circular no 200/2020 control order period - malaysian bar

9
Circular No 200/2020 Dated 27 June 2020 To Members of the Malaysian Bar Reoperation of the Industrial Court of Malaysia during the Recovery Movement Control Order Period The President of the Industrial Court of Malaysia, YA Tuan Eddie Yeo Soon Chye extended to us a notification entitled “Pengoperasian Semula Mahkamah Perusahaan Malaysia semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Mulai 29 Jun 2020dated 25 June 2020. The notification is to inform Members that the Industrial Court of Malaysia will be resuming full operations starting from 29 June 2020. The Industrial Court has prepared Guidelines which will need to be adhered to during the Recovery Movement Control Order (“RMCO”) period. The Bar Council Industrial and Employment Law Committee is seeking to fix a meeting with the President of the Industrial Court to discuss and resolve some of the issues which are expected to arise as a result of the Guidelines. The notification from the Industrial Court of Malaysia is reproduced below for your reference. The Guidelines entitled Garis Panduan Berurusan di Mahkamah Perusahaan Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihanare available here (see pages 4 to 9) for Members’ reference. Thank you. A G Kalidas Secretary Malaysian Bar Tarikh: 25 Jun 2020 PENGOPERASIAN SEMULA MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) MULAI 29 JUN 2020 Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) akan beroperasi secara sepenuhnya mulai 29 Jun 2020.

Upload: others

Post on 21-Nov-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Circular No 200/2020

Dated 27 June 2020

To Members of the Malaysian Bar

Reoperation of the Industrial Court of Malaysia during the Recovery Movement

Control Order Period

The President of the Industrial Court of Malaysia, YA Tuan Eddie Yeo Soon Chye extended

to us a notification entitled “Pengoperasian Semula Mahkamah Perusahaan Malaysia semasa

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Mulai 29 Jun 2020” dated 25 June

2020.

The notification is to inform Members that the Industrial Court of Malaysia will be resuming

full operations starting from 29 June 2020. The Industrial Court has prepared Guidelines

which will need to be adhered to during the Recovery Movement Control Order (“RMCO”)

period.

The Bar Council Industrial and Employment Law Committee is seeking to fix a meeting with

the President of the Industrial Court to discuss and resolve some of the issues which are

expected to arise as a result of the Guidelines.

The notification from the Industrial Court of Malaysia is reproduced below for your

reference. The Guidelines entitled “Garis Panduan Berurusan di Mahkamah Perusahaan

Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan” are available here (see pages 4 to

9) for Members’ reference.

Thank you.

A G Kalidas

Secretary

Malaysian Bar

Tarikh: 25 Jun 2020

PENGOPERASIAN SEMULA MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA SEMASA

TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) MULAI

29 JUN 2020

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) akan

beroperasi secara sepenuhnya mulai 29 Jun 2020.

3. Sebagai langkah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 semasa operasi

Mahkamah berjalan, pihak tuan diminta untuk mematuhi Garis Panduan Berurusan di

Mahkamah Perusahaan Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (SOP

MPM) di samping memastikan segala garis panduan keselamatan dan kesihatan yang

dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa

dipatuhi.

4. Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Berurusan di Mahkamah

Perusahaan Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sebagai rujukan.

Sehubungan ini, kerjasama tuan dipohon untuk memanjangkan maklumat ini kepada para

peguam/pegawai yang terlibat.

user
Typewriter
55

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN BERURUSAN DI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

1. TUJUAN

1.1 Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan berhubung

langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pihak Yang Menuntut/kesatuan

sekerja/syarikat serta peguam dan wakil-wakil yang mewakili

pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) yang berurusan di Mahkamah Perusahaan

Malaysia (MPM) dalam usaha mengawal penularan jangkitan wabak Covid-

19.

1.2 Sebagai usaha untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pegawai dan

kakitangan MPM serta pelawat MPM, semua pihak yang berurusan di MPM

hendaklah mematuhi Garis Panduan ini. Peguam dan wakil-wakil yang

mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) bertanggungjawab untuk

memaklumkan kepada anak guam/ahli keluarga anak guam/saksi

berhubung pematuhan Garis Panduan ini.

2. LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

Dalam usaha mengawal penularan jangkitan wabak Covid-19, semua pihak yang

berurusan di MPM perlu mengambil langkah-langkah berikut:

i. LALUAN KELUAR DAN MASUK MAHKAMAH

Pihak Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta peguam dan wakil-

wakil yang mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) dikehendaki

menggunakan pintu keluar dan masuk yang ditetapkan sahaja.

ii. PERISYTIHARAN SEBELUM MEMASUKI PREMIS MAHKAMAH BAGI

PIHAK-PIHAK YANG PERLU MENGHADIRI PROSIDING MAHKAMAH

a) Pihak Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta peguam dan

wakil-wakil yang mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) dikehendaki

untuk memaklumkan kepada Mahkamah jumlah orang yang akan hadir

dengan melengkapkan dan menghantar Borang Kehadiran Prosiding di

MPM (sebagaimana di Lampiran) sekurang-kurangnya 3 (tiga) hari

sebelum tarikh hadir ke Mahkamah.

b) Borang Kehadiran Prosiding di MPM boleh dimuat turun di laman web

rasmi MPM iaitu www.mp.gov.my.

c) Mana-mana orang yang tidak melengkapkan Borang Kehadiran

Prosiding di MPM tidak dibenarkan untuk berada di premis Mahkamah.

iii. PEMAKAIAN PELITUP SEPARUH MUKA

a) Pihak Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta peguam dan

wakil-wakil yang mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) yang

mempunyai urusan di Mahkamah dikehendaki memakai pelitup separuh

muka sepanjang berada di premis Mahkamah.

b) Hanya pihak-pihak yang memakai pelitup separuh muka sahaja

dibenarkan untuk memasuki premis Mahkamah.

iv. IMBASAN SUHU BADAN

a) Imbasan suhu akan diambil ke atas semua pihak yang mempunyai

urusan di Mahkamah sebelum dibenarkan masuk ke premis Mahkamah.

Bacaan suhu tersebut perlu direkodkan bersama butiran maklumat yang

lain menggunakan QR Code disediakan di premis Mahkamah bagi

tujuan pengesanan kontak jika berlakunya jangkitan wabak Covid-19.

b) Setiap pelanggan disarankan memuat turun dan mendaftar aplikasi

MySejahtera ke telefon bimbit masing-masing.

c) Mana-mana pihak yang didapati mempunyai bacaan suhu badan 37.5

darjah selsius atau lebih; atau mengalami gejala penyakit Covid-19

seperti batuk, sakit tekak, kesukaran bernafas dan lain-lain, pihak

Mahkamah akan mengarahkan individu tersebut untuk pulang.

v. KEHADIRAN BAGI PROSIDING DI MAHKAMAH

a) Hanya pihak kepada kes sahaja yang dibenarkan hadir ke Mahkamah

iaitu terhad kepada Yang Menuntut hadir sendiri/seorang wakil kesatuan

dan seorang wakil majikan sahaja.

b) Bagi pihak yang diwakili, hanya seorang peguam atau perwakilan

dibenarkan hadir bersama seorang anak guam masing-masing.

c) Hanya saksi-saksi yang berkenaan sahaja dibenarkan hadir pada satu-

satu masa perbicaraan mengikut arahan Mahkamah dan perjalanan kes

dari semasa ke semasa.

d) Kehadiran pihak-pihak berkaitan kes ke Mahkamah adalah dikecualikan

tertakluk kepada pemakluman kepada Mahkamah.

vi. PERGERAKAN DI PREMIS MAHKAMAH

a) Pihak Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta peguam dan

wakil-wakil yang mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) hanya boleh

memasuki premis Mahkamah dalam tempoh 15 minit sebelum

sebutan/perbicaraan/mediasi/penilaian awal sesuatu kes.

b) Pihak Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta peguam dan

wakil-wakil yang mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) hendaklah

hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh Mahkamah

sahaja.

c) Sepanjang berada di premis Mahkamah, pihak-pihak tersebut

hendaklah mengehadkan pergerakan mereka dan segera meninggalkan

premis Mahkamah setelah selesai urusan di Mahkamah.

vii. PENJARAKAN SOSIAL (SOCIAL DISTANCING)

a) Pihak Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta peguam dan

wakil-wakil yang mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) dikehendaki

untuk mematuhi penandaan jarak sosial yang telah dibuat di dalam

bangunan/premis Mahkamah seperti di lobi, lif, kaunter, mahkamah

terbuka, ruang legar, ruang menunggu dan lain-lain.

b) Pihak-pihak tersebut dikehendaki untuk duduk di tempat yang tidak

bertanda dan sentiasa memastikan penjarakan sosial.

c) Pihak Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta peguam dan

wakil-wakil yang mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) hendaklah

memaklumkan kepada saksi supaya mematuhi penjarakan sosial.

viii. PENGENDALIAN KES SECARA DALAM TALIAN

a) Pengurusan kes akan dijalankan secara dalam talian melalui e-Mention

bagi Pihak Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta peguam dan

wakil-wakil yang mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) mengikut

jenis keadaan kes atas budi bicara Mahkamah.

ix. KEBERSIHAN DIRI DAN PREMIS MAHKAMAH

a) Sentiasa mengamalkan langkah kebersihan diri seperti etika batuk dan

bersin serta perkara lain yang berkaitan dan kerap membasuh tangan

dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer.

b) Semua pihak dipohon untuk bersama menjaga kebersihan premis

Mahkamah.

3. PENGAMANAHAN PERJANJIAN KOLEKTIF

3.1 Pengamanahan salinan Perjanjian Kolektif beserta surat iringan yang

ditandatangani oleh kedua-dua pihak kepada MPM bagi tujuan pengiktirafan

yang dihantar secara kediri hendaklah dimasukkan ke dalam kotak yang

disediakan di kaunter Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur. Pihak

syarikat/kesatuan hendaklah memastikan nama dan nombor telefon

pegawai syarikat/kesatuan untuk dihubungi ditulis pada surat iringan yang

disertakan.

3.2 Pihak syarikat/kesatuan digalakkan untuk menghantar salinan Perjanjian

Kolektif melalui pos atau menggunakan servis kurier sebagai salah satu

usaha penjarakan sosial.

4. ARAHAN BERHUBUNG DENGAN WABAK COVID-19

Selain tatacara yang dinyatakan di atas, apabila berurusan di Mahkamah Pihak

Yang Menuntut/kesatuan sekerja/syarikat serta Peguam dan wakil-wakil yang

mewakili pekerja/syarikat (MTUC, MEF dll) hendaklah juga mematuhi apa-apa

arahan berhubung dengan Wabak Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa

ke semasa.

Kamar Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan Malaysia Tarikh : 25 Jun 2020

Borang Kehadiran Prosiding Mahkamah

(Diisi oleh pihak-pihak bertikai dan dikemukakan kepada Jurubahasa Mahkamah sekurang-kurangnya

3 (tiga) hari sebelum hadir ke Mahkamah)

Tarikh : Masa :

No. Kes :

Pertikaian diantara :

Pihak kepada kes :

Pihak Yang Menuntut

Pihak Responden

Nama pihak/wakil/saksi yang akan hadir ke Mahkamah:

1. ………………………………………………..

………………………………………………..

2. ………………………………………………..

………………………………………………..

3. ………………………………………………..

………………………………………………..

4. ………………………………………………..

………………………………………………..

5. ………………………………………………..

………………………………………………..

6. ………………………………………………..

………………………………………………..

7. ………………………………………………..

………………………………………………..

(Bagi peguam/perwakilan/kesatuan yang akan hadir mewakili anak guam, perlu sertakan nama firma/pertubuhan/kesatuan)

Untuk kegunaan Mahkamah:

Diluluskan/Tidak Diluluskan

Ulasan : ………………………………………….

………………………………………….

(cop/tandatangan/nama/tarikh)