contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi tahap rp

3
Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi tahap RP: Sesi Aktiviti Bil Sesi Bil Pendengar Markah 1. Bercerita – di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang dibacanya kepada bilangan pelajar yang tertentu. Interaksi soal-jawab berkenaan kandungan buku itu adalah tanda kejayaan sesi itu dan diberi markah oleh guru pembimbing RP. 1 sesi 3 pendengar 3 markah 5 pendengar 5 markah 6 atau lebih pendengar 5 markah* 2. Membaca bersama di mana pelajar RP membimbing sekumpulan pelajar membaca sesebuah buku. Sebaik-baiknya setiap pelajar mempunyai senaskah buku yang berkenaan. Pelajar RP perlu ada ide isi-isi utama dalam buku itu dan apakah pengajaran yang didapati setelah membaca buku itu. 1 sesi 3 pendengar 3 markah 5 atau lebih pendengar 5 markah* 3. Meminjam Buku - di mana pelajar RP meminjamkan buku yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya dan si peminjam telah membaca buku itu serta menulis synopsis buku itu secara sendiri. 1 buku 2 peminjam 2 markah 5 atau lebih peminjam 5 markah* 4. Ulasan Buku - di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula kandungan utama sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri kepada sekumpulan pendengar. Sinopsis buku perlu diberi kepada pendengar sebelum sesi bermula. Masa minimum untuk ulasan satu buku ialah 7 minit (sekolah menengah). Ulasan buku semasa perhimpunan sekolah dikira sebagai satu sesi dan diberi 5 markah. 1 sesi 3 pendengar 3 markah 5 atau lebih pendengar 5 markah*

Upload: josephineambon

Post on 11-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rakan pembaca

TRANSCRIPT

Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi tahap RP:Sesi AktivitiBil SesiBil PendengarMarkah

1.Bercerita di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang dibacanya kepada bilangan pelajar yang tertentu. Interaksi soal-jawab berkenaan kandungan buku itu adalah tanda kejayaan sesi itu dan diberi markah oleh guru pembimbing RP.

1 sesi3 pendengar3 markah

5 pendengar5 markah

6 atau lebih pendengar5 markah*

2. Membaca bersama di mana pelajar RP membimbing sekumpulan pelajar membaca sesebuah buku. Sebaik-baiknya setiap pelajar mempunyai senaskah buku yang berkenaan. Pelajar RP perlu ada ide isi-isi utama dalam buku itu dan apakah pengajaran yang didapati setelah membaca buku itu.

1 sesi3 pendengar3 markah

5 atau lebih pendengar5 markah*

3.Meminjam Buku - di mana pelajar RP meminjamkan buku yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya dan si peminjam telah membaca buku itu serta menulis synopsis buku itu secara sendiri.

1 buku2 peminjam2 markah

5 atau lebih peminjam5 markah*

4. Ulasan Buku - di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula kandungan utama sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri kepada sekumpulan pendengar. Sinopsis buku perlu diberi kepada pendengar sebelum sesi bermula. Masa minimum untuk ulasan satu buku ialah 7 minit (sekolah menengah). Ulasan buku semasa perhimpunan sekolah dikira sebagai satu sesi dan diberi 5 markah.

1 sesi3 pendengar3 markah

5 atau lebih pendengar 5 markah*

5. Bicara Buku - di mana pelajar RP membicarakan kandungan sesebuah buku kepada sekumpulan pendengar. Pelajar RP itu perlu boleh membentangkan inti pati kandungan buku itu secara menarik dan menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pendengarnya supaya mereka sendiri akan membaca buku itu kelak.

1 sesi3 pendengar3 markah

5 atau lebih pendengar5 markah*

6. Debat Buku - di mana pelajar RP mengetuai satu sesi debat terhadap kandungan sesebuah buku. Prasyaratnya ialah semua pelajar yang terlibat telah membaca buku itu. Pertukaran pendapat yang agresif tentang kandungan buku itu adalah petanda sesi itu berjaya dan layak diberi markah.

1 sesi3 pendengar3 markah

5 atau lebih pendengar5 markah*

7.Pidato (public speaking) di mana pelajar RP dapat menceritakan kandungan sesebuah buku di khalayak ramai dengan gaya penyampaian dan gerak geri anggota badan untuk mengukuhkan hujahnya dengan matlamat tulen iaitu di akhir sesi pidatonya, pendengarnya akan berminat untuk membaca buku itu.

1 sesi5 atau lebih pendengar5 markah*

* markah maksimum untuk satu sesi ialah 5 markah.Nota : 1. Banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku. 2. Pelajar RP, pendengar dan peminjam perlu datang dari sekolah yang sama untuk penyemakan kesahan sesi.Cadangan Sumber Bahan Bacaan Pusat sumber Sekolah Perpustakaan Awam Negeri Perbadanan Perpustakaan Awam Perpustakaan Begerak Perpustakaan Desa Perpustakaan Keluarga Perpustakaan Persendirian Kedai-kedai Buku. Koleksi buku-buku atas talian seperi Google Books dan perpustakaan atas talian.