contoh buletin

3
Agak susah memulakan buletin siri ke 7 ini, walaupun banyak isi yang ingin diketengahkan. Itulah sebabnya ia lambat keluar, namun hari ini saya perlu gagahkan juga untuk menyiapkannya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan bagi umat Islam, pihak Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak, khususnya kepada semua warga sekolah, murid dan ibu bapa yang antaranya ramai telah menghantar sms. Terima Kasih. Dalam buletin ini, mari tuan-puan kita kutip hikmah yang berselerak di sepanjang bulan ini. Jangan biarkan permata itu jatuh bertaburan begitu saja. Datangnya dengan penuh perancangan Tuhan, tentu ada hikmah yang sangat bernilai. Paling tidak, bulan ini bulan ubah perangai, dari sedia ada (biasa) kepada lebih baik, dan paling maksima, tingkat ibadah, dari biasa-biasa saja kepada ahli ibadah. Adalah diceritakan, dalam syurga itu ada pasar, (tapi bukan macam mydin kat dunia ni la) penduduk syurga apabila keluar ke pasar, wajah mereka sebenarnya sudah cantik, namun bila mereka pulang dari pasar tersebut, wajah mereka bertambah cantik, ceria dan bercahaya. Demikian hebatnya kehidupan di sana dan begitulah selamanya. Kekal abadi, enak kan. Apa inti dari cerita ini, maksudnya sikap orang yang berjaya tu , dalam kehidupannya sehari-hari ia semakin baik, sentiasa membuat penambahbaikan dalam kerjanya, sebagai pelajar ia upgrade” cara atau sistem belajarnya. Sebagai bapa, ibu, anak, guru dan semua orang ada cara untuk menjadi yang lebih baik. Baiklah, kalau sesiapa yang membaca buletin ini, ingin jadi orang yang berjaya, kenalah cari apa yang perlu kita lakukan untuk lebih berjaya. Ops..bukan itu saja, tak cukup dengan azam saja, perlu ada tindakan. Contoh dalam pergaulan dengan rakan kita sehari-hari, kita boleh tingkatkan cara berkomunikasi. Amalkan 6 teknik komunikasi berkesan. Ia tersimpul dalam kalimat SOFTEN, S ialah smile, O adalah Open Arm, manakala F, foward lean, T pula ialah touch, E membawa makna eye contact dan N ialah Nodding. Dalam bahasa kita ertinya senyum, buka siku; (jangan berpeluk tubuh), kedepankan tubuh, guna sentuhan, tengok dengan mata, (berikan tumpuan penuh bila guru mengajar) dan angguk (tanda setuju). Gunakan sistem ini dalam pembelajaran, nescaya kamu akan jadi orang lebih cemerlang. Firman Allah, ”Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan tujuannya untuk beribadah kepadaku”. Sayang seribu sayang pada yang tak endah tujuan Tuhan menciptakan dirinya. Sangat sedih bercampur pilu, dalam soal selidik saya terhadap 100 orang murid-murid SK Bangi, 2/3 responden tidak mengambil berat soal sembahyang. Kalau ibu atau bapa pun begitu, Kesannya boleh turun pada keturunan kita. Sebagai contoh mudah, kalau ibu dan ayah tak pernah solat subuh, bangunnya selalu lambat, anaknya pun ikut juga dalam pertandingan tidur itu, tau-tau hari dah siang, hah tak sekolahlah anak hari tu. Kes ini bukan dia kena tinggal bas, tapi dia yang tinggalkan bas. Nampak tu..hubungan ibadah dengan kerja kita sehari-hari, jadi wahai pembaca sekalian, biasakan solat, jangan sampai kamu tak lakukannya, sesibuk apapun urusanmu, sebab tak ada orang yang boleh menolongmu di alam kubur nanti. Mana yang selalu ponteng solat tu, udahlah, jangan di ulang lagi, ingat azab tuhan...mana yang ponteng sekolah pun macam tu, janganlah ulang lagi, yang ruginya kamu juga nanti. Emel : [email protected] Web En.Noorhisham http://norish77.blogspot.com Bil 07/Tahun Pertama / 2007

Upload: sadai-lasan

Post on 26-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh buletin

Agak susah memulakan buletin siri ke 7 ini, walaupun banyak isi yang ingin diketengahkan. Itulah sebabnya ia lambat keluar, namun hari ini saya perlu gagahkan juga untuk menyiapkannya.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan bagi umat Islam, pihak Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak, khususnya kepada semua warga sekolah, murid dan ibu bapa yang antaranya ramai telah menghantar sms. Terima Kasih.

Dalam buletin ini, mari tuan-puan kita kutip hikmah yang berselerak di sepanjang bulan ini. Jangan biarkan permata itu jatuh bertaburan begitu saja. Datangnya dengan penuh perancangan Tuhan, tentu ada hikmah yang sangat bernilai. Paling tidak, bulan ini bulan ubah perangai, dari sedia ada (biasa) kepada lebih baik, dan paling maksima, tingkat ibadah, dari biasa-biasa saja kepada ahli ibadah.

Adalah diceritakan, dalam syurga itu ada pasar, (tapi bukan macam mydin kat dunia ni la) penduduk syurga apabila keluar ke pasar, wajah mereka sebenarnya sudah cantik, namun bila mereka pulang dari pasar tersebut, wajah mereka bertambah cantik, ceria dan bercahaya. Demikian hebatnya kehidupan di sana dan begitulah selamanya. Kekal abadi, enak kan.

Apa inti dari cerita ini, maksudnya sikap orang yang berjaya tu, dalam kehidupannya sehari-hari ia semakin baik, sentiasa membuat penambahbaikan dalam kerjanya,

sebagai pelajar ia ”upgrade” cara atau sistem belajarnya. Sebagai bapa, ibu, anak, guru dan semua orang ada cara untuk menjadi yang lebih baik. Baiklah, kalau sesiapa yang membaca buletin ini, ingin jadi orang yang berjaya, kenalah cari apa yang perlu kita lakukan untuk lebih berjaya. Ops..bukan itu saja, tak cukup dengan azam saja, perlu ada tindakan. Contoh dalam pergaulan dengan rakan kita sehari-hari, kita boleh tingkatkan cara berkomunikasi.

Amalkan 6 teknik komunikasi berkesan. Ia tersimpul dalam kalimat SOFTEN, S ialah smile, O adalah Open Arm, manakala F, foward lean, T pula ialah touch, E membawa makna eye contact dan N ialah Nodding. Dalam bahasa kita ertinya senyum, buka siku; (jangan berpeluk tubuh), kedepankan tubuh, guna sentuhan, tengok dengan mata, (berikan tumpuan penuh bila guru mengajar) dan angguk (tanda setuju). Gunakan sistem ini dalam pembelajaran, nescaya kamu akan jadi orang lebih cemerlang.

Firman Allah, ”Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan tujuannya untuk beribadah kepadaku”. Sayang seribu sayang pada yang tak endah tujuan Tuhan menciptakan dirinya. Sangat sedih bercampur pilu, dalam soal selidik saya terhadap 100 orang murid-murid SK Bangi, 2/3 responden tidak mengambil berat soal sembahyang. Kalau ibu atau bapa pun begitu, Kesannya boleh turun pada keturunan kita. Sebagai contoh mudah, kalau ibu dan ayah tak pernah solat subuh, bangunnya selalu lambat,

anaknya pun ikut juga dalam pertandingan tidur itu, tau-tau

hari dah siang, hah tak sekolahlah anak hari tu. Kes ini bukan dia kena tinggal bas, tapi

dia yang

tinggalkan bas. Nampak tu..hubungan ibadah dengan kerja kita sehari-hari, jadi wahai pembaca sekalian, biasakan solat, jangan sampai kamu tak lakukannya, sesibuk apapun urusanmu, sebab tak ada orang yang boleh menolongmu di alam kubur nanti.

Mana yang selalu ponteng solat tu, udahlah, jangan di ulang lagi, ingat azab tuhan...mana yang ponteng sekolah pun macam tu, janganlah ulang lagi, yang ruginya kamu juga nanti.

Bercakap bab ponteng ni, anehnya ramai dikalangan anak bongsu yang terlibat. Setahu saya, budak macam ni manja sangat. Asyik-asyik nangis kalau mak dan ayah suruh ke sekolah. Ek eleh...mungkin dia ingat masa tu boleh undur semula kot. Bila kamu dah dewasa nanti, masa tu baru menyesal sebab tak ada ijazah, nak minta kerja bukan main susah, terdetiklah dihatimu nak balik bersekolah semula, boleh tak? Tak de gunanya lagi. Ingatlah, masa yang paling terbaik bagi seorang manusia adalah dizaman persekolahannya. Datang sekolah dapat ilmu, bukan tu saja, dapat duit lagi. Kan best tu.

Lihat gambar dibawah ini, punya tak senonoh kakak perempuan ini, eh kakak mestilah perempuan, apalah cikgu ni,

Emel: [email protected] Web En.Noorhisham http://norish77.blogspot.comBil 07/Tahun Pertama / 2007

Page 2: Contoh buletin

hisap rokok, bulan puasa pulak tu.

Sepatutnya mulut kita ni digunakan untuk bersyukur, berzikir dan berkata hal yang baik. Orang yang hisap rokok ni sebenarnya kalau kita tengok macam orang kaya, sebab duit berlebihan, akan tetapi hakikat yang sebenarnya, tak de lah kaya sangat. Ingatlah hadis nabi SAW, ”sesungguhnya mulut-mulutmu itu adalah jalan keluarnya Al-Quran, maka bersihkanlah ia dengan bersiwak”. Siwak tu maknanya berus gigilah, jaga kebersihan gigi dan baunya sekali. Yang kamu hisap tu apa hal, tak ke melawan hadis nabi tadi. Nabi suruh bersihkannya, tapi kamu mengotorkannya. Angkat tangan siapa kata hisap rokok tu tak membazir dan baunya sedap. Eh, ada ke murid sekolah Bangi ni hisap rokok, al-hamdulillah setakat ni memang belum tengok lagi, tapi ini adalah peringatan supaya kamu yang darjah enam ni tak jadi macam tu.

MURID CONTOH OK lah ye, harap boleh faham bab tu. Ni tengok cikgu bawa contoh murid SK Bangi yang suka jaga kebersihan, dia ni tak kira apakah hari dia bertugas ataupun tidak, suka sangat bersih dan sapu kelas.

Namanya Anis Atikah binti Ishak 5 Venus. Seorang murid SK Bangi yang boleh di anggap menjadi contoh

kepada murid-murid lain dalam

hal menjaga kebersihan kelas. Tahniah di ucapkan kepada Anis dan ibu bapa yang telah mendidik anak semestinya.

BERITA SEMASA DAERAH. Dalam Program Karnival Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Hulu Langat, SK Bangi mendapat Naib Johan dalam acara kuiz kerjaya. Peserta yang telah mengharumkan nama sekolah ialah Mohd Iftar Mubarak, Amsyar Hamizan, Farah Iwani dan Mohd.Iqbal B. Mohd Asri.

Berita Tag Nama (Bar Code) Seramai 1300 orang murid telah menerima kad nama, namun masih ada 300 orang yang belum menerimanya. Ini adalah kerana terdapatnya beberapa kesilapan antara lain gambar rosak. Semasa sesi penggambaran murid memandang ke arah lain, mata terpejam, dan sebagainya. Namun ada berita gembira buat murid tahun enam yang belum mendapatnya lagi, kamu akan diberi semula duit bayaran tag nama itu. Minta maaf banyak hal yang tak diduga itu berlaku.

KELAB PRS Kelab Pembimbing Rakan Sebaya tahun ini sebenarnya berazam hendak meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan. Namun agak sedih, sebenarnya PRS ini adalah sangat baru bagi sekolah rendah, dan selepas lebaran (raya) ini guru-guru kaunseling daerah Hulu Langat akan mengikuti kursus bagaimana menguruskan PRS. Banyak sekolah yang belum wujud PRS, akan tetapi PRS di SK Bangi telah dilahirkan 2 tahun lepas, maknanya masih baby lagi.

LAWATAN KE PENANG

Nama murid yang akan mengikuti lawatan ke Penang sudahpun siap. Cuma kita belum tahu siapakah yang betul-betul mendapat 5A pada tahun ini. Tahun ini sekolah melalui pihak

Bimbingan dan Kaunseling akan membawa siapa antara kamu yang lulus dengan cemerlang secara percuma ke Penang. Mungkin kita akan ke Bukit Bendera. Jangan risau, tambang bas, cikgu yang akan bayarkan nanti.

Terima kasih di ucapkan kepada semua ibu dan bapa yang telah hadir ke program solat hajat untuk anak-anak menghadapi ujian UPSR baru-baru ini. Tahniah dan syabas sekali lagi, anda memang orang hebat dan insya Allah anak anda akan jadi orang yang hebat macam anda juga. Kerjasama anda sangatlah berharga dan bernilai pada sekolah.

KATA-KATA MOTIVASI Orang yang berjaya selalu memberi kata BOLEH, sebaliknya orang yang GAGAL sentiasa memberi kata DALIH.

Layari : http://norish77. blogspot.com untuk mendapat berita semasa yang lebih aktual.

Emel: [email protected] Web En.Noorhisham http://norish77.blogspot.comBil 07/Tahun Pertama / 2007