contoh ebook

7
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Untuk isi ebook saya ini, saya akan kongsikan 8 kebaikan memakan sayur-sayuran. Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup Sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun! Saya akan mengupas lebih lanjut mengenai sebab anda perlu makan perlu makan sayur yang membawa kebaikan kepada diri anda semua.

Upload: afiq

Post on 17-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

panduan untuk ebook

TRANSCRIPT

Page 1: contoh ebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Untuk isi ebook saya ini, saya akan

kongsikan 8 kebaikan memakan sayur-sayuran. Sayur-sayuran dan buah-buahan memang

telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral,

lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan

Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana,

mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang

sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup

Sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan

emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat

tersendiri kepada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang

mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau

mengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun!

Saya akan mengupas lebih lanjut mengenai sebab anda perlu makan perlu makan sayur

yang membawa kebaikan kepada diri anda semua.

Page 2: contoh ebook

10 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui

1. Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang

menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk

tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang

telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat

badan. Jadi kepada siapa yang ingin menurunkan berat badan segera pergi ke kedai sekitar

anda dengan cepat sebelum kehabisan untuk membeli sayur sebagai hidangan untuk

menurunkan berat badan.

Page 3: contoh ebook

2. Mencantikkan kulit

Ingin memiliki kulit yang cantik seperti Nora Danish ataupun artis Korea, anda boleh

memiliki kulit seperti mereka dengan hanya mengamalkan pemakanan sayur-sayuran. Oleh

kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan

kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti

vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen

yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis.

Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat

usia. Impian anda untuk menjadi seperti mereka mungkin tercapai dengan cara yang yang

mudah dengan mengamalkan pemakanan sayur-sayuran.

Page 4: contoh ebook

3. Membina dan memperbaiki tulang

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat

membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko

menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama.

Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K

yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang.

4. Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu

melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada

penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu

badan.

Page 5: contoh ebook

5. Menangani masalah kesihatan

Selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen

yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih

sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan

kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti

kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi

6. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya

Seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, fitonutrien

dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.

Page 6: contoh ebook

7. Kaya dengan sumber protein dan mineral

Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi

vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap

antioksidan di dalam badan.

8. Baik untuk Kanak-kanak

Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen

(pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar

dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.

Page 7: contoh ebook

Kesimpulan

Kajian telah mengatakan bahawa pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah

dikenali hidup lebih sihat dan lama berbanding mereka kurang mengamlkan pemakanan

berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan, jadi apa lagi pastikan dalam menu harian kita ada

mengambil sedikit sayur dan buahan-buahan supaya seimbang.Dengan badan yang sihat kita

menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna.Jadi amalkan hidup gaya hidup yang sihat

sebelum penyakit mencari anda. Renung-renungkan dan motivasi diri anda sendiri.