contoh dapatan temubual

3
Jadual 4.14: Dapatan data temu bual pembentukan konstruk amalan guru PJ Rujukan Petikan Temu bual Tema R17 Guru perlu profesional. Profesionalisme  penting untuk menjadi guru yang serba boleh. Selain daripada itu knowledge, skills dan attitude tiga perkara yang sangat penting untuk dikuasai oleh setiap guru yang  profesional. Selain daripada itu, ia juga merupakan kompetensi asas yang perlu dikuasai oleh setiap guru. Bagi guru PJ, selain daripada pengetahuan , kemahiran dan pedagogi  merupakan elemen yang seharusnya tidak boleh diambil mudah. Selain ini perancangan pengajaran yang baik  akan menghasilkan pengajaran yang tersusun dan bersistem. Penilaian juga penting lebih-lebih lagi yang melibatkan kemahiran psikomotor. Oh ya… kawalan kelas juga penting. Mungkin itu boleh diletakkan di  bawah pengurusan kelas atau perancangan pengajaran. Amalan pengajaran guru R18 …Guru-guru hari ini kurang jati diri dan semangat keguruan tidak sekental guru-guru terdahulu. Mungkin tekanan kerja yang terlalu banyak. Justeru itu, tahap profesionalisme  guru perlu sentiasa berada pada skala yang tinggi. Oleh yang demikian, KPM telah membangunkan satu model yang dipanggil CPD. Continuing Professional Development  merupakan satu  program yang perlu diikuti oleh setiap orang guru setelah mereka mengajar lima tahun. Ia bertujuan membugarkan semula ilmu-ilmu pendidikan dan ilmu- ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran agar mereka selari dengan pendidikan abad ke-21 ini. Pada saya  peranan seorang guru PJ tidak hanya mengajar dan menilai. Lebih daripada itu. Peranan yang dimainkan oleh guru sebenarnya mencakupi tiga fasa iaitu fasa perancangan , penyampaian dan penilaian. Perancangan perlu ilmu pengetahuan. Pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi . Sementara itu, dari sudut penyampaian melibatkan gabungan  pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran sukan, kemahiran individu, kemahiran pengurusan kelas dan kemahiran gabung jalin. Seterusnya, fasa penilaian. Impak pembelajaran sangat penting bagi mendapatkan maklum balas sesi pengajaran. Amalan pengajaran guru R19 Bila sebut sahaja tentang PJ, kepala saya terus teringat situasi saya menyelia seorang guru mengajar… Amalan pengajaran guru

Upload: devaki-subramaniam

Post on 08-Jan-2016

162 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nhjy

TRANSCRIPT

7/17/2019 Contoh Dapatan Temubual

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-dapatan-temubual 1/3

Jadual 4.14: Dapatan data temu bual pembentukan konstruk amalan guru PJ

Rujukan Petikan Temu bual Tema

R17 Guru perlu profesional. Profesionalisme penting

untuk menjadi guru yang serba boleh. Selain daripada

itu knowledge, skills dan attitude tiga perkara yang

sangat penting untuk dikuasai oleh setiap guru yang profesional. Selain daripada itu, ia juga merupakan

kompetensi asas yang perlu dikuasai oleh setiap guru.Bagi guru PJ, selain daripada pengetahuan,

kemahiran dan pedagogi merupakan elemen yang

seharusnya tidak boleh diambil mudah. Selain ini

perancangan pengajaran yang baik  akan

menghasilkan pengajaran yang tersusun dan bersistem.

Penilaian juga penting lebih-lebih lagi yang

melibatkan kemahiran psikomotor. Oh ya… kawalankelas juga penting. Mungkin itu boleh diletakkan di

 bawah pengurusan kelas atau perancanganpengajaran.

Amalan pengajaran

guru

R18 …Guru-guru hari ini kurang jati diri dan semangatkeguruan tidak sekental guru-guru terdahulu. Mungkin

tekanan kerja yang terlalu banyak. Justeru itu, tahap

profesionalisme guru perlu sentiasa berada pada skala

yang tinggi. Oleh yang demikian, KPM telahmembangunkan satu model yang dipanggil CPD.

Continuing Professional Development  merupakan satu

 program yang perlu diikuti oleh setiap orang guru

setelah mereka mengajar lima tahun. Ia bertujuanmembugarkan semula ilmu-ilmu pendidikan dan ilmu-

ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran agar mereka

selari dengan pendidikan abad ke-21 ini. Pada saya peranan seorang guru PJ tidak hanya mengajar dan

menilai. Lebih daripada itu. Peranan yang dimainkan

oleh guru sebenarnya mencakupi tiga fasa iaitu fasa

perancangan, penyampaian dan penilaian.

Perancangan perlu ilmu pengetahuan. Pengetahuan

isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. Sementara

itu, dari sudut penyampaian melibatkan gabungan

 pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran sukan,kemahiran individu, kemahiran pengurusan kelas dan

kemahiran gabung jalin. Seterusnya, fasa penilaian.

Impak pembelajaran sangat penting bagi

mendapatkan maklum balas sesi pengajaran.

Amalan pengajaranguru

R19 Bila sebut sahaja tentang PJ, kepala saya terus teringat

situasi saya menyelia seorang guru mengajar…

Amalan pengajaran

guru

7/17/2019 Contoh Dapatan Temubual

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-dapatan-temubual 2/3

Rasanya bukan mengajar tetapi memberi pelajar bola

dan membiarkan mereka bermain bola sepak dari mulawaktu sehingga tamat waktu PJ. Bila saya bertanya

kenapa hanya memberikan bola kepada pelajar tanpa

cikgu mengajar mereka konten PJ? Guru tersebut

menjawab yang dia bukan opsyen PJ. Di sini saya lihat pentingnya seseorang guru opsyen mengajar subjek

mengikut kepakaran masing-masing. Ilmu

pengetahuan dalam kalangan guru PJ terutamanya

yang bukan opsyen di tahap yang rendah. Selain

daripada itu, ilmu pedagogi juga kurang dikuasai. Ini

kerana ada sesi pencerapan saya dapati tidak ada unsuransur maju dari permainan kecil (ubahsuai) dalam sesi

 p&p PJ. Kawalan dan disiplin kelas kurang

dititikberatkan. Guru kurang berkemahiran dalam

 permainan. Selain daripada perkara yang dinyatakan di

atas, sahsiah/ sikap guru perlu dipertingkatkan. Tahapprofesional agak kurang. Kemahiran sosial juga perlu

diperbaiki. Guru yang betul-betul kompeten terhadapmata pelajaran ini sukar ditemui. Seakan menjadi satu

 budaya di sekolah-sekolah, pemilihan guru PJ

hanyalah sebagai ‘pelengkap’ waktu sahaja. Merekaini kurang menekankan kepada impak pembelajaran 

 pelajar. Selain daripada itu, kebanyakan mereka masih

kurang bersedia dan kurang membuat perancangan 

dalam mengajar subjek PJ.

R20 Baru-baru ini saya menghadiri satu seminar di Senai.Seminar yang bertemakan pengajaran dan

 pembelajaran abad ke-21. Saya tertarik dengan satu

 pembentangan daripada seorang peserta yangmengupas tentang kompetensi guru berasaskan SGM.

Elemen profesionalisme, pengetahuan dan pedagogi 

menjadi teras kepada standard seseorang guru dikupasserta dikaitkan dengan teori-teori keberkesanan

 pengajaran. Satu kajian yang baik dalam mengenal

 pasti kompetensi guru-guru di Malaysia. Untuk subjek

PJ, sepanjang saya bertugas di JPNJ, memang belumada satu standard pengajaran yang khas untuk guru-

guru PJ. Idea yang dikemukakan oleh pengkaji untuk

membangunkan model standard pengajaran guru PJ

 berasaskan amalan dan kluster perwatakan gurusangat-sangat dialu-alukan sebagai satu novelty yang

 boleh dikongsi bersama. Pada saya selain daripada tiga

elemen dalam SGM, elemen-elemen seperti

pengujian, pengukuran dan pentaksiran juga

Amalan pengajaranguru

7/17/2019 Contoh Dapatan Temubual

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-dapatan-temubual 3/3

 penting. Kreativiti dalam merancang pengajaran dan

 pembelajaran juga merupakan sesuatu kemestian.TGfU atau Teaching Game for Understanding juga

 perlu dikuasai oleh guru-guru PJ jika mereka inginkan

 p&p mereka lebih bermakna.

R21 "When children cannot learn the way we teach them,then we must teach them the way they learn” 

(Bonham, 1988)… Saya petik kata-kata tersebut

kerana pada saya untuk para pendidik hari ini, bukankita mengajar ikut apa yang kita hendak ajar tetapi kita

mengajar bagaimana cara mereka (pelajar) belajar.

Kebanyakan guru-guru PJ terikat dengan kaedah

tradisional. Beri sebiji bola dan biar mereka bermaintanpa objektif. Adakah itu dianggap sebagai PJ?

Kadang kala terminologi PJ sendiri guru yang

mengajar tidak faham. Pada saya apa yangdikemukakan oleh Shulman dalam jurnalnya… sayalupa pula tajuknya yang berkaitan dengan teras

 pengetahuan mengajar. Jika tidak silap beliau

menggariskan enam perkara iaitu ilmu konten, ilmu

pedagogi am, ilmu konten pedagogi, pengetahuan

dalam kurikulum, pengetahuan tentang konteks

pendidikan, pengetahuan terhadap murid dan ciri-

ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat

pendidikan. Pada saya jelas jika semua guru

menguasai keenam-enam teras ini, pengajaran mereka

lebih berkesan dan bermakna.

Amalan pengajaranguru