concern based adaption model.docx

Upload: liza83tintabahasa

Post on 02-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

CBAM

TRANSCRIPT

1. PENGENALAN Pelaksanaan kurikulum adalah penyebaran dan penyampaian kurikulum di sekolah untuk memberi impak terhadap pembelajaran pelajar. Ia bermula daripada penggubal kurikulum kepada pelaksana kurikulum kepada penerima kurikulum. Di dalam pelaksanaan ini ia melibatkan proses menegakkan kurikulum yang dirancang dan menterjemah kurikulum bertulis kepada amalan bilik darjah. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta nilai-nilai dan norma-norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya.Melaksana kurikulum bukan sahaja berganjak kepada kurikulum baru dan meninggalkan kurikulum tetapi dalam masa yang sama turut menerima inovasi kurikulum baru serta mengubah, menstruktur semula dan mengganti kurikulum lama. Pelaksanaan kurikulum juga adalah menambah baik kurikulum lama kerana kurikulum lama tidak pernah wujud dalam suasana vakum, untuk diisi dengan kurikulum baru tetapi sentiasa ada untuk diperbaharui.Curriculum is what is taught to learner-what is intended information, skills and attitudes that are communicated to learners whether in schools or in other location where teaching takes place (E.J. Sowell ,2005)Kurikulum dianggap sebagai skrip, manakala guru adalah pengarah yang berbeza-beza dengan pelbagai interpretasi. Ia perlu dibentuk bagi memenuhi keperluan dan kekuatan pelajar. Pelaksanaan kurikulum memerlukan penyesuaian dari segi beberapa perkara seperti tabiat personal antara guru dan pelajar, tingkahlaku dalam organisasi iaitu sekolah, ruang pembelajaran seperti kelas dan makmal, aktiviti dan jadual.Pelaksanaan kurikulum di sekolah bertujuan untuk menstruktur semula sistem pendidikan dan menjadikan guru lebih kreatif dan berdaya saing.Terdapat beberapa model yang diaplikasikan dalam pelaksanaan kurikulum. Dua daripada model itu yang akan dibincangkan disini ialah Concern-Based Adoption Model (CBAM) dan Educational Change Model.2. CONCERN-BASED ADOPTION MODEL (CBAM)Model ini menekankan semua perubahan dalam sistem pendidikan bermula dengan individu yang terdiri dari penggubal polisi, guru, ibubapa dan pelajar (Hall & Hord, 1987). Perubahan berlaku apabila keprihatinan individu diketahui dan diberi perhatian. Dalam menerima perubahan ini ia melibatkan satu urutan keprihatinan: perihatin tentang diri adakah saya memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk melaksana? perihatin tentang tugas (pengajaran) - bagaimana saya akan melakukannya? perihatin tentang kesan/impak (pelajar) bagaimana ia akan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar saya?Terdapat 7 peringkat keprihatinan yang terdapat dalam model ini iaitu:0AWARENESSSeseorang guru tidak menyedari perubahan atau tidak mahu mempelajari perubahan

1INFORMATIONALSeseorang guru pernah mendengar tentang program tersebut tetapi perlukan lebih maklumat

2PERSONALKperihatinan guru tentang bagaimana sesuatu program memberi kesan kepada dirinya.

3MANAGEMENTKeprihatinan guru berkaitan pengurusan sesuatu program

4CONSEQUENCEKeperihatinan guru tentang bagaimana program tersebut memberi kesan kepada pelajar dan bagaimana mereka boleh menjadikan program itu bermakna kepada pelajar

5COLLABORATIONKeprihatinan guru bagi memastikan sesuatu program berjaya dengan kerjasama yang erat bersama guru-guru yang lain.

6REFOCUSINGKeprihatinan guru tentang bagaimana mengguna cara yang terbaik untuk diimplimentasi dalam program tersebut.

Di dalam model ini juga, individu yang terlibat dengan perubahan yang berlaku boleh dikenal pasti melalui salah satu ciri berikut:INNOVATORGuru yang berkeinginan untuk mencuba idea baru, sedia berubah dan sanggup mengambil risiko.

LEADERGuru yang sedia untuk berubah tetapi memerlukan bimbingan

EARLY MAJORITYGuru yang mempunyai sikap berhati-hati dan membuat pertimbangan untuk terlibat dalam perubahan di sekolah

LATE MAJORITYGuru yang berpandangan skeptikal tentang perubahan dan berada dalam cara mereka sendiri

RESISTERGuru yang curiga dan melawan idea baru

3. KEKUATAN CBAMBerdasarkan Concern-based Adoption Model (CBAM), ia melibatkan sifat prihatin terhadap sesuatu perubahan. Jika seseorang guru memahami perubahan yang akan mereka hadapi, ia akan memberi kesan yang positif dalam pengajaran mereka. Guru-guru akan menjadi lebih kreatif dan berani menghadapi risiko dalam mencuba sesuatu perubahan yang diharapkan memberi peningkatan kepada institusi pendidikan. Model ini juga menekankan kepada keperihatinan terhadap cara pembelajaran pelajar yang dapat meningkatkan motivasi seseorang pelajar. Minat pelajar juga turut diambil perhatian dan dititik beratkan. Ia memfokuskan kepada pembelajaran pelajar supaya guru dapat menggunakan bahan dan strategi dengan sebaiknya. Perbincangan antara guru dan pelajar antara satu ciri model ini yang dapat mewujudkan budaya kolaboratif warga sekolah. Perbincangan dan idea-idea baru diperlukan untuk sesuatu perubahan agar dapat dijalankan dengan berkesan. Penggunaan teknologi dalam sesuatu perubahan menggalakkan idea-idea kreatif menghadapi dunia global dan penuh persaingan ini. Perubahan yang dibuat di sekolah seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah bertujuan menjadikan pelajar insan yang berdaya saing dan menjadikan pendidikan berbentuk pembelajaran sepanjang hayat. Pendekatan model ini juga menggalakkan perkongsian maklumat dan kerjasama sesama guru bagi mengatasi sebarang masalah.

4. KELEMAHAN CBAMSesuatu perubahan yang berlaku tidak semestinya diterima oleh semua pihak. Model ini mencadangkan perlunya mengambil masa yang agak lama supaya seseorang itu dapat mengadaptasikan diri mereka menghadapi perubahan. Ini akan menyebabkan seseorang itu ketinggalan kerana perubahan dalam teknologi biasanya bergerak dengan pantas dan sentiasa berubah. Model ini juga memerlukan seseorang guru itu sentiasa bersedia dan prihatin terhadap perubahan dan tidak menekankan kepada faktor luaran seperti sokongan dan bimbingan terhadap guru. Menurut Loucks-Hersley (1996), tanpa sumber dan sokongan sesuatu perubahan yang diharapkan sukar dicapai. Seseorang guru yang sudah biasa dengan cara yang lama agak sukar menerima perubahan dan tidak prihatin terhadap perubahan yang berlaku. Perubahan yang berlaku dari segi teknologi kadang-kadang tidak dapat berjalan dengan lancar dan menyebabkan guru berputus asa. Model ini juga menyatakan bahawa penggubal polisi mudah mengabaikan perubahan yang dilakukan selepas program yang akan dilaksanakan siap dan diimplementasikan. Sesuatu perubahan memerlukan banyak pendekatan dan kaedah dalam pelaksanaan yang memerlukan guru memberi komitmen dan tenaga yang kadang-kadang melangkaui kemampuan seseorang.

5. APLIKASI CONCERN-BASED ADOPTION MODEL (CBAM) DI SEKOLAHBagi sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha menuju ke arah negara maju yang membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap pelaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu pelajar dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling.Sistem pendidikan Malaysia disekolah menengah berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1980. Ia mula diperkenalkan untuk subjek bahasa pada tahun 1988 dan diperkembangkan kepada semua mata pelajaran pada tahun 1989. KBSM adalah lanjutan dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Komponen dalam KBSM :

Concern-based adoption model yang menekankan konsep prihatin terhadap sistem pembelajaran selaras dengan matlamat KBSM iaitu memberi pendidikan sepanjang hayat. Sistem pendidikan yang sentiasa berubah memerlukan guru sentiasa peka dan bersedia menghadapi sistem yang baru. Berikut adalah beberapa cara kaedah pelaksanaan kurikulum KBSM berdasarkan CBAM di SMK Seri Pinang(SMKSP), Kulai, Johor:a)Penekanan aspek bahasa dalam mata pelajaran dalam KBSM telah menyaksikan perubahan kurikulum pada tahun 2003 iaitu Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pada awalnya mendapat pelbagai reaksi dari guru dan ibu bapa. Guru-guru telah mencuba untuk menerima perubahan dengan mengikuti kursus dan mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar. Wujud kerjasama antara guru seperti buddy support bagi membantu guru-guru baru dan guru yang kurang menguasai Bahasa Inggeris meningkatkan kefahaman dan kesediaan mereka menerima perubahan ini. Pentadbir sekolah telah menggalakkan guru-guru yang menerima insentif BISP untuk mengikuti kelas Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kefahaman guru untuk menerima perubahan tersebut.Walaubagaimana pun pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin telah memansuhkan PPSMI dan 9 Ogos 2009 beliau menyatakan pelajar yang masih terlibat dengan PPSMI akan meneruskannya sehingga tamat darjah enam dan PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2014 kerana beberapa isu antaranya halangan yang dihadapi pelajar dan guru dalam menguasai Bahasa Inggeris , kesan terhadap penggunaan Bahasa Melayu dan pelajar hilang minat terhadap mata pelajaran Matematik dan Sains.b) Penggunaan ICT di sekolah di dalam sistem penilaian seperti kemasukan markah pelajar telah menyaksikan guru-guru sekolah menjadi celik IT terutamanya guru-guru senior yang sudah terbiasa dengan amalan lama. Mereka tetap menerima perubahan ini kerana walau pun agak sukar pada permulaannya namun untuk jangka masa panjang ia memberi faedah kepada semua warga sekolah. Semua guru mempunyai laptop sendiri bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dan sentiasa peka dengan perubahan. Tingkat keprihatinan ini boleh dikategorikan sebagai Innovator dalam CBAM. Guru data di SMKSP iaitu En. Mohd Farid telah membantu guru-guru yang kurang mahir IT dengan mengadakan kursus sebanyak 2 kali setahun supaya guru-guru sentiasa peka dengan perubahan dalam sistem on-line di sekolah.c) Kurikulum baru di sekolah pada masa ini iaitu Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) menjadikan guru prihatin dengan minat dan kemampuan pelajar. Walau pun terdapat rungutan di sekolah dalam melaksanakan perubahan ini namun ia berjalan dengan baik kerana semua guru perlu akur terhadap perubahan dalam sistem pendidikan bagi menghadapi persaingan di peringkat global. Pihak pentadbir dan setiausaha PBS iaitu Cik Norliyana telah menyediakan bilik PBS yang berhawa dingin bagi memastikan guru-guru dapat mengemaskini evidens pelajar yang agak banyak dengan selesa.Sekiranya kebajikan guru dijaga dengan baik, guru akan memberi kerjasama yang terbaik dalam apa jua tugasan dan pembaharuan yang ada. Penggunaan ICT dalam PBS seperti sistem permarkahan secara onlinemenjadikan seseorang guru perlu sentiasa bersedia. Walaubagaimana pun sistem ini kadang-kadang bermasalah dan menyebabkan guru berputus asa dan memberi pandangan negatif terhadap PBS. Setiausaha PBS juga akan sentiasa memantau keadaan ini dan menggalakkan sikap saling membantu antara guru untuk menyelesaikan masalah.

6. RUMUSANDalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah dilaksanakan daalm banyak aspek, di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat. Perlaksanaan kurikulum baru KBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggungjawab untuk bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku disamping tidak meminggirkan minat dan keperluan pelajar. Guru perlu kreatif dan sentiasa berusaha memberi pendidikan yang terbaik kepada pelajar bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Pihak kerajaan dan kementerian telah menyalurkan pelbagai bantuan bagi memastikan aspirasi pendidikan tercapai.

RUJUKANAllan A Glatthorn, Floyd Boschee, Bruce M Whitehead, 2006. Curriculum leadership: development and implementation. United States: Sage Publication Inc.Australian Journal of Education, 2002. vol 16, no. 1Carl D. Glickman, Stephen P. Gordon, Jovita M. Ross-Gordon, 2009. The basic guide to supervision and instructional leadership. United States:PearsonPaul F. Conway, Christopher M Clarck, 2003. Teaching and teaching education, vol. 19, issue 5, July 2003.http://www.moe.gov.my/lp/index.php/component/content/article/53/216-pentaksiran-berasaskan-sekolah