisi punduduk di Kampung Pengkalan Pasir. Penduduk di kawasan kajian ini terdiri daripada kaum Melayu dan Cina. Didapati jumlah penduduk di Kampung Pengkalan Pasir (berdasarkan 50 buah rumah yang dipilih) iaitu seramai 500 orang. Bilangan kaum Melayu ialah seramai 484 orang penduduk. Manakala bilangan kaum Cina dianggarkan seramai 16 orang.

Berpandukan graf, didapati peduduk di Kampung Pengkalan Pasir terdiri daripada kaum Melayu dan kaum Cina. Lebih separuh daripada jumlah penduduk Kampung Pengkalan Pasir terdiri daripada kaum Melayu iaitu seramai 484 orang, diikuti oleh kaum Cina iaitu seramai 16 orang. Secara keseluruhan bilangan lelaki lebihramai daripada bilangan perempuan. Bilangan lelaki kaum Melayu melebihi bilangan perempuan kaun Melayu iaitu seramai 162 orang. Bagi kaum Cina pula, bilangan lelaki kaum Cina melebihi bilangan perempuan kaum Cina iaitu seramai 6 orang.

Page 6: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

KOMPOSISI PENDUDUK MENGIKUT KAUM DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR

JANTINA / KAUM

MELAYU CINA JUMLAH

LELAKI 323 11 334PEREMPUAN 161 5 166

JUMLAH 484 16 500Sumber : Soal selidik

HASIL KAJIAN

Jadual dan graf menunjukkan jenis pekerjaan penduduk di Kampung Pengkalan Pasir. Seramai 9 orang daripada jumlah responden yang di temubual adalah ahli-ahli professional, seperti guru, polis dan pengurus bank.

Tiga orang daripada jumlah responden yang di temubual bekerja sebagai peniaga. Semuanya merupakan peniaga Melayu. Dua daripada jumlah responden Melayu di kawasan kajian bekerja sebagai buruh. Responden yang lain bekerja sebagai petani dan kakitangan swasta.

JENIS PEKERJAAN PENDUDUK DI KAMPUNG PENGKALAN PASIR

Page 7: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

JENIS PEKERJAAN

BILANGAN PEKERJA

Pengurus bank 3Buruh 10Guru 15Polis 17

Peniaga 32Petani 34

Kakitangan swasta 35Lain-lain 40Jumlah 186

Sumber : Soal selidik

FAKTOR PERKAITAN ANTARA PENDUDUK DENGAN PEKERJAAN

Pendidikan penduduk di Kampung Pengkalan Pasir adalah tinggi.

Sumber utama pendapatan penduduk Kampung Pengkalan Pasir ialah berniaga.

Kemudahan asas di Kampung Pengkalan Pasir ialah kereta api, masjid dan lain-lain lagi.

Bentuk muka bumi di Kampung Pengkalan Pasir ialah bertanah Aluvium.

Sejarah kampung ini ialah berniaga iaitu peniaga di kampung ini adalah turun temurun dari nenek moyang mereka

CADANGAN MENINGKATKAN PENDAPATAN PENDUDUK

Page 8: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

a. Mewujudkan bandar baru Pasir Mas. Bandar Pasir Mas telah padat. Kampung Pengkalan Pasir boleh

diwujudkan bandar baru kerana berhampiran dengan bandar.

b. Menambahkan infrastuktur. Infrastuktur dapat menambahkan pendapatan penduduk seperti

membuka banyak peluang pekarjaan.

c. Pasaran lebih luas. Membuka pasaran yang lebih luas kepada penduduk untuk

meningkatkan pendapatan penduduk.

d. Pekerjaan. Pekerjaan di kampung ini berkurang dan ia perlukan pekerjaan

seperti berniaga dan lain-lain lagi.

e. Menambah modal / pinjaman. Kerajaan perlu memberi modal kepada penduduk kampung untuk

meningkatkan pendapatan penduduk.

RUMUSAN

Kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa Kampung Pengkalan Pasir mempunyai komposisi penduduk yang berbilang kaum. Komposisi penduduk yang berbilang kaum tersebut adalah kaum Melayu dan kaum Cina. Secara am, kaum Melayu mengatasi kaum Cina. Kedudukan kawasan kajian membolehkan mereka pergi ke tempat karja dengan mudah. Namun begitu, ada juga yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas untuk ke tempat kerja.

Saya merasa amat bertuah kerana penduduk di kampung ini hidup dalam aman dan damai tanpa konflik. Mereka mempunyai interaksi yang baik antara satu sama lain. Mereka sering kali mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perpaduan yang dijalankan. Mereka juga saling bekerjasama antara satu sama lain. Malahan, mereka juga saling mengambil berat antara satu sama lain.

Page 9: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

Perpaduan antara penduduk juga dapat dilihat dalam kehidupan seharian penduduk Kampung Pengkalan Pasir. Penduduk Kampung Pengkalan Pasir sangat cintakan kampung halaman, malah mereka juga sangat cintakan negara Malaysia.

RUJUKAN

a. Buku teks Geografi Tingkatan 2

Penulis- Abdul Aziz Bin Abdul Rahman- Lim Jin Choon - Ratnam Karuppiah Servai

Editor - Nor Wati Binti Juahir - Norhasikin Binti Sharom

Cetakan - Rina Sdn,Bhd

Tahun keluar - 2004

Geografi Tingkatan 3 Penulis

- Khaw Ah Seng - Habibah Binti Haji Lateh - Tan Koh Lim

Editor - Juwairiah Binti Ismail

Cetakan - PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd

Tahun keluar - 2004

b. Buku rujukan Tajuk

Page 10: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

- i-STUDI TERBAIK GEOGRAFI TINGKATAN 1.2.3 Pengarah

- Sabaruddin Abdul Rahman - Normala Ahmad

Cetakan - M&M Printers Sdn.Bhd

Penerbit - SNP Panpac (M) Sdn.Bhd

LAMPIRAN

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Page 11: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

Pengetua,Sekolah Menengah Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas,Kelantan. Tel : 09-7909922

Tuan,

Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Merujuk perkara di atas saya ......................................................... membenrkan anak jagaan saya ......................................................... pelajar dari tingkatan ............ untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika berlaku sesuatu yang tidak diingina kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian,terima kasih

Yang benar,

..............................................( )

SURAT PENGENALAN DIRI PELAJAR

Page 12: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1)17000 Pasir Mas, Kelantan. Tel : 09-7909922

Rujukan kami :Tarikh :

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan / puan

Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Pembawa surat ini ................................................................. adalah seorang pelajar tingkatan ................ dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas. Pelajar ini sedang membuat kajian luar untuk memenuhi syarat kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

.....................................................( HAJI ADNAN B. CHE OTHMAN) Pengetua, SMK Sultan Ibrahim(1)17000 Pasir Mas,Kelantan.

SURAT KEBENARAN UNTUK MELAWAT / MENEMURAMAH DAN MENDAPAT BAHAN SUMBER

Page 13: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(1)17000 Pasir Mas,Kelantan. Tel : 09-7909922

Rujukan kami :Tarikh :

Tuan,

Kajian Geografi Tempatan(KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini sedang menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

3. Kajian ini merupakan sebahagia daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi KBSM. Kajian melibatkan pelajar sekolah mengumpul meklumat dan mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

5. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

........................................................(HAJI ADNAN B. CHE OTHMAN)Pengetua,SMK Sultan Ibrahim(1) 17000 Pasir Mas,Kelantan.

Page 14: Contoh Folio Geografi Tingkatan 2

TAMAT