content biografi

11
1 PENGENALAN Ibrahim Haji Yaakob (IBHY) merupakan nama yang tidak asing sebagai seorang tokoh politik aliran radikal. IBHY turut dikenali sebagai Dr. Iskandar Kamel, 1 seorang Melayu berketurunan Bugis. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sebelah Mukim Kertau Chenor, Temerloh, Pahang, pada tanggal 27 November 1911. 2 Ibu dan bapanya telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Ayahnya, Haji Yaakob, merupakan seorang guru agama yang dihormati oleh masyarakat kampung. Ibunya bernama Hawa binti Hussein. 3 IBHY telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjung Kertau sewaktu berusia 7 tahun. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Sultan Idris Training Center (SITC) atau nama Melayunya, Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1928 hingga 1931. Bermula di SITC, IBHY mula menunjukkan minat terhadap bidang politik. Beliau juga turut belajar di sekolah swasta bagi mendalami ilmu mengenai perakaunan dan Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur, sekitar tahun 1936 hingga 1937. Beliau mempunyai minat terhadap politik berorientasikan Indonesia sejak dari SITC melalui pembacaannya mengenai “Sumpah Pemuda”. “Sumpah Pemuda” ini merupakan suatu perjuangan atau matlamat iaitu “satu bahasa, satu nusa dan satu bangsa, iaitu Indonesia”. 4 IBHY juga membentuk pertubuhan pemuda seperti Belia Malaya 5 dan Ikatan Semenanjung Borneo 6 untuk meramaikan golongan belia dalam mendukung semangat kebangsaan Melayu. IBHY 1 Abu Bakar Nordin et. al., Aspirasi Kebitaraan, Ibu Kandung Suluh Budiman, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003, hlm 115. 2 Talib Samat, Kenali Tokoh Berjasa, Jilid 1, Selangor: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd, 2010, hlm 174. 3 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2002, hlm 41. 4 Prof. Madya Datuk Abdul Latiff Abu Bakar, Perjuangan dan Gagasan Melayu Raya Ibrahim Haji Yaakob, Simposium pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 26 Oktober 1995 di Memorial Tunku Abdul Rahman anjuran Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan Arkib Negara Malaysia, hlm 6. 5 http://www.arkib.gov.my/web/guest/menjejaki-31-ogos- 1957%3Fp_p_id%3D56_INSTANCE_Oj0d%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode% 3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-inner-3%26p_p_col_count%3D1%26page%3D2, diakses pada 19 Oktober 2015, 12:44. 6 Ibid, 19 Oktober 2015, 12:44.

Upload: euvilla-van-de-charl

Post on 16-Feb-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

his

TRANSCRIPT

Page 1: Content Biografi

1

PENGENALAN

Ibrahim Haji Yaakob (IBHY) merupakan nama yang tidak asing sebagai seorang tokoh

politik aliran radikal. IBHY turut dikenali sebagai Dr. Iskandar Kamel, 1 seorang Melayu

berketurunan Bugis. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sebelah Mukim Kertau Chenor,

Temerloh, Pahang, pada tanggal 27 November 1911.2 Ibu dan bapanya telah berhijrah ke

Semenanjung Tanah Melayu. Ayahnya, Haji Yaakob, merupakan seorang guru agama yang

dihormati oleh masyarakat kampung. Ibunya bernama Hawa binti Hussein.3

IBHY telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjung Kertau sewaktu

berusia 7 tahun. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Sultan Idris

Training Center (SITC) atau nama Melayunya, Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun

1928 hingga 1931. Bermula di SITC, IBHY mula menunjukkan minat terhadap bidang politik.

Beliau juga turut belajar di sekolah swasta bagi mendalami ilmu mengenai perakaunan dan

Bahasa Inggeris di Kuala Lumpur, sekitar tahun 1936 hingga 1937.

Beliau mempunyai minat terhadap politik berorientasikan Indonesia sejak dari SITC

melalui pembacaannya mengenai “Sumpah Pemuda”. “Sumpah Pemuda” ini merupakan suatu

perjuangan atau matlamat iaitu “satu bahasa, satu nusa dan satu bangsa, iaitu Indonesia”.4 IBHY

juga membentuk pertubuhan pemuda seperti Belia Malaya5 dan Ikatan Semenanjung Borneo6

untuk meramaikan golongan belia dalam mendukung semangat kebangsaan Melayu. IBHY

1 Abu Bakar Nordin et. al., Aspirasi Kebitaraan, Ibu Kandung Suluh Budiman, Tanjong Malim: Universiti

Pendidikan Sultan Idris, 2003, hlm 115. 2 Talib Samat, Kenali Tokoh Berjasa, Jilid 1, Selangor: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd, 2010, hlm 174. 3 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2002, hlm 41. 4 Prof. Madya Datuk Abdul Latiff Abu Bakar, Perjuangan dan Gagasan Melayu Raya Ibrahim Haji Yaakob,

Simposium pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 26 Oktober 1995 di Memorial Tunku Abdul Rahman anjuran

Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan Arkib Negara Malaysia, hlm 6. 5 http://www.arkib.gov.my/web/guest/menjejaki-31-ogos-

1957%3Fp_p_id%3D56_INSTANCE_Oj0d%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%

3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-inner-3%26p_p_col_count%3D1%26page%3D2, diakses pada 19 Oktober

2015, 12:44. 6 Ibid, 19 Oktober 2015, 12:44.

Page 2: Content Biografi

2

juga mempunyai hubungan dengan golongan Marxist Indonesia melalui Djamaluddin Tamin.7

IBHY dan pelajar lain juga dikatakan telah menjadi ahli Parti Nasional Indonesia, pimpinan

Sukarno pada tahun 1928 atau 1929.8 IBHY juga turut melanggan Fikiran Rakyat,9 akhbar parti

tersebut.

Setelah tamat pengajian, IBHY telah dihantar mengajar di Bentong, Pahang manakala

rakan-rakannya yang lain dihantar ke kawasan yang berbeza. Hal ini bagi membuatkan IBHY

dan rakan-rakannya tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Namun, pada tahun 1934,

beliau telah ditukarkan ke Kuala Lumpur dan bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Pusat

Latihan Polis bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.10 Pertukaran ini akhirnya memudahkan

beliau untuk kembali berhubung dengan rakan-rakannya seperti Hassan Manan dan Abdul

Karim Rashid. Beliau juga mendapat kenalan baru iaitu Onan Siraj dan Mustapha Hussain.

Maka sejak dari detik ini, bermulalah penglibatan beliau dalam bidang penulisan sebelum

bergiat aktif dalam bidang politik.

BIDANG KEWARTAWANAN

IBHY telah mengurangkan aktiviti penulisan beliau selepas pertukaran dari Pahang ke

Kuala Lumpur. Beliau kemudian berhenti mengajar pada 1936 dan telah menceburkan diri

dalam bidang penulisan sepenuh masa. Sewaktu ini, akhbar merupakan medium utama dalam

menyampaikan semangat nasionalisme untuk menentang penjajah serta ia juga digunakan

untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu. Antara akhbar yang digunakan oleh

IBHY dalam menyampaikan ideanya adalah seperti akhbar Majlis, Warta Malaya dan

sebagainya. Akhbar Majlis merupakan akhbar yang paling banyak menulis artikel yang

7 Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), hlm 3. 8 Ibid, hlm 4. 9 Ungku Maimunah Mohd. Tahir, Modern Malay Literacy Culture: A Historical Perspective, Singapura: Institute

of Southeast Asian Studies, 1987, hlm 23. 10 Prof. Madya Datuk Abdul Latiff Abu Bakar, Perjuangan dan Gagasan Melayu Raya Ibrahim Haji Yaakob, hlm

7.

Page 3: Content Biografi

3

meniupkan semangat nasionalisme kepada masyarakat Melayu. Majlis merupakan akhbar yang

terawal serta menyediakan ruangan untuk membincangkan mengenai masalah politik dan hak-

hak orang Melayu.11

Semasa bekerja di Majlis, IBHY telah dilantik memegang jawatan sebagai Penolong

Pengarah Akhbar Majlis sewaktu di awal penglibatan beliau dalam bidang kewartawanan. Pada

Mei 1939 sehingga Jun 1940, beliau telah menggantikan Othman Kalam sebagai Pengarah

Akhbar Majlis. Beliau mempunyai pelbagai nama pena untuk penulisannya dalam akhbar

Warta Malaya dan Warta Abad seperti Silawatan dan Indera. 12 Pada tahun 1939, beliau

menyeru orang Melayu untuk mengenepikan perbezaan etnik agar dapat menyatukan

perpaduan antara masyarakat Melayu.

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

IBHY dinyatakan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Kesatuan

Melayu Muda (KMM)13 pada tahun 1938. Namun pada hakikatnya, persatuan ini merupakan

cetusan idea daripada sekumpulan pelajar seramai 16 orang dari Sekolah Teknik Kuala Lumpur

dan Sekolah Pertanian Serdang.14 Persatuan ini bersifat separa politik dengan tujuan untuk

mewujudkan kesedaran politik dalam kalangan ahli mereka namun tidak dapat menjalankan

aktiviti melebihi perkara tersebut kerana tuntutan mereka sebagai pelajar.15 KMM merupakan

sebuah pertubuhan politik yang pertama kali ditubuhkan di Tanah Melayu. IBHY menyatakan

11 A.Karim Haji Abdullah, A . Samad Ismail : Ketokohan Dan Kewartawanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka, 1991, hlm 31. 12 Ibid, hlm 31. 13 KMM pada asalnya merupakan Persatuan Muda dan menggunakan slogan ‘ Satu Untuk Semua,Semua Untuk

Satu’ .Keanggotaan KMM terdiri daripada guru Sekolah,guru dan pelajar Sekolah Teknik Kuala Lumpur ,guru

dan pelajar Sekolah Pertanian Serdang, guru dan pelajar SITC dan wartawan. Kesatuan ini dibantu Mustapha

Hussin selaku Naib Presiden, Hassan Haji Manan sebagai Setiausaha Agung, Othman Mohd Noor selaku

Setiausaha dan Idris Hakim sebagai Bendahari serta beberapa ahli jawatankuasa pusat seperti Abdul Karim Rashid,

Bakar Bin Abik, Sulung Bin Chik, Onan Hj Siraj, Ishak Haji Muhammad, Abdullah Samad Ahmad dan Abdul

Kamil. Bukan itu sahaja, KMM merupakan pergerakan yang tidak menyatakan sebarang kesetiaan mereka kepada

Sultan mahupun pihak penjajah Tanah Melayu. 14 Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), hlm 6. 15 Ibid, hlm 6.

Page 4: Content Biografi

4

bahawa penubuhan KKM adalah cetusan ilham daripada Pergerakan “Young Java” dan “Young

Sumatera” dari Indonesia yang cuba memajukan masyarakat dalam bidang pendidikan dan

perpaduan bangsa.16 KKM juga turut dipengaruhi oleh ideologi Karl Marx. Dasar perjuangan

KKM adalah bersifat anti-penjajah dengan memperjuangkan kemerdekaan dan membebaskan

Tanah Melayu dari penjajah Barat.

IBHY telah berhenti dari akhbar Majlis pada 1940 kerana terdapat pertelingkahan

dengan pihak pengurusan akhbar. Hal ini menyebabkan beliau telah menjadi agen perisik

kepada British dan Jepun bagi mencapai matlamatnya, memelihara hak orang Melayu serta

menuju ke arah kemerdekaan. IBHY ingin mendapat kemerdekaan bersama-sama Indonesia

melalui konsep “Melayu Raya”.17 Hal ini kerana terdapatnya persamaan dari segi bahasa,

rumpun serta agama antara Tanah Melayu dan Indonesia. Hal ini dapat dibuktikan melalui

penulisan beliau, Melihat Tanahair:

“... perasaan untuk bersatu itu, bukan sahaja di antara umat Melayu seramai dua

million di Tanah Melayu, tetapi dengan umat Melayu di Indonesia seramai enam puluh lima

million. Mereka ingin bersatu serta bekerjasama menggerakkan ikatan kebangsaan bersama

menuju Indonesia Raya ...”18

Penglibatan IBHY dalam KMM adalah disebabkan rasa tidak puas hati beliau terhadap

monopoli golongan bangsawan Melayu dalam sistem politik. Bagi IBHY, KKM adalah untuk

golongan pemuda bawahan. 19 Hal ini menunjukkan bantahan beliau terhadap penguasaan

golongan aristokrat dalam kepimpinan politik Melayu seperti Persatuan Melayu Selangor

(PMS) yang dipimpin oleh Tengku Ismail Tengku Muhammad Yasin. Dengan wujudnya KMM,

16 Ibrahim Haji Yaakob, Sekitar Malaya Merdeka, Jakarta: Kesatuan Malaya Merdeka, 1957, hlm 24. 17 Melayu Raya merupakan konsep Ibrahim Haji Yaakob dalam perjuangan politik beliau.Konsep ini lahir melalui

aliran pengaruh dari Indonesia ke dalam sistem vernacular Melayu terutamanya di SITC. Pada peringkat awal

konsep ini hanyalah untuk melihat cita-cita kebudayaan yang melibatkan keyakinan diri serta bangsa. 18 Ibrahim Yaakob, Melihat Tanahair, Kuantan: Pencetak Timur, 1975, hlm 20. 19 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2002, hlm 54.

Page 5: Content Biografi

5

IBHY akan dapat menyalurkan ideologinya yang mahukan kepimpinan politik dikongsi

bersama golongan diperintah, yakni rakyat bawahan.20

IBHY beranggapan KMM dapat menghapuskan penguasaan penjajah asing ke atas

Tanah Melayu dan menjadikan Tanah Melayu bebas. IBHY telah menerapkan ideologinya ke

dalam KMM iaitu untuk menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia di bawah konsep

“Melayu Raya”. Penggabungan ini selaras dengan slogan KMM “satu untuk semua, semua

untuk satu”. Konsep ini bertujuan untuk menyatukan orang Melayu di bawah sebuah

pertubuhan.

IBHY DAN BRITISH

IBHY telah menjadi agen kepada pihak British dan Jepun dalam satu masa yang sama.

Kerjasama yang dijalankan oleh IBHY dengan pihak British adalah disebabkan sikap raja dan

pembesar Melayu yang yakin terhadap kekuasaan dan pengaruh British.21 Hal ini dapat dilihat

apabila Pengarah Perisik British, L.M Wanne, telah melantik IBHY sebagai perisik British pada

April 1941 di Singapura bagi mengikuti perkembangan pihak Jepun dalam menguasai daerah

Riau. Hubungan tersebut tidak memberi sebarang kesan mendalam namun IBHY tetap berbaik

dengan pihak British demi menjaga kepentingan KMM.

IBHY DAN JEPUN

Kerjasama yang terjalin antara IBHY dan Jepun adalah dibuat berdasarkan keputusan

peribadi IBHY sendiri. IBHY tidak mendapatkan sebarang persetujuan daripada ahli

jawatankuasa KMM kecuali Onan Haji Siraj. IBHY berbuat demikian untuk mendapatkan hak

kemerdekaan Tanah Melayu.22 Jepun juga telah memberikan tawaran seperti berjanji untuk

20 Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), hlm 6. 21 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm 54. 22 Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2004,

hlm 48.

Page 6: Content Biografi

6

menghormati kedaulatan, agama dan adat orang Melayu sekiranya pihak Jepun dapat

menguasai Tanah Melayu. Jepun juga turut berjanji untuk menjaga harta benda dan golongan

wanita Melayu. Melalui KMM, IBHY mendesak Jepun untuk menyokong pembentukkan

Kesatuan Tanah Melayu, gabungan antara Tanah Melayu dan Indonesia selaras dengan konsep

“Melayu Raya” yang dipegang oleh Ibrahim.

Pada April 1941, pihak Jepun telah memberikan wang sebanyak $ 18,000 kepada IBHY

untuk membeli akhbar Warta Malaya dari Alsagoff. Pihak Jepun memilih akhbar ini kerana

mahu menjadikan akhbar ini sebagai alat propaganda Jepun. Melalui Warta Malaya, IBHY

telah menulis beberapa artikel berkaitan dengan Jepun seperti kemenangan Jepun menentang

Rusia. Tujuan IBHY adalah untuk menaikan semangat nasionalisme dalam kalangan

masyarakat Melayu untuk menentang penjajah Barat. Jepun juga menjadikan KMM sebagai

ejen Jepun di Tanah Melayu.

IBHY telah bertanggungjawab menjadi ahli-ahli KMM sebagai anggota KAME. KAME

adalah pakatan sulit antara IBHY bersama dengan pihak Jepun dalam menjatuhkan British.

Kumpulan ini merupakan sebagai pasukan propaganda Jepun di Tanah Melayu.

Namun kerjasama ini telah diketahui oleh pihak British yang kemudian mengambil

tindakan dengan menangkap IBHY dan ahli-ahli KMM kerana berpihak pada Jepun pada 7 dan

8 Disember 1941. Mereka dipenjarakan di Changi, Singapura oleh pihak British. 23

Penangkapan ini adalah berdasarkan IBHY dan KMM memberi ancaman terhadap kerajaan

British seperti yang tercatat dalam Undang-undang Pertahanan. Tampuk pimpinan KMM

kemudian diambil alih oleh Mustapha Hussein dan beliau memberi bantuan kepada pihak Jepun.

Setelah Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu pada 12 Februari 1942, IBHY dan ahli-

ahli KMM yang ditahan telah dibebaskan. IBHY mengambil alih semula tampuk pimpinan

23 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm 61.

Page 7: Content Biografi

7

KMM. Sewaktu di bawah penguasaan Jepun, KMM bebas bergiat tanpa sebarang sekatan.

IBHY juga telah bertemu dengan Jeneral Watanabe, Pemerintah Tentera Jepun untuk

membenarkan KMM terus bergiat dan penerbitan akhbar Warta Malaya tetap diteruskan.

Kerjasama yang diberikan oleh KMM kepada pihak Jepun tersebut telah memberikan

kesan positif kepada KMM. Beberapa ahli KMM dilantik menjadi pegawai. IBHY, Dr.

Burhanuddin, Ishak Muhammad, Ahmad Boestamam beserta ahli KMM yang lain diambil

berkhidmat dengan kerajaan Jepun.24 IBHY dilantik sebagai Ketua Pengarang Semangat Asia

dalam akhbar Berita Malai, akhbar rasmi Jabatan Propaganda Jepun yang berpusat di Singapura.

Namun, jawatan tersebut merupakan jawatan tidak mempunyai pengaruh yang besar.

PEMBELA TANAH AIR (PETA)

Disebabkan pihak Jepun tidak memberikan sebarang jawatan penting kepada IBHY dan

ahli KMM yang mempunyai pengaruh kuat, IBHY telah mula untuk menjalankan dasar untuk

menentang kerajaan Jepun. Hal ini juga berpunca daripada pihak Jepun yang gagal mengotakan

janji untuk memberi kemerdekaan penuh kepada Tanah Melayu serta menjadikan Barisan

Pemuda KMM sebagai buruh paksa di Tanjong Katong.

IBHY melalui KMM telah mengambil tindakan dengan menjalinkan kerjasama dengan

Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang pentadbiran Jepun di bawah Malayan People

Anti-Japanese Army (MPAJA). 25 Hal ini telah menyebabkan pihak Jepun mengharamkan

KMM pada Jun 1942. Pihak Jepun telah menjadikan IBHY sebagai Penasihat Hal Ehwal

Sumatera/Tanah Melayu bagi mengambil hati beliau yang berada di bawah pentadbiran Jepun,

berpusat di Singapura. Pada penghujung tahun 1943, pemerintah Jepun telah menubuhkan

Pembela Tanah Air (PETA) atau dalam bahasa Jepunnya Giyu Gun dan menjadikan IBHY

24 Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1998,

hlm 110. 25 Ramlah Adam, Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2003,

hlm. 334.

Page 8: Content Biografi

8

sebagai Leftenan Kolonel.26 Penubuhan PETA ini adalah untuk melatih orang Melayu untuk

dijadikan sebagai tentera. Mereka dilatih oleh pegawai-pegawai KMM sendiri. Melalui

penubuhan PETA, hubungan baik antara pemerintah Jepun dengan masyarakat tempatan dapat

diwujudkan.

KESATUAN RAKYAT INDONESIA SEMENANJUNG (KRIS)

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung atau dikenali juga sebagai Kesatuan Rakyat

Istimewa Semenanjung (KRIS). Pertubuhan ini merupakan sebuah pertubuhan politik yang

ditubuhkan semasa Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1943 di Ceylon atau nama

sekarangnya Sri Langka. Pada pertengahan tahun 1945, cawangan pertama KRIS telah

ditubuhkan di Singapura. Walaupun KMM telah diharamkan, IBHY dan rakan-rakannya, Dr.

Burhanuddin Al-Helmy dan Onan Haji Siraj, tetap memperjuangkan konsep “Indonesia

Raya”.27 IBHY telah menjadi pemimpin kepada KRIS di Tanah Melayu. Penubuhan KRIS

bertujuan untuk menggabungkan angkatan gerakan nasionalis Melayu dengan Indonesia bagi

mencapai kemerdekaan bersama. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kehadiran rombongan

kemerdekaan di KRIS Singapura pada 8 Ogos 1945 yang dipimpin oleh Soekarno dan Hatta.

Melalui pertemuan ini, persetujuan untuk mengibarkan “Sang Merah Putih” iaitu bendera

Indonesia telah dipersetujui.28

Pihak Jepun telah bersetuju dengan penubuhan KRIS bagi menggabungkan

kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia. Hal ini dapat dilihat melalui pertemuan IBHY

dengan Soekarno dan Hatta di Taiping, Perak, pada 12 Ogos 1945. Pertemuan ini berlangsung

di Lapangan Terbang Taiping. Dalam pertemuan singkat ini, mereka telah berbincang mengenai

26 Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), hlm 9. 27 Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987,

hlm 10. 28 Ibid, hlm 10.

Page 9: Content Biografi

9

kemerdekaan bersama.29 Namun, hasrat ini tidak tercapai apabila Jepun telah menyerah kalah

kepada Brititsh pada 15 Ogos 1945 dan Indonesia pula telah mengumumkan kemerdekaan

secara tergesa-gesa pada 17 Ogos 1945 dengan tidak memasukkan Tanah Melayu.

Pihak British juga telah membubarkan KRIS dan IBHY telah berangkat meninggalkan

Tanah Melayu pada 19 Ogos 1945 menuju ke Indonesia melalui Singapura. Beliau dibantu oleh

Itagaki.30

Kesimpulan

IBHY telah membawa suatu perubahan terhadap politil di Tanah Melayu melalui KMM.

Ideologi dan perjuangan KMM ini menandakan bermulanya gerakan nasionalisme di Tanah

Melayu. IBHY telah banyak memberi sumbangan dalam cubaan untuk mewujudkan semangat

kebangsaan dan revolusi nasionalisme di Tanah Melayu.

Walaupun IBHY tidak dapat meneruskan perjuangan di Tanah Melayu kerana

meninggalkan Tanah Melayu dan menetap di Indonesia, beliau masih lagi berpegang kepada

konsep “Indonesia Raya” tersebut. Perjuangan IBHY berakhir apabila beliau meninggal pada 8

Mac 1979 sewaktu berusia 68 tahun. Perjuangannya melalui KMM, PETA dan KRIS adalah

perintis kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

29 Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, hlm 10. 30 Roslan Saadon, Perjuangan dan Pemikiran Politik Ibrahim Haji Yaacob, Dalam Isu-isu Terpilih dalam Sejarah

Pemikiran, hlm 244.

Page 10: Content Biografi

10

BIBLIOGRAFI

Bahan Bacaan

1. A. Karim Haji Abdullah, A. Samad Ismail: Ketokohan Dan Kewartawanan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991.

2. Abu Bakar Nordin et. al., Aspirasi Kebitaraan, Ibu Kandung Suluh Budiman, Tanjong

Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003.

3. Ibrahim Yaakob, Melihat Tanahair, Pencetak Timur, Kuantan, 1975.

4. Ibrahim Haji Yaakob, Sekitar Malaya Merdeka, Kesatuan Malaya Merdeka, Jakarta, 1957.

5. Prof. Madya Datuk Abdul Latiff Abu Bakar, Perjuangan dan Gagasan Melayu Raya Ibrahim

Haji Yaakob, Simposium pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 26 Oktober 1995 di

Memorial Tunku Abdul Rahman anjuran Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia

dan Arkib Negara Malaysia.

6. Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Dewan Bahasa & Pustaka,

Kuala Lumpur, 2004.

7. Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965), Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2004.

8. Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Penerbit Universiti Malaya,

Kuala Lumpur, 1998.

9. Ramlah Adam, Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme

Malaysia, Melaka, 2003.

10. Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2002.

11. Roslan Saadon, ‘Perjuangan dan Pemikiran Politik Ibrahim Haji Yaacob’. Dalam Isu-isu

Terpilih dalam Sejarah Pemikiran.

12. Talib Samat, Kenali Tokoh Berjasa, Jilid 1, Selangor: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd,

2010.

Page 11: Content Biografi

11

13. Ungku Maimunah Mohd. Tahir, Modern Malay Literacy Culture: A Historical Perspective,

Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 1987.

14. Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur, 1987.

Laman Sesawang

1. http://www.arkib.gov.my/web/guest/menjejaki-31-ogos-

1957%3Fp_p_id%3D56_INSTANCE_Oj0d%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnor

mal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-inner-

3%26p_p_col_count%3D1%26page%3D2